keburukkan bhn nuklear edit.docx

22
Keburukkan penggunaan bahan nuklear Pengenalan Istilah 'nuklear' merujuk kepada nukleus atom dalam tenaga nuklearnya dan tenaga nuklear pula merupakan tenaga yang dijana daripada tindak balas dalam nukleus atom. Terdapat dua jenis tindak balas nuklear digunakan untuk menjana tenaga iaitu tindak balas pembelahan nukleus (nuclear fission) dan tindak balas pelakuran nukleus (nuclear fusion). Tindak balas nuklear bertujuan untuk menjana atau membebaskan tenaga. Terdapat beberapa bentuk tenaga yang dibebaskan oleh tenaga nuklear. Antaranya ialah tenaga haba, tenaga cahaya, tenaga bunyi dan radiasi. Tenaga nuklear banyak berguna kepada manusia dan juga negara. Antaranya ialah tenaga nuklear sebagai sumber tenaga dalam kapal selam. Ia juga digunakan untuk menetapkan kedudukan satelit pada orbit. Tambahan pula, tenaga nuklear ini juga digunakan sebagai sumber untuk menghidupkan generator di stesen jana kuasa elektrik. 1

Upload: deepa-ramiah-deepa-ramiah

Post on 07-Dec-2015

298 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: keburukkan bhn nuklear edit.docx

Keburukkan penggunaan bahan nuklear

Pengenalan

Istilah 'nuklear' merujuk kepada nukleus atom dalam tenaga nuklearnya dan

tenaga nuklear pula merupakan tenaga yang dijana daripada tindak balas dalam

nukleus atom. Terdapat dua jenis tindak balas nuklear digunakan untuk menjana

tenaga iaitu tindak balas pembelahan nukleus (nuclear fission) dan tindak balas

pelakuran nukleus (nuclear fusion). Tindak balas nuklear bertujuan untuk menjana

atau membebaskan tenaga.

Terdapat beberapa bentuk tenaga yang dibebaskan oleh tenaga nuklear.

Antaranya ialah tenaga haba, tenaga cahaya, tenaga bunyi dan radiasi. Tenaga

nuklear banyak berguna kepada manusia dan juga negara. Antaranya ialah tenaga

nuklear sebagai sumber tenaga dalam kapal selam. Ia juga digunakan untuk

menetapkan kedudukan satelit pada orbit. Tambahan pula, tenaga nuklear ini juga

digunakan sebagai sumber untuk menghidupkan generator di stesen jana kuasa

elektrik.

rajah 1: Tenaga nuklear dalam kapal selam rajah 2: Tenaga nuklear menetapkan

kedudukan satelit pada orbit

1

Page 2: keburukkan bhn nuklear edit.docx

rajah 3: Nuklear Menghidupkan generator di stesen jana kuasa elektrik

rajah-rajah di atas adalah kegunaan tenaga nuklear dalam kemajuan manusia

dan juga bagi menampung keperluan manusia pada masa kini. Seperti mana yang

kita tahu, banyak negara telah menggunakan kuasa nuklear sebagai alternatif lain

untuk menjana tenaga elektrik bagi menggantikan penggunaan arang batu. Berikut

adalah antara negara-negara yang mempunyai reaktor nuklear iaitu Amerika

Syarikat, Iran, Jepun, Perancis dan sebagainya. Tenaga nuklear ini salah satu

keperluan yang memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia yang

menuju ke arah sains dan teknologi.

Walaupun tenaga nuklear ini mempunyai banyak kebaikan kepada manusia

namun kandungan bahan-bahan nuklear ini tetap membawa padah kepada manusia

yang menyalahgunakannya. Sekarang kita lihat kepada keburukan penggunaan

bahan nuklear ini kepada manusia, alam sekitar dan juga negara.

Mendorong kepada peperangan untuk menunjukkan kuasa negara

Kita sering kali mendengar ataupun membaca tentang senjata nuklear atau bom

nuklear di dada-dada akhbar. Manusia masa kini menggunakan atau

menyalahgunakan bahan nuklear ini untuk perang bagi memenuhi keperluan diri

sendiri tanpa memikirkan kesan negatifnya. Contohnya, kita lihat bom nuklear

pertama kali digunakan semasa perang dunia II di Hiroshima dan Nagasaki. Ia

merupakan salah satu tragedi yang tidak dapat dilupakan oleh seluruh dunia

sehingga hari ini. Menurut artikel yang ditulis oleh Suzalie dalam portalnya, beliau

telah menerangkan dengan jelas tentang ancaman yang berlaku di Jepun akibat

tenaga nuklear ini pada tahun 1945. Lebih 70,000 orang di Hiroshima dan

40,000nya di Nagasaki terkorban serta merta dalam peristiwa tersebut. Menurut

kronologi kajian berkaitan senjata nuklear, pembuatan bom nuklear sudah bermula

seawal tahun 1938 lagi. Penemuan ini mendorong penyelidikan senjata nuklear

semakin rancak apabila bahan radioaktif seperti uranium ditemui oleh Marie Curie.

