krim johor tahun 2 / bil. 11 disember 2008 ( ...€¦ · 2 krim kedah (. & p.pinang () aktiviti...

6
Sidang Editor Penaung: Ust Abdullah Zaik Abd Rahman, Ketua Editor: Ust Wan Hisham Wan Embong, Editor: Mejar Nadzri Mus- man, Shahrir Rizal Kasjoo, Yudi Kurniawan Budi, Ust Mohd Azrin Samsudin, Grafik: Shahrir Rizal Kasjoo http://remajaisma.wordpress.com/ Kelab Remaja ISMA (KRIM) No 25-1-1 & 27-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 1A, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor [email protected] 12 KRIM Johor (www.krimjohor.blogspot.com) 7-8 NOVEMBER 2008 : KEM JATI DIRI DAN KECEMERLANGAN KENDALIAN KRIM JOHOR DI SMK SENGGARANG,BATU PAHAT Tahun 2 / Bil. 11 Disember 2008 http://remajaisma.wordpress.com http://remajaisma.wordpress.com http://remajaisma.wordpress.com http://remajaisma.wordpress.com Buletin Rasmi KRIM - Untuk Ahli Sahaja T elah hampir dua bulan “Iltizam” tidak berada di tangan-tangan remaja sekalian. Pihak penerbit memohon maaf atas kesibukan yang melanda. InshaAl- lah untuk nashkah kali ini, kita akan lebih menyoroti pelbagai aktiviti dan program yang telah KRIM anjurkan sepanjang dua bulan yang lepas. Sebelum itu, marilah sama-sama kita mengu- capkan syukur kehadrat Allah Taala yang telah menemukan kita sekali lagi dengan bulan Zulhijjah di mana di dalamnya kita akan men- yambut Hari Raya Aidil Adha. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Sungguh banyak kelebihan yang Allah berikan di dalam bulan ini khususnya pada 10 hari terawal. Antaranya, renungilah hadis di bawah, Riwayat Abu Hurairah bahawa Nabi (saw) bersabda "Tiada hari yang lebih disukai Allah Taala dilakukan ibadah padanya daripada 10 hari dalam bulan Zulhijjah, puasa setiap hari daripadanya sama seperti puasa setahun, melakukan qiamullail pada setiap daripada malamnya sama dengan melakukan qiamul- laih pada malam al Qadr (lailatul Qadr) Riwayat Tarmizi, Ibn Majahdan Baihaqi. Selain itu kisah pengorbanan Nabi Allah Ibra- him (a.s) dan anaknya Ismail (a.s) menjadi sesuatu yang sangat simbolik kepada pen- gorbanan yang harus juga kita lakukan demi menaikkan kembali Islam di muka bumi ini dan kita lakukan hanya semata-mata untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Memang san- gat sukar untuk kita berkorban apa yang kita sayangi namun itulah yang telah Baginda (a.s) lakukan. Sebagai remaja, ingatlah pesanan ini. Jangan kita korbankan usia remaja kita dengan perkara-perkara yang melalaikan. Korbanlah masa muda kita ini dengan berlumba-lumba mendalami ilmu, dengan banyak membaca, dengan banyak melakukan kebaikan kepada orang lain, dengan menghafaz Al-Quran serta menghayatinya dan dengan segala aktiviti yang berfaedah kerana sesungguhnya masa muda itu hanya sekali dan sebentar sahaja. Z U L H I J J A H 1 4 2 9 H Mari Berkorban ! Mari Berkorban ! Mari Berkorban ! Mari Berkorban ! Menarik Di Dalam Muka 2 - 3: KRIM Kedah & P.Pinang Muka 4 - 5: KRIM Terengganu Muka 6 - 7: KRIM Melaka & N.Sembilan Muka 8 - 9: KRIM Shah Alam & Klang Muka 10 - 11: KRIM P.J & Hulu Langat Muka 12: KRIM Johor 1

Upload: others

Post on 21-Sep-2020

10 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KRIM Johor Tahun 2 / Bil. 11 Disember 2008 ( ...€¦ · 2 KRIM Kedah (. & P.Pinang () Aktiviti Akan Datang 11 ) & ) Sumbangan Ihya’ Ramadhan oleh KRIM Johor Khamis Khamis ----

Sidang Editor

Penaung: Ust Abdullah Zaik Abd Rahman, Ketua Editor: Ust Wan Hisham Wan Embong, Editor: Mejar Nadzri Mus-

man, Shahrir Rizal Kasjoo, Yudi Kurniawan Budi, Ust Mohd Azrin Samsudin, Grafik: Shahrir Rizal Kasjoo http://remajaisma.wordpress.com/

