kecerdasan pelbagai

36
KECERDASAN PELBAGAI PN NORMALA BINTI MEHAT JABATAN ILMU PENDIDIKAN INSTITUT PERGURUAN PERLIS, PERLIS

Upload: normala-mehat

Post on 24-May-2015

22.704 views

Category:

Education


17 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kecerdasan Pelbagai

KECERDASAN PELBAGAI

PN NORMALA BINTI MEHAT

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

INSTITUT PERGURUAN PERLIS, PERLIS

Page 2: Kecerdasan Pelbagai

APA ITU KECERDASAN?

Page 3: Kecerdasan Pelbagai

KECERDASAN

• Pelajar yang memperoleh pencapaian tinggi dalam peperiksaan dikatakan sebagai pandai atau cerdas. Dalam situasi begini, kecerdasan bermaksud kebolehan untuk mendapat markah yang tinggi atau prestasi yang baik di sekolah.

Page 4: Kecerdasan Pelbagai

DEFINISI KECERDASAN

• Piaget (1950) berpendapat kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran.

• Weschler (1975) pula berpendapat kecerdasan ialah kebolehan seseorang individu memahami alam sekitarnya, dirinya dan kepakaran yang dimilikinya untuk membantunya menghadapi cabaran hidup.

Page 5: Kecerdasan Pelbagai

TEORI KECERDASAN PELBAGAI

• Teori ini telah diperkenalkan pada tahun 1983

HOWARD GARDNER

Page 6: Kecerdasan Pelbagai

PENGENALANKecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner.Dilahirkan di Seranton pada 1943.Berketurunan Jerman.Pengarang 18 buah buku dan ratusan artikel.Cth:The Discipline Mind; what all student should understand (1999).

Page 7: Kecerdasan Pelbagai

HOWARD GARDNER

Gardner juga mengatakan bahawa kecerdasan

bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di antara murid-murid yang lemah daya ingatannya adalah dilahirkan oleh ibubapa

yang kedua-duanya adalah profesional.

Dr. Roger Sperry turut menyatakan kaitan kecerdasan

Page 8: Kecerdasan Pelbagai

DR. ROGER SPERRY TURUT MENYATAKAN KAITAN KECERDASAN

Page 9: Kecerdasan Pelbagai

KONSEP KECERDASAN

Definisi Konsep Kecerdasan Pelbagai kemahiran menyelesaikan masalah

sebenar dalam kehidupan. kebolehan mencipta barang/perkhidmatan

yang bernilai. berpotensi mencari/mencipta masalah

untuk memperolehi pengetahuan baru.

Page 10: Kecerdasan Pelbagai

KONSEP KECERDASAN

Tanggapan Mengenai Teori Kecerdasan1) Tanggapan Salah

- Kecerdasan adalah tetap.- Setiap individu hanya mempunyai satu

jenis kecerdasan sahaja.2) Fakta Sebenar

- Kecerdasan boleh dipelajari & sentiasa berubah.

- Sekurang-kurangnya,individu mempunyai 9 jenis kecerdasan.

Page 11: Kecerdasan Pelbagai

Prinsip-prinsip Teori Kecerdasan Pelbagai

- Terdapat pelbagai kecerdasan dalam diri setiap individu.

- Mempunyai campuran kecerdasan yang unik & berubah.

- Kecerdasan setiap individu adalah berbeza.

- Kecerdasan bersifat dinamik.

- Latar belakang peribadi adalah penting dalam membentuk pengetahuan,kepercayaan & kemahiran dlm semua kecerdasan.

Page 12: Kecerdasan Pelbagai

9

Existential

Page 13: Kecerdasan Pelbagai

CIRI-CIRI KECERDASANKECERDASAN CERDAS DLM PEKERJAAN

1) Bahasa Tulis karangan, puisi,pantun dan lain-lain.

Penulis, penceramah.

2) Logik-Math Menaakul,kiraan, membuat analisis.

Saintis, jurutera dll.

3)Ruang/Spatial Mencorak,melukis Pelukis dll.

4) Muzik Mencipta lagu,menyanyi dll

Penyanyi, pencipta lagu

5) Kinestetik Tarian,sukan dll Atlet,penari dll

6) Interpersonal Perhubungan manusia

Guru,ahli politik,peniaga

Page 14: Kecerdasan Pelbagai

7) Intrapersonal

Nilai murni,falsafah.

penyajak.,ahli falsafah.

