panduan pelaksanaan kem pemantapan sahsiah murid update 15.8.10

Upload: marcyllus-john-tabias

Post on 10-Oct-2015

92 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sahsiah

TRANSCRIPT

  • KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    PANDUAN PELAKSANAAN KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID

    SEKOLAH-SEKOLAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    Disediakan Oleh Sektor Pembangunan Nilai dan Akhlak

    BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM JUN 2010

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 1

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 2

    Kata Alu-aluan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia

    Alhamdulillah, segala pujian bagi Allah Penguasa Alam semesta, dengan limpah kurnia-Nya, Bahagian Pendidikan Islam dapat menyediakan Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai rujukan dan garis panduan kepada pihak sekolah untuk melaksanakan Kem Pemantapan Sahsiah Murid di sekolah.

    Memang tidak syak lagi bahawa usaha mendidik, membentuk dan membimbing para pelajar di sekolah menjadi insan yang terbaik adalah merupakan usaha Kementerian Pelajaran dan mereka yang terlibat dengan pendidikan. Oleh kerana pendidikan merupakan suatu usaha berterusan hingga ke akhir hayat maka usaha menambah baik segala program pembentukan sahsiah adalah perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Oleh itu Modul Kem Pemantapan Sahsiah ini adalah sebahagian daripada usaha mempertingkatkan dan memantapkan lagi sahsiah atau keperibadian pelajar bersama usaha sedia ada selama ini. Adalah menjadi harapan kementerian bahawa program ini dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Sebarang pandangan dan penambahbaikan dalam pelaksanaan program ini boleh disalurkan kepada pihak kementerian. Pemurnian akan dilakukan dari semasa ke semasa sehingga akhirnya program ini dapat memberikan impak yang besar kepada pembinaan modal insan melalui usaha membina Sahsiah Murid di Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Akhir kata, saya doakan semoga usaha kita ini akan membuahkan hasil yang baik dan diberkati Allah SWT. Sekian, Terima kasih (HJ ABD RASHID NGAH)

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 3

    PAN DUAN PELAKSANAAN KEM PEMANTAPAN SAHSIAH MURID 1. PENGENALAN

    Peruntukan untuk mengadakan Kem Pemantapan Sahsiah Murid telah diluluskan

    dalam Mesyuarat Penyelarasan Sasaran Kerja Tahunan Operasi Dakwah, Bahagian

    Pendidikan Islam (BPI) bertarikh 7 Januari 2010 untuk dilaksanakan di peringkat

    sekolah. Berikutan itu, Waren Peruntukan Kecil diturunkan ke semua sekolah

    Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) melalui Jabatan Pelajaran Negeri beserta

    dengan Panduan Pelaksanaan.

    Kem Pemantapan Sahsiah ini dicadangkan kerana salah satu fungsi dalam Operasi

    Dakwah BPI ialah Pengukuhan Nilai Islam. Fungsi ini antara lainnya ialah

    melaksanakan program pemantapan sahsiah bagi meningkatkan kualiti dan nilai

    sahsiah serta kewibawaan murid dalam melaksana dan memperteguhkan nilai-nilai

    rohani sebagai muslim.

    Gejala sosial yang berlaku dalam kalangan murid-murid Islam hari ini memerlukan

    satu wadah yang boleh menarik minat mereka mendekati agama secara tidak

    langsung melalui program seperti ini. Data yang dikeluarkan oleh Ketua Polis

    Negara, Tan Sri Musa Hassan, seramai 8,113 remaja berusia antara 16 dan 18

    tahun ditahan kerana terlibat dengan jenayah kekerasan sepanjang tahun 2006 dan

    daripada jumlah itu, 3,545 adalah murid sekolah (Utusan Malaysia 17/02/2007)

    2. OBJEKTIF

    2.1 Melahirkan murid yang boleh memuhasabah diri, menyedari pentingnya

    hidup bersahsiah dan bertingkahlaku berasaskan agama.

    2.2 Membentuk jatidiri dan semangat berpasukan dalam kalangan murid.

    2.3 Murid mampu menjadi agen perubahan kepada rakan sebaya khususnya

    dan ahli masyarakat amnya.

    2.4 Menimbulkan keinginan murid untuk meningkatkan diri dalam bidang

    akademik dan ko kurikulum di sekolah.

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 4

    3. SASARAN

    Murid Islam Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

    4. TEMPAT

    Sekitar kawasan sekolah atau mana-mana kawasan yang sesuai.

    5. MASA CADANGAN

    Mengikut kesesuaian sekolah.

    6. NAMA AKTIVITI

    Kem Pemantapan Sahsiah Murid.

    Contoh Tentatif Program (Lampiran 1) dan contoh Modul Pelaksanaan (Lampiran 2)

    disertakan.

    7. PELAPORAN

    Semua sekolah dipohon untuk menghantar Laporan Pelaksanaan Kem Pemantapan

    Sahsiah Murid ke Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing sebagaimana contoh

    format laporan yang disediakan (Lampiran 3).

    8. PEMANTAUAN

    Pegawai dari Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pelajaran Malaysia dengan

    bantuan pegawai dari Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah akan

    memantau pelaksanaan aktiviti Pemantapan Sahsiah di sekolah.

