kedai jahit.docx

43
Isnin, 5 November 2012 Contoh Rancangan Perniagaan RINGKASAN EKSEKUTIF Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah bagi mendapatkan pembiayaan kewangan dari CIMB bagi projek naiktaraf perniagaan pakaian saya iaitu Fancy Apparel yang menempatkan kedai pakaian di The Store Sungai Buloh. Berbekalkan pengetahuan melalui kursus jahitan dan perniaagaan pakaian yang telah saya usahakan selama lima tahun di kedai Fancy Apparel di The Store Sungai Buloh, saya bercadang untuk mendirikan kilang menjahit di Kuang, Selangor serta suntikan modal bagi saya untuk memenuhi pasaran dari negara China dan Indonesia. Selain mempunyai kedai, saya juga baru berjinak-jinak dengan perniagaan pakaian secara online dan saya memerlukan suntikan modal bagi memenuhi permintaan yang agak tinggi dari negara Indonesia dan China. Saya bercadang untuk memohon suntikan modal sebanyak RM500,000. Kos projek tersebut termasuklah pembelian peralatan kilang dan premis kedai, ubahsuai premis, pembelian stok, perbelanjaan pra-operasi dan modal pusingan. Daripada jumlah tersebut, saya bercadang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan CIMB sebanyak RM500,000 manakala sumbangan saya adalah sebanyak RM100,000. Lorong Anggerik, Kuang saya dapati adalah satu lokasi yang sesuai untuk mendirikan kilang jahitan kerana ia merupakan satu perkampungan di mana di kalangan penduduk di sini ramai yang terdiri dari surirumah. Persekitarannya juga amat sesuai kerana ia terletak berhampiran di premis The Store Sungai Buloh, pusat perniagaan kawasan Kuang dan Bukit Rahman Putra dengan dikelilingi oleh pelbagai jenis taman perumahan dan terdapat beberapa buah kondominium dan melebihi 20 jenis perumahan berhampiran dengannya.

Upload: sumi2c

Post on 29-Sep-2015

185 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Isnin, 5 November 2012Contoh Rancangan Perniagaan

RINGKASAN EKSEKUTIF

Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah bagi mendapatkan pembiayaan kewangan dari CIMB bagi projek naiktaraf perniagaan pakaian saya iaitu Fancy Apparel yang menempatkan kedai pakaian di The Store Sungai Buloh.

Berbekalkan pengetahuan melalui kursus jahitan dan perniaagaan pakaian yang telah saya usahakan selama lima tahun di kedai Fancy Apparel di The Store Sungai Buloh, saya bercadang untuk mendirikan kilang menjahit di Kuang, Selangor serta suntikan modal bagi saya untuk memenuhi pasaran dari negara China dan Indonesia. Selain mempunyai kedai, saya juga baru berjinak-jinak dengan perniagaan pakaian secara online dan saya memerlukan suntikan modal bagi memenuhi permintaan yang agak tinggi dari negara Indonesia dan China. Saya bercadang untuk memohon suntikan modal sebanyak RM500,000.

Kos projek tersebut termasuklah pembelian peralatan kilang dan premis kedai, ubahsuai premis, pembelian stok, perbelanjaan pra-operasi dan modal pusingan. Daripada jumlah tersebut, saya bercadang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan CIMB sebanyak RM500,000 manakala sumbangan saya adalah sebanyak RM100,000.

Lorong Anggerik, Kuang saya dapati adalah satu lokasi yang sesuai untuk mendirikan kilang jahitan kerana ia merupakan satu perkampungan di mana di kalangan penduduk di sini ramai yang terdiri dari surirumah. Persekitarannya juga amat sesuai kerana ia terletak berhampiran di premis The Store Sungai Buloh, pusat perniagaan kawasan Kuang dan Bukit Rahman Putra dengan dikelilingi oleh pelbagai jenis taman perumahan dan terdapat beberapa buah kondominium dan melebihi 20 jenis perumahan berhampiran dengannya.