Bermula dari penemuan ini, ia menjadi realiti setelah penemuan dan persamaan

2

Page 3: keburukkan bhn nuklear edit.docx

yang dihasilkan oleh Einstein berjaya dipraktikkan (sumber diambil dari Portal Rasmi

IKIM online).

Rajah 4&5 : Akibat bom nuklear di Hiroshima dan Nagasaki

Perkembangan teknologi persenjataan nuklear telah mendorong negara-negara

maju mempertahankan kedudukannya sebagai kuasa dominan dunia. Negara yang

bercita-cita menjadi kuasa utama dan mengekalkan statusnya, perlu mempunyai

keupayaan untuk bertanding dan menjadi jaguh dalam mengamalkan pembaharuan

dalam teknologi pertahanan berasaskan nuklear. Pembangunan senjata nuklear

menjadi lebih rancak bila berlakunya perlumbaan dan permusuhan antara negara-

negara. Negara yang telahpun mengekalkan kedudukan mereka sebagai sebuah

negara yang memiliki senjata nuklear akan terus melakukan penerokaan baru untuk

mencanggihkan penemuan lama. Negara-negara ini akan berada dalam situasi

berlumba-lumba bagi mengekalkan keupayaan sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.

Keadaan ini akan menyebabkan kontroversi yang memungkinkan perang nuklear

apabila keseimbangan sudah tidak dapat dikawal lagi.

3

Page 4: keburukkan bhn nuklear edit.docx

Kemalangan yang tidak diingini kepada manusia dan alam sekitar.

Selain daripada mendorong kepada peperangan, bahan-bahan nuklear ini boleh

membawa kepada kemalangan yang tidak dingini kepada manusia dan juga alam

sekitar. Antaranya ialah ia boleh mambawa maut kepada beribu-ribu nyawa,

pencemaran alam sekitar, membawa penyakit seperti kanser dan kemandulan.

Salah satu keburukkan yang berlaku daripada penggunaan bahan-bahan

nuklear ini adalah pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran tanah.

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan

sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini

disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan

pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik. Pencemaran

tanah ini berlaku apabila berlaku pengujian senjata nuklear di negara-negara barat.

Ia mengancam kualiti tanah dunia. Tanah bukan sahaja tidak subur malahan

menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia secara

perlahan.Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia.

Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati

akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitarnya

dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan daging terpaksa dihentikan

kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan. Contoh ini

jelas di terangkan di blogspot Alam Sekitar.

4

Page 5: keburukkan bhn nuklear edit.docx

Rajah 6,7 & 8: pencemaran tanah akibat penggunaan senjata nuklear

Pencemaran radioktif

Seterusnya, penggunaan bahan nuklear ini membawa pencemaran radioaktif

yang memberi kesan negatif kepada manusia. Pencemaran radioaktif ini dikenali

sebagai pencemaran radiological iaitu bahan radioaktif di permukaan, atau dalam

pepejal, cecair, atau gas (termasuk badan manusia), di mana kehadiran mereka

tidak disengajakan atau dikehendaki, atau proses yang membebaskannya di tempat

sedemikian. Pencemaran radioaktif merujuk hanya kepada kehadiran kereputan

radioaktif, dan tidak memberikan sebarang petunjuk kepada magnitud ancaman

terbabit.

Pencemaran radioaktif biasanya berlaku akibat hasil tumpahan atau kemalangan

semasa penghasilan atau penggunaan radionuklid nukleus tidak stabil yang memiliki

tenaga berlebihan. Kurang biasa, guguran nuklear ("nuclear fallout") iaitu taburan

pencemaran radioaktif akibat ledakan nuklear. Jumlah bahan radioaktif yang

dibebaskan dalam kemalangan dikenali sebagai istilah sumber.

Pencemaran mungkin berlaku dari gas beradioaktif, cecair atau zarah. Sebagai

contoh, sekiranya radionuklid digunakan dalam perubatan nuklear tertumpah secara

tidak sengaja, bahan itu boleh disebarkan oleh orang ketika mereka berjalan merata-

rata. Pencemaran radioaktif mungkin juga hasil tidak disengajakan proses tertentu,

seperti pembebasan xenon beradioaktif dalam pemprosesan bahan api nuklear.