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 5

    Lampiran 1

    TENTATIF PROGRAM HARI PERTAMA :

    MASA AKTIVITI TINDAKAN CATATAN

    11.00 pagi Pendaftaran Urus Setia

    12.00 tghr Penempatan Peserta JK Kebajikan

    12.30 tghr Makan tengahari JK Makanan &

    Jamuan

    01.30 petang Solat Zuhur berjamaah JK Kerohanian

    02.00 petang Taklimat Kem dan

    Taaruf Jurulatih / Fasilitator /

    Urus Setia

    Komandan Kem

    03.00 petang Pecah Bendungan

    (Ice Breaking)

    Ketua Jurulatih Huraian seperti

    dalam lampiran

    04.30 petang Solat Asar berjamaah JK Kerohanian

    05.00 petang Minum petang JK Makanan &

    Jamuan

    05.30 petang Riadah

    JK Aktiviti Pakaian sukan

    06.30 petang Makan malam

    Pentadbiran sendiri

    JK Makanan &

    Jamuan

    07.30 malam Solat Maghrib

    (Suci Sekeping Hati)

    Solat Isyak

    JK Kerohanian Tazkirah & Zikir

    09.00 malam My Dream Team

    (Membentuk Kumpulan)

    JK Aktiviti

    10.30 malam Minum malam Penghulu

    11.00 malam Taakul *

    Penghayatan Malam

    JK Keselamatan Seperti Lampiran

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 6

    HARI KEDUA :

    MASA AKTIVITI TINDAKAN CATATAN

    04.45 pagi Pentadbiran sendiri Penghulu

    05.15 pagi Qiamullail :

    Solat Tahajjud, Solat Taubat,

    Solat Hajat dan Solat Subuh

    JK Kerohanian

    06.30 pagi Pentadbiran sendiri Penghulu

    07.00 pagi Perhimpunan pagi dan riadah JK Aktiviti

    08.00 pagi Sarapan pagi JK Makanan & Jamuan

    08.30 pagi Taklimat Merunut Hutan Ketua Aktiviti

    09.30 pagi Merunut Hutan dan Ikhtiar

    Hidup

    Memasak dan makan tengahari

    JK Aktiviti Seperti Lampiran

    Solat Zohor berjamaah dalam

    hutan.

    JK Kerohanian

    02.30 petang Tiba di Kem Ketua Disiplin

    Pentadbiran sendiri Penghulu

    03.00 petang Flying Fox atau Merentas

    Halangan (Mengikut kesesuaian)

    JK Aktiviti

    04.00 petang Minum petang JK Makanan &

    Jamuan

    04.30 petang Solat Asar berjamaah JK Kerohanian

    05.00 petang

    Persediaan persembahan

    kumpulan

    JK Aktiviti Pakaian sukan

    06.30 petang Makan malam JK Makanan & Jamuan

    Pentadbiran sendiri Penghulu

    07.30 malam Solat Maghrib berjamaah

    Tazkirah (Realiti Remaja)

    Solat Isyak berjamaah

    JK Kerohanian

    JK Kerohanian

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 7

    09.00 malam Persembahan kumpulan JK Aktiviti Seperti

    Lampiran

    10.30 malam Minum malam JK Makanan &

    Jamuan

    11.00 malam Refleksi Diri JK Aktiviti/ Keselamatan

    Seperti lampiran

    HARI KETIGA :

    MASA AKTIVITI TINDAKAN CATATAN

    05.15 pagi Pentadbiran sendiri Penghulu

    05.45 pagi Qiamullail :

    Solat Tahajjud, Solat Taubat,

    Solat Hajat dan Solat Subuh

    berjamaah.

    JK Kerohanian

    Kuliah Subuh : Kenali Allah JK Kerohanian

    06.30 pagi Pentadbiran sendiri Penghulu

    07.00 pagi Perhimpunan Pagi dan Riadah JK Aktiviti Pakaian sukan

    08.00 pagi Sarapan pagi JK Makanan &

    Jamuan

    08.30 pagi Refleksi Kem & Pelan Tindakan Ketua Jurulatih

    10.00 pagi Minum pagi

    10.30 pagi Persediaan majlis penutupan

    11.00 pagi Majlis perasmian dan

    penutupan

    Komandan Kem Dalam

    Lampiran

    01.00 tghr Jamuan Mahabbah JK Makanan &

    Jamuan

    01.30 tghr Solat Zohor berjamaah JK Kerohanian

    02.00 petang Bersurai

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 8

    Lampiran 2 MODUL SESI ICE-BREAKING (PECAH BENDUNGAN) Rasional Setiap peserta kursus kebanyakannya tidak mengenali antara satu sama lain. Perasaan malu, gugup dan tidak yakin masih menebal dikalangan peserta yang masih saling tidak kenal mengenali. Selepas menjalani aktiviti suaikenal ini diharapkan peserta akan dapat :

    1. Mengenali antara satu sama lain sekurang-kurangnya nama . 2. Menghilangkan rasa malu, gugup, takut dan bersedia melakukan aktiviti yang diarahkan

    oleh fasilitator. 3. Menjalinkan rasa kemesraan di kalangan peserta kursus. 4. Menjalinkan ukhuwwah sesama peserta

    ICE-BREAKING (Kumpulan besar) Tajuk : Kita Serupa Masa : 15 minit Objektif :

    1. Mewujudkan kemesraan di kalangan peserta.

    2. Menghilangkan rasa malu, gugup dan gementar.

    3. Menjalinkan persahabatan yang lebih erat.

    4. Supaya peserta bersedia untuk melakukan aktiviti seterusnya.

    Prosedur :

    1. Fasilitator meminta peserta berkumpul dalam kumpulan mengikut ciri-ciri yang disebutkan

    oleh fasilitator.