Kelab Remaja ISMA (KRIM)

No 25-1-1 & 27-1-1, Jalan Medan Pusat Bandar 1A,

Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9,

43650 Bandar Baru Bangi, Selangor

[email protected] 12

KRIM Johor (www.krimjohor.blogspot.com)

7-8 NOVEMBER 2008 : KEM JATI DIRI DAN KECEMERLANGAN

KENDALIAN KRIM JOHOR DI SMK SENGGARANG,BATU PAHAT

Tahun 2 / Bil. 11 Disember 2008

h t t p : / / r e m a j a i s m a . w o r d p r e s s . c o mh t t p : / / r e m a j a i s m a . w o r d p r e s s . c o mh t t p : / / r e m a j a i s m a . w o r d p r e s s . c o mh t t p : / / r e m a j a i s m a . w o r d p r e s s . c o m

Buletin Rasmi KRIM - Untuk Ahli Sahaja

T elah hampir dua bulan “Iltizam” tidak berada di tangan-tangan remaja sekalian. Pihak penerbit memohon

maaf atas kesibukan yang melanda. InshaAl-lah untuk nashkah kali ini, kita akan lebih menyoroti pelbagai aktiviti dan program yang telah KRIM anjurkan sepanjang dua bulan yang lepas. Sebelum itu, marilah sama-sama kita mengu-capkan syukur kehadrat Allah Taala yang telah menemukan kita sekali lagi dengan bulan Zulhijjah di mana di dalamnya kita akan men-yambut Hari Raya Aidil Adha. Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Sungguh banyak kelebihan yang Allah berikan di dalam bulan ini khususnya pada 10 hari terawal. Antaranya, renungilah hadis di bawah, Riwayat Abu Hurairah bahawa Nabi (saw) bersabda "Tiada hari yang lebih disukai Allah Taala dilakukan ibadah padanya daripada 10 hari dalam bulan Zulhijjah, puasa setiap hari daripadanya sama seperti puasa setahun, melakukan qiamullail pada setiap daripada malamnya sama dengan melakukan qiamul-laih pada malam al Qadr (lailatul Qadr) Riwayat Tarmizi, Ibn Majahdan Baihaqi.

Selain itu kisah pengorbanan Nabi Allah Ibra-him (a.s) dan anaknya Ismail (a.s) menjadi sesuatu yang sangat simbolik kepada pen-gorbanan yang harus juga kita lakukan demi menaikkan kembali Islam di muka bumi ini dan kita lakukan hanya semata-mata untuk mendapatkan keredhaan-Nya. Memang san-gat sukar untuk kita berkorban apa yang kita sayangi namun itulah yang telah Baginda (a.s) lakukan. Sebagai remaja, ingatlah pesanan ini. Jangan kita korbankan usia remaja kita dengan perkara-perkara yang melalaikan. Korbanlah masa muda kita ini dengan berlumba-lumba mendalami ilmu, dengan banyak membaca, dengan banyak melakukan kebaikan kepada orang lain, dengan menghafaz Al-Quran serta menghayatinya dan dengan segala aktiviti yang berfaedah kerana sesungguhnya masa muda itu hanya sekali dan sebentar sahaja.

Z

U

L

H

I

J

J

A

H

1

4

2

9

H

Mari Berkorban !Mari Berkorban !Mari Berkorban !Mari Berkorban !

Menarik Di Dalam

Muka 2 - 3: KRIM Kedah & P.Pinang Muka 4 - 5: KRIM Terengganu

Muka 6 - 7: KRIM Melaka & N.Sembilan Muka 8 - 9: KRIM Shah Alam & Klang Muka 10 - 11: KRIM P.J & Hulu Langat

Muka 12: KRIM Johor 1

Page 2: KRIM Johor Tahun 2 / Bil. 11 Disember 2008 ( ...€¦ · 2 KRIM Kedah (. & P.Pinang () Aktiviti Akan Datang 11 ) & ) Sumbangan Ihya’ Ramadhan oleh KRIM Johor Khamis Khamis ----

2

KRIM Kedah (www.ismakedah.