Dengan tahap persaingan yang sedikit dari pelbagai kedai jahitan pakaian sedia ada, saya yakin dapat bersaing dengan mereka dengan menguasai lebih kurang 80% daripada saiz pasaran dengan kekuatan pada kualiti perkhidmatan dan harga yang berpatutan kerana saya menawarkan pakaian untuk ke pejabat dan biasanya yang membuat tempahan sebelum ini ialah dari kalangan penjawat awam seluruh sekitar Selangor. Saya juga mempunyai lebih 1000 orang pelanggan tetap di mana purata tempahan sebulan ialah 350 orang belum termasuk pelanggan yang menempah secara online.Produk perkhidmatan saya yang lain antaranya baju kurung/baju kebaya (sulam manik, sulam tampal, sulam kerawang), tudung sulam manik/sulam kerrawang, baju melayu, seluar slack dan kemeja.

Berdasarkan trend pasaran masa kini, pemerhatian saya mendapati bahawa permintaan perkhidmatan jahitan semakin meningkat terutamanya kepada golongan penjawat awam yang sibuk dan juga permintaan terhadapnya yang semakin memberangsangkan apatah lagi untuk perayaan Hari Raya dan Hari Guru berikutan taraf hidup penjawat awam yang semakin meningkat semenjak mendapat kenaikan gaji baru-baru ini.

Pemerhatian saya juga mendapati bahawa senario masa hadapan perniagaan saya adalah cerah berdasarkan trend dan gaya hidup pelanggan yang mahukan keselesaan dan kualiti perkhidmatan yang kemas, cepat, cekap dan efisien.

Saya berharap dengan bantuan CIMB ini akan dapat merealisasikan rancangan perniagaan saya dan seterusnya dapat mengembangkan potensinya bagi memajukan dan meningkatkan lagi ekonomi Bumiputera dalam bidang fesyen dan pakaian.

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Tujuan Penyediaan Rancangan Perniagaan

Tujuan Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah untuk mendapatkan kemudahan pembiayaan sebanyak RM500,000 dari CIMB bagi membiayai pembinaan kilang, pembelian peralatan, ubahsuai premis, pembelian stok, perbelanjaan pra-operasi dan modal pusingan bagi pengoperasian kilang jahitan di Kuang.

2.0 PERMOHONAN DAN CADANGAN STRUKTUR PEMBIAYAAN

2.1 Permohonan Pembiayaan

Kemudahan pembiayaan yang dipohon adalah bagi keperluan kewangan seperti berikut:-

No.KeperluanRM

1Mesin jahit biasa, mesin jahit tepi, mesin sulaman170,000.00

2Tanah150,000.00

3Bangunan kilang200,000.00

4Pembelian Stok Kain, aksesori2,000.00

5Perbelanjaan pengurusan5000.00

6Perbelanjaan Pra-Operasi10,000.00

7Yuran Guaman8,000.00

8Modal Pusingan140,000.00

9Peralatan pejabat/kilang100,000.00

Jumlah500,000.00

2.2 Cadangan Struktur Pembiayaan

Sumbangan/Pembiayaan%RM

Pengusaha - Deposit Belian Tanah, Yuran Guaman dan Stok Fabrik20.00100,000.00

Pinjaman CIMB- Bangunan, Ubahsuai premis sedia ada, Pembelian Stok Dan Modal Pusingan80.00500,000.00

Jumlah100.00600,000.00

3.0 LATAR BELAKANG USAHAWAN

3.1 Butir-butir Peribadi Usahawan

Nama : Ahmad Izaney B Abd KadirNo. K/P : 781004-02-5840 (Salinan K/P di LAMPIRAN 1)Umur : 34 tahunTarikh Lahir : 04 Oktober 1978Taraf Perkahwinan : BerkahwinWarganegara : MalaysiaAlamat Sekarang : Lot 112B, Jalan Seri Indah 9B, :47000 Sungai, Buloh, :Selangor Darul EhsanAlamat Tetap : Lot 112B, Jalan Seri Indah 9B, : 47000 Sungai, Buloh, : Selangor Darul Ehsan

