pemantapan tatabahasa

Upload: cik-su-yah

Post on 10-Jan-2016

128 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

LATIHAN PEMANTAPAN TATABAHASA

TRANSCRIPT

PEMANTAPAN TATABAHASA

TUGASAN:Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti, kemudian garis dan perbetulkan kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam ayat tersebut.KATA SENDI/KATA HUBUNG1. Diharapkan mereka mendapat pengajaran dari peristiwa yang berlaku itu.

2. Anggota pasukan keselamatan berusaha bersungguh-sungguh demi untuk mencapai objektif operasi.

3. Selain daripada mengulang kaji pelajaran, pelajar juga seharusnya membantu keluarga di masa cuti persekolahan.

4. Perlawanan bola sepak di antara Malaysia dengan Singapura terpaksa ditangguhkan oleh kerana hujan lebat.

5. Remaja dewasa ini mudah terpengaruh dengan budaya kuning yang boleh merosakkan jati diri mereka.

6. Ibu bapa pelajar yang berjaya di dalam peperiksaan PMR 2013 mengucapkan ribuan terima kasih di atas bantuan guru-guru.

7. Guru subjek Bahasa Melayu begitu mengambil berat terhadap kelemahan pelajar dalam bidang tatabahasa.

8. Dari membuang masa melakukan kerja-kerja tidak berfaedah, baik aku membaca buku.

9. Perdebatan hangat telah berlaku di antara ahli-ahli jawatankuasa di dalam mesyuarat itu.

10. Walaubagaimanapun dia tetap terpilih sebagai Ketua Pelajar sekolah itu.

11. Pelajar perlu cepat sedar akan kelemahan diri agar supaya mereka berjaya di dalam mengejar cita-cita.

12. Jangankan ibu, ayahpun gagal mengangkat meja yang berat itu.

13. Dia tidak hadir ke sekolah sebab masalah kesihatan.

14. Kamu mesti membantu keluarga bila kamu besar nanti.

15. Sementara dengan menunggu majlis bermula, para undangan dipersembahkan dengan pertunjukan silap mata.

16. Jika sekiranya beliau tidak hadir, majlis itu terpaksa ditangguhkan dahulu.

17. Baik guru mahu pun pengetua, semuanya ditegah dari memasuki bilik persiapan itu.

18. Mereka menjelaskan yang aktiviti itu akan dilaksanakan dengan seberapa segera.

19. Sambil dengan menjahit pukat, nelayan itu juga membetulkan ikatan pada alat tangkapan itu.

20. Emak mencuci beras sambil menanak nasi.

21. Ayah sedang berbincang mengenai tarikh balik kampung sempena cuti sekolah nanti.

22. Kerana ketinggalan bas saya terpaksa pergi sekolah dengan basikal.

23. Buku Koleksi soalan BM ada dengan kawan baik saya.

24. Sejak dari zaman remaja lagi, orang itu terlibat di dalam kes penyalahgunaan dadah.

25. Antara faktor-faktor menularnya kes ponteng sekolah ialah pengaruh rakan sebaya, kurang kesedaran dan kurang perhatian dari ibu bapa.

SOALANLATIHANBahasa Melayu Kertas 2

MENJAGA KESIHATAN DIRI

Berdasarkan gambar di bawah huraikan langkah langkah menjaga kesihatan diri. Panjang karangan anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.MENJAGA KESIHATAN DIRI

MENGAMBIL MAKANAN BERKHASIATMENJAGA KEBERSIHAN DIRIBERIADAHMENJALANI PEMERIKSAAN KESIHATANCONTOH JAWAPANKesihatan diri amat penting kerana orang yang sihat akan hidup dengan ceria dan gembira.Terdapat pelbagai langkah menjaga kesihatan diri yang perlu diamalkan.Langkah pertama menjaga kesihatan diri adalah dengan mengambil makanan yang berkhasiat mengikut jumlah kalori yang ditetapkan. Kita perlu mengelakkan diri daripada mengambil makanan yang manis dan berlemak.Seterusnya, kita perlu menjaga kebersihan diri seperti mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari,menggosok gigi dan memakai pakaian yang bersih. Jika kita sentiasa bersih kita akan lebih yakin dan ceria menjalani kehidupan.Di samping itu, kita perlu bersenam dan beriadah sekurang kurangnya tiga kali seminggu selain menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala dapat mengelakkan kita daripada menghidap penyakit berbahaya seperti penyakit jantung dan diabetis.Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting bagi setiap orang agar dapat melahirkan rakyat yang sihat bertepatan dengan slogan rakyat sihat negara maju.