    - baju serupa

    - tudung serupa

    - sama tinggi

    - sama bilangan adik beradik

    - sama negeri kelahiran dan lain-lain.

    2. Peserta dikehendaki berkumpul mengikut ciri-ciri seperti yang disebutkan.

    3. Peserta dikehendaki berkenalan dengan peserta yang berada di kiri dan kanan mereka.

    Falsafah :

    1. Setiap individu mempunyai persamaan dan perbezaan

    2. Setiap individu mempunyai persamaan dan perbezaan dengan individu lain

    3. Walaupun berbeza, individu itu mampu membentuk rasa ukhuwah diantara mereka

    4. Setiap individu perlu menanam sikap ikhlas, kasih & saling hormat menghormati

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 9

    MY DREAM TEAM Masa : 120 minit Alatan : P.A. System, kain putih, pen marker. Objektif :

    1. Kumpulan dapat membina imej dan pengenalan kumpulan.

    2. Para peserta dapat membina hubungan sesama ahli kumpulan

    Prosedur :

    1. Setiap kumpulan hendaklah membina bendera dan moto kumpulan.

    2. Setiap kumpulan juga hendaklah membina tepukan semangat mengikut kumpulan.

    Falsafah :

    1. Membina semangat berpasukan.

    2. Hidup hendaklah secara berpasukan dan berjemaah.

    3. Kesepaduan ahli membawa kekuatan jemaah.

    PENGHAYATAN MALAM AKTIVITI (I) : SOLO KEM Masa : 45 minit

    Alatan : Kain pengikat

    Objektif :

    1. Membina semangat keberanian.

    2. Menanam keyakinan dan tawakkal kepada Allah.

    3. Mengakui kebesaran Allah melalui penghayatan malam.

    Prosedur :

    1. Peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.

    2. Penerangan tentang langkah keselamatan, bekerjasama dalam kumpulan dan patuh pada

    arahan ketua setiap masa.

    3. Semua mata peserta ditutup dengan kain.

    4. Setiap kumpulan akan dipimpin oleh seorang jurulatih ke tempat / kawasan nightwalk.

    5. Jurulatih akan membawa kumpulan berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut.

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 10

    6. Semasa berjalan-jalan, jurulatih lain akan menarik seorang demi seorang peserta dari

    belakang dan membawanya ke suatu tempat tertentu dan meninggalkannya keseorangan di

    situ dalam tempoh 20-30 minit.

    7. Jurulatih akan menguji peserta dengan gangguan yang sengaja dibuat.

    Falsafah :

    1. Yakin dengan keberanian diri.

    2. Bertawakal kepada Allah.

    QIAMULLAIL TAJUK: MUNAJATKU Masa : 30 minit Alatan : P.A. System, nota zikir. Objektif :

    1. Peserta dapat menghayati kepentingan zikir-zikir munajat.

    2. Peserta dapat mengetahui keperluan berzikir untuk menghampirkan diri kepada Allah.

    Prosedur :

    1. Peserta membuat saf di surau dalam kumpulan yang ditetapkan bersama fasilitator.

    2. Ketua Fasilitator mengajak peserta muhasabah diri tentang kesalahan lalu.

    3. Peserta bersama-sama berzikir taubat sambil dipesan mengingati kesalahan dan dosa yang

    telah dilakukan.

    4. Ketua Fasilitator memberi taklimat cara menunaikan solat Taubat dan tujuannya.

    5. Bersama-sama mendirikan solat Taubat.

    6. Bersama-sama menyambung zikir munajat.

    7. Ketua Fasilitator memberi taklimat cara menunaikan solat Taubat dan tujuannya.

    8. Bersama-sama menunaikan solat Witir.

    9. Perserta berzikir menunggu azan Subuh.

    Falsafah :

    1. Qiamullail adalah amalan orang soleh.

    2. Ukuran kekuatan ummat terletak kepada sejauh mana kemampuan mereka melaksanakan

    qiamullail dan solat fardu secara berjemaah.

    Pengisian Majlis

    1. Taklimat tentang aturcara qiamullail.

    2. Nota zikir.

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 11

    SURVIVAL / MERUNUT HUTAN Aktiviti : Survival / Merunut Hutan Masa : 5 Jam Alatan : Air mineral, mess tin, lilin, beras, sardin, telur, tepung, gula,

    Garam, beg sampah dan parang. Puzzle/kiub ajaib, sampul surat, kad manila atau kertas

    warna dan marker pen Objektif :

    1. Menerapkan sifat sabar dalam diri para pelajar

    2. Menanam sifat disiplin di kalangan para pelajar

    3. Memupuk semangat kerjasama dalam satu kumpulan

    Prosedur :

    Sebelum aktiviti 1. Berkumpul mengikut kumpulan

    2. Memastikan semua peserta memakai pakaian yang sesuai (cth : pakaian sukan dan

    berkasut)

    3. Mengenalpasti jika terdapat para pelajar yang tidak sihat

    4. Penerangan tentang langkah-langkah keselamatan ketika aktiviti survival dijalankan.

    5. Menerangkan adab-adab memasuki hutan

    6. Pemeriksaan barangan atau alatan yang hendak di bawa mengikut kumpulan.

    7. Berikan nombor untuk semua peserta mengikut kumpulan jika perlu

    8. Soalan-soalan untuk setiap check point

    9. Membuat aktiviti regangan (warm up)

    10. Bacaan doa

    Semasa aktiviti

    1. Bergerak mengikut kumpulan

    2. Sentiasa mematuhi arahan jurupandu dan fasilitator.

    3. Mementingkan langkah-langkah keselamatan

    4. Penerangan tentang beberapa tumbuh-tumbuhan yang digunakan di dalam bidang

    perubatan mengikut keperluan.

