laporan penuh ceramah rpi 2013-edit.docx

Upload: anonymous-dkzoro

Post on 01-Mar-2016

36 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS BAHASA MELAYULEMBAH PANTAI59990 KUALA LUMPUR PENGENALAN KEPADA PENDIDIKAN KHAS (PKU 3101)LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDUANJURAN PISMP 1C MAJOR PENDIDIKAN KHAS4 SEPTEMBER 2013

ContentsPENGHARGAAN3LAPORANPENGERUSI4LAPORAN SETIAUSAHA CERAMAH PENGAJARAN INDIVIDU7LAPORAN AJK BENDAHARI (ROSALIA ANAK NGINDANG)9PERBELANJAAN PROGRAM CERAMAH PENDIDIKAN INDIVIDU10LAPORAN AJK SIARAYA & PERALATAN11LAPORAN AJK PUBLISITI13LAPORAN AJK MAKANAN CERAMAH RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU16LAPORAN AJK CENDERAHATI17LAPORAN AJK JEMPUTAN CERAMAH PENGAJARAN INDIVIDU18LAPORAN PENGACARAAN MAJLIS20LAPORAN AJK KEBERSIHAN22LAPORAN AJK BUKU PROGRAM23LAPORAN AJK PERSIAPAN TEMPAT24LAPORAN AJK DOKUMENTASI CERAMAH RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI)25LAMPIRAN27

PENGHARGAAN

Ucapan syukur saya ucapkan kerana dapat juga kami menyiapkan laporan penuh untuk Ceramah Rancangan Pendidikan Individu ini dengan sempurnanya. Sekalung tahniah diucapkan kepada semua Ahli Jawatankuasa diatas pengelolaan yang cemerlang. Tidak dilupakan kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Rayahin Zarifah yang banyak membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini. Semoga Program yang dijalankan dapat member manfaat kepada semua pihak.

Ucapan terima kasih juga kepada semua pensyarah daripada jabatan ilmu pendidikan yang meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama hadir di majlis ini serta rakan-rakan yang lain yang memberi sokongan sehingga majlis selesai iaitu kelas pismp 2f dan juga pismp semester 8 major pendidikan khas dan pemulihan.

LAPORANPENGERUSI

Bidang tugas Pengerusi

1. Memerhatikandanmengetahuisegalaperancanganpengurusanhal-hal berkaitan penganjuran ceramah bagi setiap Ajk Program.

2. Berkolaborasidenganahlijawatankuasatertinggiterutamanyasetiausaha bagimengenal pasti segalapermasalahan yang berlaku bagi memberikan kelancaran perjalanan program ceramah ini.

3. Mengetahuidanmenyelaraskansegalamaklumatberkaitandengan ceramah yang dijalankan seperti jumlah pensyarah dan pelajar yang akan terlibat dalam ceramah tersebut.

4. Menyampaikan segala maklumat baru dan perubahan dari Pensyarah Pembimbing kepada semua AJK yang terlibat.

5. Menjadi rujukan utama bagi semua AJK dalam berhubungan dengan Pensyarah Pembimbing.

Sebelum Program

Pada 4 September 2013 yang lepas, saya telah terlibat dalamsatu penganjuran ceramah berkaitan Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) sebagai satu kerja projekwajibyangtelahditetapkandalammatapelajaranPengenalan kepada pendidikan khas kod PKU 3101 pada semester ini. Program ceramah inidikelolakan oleh semua pelajarPISMPsemester1C. Program ini diadakan bertempat di Dewan Tun Sri Lanang IPG Kampus Bahasa Melayu yang berlangsung selama sehari. Pada awalnya Program Ceramah ini menggabungkan dua program dari 2 kelas iaitu Ceramah Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) oleh kelas PISMP 1C dan Pameran BBM oleh kelas PISMP 2F. Program ini mensasarkan kepada kalangan pelajar PISMP yang mengikuti kursus Major Pendidikan Khas. Namun terdapat beberapa permasalahan berlaku, pelajar yang terlibat telah diubah hasil perbincangan Pensyarah Pembimbing dengan Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan, kami telah memjemput kelas 8E Major Pemulihan dan 8H Major Pendidikan Khas.Sebelum Program ini berlangsung, saya telah melalui beberapa proses dan peringkat tertentu seperti taklimat dari pensyarah pembimbing, sesi perlantikan jawatankuasa pelaksanaan program ceramah, mesyuarat dan perbincangan penyediaan dan persiapan program. Hal ini penting kerana persediaan yang rapi perlu dititikberatkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan yang berlaku. Semua jawatankuasa telah melakukan tugas mereka masing-masing sebelum program ceramah dan pameran berlangsung. Cabaran kepada saya dan rakan sekelas kerana disaat akhir persiapan program ini, tiba-tiba kami dikhabar bahawa kelas PISMP 2F tidak dapat menyertai program ini atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Walaupun keadaan menjadi sedikit kelam kabut, saya telah membuat sekali lagi perbincangan bersama jawatankuasa kelas saya bagi membincang masalah-masalah yang mereka hadapi selepas PISMP 2F tidak jadi menyertai program ini. Hasil kerjasama dari semua jawatankuasa akhirnya masalah persiapan untuk program ceramah dapat diselesaikan.

