penyelidikan tindakan i pss3113

27
PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Upload: misty

Post on 23-Feb-2016

92 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113. 1. Pengenalan kepada Kaedah Penyelidikan dalam Pendidikan. Mengapa Guru Sebagai Penyelidik? 1. Membina pengetahuan dan kefahaman tentang situasi kerja melalui refleksi, inkuiri dan tindakan. 2. Pereka bentuk kurikulum berasaskan dapatan mereka. - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

PENYELIDIKAN TINDAKAN I

PSS3113

Page 2: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

1. Pengenalan kepada Kaedah Penyelidikan dalam

Pendidikan Mengapa Guru Sebagai

Penyelidik? 1. Membina pengetahuan dan kefahaman

tentang situasi kerja melalui refleksi, inkuiri dan tindakan.

2. Pereka bentuk kurikulum berasaskan dapatan mereka.

3. Peranan mereka sebagai guru apabila mereka menyesuaikan amalan mereka berdasarkan kesimpulan yang dibuat dalam kajian

Page 3: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Guru adalah penyelidik dan pengamal bilik darjah.

Melalui penyelidikan, guru akan meningkatkan amalan dengan mengetahui apakah perubahan yang perlu dilakukan dalam P&P serta kesannya.

Penyelidikan adalah sebahagian daripada kehidupan profesional guru.

1. Profesionalisme yang berterusan melalui proses adaptasi terhadap perubahan dalam bidang pengetahuan, teknologi dan sosial.

2. Profesionalisme berasaskan sekolah yang di dalamnya terangkum kerja guru.

3. Profesionalisme berasaskan semangat kolaboratif melalui proses interaksi dengan rakan sekerja.

Page 4: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

4. Profesionalisme berfokus kepada pembelajaran pelajar dan bagaimana untuk meningkatkannya.

5. Profesionalisme yang mengiktiraf guru sebagai profesional dan pembelajar dewasa.

Sikap profesionalisme memerlukan sikap yang positif terhadap inkuiri kurikulum dan inkuiri masalah yang sebenar dalam konteks P&P.

Memerlukan minat dan perasaan ingin tahu untuk melaksanakan kerja-kerja inkuiri secara kolaboratif untuk merasai nikmat intelektual (Penelitian masalah sebenar dalam tugas seharian).

Merapatkan jurang apa yang kita tahu dengan apa yang kita tidak tahu

Page 5: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Stenhouse (1975) – Jika guru hendak merealisasikan aspirasi pedagogi mereka, adalah perlu mereka menganggap peranan mereka sebagai penyelidik.

Donald Schon (1983) menyarankan perubahan amalan guru dari berbentuk technical rationality kepada reflective rationality yang menekankan amalan refleksi sebagai asas perkembangan profesional (reflection-in-action dan knowing-in-action).

Elliot (1993) mementingkan refleksi secara sistematik yang bercorak peribadi, refleksif dan praktikal – konsep guru sebagai penyelidik dan pengamal reflektif- melibatkan penyelidikan tindakan dan inkuiri tindakan.

Page 6: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Carl (1986) – kualiti pengajaran tidak boleh dipertingkatkan melainkan dengan mempertingkatkan keupayaan guru untuk merealisasikan nilai-nilai pendidikan mereka menerusi amalan praktis mereka – mesti melibatkan proses penyelidikan dan refleksi untuk membina semula secara sistematik praktis mereka.

Proses-proses ini akan menjadikan guru lebih memahami tugas dan tanggungjawab mereka supaya benar-benar dapat meningkatkan kualiti amalan mereka.

Page 7: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Kajian Tindakan dan Guru Guru perlu sentiasa meneliti peranan

mereka supaya dapat menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan dari masa ke semasa – pengisian ilmu dan kemahiran serta penyesuaian diri dengan budaya dan teknologi.

Guru perlu bersedia membuat kritikan sendiri, menyelidik dan mengubah suai perlakuan mereka.

Amalan pengajaran perlu dijadikan sebagai amalan pendidikan yang lebih kritis terhadap perlakuan sendiri.

Page 8: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Kajian tindakan bertujuan untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan menerusi perkembangan peribadi dan profesional seseorang guru dengan bertanggungjawab ke atas tindakan mereka dalam mewujudkan persekitaran P&P yang kondusif dan dinamis.

Guru yang terlibat dalam kajian tindakan selalunya ingin mengkaji konteks di mana mereka berada dan bekerja sebab mereka ingin kajian yang dijalankan memberi satu perubahan dan perbezaan dalam persekitaran kerja mereka.

