kemahiran gimnastik - refleksi

3
6.2 Refleksi 2 Sepanjang penulisan kerja kursus ini, terdapat beberapa pengukuhan dapat saya lakukan dari segi ilmu, kerjasama kumpulan, pengurusan masa dan kemahiran mencari maklumat. Pengukuhan ini dapat membantu saya untuk meningkatkan lagi kualiti kerja kursus berdasarkan pengalaman dalam melaksanakan tugasan yang lain. Setiap tugasan adalah berbeza mengikut kehendak soalan tetapi hasilnya pada akhir tugasan adalah untuk tujuan tinjauan terhadap tugasan masing- masing untuk melakukan penambahbaikan. Yang pertama sekali adalah mengenai ilmu. Penulisan dalam tugasan ini adalah berdasarkan ilmu saya sendiri melalui beberapa rujukan buku dan nota latihan daripada pensyarah sendiri serta idea daripada rakan. Kuliah gimnastik banyak memberikan pendedahan kepada saya mengenai kemahiran-kemahiran dalam gimnastik yang telah dilakukan oleh para gimnas seluruh negara. Terdapat kemahiran aras tinggi dan aras rendah. Namun begitu, kemahiran gimnastik aras rendah sahaja dapat dilakukan kerana faktor latihan yang kurang. Untuk menjadi seorang gimnas yang bagus, ia memerlukan masa yang lama. Tetapi, ilmu yang saya dapat akan saya aplikasikan kepada anak murid saya pada masa hadapan. Ilmu gimnastik ini saya tidak akan saya dapat dimana-mana melainkan melalui pembacaan, oleh itu saya mengambil peluang ini untuk memahami konsep kemahiran gimnastik dan asas dalam gimnastik iaitu pola dominan gimnastik. Asas dalam gimnastik adalah amat penting untuk difahami untuk membantu kita memahami kemahiran gimnastik yang lain. Penerokaan dalam gimnastik dapat dilakukan dan memerlukan usaha diri sendiri untuk membuat pembacaan dari buku dan internet. Maka dengan itu baru saya dapat mengenali lebih banyak kemahiran dalam gimnastik ini. Sebagai seorang guru kelak, saya perlu meneroka terlebih dahulu sebelum meminta anak murid saya menerokainya sendiri. Perkara kedua ialah mengenai kerjasama dalam kumpulan. Kerjasama dalam kumpulan saya amat memberansangkan kerana rakan- rakan yang lain dapat melaksanakan tugasan dengan baik. Begitu juga diri saya sendiri, motivasi diri sendiri dan daripada rakan lain amat membantu untuk menyiapkan tugasan ini. Sebaik sahaja tugasan diagihkan, saya terus melakukan rujukan daripada buku dan internet untuk mengumpul maklumat sebelum maklumatnya diolah dengan kemas. Namun begitu, saya perlu juga memantau tugasan rakan yang lain untuk memastikan tugasan berjalan dengan lancar. Dalam kumpulan, kami 29

Upload: lancelot-enchen

Post on 17-Nov-2015

41 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

Pendidikan Jasmani, Gimnastik, Refleksi

TRANSCRIPT

6.2Refleksi 2

Sepanjang penulisan kerja kursus ini, terdapat beberapa pengukuhan dapat saya lakukan dari segi ilmu, kerjasama kumpulan, pengurusan masa dan kemahiran mencari maklumat. Pengukuhan ini dapat membantu saya untuk meningkatkan lagi kualiti kerja kursus berdasarkan pengalaman dalam melaksanakan tugasan yang lain. Setiap tugasan adalah berbeza mengikut kehendak soalan tetapi hasilnya pada akhir tugasan adalah untuk tujuan tinjauan terhadap tugasan masing-masing untuk melakukan penambahbaikan.

Yang pertama sekali adalah mengenai ilmu. Penulisan dalam tugasan ini adalah berdasarkan ilmu saya sendiri melalui beberapa rujukan buku dan nota latihan daripada pensyarah sendiri serta idea daripada rakan. Kuliah gimnastik banyak memberikan pendedahan kepada saya mengenai kemahiran-kemahiran dalam gimnastik yang telah dilakukan oleh para gimnas seluruh negara. Terdapat kemahiran aras tinggi dan aras rendah. Namun begitu, kemahiran gimnastik aras rendah sahaja dapat dilakukan kerana faktor latihan yang kurang. Untuk menjadi seorang gimnas yang bagus, ia memerlukan masa yang lama. Tetapi, ilmu yang saya dapat akan saya aplikasikan kepada anak murid saya pada masa hadapan.

Ilmu gimnastik ini saya tidak akan saya dapat dimana-mana melainkan melalui pembacaan, oleh itu saya mengambil peluang ini untuk memahami konsep kemahiran gimnastik dan asas dalam gimnastik iaitu pola dominan gimnastik. Asas dalam gimnastik adalah amat penting untuk difahami untuk membantu kita memahami kemahiran gimnastik yang lain. Penerokaan dalam gimnastik dapat dilakukan dan memerlukan usaha diri sendiri untuk membuat pembacaan dari buku dan internet. Maka dengan itu baru saya dapat mengenali lebih banyak kemahiran dalam gimnastik ini. Sebagai seorang guru kelak, saya perlu meneroka terlebih dahulu sebelum meminta anak murid saya menerokainya sendiri.

