contoh kt upsi 2+2 - edit.docx

22
1 MENINGKATKAN PENGGUNAAN IMBUHAN AWALAN DALAM PELAJARAN JAWI DENGAN KAEDAH BAHAN DAN IMLAK 1.0 PENGENALAN Imbuhan merupakan salah satu komponen tatabahasa yang penting kerana melalui proses pengimbuhan perkataan baru akan dibina. Sifat imbuhan seperti ini menyebabkan imbuhan sering digunakan dalam penggunaan bahasa seharian sama ada melalui percakapan mahupun penulisan. Namun begitu, proses pengimbuhan bukanlah satu proses yang mudah difahami kerana proses ini merangkumi banyak aspek lain dan bersifat kompleks. Saya memfokuskan kajian ini terhadap imbuhan awalan dan memilih 16 orang murid tahun 3 sebagai kumpulan sasaran kajian. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra. Hasil tinjauan mendapati bahawa masih terdapat sebilangan murid yang belum dapat menguasai dan kurang memahami pembinaan imbuhan awalan bagi kata dasar. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid kepada perkataan –perkataan imbuhan awalan yang terdapat dalam gambar tingkah laku yang ditayangkan kepada mereka. Murid juga didedahkan dengan kaedah bahan dan imlak selama satu jam dan kajian ini telah selesai dalam tempoh sebulan. Dapatan kajian juga mendapati bahawa murid lebih seronok belajar mata pelajaran Jawi ini jika sentiasa dirangsang dengan bahan, pujian positif dan aktiviti yang pelbagai.

Upload: mohd-ismail-hassan

Post on 26-Jan-2016

250 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: CONTOH KT UPSI  2+2 - EDIT.docx

1

MENINGKATKAN PENGGUNAAN IMBUHAN AWALAN DALAM PELAJARAN JAWIDENGAN KAEDAH BAHAN DAN IMLAK

1.0 PENGENALAN

Imbuhan merupakan salah satu komponen tatabahasa yang penting kerana melalui

proses pengimbuhan perkataan baru akan dibina. Sifat imbuhan seperti ini

menyebabkan imbuhan sering digunakan dalam penggunaan bahasa seharian sama

ada melalui percakapan mahupun penulisan. Namun begitu, proses pengimbuhan

bukanlah satu proses yang mudah difahami kerana proses ini merangkumi banyak

aspek lain dan bersifat kompleks. Saya memfokuskan kajian ini terhadap imbuhan

awalan dan memilih 16 orang murid tahun 3 sebagai kumpulan sasaran kajian.

Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui ujian pra. Hasil tinjauan mendapati bahawa

masih terdapat sebilangan murid yang belum dapat menguasai dan kurang memahami

pembinaan imbuhan awalan bagi kata dasar.

Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti murid kepada perkataan

–perkataan imbuhan awalan yang terdapat dalam gambar tingkah laku yang

ditayangkan kepada mereka. Murid juga didedahkan dengan kaedah bahan dan

imlak selama satu jam dan kajian ini telah selesai dalam tempoh sebulan.

Dapatan kajian juga mendapati bahawa murid lebih seronok belajar mata pelajaran

Jawi ini jika sentiasa dirangsang dengan bahan, pujian positif dan aktiviti yang

pelbagai.

2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU

Sekolah Kebangsaan Sungai Siput merupakan sekolah yang digolongkan dalam

kategori sekolah luar Bandar dan juga sekolah kurang murid. Apa yang hendak

dikongsikandisini adalah mata pelajaran pendidikan islam sering di ambil mudah dan

dipandang sebagai mata pelajaran elektif oleh sebilangan ibu bapa dan murid-murid.

Page 2: CONTOH KT UPSI  2+2 - EDIT.docx

2

Ini kerana pada anggapan mereka mata pelajaran pendidikan islam Adalah satu

mata pelajaran yang kurang penting kerana mata pelajaran ini tidak termasuk di

dalam senarai mata pelajaran yang akan di jawab dalam peperiksaaan Ujian

Penilain Sekolah rendah atau UPSR.