Semasa Program

Program Ceramah Rancangan Pendidikan Individu ( RPI ) bermula pada pukul 10.30 pagi. Seawal 7.30 pagi lagi semua ahli kelas saya telah datang untuk membantu Jawatankuasa yang terlibat dalam membuat persiapan akhir iaitu Jawatankuasa PA Sistem, Jawatankuasa Jemputan, Jawatankuasa Makanan dan Pengacara Majlis. Semasa program ceramah berlangsung, Cuma ada sedikit masalah yang berlaku iaitu kehadiran pelajar yang dijemput agak lewat. Hanya separuh sahaja pelajar yang sudah berada didalam dewan ketika majlis dimulakan, tetapi saya bersyukur kerana pelajar tidak mengambil masa yang lama untuk masuk ke dalam dewan. Selepas selesainya majlis ceramah, Penceramah dan semua pensyarah dijemput untuk menjamu selera. Jawatankuasa makanan mengambil tempat untuk menjemput tetamu khas dan juga pensyarah dengan dibantu oleh rakan-rakan sekelas. Selesai sahaja jamuan makan semua rakan-rakan sekelas berkerjasama mengemas dan membersihkan meja makan dan kawasan tempat makan. Memasukkan semula meja dan kerusi kedalam stor sehingga semuanya selesai.

Selepas Program

Membuat post mortem bersama semua Jawatankuasa Menghantar laporan kepada setiausahaMengenalpasti penambahbaikan yang perlu dibuat untuk masa hadapan

Disediakan oleh,

LAPORAN PENUH CERAMAH RANCANGAN INDIVIDU

(Jessica Tan Mei Chan)8

LAPORAN SETIAUSAHA

Sebelum Satu ahli jawatankuasa pelaksana telah ditubuhkan untuk menjalankan satu program ceramah yang yang bertajuk rancancan pendidikan individu bagi memberi pendedahan kepada pelajar sebelum menjadi guru yang sebenar. Sebelum membuat program saya telah membuat kertas kerja bagi mendapatkan kelulusan daripada pengarah serta membuat surat jemputan kepada penceramah iaitu Puan Suraya Binti Ahmad Zhatu.Selepas kertas kerja diluluskan kami membuat mesyuarat kali kedua bagi memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar serta memantau perjalanan program bagi setiap Ahli jawatankuasa pelaksana .Sebarang masalah yang timbul sebelum program dapat dibincangkan dan diselesaikan bersama pengerusi bagi melancarkan perjalanan program.Semasa Ceramah berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit kekeliruan berlaku dan majlis bermula agak lewat. Alhamdulillah semua masalah dapat diatasi dengan jayanya. Semasa ceramah dijalankan saya banyak membantu AJK pelaksana bagi memastikan perjalanan program berjalan dengan sempurna.

Selepas Setelah ceramah tersebut selesai, saya berasa lega, gembira dan bangga kerana ceramah yang dijalankan berjaya juga akhirinya. Sehari selepas ceramah diadakan, kami telah membuat postmotem untuk memperbaiki kelemahan yang ada. Banyak kelemahan yang dapat dilihat dan perlu diperbaiki untuk masa hadapan. Komunikasi sangat penting bagi setiap Ahli jawatankuasa untuk membuat program yang terbaik. Serta pengajaran yang paling penting adalah jangan membuat kerja minit terakhir dan jangan mengharapkan orang untuk membuat kerja. Diharapkan dimasa hadapan kami dapat membuat program yang lebih baik. Sekian

Disediakan oleh,

(Nurdiana Binti Yunus)SETIAUSAHA

LAPORAN BENDAHARI

SEBELUM

Secara keseluruhannya, tugasan sebagai bendahari adalah berkaitan pengurusan kewangan maka sebelum terlaksananya Ceramah Rancangan Pendidikan Individu (RPI), tugasan saya adalah mendapatkan sumber kewangan supaya segala aktiviti yang dirancang akan berjalan dengan lancar.

Punca kepada sumber kewangan ini diperolehi melalui hasil kutipan daripada rakan sekelas. Setiap seorang pelajar dikenakan RM15.00. Hasil kutipan tersebut berjumlah RM255.00.

SEMASASepanjang program berlangsung, tidak banyak tugas yang melibatkan jawatankuasa kecuali terlibat dan membantu jawatankuasa lain. Contohnya membantu Ajk Buku program mengedarkan buku program kepada pelajar-pelajar yang menghadiri ceramah Rancangan Pendidikan Individu (RPI) ini. Saya juga membantu Ajk Makanan menyediakan makanan untuk tetamu jemputan dan juga para pensyarah-pensyarah Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP).

SELEPASSelepas tamat program Ceramah Rancangan Pendidikan Individu (RPI) ini, saya selaku Ajk Bendahari membuat laporan mengenai keluar masuk perbelanjaan sepanjang program ini.

