kajian tentang reka bentuk organisasi (repaired) - pp

Upload: safiyyah-najwa

Post on 14-Apr-2018

392 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    1/32

    1

    KAJIAN TENTANG REKA BENTUK ORGANISASI, PROSES DAN KONSEP

    PENGORGANISASIAN SERTA GAYA KEPIMPINAN PEMIMPIN TERTINGGI

    SYARIKAT HARTALEGA SDN. BHD.

    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk melihat reka bentuk, proses dan konsep pengorganisasian serta

    mengenalpasti gaya kepimpinan pemimpin tertinggi yang diamalkan oleh Syarikat Hartalega

    Sdn. Bhd. Lokasi kajian terletak di No 7, Kawasan Perusahaan Suria, 45600 Bestari Jaya,

    Selangor. Penyelidik telah mengedarkan borang soal-selidik kepada sejumlah 10 respondan

    bagi mengumpulkan data. Selain itu, penyelidik telah membuat pemerhatian di tapak kajian

    dan telah menemu-bual Pengarah Sumber Manusia, Encik Vincent Kuan dan Pengurus

    Eksekutif Sumber Manusia, Encik Fairus Khusaini bagi mendapatkan maklumat yang lebih

    terperinci. Melalui data yang didapati daripada borang soal-selidik yang telah diedarkan

    kepada sejumlah respondan dan temu-bual serta pemerhatian yang dilakukan, dapat

    disimpulkan bahawa Syarikat Hartalega Sdn. Bhd. ini telah menggunakan reka bentuk

    organisasi fungsian dan telah melaksanakan proses pengorganisasian yang sistematik. Data

    juga menunjukkan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin tertinggi Hartalega Sdn.

    Bhd. adalah demokratik. Berdasarkan kajian, dapat dirumuskan bahawa dengan amalan

    pengurusan dan gaya kepimpinan sedia ada, Syarikat Hartalega Sdn. Bhd. mempunyai

    peluang yang cerah untuk mencapai kejayaan besar di pasaran antarabangsa seperti yang

    telah ditetapkan dalam matlamat organisasi.

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    2/32

    2

    1.0PENGENALANSyarikat Hartalega Sdn. Bhd telah dipilih sebagai fokus kajian ini. Syarikat ini

    merupakan syarikat berbentuk perniagaan dan telah beroperasi selama 25 tahun sejak

    ditubuhkan pada tahun 1988. Syarikat ini bermula dengan satu matlamat, iaitu;

    Menjadi pengeluar sarung tangan No. 1 di samping menjaga kebajikan masyarakat.

    Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti reka bentuk

    organisasi, proses dan konsep pengorganisasian serta gaya kepimpinan yang

    diamalkan oleh pemimpin tertinggi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd.

    Produk yang dihasilkan oleh Syarikat Hartalega Sdn. Bhd adalah sarung

    tangan yang khusus untuk kegunaan hospital. Kilang Syarikat Hartalega Sdn. Bhd

    mampu mengeluarkan 29 bilion sarung tangan per tahun. Antara jenis produk utama

    yang dihasilkan adalah; Natural Rubber Examination Gloves, Nitrile Examination

    Gloves, Nitrile Clean Room Gloves danNatural Rubber Surgical Gloves.

    Sesebuah organisasi yang besar seperti Syarikat Hartalega Sdn. Bhd perlu

    mengamalkan pengorganisasian untuk menyusun dan menyelaras serta mengagihkan

    sumber dengan efisien. Oleh kerana displin pihak pengurusan dalam mengawal dan

    menyelaras operasi syarikat, syarikat telah menerima beberapa anugerah.

    Antara anugerah yang telah diterima oleh Syarikat Hartalega Sdn. Bhd. ialah;

    AsiaMoney Overall Best Managed Company 2010-2012, Selangor Innovative

    Excellence Award 2007dan Selangor Export Excellence Award 2005.

    1.1PENGORGANISASIANMenurut Certo (1997); Fokus utama pengorganisasian adalah menentukan

    setiap aktiviti yang dilakukan oleh sumber manusia dalam organisasi dan

    bagaimana sumber-sumber tersebut dapat diselaraskan atau digabungkan

    dengan cara yang terbaik untuk mencapai objektif organisasi.

    Pengorganisasian adalah penting bagi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd.

    kerana sumber dapat diagihkan dengan lebih cekap. Selain itu, pengagihan

    tugas dalam setiap jabatan dan penyelarasan setiap jabatan dapat dilakukan

    dengan lebih mudah dan berkesan serta penyeliaan terhadap tugasan diberi.

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    3/32

    3

    1.2REKA BENTUKStruktur organisasi bermaksud suatu sistem atau jaringan formal tentang

    perkaitan dan perhubungan antara tugas dan aktiviti lain ke dalam satu-satu

    jabatan untuk membentuk satu struktur syarikat.