    5. Memberi tugasan di setiap check point 1 hingga check point penamat

    6. Tugasan diselesaikan secara berkumpulan

    7. Mengenalpasti tempat solat

    8. Jurulatih mengenalpasti punca air

    9. Mengenalpasti tempat untuk menjalankan aktiviti memasak.

    10. Memastikan setiap peserta mengambil bahagian dan saling bantu membantu rakan-rakan

    dalam kumpulan masing-masing

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 12

    11. Makan secara berkumpulan

    12. Jurulatih/fasilitator memastikan sampah sarap di kumpul dan di bawa turun ke kem untuk

    dibuang.

    Selepas aktiviti

    1. Mengira bilangan peserta

    2. Pembentangan tugasan

    3. Dapatan pengalaman mengikut kumpulan (wakil kumpulan)

    4. Jurulatih/fasilitator membuat rumusan keseluruhan aktiviti survival.

    MODUL AKTIVITI SEMASA JUNGLE TRACKING Rasional

    Setiap peserta yang melalui aktiviti survival/merunut hutan sekadar melaksanakan aktiviti tanpa pengisian. Aktiviti pada setiap check point adalah untuk memberi satu ganggguan emosi/ransangan kepada peserta untuk menilai potensi diri. Objektif

    1. Setiap peserta patuh pada arahan dan dapat merancang perjalanan.

    2. Melatih nilai kepimpinan dan semangat kerjasama antara kumpulan.

    3. Mencungkil bakal/potensi peserta.

    4. Menanam rasa cinta pada alam dan menghayatinya untuk dihubungkan dengan kehidupan.

    5. Memberi pendedahan kepada peserta tentang pelaksanaan ibadah mengikut keadaan.

    Aktiviti Semasa Jungle Tracking

    Sila baca arahan dengan teliti

    1. Anda dikehendaki membawa sebotol air mineral 1.5 liter.

    2. Bergerak secara berkumpulan memasuki hutan.

    3. Anda perlu bersedia dengan apa-apa jua tugasan yang akan diberikan oleh pihak

    jurulatih/urusetia.

    4. Anda dikehendaki bersedia untuk membentangkan tugasan pada setiap check point dan

    setelah kembali ke kem.

    5. Utamakan kumpulan anda.

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 13

    Check Point 1

    Sila baca arahan dengan teliti

    1. Bergerak secara berkumpulan.

    2. Anda perlu bersedia dengan apa-apa jua tugasan yang akan diberikan oleh jurulatih.

    3. Anda perlu berusaha menyelesaikan satu tugasan untuk mendapatkan satu sampul surat

    daripada jurulatih.

    4. Selesaikan cabaran dan teruskan perjalanan ke check point kedua.

    Tugasan Check Point 1 :

    Aktiviti Check Point 1

    Tempoh aktiviti : 10 minit 1. IBADAH: TAYAMMUM

    - Jurulatih mengarahkan peserta kumpulan membuat simulasi bertayammum. - Jurulatih memerhati dengan teliti simulasi peserta. - Jurulatih memberi penerangan, peneguhan dan membetulkan cara peserta

    melaksanakan tayammum.

    untuk tugasan tayammum: lelaki = check point 1. Perempuan = check point 3 untuk mengelakkan masalah pendedahan aurat.

    Urusetia perlu menempatkan dua jurulatih bagi setiap check point untuk memudahkan pelaksanaan tugasan peserta bagi setiap aktiviti.

    Check Point 2

    Sila baca arahan dengan teliti

    - Bergerak secara berkumpulan.

    - Anda perlu bersedia dengan apa-apa jua tugasan yang akan diberikan oleh jurulatih.

    - Anda perlu melaksanakan satu tugasan untuk mendapatkan satu sampul surat

    daripada jurulatih.

    - Selesaikan cabaran dan teruskan perjalanan ke check point ketiga.

    Tugasan Check Point 2 : Aktiviti Check Point 2

    Tempoh aktiviti : 10 minit. 2. SOSIAL : REMAJA

    - Peserta kumpulan diminta memberi sumbang saran/pandangan tentang satu tajuk: a. Nyatakan sebab-sebab berlakunya keruntuhan akhlak remaja masa kini. b. Cadangkan penyelesaian pada masalah keruntuhan akhlak remaja.

    - Jurulatih meminta peserta membuat rumusan.