Faktor anak terlibat dalam masalah sosialPada masa ini, media massa sering memaparkan gejala sosial yang semakin berleluasa. Amat menyedihkan lagi apabila majoriti terlibat dalam gejala sosial ialah golongan remaja. Remaja merupakan modal insan dan pewaris pemimpin pada masa akan datang. Jikalau beginilah pembentukan remaja kita, sudah pasti akan menimbulkan pelbagai masalah pada masa hadapan. Konfliks ini sudah tentu berkait rapat dengan ibu bapa. Merekalah yang akan membentuk prinsip hidup seseorang anak itu. Tanpa mereka anak-anak pasti hilang arah dan tiada tujuan dalam kehidupan. Persoalannya kini, apakah faktor sebenar anak terlibat dalam masalah sosial?Salah satu faktornya ialah kurangnya kasih sayang dalam jiwa anak-anak. Hal ini dibuktikan oleh kebanyakan ibu bapa lupa akan tanggungjawab sebagai penjaga kepada anak-anak. Kebanyakan ibu bapa hanya memberikan kemewahan hidup kepada anak-anak dan memikirkan mereka telah melakukan yang terbaik untuk mereka. Tetapi, mereka sebenarnya lupa untuk memberikan kasih sayang kepada anak-anak kerana terlalu leka mengejar harta dunia.Hal ini menyebabkan anak-anak mula mencari kasih sayang diluar rumah.Sebagai akibatnya, menyebabkan mereka lupa akan keindahan bersama keluarga. Situasi ini dapatlah kita kaitkan dengan peribahasa kasih ibu berpanjangan,kasih anak sepanjang pegangan. Jelaslah disini bahawa anak-anak yang tidak diberi kasih sayang pasti akan cenderung mencari jalan keluar untuk mengisi rompong jiwa mereka dengan keseronokan sementara.Selain itu, kawasan perumahan turut mempengaruhi dalam masalah gejala sosial ini. Jika kawasan perumahan kita didiami oleh orang yang bermasalah pasti akan mempengaruhi sikap anak-anak kita. Hal ini demikian kerana anak-anak pasti akan mengikuti gaya dan cara mereka yang berada disekelilingnya. Mereka berpendapatan bahawa orang yang disekelilingnya merupakan contoh yang mereka harus ikuti kerana anak-anak masih mentah dan tidak matang. Peribahasa yang sesuai dengan masalah ini ialah bagaimana acuan begitulah kuihnya. Justeru sebagai ibu bapa, kita haruslah memastikan kawasan perumahan kita merupakan tempat yang selamat untuk anak-anak kita membesar dan tidak menjadi mangsa keadaan lantaran terjebak dalam gejala sosial.Seterusnya, kebanyakan ibu bapa kini mula lupa akan kepentingan agama. Secara umumnya, mereka terlalu leka dengan kehidupan duniawi yang sering melalaikan manusia. Hal ini menyebabkan anak-anak tidak mendapat didikan agama yang sempurna dan hanya diberi didikan formal dunia seterusnya mengakibatkan mereka terpengaruh dengan pergaulan bebas kerana tidak mengerahui batas-batas pergaulan. Sebagai ibu bapa mereka haruslah memberi didikan agama yang sewajarnya kerana Albert Einstein pernah berkata agama tanpa ilmu adalah buta,ilmu tanpa agama adalah lumpuh. Jelaslah bahawa ilmu seseorang itu tiada guna apabila mereka tidak mempunyai agama untuk dijadikan pegangan hidup.Akhir sekali, ibu bapa telalu memanjakan anak-anak jelas merupakan sebab remaja ini hanyut. Lebih-lebih lagi, segala kemahuan anak-anak dipenuhi tanpa penilaian yang betul dan sewenang-wenangnya. Mereka berpendapat bahawa dengan memberikan kesenangan kepada anak-anak akan mengisi segala kekurangan kasih sayang dalam sanubari cahaya mata mereka. Selain itu,bagi mereka yang kaya ini merupakan jalan mudah untuk menunjuk rasa cinta terhadap anak-anak mereka. Kesannya, anak-anak pasti akan menjadi seorang manusia yang malas untuk berusaha kerana mereka tahu segala perkara yang mereka inginkan pasti akan dipenuhi oleh ibu bapa mereka. Lantaran itu, sebagai ibu bapa mereka seharusnya mengajar anak-anak hidup susah bak peribahasa sayang anak tangan-tangankan supaya mereka menjadi manusia yang berdikari dan tidak mudah berputus asa. Thursday, 9 January 2014

TOKOH SASTERA MELAYU...! TOKOH-TOKOH KESUSASTERAAN MELAYUTerdapat beberapa orang tokoh yang terkenal dalam Kesusasteraan Melayu kerana jasa mereka menyumbangkan hasil-hasil karya. Antaranya:Tun Sri LanangHamzah FansuriRaja Ali HajiAbdullah MunsyiSyed Syeikh al-HadiAhmad Rashid TaluAbdul Rahim KajaiMuhammad Yassin MaamurIshak Haji MuhammadKeris MasShahnon AhmadUsman AwangA. Samad SaidArena WatiMuhammad Haji SallehNoordin HassanAbdullah HusseinS. Othman Kelantan1. Tun Sri LanangNama sebenarnya ialah Tun Muhammad bin Tun Ahmad. Beliau ialah Bendahara Johor semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil (1570 1579). Pada tahun 1613, beliau dibawa ke Acheh apabila Johor dikalahkan oleh Acheh. Di sana beliau mengajar bahasa Melayu kepada Syeikh Nuruddin al-Raniri dan menyambung penulisan bukunya,Sejarah Melayu. Buku tersebut membolehkan kita mengetahui sejarah dan budaya bangsa kita pada hari ini.2. Hamzah FansuriHamzah Fansuri ialah seorang pujangga Melayu-Islam pada zaman kegemilangan Acheh. Beliau dilahirkan di Barus, Sumatera Utara. Beliau terkenal sebagai seorang penyair dan ahli tasauf. Ajarannya ditentang oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf dari Singkel. Sultan Acheh mengarahkan buku-buku karangan Hamzah dibakar. Hamzah mempelopori genre syair di dalam Kesusasteraan Melayu. Beliau menulisSyair Perahu, Syair Burung Pungguk, Syair Dagang, Syair Sidang FakirdanSyair Burung Pingai. Selain itu, beliau menulis kitabSarab al-AsyikindanAsrar al-Ariffin fi-Bayan Ilmu al-Suluk wal-Tauhid.