    Syarikat Hartalega Sdn. Bhd telah mengamalkan reka bentuk

    organisasi mengikut fungsi sebagai asas struktur syarikat. Struktur fungsian ini

    memudahkan pihak pengurusan menyelaras dan mengagihkan sumber secara

    efisien dan optimum selain membuat pengkhususan dan pengawalan kerja

    Selain itu, penyeliaan ke atas pekerja dan tugasan mudah dilaksanakan.

    1.3PROSES ENGORGANISASIANMenurut Ernest Dale (Management Book; James A.F Stoner); Proses

    pengorganisasian boleh diklasifikasikan sebagai meneliti seluruh tugasan yang

    perlu dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi kerana organisasi

    dibentuk berdasarkan suatu matlamat. Maka, penelitian terhadap setiap

    tugasan amat penting bagi memastikan tugasan yang diberi tidak tersasar

    daripada matlamat dan objektif organisasi.

    Proses pengorganisasia melibatkan lima proses, iaitu; Penentuan

    Objektif, Pengenalpastian Aktiviti, Pengelasan Aktiviti, Pengelompokan

    Aktiviti dan Pengagihan Tugas, Autoriti dan Tanggungjawab.

    1.4KONSEP PENGORGANISASIANTerdapat sembilan konsep dalam bidang pengurusan, iaitu; Autoriti,

    Tanggungjawab, Akauntabiliti, Pemusatan dan Pemencaran Autoriti,

    Penugasan, Empowermen, Autoriti Lini dan Staf, Jangkauan Kawalan dan

    Rantaian Arahan.

    Namun, di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, mereka hanya menekankan

    enam konsep, iaitu; Autoriti, Tanggungjawab, Akauntabiliti, Pemusatan dan

    Pemencaran Autoriti, Penugasan dan Rantaian Arahan. Konsep

    pengorganisasian ini dilihat dapat mempengaruhi displin dan keberhasilan

    pekerja-pekerja Syarikat Hartalega Sdn. Bhd.

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    4/32

    4

    1.5GAYA KEPIMPINANGaya kepimpinan merujuk kepada cara atau kaedah yang digunakan oeleh

    seseorang pemimpin yang menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi para

    pekerjanya. Terdapat empat gaya kepimpinan; Autokratik, Demokratik,

    Laissez-faire dan Kontigensi.

    Gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin tertinggi Syarikat

    Hartalega Sdn. Bhd ialah gaya kepimpinan demokratik. Gaya kepimpinan

    demokratik memudahkan ketua atasan Syarikat Hartalega Sdn. Bhd

    berinteraksi dengan pekerja bawahan untuk bekerjasama dalam membuat satu

    keputusan terbaik. Setiap cadangan yang diberi pekerja akan dinilai oleh

    pemimpin dan seterusnya pemimpin akan membuat keputusan bijak. Sebarang

    keputusan akan dimaklumkan pekerja untuk mendapatkan maklum balas. Hal

    ini secara tidak langsung akan menjadikan roses pembuatan keputusan akan

    mudah difahami oleh pekerja.

    2.0OBJEKTIF KAJIANKajian ini bertujuan untuk;

    2.1Mengenalpasti reka bentuk organisasi di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd2.2Mengenalpasti proses pengorganisasian di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd2.3Mengenalpasti konsep pengorganisasian di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd2.4Mengenalpasti gaya kepimpinan tertinggi di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    5/32

    5

    3.0LATAR BELAKANG KAJIAN/LOKASI KAJIAN3.1Sejarah Syarikat Hartalega Sdn. Bhd

    Syarikat Hartalega Sdn. Bhd telah dipilih sebagai fokus kajian. Syarikat ini

    merupakan syarikat berbentuk perniagaan yang telah beroperasi selama 25

    tahun sejak ditubuhkan pada tahun 1988.

    Pada awalnya, Syarikat Hartalega Sdn. Bhd bermula sebagai syarikat

    pembinaan (R&D) di Kepong pada awal 60-an sehingga 80-an. Oleh kerana

    pada tahun tersebut penduduk mepunyai tanah sendiri untuk diusahakan, idea

    pembinaan Syarikat Hartalega kurang mendapat sambutan.

    Pengasas Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, Encik Kuan Kam Hon telah

    mengambil risiko besar dengan menukar arah perniagaanya kepada

    penghasilan sarung tangan getah pada tahun 80-an berikutan permintaan getah

    yang tinggi dan harganya sedang melambung tinggi. Di bawah kepimpinan

    beliau, Syarikat Hartalega Sdn. Bhd telah menjadi pengeluar terkemuka

    sarung tangan getah dalam industri dan kini merupakan syarikat awam yang

    disenaraikan di Papan UtamaBursa Malaysia Securities Bhd.

    Syarikat Hartalega Sdn. Bhd yang mempunyai kepakaran dalam

    kedua-dua penghasilan sarung tangan getah dan nitril telah memenuhi

    kesseluruhan standard piawaian antarabangsa dan menawarkan jenis sarung

    tangan berikut; Natural Rubber Examination Gloves, Ni tri le Examination

    Gloves, Nitrile Clean Room Gloves, Natural Rubber Surgical Gloves.