Mereka juga beranggapan bahawa mata pelajaran Pendidikan Islam sukar

dikuasai kerana mereka terpaksa berhadapan dengan beberapa pecahan bidang

dan tajuk serta kemahiran yang perlu dikuasai.Pecahan bidang yang terdapat

dalam mata pelajaran Pendidikan Islam seperti akidah, ibadah, sirah, tilawah, adab,

akhlak, jawi dan amali. Misalnya dalam bidang pelajaran jawi guru perlu memberi

tumpuan kepada menulis tulisan jawi, membaca tulisan jawi dan juga mempelajari asas

seni tulisan jawi. Manakala dalam sukatan pelajaran jawi murid perlu menguasai

beberapa kemahiran dan pecahan kemahiran tersebut seperti berikut:

         Mengenal, menyebut, dan menulis jawi tunggal

         Mengenal, menyebut dan menulis jawi sambung

         Mengenal, menyebut, membaca dan menulis suku kata terbuka

         Mengenal, menyebut, membaca dan menulis suku kata tertutup

         Membaca dan menulis rangkai kata dan ayat

         Mengenal, menulis dan membaca perkataan pinjaman

         Mengenal, membaca perkataan berimbuhan dan ayat pendek

         Menggunakan tanda baca

         Membaca pelbagai jenis bahan bacaan

         Menulis pelbagai jenis teks

         Mengenal dan menulis khat nasakh dan rikuah.

Dalam pelajaran jawi yang di ajar oleh saya bagi murid Tahun 3 ini saya dapati

ramai daripada mereka kurang mahir dalam mengeja perkataan berimbuhan dengan

menggunakan sistem ejaan jawi.Pengajaran dan pembelajaran melalui penerangan

melalui buku teks kurang berkesan kerana murid tidak menguasai kemahiran mengeja

ejeen jawi. Keputusan ujian bulanan Julai merosot dan murid tidak dapat menjawab

Page 3: CONTOH KT UPSI  2+2 - EDIT.docx

3

soalan tentang tajuk ini dengan tepat. Faktor dari kelemahan tersebut, saya cuba

melakukan perubahan untuk member kefahaman terhadap mereka tentang

penggunaan perkataan berimbuhan seterusnya mengurangkan kelemahan mereka

dalam menggunakan sistem ejaan jawi.

2.0 FOKUS KAJIAN

Daripada refleksi di atas didapati murid tidak menjawab soalan di dalam kelas dan

markah ujian bulan julai rendah kerana

1.    Murid kurang mahir tentang cara untuk menggunakan ejaan jawi menyebabkan

mereka sukar untuk mengeja dalam perkataan jawi ketika pengajaran dan

pembelajaran.

2.    Masih terdapat 2 orang murid yang belum dapat mengenali huruf-huruf jawi

3.    Sebilangan murid juga sukar untuk mengeja satu persatu huruf-huruf tersebut

sekiranya bersambung dengan huruf lain.

4.    Murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul kepada sesuatu

perkataan.

5.    Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat.

6.    Murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam

ayat atau teks petikan.

Masalah ini berlaku kerana sebilangan murid tersebut mempunyai sikap yang malas

dan tidak mengulangkaji pelajaran yang lepas. Jika masalah ini tidak diatasi, murid

akan terus tidak memahami dan menguasai bacaan jawi dan menghadapi masalah

jangka panjang untuk menguasai pelajaran jawi.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

      i.        Objektif Am

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan dalam menggunakan system

ejaan jawi dengan mengaplikasikan persembahan tayangan Powerpoint yang mudah,

Page 4: CONTOH KT UPSI  2+2 - EDIT.docx

4

ringkas dan menarik. Oleh itu, murid akan dapat menguasai bacaan perkataan

berimbuhan dan juga ejaan jawi.

    ii.        Objektif Khusus

Objektif Khusus kajian ini adalah supaya :

         Murid dapat memahami cara menggunakan ejaan jawi

         Murid dapat menjawab soalan peperiksaan dalam tulisan jawi

         Murid dapat membaca jawi dengan lancardalam petikan

         Murid dapat mengelaskan perkataan-perkataan imbuhan

         Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat awalan, akhiran

dan apitan

         Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam membina ayat.

         Mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran guru.

        Guru dapat membuka minda murid bahawa pelajaran jawi adalah pelajaran yang

menyeronokkan untuk dikuasai dan diterokai.

4.0 KUMPULAN SASARAN

Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 16 orang murid dalam tahun 3

yang terdiri daripada 6 orang murid lelaki dan juga 10 orang murid perempuan.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 Tinjauan Masalah

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagi

kajian ini

6.1.1 Ujian Pra

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan kefahaman murid

mengenai penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Melalui ujian tersebut

Page 5: CONTOH KT UPSI  2+2 - EDIT.docx

5

didapati pencapaian sebilangan murid di tahap sederhana dan juga di tahap yang

lemah.

6.1.2 Pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian terhadap tingkahlaku murid semasa proses

pengajaran dan pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Daripada

pemerhatian tersebut saya dapati murid perempuan lebih bersedia dan member

kerjasama dalam aktiviti pembelajaran. Sebaliknya terdapat murid lelaki kurang

member perhatian dan kurang mengambil bahagian dalam pengjaran dan pembelajaran

yang dijalankan.

6.1.3 Temu bual

Saya melakukan temu bual dengan murid –murid yang menghadapai masalah untuk

menguasai pembacaan jawi bagi mengetahui masalah yang dihadapi oleh mereka.

Dalam masa yang sama juga, saya mengadakan temubual dengan saudara yang

terdekat dengan murid yang belajar di sekolah yang sama bagi mengetahui keadaan

pembelajaran mereka di rumah.

6.1.4 Perbincangan dengan guru

Saya juga meminta beberapa orang guru menganalisis kekuatan dan kelemahan

pengajaran saya bagi mata pelajaran pendidikan islam ini.

6.1.5 Semakan buku latihan

Melalui semakan buku latihan saya dapat menilai sejauh mana tahap penguasaan

murid dalam penggunaan system ejaan jawi dari semasa ke semasa. Oleh itu saya

akan dapat mengetahui tahap penguasaab murid sama ada mereka mahir atau tidak

mahir dalam pelajaran jawi ini.

7.0 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

Saya membuat analisis berdasarkan kaedah yang dijalankan untuk meninjau masalah

yang menyebabkan murid gagal menguasai kemahiran menggunakan sistem ejaan

jawi.

Page 6: CONTOH KT UPSI  2+2 - EDIT.docx

6

8.0 UJIAN PRA

8.1 Analisis Ujian Pra

Jadual 1: Pencapaian Pra Ujian

Pencapaian

(Gred)

Bilangan

Sampel

Peratus

A (80-100) 2 12.5

B ( 60-79) 3 18.75

C (40-59)

D (20-39)

5

4

31.25

25

E (0-19) 2 12.5

Jumlah 16 100

Berdasarkan Jadual 1, 62.5% (10 orang) murid telah lulus dan 37.5% (6 orang) murid

telah gagal. Daripada analisis yang dibuat masalah yang menyebabkan murid gagal

adalah kerana tidak mahir membaca jawi dan memahami penggunaan imbuhan dalam

pembinaan perkataan. Mereka juga tidak dapat membezakan penggunaan imbuhan ber

dan be serta bel.

8.2 Analisis Pemerhatian

Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti masalah pasti sikap belajar

murid-murid semasa pengajaran dan pembelajaran.

Jadual 2: Mengenal pasti tingkah laku murid

TINGKAH LAKU MURID PERATUS

Kesungguhan 30

Aktif dalam pembelajaran 30

Kurang memberi tumpuan 20

Tidak memberi tumpuan 20

Jumlah 100

Page 7: CONTOH KT UPSI  2+2 - EDIT.docx

7

8.3 Analisis Temu Bual Dengan Murid

Jadual 3: Analisis Temu Bual Dengan Murid

Bil Deskriptor Tidak setuju

setuju Amat setuju

1 Suka belajar /2 Suka pada Guru

pendidikan Islam/

Rasa diri pandai /Suka datang ke sekolah /Bercita-cita tinggi untuk Berjaya

/

Mesra dengan rakan /Merasa malu kerana tidak tahu membaca

/

Mahu berubah untuk membaca jawi

/

Mahu ke kelas pemulihan jawi

/

8.4 Analisis temu bual dengan abang dan kakak

Jadual 4: Analisis Temu Bual Dengan Abang dan Kakak Murid

Bil Deskriptor Tidak setuju setuju Amat setuju1 Membaca buku di rumah /2 Mengulangkaji pelajaran