& P.Pinang (www.ismapenang.wordpress.com)

Aktiviti Akan Datang

11

www.ismapj.com) & www.ismadhl.wordpress.com)

Sumbangan Ihya’ Ramadhan oleh KRIM Johor

Khamis Khamis Khamis Khamis ---- Jumaat, 25 Jumaat, 25 Jumaat, 25 Jumaat, 25 ---- 26 Sept 2008 26 Sept 2008 26 Sept 2008 26 Sept 2008 - Tampok Laut dan Parit Mansor, Benut. KRIM Johor yang dipimpin oleh akhi Cikgu Ismail Ali telah membawa Ahli KRIM menyelusuri realiti sebenar ke-hidupan masyarakat Islam di salah satu

daerah di Negeri Johor.

Program yang diberi nama "Sumbangan "Sumbangan "Sumbangan "Sumbangan Ihya‘ RamadhanIhya‘ RamadhanIhya‘ RamadhanIhya‘ Ramadhan – 6 keluarga fakir mi-skin" dan Sumbangan Ihya’ Ramadhan dan "Majlis Berbuka Puasa – Keluarga Ibu Tunggal" ini menghimpunkan 7 ahli KRIM yang terpilih untuk turut hadir membantu . Objektif utama program ini adalah untuk menghulurkan sumbangan dalam bentuk keperluan makanan asas seperti beras, telur dan lain-lain kepada beberapa rumah fakir miskin dan ibu tunggal yang terpilih. Selain itu, program ini dapat memberi sedikit latihan prakti-kal kepada ahli - ahli KRIM Johor dalam menterjemahkan amali tarbiyyah di

medan sebenar.

Hadis Nabi s.a.w yang berbunyi "Sebaik-baik insan ialah insan yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain" sangat secocok dengan objektif tersirat dalam program ini. Moga KRIM Johor terus bersemangat memyumbang kepada masyarakat demi mencari keredhaan Allah s.w.t dan kon-sisten dalam beramal terutamanya dalam mengerakkan dakwah di bumi

fana ini.

Page 3: KRIM Johor Tahun 2 / Bil. 11 Disember 2008 ( ...€¦ · 2 KRIM Kedah (. & P.Pinang () Aktiviti Akan Datang 11 ) & ) Sumbangan Ihya’ Ramadhan oleh KRIM Johor Khamis Khamis ----

10

KRIM P.J (www.ismapj.com

Daerah Hulu Langat (www.ismadhl.wordpress.com

Kem Boyz II Men & Pretty Gurlz

Kem Herba Kem Herba Kem Herba Kem Herba - Hulu Langat, 20 November - Kem Boyz ii Men Kem Boyz ii Men Kem Boyz ii Men Kem Boyz ii Men telah berjaya menarik minat seramai 50 remaja lelaki di sekitar Hulu langat, dan beberapa peserta dari-pada daerah lain. Manakala Kem Pretty Kem Pretty Kem Pretty Kem Pretty

Gurlz Gurlz Gurlz Gurlz disertai seramai 69 remaja puteri.

Berkonsepkan ‘outdoor dan kerjasama berpasukan’, para perserta telah dibahagi-kan kepada beberapa kumpulan dan kum-pulan-kumpulan tersebut telah diuji den-gan pelbagai aktiviti pembinaan kendiri dan kumpulan di samping aktiviti-aktiviti luar. Ketua kumpulan dikalangan remaja telah dilantik bagi setiap kumpulan dan dibantu oleh abang-abang fasilitator dari-pada Institusi-Institusi Pengajian Tinggi

Awam tempatan.

Aktiviti-aktiviti ‘Survival games’, kawad dan aktiviti-aktiviti luar yang lain seperti ‘war games’ dan ‘Team building games’ telah disusun agar dapat mendedahkan para remaja daripada segi aspek kekuatan fizi-kal, mental dan disiplin yang tinggi. Program KERIS 2008 ini juga telah mene-kankan aspek ilmu dan motivasi melalui slot-slot tayangan video sejarah islam serta tazkirah dan motivasi bagi memberi input kepada remaja agar lebih menjadi remaja

yang bersemangat dan berwawasan.

Majlis penutup program KERIS 2008, telah disempurnakan dengan rasminya oleh Ustaz Anuar Salleh selaku YDP ISMA

Dareah Hulu Langat

3

(www.ismakedah.wordpress.com/krim)

(www.ismapenang.wordpress.com)

Aktiviti Akan Datang

Kelab Remaja Isma Kedah (KRIM) buat pertama kalinya akan menganjurkan:

KEM LEPASAN SPM 2008 Tarikh: 18 -20hb Disember, 2008 (Khamis – Sabtu).