Disediakan Oleh,

(Rosalia Anak Ngindang)Bendahari

PERBELANJAAN PROGRAM CERAMAH PENDIDIKAN INDIVIDU

TarikhButiran

Duit Masuk(RM)Duit Keluar(RM)Baki(RM)Catatan

02/09/2013KutipanRM 255.00RM15.00 x 17orang pelajar

03/09/2013Banner(minyak)RM 10.00RM 245.00Bayar kepada Ambigavvathy

04/09/2013MakananNasi ayamBuahAir RM102.00

RM 143.00Ajk Makanan (Mardiyah)

RM 6.00 x 17orang pelajar

KuihRM 28.00RM115.00RM 0.40 x 72

05/09/2013FotastatRM 12.00RM 103.00Ajk Publisiti (Emily Juan)

07/09/2013KtmRM 26.00RM 77.00Bayar kepada Siti Norain

TolRM 14.00RM 63.00

Minyak KeretaRM 30.00RM 33.00

Air MineralRM 20.00RM 13.00

07/09/2013C-Perfumed CardRM 4.50RM 8.50Bayar kepada Jessica

07/09/2013Reben CenderamataRM 4.00RM 4.50Bayar kepada Rosalia

07/09/2013Reben Kad JemputanRM 2.00RM 2.50Bayar kepada Entuyan

Baki duit sekarang ialah RM2.50 dan akan dimasukkan ke duit Lawatan.

LAPORAN AJK SIARAYA & PERALATAN NAMA : MUNIRAH BINTI MOKHTAR MOHD AL-AZHAR BIN JULIO@MOHD ZULKIFLIE

SEBELUM

Sebelum ceramah ini dijalankan, ahli jawatankuasa siaraya dan peralatan telah melakukan pelbagai persediaan seperti mengisi borang peminjaman alatan dan peralatan siaraya. Selain itu juga, kami telah berjumpa pensyarah untuk menyemak lakaran tersebut dan bertanyakan mengenai senarai peralatan siaraya yang diperlukan untuk program tersebut. Peralatan tersebut kami pinjam di bilik mikro, IPG Kampus Bahasa Melayu.

Setelah semua penyemakan dan pembetulan dilakukan, kami menghantar senarai peralatan siaraya untuk ditempah. Berikut merupakan senarai peralatan yang dipinjam :BILBARANGKUANTITI

1Pemegang mikrofon1

2Mikrofon1

3Siaraya 1

4Wayar Penyambung1

Sehari sebelum kami menjalankan ceramah tersebut, kami telah memeriksa keadaan dewan Tun Sri Lanang kerana ceramah ini telah ditukar tempat pada saat-saat akhir manakala bagi persediaan peralatan siaraya terpaksa berjumpa dengan kakitangan juruteknik dan memberitahu tentang pertukaran tempat supaya ceramah dapat dijalankan dengan lancar. Kami juga berkolaberasi dengan unit perkhidmatan untuk mengetahui prosedur-prosedur peminjaman barang seperti meja bulat yang digunakan pada jamuan di akhir seminar itu akan berlangsung. En Zakaria dari unit perkhidmatan memberitahu prosedur yang betul bagi melaksanakan sesebuah program.SEMASASemasa program ini berlansung, tiada masalah segi peralatan mahupun siaraya yang berlaku. Semuanya berjalan lancar seperti yang telah disediakan.

SELEPASTerdapat beberapa kelemahan yang turut kami kenal pasti. Antaranya,kekangan masa yang sangat singkat juga turut memberi satu cabaran. Kami hanya diberitahu tarikh sebenar ceramah dua minggu sebelum cuti dan berlaku perubahan tarikh di saat-saat akhir yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu persiapan yang dibuat tidak begitu terancang oleh kerana masa yang sangat singkat. Beberapa peluang juga turut kami kenal pasti dalam usaha kami untuk memperbaiki diri. Selain itu, ceramah kali ini juga turut memberi saya ruang untuk menimba pengalaman baharu. Menjadi AJK teknikal siaraya dan peralatan merupakan satu pengalaman yang baharu dan asing bagi diri kami. Pelbagai ilmu dan pengalaman baharu yang telah kami pelajari sepanjang program berlangsung. Selepas ceramah Rancangan Pendidikan Individu (RPI) ini tamat, ahli jawatankuasa alatan dan siaraya telah mengemaskan dan membuat semakan alatan yang dipinjam, dan dikembalikan alatan siaraya ke bilik Mikro, IPG Kampus Bahasa Melayu untuk mengelakkan sebarang kehilangan atau kerosakan yang tidak dijangka. Alhamdulillah, semua peralatan dapat dikembalikan dengan baik seperti yang dipinjam.Disediakan oleh,