    Justeru, Syarikat Hartalega Sdn. Bhd telah Berjaya menembusi pasaran

    antarabangsa (lebih kepada 40 negara) terutamanya Amerika Syarikat, Jepun

    dan Jerman, khususnya dalam pembuatan sarung tangan bagi hospital.

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    6/32

    6

    3.2Matlamat Organisasi (Visi dan Misi)VISI : Untuk menjadi pengeluar No. 1 yang menghasilkan sarung tangan

    TERBAIKdan paling inovatif di dunia; dan diiktiraf sebagai sebuah syarikat

    PRIHATINkepada masyarakat dan alam sekitar.

    MISI : Untuk memberikan perlindungan yangterbaik kepada mereka yang

    bekerja menggunakan tangan mereka dalam keadaan terdedah dan

    persekitaran yang mencabar dengan menyediakan konsistensi unggul; sarung

    tangan yang lebih selamat dan mudah di pasaran terpilih.

    3.3Jumlah Pekerja dan Waktu OperasiBerdasarkan data pekerja yang saya peroleh daripada Encik Fairus Kusaini,

    dianggarkan bahawa Syarikat Hartalega Sdn. Bhd mempunyai seramai 4, 084

    pekerja (data tidak berubah sehingga 21 Ogos 2013); di mana pekerja

    tempatan adalah seramai 800 penduduk tempatan manakala pekerja asing

    adalah seramai 3, 284 orang.

    Waktu operasi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd adalah 24 jam dan setiap

    pekerja mempunyai shift tersendiri. Namun, pada hari sambutan Tahun Barudan Hari Pekerja, seluruh operasi kilang akan ditutup seharian.

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    7/32

    7

    3.4Pasaran dan PemasaranSyarikat Hartalega Sdn. Bhd menghasilkan sarung tangan getah mengikut

    citarasa dan kehendak pelanggan mereka. Oleh itu, pihak Syarikat Hartalega

    Sdn. Bhd akan cuba memenuhi permintaan pelanggan. Empat jenis utama

    sarung tangan yang ditawarkan oleh Syarikat Hartalega Sdn. Bhd;

    Rajah 3.4.1; Empat Jenis Utama Sarung Tangan

    Berdasarkan maklumat di dalam brosur syarikat, produk-produk yang

    dihasilkan telah menembusi pasaran antarabangsa dan dijual kepada 40 buah

    negara di seluruh dunia; terutama di pasaran quality-demanding.

    Manufacturer of Latex Gloves

    Natural RubberExamination

    Gloves

    ClorinatedPowder Free

    Polymer CoatedPowder Free

    Powdered

    NitrileExamination

    Gloves

    ClorinatedPowder Free

    Powdered

    Nitrile CleanRoom Gloves

    Natural RubberSurgical Gloves

    52%

    33%

    10%5%

    Rajah 3.4.2; Jangkauan Pasaran

    Amerika Syarikat Eropah Asia Pasifik Lain-lain

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    8/32

    8

    3.5Lokasi KajianSyarikat Hartalega Sdn. Bhd beralamat di No. 7, Kawasan Perusahaan Suria,

    45600 Bestari Jaya, Selangor Darul Ehsan. Rujuk peta di bawah;

    Google Maps; Peta Lokasi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd

    3.6Keluasan PremisDi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, terdapat enam kilang pengeluaran yang

    dibina di atas tapak seluas 33-ekar, dikelilingi ladang kelapa sawit dan getah.

    Google Maps; Plan Premis Syarikat Hartalega Sdn. Bhd

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    9/32

    9

    3.7Persekitaran Fizikal dan Alam Sekitar ManusiaPeka Bestari Jaya atau dahulu dikenali sebagai Pekan Batang Berjuntai,

    menjadi pilihan Syarikat Hartalega Sdn. Bhd untuk pembangunan tapak

    perkilangan. Kesannya, Syarikat Hartalega Sdn. Bhd telah mewujudkan

    peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan sebagai salah satu khidmat

    masyarakat yang ditawarkan bagi memenuhi kehendak matlamat organisasi.

    Oleh kerana kawasan ini berada di luar bandar, penduduk sukar mencari

    pekerjaan dan sumber-sumber di kawasan tersebut masih belum diteroka dan

    digunakan secara optimum. Berdasarkan situasi menang-menang, pihak

    syarikat turut memperoleh faedah melalui pemilihan tapak lokasi kerana dapat

    menerokai sumber yang masih belum disentuh dan tenaga buruh.

    Perletakan kilang di tengah-tengah kawasan penempatan penduduk

    telah memudahkan pekerja tempatan untuk berulang-alik dari rumah ke tempat

    kerja; manakala bagi pekerja asing, kemudahan asrama telah disediakan.