Dalam kes bahan radioaktif tidak dapat dikurung, ia boleh dilarutkan kepada

kepekatan selamat. Bagi perbincangan mengenai pencemaran alam sekitar oleh

pemancar zarah alfa sila lihat aktinides dalam alam sekitaran.

5

Page 6: keburukkan bhn nuklear edit.docx

Rajah 9: Simbol amaran radioaktif (trefoil).

Pendorong pelbagai penyakit kepada manusia

Selain itu, Sinaran radioaktif boleh menyebabkan molekul di dalam sel-sel hidup

terus menjadi ion. Bentuk ion kemudiannya bertindak balas dengan atom lain di

dalam sel untuk menghasilkan kerosakan. Pada dos sinaran yang rendah seperti

sinaran radioaktif yang kita terima dari alam sekitar, sel-sel berupaya memperbaiki

kerosakan yang berlaku. Pada dos sinaran yang tinggi (sehingga 1 gy), sel tidak

berupaya memperbaiki kerosakan sehingga menyebabkan sel-sel mati atau tak

normal.Sel tak normal kemudiannya membahagi untuk membentuk lebih banyak sel-

sel lain. Dalam sesetengah keadaan, salah satu kesan dari pendedahan sinaran

radioaktif ialah risiko untuk mendapatkan penyakit kanser adalah lebih tinggi.

Pada dos melebihi 1 Gy, sel yang rosak tidak dapat diganti dengan cepat untuk

menyebabkan sesetengah organ seperti saluran penghadaman tidak dapat

berfungsi sepenuhnya. Apabila keadaan seperti ini terjadi, penyakit yang berlaku

dikenali sebagai penyakit sinaran radioaktif. Antara gejala penyakit yang dapat

diperhatikan dalam penglibatan saluran penghadaman adalah seperti loya, muntah

dan lemah anggota badan yang terhasill akibat saluran pemakanan tidak dapat

berfungsi untuk menyerap sumber pemakanan. Pada dos melebihi 4 Gy pula, fungsi

ketahanan badan yang menentang jangkitan akan terjejas dan kebanyakan mangsa

akan mati akibat jangkitan kuman.

Merurut kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, setiap orang dewasa

menerima sejumlah 0.36 Gy untuk keseluruhan tubuh setiap tahun. Kebanyakan

sinaran radioaktif ini datangnya dari sumber radioaktif yang terdapat di sekeliling

kita. Sumber sinaran radioaktif latar ini termasuklah sinaran kosmik (sinaran partikel

bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas), sinaran yang

diinduksikan oleh sinaran kosmik (seperti pembentukan C dan H di dalam atmosfera

oleh sinaran kosmik) dan sinaran semula jadi yang terdapat di dalam bumi (seperti

uranium, thorium dan radon).

Sinaran radioaktif latar ini merupakan lebih kurang 82% dari dos sinaran tahunan

yang diterima oleh manusia. Kanser merupakan penyakit paling utama berlaku

akibat terdedah kepada sinaran radioaktif. Untuk kanak-kanak, kanser yang paling

6

Page 7: keburukkan bhn nuklear edit.docx

cepat berlaku selepas dedahan sinaran radioaktif yang tinggi ialah leukemia

terutama sekali mielositik akut dan kronik.

Biasanya kanser ini muncul antara 2 hingga 4 tahun selepas dedahan dan

risiko kemunculan penyakit akan kekal dalam tempoh masa 10 tahun selepas

dedahan pertama. Selain daripada leukamia, kanser otak dan buah pinggang juga

telah dilaporkan apabila kanak-kanak terdedah kepada sinaran radioaktif yang tinggi.

Untuk orang dewasa, kanser yang kerap berlaku ialah kanser paru-paru, usus, pundi

kencing, tulang dan kulit. Bagi wanita, kanser buah dada sering dilaporkan. Oleh

kerana sinaran radioaktif latar ini tidak dapat dicegah, maka usaha untuk

menghalang sebarang kejadian yang akan meningkatkan sinaran latar ini seperti

ujian-ujian nuklear dan loji-loji nuklear perlu diharamkan.

7

Page 8: keburukkan bhn nuklear edit.docx

Kesimpulan

Kesimpulannya, memang tidak dapat dinafikan bahawa penemuan bahan

radioaktif adalah penemuan yang sangat penting dan menakjubkan. Perkembangan

teknologi nuklear sedang berkembang dengan pesat di seluruh dunia. Ianya

dimajukan bagi kebaikan umat manusia. Kita hendaklah ingat bahawa penemuan ini

juga mendatangkan keburukan jika ia disalahgunakan seperti pembangunan senjata

nuklear.