Perkara kedua ialah mengenai kerjasama dalam kumpulan. Kerjasama dalam kumpulan saya amat memberansangkan kerana rakan-rakan yang lain dapat melaksanakan tugasan dengan baik. Begitu juga diri saya sendiri, motivasi diri sendiri dan daripada rakan lain amat membantu untuk menyiapkan tugasan ini. Sebaik sahaja tugasan diagihkan, saya terus melakukan rujukan daripada buku dan internet untuk mengumpul maklumat sebelum maklumatnya diolah dengan kemas. Namun begitu, saya perlu juga memantau tugasan rakan yang lain untuk memastikan tugasan berjalan dengan lancar. Dalam kumpulan, kami saling menegur sesama sendiri untuk memberikan motivasi dalam menyiapkan tugasan ini.

Kesannya kelak adalah pada masa akan datang, saya akan lenih dipercayai oleh rakan kerana dapat memberikan kerjasama dengan bagus dalam melaksanakan tugasan ini. Begitu juga jika menjadi seorang pendidik kelak, kerjasama dengan guru-guru lain akan dapat menjalinkan hubungan yang lebih baik dan dapat meningkatkan kualiti kerja kerana terdapat teguran dan pembetulan yang dilakukan. Usaha seperti ini harus saya tanam dalam diri agar menjadikan diri saya lebih baik daripada sekarang.

Seterusnya ialah dari segi pengurusan masa. Sehingga sekarang pengurusan masa saya sendiri masih belum dapat saya atasi. Sikap malas sentiasa ada dalam diri saya. Ini kerana terlalu memikirkan tugasan yang lain yang perlu disiapkan. Saya sendiri juga tidak boleh terlalu fokus kepada semua tugasan yang lain kerana akan melambatkan proses tugasan itu sendiri. Maka dengan itu, saya perlu fokus kepada satu tugasan sahaja agar tidak menimbulkan rasa malas dan menangguhkan kerja. Saya atasi masalah dengan cara sendiri kerana sudah terbiasa dan amat membantu bagi diri saya.

Disamping membuat penulisan gimnastik ini, saya juga mengambil peluang untuk meluangkan masa dengan aktiviti riadah seperti bersukan. Ini dapat mengelakkan stress yang boleh mengakibatkan pening kepala dan tidak dapat menjana idea dalam penulisan. Dengan itu, saya juga perlu menguruskan masa dari segi pengurusan diri sendiri seperti makan, mencuci pakaian dan bersiar-siar. Pengalaman yang lalu telah membantu saya untuk menghasilkan satu perancangan masa yang lebih teratur untuk menguruskan masa dengan lebih cekap dan lancar. Oleh itu, saya amat menghargai masa kerana banyak perkara dapat dilakukan.

Perkara yang terakhir ialah kemahiran dalam mencari maklumat. Tugasan dapat dilakukan dengan lancar jika maklumat dapat diakses dengan cepat dan tepat. Dalam tugasan ini, saya hanya menggunakan dua media iaitu internet dan buku. Internet memberikan banyak sumber maklumat yang diperlukan dan amat mudah untuk diakses. Begitu juga dengan buku, saya mengganggap dua media ini adalah sama kerana sebelum memilih isi kandungan, saya membuat pembacaan terlebih dahulu untuk memastikan saya mendapat maklumat yang betul yang saya inginkan. Ini merupakan salah satu cara yang saya amalkan untuk mencari maklumat kerana lebih banyak saya akan dapat melalui pembacaan.

Namun begitu, terdapat juga masalah akan timbul dalam pencarian maklumat apabila berlaku lintar pintas. Ini kerana internet tidak berfungsi dan menyukarkan pencarian maklumat. Dengan itu, saya telah mencari jalan penyelesaian untuk melakukan pencarian maklumat lebih awal sebelum tugasan ini diberikan oleh pensyarah. Sedikit sebanyak maklumat yang diakses dapat digunapakai dalam penulisan tugasan ini. Selain itu, saya juga akan menggunakan buku untuk mendapatkan maklumat yang selanjutnya. Kekangan yang dihadapi harus saya anggap sebagai dugaan dalam menyiapkan tugasan ini.

Kesimpulannya, saya perlu bijak dalam menguruskan perancangan untuk menyelasaikan tugasan atau kerja yang diamanahkan. Kita mempunyai peluang yang banyak, jika saya tersilap pada kali ini pada masa akan datang saya dapat melakukan pembetulan dan tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Tugasan gimnastik ini banyak meninggalkan kesan kepada diri saya dan rakan sekumpulan yang lain, maka dengan itu saya anggap sebagai peningkatan yang positif dalam diri saya. Sekian.Disediakan oleh : Lancelot Doom Anak Ambrose Cenada31