Telefon : bimbit:0193131906 pej: 03-61567454 Faks : 03-61562189

Pendidikan/Kemahiran/Kursus/Anugerah :

TahunInstitusiKelulusan/ Anugerah

2004MatshuyukiKursus penggunaan mesin jahitan

2005-2011KEMASKursus Jahitan baju kurung/melayu

2012Mekar Sdn BhdKursus Pemborong di Ghuangzou

Nota: Sijil-sijil dilampirkan di LAMPIRAN 1

Pengalaman Kerja/Perniagaan :TahunMajikan/PerniagaanPengalaman

2006-2010Perniagaan di rumahTukang Jahit

2010 - SekarangKedai Fancy ApparelPengusaha Kedai

2012Fancy Apparel.comPemilik

Jawatan Dalam Pertubuhan Sosial Dan Politik :

Nama PertubuhanJawatan DipegangTempoh

JKKK Kampung Melayu Sungai BulohBendahari5 tahun

Jurubank :

Nama Dan Alamat BankJenis & No. AkaunTarikh Dibuka

Alliance Band BerhadSemasa 03/01/2006

Pendapatan Bersih :

PendapatanRMPerbelanjaanRM

Gaji Bersih5,000Belanja Sara hidup1,000

Pendapatan Lain Sewa Rumah1,000Kad kredit200

Jumlah Pendapatan (A)6,000Jumlah Perbelanjaan (B)1,200

Pendapatan Bersih (A) (B)4,800

Harta & Liabiliti :

HartaNilai PasaranRMLiabilitiBaki SemasaRM

Rumah teres250,000Kad kredit5,000

Kereta130,000

Jumlah Harta (A)380,000Jumlah Liabiliti (B)5,000

Harta Bersih (A) (B)375,000

3.2 Butir-butir Rakan Kongsi

Nama : Sulia Binti SuhedNo. K/P : 810824035068 (Salinan K/P di LAMPIRAN 3)Tarikh Lahir : 24 Ogos 1981Warganegara : MalaysiaUmur : 31 tahunAlamat Sekarang : Lot 112B, Jalan Seri Indah 9B, :47000 Sungai, Buloh, :Selangor Darul EhsanAlamat Tetap : Lot 112B, Jalan Seri Indah 9B, : 47000 Sungai, Buloh, : Selangor Darul Ehsan

Telefon : bimbit: 013-2384910 pej: 03-61567454 Faks : 03-61562189

Pendidikan/Kemahiran/Kursus :

TahunInstitusiKelulusan/ Anugerah

2004MatshuyukiKursus penggunaan mesin jahitan

2005-2011KEMASKursus Jahitan baju kurung/melayu

2012Mekar Sdn BhdKursus Pemborong di Ghuangzou

Nota: Sijil-sijil dilampirkan di LAMPIRAN 2

Pengalaman Kerja/Perniagaan :

TahunMajikan/PerniagaanPengalaman

2006-2010Perniagaan di rumahTukang Jahit

2010 - SekarangKedai Fancy ApparelPengusaha Kedai

2012Fancy Apparel.comPemilik

Jawatan Dalam Pertubuhan Sosial Dan Politik :

Nama PertubuhanJawatan DipegangTempoh

Persekutuan Pengakap MalaysiaPesuruhjaya Daerah3 tahun

Jurubank :

Nama Dan Alamat BankJenis & No. AkaunTarikh Dibuka

Maybank Sungai BulohSimpanan semasa03/01/2007

Pendapatan Bersih :