    Selain itu, Syarikat Hartalega Sdn. Bhd turut menyediakan kemudahan bas

    shuttle untuk kegunaan pekerja-pekerja syarikat.

    Pembinaan kilang di kawasan tanah rendah memudahkan operasiperkilangan dijalankan dan di sekitar kawasan perklangan, terdapat ladang

    kelapa sawit dan ladang getah mengelilingi dan melindungi tapak kilang.

    Selain itu, penempatan kilang di tengah-tengah kawasan penempatan

    boleh dikira strategik kerana di sekitar kawasan perkilangan ini terdapat

    kemudahan yang telah disediakan oleh kerajaan, iaitu; tapak pasar, stesen bas,

    stesen minyak, klinik kesihatan, bank, pejabat pos, sekolah, masjid, kedai

    runcit, balai polis dan balai bomba.

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    10/32

    10

    4.0KAEDAH KAJIANKaedah kajian merujuk kepada cara yang digunakan oeh penyelidik untuk memahami

    situasi, menyelesaikan masalah dan juga mengenalpasti sesuatu isu. Penyelidik telah

    menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif bagi memperolehi data mentah;

    Antara kaedah kajian yang telah digunakan ialah;

    4.1Borang Soal SelidikPenyelidik telah mengedarkan borang soal selidik yang berkaitan dengan tajuk

    kajian kepada sejumlah 10 orang pekerja Hartalega Sdn. Bhd. Kaedah ini

    bertujuan untuk mengumpul data dan mengenalpasti reka bentuk, proses dan

    konsep pengorganisasian yang diamalkan oleh Hartalega Sdn. Bhd, serta

    mengenalpasti gaya kepimpinan pihak tertinggi yang diamalkan.

    4.2Temu BualPada 24 Julai 2013 (Rabu), jam 5.00 6.30 PM, saya telah membuat temu-

    janji bersama Pengarah Sumber Manusia, Encik Vincent Kuan untuk

    mengumpul data berkenaan reka bentuk dan konsep pengorganisasian

    Hartalega Sdn. Bhd.

    Manakala pada 27 Ogos 2013 (Selasa), jam 1.302.45 PM, saya telah

    menemu-bual Eksekutif Jabatan Sekuriti, Encik Fairus Kusaini untuk

    mendapatkan lagi maklumat berkenaan mengenai proses pengorganisasian

    secara terperinci dan mendalam.

    Walaupun saya telah berjaya untuk menemu-bual pihak atasan, kami

    tidak dapat merakamkan perbualan berikutan polisi syarikat yang tidak

    membenarkan orang luar membawa telefon bimbit ke dalam kawasan kilang.

    Oleh itu, saya akur dan perlu patuhi kepada peraturan tersebut.

    4.3PemerhatianPada 24 Julai 2013, jam 6.30 PM, saya telah membuat pemerhatian di tapak

    kajian, Hartalega Sdn. Bhd. Saya telah memerhatikan bagaimana tingkah-laku

    pekerja dalam melaksanakan kerja dan bagaimana proses pengorganisasianSyarikat Hartalega Sdn. Bhd dilaksanakan.

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    11/32

    11

    5.0DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN5.1Reka Bentuk Syarikat Hartalega Sdn. Bhd

    Reka bentuk organisasi terbahagi kepada tiga, iaitu; fungsian, divisyen dan

    matriks. Syarikat Hartalega Sdn. Bhd. telah mengamalkan reka bentuk

    organisasi mengikut fungsi. Struktur mengikut fungsi merujuk kepada

    pengelompokan atau perkumpulan tugas berdasarkan fungsi asas organisasi,

    seperti; Jabatan Pengeluaran, Jabatan Pemasaran atau Jabatan Kewangan.

    Hartalega Sdn. Bhd. mempunyai pecahan tujuh jabatan dan setiap

    jabatan diketuai oleh pengurus jabatan masing-masing. Rujuk carta di bawah;

    Rajah 5.1.0; Carta Organisasi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd

    Tugas-tugas di setiap jabatan;

    JABATAN TUGAS

    Jabatan Perakaunan Encik Yong Pat Chai bertugas untuk menjaga

    akaun syarikat, mengawal aliran keluar-

    masuk wang, akaun pelaburan, bayaran gaji.

    Jabatan Sumber Manusia Encik Vincent Kuan perlu merangkumi

    keseluruhan data pekerja syarikat. Selain itu,

    beliau bertugas untuk pengambilan pekerja

    baru serta menjaga kebajikan pekerja.

    Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Encik Eu Jin bertugas untuk memastikan

    setiap penghasilan sarung tangan getah di

    dalam Jabatan Penyelidikan dan

    Pembangunan atau mengikut citarasa

    pelanggan perlu menepati standard piawaian

    syarikat serta mengenalpasti potensi produk.