8) Naturalist Minat kpd alam semulajadi.

Doktor haiwan, saintis dll.

9) Existential Minat tentang hayat,evolusi manusia & kematian.

Guru-guru agama.

Page 15: Kecerdasan Pelbagai

KECERDASAN LOGIK MATEMATIK

Definisi: orang yang mahir memanipulasi nombor & pengiraan.Mereka juga mampu menyatakan sesuatu secara deduktif @ induktif.

Mereka mampu menggunakan corak-corak abstrak dan perhubungannya.

Contoh tokoh: Albert Einstein,Madam Curie dan Barbara MacIntoch.

Page 16: Kecerdasan Pelbagai

KECERDASAN LOGIK MATEMATIK

Ciri-ciri:

- dapat menyelesaikan masalah matematik dengan cepat.

- suka menggunakan komputer.

- melakukan eksperimen kepada perkara-perkara yang tidak difahami.

Page 17: Kecerdasan Pelbagai

KECERDASAN LINGUISTIK BAHASA

Definisi: merangkumi pembacaan,penulisan & perbualan dalam bahasa sendiri @ bahasa asing.

Ciri-ciri:- suka menulis & bercerita.- mempunyai ingatan yang baik pada nama tempat,tarikh atau lirik.- suka pada permainan bahasa.

Page 18: Kecerdasan Pelbagai

KECERDASAN LINGUISTIK BAHASA

Tokoh-tokoh:

- Usman Awang, Shahnon Ahmad, Robert Conrad dan Pearl S.Bug.

Page 19: Kecerdasan Pelbagai

KECERDASAN MUZIK

Def: kecerdasan ini amat sensitif pada bunyi & kesannya pula dapat mengimbangi serta mempengaruhi kehidupan manusia.

Istilah muzik: Bunyi yang tersusun yang boleh mententeramkan keadaan.

Kategori muzik: i) Lagu & nyanyian

Page 20: Kecerdasan Pelbagai

KECERDASAN MUZIK

ii) Alam semulajadi : bunyi ombak,angin.iii) Binatang : bunyi burung,unggas.iv) Jentera : bunyi kenderaan,kilang.v) Senjata : bunyi tembakan.

Ciri-ciri Kecerdasan Muzik.- boleh bermain alat muzik.- boleh mengenalpasti not-not muzik.- perlu muzik apabila belajar.- suka menyanyi untuk diri sendiri.

Page 21: Kecerdasan Pelbagai

KECERDASAN MUZIK Kerjaya yang biasa diceburi:

- komposer.

- pengkritik lagu & muzik.

- ahli muzik.

- penyanyi.

- pemimpin orkestra.

Tokoh-tokoh:

- Tan Sri P Ramlee.

- Mozart.

- Elvis Presley.

Page 22: Kecerdasan Pelbagai

KECERDASAN RUANG/SPATIAL

Definisi: kebolehan untuk memahami ruang. Individu yang mempunyai kecerdasan ini cenderung untuk berfikir dengan menggunakan gambar & perlukan imej yang jelas bagi memudahkan pemprosesan maklumat baru.

Ciri-ciri:

- suka subjek yang melibatkan peta,carta dll.

- suka penuhkan ruang kosong pada kertas.

- suka melukis

Page 24: Kecerdasan Pelbagai

KECERDASAN KINESTETIK BADAN

Definisi: kebolehan untuk mengawal pergerakan badan dan mengendali objek dengan mahir.

Ciri-ciri:

- minat dalam bidang sukan & seni.

- mahir dalam bidang kraftangan,pertukangan kayu atau menjahit.

- bijak meniru mimik muka orang lain.

Pekerjaan yang sesuai: atlet sukan,penari dll

Page 25: Kecerdasan Pelbagai

KECERDASAN INTERPERSONAL

Definisi: kebolehan untuk fahami niat orang lain & berupaya untuk menyelami perasaan orang lain

Ciri-ciri: - mudah menyesuaikan diri dengan orang lain.- menjadi pendengar yang baik.- mengambil berat perasaan orang lain.- suka bekerja dalam kumpulan.