PendapatanRMPerbelanjaanRM

Gaji3000Pinjaman kenderaan500

Kad kredit200

Jumlah Pendapatan (A)3000Jumlah Perbelanjaan (B)700

Pendapatan Bersih (A) (B)2300

Harta & Liabiliti :

HartaNilai PasaranRMLiabilitiBaki SemasaRM

Rumah200,000Kereta50,000

Kad kredit3,000

Jumlah Harta (A)200,000Jumlah Liabiliti (B)53,000

Harta Bersih (A) (B)147,000

4.0 PROFIL PROJEK

4.1 Perniagaan Dicadang

Nama Perniagaan : Fancy ApparelNama Didaftarkan : Fancy ApparelNo. Pendaftaran : 001234567-U (Rujuk Sijil Pendaftaran di LAMPIRAN 3)Alamat Perniagaan : Lorong Anggerik, Kuang (Rujuk perkara 6.2 di bawah untuk peta lokasi)Tarikh Didaftarkan : 03/01/2006Tarikh Mula Niaga : 16/01/2006Bentuk Perniagaan : PerkongsianPemilik : 1) Ahmad Izaney B Abd Kadir 2) Sulia Binti SuhedJenis Perniagaan : Perniagaan Pakaian

5.0 ASPEK PENTADBIRAN & PENGURUSAN

5.1 Carta Organisasi

PEMILIK/ PENGURUSAhmad Izaney Abd Kadir

PENYELIA KEDAIPn Sulia Suhed

SUPERVISOR/JURUWANGJURUJUALTUKANG JAHIT

KERANI AM

5.2 Senarai Pekerja Utama Dan Tugas

Nama : Ahmad Izaney Abd KadirJawatan : PengurusPengalaman : Rujuk Profil Pemilik di Perkara 3.1 di atasGaji Bulanan : RM5000.00Tugas : Mengurus operasi, pentadbiran dan kewangan

Nama : Suri Binti SuhedJawatan : SupervisorKelulusan : Diploma Pengurusan PerniagaanPengalaman Kerja : Pengurus Secret Recipy cawangan Tun Dr IsmailGaji Bulanan : RM1,800.00Tugas : Menyelia keseluruhan operasi kedai

Nama : Che Zarina ZakariaJawatan : Tukang JahitKelulusan : Diploma Fesyen AntarabangsaPengalaman Kerja : 4 tahunGaji Bulanan : RM1200.00Tugas : Menjahit

Nama : Zulkifli HamidJawatan : Tukang JahitKelulusan :Diploma Seni FesyenPengalaman Kerja : 4 tahunGaji Bulanan : RM1200.00Tugas : Menjahit

Nama : Marina RozlanJawatan : Kerani amKelulusan : DiplomaPengalaman Kerja : 4 tahunGaji Bulanan : RM1300.00Tugas : Mencatat pesanan, merekod aktiviti kewangan

Nama : Shahidah AzlanJawatan : JurujualKelulusan : SPMPengalaman Kerja : 4 tahunGaji Bulanan : RM700.00Tugas : Mencatat pesanan, merekod aktiviti kewangan

6.0 ASPEK OPERASI

6.1 Lokasi Premis Cadangan

Lorong Anggerik, Kuang

6.2 Peta Lokasi Cadangan

6.3 Waktu / Hari Perniagaan Waktu Perniagaan : 10.00 Pagi hingga 10.00 MalamHari Dibuka : Isnin Hingga Ahad (Nota: Ahad dan Cuti Umum dibuka hingga 2.00 Petang)Hari Cuti : Hari Raya Aidilfitri & Hari Raya Haji

6.4 Gambar Premis/ Perniagaan sedia ada

6.4.1 Gambar Premis Cadangan

6.5 Susun atur Premis CadanganMesin Jahit BiasaMesin Jahit TepiMesin Jahit BiasaMesin Jahit BiasaMesin Jahit BiasaMesin Jahit BiasaMesin Jahit BiasaMesin Jahit BiasaMesin Jahit TepiMesin Jahit BiasaMesin SulamanMesin SulamanKaunter Pejabat(Kerani Am)Ruang Jualan Pakaian Siap(Jurujual)