(MUNIRAH BINTI MOKHTAR)AJK Teknikal Siaraya dan Peralatan,

LAPORAN AJK PUBLISITI

Salam sejahtera,salam 1 Malaysia.Selaku AJK Publisiti,disini saya ingin berkongsi pelbagai pengetahuan dan juga kesedaran yang mungkin akan lebih mematangkan akal fikiran dalam mengelolakan sesuatu program di masa akan datang.Sebagaimana yang diketahui,kumpulan PISMP 1C akan menganjurkan satu ceramah yang berkaitan dengan Rancangan Pendidikan Individu (RPI),bagi memenuhi tugasan kerja kursus PKU 3101,yang dibimbing oleh Puan Rayahin Zarifah Abd.Hafidz.Sebagaimana yang telah dibincang sebelum ini,kumpulan kami memang harus melaksanakan tugasan ini dengan sebaik mungkin kerana ia akan mempengaruhi markah tugasan kami kelak.Oleh yang demikian,selaku jawatankuasa publisiti,saya memikul tanggungjawab untuk membuat publisiti tentang ceramah yang akan diadakan pada 4 September 2013.Ini bukanlah yang pertama kalinya saya menggalas tanggungjawab di bahagian publisiti,oleh itu saya aplikasikan apa yang telah saya pelajari sebelum ini dalam tugasan saya pada kali ini.Sebagai seorang yang bertanggungjawab membuat kain rentang atau banner,saya sedikit terkilan dengan peruntukan yang disediakan kerana ia tidak memenuhi keperluan bahagian publisiti.Namun begitu,alternatif lain juga difikirkan bagi mengelakkan masalah yang tidak diingini berlaku.Minggu terakhir sebelum kembali ke IPG Kampus Bahasa Melayu,saya mendapat pesanan ringkas yang mengatakan bahawa kumpulan PISMP 1C akan bergabung dengan kumpulan PISMP 2F untuk menjayakan ceramah tersebut yang disertai sekali dengan pameran Bahan Bantu Mengajar (BBM).Sesungguhnya,kita hanya merancang,tapi Tuhan yang menentukan segala perancangan kita dan dugaan yang diberikan tidak kurang hebatnya.Oleh kerana hal yang demikian,saya telah menghubungi jawatankuasa bendahari pengelolaan ceramah ini agar menyediakan peruntukan untuk bahagian publisiti setibanya di kampus kelak.Bendahari mengatakan bahawa tiada masalah untuk peruntukan banner kerana sudah mendapat persetujuan sebelum ini bahawa banner akan ditempat mengikut saiz yang telah ditetapkan.Kembalinya ke IPG Kampus Bahasa Melayu,perbincangan segera telah dijalankan bersama dengan kumpulan PISMP 2F,dan juga perbincangan saya selaku jawatankuasa publisiti yang lebih terperinci bersama dengan jawatankuasa publisiti kumpulan PISMP 2F.Setelah perbincangan dilakukan bersama,kami mempersetujui untuk mengutip RM 2.00 seorang untuk menempah banner dalam kadar segera.Dan kutipan ini tidak melibatkan kewangan mana-mana jawatankuasa,kerana peruntukan Rm 2.00 seorang ini hanya untuk bahagian publisiti sahaja.Kumpulan PISMP 2F seramai 14 orang telah membuat kutipan sebanyak RM 28.00,manakala kumpulan PISMP 1C seramai 17 orang telah membuat kutipan sebanyak RM 34.00.Setelah ditambah kutipan kedua-dua kelas,maka jumlah keseluruhan adalah sebanyak RM 62.00.Kutipan ini adalah bagi menampung kos perbelanjaan tempahan dan juga penghantaran banner ke IPG Kampus Bahasa Melayu.Kemudian,tibalah minggu yang ditunggu,dan juga setelahnya tibanya hari terakhir,sekali lagi kejutan telah diterima setelah semuanya sudah ditempah.Dinyatakan bahawa kumpulan PISMP 2F telah menarik diri daripada penggabungan ceramah dan juga pameran bahan bantu mengajar tersebut.Dan saat itu adalah saat yang paling mencabar sebagai seorang yang dipertanggungjawabkan dalam bahagian publisiti.Impak dari sikap yang tidak berpendirian teguh seorang pemimpin,akan membuatkan anak buahnya tidak akan mempercayai segala apa yang dilakukan selepas ini.Dan nasib sungguh menyebelahi kumpulan PISMP 1C,walaupun menjadi mangsa kecelaruan keadaan kerana tempahan banner yang dibuat masih lagi belum dicetak.Dan saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada tuan empunya tempat mencetak banner tersebut kerana masih boleh bertolak ansur dengan perubahan saat akhir.Dan pengajarannya disini,saya mendapati sebagai seorang bakal pendidik,maka seharusnya kita mempunyai pendirian yang teguh dalam apa jua keadaan.Dan seharusnya juga,sebagai seorang yang dididik dengan pelbagai aspek pedagogi,seharusnya kita pandai dalam membuat penilaian sesuatu kerja sebelum melepaskan sebegitu sahaja,kerana kesannya bukan hanya pada diri kita seorang malah semua yang terlibat dalam pengelolaan sesuatu program juga akan turut merasa tempiasnya.Pada hari kejadian ceramah juga,selaku jawatankuasa publisiti saya berasa sangat terkilan dengan kehadiran pelajar yang tidak memuaskan.Seandainya bahagian publisiti tidak membuat tampalan memo di seluruh bangunan utama IPG Kampus Bahasa Melayu,mungkin bahagian publisiti boleh disalahkan.Tapi ini,sudah terang malah boleh disuluh lagi kejelasan memo yang ditampal di dada bangunan yang menyatakan bahawa kumpulan PISMP 1C akan mengadakan ceramah Rancangan Pendidikan Individu (RPI) yang sangat berguna terutamanya untuk pelajar opsyen Pendidikan Khas.Namun begitu ada juga segelintir pelajar yang tidak mempedulikan memo yang tertampal di sudut informasi bangunan termasuk juga di menara IPG Kampus Bahasa Melayu.Pengalaman baharu dalam semasa bertugas sebagai jawatankuasa publisiti ini juga telah memberi suntikan semangat baharu yang tinggi untuk berhadapan dengan karenah pensyarah yang senantiasa harus dipenuhi.Selain itu,bahagian publisiti juga walaupun kerja tidak kelihatan berat,namun seharusnya diketahui bahawa publisiti juga bertugas dan berhubung dengan pelbagai pihak termasuk Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) untuk memohon persetujuan membuat publisiti berkenaan dengan ceramah yang akan dilaksanakan.Dan juga segala draf yang dibuat juga harus disemak semula dengan pensyarah pembimbing untuk mendapatkan kepastian dan juga tiada lagi perubahan saat akhir contohnya seperti tarikh,masa dan juga tempat ceramah dilaksanakan.Setelah semakan terakhir dibuat,maka barulah tempahan boleh dibuat tanpa sebarang keraguan.