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 14

    - Jurulatih memberi penegasan bahawa setiap apa yang diperkatakan perlu dilaksanakan. Mesej utama : BESARLAH KEMURKAAN ALLAH BAGI ORANG YANG BERKATA TETAPI TIDAK MELAKSANAKAN

    Firman Allah : Surah as-Soff : 2 Maksud ayat : Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Check Point 3

    Sila baca arahan dengan teliti

    1. Bergerak secara berkumpulan. 2. Anda perlu bersedia dengan apa-apa jua tugasan yang akan diberikan oleh jurulatih. 3. Anda perlu melalui satu ujian untuk mendapatkan satu sampul surat daripada

    jurulatih. 4. Selesaikan cabaran dan teruskan perjalanan ke check point keempat.

    Tugasan Check Point 3 Aktiviti Check point 3

    Tempoh masa : 5 minit. 3. UJI MINDA

    - Peserta kumpulan diminta untuk membuat tugasan uji minda dan kerja berpasukan menggunakan kiub ajaib (berupa empat segi dan mempunyai banyak warna) atau puzzle bergambar.

    - Peserta diminta menyusun agar satu atau lebih bahagian daripadanya sama warna mengikut keupayaan ahli kumpulan, kepantasan dengan peruntukkan masa maksimun 2 minit.

    - Jurulatih perlu menilai kepantasan dan kerjasama kumpulan. - Jurulatih membuat penegasan tentang KEPANTASAN, KETEPATAN DAN

    KERJASAMA (3K) penting untuk mencapai matlamat. Check Point 4

    Peserta mesti sampai ke check point 4 sekurang-kurangnya 15 minit sebelum Zohor.

    Sila baca arahan dengan teliti

    1. Bergerak secara berkumpulan . 2. Anda perlu bersedia dengan apa-apa jua tugasan yang akan diberikan oleh jurulatih. 3. Anda perlu berusaha untuk mendapatkan satu sampul surat daripada jurulatih. 4. Selesaikan cabaran dan teruskan perjalanan ke check point kelima.

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 15

    Tugasan Check Point 4 Aktiviti Check point 4

    Tempoh masa : 20 minit.

    4. PRAKTIKAL : JOM SOLAT !

    Perhatian: Peserta mesti sampai ke check point 4 sekurang-kurangnya 15 minit sebelum Zohor. - Peserta mengisi air dan gunakan air itu untuk berwuduk. - Jurulatih tunjukkan demo cara berwuduk menggunakan air yang minimum. - Jurulatih menunjukkan cara penentuan arah kiblat menggunakan kompas. - Menunaikan solat di hutan dalam keadaan sujud ke bumi tanpa berlapik. - Mesej 1:

    a. Solat itu mudah tapi jangan dipermudah-mudahkan. b. Jurulatih menegaskan tentang pentingnya solat dan praktikalnya dalam apa jua

    keadaan sibuk, faktor tempat bukan alasan untuk meninggalkan solat. - Mesej 2:

    a. Ingat asal usul kita. b. Renungkan dimata akhirnya kita. ITULAH TANAH!

    Maksudnya: Yang membuat segala sesuatu yang dia ciptakan sebaik-baiknya dan yang memulai penciptaan manusia dari tanah

    Check Point Penamat

    Sila baca arahan dengan teliti

    1. Berkumpul mengikut kumpulan.Sambung keratan tugasan yang telah dikumpulkan sepanjang perjalanan.

    2. Baca dan laungkan beramai-ramai apa yang tercatat pada hasil cantuman kertas tugasan.

    3. Jurulatih mendengar luahan dan perkongsian pengalaman peserta. 4. Bergerak ke kem secara berkumpulan.

    Penamat

    - Peserta berkumpul mengikut kumpulan. - Jurulatih meminta peserta bekerjasama membuat pembentangan dan menceritakan

    pengalaman kembara. - Jurulatih menegaskan maksud tersirat di sebalik setiap aktiviti.

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 16

    PENYEDIAAN BAHAN DALAM SAMPUL BAGI CHECK POINT Keperluan : Sampul surat Kertas warna/ kad manila Marker pen Gunting

    a. Tulis slogan pada kertas warna/ kad manila.

    Contoh Slogan: - KAMI SUDAH BERJAYA.

    b. Gunting kertas berkenaan kepada 6 bahagian agar menjadi puzzle. c. Masukkan hanya sekeping keratan puzzle dalam setiap sampul yang bertanda agar

    tidak berlaku kekeliruan atau kesilapan semasa penyerahan kepada peserta kumpulan. d. Bahagian pertama daripada keratan berkenaan diberikan sebelum peserta bergerak

    memasuki hutan. e. Lima (5) bahagian lain akan diserahkan oleh jurulatih/fasilitator semasa peserta selesai

    melaksanakan tugasan di check point 1 hingga check point 5. MERENTAS HALANGAN Aktiviti : Merentas Halangan Masa : 1 Jam Alatan : Laluan merentas halangan (mengikut halangan yang disediakan pihak kem) Objektif :

    1. Membina ketahanan diri 2. Membentuk keyakinan diri 3. Memupuk semangat kerjasama dalam satu kumpulan Prosedur :

    Sebelum aktiviti

    1. Berkumpul mengikut kumpulan 2. Memastikan semua peserta memakai pakaian yang sesuai (cth : pakaian sukan dan

    berkasut) 3. Mengenalpasti jika terdapat para pelajar yang tidak sihat 4. Penerangan tentang langkah-langkah keselamatan ketika aktiviti merentas halangan

    dijalankan. 5. Sentiasa mengikut arahan jurulatih 6. Membuat aktiviti regangan (warm up) 7. Bacaan doa