6.6 Bekalan Bahan Jahitan

Bekalan bahan jahitan dibeli dari pembekal-pembekal seperti berikut:-

BilPembekalLokasiFabrik /aksesoriTerma (Kredit/Tunai)

1JackellKuala LumpurFabrikTunai

2NagoyaShah AlamFabrikTunai

3Chantek AksesoriSungai BulohAksesori jahitanTunai

4Shen Tai, GhuangzouChinaFabrikTunai

6.7 Aliran Proses

6.7.1 Jualan Pelanggan Walk-In

PelangganMenyerahkan pakaian contoh/ambil ukuran(a) Tempahan JualanPelanggan Datang Ke KedaiLayan/ Beri Penerangan Kepada PelangganTentukan HargaPelanggan Membayar DepositSerahkan Slip TempahanPerkhidmatan sulam/manik

(b) Proses Jahitan

Sulaman/Aksesori pakaianJahit Pakaian di Fancy ApparelGosok Pakaian SeterekaPackaging

(c) Pembayaran Oleh Pelanggan

Maklumkan Pelanggan Untuk PengambilanPelanggan Mengambil PakaianTerima Baki Bayaran Dari Pelanggan (Tunai)Pelanggan Mengajukan Slip Tempahan

6.7.2 Jualan Pelanggan Online

(a) Arahan Kerja (Work Order) Dari Pelanggan

Terima Arahan Kerja (WO) Dari pelangganAmbil / Terima Pakaian/ Dari Pelanggan melalui KurierPerkhidmatan sulam/manik Tentukan Harga

(b) Proses Jahitan

AksesoriJahit pakaianGosok Pakaian / Fabrik Dengan SeterekaPackaging

(c) Penghantaran Dan Pembayaran Pelanggan

Terima Baki Bayaran Dari Pelanggan Maklumbalas dari pelangganPenghantaran melalui kurier

6.8 Senarai Perkhidmatan Jahitan

Bil

Jenis Perkhidmatan

Harga (RM)

1Baju kurung biasa30.00

2Baju kurung moden/Pahang/40.00

3Baju kurung biasa (sutera batik)50.00

4Baju kurung moden/Pahang (sutera batik)60.00

5Baju Melayu60.00

6Kemeja30.00

7Seluar70.00

8Tudung10.00

9Sulaman kerrawang/manik30.00 (dua lengan)60.00 (dua lengan dan bawah baju)

10Sulaman tudung20.00

11Menjual pakaian siapRM99.00-RM199.00

6.9 Keupayaan Pengeluaran Dan Jualan Minima (Sebulan)

ProdukMesinUnit MesinPenggunaanMesin -Kuantiti pakaian mampu disiapkanKapasiti Hasil maksimaAnggaran Jualan Sebulan(Helai)(Anggaran)

Anggaran Jualan MaksimaSebulan(RM)

Sehari(10 Jam)Sebulan(276 jam)

Pakaian siap---1504500.00

Tempahan10104 helai satu mesin40 helai1200 helai48014,400.00

18,900.00

Nota: Dengan 10 unit mesin jahit, kedai jahit ini mampu mengeluarkan purata 4 pasang pakaian dengan satu mesin dapat disiapkan setiap hari.

