kertas kerja minggu sains 2014 (autosaved)

Upload: zirconia

Post on 14-Jan-2016

31 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sains

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

MINGGU PANITIA SAINS 2014SEKOLAH KEBANGSAAN KEMENTAH1.0 PENDAHULUAN .Kecemerlangan akademik merupakan impian bagi setiap murid. Bagi mencapai kecemerlangan tersebut bukan sahaja memerlukan kerajinan dan usaha yang gigih tetapi perlu diiringi dengan aktiviti-aktiviti yang dapat merangsang minda pelajar. Pembelajaran berlaku apabila rangsangan diproses oleh otak seseorang yang akan menyebabkan perubahan tingkahlaku atau tindakan. Sebagai seorang guru, amatlah perlu memahami bagaimana murid dapat belajar Sains dengan pelbagai cara, gaya, tanggapan dan sikap untuk memastikan pengajaran yang berkesan. Adalah menjadi kebiasaan bagi murid-murid, inginkan keseronokan sepanjang masa. Oleh itu, program ini diadakan untuk mengkaji kaedah-kaedah yang sesuai dengan minat dan kecenderungan murid serta dapat memantapkan diri murid terhadap matapelajaran Sains.2.0 TUJUAN

Tujuan Kertas Kerja ini ialah :

1. Mendapatkan kelulusan daripada Guru Besar SK Kementah untuk mengadakan Minggu Panitia Sains. 2. Mendapatkan peruntukan kewangan untuk menampung sepenuh atau sebahagian daripada kos program serta perbelanjaan pengurusan dan peralatan.3. Mengadakan Minggu Panitia Sains yang mendatangkan keseronokan kepada murid terhadap matapelajaran Sains disamping dapat meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan sains.4. Mendapatkan kerjasama daripada pihak pengurusan sekolah dan pihak jawatankuasa pelaksana Minggu Panitia Sains.5. Menyelaras setiap tugas dan tanggungjawab supaya tidak berlaku pertindihan tugas dan memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang.

3.0 VISIMelahirkan murid yang cemerlang dalam bidang Sains melalui persekitaran pembelajaran yang harmoni, kondusif ,sahsiah terpuji dan pendidikan berkualiti.4.0 MISI1. Membolehkan murid mendapat pengetahuan dan menguasai kemahiran asas Sains.

2. Meningkatkan keupayaan Kemahiran Saintifik dan Kemahiran Berfikir kepada murid serta untuk membangunkan diri sesuai dengan perkembangan Sains & Teknologi masa kini.

3. Memberi keseronokan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

5.0 OBJEKTIF. 1. Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas Sains. 2. Memberi pendedahan yang lebih meluas dalam gerak kerja secara berkumpulan dan inkuiri penemuan. 3. Mewujudkan interaksi yang berkesan di antara murid murid serta murid - guru.4. Memberi peluang murid meneroka persekitaran dan diri sendiri. 5. Meningkatkan tahap pemahaman murid secara inkuiri supaya pembelajaran menjadi lebih berkesan khususnya dalam pemahaman konsep, penguasaan kemahiran saintifik dan nilai-nilai murni. 6. Melahirkan murid yang meminati Sains dan Teknologi.6.0 SASARAN

Semua murid tahun 1, 2, 3, 4, 5 dan 6.

7.0 TARIKH

21 April 2014 hingga 25 April 2014 8.0TEMPAT

Tempat yang dicadangkan untuk mengadakan program-program yang dirancang ialah di dalam Bilik Sains 1 dan 2 serta Arena Bestari. 9.0TENTATIF PROGRAMTARIKH & HARIMASA & TEMPATAKTIVITIMURIDGURU

ISNIN

21 April 2014

8.00 pagi

Perhimpunan Rasmi

9.00 pagi

Bilik Kelas Taklimat aktiviti-aktiviti Minggu Panitia Sains Earth Minute5 minit tutup lampu dan kipasTahun 1 - 6Pn Ika Liana

Semua guru

SELASA

22 April 2014

7.15 pagi

Perhimpunan Pagi

9.00 pagi

Bilik Kelas

Waktu PdP

Bilik Kelas Kuiz Sains Tahun 1 hingga 3

Earth Minute5 minit tutup lampu dan kipas Pertandingan Nota Untuk BumiTahun 1- 3

Tahun 1 6

Tahun 4Pn Nurliyana

Pn Nurshahazliza

Semua guru

Pn Ika Liana

En Ahmad

RABU

23 April 2014

7.15 pagi

Perhimpunan Pagi

9.00 pagi

Bilik Kelas

8.00 1.00 ptg

Bilik Sains 1 & 2 Kuiz Sains Tahun 1 hingga 3

Earth Minute5 minit tutup lampu dan kipas Mini Karnival Sains

Terokai Duni SainsTahun 1 3

Tahun 1 6

Tahun 1 - 6Pn Nurliyana

Pn NurshahazlizaSemua guruPn Ika Liana

En Ahmad

KHAMIS

24 April 2014

7.15 pagi

Perhimpunan Pagi

9.00 pagi

Bilik Kelas

11.00 1.00 ptg

Arena Bestari

Kuiz Sains Tahun 1 hingga 3

Earth Minute5 minit tutup lampu dan kipas Pertandingan Kuiz Sains

Tahun 1 3

Tahun 1 6

Tahun 5 - 6Pn Nurliyana

Pn NurshahazlizaSemua guruEn Ahmad

Pn Ika Liana

Pn Nurliyana

JUMAAT

25 April 2014

9.00 pagi

Bilik Kelas

Earth Minute

5 minit tutup lampu dan kipas

Tahun 1 6

Semua guru

10.AKTIVITI-AKTIVITI MINGGU PANITIA SAINS1. Earth Minute

Semua warga SK Kementah akan menutup suis lampu dan kipas selama 5 minit (9.00 pagi) pada setiap hari sepanjang minggu panitia diadakan.

Bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid supaya tidak membazirkan elektrik.

2. Mini Karnival Sains Terdapat 3 buah stesen sains untuk murid lawati iaitui. Stesen Mikroorganisma(Tiny World) Murid akan diajar cara menggunakan mikroskop untuk melihat mikroorganisma seperti kulat dan protozoa.

Kulat boleh dilihat daripada roti yang sudah busuk

Protozoa boleh dilihat dalam air kolam atau air longkang.ii. Stesen Had Keupayaan Manusia (Human Limitation) Murid boleh menggunakan alatan yang membantu had keupayaan manusia untuk melihat dan mendengar.

Murid boleh menggunakan mikroskop, kanta pembesar, binokular (teropong), periskop dan stetoskop.iii. Stesen Wow !!!! Seronoknya Sains (Fun Science) Beberapa eksperimen sains yang mudah dan menyeronokkan akan ditunjukkan dan diajar kepada murid.

Antaranya ialah: Ilusi tangan berlubang

Magik Kapas Ilusi bintang bertukar Tala Bunyi

Corak magnet

Bateri Lemon Volcano

Roket Cuka

Tornado Tube

Tala Bunyi

Telefon Cawan

Muzik Botol

iv. Stesen Badan Manusia Maklumat tentang organ dalaman manusia, rangka manusia dan jenis-jenis gigi manusia. Masa untuk lawatan ke Bilik Sains (tempat pameran) adalah selama 30 minit bagi setiap kelas. mmenjaga setiap stesen.3. Nota kepada Bumi bagi Tahun 4 (Sayangi Bumi Kita) Murid akan membuat nota kecil kepadaBumi dan akan menampalnya pada papan Bumi. Aktiviti ini sebagai simbolik untuk menyedarkan murid supaya menyayangi Bumi dengan menjaga dan memelihara alam sekitar.4. Pertandingan Kuiz Sains Tahun 5 dan 6

Murid akan dibahagikan mengikut kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada murid dari 6B, 6K dan 6M bagi tahun 6 dan murid dari 5B dan 5K bagi tahun 5. Bagi Tahun 5, terdapat dua buah kumpulan. Bagi Tahun 6, terdapat tiga buah kumpulan.11.JAWATANKUASA PROGRAM

PENASIHAT

TN HJ. HAMID BIN MASDEWI AMW, PPNGuru BesarPENGERUSI

PN HJH NOORZEHAN BT MOHAMAD

GPK TadbirdanKurikulum

KETUA PANITIA

PN IKA LIANA BT KHALID

SETIAUSAHA

EN AHMAD MAHYUDDIEN BIN MAHMUDBuku Program

Siaraya/ Fotografi

Pn. Ika Liana Bt Khalid

En Ahmad Mahyuddien Bin MahmudHadiah

Dokumentasi

Pn Nurshahazliza Bt Hamdan

Pn Nurliyana Bt Sarip

Bahan/ AlatanAktiviti

Semua Guru Sains

12.ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGANBILPERKARAJUMLAH HADIAHPERBELANJAAN

1.Hadiah bagi Kuiz Sains Tahun 1 3

(Selasa Khamis)

Tahun 1 : RM 4.00 X 3 hadiah X 3 Hari = RM 27.00

Tahun 2 : RM 3.00 X 3 hadiah X 3 Hari

= RM 27.00

Tahun 3 : RM 3.00 X 3 hadiah X 3 Hari

= RM 27.00

RM 81.00

2.Hadiah bagi Pertandingan Kuiz Sains Tahun 5 dan 6

Tahun 5 : RM 20.00 (Tempat Pertama) RM 15.00 (Tempat Kedua)

Tahun 6 : RM 20.00 (Tempat Pertama)

RM 15.00 (Tempat Kedua)

RM 10.00 (Tempat Ketiga)

RM 35.00

RM 45.00

3.

Hadiah bagi Nota Untuk Bumi (Tahun 4)

Tahun 4 : RM 5.00 X 6 hadiah

= RM 30.00RM 30.00

3.Saguhati kepada Marshall

10 murid X RM 2.00RM 20.00

6.Alatulis, kertas, bahan untuk Mini Karnival

RM 80.00

JUMLAHRM 291.00

13.PENUTUPAdalah harapan besar Panitia Sains SK Kementah dan semua guru Sains agar kertas kerja yang dikemukakan ini mendapat perhatian pihak Guru Besar dan kelulusan beliau supaya program ini dapat dijalankan dengan jayanya. Matlamat jawatankuasa ini mengharapkan agar program ini akan membantu pelajar dalam meningkatkan kecemerlangan matapelajaran Sains.

DISEDIAKAN OLEH :

DISEMAK OLEH :............................................

..(PN IKA LIANA BINTI KHALID)

(TN HJ HAMID BIN MASDEWI AMW,PPN)Ketua Panitia Sains

Guru BesarSK Kementah, Kuala Lumpur

SK Kementah, Kuala Lumpur

SEKOLAH KEBANGSAAN KEMENTAH

KEM KEMENTAH, JALAN LAKSAMANA

54200 KUALA LUMPUR

KERTAS CADANGANMINGGU PANITIA SAINSSK KEMENTAH

201421 APRIL 2014 HINGGA 25 APRIL 2014ANJURAN

UNIT KURIKULUM

(PANITIA SAINS, SK KEMENTAH)