3. Raja Ali HajiRaja Ali Haji dilahirkan di Pulau Penyengat, Riau. Berketurunan pembesar Bugis. Beliau terkenal sebagai ahli bahasa. Beliau menulis buku tatabahasa Melayu yang berjudul Bustan al-Katibin (Taman Pujangga) pada tahun 1857. Di samping itu, beliau menulis sebuah kamus yang diberi judulKitab Pengetahuan Bahasa. Karya beliau yang terkenal ialahTuhfat al-Nafis. Karya historiografi ini telah memasukkan tarikh mengikut kalendar Hijrah. Selainnya ialahSyair Abdul Muluk, Syair Suluh Pegawai, Syair Siti Sianah, Syair Gemala Mastika,dan Gurindam Dua Belas. Sebagai penulis yang prolifik, beliau bukan sahaja menyumbang kepada bidang kesusasteraan malahan juga sejarah dan bahasa.

4. Abdullah MunsyiNama sebenar beliau ialah Abdullah bin Syeikh Abdul Kadir. Abdullah amat meminati bidang penulisan. Sehubungan dengan itu, beliau telah menghasilkan karya asli, terjemahan, dan puisi. Karya asli beliau ialahKisah Pelayaran Abdullah(1838),Dawail Kulub(1838) danHikayat Abdullah(1840). Beliau telah menterjemahHikayat Panca Tenderan(1838). Karya puisi beliau ialahSyair Singapura Terbakar(1830) danSyair Kampung Gelam Terbakar(1847). Sementara penerbitan naskhah lama yang diusahakannya ialahSejarah Melayu(1830) danKitab Adat Segala Raja-raja dalam Segala Negeri(1837).

Karya Abdullah Munsyi menampakkan ciri moden dan pengekalan ciri sastera klasik. Isi karyanya realistik. Abdullah juga memperkenalkan genre karya yang baru iaitu autobiografi dan memoir. Oleh sebab itu, para sarjana seperti Ismail Hussein, Kassim Ahmad, dan Yahya Ismail melabelkan Abdullah Munsyi sebagai Bapa Kesusasteraan Melayu Moden. Namun demikian, masih terdapat ciri sastera klasik di dalam karya Abdullah Munsyi. Beliau masih meneruskan penggunaan syair di dalam karyanya. Di samping itu, beliau menyisipkan puisi di dalam karya berbentuk prosa.

5. Syed Syeikh al-HadiNama beliau yang sebenarnya ialah Syed Syeikh bin Ahmad al-Hadi. Beliau dilahirkan di Kampung Hulu, Melaka pada tahun 1867. Beliau mendapat pendidikan di Mekah, Beirut dan Kaherah. Pernah belajar dengan Muhammad Abduh, seorang reformis Islam. Beliau mengelolakan penerbitanal-Imam(1906-08) dengan rakannya Syeikh Muhammad Jalaluddin al-Azhari, Syeikh Muhammad Salleh Al-Kalali dan Haji Abbas Mohammad Taha setelah kembali ke tanah air.

Beliau menghasilkan novel saduran pertama berjudulHikayat Faridah Hanum. Keuntungan jualan novel itu digunakan untuk mendirikanThe Jelutong Press, Pulau Pinang. Syarikat percetakan itu menerbitkan majalahal-Ikhwan(1927) dan akhbarSaudara(1928). Syed Syeikh al-Hadi merupakan seorang tokoh sastera, agama, pendidikan, dan wartawan yang berwibawa. Beliau merupakan tokoh reformis Islam yang secara sedar menyuarakan keburukan budaya Barat, kepentingan pendidikan, emansipasi wanita dan Islam yang progresif.

6. Ahmad Rashid TaluNama sebenar beliau ialah Ahmad bin Mohammad Rashid. Beliau keturunan Minangkabau. Gelaran Talu di hujung namanya ialah nama kampung asal orang tuanya di Sumatera. Ahmad Rashid Talu dilahirkan pada tahun 1889 di Pulau Pinang. Perkenalan dengan Syed Syeikh al-Hadi mungkin menjadi sebab beliau bergiat aktif di dalam bidang penulisan. Beliau pernah berkhidmat dengan akhbar Bahtera pada tahun 1932. Ahmad Rashid Talu terkenal di dalam bidang penulisan novel. Beliau menghasilkan novelKawan Benar(1927),Iakah Salmah?(1928),Dua Belas Kali Sengsara(1929),Siapakah Jahat atau Datuk Chenchano(1930-31) dan novel yang tidak selesai berjudulRahmah binti Abdullah.

Beliau pernah menerbitkan majalah cerita yang dinamakanKawan Bercakappada tahun 1934 tetapi diberhentikan kerana tidak cukup modal. Ahmad Rashid Talu merupakan pelopor novel Melayu berunsur tempatan. NovelnyaKawan Benarberlatarkan Tanah Melayu, wataknya orang Melayu, serta mengemukakan persoalan dan permasalahan dalam masyarakat Melayu. Beliau juga menghasilkan novel Melayu asli, bukan saduran atau terjemahan atau adaptasi. Di samping itu, beliau merupakan novelis pertama mengemukakan watak bukan Melayu. Watak itu ialah See Ho di dalam novelDua Belas Kali Sengsara.

7. Abdul Rahim KajaiNama beliau yang sebenarnya ialah Haji Abdul Rahim bin Haji Salim. Beliau dilahirkan di Setapak, Kuala Lumpur pada tahun 1894. Abdul Rahim mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris. Beliau berkhidmat dengan akhbarIdaran Zaman, Saudara, Majlis, Warta Malaya, Utusan Melayu, Perubahan BarudanBerita Malaisebagai wakil, penolong pengarang dan pengarang di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Singapura. Beliau diberi gelaran Bapa Wartawan Melayu kerana usaha yang bersungguh-sungguh memupuk semangat kebangsaan di dalam kalangan orang Melayu.