7.0 ASPEK PEMASARAN

7.1 Sasaran, Saiz & Syer Pasaran (Pelanggan Walk-In)

No.Segmen Pasaran/ Pelanggan(Dalam Radius 5 km)Populasi

(A)Peratus MenghantarTempahan

(B)Purata Belanja (Sebulan)RM(C)Saiz Pasaran(Sebulan)RM

(D) = (A)x(B)x(C)PeratusPeganganSyer Pasaran

(E)Jangkaan Pegangan Syer Pasaran(Sebulan)RM(F) = (D)x(E)

1

SK Sungai Buloh130 keluarga80%100.0010,400.0040%4160.00

2

SK Bukit Rahman Putra160Keluarga60%100.009,600.0040%3840.00

3SK Sungai Pelong190keluarga80%100.0015,200.0040%6080.00

4

SMK Bukit Rahman Putra180keluarga50%150.0013,500.0040%5400.00

5

SMK Bukit Gading

160Keluarga50%150.0012,000.0040%4800.00

6

PPD Gombak115Keluarga60%

150.0010,350.0040%4140.00

7

SK Kuang180Keluarga60%100.0010,800.0040%4320.00

JUMLAH (RM)818,50.00327,40.00

7.2 Analisa Pesaing

No.PesaingKekuatanKelemahan

1Normah TaylorLokasi yang strategik, jahitan yang kemas dan memuaskan. Telah beroperasi 10 tahun. Dekorasi kedai kurang menarik, layanan kurang mesra, perkhidmatan kurang cekap

2Marina Tukang Jahit Lokasi yang strategik, layanan yang mesra.Harga agak mahal, kuantiti yang terhad

3Mimi Tukang JahitHarga yang murah dan cepat.Kualiti jahitan kurang memuaskan

7.2.1 Gambar Premis Pesaing

Gambar Pesaing 1 Kedai Ina Tukang Jahit

Gambar Pesaing 2 Kedai Wati Tukang Jahit

Gambar Pesaing 3 Kedai Nora Taylor

7.3 Strategi Pemasaran

7.3.1 Pengiklanan- Melancarkan laman web perniagaan.- Mengedarkan pamplet beserta kupon harga istimewa di surau, masjid, sekolah berhampiran dan peti surat setiap rumah.- Agen (pelanggan tetap)

7.3.2 Promosi- Promosi sepanjang musim perayaan seperti Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji.- Penajaan hari sukan sekolah-sekolah sekitar.

7.3.3 Harga- Harga istimewa untuk pelanggan tetap.- Perkenalkan kepada seorang rakan percuma kupon bernilai RM10.00

7.3.4 Edaran- Menyedia penghantaran percuma kepada pelanggan sekitar 10km

8.0 ASPEK KEWANGAN

8.1 Keperluan Kewangan

No.KeperluanRMCatatan

1Peralatan Dobi 170,000.00Rujuk Sebutharga Pembekal di Lampiran 6

2Peralatan Kedai & Premis 5,000.00Rujuk Sebutharga Pembekal di Lampiran 6

3Ubahsuai & Dekorasi15,000.00Rujuk Seburharga Kontraktor di Lampiran 6

4Pembelian Stok [Bahan cucian]2,000.00Bahan Cucian untuk bekalan sebulan

5Deposit Sewa Premis5,000.00Deposit Sewa 2+ 1 Bulan Dan Deposit Api & Air

6Perbelanjaan Pra-Operasi10,000.00Perbelanjaan promosi, pengiklanan & perasmian

7Yuran Guaman3,000.00Yuran Guaman penyediaan dokumen perjanjian

8Modal Pusingan40,000.00Keperluan Modal Pusingan selama 3 bulan

Jumlah250,000.00

8.2 Unjuran Jualan

Tahun PertamaJan 13

8.2 Unjuran Jualan

Tahun PertamaJan 13Feb 13Mac 13Apr 13Mei 13Jun 13Jumlah

1800024000550007000080000120,800

Julai 13Ogos 13Sept 13Okt 13Nov 13Dis 13Jumlah

140,0000160,000210, 000230,000230,500340,000

RM1678,300.00

Tahun KeduaJan 14Feb 14Mac 14Apr 14Mei 14Jun 14Jumlah

1900025000565007100082000122000

Julai 14Ogos 14Sept 14Okt 14Nov 14Dis 14Jumlah

142000162000212000235000236000345000

RM1707,500.00

8.3 Kos Jualan Perkhidmatan

8.3.1 Kos Bahan Jahitan

Kos Bahan Jahitan adalah dianggarkan lebih kurang 5.0% daripada nilai Jualan.

