kertas kerja kem pemantapan sahsiah murid sekolah

6
KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID SEKOLAH-SEKOLAH KPM KERTAS KERJA KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID SEKOLAH- SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA DISEDIAKAN OLEH: 1

Upload: ubaidillah-yusof

Post on 03-Jan-2016

148 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

note

TRANSCRIPT

Page 1: Kertas Kerja Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID SEKOLAH-SEKOLAH KPM

KERTAS KERJA

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

DISEDIAKAN OLEH:PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

SMK SELANGOR

1

Page 2: Kertas Kerja Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID SEKOLAH-SEKOLAH KPMTUJUAN

Kertas kerja ini dikemukakan oleh Panitia Pendidikan Islam, SMK SELANGOR untuk memohon kelulusan dan peruntukan kewangan daripada Tuan Pengetua bagi mengadakan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat sekolah.

LATAR BELAKANG

Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Mesyuarat Khas Pembentangan Kertas Cadangan Operasi Dakwah telah bersetuju memperuntukkan RM 1520.00 ke sekolah menengah yang terpilih untuk melaksanakan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia peringkat sekolah. Tujuan kem ini ialah untuk mengurangkan gejala sosial di kalangan murid-murid Islam masa kini, supaya pelajar berisiko dididik ke arah kemenjadian yang baik, diberi tunjuk ajar serta dibimbing sehingga mampu melakukan perubahan tingkahlaku yang baik.

OBJEKTIF UMUM

Menyediakan program permulaan kepada perubahan kendiri, pembentukan jati diri seiring dengan keperluan syariat dengan menekankan pembangunan kendiri, kesedaran yang tinggi, pengurusan dan tanggungjawab sebenar sebagai manusia, anak dan pelajar.

Selain itu, ia juga sebagai proses membangunkan kemahiran-kemahiran tersebut yang sudah ada dalam diri pelajar supaya dapat direalisasikan dengan lebih bermakna, efektif, memberi ruang dan peluang melalui aktiviti yang disediakan secara terpimpin. Seterusnya akan mampu meninggalkan impak positif kepada sekolah, masyarakat dan negara

OBJEKTIF KHUSUS

Selepas kursus ini pelajar dapat:

1. Menganalisis potensi diri sebagai seorang insan yang diciptakan oleh Allah sebagai sebaik-baik kejadian

2. Memahami bahawa kemenjadian diri adalah terbit dari sahsiah, tingkahlaku dan asas agama.

3. Memahami konsep-konsep seperti jati diri, semangat berpasukan, pengurusan ibadah dan kesedaran untuk merubah tingkahlaku yang tidak betul.

4. Mendorong kesedaran dan keinginan melakukan perubahan yang baik terhadap diri sendiri.

5. Membentuk rangka tindakan untuk menerbitkan sikap yang betul dalam proses mendorong pelajar ke arah kecemerlangan sahsiah.

NAMA PROGRAM

Kem Pemantapan Sahsiah Murid

TARIKH/MASA/TEMPAT

Tarikh : 00 Oktober 2010 hingga 00 Oktober 2010Tempat : SMK SELANGOR

SASARAN

2

Page 3: Kertas Kerja Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID SEKOLAH-SEKOLAH KPMPelajar tingkatan 3 yang telah selesai menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang terdiri daripada pelajar berisiko yang mempunyai rekod disiplin, sahsiah, tingkahlaku dan bermasalah. Kem ini mensasarkan pelajar lelaki dan perempuan seramai 40 orang. (atau lebih)

TENTATIF PROGRAM

HARI PERTAMA2.30-3.30 : Pendaftaran3.30-4.30 : Taklimat & Pembahagian Kumpulan4.30-5.30 : Minum & Solat Asar5.30-6.30 : Pecah Bendungan6.30-7.00 : Makan Malam7.00 – 8.30 : Solat Maghrib / Tazkirah / Solat Isya8.30 – 9.00 : Rehat9.00 – 10.30 : Slot 110.30 – 11.00 : Minum Malam

HARI KEDUA5.30 – 7.30 : Solat Subuh dan Kuliah7.30 -8.30 : Sarapan dan khidmat diri8.30-10.30 : Slot 210.30-11.00 : Minum11.00-12.30 : Slot 312.30-1.00 : Majlis Penutupan1.00 -2.00 : Solat Zohor & Bersurai

AHLI JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : Pengetua

Naib Pengerusi : Penolong Kanan

Penyelaras : Ketua Bidang Kemanusiaan

Setiausaha : Ketua Panitia

3

Page 4: Kertas Kerja Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID SEKOLAH-SEKOLAH KPM

JAWATANKUASA PELAKSANA :JAWATANKUASA PELAKSANA :

Kem Komandan : Ketua Jurulatih : Ketua Disiplin :JK Aktiviti :JK Jamuan :Buku Program : Unit Pendaftaran Peserta : Unit Fotografi & Dokumentasi :

Fasilitator :

4

Page 5: Kertas Kerja Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah

KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID SEKOLAH-SEKOLAH KPM ANGGARAN BELANJAWAN

BIL PERKARA ANGGARAN JUMLAH

1. Makanan 40 orang x RM 21.00 RM 840.00

2. Penceramah Jemputan 3 orang x RM100.00 RM 300.00

3. Lain-lain perbelanjaan luar jangka

RM 380.00

JUMLAH RM 1520.00

PERUNTUKAN KEWANGAN

A. Peruntukkan Operasi DakwahB. Sumbangan PIBG

PENUTUP

Usaha murni secara berterusan yang serius serta sokongan padu amatlah diperlukan bagi menentukan bahawa program yang akan dilaksanakan ini berkualiti dan benar-benar memberi manfaat besar kepada individu pelajar golongan sasar. Ini adalah selaras dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang mempunyai sahsiah peribadi mantap yang mampu membuat perubahan seterusnya memberi kesan yang besar kepada diri sendiri, warga sekolah, masyarakat dan agama.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

5