Jawatankuasa bahagian publisiti juga disini merakamkan setinggi tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang tempoh pelaksanaan program ini.Dan juga,jawatankuasa bahagian publisiti ingin memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat kekurangan dalam bahagian publisiti ini.Semoga apa yang dipelajari sepanjang pengelolaan ceramah ini akan dijadikan teladan di masa akan datang. Sekian,terima kasih.Disediakan

(Emily Anak Juan)AJK Publisiti

LAPORAN AJK MAKANAN

NAMA : NURHASLIZA BINTI YAHYA MARDHIYAH BINTI ABD MUTHALIB

Sebelum program dilakasanakan, semua ahli jawatankuasa membuat perbincangan mengenai program RPI. Ahli jawatankuasa makanan telah berbincang dan semua telah bersetuju dengan menu Nasi Ayam. Kemudian ajk makanan telah membuat tempahan Nasi Ayam, kuih-muih, air serta buah-buahan untuk 37 orang makan . Kami bersetuju menempah makanan di Kafe Asrama Adibah Amin bagi memudahkan pihak kami berurusan mengenai pembayaran kerana ia melibatkan peruntukan daripada pihak Institut Pendidikan Guru Kampus bahasa Melayu (IPGKBM). Sebelum itu kami dikehendaki mengisi borang peruntukan mengenai perbelanjaan makanan mengikut jumlah yang ditetapkan dan diserahkan kepada unit kewangan. Selain itu,sebelum program dijalankan, kami telah membuat persediaan tempat menyediakan dengan kerjasama ajk lain membantu kami menyediakan tempat. Makanan yang telah ditempah telah dihantar pada pukul 10.40 pagi. Semasa program dijalankan, kami AJK Makanan telah menyediakan hidangan untuk tetamu jemputan dan pensyarah di luar Dewan Tun Sri Lanang. Kami telah menyediakan empat set hidangan di atas meja bulat yang telah disediakan. Makanan yang disediakan mencukupi seperti yang dirancang. Alhamdulillah jamuan tersebut selesai dalam pukul 2.00 petang dan berjalan dengan baik. Setelah selesai, semua AJK bekerjasama membersihkan tempat yang telah digunakan tanpa sebarang masalah.

Disediakan oleh, -------------------------(NURHASLIZA BINTI YAHYA)

AJK Makanan Ceramah RPI.

LAPORAN AJK CENDERAHATI

Pada 4 September 2013, Seminar Pindidikan yang bertajuk RPI Dalam Pendidikan Khas telah diadakan di Dewan Tun Sri Lanang yang bermula pada pukul 10.00 pagi hingga pukul 12.30 tengahhari. Program ini dikendalikan oleh kelas PPISMP (1C). Pada awal perancangan, seminar ini akan digabungkan dengan program Pameran Bantu Mengajar yang dikendalikan oleh kelas ( 2F).Pada mulanya pihak kelas 1C sudah mendapatkan peruntukan dari IPG untuk membeli cenderahati sebanyak RM50 (RM25 x 1).Selepas mesyuarat yang pertama dilakukan oleh kelas 1C besama kelas 2F, hasilnya dari perbincangan, Kelas 1C perlu pula mengutip yuran sebanyak RM2 lagi setiap seoranguntuk membeli 5 cenderahati yang belum cukup untuk pensyarah. Tetapi pada saat akhir, ada perubahan pada perancancangan program ini. Iaitu, program kelas (1C) dengan program kelas (2F) tidak dapat digabungkan diatas sebab-sebab tertentu. Maka,kutipan yuran RM2 setiap seorang untuk kelas PISMP (1C) telah dikembalikan oleh kelas 2F kepada ketua kelas PISMP 1C (2 cenderahati yang sudah dibeli dengan baki duit RM14.00). Baki yuran RM14 itu telah dibelanjakan untuk menambah perbelanjaan untuk membeli banner.Maka, pihak kelas 2C sudah mempunyai 4 cenderahati. Cenderahati ini, disediakan untuk penceramah ( Pn. Suraya Md.Zhaib), Timbalan pengarah(Dr,Ali), Ketua Jabatan Ilmu Pendidikan (Dr. Hj Mohamad Isa bin Azis) dan Pensyarah Subjek Pengenalan Pendidikan khas (Pn. Rayahin Zarifah binti Abdul Hapidz). Hadiah ini disampaikan semasa penutupan majlis diadakan.Sekian terima kasih.