jawi bersama abang dan kakak

/

3 Bertanya kepada ibu bapa apabila tidak tahu membaca

/

4 Belajar bersama ibu bapa /5 Ibu bapa memarahi murid

apabila tidak tahu membaca

/

Page 8: CONTOH KT UPSI  2+2 - EDIT.docx

8

8.5 Perbincangan dengan guru lain seramai 5 orang diambil sebagai

sampel( Mengetahui kekuatan dan kelemahan pengajaran)

Jadual 5: Analisis Kekuatan dan Kelemahan Guru Mengajar

Skala Sebab 1Sangat setuju

2setuju

3Tidak setuju

4Sangat tidak

setuju

Jumlah

Pengajaran guru tidak menarik 240%

360%

Guru tidak menggunakan BBM yang sesuai

120%

480%

Banyak buku yang perlu dibaca

240%

360%

Tidak mengetahui penggunaan perkataan imbuhan awalan dengan kemahiran membaca jawi dan membina ayat

240%

360%

Daripada perbincangan dengan guru-guru lain bagi mengetahui kekuatan dan

kelemahan saya dalam pengajaran didapati 40% guru berpendapat bahawa murid tidak

mengetahui penggunaan perkataan imbuhan awalan dalam membina ayat dan juga

membaca dengan betul.Selain itu guru juga berpendapat bahawa dalam Mata Pelajaran

Pendidikan Islam terdapat banyak penggunaan buku latihan dan buku aktiviti iaitu 40%.

Tujuan penggunaan buku aktiviti yang banyak ini sebagai memudahkan guru untuk

menyemak buku latihan kerana dalam Mata Pelajaran Pendidikan Islam ini terbahagi

kepada beberapa bidang seperti bidang Al Quran, bidang Akhlak, bidang Jawi dan

sebagainya.

9.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN

Daripada pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan permasalahan yang dihadapi oleh

murid, saya menjalankan aktiviti seperti dibawah yang dianggap bersesuaian bagi

memastikan murid-murid dapat menguasai jawi dengan sebaik-baiknya. Aktiviti-aktiviti

tersebut ialah:

Page 9: CONTOH KT UPSI  2+2 - EDIT.docx

9

9.1 Membaca perkataan imbuhan awalan yang mudah dengan menggunakan

slaid power point dan membuat penerangan imbuhan awalan.

9.2 Kaedah menekap perkataan Imbuhan awalan

9.3 Kaedah Flash Kad dan Imlak

9.4 Membina ayat berdasarkan gambar

9.5 Ujian Pos

10.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

10.1 Aktiviti 1

i. Saya mempamerkan gambar tingkah laku orang tua sedang berjalan dan

seorang kakak yang berada di dapur serta seoprang adik sedang membaca.

Guru meminta semua murid menyatakan perlakuan yang dilihat oleh

mereka.Terdapat beberapa imbuhan awalan yang terdapat dalam tayangan

slaid power point yang dinyatakan oleh murid, iaitu;

      Berjalan- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar

      Bersukan- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar

      Bersenam- imbuhan awalan ber yang hadir sebelum kata dasar

      Memasak- imbuhan awalan me yang hadir sebelum kata dasar

      Membasuh - imbuhan awalan mem yang hadir sebelum kata dasar

      Membaca - imbuhan awalan mem yang hadir sebelum kata dasar

      Menulis- imbuhan awalan me yang hadir sebelum kata dasar

      Belajar- imbuhan awalan be yang hadir sebelum kata dasar

                    II.        Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan

berimbuhan.Imbuhan adalah proses yang memberikan imbuhan atau

penambahan kepada sesuatu perkataan. Hasil daripada proses pengimbuhan

akan terbentuk kata terbitan. Contohnya terasa, terlaris, tercantik, berlari,

makanan.