Di samping itu, beliau merupakan seorang pelopor di dalam bidang cerpen kerana menghasilkan banyak cerpen antara tahun 1936 hingga 1941. Beliau menghasilkan 36 buah cerpen yang disiarkan dalamWarta Jenakadan 12 buah cerpen yang disiarkan dalamUtusan ZamandanMastika. Kumpulan cerpen beliau telah dibukukan. Antaranya ialahPusaka Kajai(1949),Banyak Udang Banyak Garam(1961), danLain Padang Lain Belalang(1961). Di dalam bidang kewartawanan, Abdul Rahim Kajai menghasilkan bukuPanduan Wartawan(1941). Beliau pernah menghasilkan novel saduran berjudulCerita Dzul-Ruhain(1930-31).

8. Muhammad Yassin MaamurBeliau dilahirkan di Brickfield, Kuala Lumpur pada 18 September 1910. Pendidikan yang diterimanya terputus-putus. Memasuki Sultan Idris Training College (SITC) dari tahun 1929 hingga 1931. Pernah menjadi guru penolong, guru besar dan guru pelawat. Minat Muhammad Yassin (Punggok) di dalam bidang kesusasteraan timbul semasa berkawan rapat dengan Abdullah Sidek dan Ibrahim Yaacob di SITC.

Dalam tahun 1933, beliau menulis puisi berjudul Di Tengah Segara di dalamMajalah Guru, kemudian diikuti dengan lima buah sajak lagi dalam majalah yang sama. Punggok merupakan penyair yang prolifik pada zamannya. Sajak-sajak awal beliau masih terikat dengan Puisi Melayu Tradisional. Sajak Punggok yang bebas sepenuhnya daripada tradisi lama ialah Tak Disangka-sangka. Di samping puisi, beliau juga menghasilkan cerpen yang disiarkan dalamWarta Ahad, Warta Jenaka, Majalah GurudanMajlis. Pada tahun 1936, beliau menghasilkan novel yang berjudulSuka dan Duka.

9. Ishak Haji MuhammadNama sebenar beliau ialah Awang Ahmad bin Haji Muhammad. Lahir di Kampung Bukit Seguntang, Temerloh, Pahang pada 14 November 1910. Beliau pernah menjadi Pegawai Pentadbir Melayu, guru, ahli politik, wartawan, dan pengarang. Semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu, Ishak menjadi pengarangBerita Malaidan turut menyumbang untukSemangat AsiadanFajar Asia. Beliau menulis cerpen dan novel yang bertemakan semangat kebangsaan, kritikan sosial dan ekonomi. Bagi mengenang jasa beliau, kerajaan Malaysia menganugerahkan gelaran Pejuang Sastera kepadanya pada tahun 1973. Ishak meninggal dunia pada tahun 1994.

Di dalam bidang penulisan, Ishak menggunakan nama-nama pena yang lain seperti Pak Sako, Pak Pandir Moden, Isako San, Anuar, Hantu Raya dan Lamri. Cerpen beliau dimuatkan dalam kumpulan Segar. Novel yang beliau hasilkan ialahPutera Gunung Tahan, Anak Mat Lela Gila, Budak Beca, Jalan ke Kota Bharu, Pengantin Baru, Cemburu Celik, Menari yang Lari, Pertemuan di Sungai, Selayang Pandang, Anak Dukun Deraman, dan Tijah Tukang Cukur. Di samping itu, beliau menulis rencana di dalamWarta MalayadanSuluh Malaya. Beliau juga mengelolakan ruangan pojok dalamWarta Malaya, Utusan Melayu,danUtusan Zaman.

10. Keris MasNama sebenar beliau ialah Kamaluddin bin Muhammad. Beliau dilahirkan pada 10 Jun 1922 di Kampung Ketari, Bentong, Pahang. Beliau pernah menyertai parti politik, berkhidmat dengan akhbar-akhbarWarta NegaradanUtusan Melayu, Ketua PengarangDewan BahasadanDewan Sastera, Penulis Tamu di DBP, dan Karyawan Seni di Universiti Malaya. Sasterawan Negara yang pertama ini pernah bergiat dalam ASAS 50 di Singapura. Beliau menulis cerpen dan novel. Keris Mas mengemukakan karya yang menyentuh pelbagai persoalan. Antaranya ialah nasionalisme, darurat, kritikan sosial, ekonomi, politik, dan sebagainya.

Cerpen Keris Mas termuat di dalam kumpulan bersama pengarang-pengarang lain dan perseorangan. MisalnyaMekar dan Segar(1959),Dua Zaman(1963),Patah Tumbuh(1973),Koleksi Cerpen-cerpen Malaysia(1977),Cerpen-cerpen ASEAN(1978),Menunggu Ratu Adil(1985) danDongeng Merdeka(1985). Novel-novel yang beliau hasilkan ialahPahlawan Rimba Malaya(1946),Korban Kesuciannya(1949),Anak Titiwangsa(1967),Saudagar Besar Dari Kuala Lumpur(1982), danRimba Harapan(1986). Keris Mas kembali ke Rahmatullah pada tahun 1995.

11. Shahnon AhmadShahnon Ahmad dilahirkan di Kampung Banggul Derdap, Sik, Kedah pada 13 Februari 1933. Menerima pendidikan di sekolah Melayu, sekolah Inggeris di Alor Setar, dan lulus Senior Cambridge daripada Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Pernah menjadi askar, guru, pegawai penyelidik kamus di Universiti Kebangsaan Australia dan pensyarah. Beliau pernah menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Sik, Kedah.