Page 26: Kecerdasan Pelbagai

KECERDASAN INTERPERSONAL

Pekerjaan yang sesuai:

- guru,ahli politik,kaunselor,doktor &

jururawat.

Tokoh:

- Anne Sullivan.

Page 27: Kecerdasan Pelbagai

KECERDASAN INTRAPERSONAL

Definisi: dimiliki oleh mereka yg mempunyai pengetahuan tentang diri sendiri yang melibatkan perasaan,niat dan matlamat hidup.

Kecerdasan ini sukar dinilai.

Tokoh-tokoh: Sigmund Freud & Ebbinghaus.

Page 28: Kecerdasan Pelbagai

KECERDASAN INTRAPERSONAL

Ciri-ciri:

- kebolehan untuk berdikari.

- memberi reaksi dengan pendapat bernas kepada sesuatu tajuk kontroversi.

- suka bersendirian.

- memiliki keyakinan diri yang tinggi.

Page 29: Kecerdasan Pelbagai

KECERDASAN NATURALIST

Definisi: dimiliki oleh mereka yang berminat kepada alam semulajadi.

Ciri-ciri:

-boleh mengenalpasti tumbuhan,galian,haiwan

-gemar meneroka hutan,pelihara haiwan,

dan menanam pokok.

Contoh pekerjaan: ahli arkeologi dll.

Page 30: Kecerdasan Pelbagai

KECERDASAN EXISTENTIAL

Definisi: dimiliki oleh mereka yang mempunyai kepekaan dan upaya untuk menjawab soalan yang berkaitan dengan kewujudan manusia & kematian.

Ciri-ciri: - taat kepada ajaran agama masing-masing.- minat belajar hal-hal agama.

Page 31: Kecerdasan Pelbagai

IMPLIKASI KEPADA P & P

Guru perlu memberi peluang kepada semua pelajar yang berpotensi mengikut kecerdasan masing-masing.

Guru perlu membina semula kefahaman pelajar-pelajar secara aktif. Guru yang bertanggungjawab dapat membentuk pelajar,bersesuaian dengan kecerdasan yang dimiliki.

Guru perlu merancang aktiviti yang berguna serta relevan yang dapat membantu proses P&P.

Page 32: Kecerdasan Pelbagai

IMPLIKASI KEPADA P & P

• Teori pelbagai kecerdasan melengkapi teori asas utk menentukan perbezaan kebolehan & bakat pelajar.

• Kecerdasan setiap pelajar tidak dapat dilihat sec langsung@pengiraan

• Pendekatan & penilaian pembelajaran dalam perkara ini mendapati pmbelajaran berlaku secara meluas, seterusnya menyebabkan kejayaan pelajar ketika proses pembelajaran dalam bilik darjah.

Page 33: Kecerdasan Pelbagai

TEORI KECERDASAN PELBAGAI BOLEH DIAPLIKASIKAN DALAM SITUASI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA

HUBUNGAN BERIKUT: • PERKATAAN (linguistic intelligence)

• NOMBOR ATAU LOGIK (logical-mathematical intelligence)

• GAMBAR (spatial intelligence)

• MUZIK (musical intelligence)

• REFLEKSI KENDIRI (intrapersonal intelligence)

• PENGALAMAN FIZIKAL (bodily-kinesthetic intelligence)

• PENGALAMAN SOSIAL (interpersonal intelligence), and/or

• PENGALAMAN DENGAN ALAM SEMULAJADI (naturalist intelligence)

Page 34: Kecerdasan Pelbagai

• Dengan memanfaatkan kecerdasan masing-masing. Manusia dapat menempa nama dalam bidang masing-masing. Masa depan yang cerah, menjadi penyumbang utama dalam sejarah manusia dan dihormati sepanjang zaman.

Page 35: Kecerdasan Pelbagai

KESIMPULAN

• Gardner menyedarkan kita bahawa sekiranya kanak-kanak tidak pandai dalam akademik, tidak semestinya mereka tidak cerdas. Mereka mungkin mempunyai kecerdasan kinestetik-badan, dan sekiranya mereka mendapat bimbingan dan galakan, suatu hari nanti mereka boleh berjaya menjadi bintang sukan negara

Page 36: Kecerdasan Pelbagai

SEKIAN TERIMA KASIH