kertas kerja big benchmarking sem 5

14
Kertas Kerja Program Bina Insan Guru Semester 5 PISMP RBT2 SJKC AMBILAN JAN 2013 INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT JOHOR DARUL TAKZIM KERTAS KERJA PROGRAM BINA INSAN GURU PISMP IPGKTHO RBT2 SJKC SEMESTER 5 AMBILAN JAN 2013 “LAWATAN PENANDA ARASAN” 12 FEBRUARI 2015 SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SABAK UNI, KM 24, JALAN KLUANG, 1

Upload: hellowu

Post on 18-Nov-2015

32 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

a

TRANSCRIPT

Kertas Kerja

Program Bina Insan Guru Semester 5 PISMP RBT2 SJKC AMBILAN JAN 2013

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS TUN HUSSEIN ONNBATU PAHAT

JOHOR DARUL TAKZIMKERTAS KERJA

PROGRAM BINA INSAN GURU

PISMP IPGKTHO RBT2 SJKC SEMESTER 5

AMBILAN JAN 2013LAWATAN PENANDA ARASAN12 FEBRUARI 2015SEKOLAH KEBANGSAAN SERI SABAK UNI, KM 24, JALAN KLUANG, 86400 PARIT RAJA, JOHOR KandunganMuka surat

1. Pengenalan Bina Insan Guru

2. Rasional Bina Insan Guru

3. Objektif

4. Tarikh

5. Tempat

6. Peserta Kursus

7. Mentor

8. Ahli Jawatankuasa Kursus Bina Insan Guru PISMP IPGM 2009

9. Anggaran Kewangan

10. Pengangkutan

11. Jadual Program

12. Penutup

13. Lampiran:

I. Senarai Nama Peserta Kursus

II. Jadual Program

34

5

5

6

6

6

7

8

9

9

10

11-12

1. Pengenalan

Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk memenuhi syarat guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG). Pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu mekanisme tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara.

Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profesion perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi insan contoh kepada masyarakat.

Pada kali ini Bina Insan Guru berteraskan kepada pengurusan dan budaya sekolah. Lawatan Penanda Arasan atau Lawatan Benchmarking merupakan lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga sekolah harapan. Selain daripada sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan kepada pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim, infrastruktur dan infostruktur di sekolah tersebut. Penekanan kepada aspek-aspek tersebut amat penting sebagai hasil pemahaman insan guru terhadap tanggungjawab profesion perguruan.

Guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang lengkap iaitu jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

2. RasionalProgram ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan berorientasi kepada pengurusan dan budaya sekolah. Program ini merupakan batu asas kepada penterjemahan makna tugas guru yang lebih efisyen. Menurut Stephen Covey (1989) di dalam bukunya yang berjudul Stephen Covey's Seven Habits of Highly Effective People yang menekankan ke arah pembentukan manusia yang efeketif berlandaskan nilai-nilai dan prinsip-prinsip di antaranya adalah seperti proaktif, fokus kerja dan keutamaan kepada perkara yang lebih penting.

Justeru, lawatan ini akan memberi pendedahan kepada bakal guru tentang gerak kerja dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran awal tugas guru supaya dapat membina suatu stigma bahawa guru perlu lebih efisien di dalam pengurusan di sekolah. Guru yang efektif merupakan guru yang cemerlang di dalam pengurusan di sekolah seiring dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas.

Di samping itu, guru-guru pelatih PISMP RBT2 SJKC dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina realiti wawasan negara.

3. Matlamat

Selepas mengikuti program Bina Insan Guru, para guru pelatih PISMP RBT2 SJKC Semester 5 diharapkan dapat :

3.1. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan dan patuh kepada tuntutan agama,3.2. memiliki semangat berpasukan, semangat juang yang tinggi serta sikap muhibah di antara satu sama lain,3.3. berdisiplin dan memberi komitmen yang tinggi dalam apa jua keadaan,

3.4. menyesuaikan diri dalam menghadapi pelbagai cabaran sebagai seorang pendidik,3.5. memperkembangkan potensi diri sebagai pendidik dengan mengamalkan refleksi dan penilaian kendiri dalam semua aspek kehidupan.

4. Objektif

Sasaran kepada guru pelatih PISMP RBT2 SJKC selepas mengikuti lawatan agar dapat:

4.1 menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan,4.2 mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang,4.3 membudayakan elemen sekolah cemerlang dan penyesuaian iklim di sekolah,4.4 mengetahui kepentingan infrastruktur dan juga pengendaliannya,4.5 memahami perlaksanaan infostruktur di sekolah dengan lebih efisyen,4.6 Mewujudkan iklim yang kondusif di sekolah.4. Tarikh

Program Bina Insan Guru PISMP RBT2 SJKC SEM 5 ini akan diadakan pada hari Khamis, 12 Feb 2015.5. Tempat

Program ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni, Km 24, Jalan Kluang, 86400 Parit Raja, Johor6. Peserta Kursus

Seramai 7 orang guru pelatih menyertai Lawatan Penanda Arasan ini. Para pelatih adalah daripada pelajar-pelajar PISMP RBT SJKC Semester 5 yang terdiri daripada 2 orang guru pelatih lelaki dan 5 orang guru pelatih perempuan.

*Sila rujuk LAMPIRAN I; senarai nama peserta kursus.