Disediakan Oleh,

............................................................(NOORHAFIZA BINTI SHMSUDIN)AJK Cenderahati Program Seminar Pendidikan.

LAPORAN AJK JEMPUTAN Sebelum Pada 04 September 2013 lepas, kami telah menjalankan satu program ceramah Rancangan Pendidikan Individu (RPI) ini berkaitan dengan proformal kerja kursus Pengenalan Kepada Pendidikan Khas (PKB 3101). Sebelum menjalankan ceramah ini, kami PISMP Ambilan Jun 2013 1C- Pendidikan Khas yang dipimpin oleh pensyarah pembimbing Puan Rayahin Zarifah Binti Abdul Hapidz telah mengadakan perjumpaan bersama-sama untuk menerangkan kehendak soalan pfoformal tersebut. Setelah itu kami sama-sama membuat perjumpaan untuk melantik menubuhkan ahli jawatankuasa bagi ceramah ini. Antara ahli jawatankuasa yang dilantik ialah pengerusi, setiausaha dan AJK kecil iaitu cenderamata, jemputan, pengerusi majlis, peralatan, makanan, dokumentasi dan kebersihan. Setelah perlantikan AJK dijalankan, Jessica Tan Mei Chen selaku Ketua Kumpulan (PISMP 1C) dilantik sebagai pengerusi. Manakala ajk-ajk lain dilantik secara cabutan undi. Jawatan naib pengerusi dan setiausaha disandang oleh Nurdiana Binti Yunus. Seterusnya saya memegang jawatan AJK Jemputan. Setelah habis perjumpaan kali pertama kami bersurai.Dipanggil untuk perjumpaan kali kedua berkenaan dengan penggabungan aktiviti ceramah RPI dengan Pameran Bahan Bantu Mengajar oleh PISMP 2C. kami membuat rombakan gabungan bagi jawatan ajk-ajk yang sama yang telah dilantik bagi bekerjasama. Aktiviti ini akan diadakan di Dewan Zaba, IPGM Kampus Bahasa Melayu. Sebanyak 3 buah kelas Kursus Pendidikan Khas dan sebuah kelas Kursus Bahasa Melayu yang akan terlibat dalam ceramah tersebut. Penambahan kelas yang terlibat ini juga amat mengejutkan kerana pada perjumpaan pertama kami hanya diberitahu sebuah kelas sahaja yang turut terlibat. Saya terkejut juga dengan penambah jumlah jemputan selain daripada 20 orang pensyarah yang akan terlibat. Saya menyediakan draf dan ditunjukkan kepada penysarah pembimbing untuk tindakan.Setelah hampir dengan hari ceramah tersebut kami dikejutkan lagi dengan gabungan untuk aktiviti bersama-sama tersebut dibatalkan atas alasan yang tidak dapat dielakkan. Pada sangat-sangat akhir perlu juga menjemput Pengarah dan Timbalan Pengarah IPGM KBM. Saya membuat draf dan print untuk dihantar terus sebelum sehari ceramah tersebut. Saya sediakan hiasan reben untuk hiasan dan helaian bercorak lain pada kad jemputan tersebut. Untuk jemputan penceramah dan pensyarah saya menggunakan helaian yang lain dengan jemputan kelas yang terlibat dengan ceramah. Saya menyediakan tiga helaian yang berbeza untuk setiap jemputan yang dijemput.Semasa Pada permulaan ceramah tersebut terdapat kekurangan.Disebabkan masa hadiri dan hadiran jemputan hadir dengan tetamu jemputan yang dijemput pada masa yang sama. Ini terjadi kerana waktu tercatat pada kad jemputan yang saya hantar telah berselisihan. Keadaan ini tanpa saya sedari akan terjadinya begini. Pada masa yang sama juga saya pergi menjemput Timbalan Pengarah Tuan Haji Ali Bin Mahmood untuk menghadiri diri ke ceramah. Kehadiran beliau disebabkan Pengarah IPG KBM tidak dapat hadir kerana beliau merasmikan acara lain pada waktu dan hari yang sama. Beliau ada hadir pada akhir acara iaitu jamuan makan. Beliau sempat berbual dan beramah mesra dengan tetamu jemputan dan para pensyarah pada masa itu.Selepas Setelah tamat ceramah tersebut saya merasakan lega, gembiradan bangga kerana ceramah yang dijalankan berjaya juga akhirinya. Kemudian sehari selepas ceramah tersebut kami membuat postmontem. Pada bahagian saya iaitu kad jemputan terdapat banyak kelemahan dan kekurangan. Saya memohon maaf dengan segala kekurangan yang datangnya dari saya dan yang baik datang dari Tuhan. Segala usaha rakan-rakan saya yang membantu secara langsung atau tidak langsung diucapkan dengan ribuan terima kasih. Di sini saya amat berdukacita dan berupaya untuk membaiki kelemahan tersebut. Saya akan bertanggungjawab untuk aktiviti yang lain mana-mana aktiviti yang akan mendatang. Saya berharap kemudian akan lebih kerjasama daripada rakan-rakan. Sekian, terima kasih.Disediakan,