8.3.2 Kos langsung Elektrik & Air

Kos Elektrik dan Air adalah dianggarkan lebih kurang 10.0% daripada nilai Jualan.

8.3.3 Kos Langsung Gaji Pekerja

No.JawatanBilanganGaji Kasar (RM)JumlahGaji Kasar (RM)KWSP13%(RM)SOCSO0.5%(RM)

1Penyelia Kedai/Juruwang11,2001,200156.006.00

2Tukang Jahit109009,0001170.0045.00

3Jurujual1900900

Jumlah11-10,200520.0037.00

8.4 Sewa Premis

Kedai Fancy Apparel telah habis dibayar dan kini menjadi hak milik penuh.

8.5 Gaji Pengurus

No.JawatanBilanganGaji Kasar (RM)JumlahGaji Kasar (RM)KWSP13%(RM)SOCSO0.5%(RM)

1Pemilik / Pengurus15,0005,000

Jumlah1-5,000

8.6 Susutnilai Harta Tetap

8.6.1 Harta Tetap Yang Akan Dibeli

No.Harta TetapBilanganHarga Kos (RM)JumlahHarga Kos (RM)Kadar Susutnilai(%)SusutnilaiTahunan(RM)

1Peralatan Mesin Jahit

Mesin SulamMesin Jahit TepiMesin Jahit Biasa1210

170,000.0020.0034,000.00

Jumlah Kecil170,000.0020.0034,000.00

2Peralatan Kedai & Kilang

Papan tanda13,000.003,000.0020.00600.00

Kaunter & Sofa18,000.008,000.0020.001,600.00

Peralatan MenjahitTanahBangunanLS10,000.00130,000.00200,000.0010,000.00130,000.00200,000.0020.0020.008000.00

Jumlah Kecil351,000.0020.0010,200.00

3Ubahsuai & DekorasiLS-15,000.0020.003,000

Jumlah Besar366,000.0044,200.00

8.7 Jadual Pengiraan Bayaran Balik Pembiayaan/ Pinjaman

Rujuk LAMPIRAN

8.8 Unjuran Kewangan

8.8.1 Unjuran Akaun Untung & Rugi

Rujuk Muka Surat 20 dan 21 untuk Unjuran Akaun Untung Rugi bagi tahun pertama dan tahun kedua.

8.8.2 Unjuran Aliran Tunai

Rujuk Muka Surat 22 dan 23 untuk Unjuran Aliran Tunai bagi tahun pertama dan tahun kedua.

Fancy ApparelUnjuran Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 2013

PERBELANJAANRMPENDAPATANRM

Gaji120,000Hasil Jualan1678,300

Alatan Menjahit18,000

Insurans600

Untung Bersih29,400

Fancy ApparelUnjuran Akaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 2014

PERBELANJAANRMPENDAPATANRM

Gaji129,600Hasil Jualan1707500,000

Alatan Menjahit24,000

Insurans12,000

Untung Bersih

Fancy ApparelAkaun Untung Rugi bagi tahun berakhir 2012

PERBELANJAANRMPENDAPATANRM

Gaji120,000Hasil Jualan310,000

Alatan Menjahit32,000

Insurans600

Untung Bersih157,400

8.9 Analisa Unjuran Kewangan

8.9.1 Analisa Titik Pulang Modal (TPM)

Kos Tetap=(Jualan Kos Berubah) / Jualan

= RMxx,xxx

(RMxx,xxxx RMxx,xxx) / RMxxx,xxx

= RMxx,xxx

TPM Sebulan = RMxx,xxx (di atas) dibahagi 12

8.9.2 Margin Untung Kasar (%)

= Jualan - Kos Jualan

Jualan

= RMxxx,xxx RMxx,xxx

RMxxx,xxx

= xx.xx%

Nota: 1) Kos Jualan untuk perniagaan Kedai Jahit dikira dengan kaedah berikut:-

Stok Permulaan xx,xxxCampur : Belian xxx,xxxTolak : Stok Akhir xx,xxx

xxx,xxx

Campur : Kos Langsung Api & Air xxx,xxx : Kos Langsung Gaji/KWSP/SOCSO Pekerja xxx,xxx