                   III.        Murid mencatat perkataan berimbuhan tersebut.

                  IV.        Pemerhatian:

Page 10: CONTOH KT UPSI  2+2 - EDIT.docx

10

Saya dapati murid lebih seronok belajar pelajaran jawi apabila

menggunakan bahan sebagai rangsangan. Semua berlumba-lumba untuk

memberi jawapan walaupun ada di antara jawapan yang diberikan tidak

tepat.

                    V.        Refleksi:

Saya mula sedar bahawa selama ini masalah timbul adalah disebabkan

murid-murid tidak diberikan bimbingan untuk menggunakan perkataan

berimbuhan dengan tepat.

10.2 Aktiviti 2

i. Saya mengedarkan beberapa kad yang mengandungi perkataan imbuhan

awalan yang mempunyai tulisan jawi kepada semua murid yang telah

dibahagikan kepada 8 kumpulan. Setelah itu saya telah meminta setiap murid

didalam kumpulan menekap perkataan imbuhan awalan dengan tulisan jawi

yang cantik dan mewarnakan serta membacanya sehingga lancar. Setiap

kumpulan yang diwujudkan terdapat dua orang murid. Seorang murid pandai

bacaan jawi dan seorang lagi murid lemah dalam bacaan jawi.Murid yang

pandai bacaan jawi akan membantu murid yang lemah bacaan untuk

membaca sehingga lancar.

ii. Pemerhatian:

iii. Saya dapati semua ahli kumpulan bekerjasama dalam membuat tugasan

yang diberikan.

iv.   Refleksi:

Saya dapati masih terdapat beberapa orang murid yang masih belum

menguasai bacaan jawi dengan lancar.

10.3 Aktiviti 3

                      I.     Saya menunjukkan kad flash atau kad imbasan yang mengandungi perkataan

imbuhan awalan yang mana mempunyai tulisan yang cantik, jelas dan warna

Page 11: CONTOH KT UPSI  2+2 - EDIT.docx

11

yang menarik. Saya meminta murid membaca perkataan imbuhan awalan yang

terdapat pada kad imbasan atau kad flash. Bacaan tersebut dibaca secara kelas

dan individu.

                    II.    Setelah aktiviti bacaan dibuat, murid dikehendaki mengelaskan perkataan

berimbuhan awalan mengikut jenis imbuhan awalan pada lembaran yang

diberikan melalui bacaan guru pada kad yang telah digunakan pada aktiviti

bacaan ( kaedah imlak)

                   III.        Contohnya,

Jadual 6: Pengkelasan Imbuhan Awalan

ber be ter te me mem men

berlari berasa terlaris terasa memasa

k

membaca mendapat

bersukan belajar tersepak terendam menulis memberitahu mencatat

bersenam terminum terancang memukul

                  IV.        Pemerhatian

Jadual 7: peratus lulus murid menkelaskan perkataan berimbuhan

Aktiviti 3 menghasilkan keputusan berikut;

Markah Peratus

A ( 80-100) 25

B( 60-79) 62.5

C( 40-59) 12.5

D (20-39) 0

E (0-19) 0

Page 12: CONTOH KT UPSI  2+2 - EDIT.docx

12

Saya dapati dengan kaedah kad imbasan ini murid masing-masing berlumba untuk

membacanya dengan betul. Selain itu juga mereka amat teruja untuk mengecam

perkataan berimbuhan yang dibaca oleh guru untuk dicatat pada ruangan yang betul.

                    V.        Refleksi:

Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila Berjaya

mengelaskan perkataan imbuhan awalan mengikut jenisnya.

10.3 Aktiviti 4

                      I.        Gambar dipamerkan oleh guru melalui slaid power point. Murid melihat gambar

dan memahami perlakuan gambar tersebut.

                    II.        Murid membina ayat berdasarkan gambar yang dilihat.Contohnya; Ali terpijak

ular di kebun pisang ayahnya.

                   III.        Guru mencatat ayat-ayat yang dibina oleh murid.

                  IV.        Perbincangan – mengenal pasti imbuhan awalan dan kata dasar yang terdapat

dalam ayat yang dibina.

