kertas kerja cadangan

4
KERTAS KERJA CADANGAN Institut: Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim Tarikh: 30/6/2010 – 3/7/2010 Tempat: Blok I Kursus: 1 PISMP PK/PJ/BM Ambilan: Januari 2010 Aktiviti: Kem Bina Insan Guru ULASAN KESELURUHAN BINA INSAN GURU Kem Bina insan Guru adalah satu kewajipan bagi semua guru pelatih yang mengikuti Program PISMP bermula pada semester pertama. Kem ini telah dijalankan selama empat hari tiga malam. Pada kali ini, Kem Bina Insan Guru terpaksa dilakukan di dalam kawasan kampus kerana kekangan kewangan. Tidak seperti kumpulan yang sebelumnya. Mereka lebih bernasib baik daripada kami kerana dapat menjalankan Kem Bina Insan Guru di luar kampus. Namun begitu, masalah ini tidak menjadi halangan kepada kami untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan. Pengisian program ini padat dengan aktiviti yang menguji ketahanan fizikal dan mental guru pelatih. Kekangan dan masalah yang dihadapi dapat memberikan peilihandedahan baru kepada guru pelatih untuk menghadapi cabaran kelak. Selain itu, banyak pengetahuan baru yang diperoleh daripada setiap aktiviti yang dijalankan. Walaupun hanya dijalankan di dalam kawasan kampus namun kami seperti menjalani kem ini di tempat yang asing. Hal ini membuktikan bahawa kem ini berjaya memisahkan kami dari dunia luar. Tambahan pula, aktiviti dalam kumpulan yang dijalankan dapat mengeratkan hubungan antara guru pelatih. Walaupun mereka berlainan bangsa dan agama. Kerjasama anatara guru pelatih juga dapat dilihat daripada setiap program yang dijalankan. Hal ini penting bagi melaksanakan sesuatu tugasan yang telah diberikan kepada setiap kumpulan. Sebagai contohnya, ketika aktiviti jungle-trekking dijalankan guru pelatih mesti memasak sendiri untuk kumpulan mereka. Dengan itu, kami mesti