Pembinaan senjata nuklear menggugat keselamatan dunia secara menyeluruh.

Kita hendaklah menghayati dan menghargai anugerah Tuhan yang telah mencipta

pelbagai bahan dalam alam yang boleh digunakan untuk kesejahteraan umat

manusia.

Walau bagaimanapun, manusia tetap nampaknya tidak pernah merasa puas dan

belajar daripada keterlanjuran yang pernah berlaku yang menyebabkan jutaan

manusia menjadi korban akibat ledakan bom nuklear, apatah lagi sekiranya berlaku

peperangan nuklear. Oleh itu masyarakat antarabangsa, khususnya pemimpin-

pemimpin dunia harus bersatu tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan untuk

mendesak semua kerajaan mengharamkan peperangan dan mengheret pemimpin-

pemimpin yang gila berperang ke mahkamah keadilan jenayah perang

antarabangsa.  Sekiranya kita tidak memulai langkah ini, satu hari nanti pasti perang

nuklear akan berlaku yang akan memusnahkan kehidupan manusia di muka bumi

ini.

8

Page 9: keburukkan bhn nuklear edit.docx

Rujukan

Alam Sekitar.(n.d).Jenis-jenis Pencemaran.Diperolehi daripada

http://alamsekitarbmp.blogspot.com/p/jenis-jenis-pencemaran_9947.html

dimuat turun pada 18 ogos 2014

Chong Kum Ying & Mak Sew Yin. (2011). Focus SPM Science Form 4.5. Bandar

Baru Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.

Chiew L. C. & Ivy Ng. (2012). Suplemen SPM Science. Shah Alam: Marshall

Cavendish Sdn. Bhd.

Choo Yan Tong, & Low Swee Neo. (2006). Focus 2U Science PMR, Bandar Baru

Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn Bhd.

Lau Hut Yee. (2005). Total Revision Science PMR, Petaling Jaya: Sasbadi Sdn.

Bhd.

Suzalie.(n.d). Senjata Nuklear Ancaman Besar Kepada Dunia. Diperolehi daripada

http://www.ikim.gov.my/index.php/ms/artikel/8343-senjata-nuklear-ancaman-

besar-kepada-dunia dimuat turun pada 18 ogos 2014

Wikipedia.(n.d).Pencemaran Radiaktif.Diperolehi daripada

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pencemaran_radioaktif#Ancaman dimuat turun

pada 18 ogos 2014

Utusan Online.(2012). Kesan Radiasi Bahan Radioaktif Nuklear Terhadap Kesihatan

Tubuh Badan.Diperolehi daripada

http://infokanserdarah.blogspot.com/2012/04/kesan-radiasi-bahan-radioaktif-

nuklear.html dimuat turun pada 19 ogos 2014

9

Page 10: keburukkan bhn nuklear edit.docx

10

Page 11: keburukkan bhn nuklear edit.docx

Senjata Nuklear Ancaman Besar Kepada DuniaDitulis oleh Suzalie Bin Mohamad. Posted in Artikel

Bom nuklear pertama kali digunakan semasa Perang Dunia II di Hiroshima dan Nagasaki, Jepun pada tahun 1945. Lebih 70,000 orang di Hiroshima dan 40,000nya di Nagasaki terkorban serta merta dalam peristiwa tersebut. Menurut kronologi kajian berkaitan senjata nuklear, pembuatan bom nuklear sudah bermula seawal tahun 1938 lagi. Penemuan ini mendorong penyelidikan senjata nuklear semakin rancak apabila bahan radioaktif seperti uranium ditemui oleh Marie Curie. Bermula dari penemuan ini, ia menjadi realiti setelah penemuan dan persamaan yang dihasilkan oleh Einstein berjaya dipraktikkan.

Ukuran pencapaian dalam bidang sains dan teknologi termasuk teknologi nuklear yang telah mengkategorikan negara di dunia ini kepada negara sedang membangun dan mundur. Justeru itu, kita menyaksikan sains dan teknologi nuklear menjadi wahana kepada sesetengah negara untuk menunjukkan kekuatan sehingga menekan negara-negara kecil yang dianggap lemah kerana terkebelakang dalam bidang sains dan teknologi nuklear. Model pembangunan Barat yang diasaskan kepada sains dan teknologi itu telah menjadi mekanisme paling berkesan untuk mengekalkan atau mengembangkan dominasi Barat ke seluruh dunia.