Shahnon menulis cerpen, cerpen terjemahan, novel, drama, esei dan kritikan sejak tahun 1954. Koleksi-koleksi cerpen beliau ialahCepu Kencana, Anjing-anjing, Debu Merah, Selesai Sudah,danSeketul Hati Seorang Pemimpin. Novel yang telah dihasilkannya ialahRentung, Terdedah, Ranjau Sepanjang Jalan, Menteri, Protes, Perdana, Srengenge, Kemelut, Seluang Menodak Baung, Al-Syiqaq 1, Tunggul-tunggul Gerigis, Patriarch, Tok Guru, Sutan Baginda,danTivi. Namun demikian, karyanya yang paling kontroversi ialahShit. Drama-drama yang beliau hasilkan ialahSi Anak Rempang, Daging Darah, Monyet, Gembang-gembong Jakarta,danAnak Rampang Karam di Kota. Di samping semua itu, Shahnon juga gemar menulis esei sastera dan esei sastera Islam serta kritikan. Antaranya ialah Mengapa Aku Menulis Ranjau Sepanjang Jalan (1969), Sastera Melayu dan Islam (1978), Sastera Kita Merosot (1973), dan Pengarang Kurang Gunakan Imaginasi (1976).

Shahnon ialah pengarang serba boleh kerana berkeupayaan menghasilkan karya-karya bermutu dalam bidang cerpen, novel, drama, esei dan kritikan. Beliau juga merupakan pengarang yang mahir dengan permasalahan masyarakat desa (membicarakan penderitaan dan kemiskinan petani-petani Melayu). Oleh sebab itu, Allahyarham Tun Abdul Razak pernah memberi gelaran Victor Hugo Melayu kepadanya. Beliau ialah penerima Anugerah Sastera Negara yang membawa gelaran Sasterawan Negara ke-2 pada tahun 1982. Di samping itu, beliau dianugerahi gelaran Dato oleh Sultan Kedah.

12. Usman AwangUsman bin Awang lebih dikenali dengan nama penanya Tongkat Warrant. Beliau dilahirkan pada 12 Julai 1926 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor. Beliau pernah menjadi petani, buruh paksa, polis, pembaca pruf, pemberita dan pengarang. Sebagai pengarang yang produktif, Usman menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan. Beliau dinobatkan sebagai penerima anugerah Pejuang Sastera (1976), penerima SEA Write Award (1982), penerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari Universiti Malaya (1983); dan penerima anugerah Sastera Negara (1983). Sumbangan-sumbangan beliau meliputi genre sajak, cerpen, drama, novel dan esei.

Sajak beliau yang dikumpulkan dalam bentuk buku ialahGelombang(1961),Duri dan Api(1966),Suara Tujuh(1969) danTeluk Gong(1967) di samping beberapa kumpulan bersama penyair lain. Walaupun ketokohan Usman lebih menyerlah dalam bidang puisi, beliau juga aktif menghasilkan cerpen dan drama. Cerpen beliau dimuatkan dalam kumpulan-kumpulan cerpen bersama penulis lain sepertiMekar dan Segar(1967),Dua Zaman(1965),Degup Jantung(1963),Pertentangan(1968) danCerita-cerita Pendek DBP(1958).

Sumbangan Usman di dalam bidang drama ialahDari Bintang ke Bintang(1965),Serunai Malam(1966),Tamu di Bukit Kenny(1968),Di Bawah Matahari(1969),Tirai Zaman(1969),Kaki Langit(1971), danMuzika Uda dan Dara(1967). Di samping genre sajak, cerpen, dan drama, Usman juga menghasilkan novel dan esei. Hanya sebuah novel yang berjaya beliau hasilkan, iaitu Tulang-tulang Berserakan (1966). Esei beliau termuat dalam buku-bukuTemadanTugas Sastera Melayu Moden, Panduan Menulis Cerpen, dan Titian Zaman.

13. A. Samad SaidNama penuh beliau ialah Abdul Samad bin Mohammad Said. Dilahirkan di Durian Daun, Melaka pada 9 April 1935. Beliau memulakan kerjaya sebagai kerani di Singapura. Kemudian memegang jawatan pengarang di akhbar Melayu dan Inggeris. Minat beliau dalam lapangan penulisan tumbuh daripada kegemarannya membaca karya sastera di dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu serta berhubung rapat dengan sasterawan setelah menyertai ASAS 50 di Singapura. Beliau menulis karya-karya kreatif yang berbentuk novel, cerpen, drama dan sajak.

Cerpen beliau termuat di dalam kumpulanLiar di Api, Daun-daun Berguguran, Debar Pertama,danKe Mana Terbangnya Si Burung Senja. Novel karya A. Samad Said termasuklahSalina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Adik Datang, Daerah Zeni, Langit Petang, Hujan Pagi,danWira Bukit. Beliau juga menghasilkan drama dan sajak. Drama beliau berjudulDi Mana Bulan Selalu RetakdanKe Mana Terbangnya Si Burung Senja. Puisinya tersiar di dalam kumpulanLiar Di Api, Daun-daun Berguguran, Benih Harapan,danDaun Semalu Pucuk Paku.

Beliau menerima anugerah Pejuang Sastera pada tahun 1976, anugerah SEA Write Award, Anugerah Sastera Negara (1985) dan anugerah bergelar Datuk daripada kerajaan negeri Melaka. Pada hakikatnya, A. Samad Said merupakan seorang pengarang yang berani mendedahkan segala kepincangan masyarakat serta masalah sosial seperti pelacuran, penderitaan kaum buruh, masalah setinggan dan sifat kepura-puraan pemimpin serta golongan atasan. Namun demikian, selepas melancarkan mogok seni pada tahun-tahun 1980-an, akhirnya beliau mengumumkan untuk bersara daripada bidang penulisan karya sastera bermula pada 1 Mei 2000, yakni selepas terbit puisi panjang tentang Rasulullah yang berjudulAl-Aminkerana tidak berpuas hati dengan kerenah pengurus kesusasteraan.

