kedai ais krim rupert
DESCRIPTION
A Malay E-book created by my P6 students for their post-activity programme after CA1.TRANSCRIPT
Rupert ada sebuah kedai ais-krim.
Dia membuat ais-krim di dalam sebuah mesin.
Tetapi, ais-krim itu menjadi putih.“ Ais-krim ini terlalu putih,” kata Rupert.
Selepas itu, Rupert meletakkan sebakul kacang pis dan juga sebakul bayam di dalam mesin ais-krim itu.
Dia membuat ais-krim hijau. “Bagus!”katanya. “Ais-krim ini hijau seperti rumput.”
Beberapa minit kemudian, sekumpulan kanak-kanak datang ke kedainya itu.
“Pasti kamu semua akan suka ais-krim ini.”
Tetapi, kanak-kanak itu berkata, “Eiik, kami tidak suka ais-krim yang berwarna hijau!”
Jadi, Rupert meletakkan sebakul pisang dan juga sebakul mentega ke dalam mesin ais-krim tersebut.
“Kanak-kanak pasti akan suka ais-krim ini.”katanya.
Kanak-kanak pun datang ke kedai ais-krim Rupert untuk membeli ais-krim.
“Ais-krim ini berwarna kuning, seperti matahari,”kata Rupert.
“Ais-krim ini berwarna kuning, seperti matahari.” katanya.“Pasti kamu semua akan suka ais-krim ini.”Tetapi mereka berkata, “Eiik! Kami tidak suka ais-krim yang berwarna kuning.”
Tetapi, Rupert tidak berputus asa. Dia pergi ke komputer. Dia melungsuri Internet untuk mencari resipi ais-krim pelangi.
Setelah mendapatkan resipi itu, Rupert terus mencuba untuk membuat ais-krim pelangi itu sendiri.
“Bagus,” kata Rupert.“Saya akan membuat ais-krim ini.
Kanak-kanak pasti akan suka ais-krim ini.”
“Ais-krim pelangi!” kata kanak-kanak itu.
“Yum! Kami suka ais-krim pelangi ini!”
SUMBER-SUMBER
Internet google.com
www.keyboardsymbols.net/wp-conte...x299.jpg
www.ala.org/img/alonline/compute...0guy.jpg