Lima negara kuasa utama nuklear yang diiktiraf iaitu Britain, China, Perancis, Russia dan Amerika Syarikat telah memiliki kemudahan simulasi ujian letupan nuklear, mereka boleh terus mengeluarkan senjata tersebut dengan melakukan ujian di dalam makmal tanpa melanggari perjanjian yang telah ditandatangani iaitu Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Menyeluruh (CTBT) dan Perjanjian Prolifirasi Nuklear (NPT).

Menurut The World Nuklear Handbook (1988), terdapat kira-kira 50,000 senjata nuklear di seluruh dunia dan sebahagian besarnya dimiliki oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet Union (Russia), sementara selebihnya terdapat di United Kingdom, Peranchis dan China. Teknologi nuklear mencakupi agenda strategik global untuk mengusai politik antarabangsa. Dari sudut politik, penemuan teknologi nuklear telkah melakar konsep seperti pertahanan rintang, kemusnahan pasti bersama (MAD) perlumbaan senjata, kawalan senjata dan perlucutan senjata sebahagian besarnya berpunca dari teknologi ini. Kesan ini kekal sebagai kesan penting sehingga ke hari ini yang mana senjata nuklear mendominasi strategik global kuasa-kuasa besar dunia untuk mengawal keseimbangan politik antarabangsa.

Perkembangan teknologi persenjataan nuklear telah mendorong negara-negara maju mempertahankan kedudukannya sebagai kuasa dominan dunia. Negara yang bercita-cita menjadi

11

Page 12: keburukkan bhn nuklear edit.docx

kuasa utama dan mengekalkan statusnya, perlu mempunyai keupayaan untuk bertanding dan menjadi jaguh dalam mengamalkan pembaharuan dalam teknologi pertahanan berasaskan nuklear.

Pembangunan senjata nuklear menjadi lebih rancak bila berlakunya perlumbaan dan permusuhan antara negara-negara. Negara yang telahpun mengekalkan kedudukan mereka sebagai sebuah negara yang memliki senjata nuklear akan terus melakukan penerokaan baru untuk mencanggihkan penemuan lama. Negara-negara ini akan berada dalam situasi berlumba-lumba bagi mengekalkan keupayaan sedia ada ke tahap yang lebih tinggi. Keadaan ini akan menyebabkan kontroversi yang memungkinkan perang nuklear apabila keseimbangan sudah tidak dapat dikawal lagi.

Penularan dan penjualan teknologi pertahanan berasaskan nuklear merupakan satu fenomena masa kini dalam industri ketenteraan. Ia disebabkan oleh keupayaan senjata nuklear berbanding senjata konvensional. Penularan atau prolifirasi senjata nuklear boleh berlaku apabila sebuah negara yang asalnya tidak memliki senjata ini mendapat atau membangunkan teknologi ini secara rasmi ataupun tidak. Ia juga boleh berlaku dalam keadaan di mana sebuah negara memiliki senjata tersebut dan menyimpannya di luar pangkalan persempadanan negara seperti kedudukan senjata nuklear milik Amerika Syarikat yang terletak di Eropah Barat dan juga Asia Timur. Prolifirasi teknologi nuklear perlu dikawal dengan sebaik mungkin kerana dibimbangi teknologi persenjataan nuklear disalahguankan oleh-oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawap. Amaran ini diperjelaskan di dalam al-Quran surah Ar-Ruum ayat 41 yang berbunyi "Telah timbul berbagai-bagai kerosakan dan bala bencana di darat dan lautan dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)".

Dalam logika peperangan, konsep cegah rintang menjadi begitu popular semasa Perang Dingin berlaku antara Amerika dan sekutunya dan Russia. Pertembungan kuasa dwipolar antara kedua-duanya telah mencetuskan keadaan cegah rintang (deterance). Istilah ini menjadi sangat penting di awal era senjata nuklear, idea bahawa kekuatan yang kukuh akan menghalang musuh daripada menyerang telah mempengaruhi pertumbuhan teknologi persenjataan berasaskan tenaga nuklear. Namun apabila dua buah negara mempunyai kekuatan yang hampir sama, berlaku satu keadaan genting di mana persepsi dan perasaan takut wujud sekiranya berlaku perang maka kemusnahan itu pasti merugikan kedua-dua pihak. Keadaan cegah rintang di zaman Perang Dingin memperlihatkan bahawa kedua-dua buah negara antara Amerika dan Rusia, saling berlumba-lumba untuk menghasilkan senjata yang lebih hebat. Ditambah pula dengan kepesatan pertumbuhan bidang teknologi dan kepakaran tertentu dalam bidang nuklear telah menyebabkan pembangunan teknologi tersebut tidak dapat dielakkan.