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 17

    Semasa aktiviti

    1. Melakukan aktiviti mengikut kumpulan 2. Sentiasa mematuhi arahan jurupandu dan fasilitator. 3. Mementingkan langkah-langkah keselamatan 4. Setiap kumpulan dikehendaki melalui kesemua halangan yang telah disediakan. 5. Bekerjasama dan bantu membantu ahli kumpulan. Selepas aktiviti

    1. Mengenalpasti jika terdapat para pelajar yang tercedera atau sakit. 2. Dapatan pengalaman mengikut kumpulan (wakil kumpulan) 3. Jurulatih/fasilitator membuat rumusan keseluruhan aktiviti merentas halangan. FLYING FOX Aktiviti : Flying Fox

    Masa : 1 Jam

    Alatan : Laluan Flying Fox Objektif :

    1. Membina keyakinan diri 2. Memupuk ketahanan diri 3. Membentuk disiplin Prosedur :

    Sebelum aktiviti

    1. Berkumpul mengikut kumpulan 2. Memastikan semua peserta memakai pakaian yang sesuai (cth : pakaian sukan dan

    berkasut) 3. Mengenalpasti jika terdapat para pelajar yang tidak sihat 4. Penerangan tentang langkah-langkah keselamatan ketika aktiviti Flying Fox. 5. Sentiasa mengikut arahan jurulatih 6. Membuat aktiviti regangan (warm up) 7. Bacaan doa Semasa aktiviti

    1. Melakukan aktiviti seorang demi seorang 2. Sentiasa mematuhi arahan jurupandu dan fasilitator. 3. Mementingkan langkah-langkah keselamatan Selepas aktiviti

    1. Mengenalpasti jika terdapat para pelajar yang tercedera atau sakit. 2. Dapatan pengalaman mengikut kumpulan (wakil kumpulan) 3. Jurulatih/fasilitator membuat rumusan keseluruhan aktiviti Flying Fox.

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 18

    TAHSIN SOLAT TAJUK: BACAAN DALAM SOLAT Masa : 30 minit Alatan : Nota Bacaan dalam Solat. Objektif :

    1. Peserta dapat mengetahui bacaan-bacaan rukun dalam solat. 2. Peserta dapat memperbaiki bacaan-bacaan rukun dalam solat mereka.

    Prosedur :

    1. Peserta berkumpul di surau dalam kumpulan yang ditetapkan. 2. Fasilitator menerangkan jenis-jenis bacaan dalam solat. 3. Peserta bersama-sama membaca nota bacaan dalam solat. 4. Peserta membaca seorang demi seorang untuk dipantau bacaan oleh fasilitator

    Falsafah :

    1. Solat yang sempurna mencegah seseorang daripada perbuatan keji.

    2. Solat memfokuskan tujuan hidup hamba kepada Allah.

    Panduan majlis

    1. Bersama-sama membaca nota bacaan dalam solat.

    2. Fasilitator menyelia bacaan individu peserta. KULIAH SUBUH TAJUK: KENALI ALLAH Masa : 30 minit Alatan : Kertas dan pensel. Objektif :

    1. Peserta dapat memahami dengan lebih jelas kepentingan mengenal Allah. 2. Peserta dapat megetahui bahawa menusia akan gagal dalam hidupnya terutama kehidupan

    di akhirat akibat tidak mengenal Allah.

    Prosedur :

    1. Peserta berkumpul di surau dalam kumpulan yang ditetapkan selepas selesai solat Subuh.

    2. Fasilitator menerangkan kewujudan Allah.

    3. Fasilitator bertanya apakah dalil Allah itu wujud?.

    4. Setiap kumpulan menulis jawapan dan dibaca oleh wakil mereka.

    5. Fasilitator membuat kesimpulan.

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 19

    6. Fasilitator meminta tiga cara mereka menghampiri Allah.

    7. Setiap kumpulan menulis jawapan dan dibaca oleh wakil mereka.

    8. Fasilitator membuat rumusan.

    Falsafah :

    1. Cinta kepada Allah bermula dari mengenaliNya. 2. Manusia yang mengenali Allah adalah manusia yang berjaya di dunia dan akhirat. Panduan Isi Majlis:

    1. Dalil naqli dan aqli kewujudan Allah. 2. Cara mengenal Allah. 3. Perkara yang Allah suka dan tidak suka. 4. Faedah menhampiri Allah. KULIAH SUBUH TAJUK: HALAQAH AL QURAN Masa : 30 minit Alatan : Mushaf al Quran dan terjemahan. Objektif :

    1. Peserta dapat membaca al Quran dengan baik. 2. Peserta dapat menjadikan al Quran sebagai amalan pembacaan dalam kehidupan seharian. Prosedur :

    1. Peserta berkumpul di surau dalam kumpulan yang ditetapkan selepas selesai solat Subuh.

    2. Fasilitator meminta peserta mengambil mushaf masing-masing.

    3. Fasilitator membacakan surah al Qariah satu qitah dan diikuti oleh para peserta.

    4. Semua peserta membacakan terjemahan ayat beramai-ramai sehingga akhir ayat.

    5. Fasilitator meminta peserta bercakap suasana hari kiamat.

    6. Fasilitator meminta peserta bercakap mengenai nasib timbangan amalan (ringan dan berat)

    7. Bacaan al Quran disambung seorang satu ayat.

    8. Fasilitator membuat rumusan.

    Falsafah :