14. Arena WatiNama sebenar beliau ialah Muhammad@Mohd. Dahlan bin Abdul Biang. Dilahirkan di Kalumpang, Jeneponto, Makasar, Indonesia pada 30 Julai 1925. Menerima pendidikan sehingga ke peringkat Sekolah Menengah Atas (SMA). Menjadi pelaut selama sembilan tahun sebelum menjadi wartawan dan pengarang. Arena Wati melibatkan diri di dalam bidang penulisan sejak tahun 1950-an. Beliau mempunyai pengalaman yang luas hasil daripada penglibatannya di dalam hal-hal pelayaran dan perkapalan serta pengembaraannya ke seluruh Kepulauan Melayu, Amerika Syarikat, Jepun dan Eropah. Beliau bergelar Sasterawan Negara ke-5.

Arena Wati menulis novel dan cerpen. Antara novel beliau ialahKisah Tiga Pelayaran, Jalan Malam ke Ibu Kota, Gelora, Lingkaran, Gandaria, Sandera, Bunga Dari Kuburan, Kuntum Tulip BirudanSakura Mengorak Kelopak. Cerpen beliau yang dikumpulkan dalam bentuk buku ialahTingkah Manusia, Burung Badai, Johor BahrudanDua Zaman(karya bersama).

Arena Wati merupakan seorang sasterawan yang sangat tekun, berpengalaman, dan mampu menghasilkan karya yang bermutu. Contohnya novelLingkaranmemenangi hadiah sagu hati di dalam Peraduan Mengarang Novel anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1962; novelSanderamemenangi hadiah ke-3 (hadiah paling baik pada masa itu) dalam Peraduan Mengarang Novel Sempena Sepuluh Tahun Kemerdekaan Negara; cerpen beliau seperti Wisata, Bukan Satu Jalan ke Mekah dan Alun Menggulung Perlahan memenangi Hadiah Sastera untuk tahun 1971 dan 1972.

15. Muhammad Haji SallehBeliau dilahirkan pada tahun 1942 di Trong, Taiping, Perak. Mendapat pendidikan di Sungai Acheh, Bukit Mertajam, dan Maktab Melayu, Kuala Kangsar. Beliau memegang jawatan guru sebelum menjadi pensyarah di beberapa buah universiti di dalam dan luar negara. Beliau mula menulis sajak dalam bahasa Inggeris yang tersiar di dalam majalah tempatan dan luar negara. Manakala sajaknya dalam bahasa Melayu mendapat sambutan masyarakat Malaysia dan pernah dibicarakan di Indonesia dan negara lain. Beliau juga menterjemah karya daripada bahasa Inggeris ke bahasa Melayu.

Antara karya beliau ialahSajak-sajak Pendatang; Perjalanan Si Tanggang; Sajak-sajak Sejarah Melayu; Kalau, Atau, dan Maka;danSebuah Unggun di Tepi Danau. Di samping itu, beliau banyak menulis artikel, buku tentang sastera bandingan, dan buku pengetahuan, misalnyaPengalaman Puisi. Beliau juga seringkali memberi ceramah dan bimbingan kepada penggiat dan peminat sastera. Ketokohan beliau di dalam genre puisi moden terserlah bukan sahaja di tanah air malahan juga di negara jiran seperti Brunei, Singapura, Thailand, Filipina, Indonesia, Jepun dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, beliau telah dianugerahkan gelaran Sasterawan Negara ke-6 pada tahun 1991 dan dianugerahkan SEA Write Award pada 26 September 1997.

16. Noordin HassanBeliau dilahirkan di George Town, Pulau Pinang pada 16 Januari 1929. Pernah menjadi guru, pensyarah, dan penyunting drama di RTM. Beliau amat meminati drama dan kesusasteraan Inggeris. Drama pentas pertama yang diarahkannya berjudulTak Kunjung Kembali. Beliau mendalami pengetahuannya dalam bidang bahasa dan sastera Inggeris di University London pada tahun 1962 dan kursus Drama di dalam Pendidikan di University of Newcastle. Beliau ialah tokoh drama terulung di Malaysia. Dramanya yang berjudulBukan Lalang Ditiup Anginmemenangi Hadiah Sastera dalam bidang drama pada tahun 1972.

Drama-drama lain yang beliau hasilkan ialahTiang Seri Tegak Berlima, Jangan Bunuh Rama-rama, Sirih Bertepuk Pinang Menari, Anak Tanjung, Malam Ini Penyu Menangis, Cindai,danPeran. Noordin gemar membentangkan karya yang simbolik, menggunakan aliran surrealisme dan bersifat alegori. Di samping itu, karya beliau menyelitkan unsur-unsur dakwah dan mengkritik golongan oportunis dan hipokrit. Walaupun beliau menggunakan aliran surrealisme dalam mengenengahkan idea, tetapi karya beliau padat dengan unsur tradisional.

Sumbangan beliau di dalam bidang drama mendapat pengiktirafan di dalam dan di luar negeri. Beliau dianugerahkan SEA Write Award di Bangkok pada tahun 1987 dan anugerah Sasterawan Negara ke-7 daripada kerajaan Malaysia pada tahun 1993, serta sudah bergelar Datuk.