Page 9: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Sagor (2000) melihat guru sebagai seorang profesional yang mempunyai tanggungjawab dan jangkaan berikut:

1. Melakukan kerja yang bukan rutin dan melakukan secara kreatif.

2. Mempertimbangkan pelbagai perspektif semasa membuat keputusan

3. Memainkan peranan signifikan dalam menghasilkan pengetahuan dan celik akal yang memacu profesionnya ke hadapan

4. Dipertanggungjawabkan menggunakan dan mengamal amalan-amalan yang terbaik.

Page 10: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Cabaran dalam Menjalankan Kajian Tindakan

1. Faktor Masa

2. Kekurangan Sumber

3. Kesukaran dalam Membentuk Soalan Kajian

4. Menolak Perubahan atau Tidak Mendapat Sokongan

Pertimbangan Etika

Page 11: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Konsep Penyelidikan

Mc Millan & Schumacher (1977) – Satu proses sistematik dalam mengumpul dan menganalisis data atau maklumat untuk tujuan-tujuan tertentu.

Kerlinger (1986) – Satu penyelidikan terhadap fenomena semulajadi yang dilaksanakan secara sistematik, berempirikal, terkawal dan begitu kritikal berpandukan teori dan hipotesis tentang pertalian atau kaitan yang diandaikan wujud antara fenomena-fenomena berkenaan.

Page 12: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Best & Kahn (1993) – “ a systematic and objective analysis and recording of controlled observation that may lead to the development of generalisation, principles or theories, resulting in prediction and possibly ultimate control of event”.

Cohen & Manion (1989) – Kombinasi pengalaman dan pentakulan ke arah mencari kebenaran ssesuatu fenomena.

Page 13: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Definisi Kajian Tindakan Definisi Klasik: 1. Kurt Lewin (1947) – “Action research is

a three step spiral process of (1) planning which involves reconnaissance; (2) taking action; and (3) fact-finding about the results of the action”

2. Stephen Corey (1953) – “ Action research is the process by which practitioners attempt to study their problems scientifically in order to guide, correct and evaluate their decisions and action”

Page 14: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Definisi Moden 1. Mc Kernan (1988) – “Action research is

a form of self-reflective problem solving, which enables practitioners to better understand and solve pressing problems in social settings”

McNiff (1988) – Satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah amalan.

Page 15: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Tujuan Penyelidikan dalam Pendidikan

1. Membantu guru menangani cabaran berhubung dengan amalan P&P

2. Memperkembangkan profesionalisme guru khususnya dalam mengenal pasti teknik atau kaedah pembelajaran berkesan

3. Mengukuhkan asas pengetahuan profesional guru

4. Menyelesaikan masala-masalah profesional tanpa bantuan luar

5. Membebaskan guru daripada kongkongan amalan-amalan rutin

Page 16: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

6. Mengupayakan guru sebagai seorang profesional. Dengan itu, guru mempunyai hak milik (ownership) dalam memperkenalkan amalan-amalan yang berkesan dan berkuasa untuk membuat keputusan (empowerment)

7. Membawa pembaharuan dan kemajuan kepada amalan-amalan refleksi kendiri dan usaha sendiri

8. Meningkatkan daya keyakinan diri melalui usaha kolaborasi dan secara tidak langsung boleh menmbah baik prestasi dan kepuasan kerja

8. Menjadi agen perubahan dengan membuat refleksi dan menganalisis kekuatan serta kelemahan diri

Page 17: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Ciri-ciri Penyelidikan dalam Pendidikan

1. menambah baik kerja sendiri 2. Menghubungkaitkan refleksi dengan

tindakan 3. Menyebar dab berkongsi pengalaman

kepada peserta dan mereka yang berminat 4. Mengumpul data dan memberi

pengupayaan (empowerment) kepada penyelidik untuk menyelesaikan masalah sendiri melalui penyelidikan

5. Menggalakkan usaha kolaborasi untuk mewujudkan komuniti guru yang berfikiran kritis

Page 18: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

6. Mempunyai komitmen untuk meningkatkan kefahaman praktis untuk menambah baik amalan pendidikan

7. Membolehkan guru mengalami pembelajaran progresif secara berterusan dalam satu gelungan

Page 19: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Tutorial

Bincangkan pengalaman anda semasa melaksanakan program praktikum Fasa 2 dengan menggunakan pendekatan “reflective rationality”. Ia seharusnya berkaitan dengan amalan P&P anda.