    1. Kitab al Quran pembentuk akhlak terpuji.

    2. Kitab al Quran panduan hidup mukmin.

    3. Setiap insan hendaklah menjadikan al Quran sebagai kitab rujukan utama.

    Panduan Isi Majlis:

    1. Tafsir al Quran surah al Qariah.

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 20

    MALAM PERSEMBAHAN KUMPULAN Masa : 1 jam 30 minit Alatan : Lampiran Objektif :

    1. Peserta dapat menonjolkan bakat dan potensi masing-masing.

    2. Peserta dapat meyakinkan diri dan berani tampil di khalayak ramai.

    3. Peserta dapat mengeratkan lagi kerjasama dan semangat bersaing secara positif.

    4. Peserta dapat menyampai dan menerima mesej yang positif melalui persembahan.

    Prosedur :

    1. Peserta berkumpul mengikut kumpulan masing-masing.

    2. Setiap kumpulan dikehendaki mempersembahkan persembahan mengikut undian yang

    telah ditetapkan.

    3. Masa bagi setiap persembahan adalah 5 7 minit.

    4. Fasilitator akan dilantik untuk mengadili persembahan bagi memilih tiga kumpulan terbaik

    berdasarkan kriteria yang berikut:

    - penglibatan / kerjasama ahli kumpulan - mesej yang disampaikan - kreativiti

    5. Ketua kumpulan diminta menyatakan mesej yang cuba disampaikan oleh kumpulan masing-

    masing.

    6. Panel hakim mengumumkan keputusan pertandingan.

    Falsafah

    1. Setiap individu mempunyai bakat dan kebolehan.

    2. Penampilan bakat dan potensi memerlukan keberanian dan keyakinan diri.

    3. Peserta menyedari bahawa kesenian Islam adalah salah satu cabang ilmu yang perlu

    dipelajari dan dikembangkan.

    4. Peserta mengetahui bahawa ketamadunan Islam kaya dengan kesenian dan kebudayaan

    yang unggul.

    5. Manusia memerlukan saluran yang betul dan sihat untuk menampilkan potensi diri.

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 21

    MALAM KESENIAN Arahan :

    1. Kumpulan anda diminta membuat persembahan: Drama ( )

    Sketsa ( ) Koir / Lagu Patriotik ( )

    Nasyid ( ) Dikir Barat ( ) 2. Konsep : Kesenian Islam membentuk budaya yang baik dan positif 3. Tema : Pelajar Berakhlak Pembina Bangsa 4. Semua ahli kumpulan perlu melibatkan diri dalam persembahan ini. 5. Keperluan persembahan seperti pakaian dan lain-lain hendaklah disediakan sendiri oleh

    kumpulan masing-masing. 6. Di akhir persembahan semua kumpulan perlu menerangkan mesej atau pengajaran

    yang cuba disampaikan kepada penonton. 7. Setiap kumpulan akan dinilai oleh panel hakim berdasarkan : 7.1 Penglibatan ahli 40 % 7.2 Kreativiti 30 % 7.3 Mesej / Pengajaran 30 % Jumlah Keseluruhan 100 % REFLEKSI DIRI Masa : 3 jam Alatan : Tayangan Slide & video klip, nasyid Objektif :

    1. Untuk memberi pengukuhan kepada peserta kesedaran untuk membuat perubahan.

    2. Memantapkan tahap rasa kebertanggungjawaban ke atas diri peserta.

    3. Mewujudkan sikap cintakan kepada agama, bangsa & negara.

    4. Dapat membina semangat juang yang tinggi untuk mencapai kejayaan.

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 22

    Prosedur :

    1. Penceramah menyediakan bahan SLIDE TAYANGAN dan multimedia berhubungkait dengan ceramah kesedaran

    2. Di antara bahan tayangan multimedia adalah seperti berikut:

    2.1. Intisari Surah Al-Fatihah

    2.2. Harapan Ibu & Ayah Terhadap Anak-anak.

    2.3. Rintihan Ibu

    2.4. Pengorbanan Ayah Ibu

    2.5. kematian

    2.6. Lagu Taubat

    2.7. Zikir Istighfar

    3. Peserta ditekankan tentang proses kejadian dan menyedari hakikat asal manusia

    o Tayangkan video klip Al-Fatihah .terangkan keistimewaan Al-Fatihah o Tunjukkan vidio klip asal usul kejadian manusia. o Penceramah menekankan tentang asal usul kejadian manusia o Bandingan dengan kejadian makhluk lain (malaikat dan makhluk lain) o Penekanan terhadap tanggungjawab manusia sebagai khalifah o Penekanan terhadap tangungjawab manusia:Beribadah

    4. Video klip kelahiran bayi (cessarian)

    o Video klip ditunjukkan diiringi nasyid o Penceramah memainkan emosi anak tentang kesakitan , keperitan pengorbanan ibu

    melahirkan kita o Emosi peserta terus di mainkan dengan meletakkan diri peserta di tempat ibu.