(Entuyan Anak Ramba)LAPORAN PENGACARAAN MAJLIS

Pada minggu lepas, 4hb September 2013,kelas saya PISMP 1C (Pendidikan Khas ) ambilan Jun 2013, telah menganjurkan suatu ceramah. Tajuk ceramah tersebut adalah Rancangan Pendidikan Individu (RPI). Saya telah menjadi pengacara majlis untuk ceramah tersebut. Ini adalah pengalaman pertama saya untuk menjadi pengacara majlis.Sebelum menganjurkan ceramah tersebut, ahli kelas saya telah mengagihkan tugas kepada setiap orang di kelas saya. Pada mulanya, saya telah dipilih sebagai pengacara majlis bersama dengan Mohd. Al-Azhar bin Zulkiflie. Tetapi selepas beberapa hari, kelas kami telah di minta untuk bergabung dengan kelas PISMP 2F, untuk menganjurkan program tersebut. Selepas pelajar kelas kami bermesyuarat dengan pelajar kelas 2F, saya telah mendapati perubahan dalam pengacara majlis. Saya diberitahu bahawa, salah seorang pelajar dari kelas tersebut akan menjadi pengacara majlis bersama saya. Seterusnya, Mohd Al-Azhar tidak akan menjadi pengacara majlis dan akan memberikan tugasan yang lain.Oleh itu, saya telah membuat skrip pengacara majlis daegan pelajar dari kelas 2F.Tetapi, petang Isnin, iaitu 2.09.2013, saya telah diberitahu bahawa kelas 2F tidak akan bergabung dengan kelas saya untuk menganjurkan program tersebut.Saya seorang sahaja diminta untuk menjadi pengacara majlis. Selepas itu, saya trepaksa membuat balik skrip pengacara majlis yang baharu disebabkan oleh terdapat beberapa perubahan dalam program tersebut. Kawan-kawan saya telah banyak menolong saya untuk membuat balik skrip tersebut. Saya juga mengalami beberapa masalah semasa menganjurkan program ceramah tersebut. Saya juga terpaksa membuat perubahan skrip pada pagi sebelum ceramah dimulakan. Hal ini kerana, saya tidak dapat maklumat yang betul tentang ketibaan tetamu khasnya. Selepas itu semuanya berjalan dengan lancar biarpun pada mulanya terdapat sedikit masalah dan keraguannya.

Saya berasa sangat gembira kerana dapat menjalankan tugas saya sebagai pengacara majlis dengan lancar dan baik, walaupun terdapat beberapa kesalahan dan kesilapan. Saya mendapat banyak pengalaman yang baharu, kerana ini adalah pengalaman yang pertama untuk saya menjadi pengacra majlis.

Disediakan

Ambigavvaty a/p PurshpurlingamLAPORAN AJK KEBERSIHAN

Pada 4 september yang lalu telah diadakan satu ceramah bagi pelajar persediaan ijazah sarjana muda pendidikan(PISMP) major Pendidikan khas. Ceramah tersebut merupakan salah satu daripada tugasan yang harus dilaksanakan oleh kami bagi memenuhi tugasan kerja kursus kami pada semester ini. Ceramah tersebut diadakan di Dewan Tun Sri Lanang. Saya selaku ajk kebersihan tugas saya ialah menyediakan plastik sampah dan memastikan sampah sarap dibuang di tempat yang sepatutnya selepas makan serta memastikan sisa makanan tidak berselerak. Keadaan kawasan persekitaran sebelum, semasa dan selepas ceramah diadakan di dalam Dewan Tun Sri Lanang mahupun di luar kawasan dewan dalam keadaan yang bersih.Kerjasama daripada semua rakan amatlah dihargai.sekian terima kasih.