    Pengarah Sumber Manusia

    Encik Vincent Kuan

    Jabatan Perakaunan

    Encik Yong Pat Chau

    Jabatan Sumber

    ManusiaEncik Vincent Kuan

    Jabatan Penyelidikan

    dan PembangunanEncik Eu Jin

    Jabatan Jaminan

    KualitiPuan Nurul Aisyah

    Jabatab Pembelian

    dan PemasaranPuan Catherine

    Jabatan Logistik

    Encik Akhbar

    Jabatan Kejuruteraan

    Encik Tan Kim Wah

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    12/32

    12

    Jabatan Jaminan Kualiti Puan Nurul Aisyah bertanggungjawab untuk

    memeriksa setiap produk sarung tangan yang

    dihasilkan perlu menepati standard kualiti

    piawaian yang ditetapkan syarikat serta

    memenuhi kehendak kualiti pasaran

    antarabangsa sebelum dipasarkan.

    Jabatan Pembelian dan Pemasaran Puan Catherine bertugas untuk memastikan

    pembelian produk berjalan secara efektif dan

    efisien. Selain itu, beliau perlu merekodkan

    bagaimana prestasi syarikat di pasaran

    antarabangsa selain menguruskan bahagian

    pemasaran produk.

    Jabatan Logistik Encik Akhbar bertugas untuk menguruskan

    aliran sumber dari lokasi ianya diwujudkan

    hingga ke destinasi pengguna atau pembeli

    atau mengendalikan sebarang masalah

    berlaku di bahagian; pengendalian produk,

    inventori, pengangkutan dan pergudangan.

    Jabatan Kejuruteraan Encik Tan Kim Wah bertanggungjawab

    untuk memastikan seluruh mesin berfungsi

    untuk memproses input kepada output.

    Sebarang masalah teknikal atau mekanikal,

    hendaklah dirujuk kepada beliau.

    Rajah 5.1.1; Tugas-tugas Jabatan

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    13/32

    13

    5.1.1 Rasional Pemilihan Struktur FungsianHartalega Sdn. Bhd. merupakan sebuah organisasi yang luas dan

    besar. Ia mempunyai pecahan pengurusan kepada tujuh jabatan

    manakala jumlah pekerja bawahan adalah seramai 4,084 pekerja

    (data sehingga 21 Ogos 2013).

    Oleh itu, rasionalnya organisasi ini memilih struktur

    fungsian adalah untuk memudahkan pengkhususan kerja dapat

    dilakukan dengan berkesan kerana setiap pekerja mempunyai

    kemahiran, kelulusan dan pengalaman yang berbeza berikutan

    kepelbagaian tugas yang perlu dijalankan.

    Selain itu, struktur fungsian ini dapat memudahkan

    penyeliaan terhadap tugasan yang dilaksanakan untuk dilakukan.

    Pertindihan tugas juga dapat dielakkan serta keputusan berpusat

    dapat dilakukan dengan cepat dan berkesan.

    5.2Proses Pengorganisasian Syarikat Hartalega Sdn. Bhd

    Menurut Ernest Dale (Management Book; James A.F Stoner); Prosespengorganisasian boleh diklasifikasikan sebagai meneliti seluruh tugasan yang

    perlu dilaksanakan untuk mencapai matlamat organisasi kerana organisasi

    dibentuk berdasarkan suatu matlamat. Maka, penelitian terhadap setiap

    tugasan amat penting bagi memastikan tugasan yang diberi tidak tersasar

    daripada matlamat dan objektif organisasi.

    5.2.1 Penentuan ObjektifDi peringkat pertama, pengurus dikehendaki mengenalpasti

    matlamat organisasi dan objektif setiap jabatan dalam sesebuah

    organisasi. Selain itu, pengurus perlu mengenalpasti sumber yang

    perlu ada dan tugas yang perlu dilaksanakan untuk mencapai

    matlamat organisasi yang telah ditetapkan.

    Di Hartalega Sdn. Bhd, visi dan misi utama yang telah

    ditetapkan oleh syarikat ialah menjadi pengeluar sarung tangangetah No. 1 di samping mementingkan kebajikan masyarakat.

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    14/32

    14

    JABATAN OBJEKTIF

    Jabatan Perakaunan Memastikan pengaliran kewangan dilakukan

    secara optimum dan efisien.

    Jabatan Sumber Manusia Menguruskan pengambilan pekerja baharudan menjaga kebajikan para pekerja.

    Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Membuat penyelidikan dan membangunkan

    satu produk yang memenuhi kehendak

    pelanggan serta mengenalpasti potensi

    produk-produk yang dikaji.

    Jabatan Jaminan Kualiti Memastikan kualiti setiap produk menepati

    standard piawaian syarikat dan pasaran.Jabatan Pembelian dan Pemasaran Menguruskan proses jual-beli produk

    berjalan seara efektif dan efisien selain

    memastikan produk yang dihasilkan

    menembusi pasaran antarabangsa.

    Jabatan Logistik Memastikan sumber mentah sentiasa ada

    serta menyediakan kelengkapan gudang.