Selain dalam Perang Dingin, keadaan cegah rintang ini juga wujud antara negara Pakistan dan India sekarang ini. Dalam persaingan ini, Pakistan perlu memiliki senjata nuklear setelah India memilikinya. Pakistan perlu mengambil tindakbalas tersebut untuk menyahut cabaran yang mungkin ditempuhinya. Apa yang berlaku seterusnya ialah senjata nuklear dan status kuasa nuklear ini menjadi penyebab atau halangan kepada kedua-dua negara ini untuk terlibat dalam peperangan besar-besaran sesama mereka. Namun wujud masalah di mana kedua-dua negara terus menjalankan pembangunan nuklear untuk mencapai keseimbangan. Ini dapat dilihat di mana India dan Pakistan

12

Page 13: keburukkan bhn nuklear edit.docx

berjaya membangunkan peluru berpandu masing-masing iaitu Pritvi milik India yang mempunyai jarak 150-250 km, manakala Pakistan mempunyai peluru berpandu Ghauri dan peluru Ghaznavi yang sangat berkesan untuk menghalang India dari bersikap lebih berani dan agresif daripada menyerang Pakistan dan wilayah-wilayahnya.

Pembangunan teknologi nuklear memang tidak dapat dielakkan terutama sekali dalam kalangan negara kuasa nuklear. Mereka sentiasa mempunyai perasaan curiga, persepsi dan perasan terancam serta berada dalam keadaan dilemma. Kuasa ketenteraan terbesar seperti Amerika Syarikat serta lain-lain negara nuklear sepatutnya terlebih dahulu mengambil langkah awal untuk melucutkan atau melupuskan senjata nuklearnya sebelum mendesak negara-negara lain berbuat demikian sekiranya keamanan dunia ingin dicapai.

Mereka menghalang pembangunan dan ujian teknologi nuklear yang dilakukan India dan Pakistan dengan memberi alasan bahawa kedua-dua negara itu miskin dan perlu menggunakan sumber domestik mereka untuk pembangunan rakyat bukannya kepada pembangunan persenjataan nuklear, sedangkan negara Perancia dan China mengadakan ujian nuklear sesuka hati tanpa mendapat sebarang tekanan yang kuat daripada Amerika atau badan-badan dunia yang bertanggungjawab menghalang pembangunan teknologi nuklear secara haram. Keadaan ini menyebabkan ketidak-seimbangan kerana seolah-olah negara Perancis dan China dan anggota tetap Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu berhak menjadi kuasa nuklear.

13

Page 14: keburukkan bhn nuklear edit.docx

Alam Sekitar

Jenis-jenis Pencemaran Kepentingan Menjaga Alam Sekitar Keburukan dan Kesan Tidak Menjaga Alam Sekitar Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar Langkah-langkah untuk Menjaga Alam Sekitar

Jenis-jenis Pencemaran

Pencemaran Tanah

Pencemaran tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh banyak makhluk hidup terutama manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisme Tanah dan makhluk hidup yang hidup di atasnya mempunyai hubungan yang sangat erat. Tanah memberikan sumber daya yang berguna bagi kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Tanah memiliki fungsi produksi, iaitu antara lain sebagai penghasil biomassa, seperti bahan makanan, serat, kayu dan bahan ubat-ubatan. Selain itu, tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian sumber daya air dan kelestarian lingkungan hidup secara umum. Tanah juga merupakan habitat alamiah bagi manusia dan makhluk hidup yang lain.Dapat dikatakan bahawa hidup manusia tergantung kepada tanah.

Pencemaran tanah bermaksud perbuatan yang berlaku kepada sesuatu kawasan sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran ini disebabkan oleh bahan buangan sama ada berbentuk air atau pepejal.Bahan pencemar pula terdiri daripada pencemar organik,kimia atau fizik.Kegiatan manusia seperti perusakan hutan dan pertanian ladang berpindah mempengaruhi kualiti tanah. Terkontaminasinya tanah oleh zat kimia dapat mengakibatkan terjadinya pencemaran air dan tanah. Jika tidak

14

Page 15: keburukkan bhn nuklear edit.docx

segera dihentikan, hal ini akan menimbulkan kerosakan tanah, bahkan dapat menimbulkan bencana bagi kehidupan manusia.

Antara punca berlakunya pencemaran ini ialah pembuangan bahan-bahan buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan sisa-sisa kilang.Pembuangan sampah merata-rata dan penggunaan racun serangga secara berlebih-lebihan juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran ini. Di samping itu,sikap manusia yang jarang menghargai nilai-nilai maksum yang terdapat di kawasan menarik dan indah juga boleh menjadi salah satu punca pencemaran tanah. Selain daripada mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan liar, penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia . Pembangunan yang tidak dirancang dengan berkesan seperti pembalakan yang giat dan pembukaan tanah secara berleluasa akan memberikan kesan buruk terhadap alam sekitar contohnya berlakulah hakisan tanah,berlaku perubahan iklim,kesan kepada rumah hijau dan banjir.