Page 20: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Pendekatan Penyelidikan dalam Pendidikan

1. Pendekatan Positivistik (Kuantitatif)

2. Pendekatan Interpretatif (Kualitatif)

Page 21: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Penyelidikan Kuantitatif(Quantitative Research)

Melibatkan pengumpulan dan analisis data numerikal untuk mendapat celik akal bagaimana satu pembolehubah mempengaruhi pembolehubah lain.

Penggunaan penyelidikan kuantitatif yang berbeza bergantung kepada:

1. Jenis soalan yang ditanya; 2. Tujuan penyelidikan, dan; 3. Bilangan subjek yang boleh

diperolehi oleh penyelidik

Page 22: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Penyelidikan kualitatif(Qualitative Research)

Melibatkan pengumpulan data naratif untuk

memperolehi celik akal kedalam fenomena yang diminati. Data dikumpul: Secara intensif dalam tempoh masa tertentu Dalam “naturalistic setting”, Tanpa cuba mengawal peristiwa.

Contoh: Sekolah A telah memenangi banyak hadiah

dalam melaksanakan teknologi merentas kurikulum. Anda mengambil keputusan untuk menyiasat apakah yang telah mereka lakukan membantu mereka berjaya. Selepas perbincangan dengan guru besar, anda dapati terdapat 3 orang guru penting dalam pembangunan teknologi. Sebagai penyelidik kualitatif apakah yang akan anda lakukan untuk kenalpasti mengapa mereka sangat berjaya?

Page 23: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Perbandngan Kajian Tindakan dan Kajian Konvensional

BIL ASPEK KAJIAN TINDAKAN(KUALITATIF)

KAJIAN KONVENSIONAL(KUANTITATIF)

1 OBJEKTIF Memperbaiki amalan sendiri dan membentuk teori

Menguji teori, membuat generalisasi dan menjelaskan prinsip

2 REKA BENTUK Boleh ubahsuai berdasarkan keadaan dan keperluan situasi sebenar

Ditetapkan terlebih dahulu dan tetap

3 SUBJEK KAJIAN Penyelidik sebahagian daripada subjek kajian

Merupakan sampel yang dipilih

4 KAEDAH Dijalankan dalam situasi sebenar dan memerlukan tindakan dan penilaian ke atas tindakan

Bergantung kepada teknik persampelan dan analisi statistik yang canggih, tidak semestinya dalam situasi yang sebenar

5 LAPORAN KAJIAN

Menggunakan bahasa yang mudah difahami

Lebih bersifat teknikal dan memerlukan pengetahuan yang khusus untuk memahaminya.

Page 24: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Etika dalam Penyelidikan dalam Pendidikan

Definisi Etika - Aktiviti yang meneliti standard moral

seseorang atau masyarakat dan bagaimana standard tersebut digunakan dalam kehidupan.

Ia merujuk kepada watak individu dan cara bertingkah laku.

Ia merupakan cabang falsafah yang berkaitan dengan nilai.

Page 25: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Prinsip Etika - Dalam penyelidikan sosial perlu bersikap

berkecuali, tidak memihak dan objektiviti. Tidak bias dari awal kajian, menganalisis

dan menulis laporan kajian Sesuatu yang sukar direalisasikan Persoalan etika adalah merupakan soal

subjektiviti antara penyelidik, kumpulan penyelidik dan partisipan. Ia terangkum dalam tiga tahap:

1. Hubungan penyelidik-responden 2. Hubungan penyelidik-penyelidik 3. Hubungan penyelidik-persatuan

penyelidikan profesional

Page 26: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

Prinsip Etika 1. Prinsip Hormat kepada Autonomi -Hak individu untuk terlibat atau tidak

dalam penyelidikan dihormati -Individu yang terlibat perlu bebas, tanpa

pengaruh atau desakan serta paksaan (termasuk dibayar)

2. Prinsip Perlindungan -Proses dan prosedur tidak akan

menyebabkan kecederaan atau mendedahkan individu kepada risiko

-Kerahsiaan berkait dengan identiti responden

Page 27: PENYELIDIKAN TINDAKAN I PSS3113

3. Prinsip Keadilan -Manusia perlu diberi layanan yang adil

memandangkan tidak semua manusia mempunyai keupayaan dan kebolehan yang sama.

-Bassey (1999) menyatakan etika penyelidikan melibatkan tiga aspek – hormat pada demokrasi, hormat pada kebenaran dan hormat pada manusia.

- Tiada unsur plagiat, memalsu atau merahsiakan data.