Kos Jualan xxx,xxx

2) Ambil angka jumlah Unjuran Kewangan Tahun Pertama

8.9.3 Margin Untung Bersih (%)

= Untung Kasar Jumlah Perbelanjaan

Jualan

= RMxxx,xxx RMxx,xxx

RMxxx,xxx

= xx.xx%

Nota: 1) Untung Kasar = Jualan Kos Jualan2) Jumlah Perbelanjaan = Kesemua Jumlah Kos Operasi & Pentadbiran, Kos Selain Operasi, Kos Kewangan dan Kos Pemasaran dan Jualan.3) Ambil angka jumlah Unjuran Kewangan Tahun Pertama

9.0 CAGARAN& JAMINAN DICADANG

9.1 Cagaran Rumah

No.PemilikAlamatHak MilikKeluasanNilai Pasaran (RM)

1Ahmad Izaney B Abd KadirNo 324, Bandar Perdana, Sungai Petani, Kedah22x70560,000.00

9.2 Amanah Saham Bumiputera

No.PemilikNo. AkaunNilai Cagaran (RM)

1Ahmad Izaney B Abd Kadir256214-14-3265100,000.00

9.3 Jaminan Pihak Ketiga

No.PenjaminNo. Kad Pengenalan

1Sulia Binti Suhed810824035068

10.0 JADUAL PERLAKSANAAN PROJEK

No.PerlaksanaanTarikh Jangkaan

1Permohonan Pembiayaan09/07/2012

2Temuduga Pertama09/08/2012

3Temuduga Kedua25/08/2012

4Kelulusan02/09/2012

5Proses Dokumentasi & Guaman02/10/2012

6Pengeluaran Wang17/10/2012

7Urusan jual beli tanah17/01/2013

7Pembinaan bangunan17/08/2013

8Pembelian Stok 18/08/2013

9Kilang beroperasi sepenuhnya18/09/2013

11.0 KESIMPULAN

Dengan TEKUN ini, saya yakin dapat memulakan perniagaan kedai dobi saya dengan menawarkan pakej perkhidmatan dobi yang lengkap dan kompetitif kepada pelanggan dan seterusnya mampu bersaing di pasaran tempatan. Dengan khidmat nasihat pihak TEKUN juga saya pasti projek cadangan saya akan berjaya dan terus berkembang pesat.

Oleh itu, saya berharap agar pihak [agensi pembiaya/ bank] dapat mempertimbangkan permohonan pembiayaan saya ini bagi membolehkan saya merealisasikan impian saya membuka kilang jahitan di Lorong Anggerik, Kuang

LAMPIRAN 1Kad Pengenalan Pemilik

LAMPIRAN 2Sijil

LAMPIRAN 3Sebut Harga Pembekal (Peralatan Mesin)

RUJUKAN

1.Arnida Abdullah , Dalilah Mohd Rubi , Suriani Mohamed ,Faridah Mariani Johar (2007) , Perniagaan dan Keusahawanan , Open University Malaysia

2.Rashidah Mat Nor ( 2009) , Buat Duit dengan Kedai Jahit , PTS Profesional Publishing Sdn Bhd

3. Pusat Perkembagan Kurikulum Kementerian Pelajaran Malaysia ( 2000) , Buku Teks Kemahiran Hidup Tingkatan 1 , Kementerian Pelajaran Malaysia