Terdapat banyak kesan pencemaran yang memudaratkan tanah. Salah satu adalah merosakkan tanah dan kualitinya. Sisa-sisa industri dan hasil tumpahan daripada kenderaan pengangkut menjadikan tanah rosak dan kurang berkualiti. Tanah yang kurang berkualiti menyebabkan tumbuh- tumbuhan atau sayur-sayuran yang ditanam tidak hidup dengan sempurna dan tidak subur. Hujan asid yang meresap ke dalam tanah, perlombongan yang berlebihan, penebangan hutan atau pembalakan menyebabkan tanah terhakis dan rosak. Selain itu penggunaan racun serangga atau rumpai turut berperanan mengurangkan kualiti tanah. Kemajuan dari segi pengangkutan juga menyebabkan banyak kawasan tanah telah digunakan untuk tujuan pembinaan jalanraya, landasan keretapi dan lapangan terbang.

Selain itu, pembuangan sampah merata-rata juga merupakan penyumbang kepada pencemaran tanah. Pasti tempat yang berlonggokan sampah itu akan menarik perhatian serangga dan haiwan pembawa penyakit seperti lalat dan tikus. Haiwan perosak yang tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , manusia mudah keracunan makanan dan seterusnya diserang penyakit yang serius.

Seterusnya, pengujian senjata nuklear di negara-negara barat juga turut mengancam kualiti tanah dunia. Tanah bukan sahaja tidak subur malahan menyimpan bahan radioaktif yang mampu membunuh manusia secara perlahan.Contoh yang paling ketara adalah letupan loji nuklear di Chernobyl, Russia. Kesannya dapat dirasai hingga ke Sweden, kerana 23 orang telah dilaporkan mati akibat daripada kesan radioaktif nuklear tersebut. Semua penduduk di sekitarnya dipindahkan dan di sesetengah tempat, penjualan daging terpaksa dihentikan kerana kadar pencemaran terlalu tinggi dan membahayakan kesihatan.

Di samping itu, penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya penebangan hutan secara meluas. Penebangan hutan yang berterusan dan kemusnahan hutan di kawasan tadahan air akan menjejaskan bekalan air dan kualiti sumber air, menjejaskan kemampuan pengambilan semula air bawah tanah dan menyebabkan lebih banyak banjir di kawasan tanah rendah.

Satu lagi kesan pencemaran tanah ini adalah hakisan. Hakisan tanah adalah salah satu fenomena yang sangat sering berlaku di seluruh dunia. Ianya bukan sahaja merugikan dari sudut kewangan dan ekonomi bahkan juga mengancam keselamatan dan nyawa manusia, misalnya tanah runtuh dan juga gempa bumi. Terdapat banyak negara-negara yang sedang diancam hakisan tanah. Di negara-negara tertentu juga, angin menjadi salah satu agen yang boleh menyebabkan hakisan. Antara aktiviti-aktiviti manusia yang boleh menyebabkan hakisan adalah pembersihan dan pembajakan serum bukit yang menyebabkan tiada tumbuhan yang dapat menahan tanah daripada dialirkan bersama-sama dengan air apabila hujan lebat, penebangan hutan, padang ragut yang meluas dan berlebihan, dan penanaman secara meluas hanya satu jenis tanaman.

Kesimpulannya, tanah adalah bahagian permukaan bumi yang dihuni oleh banyak makhluk hidup terutama manusia, tumbuh-tumbuhan, haiwan dan mikroorganisme. Tanah dan makhluk hidup yang hidup di atasnya mempunyai hubungan yang sangat erat. Tanah memberikan sumber daya yang berguna bagi kelangsungan makhluk hidup di atasnya. Selain itu, tanah juga berperan dalam menjaga kelestarian sumber daya air dan kelestarian lingkungan hidup secara umum. Dapat dikatakan bahawa hidup manusia tergantung kepada tanah. Oleh itu, kita perlu menjaga tanah dengan baik.

15

Page 16: keburukkan bhn nuklear edit.docx

Kesan Radiasi Bahan Radioaktif Nuklear Terhadap Kesihatan Tubuh Badan

Pada awalnya, kita dikejutkan dengan berita gempa bumi disusuli dengan tsunami.

Kini kita dikejutkan pula dengan letupan reaktor loji nuklear di Fukushima Daiichi.