    Jabatan Kejuruteraan Memastikan setiap mesin berfungsi dan

    mempertingkatkan lagi kemahiran.

    Rajah 5.2.1.0; Objektif di Setiap Jabatan

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    15/32

    15

    5.2.2 Pengenalpastian AktivitiDi peringkat ini, pengurus akan mengenalpasti secara khusus

    aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam usaha mencapai matlamat yang

    ditetapkan. Hal ini penting bagi memastikan aktiviti yang

    dilaksanakan selaras dengan fungsi jabatan dan pertindihan tugasan

    tidak berlaku.

    Bagi memastikan matlamat Syarikat Hartalega Sdn. Bhd.

    dicapai; Menjadi pengeluar sarung tangan getah No. 1 di samping

    menjaga kebajikan masyarakat, pihak pengurusan telah

    mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang dilakukan seperti;

    mendapatkan bekalan getah daripada pembekal atau memberikan

    khidmat nasihat kepada pelanggan tentang sarung tangan yang

    ditempah mengikut citarasa.

    Pihak pengurusan perlu mengambil bahagian dalam

    khidmat memberi nasihat kepada pelanggan tentang criteria-kriteria

    yang perlu ada pada sarung tangan serta mendengar pendapat dan

    permintaan yang dibuat oleh setiap pelanggan.

    Seterusnya, pihak pengurusan akan menerima bayaran

    pendahuluan atau bayaran penuh daripada pelanggan sebelum

    menerima tempahan sebagai satu jaminan. Selesai saja bayaran

    dibuat, tempahan akan diterima dan proses pembuatan akan

    dimulakan mengikut tempoh yang diberi oleh pelanggan.

    Sebaik saja proses pembuatan sarung tangan siap, output

    yang dikeluarkan akan diuruskan oleh Jabatan Pengangkutan

    (Shipping Management) dan produk akan dihantar kepada

    pelanggan. Akhir sekali, pihak pengurusan akan merekodkan

    jualan-beli yang dibuat.

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    16/32

    16

    5.2.3 Pengelasan AktivitiDi peringkat ini, pihak pengurusan akan menyusun aktiviti

    mengikut kemahiran dan kecekapan pekerja atau criteria tertentu.

    Dalam sebuah organisasi, terdapat pelbagai aktiviti perlu

    dijalankan untuk mencapai objektif tertentu dan pelbagai

    kemahiran perlu dimiliki pekerja untuk melaksanakan aktivitinya.

    Seperti di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, aktiviti seperti

    memberi nasihat dalam pemilihan kriteria sarung tangan yang

    dikehendaki dan menerima tempahan sarung tangan boleh

    dikelaskan di dalam satu kategori.

    Melalui pengelasan aktiviti, ia akan memudahkan operasi

    dijalankan dengan lebih lancar mengikut kemahiran pekerja serta

    dapat melaksanakan sesuatu pekerjaan dalam tempoh yang

    ditetapkan oleh pelanggan.

    5.2.4 Pengelompokan Aktiviti

    Proses pengelompokan aktiviti dilakukan selepas semua aktivitidikenal-pasti dan pengelasan aktiviti mengikut kemahiran pekerja

    dan kriteria pelanggan dibuat.

    Di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, aktiviti seperti

    memberikan nasihat tentang produk akan diletakkan di bawah

    bidang tugas Jabatan Jaminan Kualiti Produk. Manakala, aktiviti

    menerima pembayaran pula akan diuruskan oleh Jabatan

    Perakaunan dan aktiviti membuat tempahan sarung tangan dan

    penghantaran kepada pelanggan serta merekod jualan dan belian

    akan diuruskan oleh Jabatan Pembelian dan Pemasaran.

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    17/32

    17

    5.2.5 Pengagihan Tugas, Autoriti dan TanggungjawabApabila setiap unit sudah terbentuk mengikut pengkhususan kerja

    masing-masing, langkah yang terakhir adalah untuk menentukan

    bilangan pekerja yang diperlukan di dalam setiap unit, pihak yang

    akan melakukan tugas, bidang tugas dan tanggungjawab pekerja

    serta rantaian arahan.

    Di Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, pihak pengurusan

    atasan akan membuat pengagihan tugas kepada setiap ketua jabatan

    dan memaklumkan kepada mereka tentang objektif yang perlu

    dicapai. Apabila mendapat arahan daripada pihak atasan, pengurus

    setiap jabatan pula akan mengagihkan tugas kepada individu yang

    sesuai supaya tugas dapat dilaksanakan dengan sempurna.

    Tugas-tugas yang diberi haruslah berpadanan dengan

    kemahiran dan kepakaran yang dimiliki oleh seseorang individu.

    Sebagai contoh, pekerja yang mempunyai kemahiran dalam bidang

    perakaunan diberi tugas untuk membuat catatan lejar berdasarkan

    dokumen urus niaga.