17. Abdullah HusseinDilahirkan di Sungai Limau, Yan, Kedah pada tahun 1920. Mendapat pendidikan di sekolah Melayu dan Inggeris. Beliau pernah menjadi pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur; Karyawan Tamu di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang; dan pernah berkhidmat di Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei. Abdullah menghasilkan novel, cerpen, karya terjemahan, esei, drama, dan biografi. Antara novel-novelnya ialahTerjebak, Rantau Selamat, Intan, Interlok,danyang terbaru Imam.

Selain itu, beliau juga menghasilkan cerpen. Dua kumpulan cerpennya yang telah dibukukan ialahKota ke KotadanSebuah Pekan Bernama Semporna. Abdullah ialah pengarang yang kaya dengan pengalaman. Beliau telah dinobatkan sebagai Sasterawan Negara ke-8 dan telah dianugerahkan bintang kebesaran bergelar Dato oleh kerajaan negeri Kedah.

18. S. Othman KelantanNama sebenarnya ialah Syed Othman bin Syed Omar. Dilahirkan pada tahun 1938 di Tebing Tinggi, Kemuning, Kelantan. Pernah menjadi guru, pensyarah, dan Karyawan Tamu di Universiti Malaya. Bidang penulisannya ialah novel, cerpen, rencana, dan sajak. Novel beliau ialahAngin Timur LautdanPertentangan. Novel terbarunya ialahNogogho Astana(1997). Antara cerpennya ialah Pusaran dan Kesementaraan. Beliau menerima anugerah SEA Write Award (1990) dan anugerah Sasterawan Negara ke-9.

PENGGUNAAN JUSTERU Kita sering menggunakan perkataan 'justeru' sebagai kata hubung ketika membina sesetengah ayat. Namun disebabkan kecuaian diri sendiri, secara tidak sedar kita telah menyalahgunakan 'justeru' dari segi makna dan penggunaannya. Perkataan 'justeru' membawa maksud malahan atau bahkan. Contoh penggunaan dalam ayat ialah:-1. Saya tidak pernah memburuk-burukkannya, justeru saya sering memuji-mujinya. Namun begitu pada sesetengah pengguna bahasa, mereka beranggapan bahawa 'justeru' membawa maksud oleh itu. Tanggapan yang salah ini akan menyebabkan penciptaan ayat-ayat yang tidak tepat dan tidak gramatis, contohnya:-1. Banyak remaja pada hari ini terjebak oleh gejala dadah, justeru kita patut mengambil langkah yang lebih berkesan untuk menanganinya.SISTEM EJAAN RUMI BAHARU...! Sesetangah ejaan perkataan bahasa Melayu masih tidak mengikut sistem ejaan rumi baharu, dan ini perlulah diberikan perhatian oleh pengguna bahasa terutamanya pelajar-pelajar. Hal ini demikian berlaku kerana beberapa faktor, antaranya golongan kata pinjaman, iaitu golongan kata daripada bahasa-bahasa lain yang diguna pakai oleh pengguna bahasa Melayu. Misalnya:- tiket lakon perabot pelancong pamer keraton target label bajet lelucon kaget

PEMANTAPAN EJAAN DAN ASAS TATABAHASAArahan:A. Pastikan sama ada ejaan perkataan dan penggunaan frasa di bawah betul ataupun salah. Jika salah, sila buat pembetulan dan sediakan juga alasan-alasan.1. pasaraya2. kerjasama3. ulang kaji4. keretapi5. olahraga6. merbahaya7. ibu-bapa8. memperbanyakkan9. kecantikkan10. mensasarkan11. menenteramkan12. menyangkul13. memperolehi14. guris15. pinggan-mangkuk16. mencampur-adukkan17. sangat terkemuka18. fardhu19. juru terbang20. asal usul21. mempastikan22. mempamerkan23. sama-rata24. penguatkuasa25. terkenal sekali26. ibu-ibu bapa27. lagenda28. mendokong29. mengenengahkan30. ubah suaiB. Baca dan cuba kesan kesalahan yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah, kemudian jika perlu silalah buat pembetulan. Adik saya telah menemui dompetnya yang hilang. Ayah akan menjalankan pembedahan usus di HUSM pada petang ini. Adalah dimaklumkan bahawa permulaan cuti umum sempena Tahun Baru China ialah pada 30 Januari 2014. Berapa umur awakkah? Sekolah saya adalah sebuah sekolah yang paling cantik sekali di Kota Bharu.PERANAN TANDA NOKTAH...!

PENGGUNAAN TANDA TITIK ATAU NOKTAH Penggunaan tanda baca seperti tanda sempang (-), koma (,), noktah (.) dan lain-lain sering dipandang mudah. Hal ini demikian kadang-kadang menimbulkan kekeliruan serta boleh mencacatkan aspek bahasa yang mahu diperkatakan. Sebenarnya, tanda noktah bukan sahaja digunakan di penghujung sesebaris ayat, tetapi juga digunakan pada singkatan bagi gelaran, jawatan, pangkat dan sapaan. Lihat contoh di bawah:-1. Dr. (doktor)2. Sdr. (saudara)3. En. (Encik)4. Y.A.B. (Yang Amat Berhormat)5. Tn. (Tuan)6. Y.M. (Yang Mulia)7. Prof. (Profesor)8. Kol. (Kolonel) Tanda noktah juga digunakan pada singkatan yang umum seperti:-1. b.p. (bagi pihak)2. s.k. (salinan kepada)3. u.p. (untuk perhatian)4. m.s. (muka surat)5. dsb. (dan sebagainya)6. dll. (dan lain-lain)7. hlm. (halaman)8. spt. (seperti)9. b. (bin)10. bt. (binti) Tanda noktah tidak digunakan bagi singkatan nama jabatan, institusi, organisasi dan pertubuhan. Lihat contoh di bawah:-1. DBP (Dewan Bahasa dan Pustaka)2. LP (Lembaga Peperiksaan)3. JKR (Jabatan Kerja Raya)4. TNB (Tenaga Nasional Berhad)5. MPKB (Majlis Perbandaran Kota Bharu)6. JPN (Jabatan Pendidikan Negeri)