Tempat: Kem Sintok, Universiti Utara Malaysia (UUM) Tempoh: 3 hari & 2 malam

Yuran peserta: RM50 seorang Peserta: Pelajar lepasan SPM 2008

PENGENALAN Kem Lepasan SPM 2008 merupakan program yang pertama kali dianjurkan oleh KRIM Kedah bagi pelajar-pelajar lepasan SPM di seluruh negeri Kedah khusus-nya. Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membantu pelajar-pelajar lepasan SPM untuk menentukan hala tuju pendidikan masing-masing ke pering-kat pengajian tinggi tidak kira sama ada di luar negara ataupun tempatan. Pro-gram ini juga diharapkan akan membuka ruang kepada KRIM untuk membina

hubungan baik dengan pelajar-pelajar sekolah.

ANTARA AKTIVITI MENARIK Motivasi professional

Pengenalan kepada alam pengajian tinggi Team building indoor & outdoor

Aktiviti kerohanian Explorace kampus UUM

BERMINAT? HUBUNGI KAMI: Sdr Khalil 013-433 5561 Sdr Safizan 019-471 7648 Sdri Hafizah 013-502 7088 Sdri Mazlina 019-563 321

Atau email kepada [email protected]

untuk pertanyaan lanjut

DAFTAR SEGERA SEBELUM 15hb DISEMBER ! TEMPAT ADALAH TERHAD !

Page 4: KRIM Johor Tahun 2 / Bil. 11 Disember 2008 ( ...€¦ · 2 KRIM Kedah (. & P.Pinang () Aktiviti Akan Datang 11 ) & ) Sumbangan Ihya’ Ramadhan oleh KRIM Johor Khamis Khamis ----

SESTERSESTERSESTERSESTER - Tanggal 31 Oktober 2008 yang lalu, KRIM Terengganu melakar sejarah apabila telah berjaya buat julungkalinya mengadakan aktiviti pertama di Sekolah Menegah Sains Kuala Terengganu (SESTER). Aktiviti yang diberi nama Siri Bimbingan AkademikSiri Bimbingan AkademikSiri Bimbingan AkademikSiri Bimbingan Akademik telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama Per-satuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

cawangan Terengganu.

Seramai lebih kurang 140 orang pelajar dari-pada Tingkatan 4 telah bersama dalam pro-gram tersebut. Program yang berunsurkan ceramah kerjaya telah berjaya disampaikan oleh 4 orang penceramah yang kesemunya menceritakan pengalaman bekerja dalam bidang kerjaya masing-masing. Kerjaya-

kerjaya yang telah dibentangkan adalah:

1. Jurutera Kimia 2. Jurutera Elektronik dan Instrumentasi 3. Jurutera Mekanikal 4. Akauntan 5. Doktor Perubatan

Semasa program tersebut, kerjaya ‘panas’ yang berjaya menarik perhatian ramai pelajar adalah doktor perubatan. Walaupun pelbagai cubaan dan dugaan realiti sebenar profesion sebagai seorang doktor perubatan dibentang-kan, namun para pelajar yang bersemangat waja terus tegar dan cekal untuk meneruskan

cita-cita murni mereka.

KRIM Terengganu ingin mengambil kesem-patan ini untuk mengucapakan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbiran sekolah yang

telah berbesar hati menerima kunjungan kami. Tidak lupa juga kepada PEMBINA cawangan Terengganu yang telah sama-sama menjayakan program ini.Mudah-mudahan program seperti ini dapat dilaksanakan lagi

pada tahun-tahun akan datang.

Akhirnya, KRIM Terengganu ingin mengucap-kan selamat berjaya kepada semua pelajar Tingkatan 4 yang telah menghadiri program ini dan mudah-mudahan cita-cita yang dimpi-kan akan direalisasikan dalam sedikit masa lagi.