disediakan

(Lydia Natalia anak Magin)AJK KebersihanLAPORAN AJK BUKU PROGRAM

Buku program telah disiapkan 2 hari sebelum program ceramah berlangsung. Sebelum buku program disiapkan dengan sepenuhnya, saya telah berhubung terus dengan setiausaha supaya susun atur dapat dijalankan dengan baik. Semasa menyediakan buku program saya juga ada menunjukkan buku program kepada rakan kelas yang lain untuk penambah baikkan kepada buku program tersebut.Selaku ajk buku program saya telah menyediakan sebanyak 20 keping untuk pensyarah dengan tulisan bewarna, manakala saya telah mencetak 30 keping bagi pelajar. Pada 4 september 2013, tiada sebarang masalah yang dihadapi untuk mengedarkan buku program kerana mendapat kerjasama dari rakan sekelas dan pihak-pihak yang berkenaan. Disediakan oleh :Mawar jingga( SITI NORAIN BINTI SHAFFIE )AJK BUKU PROGRAM

LAPORAN AJK PERSIAPAN TEMPAT

NAMA : DOLL WINE WILLIAM AWET NORUL IZZAH BINTI AWAB

Persiapan tempat telah dijalankan pada 3 September 2013 pada pukul 12 tengahari sehingga 2 petang.Ini kerana dewan Tun Sri Lanang diguna untuk program lain pada pukul 3 petang.Persiapan awal dijalankan kerana tidak mahu berlakunya sebarang kecacatan untuk keesokan harinya iaitu 4 September 2013.Dengan itu,persiapan tempat banyak merujuk dan berhubung dengan pihak perkhidmatan dan Encik Zakaria.Dengan bantuan Encik Zakaria,meja bulat makan sebanyak 4 buah dan 20 kerusi telah disusunkan terlebih dahulu.

Pada 4 september 2013, 7.30 pagi persiapan tempat untuk tetamu jemputan dan pensyarah telah diatur.Tiada sebarang masalah yang dihadapi untuk persiapan tempat kerana mendapat kerjasama dari rakan sekelas dan pihak-pihak yang berkenaan.

Disediakan oleh :dollywine( DOLLY WINE WILLIAM AWET )AJK PERSIAPAN TEMPAT

LAPORAN AJK DOKUMENTASI CERAMAH RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI)

Nama-nama AJK:1. NURUL HUDA BINTI MOHD IHWAN2. LEMOK ANAK NABAUProgram Ceramah Rancangan Pengajaran Individu telah dilaksanakan pada 4 September 2013, hari rabu di Dewan Tun Sri Lanang, IPG Kampus Bahasa Melayu. Program ceramah ini diadakan bagi bertujuan untuk menambahkan lagi pengetahuan dalam bidang Pendidikan Khas dan sekaligus dapat meningkatkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, keyakinan diri, kekemasan , dan sebagainya bagi menjayakan sesuatu program.Pada program ceramah kali ini ahli jawatankuasa dokumentasi yang terlibat adalah Nurul Huda bte Mohd Ihwan dan Lemok Anak Nabau. Bidang tugas ahli jawatankuasa dokumentasi adalah mengumpul maklumat penting sebelum, semasa dan selepas program ini di jalankan. Oleh yang demikian, ahli jawatankuasa dokumentasi telah membuat perbincangan bagi membahagikan tugas masing-masing antaranya dalam menyediakan peralatan untuk dokumentasi seperti kamera sebanyak satu unit dan juga handycamp satu unit sahaja dan juga membuat tempahan dari unit pengurusan bilik mikro untuk perkhidmatan jurukamera dan juga jurufotografi.Semasa program berlangsung, ahli jawatankuasa dokumentasi ini juga bertanggungjawab untuk merakam segala aksi dan gelagat para peserta serta AJK-AJK yang terlibat dalam bentuk foto dan video. Kemudian, foto-foto ini perlu didokumentasikan dalam laporan selepas program. Selesai sahaja program tersebut, ahli jawatankuasa telah membuat tapisan untuk setiap aktiviti yang dijalankan dan mengedarkannya kepada setiap ahli jawatankuasa yang lain atau ahli kelas sebagai lampiran. Ahli jawatankuasa dokumentasi juga meminta kepada pihak jurukamera yang mengambil rakaman semasa ceramah dijalankan memasukkan ke dalam satu DVD yang telah kami sediakan dan mengumpul maklumat dari semua ahli jawatankuasa program bagi pendokumentasian yang lengkap. Malah tugasan telah diagihkan dengan sama rata agar keseimbangan dalam pelaksanaan tugas dapat dicapai.Masalah yang dihadapi adalah jurukamera yang ditempah datang awal daripada waktu sebenar program bermula atas kesalahan kami sendiri kerana lupa untuk memaklumkan perubahan masa tersebut. Penambahbaikan dari permasalahan tersebut adalah ahli jawatankuasa dokumentasi akan memastikan masa program bermula dan memaklumkan dengan lebih awal kepada pihak yang terlibat.Kerjasama yang diberikan oleh ahli jawatankuasa program Ceramah Rancangan Pengajaran Individu (RPI) amat memuaskan dalam menjayakan program ini. Ahli jawatankuasa dokumentasi juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam melaksanakan tugas kami. Sekian , terima kasih

Disediakan oleh :Nurul Huda ( NURUL HUDA BTE MOHD IHWAN )AJK DOKUMENTASI CERAMAH RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU (RPI)

LAMPIRAN