    5. Peserta di bawa menyingkap tentang pengorbanan ibu dan ayah mencari rezeki.

    o Video tentang kesusahan ibu ayah mencari rezeki, bersawah, menoreh getah o Penceramah menekankan tentang susah payah ibu dan bapa membesarkan anak o Video tentang pesan ibu-menekankan tentang pesanan dan harapan ibu terhadap

    anaknya. o Peserta membawa untuk menilai tahap penerimaan diri tehadap ibu dan ayah dan

    bagaimana hubungan mereka denga kedaua-duanya. o Peserta diajak mengimbau kesalahan dan dosa terhadap ibu dan ayah. o Buai emosi peserta bagaimana jika kita kehilangan ibu dan ayah? o Sempatkah kita memohon ampn daripada ibu dan bapa?

    6. Peserta di dedahkan dengan hakikat kematian

    o Tunjukkan video sajak kematian (remaja hard core) o Tunjukkan video klip andaiku tahu. o Penceramah bertanya adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi kematian? o Adakah kita bersedia dengan amal kebajikan? o Berapa banyak dosa kita dan sempatkah bertaubat? o Tunjukkan video klip azab meninggalkan solat, berzina. o Renungan:sanggupkah kita mati didalam keadaan yang hina dan mengaibkan

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 23

    7. Keinsafan:tunjukkan video klip keinsafan

    o Ajak peserta sama-sama bernasyid o Ajak peserta meenng kesilapan lalu dan menginsafinya o Ajak peserta sama-sama berzikir o Seru peserta sama-sama bertaubat dan berazam tidak mengulangi kesalahan.

    8. Tenangkan emosi peserta

    o Tenang dan sokong emosi peserta. o Fasilitator peluk peserta dan tenangkan kesedihan peserta o Berikan sokongan peserta untuk kembali kepada fitrah. o Mainkan lagu kembali Kumpulan Far East. o Berikan motivasi kepada peserta bahawa mereka boleh berubah.

    9. Mohon keampunan o Jika ibu-bapa hadir, seru peserta untuk cari ibu-bapa mereka , kucup ibu-bapanya, sujud

    dikakinya, mohon keampunan daripada keduanya o Jika guru/jurulatih/fasilitator hadir, panggil mereka berada di hadapan murid, seru murid

    untuk buat barisan , bersalaman dan memohon ampun .Guru beri motivasi kepada pesera.

    10. Pelan tindakan

    o Beri kad kepada peserta o Minta peserta untuk menuliskan harapan peserta kepada ibu-bapa dan guru o Minta peserta untuk menuliskan azam dan perkara yang akan diperbaiki

    Falsafah :

    1. Peserta menyedari bahawa tanggugjawab sebagai anak terhadap ibu bapa adalah besar

    dan mempengaruhi kehidupan seharian.

    2. Peserta menyedari bahawa setiap insan ada harga diri dan orang lain tidak akan menghargai diri kita selagi kita tidak menghargai diri sendiri.

    3. Peserta mengetahui bahawa ketaatan kepada Allah SWT adalah keutamaan untuk mencapai kejayaan.

    4. Kesedaran dan keinsafan melihat permasalahan ummah/remaja membantu meningkatkan kualiti diri.

    5. Keimanan dan keilmuan teras kejayaan hidup Islam.

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 24

    Lampiran 3

    Laporan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid

    Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia

    1. Nama dan Alamat Sekolah : .................................................................................

    2. Negeri : ...............................................................

    3. Nama Pengetua : ..................................................................................................

    4. Kategori Sekolah ( Bandar / Luar Bandar) : ....................................................

    5. Tarikh Kem : ....................................

    6. Dokumentasi:

    6.1. Fail Khas

    6.2. Kertas Cadangan

    6.3. Jawatankuasa Pelaksana

    6.4. Minit Mesyuarat

    6.5. Implikasi Kewangan

    6.6. Post Mortem

    6.7. Gambar/CD/Video

    6.8. Ulasan Pengetua

    Ulasan pemantau

    Tandatangan Pengetua Cop Sekolah

    .........................................

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 25

    IKRAR PESERTA

    KEM PEMANTAPAN SAHSIAH

    SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

    BAHAWA SESUNGGUHNYA KAMI PESERTA KEM PEMANTAPAN SAHSIAH SEKOLAH

    ..................................................................................................................................................

    BERIKRAR DAN BERJANJI

    AKAN MENJADI ANAK YANG SOLEH, TAAT KEPADA KEDUA IBUBAPA, MENGHORMATI GURU-GURU

    DAN MELAKSANAKAN PERINTAH ALLAH DENGAN IKHLAS SERTA RELA HATI.

    KAMI BERJANJI

    AKAN MENGAMBIL BAHAGIAN SECARA AKTIF DALAM SEMUA AKTIVITI DENGAN SEMANGAT

    UKHUWWAH ISLAMIYYAH SEBAGAI UMAT ISLAM YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG

    PADA BILA-BILA MASA .

    KAMI JUGA BERSEDIA

    MENGAMALKAN SEGALA ILMU DAN PENGALAMAN YANG DIPEROLEHI UNTUK MEMBANTU

    MEMBENTUK GENERASI MUKMIN YANG SOLEH DAN BERTAQWA DI MASA AKAN DATANG

    KAMI JUGA BERJANJI

    AKAN MENJADI PENDORONG KEPADA RAKAN-RAKAN KAMI YANG LAIN KE ARAH MEMBENTUK

    KECEMERLANGAN DIRI DALAM SEMUA BIDANG.

  • Panduan Pelaksanaan Kem Pemantapan Sahsiah Murid Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia 26