                    V.        Latih tubi membaca ayat yang telah dibina oleh murid.

                  VI.        Guru membuat pemerhatian terhadap respon murid ketika aktiviti ini

dilaksanakan.

Jadual 9 : Jadual Pencapaian Ujian

Aktiviti Bilangan Murid

Peratus pencapaian

Membina ayat 10 62.5

Perbincangan 12 75

Membaca ayat 16 100                

VII.        Pemerhatian :

Saya dapati merasa sangat teruja dan seronok dalam aktiviti-aktiviti yang dilakukan. Ini

terbukti bahawa menggunakan bahan yang menarik akan membantu guru untuk

merangsang murid terlibat secara aktif dalam aktiviti selain daripada dapat mengawal

tingkah laku murid yang negative di dalam kelas.

                VIII.        Refleksi

Page 13: CONTOH KT UPSI  2+2 - EDIT.docx

13

Saya mula menyedari bahawa sumber bahan adalah aspek penting yang perlu

dititikberatkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sumber bahan berperanan

dalam semua aspek dan langkah iatu dari set induksi, langkah penerangan,

perkembangan dan penutup.

10.4 Ujian Pos

                      I.        Ujian ini dilakukan adalah bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas

ujian pos disediakan, murid menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan ujian pra

tetapi diubah ayatnya dan imbuhan awalan bagi perkataan.

                    II.        Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu. Murid dikehendaki menjawab

semua soalan yang mengandungi markah sebanyak 100 markah. Kertas ujian ini

terbahagi kepada 5 bahagian iaitu

     

Bahagian A : Objektif.

      Bahagian B: Menggariskan perkataan imbuhan awalan pada teks.

      Bahagian C: Mengkelaskan perkataan imbuhan awalan mengikut kategori.

      Bahagian D: Menyesuaikan ayat yang betul dengan gambar yang sesuai.

      Bahagian E: Membina ayat berdasarkan gambar.

                   III.        Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab solan adalah selama 45

minit.

                  IV.        Pemerhatian:

Saya dapati semua murid tekun membaca setiap solan yang diberikan.

Walaubagaimanapun terdapat 2 orang murid tidak dapat membaca dengan lancar oleh

itu guru membantu murid tersebut dari segi memahami soalan untuk dijawab.

Jadual 10. Jadual Pencapaian Ujian Pos berdasarkan bilangan dan peratus.

Pencapaian ( Gred) Bilangan Murid

Peratus

A (80-100) 4 25B (60-79) 8 50C (40-69) 3 18.75D ( 20-39) 1 6.25

Page 14: CONTOH KT UPSI  2+2 - EDIT.docx

14

E (0-19)

                    V.        Refleksi:

Dapatan Ujian Pos menunjukkan bahawa terdapat peningkatan pencapaian dikalangan

murid. Walaubagaimanapun masih terdapat seorang murid yang gagal dalam Ujian

Pos ini. Murid yang gagal ini adalah murid pemulihan khas jawi bagi kelas jQAF.

11.0 REFLEKSI KESELURUHAN

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan saya membuat beberapa rumusan tentang

proses pengajaran dan pembelajaran di kelas bagi tajuk kajian tindakan imbuhan

awalan ini. Rumusan tersebut ialah;

      Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos.

Pencapaian murid dalam ujian Pos amat ketara yang menunjukkan peningkatan yang

amat memberangsangkan. Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan awalan

yang betul merupakan salah satu peningkatan yang menyumbang kepada peningkatan

markah dalam ujian pos. Pada keseluruhan dapat disimpulkan bahawa pencapaian

murid meningkat apabila kajian tindakan diambil oleh guru.

Jadual 11. Perbandingan Pretasi Murid dalam ujian Pra dan Ujian pos

Pencapaia

n

Ujian Pra Ujian Pos

Lulus 62.50 93.75

Gagal 37.50 6.25

Jumlah 100 100

Berdasarkan jadual di atas , 62.50% murid lulus dan 37.50 murid gagal dalam ujian pra.

Manakala dalam ujian pos menunjukkan 93.75% murid telah lulus dan seorang murid

gagal dengan peratusan 6.25%.Hasil kajian ini menunjukkan bahawa tindakan yang

diambil berkesan untuk meningkatkan penguasaan dalam menggunakan imbuhan

awalan.