Upload: siti-azura-azis

Post on 12-Sep-2015

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

working paper

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA CADANGANInstitut: Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong IbrahimTarikh: 30/6/2010 3/7/2010Tempat: Blok IKursus: 1 PISMP PK/PJ/BMAmbilan: Januari 2010Aktiviti: Kem Bina Insan GuruULASAN KESELURUHAN BINA INSAN GURUKem Bina insan Guru adalah satu kewajipan bagi semua guru pelatih yang mengikuti Program PISMP bermula pada semester pertama. Kem ini telah dijalankan selama empat hari tiga malam. Pada kali ini, Kem Bina Insan Guru terpaksa dilakukan di dalam kawasan kampus kerana kekangan kewangan. Tidak seperti kumpulan yang sebelumnya. Mereka lebih bernasib baik daripada kami kerana dapat menjalankan Kem Bina Insan Guru di luar kampus. Namun begitu, masalah ini tidak menjadi halangan kepada kami untuk melaksanakan tanggungjawab yang telah diberikan. Pengisian program ini padat dengan aktiviti yang menguji ketahanan fizikal dan mental guru pelatih. Kekangan dan masalah yang dihadapi dapat memberikan peilihandedahan baru kepada guru pelatih untuk menghadapi cabaran kelak. Selain itu, banyak pengetahuan baru yang diperoleh daripada setiap aktiviti yang dijalankan. Walaupun hanya dijalankan di dalam kawasan kampus namun kami seperti menjalani kem ini di tempat yang asing. Hal ini membuktikan bahawa kem ini berjaya memisahkan kami dari dunia luar. Tambahan pula, aktiviti dalam kumpulan yang dijalankan dapat mengeratkan hubungan antara guru pelatih. Walaupun mereka berlainan bangsa dan agama. Kerjasama anatara guru pelatih juga dapat dilihat daripada setiap program yang dijalankan. Hal ini penting bagi melaksanakan sesuatu tugasan yang telah diberikan kepada setiap kumpulan. Sebagai contohnya, ketika aktiviti jungle-trekking dijalankan guru pelatih mesti memasak sendiri untuk kumpulan mereka. Dengan itu, kami mesti bekerjasama dan bersepakat dalam melakukan sesuatu tugasan. Apatah lagi, dengan masalah cuaca yang tidak menentu yang dihadapi banyak menguji kesabaran kami semua. Namun begitu, segala rintangan ini dilihat sebagai satu persediaan kepada guru pelatih. Selain itu, hasil kerja kumpulan juga dapat dilihat daripada perbentangan dan secara kumpulan serta aktiviti persembahan. Dengan cara ini, guru pelatih dapat bertukar-tukar pendapat dan pandangan serta idea-idea baru. Kesimpulannya, kem ini banyak memberikan manfaat kepada guru pelatih bertepatan dengan matlamatnya untuk membina insan guru.KELEMAHAN DAN MASALAH YANG TIMBULKekurangan adalah perkara yang biasa berlaku pada sesuatu yang kita rancang. Kelemahan ini akan menjadi pemangkin kepada kita untuk melakukan yang terbaik pada masa akan datang. Antara kekurangan yang terdapat dalam kem ini ialah kemudahan tempat program ini dijalankan iaitu di blok I. Masalah yang timbul ialah pengaliran air yang bocor pada saluran paip di tempat LDK dan surau semasa kem. Hal ini menyebabkan tempat tersebut basah dan licin. Masalah ini telah menyebabkan aktiviti yang dijalankan tidak dapat berjalan dengan lancar. Tempat duduk bagi guru pelatih menjadi terhad akibat daripada kebocoran itu. Mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada ceramah kerana berada di bahagian belakang dewan. Selain itu, masalah bekalan makanan juga berlaku. Hal ini disebabkan oleh bilangan guru pelatih yang mengikuti kem ini tidak sama dengan bilangan tempahan yang dilakukan. Oleh itu, pada waktu makan terutama pada waktu sarapan terdapat beberapa orang guru pelatih yang tidak mendapat makanan. Namun begitu, mereka tetap akan diberikan makanan yang diusahakan oleh pihak urusetia. Antara kelemahan yang lain ialah kerjasama dan sikap guru pelatih. Terdapat guru pelatih yang tidak mengikut aturan berjaga malam yang telah ditetapkan dan tidak menepati masa. Mereka tidak bertanggungjawab ke atas diri mereka sendiri dengan mengabaikan tanggungjawab.Kelemahan yang ada boleh diperbaiki untuk menjadi yang lebih baik. Kekurangan yang ada adalah asas kepada mencapai kesempurnaan. Oleh itu, pada kem yang akan datang perkara di atas boleh diberi penambahbaikan. KEKUATAN DAN KEBAIKANBukan hanya kelemahan yang di ambil kira pada kem Bina Insan Guru ini. Akan tetapi, terdapat banyak kekuatan dan kebaikan daripada program ini. Pertama, jadual yang diatur sangat efektif dari segi masa dan aktivitinya. Guru pelatih diberi masa yang sewajarnya untuk bersedia mengikuti setiap aktiviti. Masa yang diperuntukkan untuk setiap aktiviti bersesuaian kerana mengikut tahap kesukaran dan keupayaan guru pelatih. Sebagai contohnya, untuk aktiviti berkayak dan aktiviti darat dimulakan dari pukul 10.30 pagi hingga pukul 6.00 petang. Hal ini kerana kedua0dua aktiviti ini memakan masa yang lama. Selain itu, selepas melaksanakan kedua-dua aktiviti ini guru pelatih akan memerlukan sedikit masa rehat. Tidak dinafikan aktiviti berkayak memerlukan ketahan mental dan fizikal. Selain itu aktiviti berkayak memerlukan banyak tenaga. Berkayak bukannya satu aktiviti air yang senang. Aktiviti darat iaitu jungle trekking tidak terkecuali. Aktiviti ini memerlukan tenaga kerana perjalanan yang perlu diharungi adalah sangat jauh. Guru pelatih perlu berjalan kaki mengharungi perjalanan merentasi hutan dan jalan raya.Tidak lupa juga, penghargaan kepada para pensyarah yang mengambil berat dan prihatin. Terutamanya para pensyarah yang mengawasi kami sepanjang program ini berlaku. Ternyata para pensyarah memberikan komitmen yang sepenuhnya kepada program ini. Mereka sanggup datang dari jauh semeta-mata untuk menjalankan tugas. Selain itu, mereka juga sanggup mengikuti setiap aktiviti yang telah dijalankan. Kekuatan yang ada pada kem ini sedikit sebanyak menutup kelemahannya.

CADANGAN DAN KEBAIKANAntara cadangan untuk menambahbaik program ini ialah melaksanakan program ini di tempat yang lebih selesa. Walaupun kekangan kewangan sedang berlaku pada masa sekarang namun diharapkan pihak pengurusan dapat mencari satu tempat yang sesuai untuk dijadikan tempat perkhemahan. Dengan itu, guru pelatih dapat memberikan komitmen yang terbaik untuk menjalani perkhemahan ini. Mengenai penyediaan makanan, pihak berkenaan diminta menghantar makanan tepat pada masanya. Dengan itu, perjalanan program ini tidak akan terganggu. Selain itu, semua guru pelatih juga diharap dapat memberikan kerjasama yang terbaik kepada pihak urusetia. Hal ini kerana kerjasama yang diberikan oleh guru pelatih akan memudahkan perjalanan program ini. Program akan dapat berjalan dengan lancar tanpa sebarang ganguan. Oleh yang demikian, program ini dapat dilaksanakan dengan baik.

KESIMPULAN Kesimpulannya Kem Bina Insan Guru ini dapat melatih bakal-bakal guru menjadi lebih berani dan bertanggungjawab pada masa yang akan datang. Terdapat banyak cabaran yang menanti tanpa kita ketahui. Kem ini merupakan salah satu persediaan kepada guru-guru pelatih. Bukan itu sahaja, program ini juga melatih peserta untuk lebih berkeyakinan bercakap di hadapan khalayak ramai. Selain itu, hubungan antara guru pelatih yang berlainan opsyen juga dapat semakin rapat. Oleh itu, terdapat banyak manfaat yang diperoleh daripada kem ini.