    Seseorang pekerja juga akan diberikan autoriti, iaitu hak

    atau kuasa kebenaran untuk mengambil sesuatu keputusan dan

    tindakan. Sebagai contoh, kilang Syarikat Hartalega Sdn. Bhd

    pernah dipecah-masuk oleh penceroboh. Oleh hal yang demikian,

    pekerja-pekerja yang bertugas di bahagia sekuriti, terutama

    Eksekutif perlu membuat keputusan sendiri tanpa diarahkan oleh

    pihak atasan untuk menangkap penceroboh tersebut. Keputusan

    yang dibuat termasuklah langkah-langkah untuk mengatasi

    pencerobohan berlaku, bagaimana penceroboh boleh melepasi

    sistem sekuriti, pada jam berapa pencerobohan berlaku, siapa yang

    harus bertanggungjawab atas kerugian yang dialami dan lain-lain.

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    18/32

    18

    5.3Konsep Pengorganisasian Syarikat Hartalega Sdn. BhdTerdapat sembilan konsep pengorganisasia, iaitu; Autoriti, Tanggungjawab,

    Akauntabiliti, Pemusatan dan Pemencaran Autoriti, Penugasan,Empowermen,

    Autoriti Lini dan Staf, Jangkauan Kawalan dan Rantaian Arahan.

    Autoriti merujuk kepada hak seseorang individu dalam membuat

    keputusan dan mengarahkan individu lain dalam organisasi. Seorang pengurus

    diberikan autoriti berdasarkan kepakarannya dalam organisasi.

    Tanggungjawab ditakrifkan sebagai tugas yang diagihkan kepada

    seseorang individu dan tugas tersebut wajib dilaksanakan dengan sebaik

    mungkin oleh individu berkenaan. Apabila seorang pengurus memberikan

    sesuatu tugasan kepada seseorang individu, maka individu tersebut

    bertanggungjawab ke atas perkara tersebut.

    Akauntabiliti wujud apabila seseorang individu dipertanggungjawab-

    kan untuk melaksanakan sesuatu tugas dan seterusnya menerima kesan

    daripada pelaksanaan tanggungjawab tersebut.

    Pemusatan autoriti berlaku apabila segala hak membuat keputusanditumpukan kepada seorang individu sahaja di dalam organisasi. Secara

    relatifnya, autoriti ini dimiliki seseorang individu yang memegang jawatan

    tertinggi di dalam organisasi seperti, Encik Vincent Kuan. Manakala

    pemencaran autoriti berlaku apabila hak membuat keputusan diagihkan

    kepada individu yang berada dalam lingkungan struktur organisasi tetapi

    autoriti tertinggi masih dipegang oleh pengurusan atasan. Malahan, autoriti

    yang diberikan boleh ditarik balik.

    Penugasan autoriti melibatkan pengagihan tanggungjawab daripada

    seorang ketua kepada pekerja bawahannya. Setiap pengurus atau ketua harus

    melaksanakan penugasan autoriti untuk mengelakkan mana-mana individu

    dalam organisasi memikul tanggungjawab yang terlalu berat. Pengurus

    biasanya bergantung pada pekerja bawahan mereka untuk membantu

    melaksanakan tanggungjawab yang telah diagihkan.

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    19/32

    19

    Empowermendidefinisikan sebagai satu proses pengurus membuat

    penyerahan kuasa dan autoriti kepada pekerja dalam mebuat sesuatu

    keputusan. Proses ini merupakan suatu keadaan yang melibatkan kuasa,

    sumber kuasa dan dan autoriti tertumpu kepada satu individu.

    Autoriti Lini dan Stafmerujuk kepada tugas dan aktiviti penting yang

    perlu dilaksanakan secara langsung untuk mencapai matlamat organisasi yang

    ditetapkan dan tugas yang menyokong aktiviti ini. Oleh itu, pengurus lini

    bertanggungjawab secara langsung untuk melaksanakan tugas yang diberi dan

    pengurus staf akan berperanan sebagai penasihat dan memberi cadangan,

    menjalankan penyelidikan serta menyediakan perkhidmatan pakar.

    Jangakauan kawalan dikenali sebagai jangkauan pengurusan yang

    merujuk kepada bilangan staf atau pekerja bawahan yang berada di bawah

    kawalan seorang ketua. Jangkauan kawalan melibatkan penyeliaan seorang

    ketua kepada pekerja bawahannya dan bilangan pekerja yang melaporkan.

    Terdapat dua jenis jangakaun kawalan, iaitu; Jangkaan kawalan sempit

    merujuk kepada bilangan pekerja yang sedikit diletakkan di bawah kawalan

    seorang ketua atau pengurus dan; Jangkauan kawalan luas merujuk kepada

    sejumlah besar subordinat yang dipertanggungjawabkan untuk diselia oleh

    seorang ketua atau pengurus.