KRIM Terengganu (www.krimterengganu.wordpress.com)

4

Aktiviti Lepas

9

KRIM Shah Alam & Klang (www.krimsak.weebly.com)

Aktiviti Akan Datang

“Kem Jati Diri”

• Tarikh: 27-28 Disember 2008

• Tempat: Kem Rimba Koman-

wel, Rawang, Selangor

• Hubungi: Cikgu Hardi 019-

2039390

Page 5: KRIM Johor Tahun 2 / Bil. 11 Disember 2008 ( ...€¦ · 2 KRIM Kedah (. & P.Pinang () Aktiviti Akan Datang 11 ) & ) Sumbangan Ihya’ Ramadhan oleh KRIM Johor Khamis Khamis ----

8

KRIM Shah Alam & Klang(www.krimsak.weebly.com)

Aktiviti Lepas

MAJLIS AIDILFITRIMAJLIS AIDILFITRIMAJLIS AIDILFITRIMAJLIS AIDILFITRI Kg. Delek, 26 Oktober Kg. Delek, 26 Oktober Kg. Delek, 26 Oktober Kg. Delek, 26 Oktober - Majlis Sambutan Majlis Sambutan Majlis Sambutan Majlis Sambutan Aidilfitri KRIM Shah Alam Klang Aidilfitri KRIM Shah Alam Klang Aidilfitri KRIM Shah Alam Klang Aidilfitri KRIM Shah Alam Klang yang julung kalinya diadakan telah berjaya menghim-punkan kira-kira 100 orang tetamu yang terdiri daripada remaja, kanak-kanak dan ibubapa. Program bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir kira-kira jam 12.00 tgh. hari. Antara pengisian program ialah tazkirah raya yang disampaikan oleh Ust. Azrin. Beliau menyentuh perihal perlakuan kita semasa Ramadhan dan Raya. Selain itu satu aktiviti remaja turut dijalankan dan cabutan bertuah. Program dirasmikan oleh al-akh Abd. Razak selaku Timbalan yang di-Pertua ISMA Shah Alam Klang. Rata-rata remaja menzahirkan keseronokan disamping cuba memahami konsep menyambut raya yang sebenar.

DAURAH DAIE MUDADAURAH DAIE MUDADAURAH DAIE MUDADAURAH DAIE MUDA

Kg Delek Kg Delek Kg Delek Kg Delek - Program Daurah Daie Muda Daurah Daie Muda Daurah Daie Muda Daurah Daie Muda ini dijalankan pd 22 dan 23 November 2008 yang lepas bertempat di Masjid An-Nawawi, Kg.Delek Klang. Seramai 70 orang remaja terpilih ke program ini yang hadir dari seki-tar Shah Alam, Klang dan Jeram.sekitar

Shah Alam, Klang dan Jeram

KRIM Terengganu (www.krimterengganu.wordpress.com)

5

Aktiviti Akan Datang

Page 6: KRIM Johor Tahun 2 / Bil. 11 Disember 2008 ( ...€¦ · 2 KRIM Kedah (. & P.Pinang () Aktiviti Akan Datang 11 ) & ) Sumbangan Ihya’ Ramadhan oleh KRIM Johor Khamis Khamis ----

6

KRIM Melaka (www.ismamelaka.wordpress.com

N. Sembilan (www.krimns.wordpress.com

Aktiviti Lepas

Taman Panchur Jaya, 13 Sep 2008 Taman Panchur Jaya, 13 Sep 2008 Taman Panchur Jaya, 13 Sep 2008 Taman Panchur Jaya, 13 Sep 2008 - Sem-pena dengan Majlis Iftar ISMA Cawangan Seremban Bersama Masyarakat, KRIM Negeri Sembilan menganjurkan Pertandin-gan Hafazan dan Murattal Al-Quran dari-pada jam 2.00 petang hingga 6.00 petang. Acara ini dijalankan serentak dengan acara masak-memasak dan penyediaan juadah

Iftar di bahagian luar surau.

Kedua-dua pertandingan ini, iaitu Hafazan dan Murattal dibahagikan kepada dua kategori iaitu Tahap I dengan lingkungan umur 10 tahun ke bawah dan Tahap II bagi mereka yang berumur 11 tahun hingga 15 tahun. Penyertaan adalah dibuka kepada remaja dan anak-anak tempatan termasuk anak-anak ahli ISMA Seremban. Sambutan penyertaan amat menggalakkan. Namun, disebabkan masa yang terhad, penyertaan telah dihadkan kepada lapan peserta sa-

haja setiap kategori.

Acara penyampaian hadiah kepada pe-menang telah diadakan seusai solat Magh-rib. Hadiah disampaikan oleh Pengerusi Surau As-Salam, Tuan Haji Abdullah dan YDP ISMA Cawangan Seremban, Ustaz Mohd Azizee Hassan. Pemenang diberikan hadiah wang tunai dan buku, manakala

semua peserta diberikan sijil penyertaan.

7

www.ismamelaka.wordpress.com) & www.krimns.wordpress.com)

Aktiviti Akan Datang