Penyebaran tablet potassium iodide di utara Jepun menunjukkan betapa takutnya

kesan radiasi nuklear hasil letupan reaktor loji nuklear di Fukushima Daiichi yang

mana boleh memberikan implikasi kepada kesihatan tubuh badan manusia dan

ketakutan itu bukan sahaja dirasai di Jepun sahaja malah negara-negara jiran juga

turut merasa impak yang sama.

Pada awal krisis tersebut, hasil sinaran radiasi disebabkan reaktor tersebut

dikatakan rendah dan tidak memberikan kesan pada kesihatan. Tetapi, darjah

radiasi boleh meningkat dengan mendadak sekiranya mana-mana satu minyak

nuklear tersebut melepasi bekas besi yang tebal. Kemungkinan tersebut sendiri

merisaukan pihak atasan Jepun pada pagi Isnin tersebut apabila letupan melibatkan

reaktor 2.

Dan kesan radioaktif ini memberikan impak 1000 kali ganda lebih besar daripada

pengeboman Hiroshima. Perkara ini disahkan oleh Ira Helfand MD merupakan pakar

dalam pendedahan radiasi di Leeds, Massachusettes.

Kesan Jangka Panjang

16

Page 17: keburukkan bhn nuklear edit.docx

Potassium Iodide yang diberi bertindak sebagai pelindungan terhadap iodin-131,

merupakan radioisotop yang berpotensi menyebabkan kanser tiroid dalam jangka

masa panjang. Biasanya iodin akan terkumpul di kelenjar tiroid dan dengan

pemberian tablet tersebut menghindarkan kelenjar tiroid menggunakan iodin-131

sebagai proses fisiologi badan.

Bukan itu sahaja ya, ada juga bahan-bahan lain hasil letupan reaktor nuklear yang

boleh memberikan masalah dan setiap satu bahan tersebut memberikan kesan yang

berbeza. Dr Helfand memberitahu, Strontium-90 diserap oleh tulang yang berpotensi

menyebabkan kanser tulang dan juga leukemia.

Cesium-137 diserap keseluruh badan terutamanya pada bahagian otot. Plutonium

sememangnya adalah bahan toksik dan sekiranya kita menghidunya boleh

menyebabkan kanser paru-paru.

Kesan Jangka Pendek

Bukan sahaja melibatkan jangka panjang. Tapi kalau kesan dedahan terlalu tinggi di

dalam masa yang singkat, mereka juga boleh mengalami Sindrom Radiasi Akut.

Simptom tipikal yang biasa mereka alami adalah seperti loya, muntah-muntah dan

cirit birit. Biasanya simptom tersebut dialami serta merta dan kemudian berkurang

dan kembali semula dengan simptom yang lebih kuat seperti hilang selera makan,

lemah, demam dan berkemungkinan lebih teruk serangan sawan dan juga koma.

Kebanyakannya apabila tidak sembuh, mereka akan menemui ajal dalam masa

beberapa bulan sahaja. Begitu hebat penangan radiasi nuklear ini.  Berdasarkan

Pengawalan penyakit dan Pencegahan di US, mereka mengatakan kematian adalah

disebabkan rosaknya tulang sum-sum yang menyebabkan terdedahnya pada

jangkitan kuman dan juga pendarahan dalaman.

Kesan Pada Kulit

Radiasi ini juga boleh melibatkan kesan pada kulit. Mereka akan mengalami

kegatalan, kemerah-merahan, bengkak dan ia boleh berlaku dalam masa yang

singkat, berjam, berhari mahupun berminggu selepas terkena kesan radiasi

tersebut.

Dan sebagai pencegahan, pihak Jepun telah memindahkan lebih 180 000 rakyat

mereka yang tinggal berdekatan dengan kawasan letupan tersebut ke tempat yang

lebih selamat. Dengan bantuan angin yang bertiup ke arah lautan pasifik, bahan

radioaktif tersebut dapat dikurangkan.

Anda tidak perlu risau sekiranya anda tinggal di Malaysia, kerana bahan radioaktif ini

bersifat sama seperti asap-asap. Bila mana asap bergerak lebih jauh semakin

17

Page 18: keburukkan bhn nuklear edit.docx

berkurang asap tersebut kerana telah meresap bersama-sama dengan molekul

udara.

Cuma apa yang merisaukan kita apabila bahan radioaktif ini meresap ke dalam

makanan. Makanya, sekiranya anda membaca akhbar, kerajaan kita sudahpun

mengambil langkah proaktif untuk tidak mengimport bahan-bahan makanan dari

Jepun.

18