7. Mentor

Mentor yang dilantik dan dipertanggungjawabkan oleh pihak pentadbiran IPG Kampus Tun Hussein Onn adalah Dr. Chan Siew Meng.8. Ahli Jawatankuasa Bina Insan Guru Lawatan Penanda Arasan PISMP IPGM RBT 2Senarai Ahli Jawatankuasa Bina Insan Guru PISMP RBT SJKC SEM 5 yang telah dipilih ialah seperti berikut:

PENGERUSI

: TAN AI LUNGNAIB PENGERUSI

: IVY TING WEI WEISETIAUSAHA

: ALYSSA GOH HARN YIINGBENDAHARI

: GAN JIA HUANJAWATANKUASA

PERALATAN/TEMPAT

: ALYSSA GOH HARN YIING

PENGANGKUTAN

: YEOH HUI BAO

KEBERSIHAN DAN KESELAMATAN : LEE YIK MING

MAKANAN : YEOH HUI BAO

DOKUMENTASI

: CHONG CHAN YIN9. Anggaran PerbelanjaanBerikut dinyatakan anggaran perbelanjaan secara keseluruhan untuk perbelanjaan program :

Sarapan Pagi Guru Pelatih (RM 5.00 x 7 orang) RM 35.00

Makanan Tengah Hari (RM 5.00 x 7 orang)RM 35.00

Cenderahati ( dari stor )

Air minuman mineral ( dari stor)

JUMLAHRM 70.00

10. PeruntukanPeruntukan yang akan dimohon daripada pihak IPG adalah RM 70 untuk tujuh orang guru pelatih, iaitu RM 10.00/orang x 7 = RM 70.0011. Pengangkutan

Pengangkutan peserta akan disediakan oleh pihak pentadbiran institut sendiri dan maklumat pengangkutan adalah seperti berikut:

a) 1 buah bas IPG Tun Hussein Onn12. Jadual Program

Program Bina Insan Guru PISMP RBT SJKC Semester 5 ini akan mengambil masa sehari yang melibatkan aktiviti berunsurkan ilmiah, dan interaksi sosial dan pengurusan seperti yang tertera di dalam Jadual program adalah seperti di LAMPIRAN II.

13. Penutup

Secara tuntasnya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak yang terlibat dapat menjayakan program Lawatan Penanda Arasan ini dengan sempurna. Hasil daripada program ini dapat melahirkan guru yang memahami dan mendalami pengurusan yang lebih sistematik, mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan dan pemahaman terhadap keperluan infrastruktur dan infostruktur sekolah. Justeru, membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta mempunyai nilai tambah dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan modal insan negara.

Disediakan oleh ,.............................................................

( )

Setiausaha,

Program Bina Insan Guru Semester 5

PISMP RBT2 SJKC,

Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Tun Hussein Onn,

Jalan Kluang, 83000,Batu Pahat, Johor.

LAMPIRAN I

SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM BINA INSAN GURU PISMP RBT2 SJKC SEMESTER 5 AMBILAN JAN 2013KURSUS: REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI SJKCMENTOR: DR CHAN SIEW MENGBILNAMANO KPHP

1ALYSSA GOH HARN YIING931016-13-54160168726461

2CHONG CHAN YIN930223-04-5099016-6282259

3GAN JIA HUAN930319-01-6532017-6994721

4IVY TING WEI WEI930305-13-6090016-5250611

5LEE YIK MING930921-04-5192016-2580921

6TAN AI LUNG930620-05-5207019-6210995

7YEOH HUI BAO930720-08-5382016-5683137

LAMPIRAN II

TENTATIF PROGRAM BINA INSAN GURU SEMESTER 5

PISMP RBT SJKC SEMESTER 5 AMBILAN JAN 20138.00 pagi

: Bertolak ke Sekolah Kebangsaan Seri Sabak Uni9.00 pagi

: Sampai di destinasi

9.15 pagi

: Kudapan

9.30 pagi

: Majlis pengenalan Ucapan Guru Besar/ GPK

Ucapan mentor/pensyarah10.00 pagi

: Pemerolehan maklumat sekolah Ciri-ciri kepimpinan

Pengurusan

Iklim dan budaya sekolah

Infrastruktur dan infostruktur kurikulum

12.00 tengah hari: Makan tengah hari

1.30 petang

: Sambungan pemerolehan maklumat sekolah3.00 petang

: Majlis Penutup4.30 petang

: Bertolak pulang ke IPGM Kampus Tun Hussein Onn Disediakan oleh,

Disemak oleh,

Disokong oleh,Disahkan oleh,

Diluluskan / Tidak Diluluskan oleh:

..

(ENCIK EN. HASSAN BIN PARDI)

Timbalan Pengarah,

IPG Kampus Tun Hussein Onn

Batu Pahat, Johor.

Catatan. _____________________________

(DR.CHAN SIEW MENG) Mentor,

RBT 2 SJKC SEM 5

PISMP Ambilan Jan 2013, IPG Kampus Tun Hussein Onn,

Batu Pahat, Johor.

_____________________________

(ALYSSA GOH HARN YIING)

Setiausaha BIG Fasa 5,

RBT 2 SJKC SEM 5

PISMP Ambilan Jan 2013, IPG Kampus Tun Hussein Onn,

Batu Pahat, Johor

_____________________________

(EN. MOHD RAZALI BIN HASHIM)

Penyelaras BIG Fasa 5,

IPG Kampus Tun Hussein Onn,

Batu Pahat.

_____________________________

(EN. MOHD. NAHAR BIN MOHAMAD WAZIR)

Ketua Unit Kokurikulum,

IPG Kampus Tun Hussein Onn,

Batu Pahat.

PAGE 1