Page 15: CONTOH KT UPSI  2+2 - EDIT.docx

15

     

Pemerhatian

Sikap kurang berminat, malas, tidak member tumpuan, dan tidak memiliki kemahiran

membaca jawi nampak berkurangan. Semua murid menunjukkan reaksi yang positif

dalam menyertai dengan aktif dalam setiap aktiviti yang dirancang oleh guru.

12.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Saya bercadang akan meneruskan kaedah bahan dan imlak ini dalam membantu

murid-murid untuk menguasai bacaan jawi dan penulisan jawi yang betul. Dalam kajian

yang telah dijalankan ini ternyata kaedah bahan dan imlak ini banyak membantu murid

menguasai penggunaan imbuhan walaupun masih terdapat kelemahan dalam

membina struktur ayat. Seterusnya saya akan menggunakan kaedah imlak ini dalam

bidang lain bagi mata pelajaran Pendidikan Islam seperti bidang Al Quran. Saya juga

akan mencadangkan kaedah ini untuk diaplikasikan oleh guru –guru mata pelajaran lain

terutamanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris bagi memantapkan lagi penggunaan

bahasa di kalangan murid –murid dalam mata pelajaran tersebut. Selain itu juga saya

juga akan menyarankan supaya semua guru sentiasa menggunakan sumber bahan

supaya dapat menarik perhatian murid dalam pelajaran yan diajar disamping dapat

mengukuhkan ingatan mereka terhadap pembelajaran bagi mata pelajaran yang diajar

oleh guru.

13.0 BAHAN YANG DIPERLUKAN

Bahan –bahan yang diperlukan untuk menjalankan kajian ini adalah:

      Kad Flash atau Kad Imbasan Imbuhan Awalan -20 keping

      Marker pen

      Gunting

Page 16: CONTOH KT UPSI  2+2 - EDIT.docx

16

      Pembaris

      Kertas A4

      Set Soalan Pendidikan Islam –pra ujia -16 set

      Set Soalan Pendidikan Islam – ujian pos- 16 set

      Komputer riba

      Lcd Projektor

14.0 ANGGARAN KOS

Anggaran kos untuk bahan-bahan yang saya perlukan :

Kad Imbasan : RM15.00

Marker Pen : RM6.00

32 set Soalan Ujian x RM1.00 : RM32.00

BIBLIOGRAFI

JauharahHj. Tak &SalihaHj. Md. Amin. (1992). Asas Kemahiran Berbahasa KBSR.Kuala Lumpur:  Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.KamarudinHj. Husin& Siti Hajar Bt. Abdul Aziz. (1996). Permainan Bahasa (untuk sekolah rendah

dan menengah) Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Othman Lebar. (2011). Kajian Tindakan Dalam Pendidikan: Teori dan Amalan. Tanjong Malim:              Penerbit UPSI.Mohd.   Radzi   Misran   &   Haris   Yusof.   (1997).  Siri Celik Bacaan: Bacaan Berpandu (KVKV).Selangor:

Edusystem   Sdn. Bhd. Selayang.Laman Webwannoorainiwmp51992.blogspot.com/ 

http://www.ppdsetiu.net/index.php?option=com_content&view=article&id=197%3Acontoh-kajian-tindakan&catid=105%3Amakluman&Itemid=137

http://selubc.wikispaces.com/file/view/Buku+Manual+Kajian+Tindakan.pdf

http://www.google.com.my/url?sa=t&rct=j&q=&esrc=s&source=web&cd=8&ved=0CGsQFjAH&url=http%3A%2F%2Fsktu4jb.50webs.com%2FKajian_tindakan%2FPanduan-asas-eprd-dan-contoh-pelaporan.doc&ei=zQ2iUMqzJ4bwrQfOu4HQCQ&usg=AFQjCNGOmv3FqjeaGRE4igiD6InRxP-yBg&sig2=73yXugYG-RVxiLJb6AS0Cg

Page 17: CONTOH KT UPSI  2+2 - EDIT.docx

17