PUN RAPAT, PUN JAUH...! 'Pun' tergolong dalam jenis kata tugas yang disebut sebagai 'partikel'. Terdapat DUA cara menggunakan 'pun' iaitu secara terpisah dan secara rapat atau berangkai. Bagi 'pun' yang membawa maksud JUGA, 'pun' hendaklah ditulis terpisah (jauh) dari kata yang mendahuluinya. Lihat contoh di bawah:-1. Mereka pun pergi. / Mereka juga pergi.2. Apa-apa pun yang kaubuat.... ./ Apa-apa juga yang kaubuat...3. Ali pun terpilih. / Ali juga terpilih. Bagi 'pun' yang digunakan bersama-sama kata hubung, ejaannya ditulis serangkai dengan kata hubung tersebut. Terdapat 13 kata hubung yang ditulis serangkai dengan 'pun' iaitu:-1. adapun2. lagipun3. ataupun4. walaupun5. andaipun6. sekalipun7. kalaupun8. biarpun9. sungguhpun10. mahupun11. meskipun12. kendatipun13. bagaimanapun

PENGECUALIAN KATA MAJMUKSepertimana diketahui umum, kata majmuk yang merupakan gabungan dua patah perkataan, membawa makna tersendiri dan dieja secara terpisah, contohnya:- guru besar jalan raya kertas kerja mata pelajaran ubah suai alat tulis dan lain-lain.Namun demikian, terdapat juga kata majmuk yang terkecuali daripada ciri di atas. Segelintir kata majmuk ini dieja rapat atau bergabung, antaranya:- tanggungjawab setiausaha jawatankuasa kerjasama suruhanjaya matahari tandatangan olahraga kakitangan beritahu warganegara bumiputera pesuruhjaya sukarela antarabangsa

BAHASA MELAYU SPMPENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

ASPEK KESALAHAN TATABAHASADalam setiap ayat di bawah terdapat beberapa kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan itu dan sila buat pembetulan.1.Oleh kerana begitu lama bekerja sebagai editor, ianya mempunyai banyak pengalaman dalam hal karang-mengarang.2.Setiap pelajar-pelajar yang mengikuti seminar itu diminta mengecam struktur ayat yang menyalahi akan hukum tatabahasa.3.Budak yang mencuri duit itu menegaskan yang dia tidak pernah menerima didikan agama dari kedua orang tuanya.4.Banyak pepohon yang rendang ditanam di kiri kanan lebuhraya itu.5.Jimat-cermat adalah merupakan sikap yang patut diamalkan oleh kita sejak dari bangku sekolah lagi.6.Kerajaan mensasarkan tentang keuntungan melalui projek mega itu adalah sebanyak RM200 bilion.7.Perbuatan saling tolong-menolong di dalam melakukan sesuatu perkara yang tidak baik amatlah ditegah.8.Juruterbang-juruterbang MAS dan AirAsia sedang menjalani kursus lanjutan di Perdana Hotel.9.Jawapan yang dikemukakan itu adalah merujuk buku teks dan nota guru.10.Persatuan bekas-bekas pelajar SM. Sains Tengku Muhammad Faris Petra akan mengadakan program Kembali Berbakti pada minggu hadapan.11.Majlis pelancaran, pelantikan jawatankuasa, dan perletakan batu asas oleh tetamu jemputan berjalan lancar.

ANALISIS JAWAPAN:-1.Kesalahan kata sendi: oleh kerana > oleh sebab/Kerana, kesalahan kata ganti diri: ianya > ia /dia, kesalahan kata kerja transitif: mempunyai banyak pengalaman > banyak mempunyai pengalaman2.Kesalahan kata bilangan: setiap pelajar-pelajar > setiap pelajar, kesalahan kata kerja: menyalahi akan hukum > menyalahi hukum3.Kesalahan kata kerja transitif: menegaskan yang > menegaskan bahawa, kesalahan kata sendi: dari > daripada, kesalahan kata bilangan: kedua orang > kedua-dua orang4.Kesalahan kata ganda: Banyak pepohon > Banyak pohon / Pohon-pohon, kesalahan kata sendi: di kiri kanan > di kiri dan di kanan, kesalahan kata majmuk: lebuhraya > lebuh raya5.Kesalahan kata setara: Jimat-cermat > Jimat cermat, kesalahan kata pemeri: adalah merupakan > merupakan, kesalahan ayat pasif diri ke-3: diamalkan oleh kita > kita amalkan, kesalahan kata sendi: sejak dari > sejak6.Kesalahan imbuhan: mensasarkan > menyasarkan, kesalahan kata kerja transitif: menyasarkan tentang keuntungan > menyasarkan keuntungan7.Kesalahan kata ganda: saling tolong-menolong > saling menolong, kesalahan kata sendi: di dalam melakukan > dalam melakukan8.Kesalahan hukum DM: Perdana Hotel > Hotel Perdana9.Kesalahan kata pemeri: adalah merujuk > merujuk10.Kesalahan kata ganda: Persatuan bekas-bekas > Persatuan bekas11.Kesalahan imbuhan: perletakan > peletakan