    Rantaian arahan menunjukkan hubungan secara langsung antara

    ketua dengan subordinatnya. Melalui rantaian arahan, persoalan siapa

    melapor kepada siapa dapat dijawab. Rantaian arahan menunjukkan sistem

    pelaporan dalam organisasi. Menurut Henri Fayol, semakin jelas rantaian

    arahan, maka semakn berkesan proses membuat keputusan dan kecekapan.Hal

    ini membolehkan individu mengetahui siapa yang boleh membuat keputusan

    dan tindakan serta siapa yang perlu melaksanakan arahan berkenaan.

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    20/32

    20

    5.3.1 Konsep yang diamalkan oleh Syarikat Hartalega Sdn. BhdDi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, mereka hanya menekankan enam

    konsep, iaitu; Autoriti, Tanggungjawab, Akauntabiliti, Pemusatan

    dan Pemencaran Autoriti, Penugasan dan Rantaian Arahan. Konsep

    pengorganisasian ini dilihat dapat mempengaruhi displin dan

    keberhasilan pekerja-pekerja Syarikat Hartalega Sdn. Bhd.

    5.3.1.1AutoritiDi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, setiap pengurus jabatan

    mempunyai autoriti masing-masing untuk membuat

    keputusan dalam apa-apa situasi yang berlaku dalam ruang

    lingkup jabatan mereka. Sebagai contoh, pengurus jabatan

    sumber manusia mempunyai hak dalam membuat

    keputusan dan bertindak dalam hal-hal yang berkaitan

    dengan sumber manusia sahaja seperti; proses pengambilan

    pekerja baharu. Namun, pengurus di jabatan sumber

    manusia tidak mempunyai hal dalam pembuatan keputusan

    di jabatan-jabatan lain seperti Jabatan Kewangan.

    5.3.1.2TanggungjawabDi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, pihak atasan

    mempertanggungjawabkan pekerja bawahan dalam

    penghasilan sarung tangan. Oleh itu, pekerja-pekerja

    bawahan tersebut harus melaksanakan tugasan tersebut

    dengan amanah dan sempurna.

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    21/32

    21

    5.3.1.3AkauntabilitiPada suatu masa, kilang Syarikat Hartalega Sdn. Bhd

    pernah diceroboh oleh sekumpulan penceroboh. Eksekutif

    Bahagian Sekuriti, Encik Fairus Kusaini telah membuat

    keputusan sendiri tanpa arahan pihak atasan meletakkan

    beliau untuk bertanggungjawab ke atas keputusan yang

    dibuat tersebut. Beliau perlu menjelaskan kenapa dan

    bagaimana keputusan yang dibuat kepada pihak atasan

    dengan sebab yang kukuh. Jika sebarang tindakan atau

    keputusan yang diambil tidak membuahkan hasil

    penyelesaian, beliau tidak akan meletakkan kesalahan

    tersebut pada bahu orang lain. Namun, sekiranya tindakan

    tersebut berhasil dan berkesan, beliau tidak akan

    menganggap bahawa kejayaan tersebut adalah hasil usaha

    beliau sendiri semata-mata.

    5.3.1.4Pemusatan dan Pemencaran Autoriti

    Di Jabatan Kewangan Syarikat Hartalega Sdn. Bhd,pemusatan autoriti berlaku apabila hanya seorang pengurus

    sahaja yang membuat keputusan tentang aliran keluar-

    masuk wang dan penggunaan dana syarikat kerana

    pembuatan keputusan ini sangat terbatas kepada pekerja

    yang berkemahiran khusus sahaja. Hasilnya, keputusan

    dapat dibuat dengan lebih seragam.

    Pemencaran autoriti merujuk kepada proses

    membuat keputusan yang diagihkan ke semua peringkat

    organisasi. Berdasarkan borang soal-selidik yang diedarkan

    kepada pekerja Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, Jabatan

    Sumber Manusia memerlukan bayak pihak dalam membuat

    keputusan mengikut bidang kuasa masing-masing

    terutamanya dalam pengambilan pekerja baharu. Antara

    bidang kuasa tersebut termasuklah; Bahagian Sekuriti,Bahagian Pengurusan Gaji Pekerja dan Kebajikan Pekerja.

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    22/32

    22

    5.3.1.5PenugasanDi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, keputusan bersama antara

    Eksekutif dan staf adalah penting bagi memudahkan tugas

    Eksekutif. Sebarang keputusan berkait dengan kebajikan

    pekerja akan dikendalikan oleh Eksekutif Jabatan Sumber

    Manusia. Staf bawahan akan membantu Eksekutif dalam

    menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi oleh

    pekerja atau kebajikan pekerja. Namun, sebarang keputusan

    yang dibuat oleh staf bawahan masih tertakhluk di bawah

    keputusan yang dibuat oleh Eksekutif.

    5.3.1.6Rantaian ArahanRantaian arahan yang berlaku di Syarikat Hartalega Sdn.

    Bhd adalah apabila pihak atasan jabatan mengeluarkan

    arahan kepada pihak pengurusan pertengahan bagi

    melaksanakan sesuati tugasan.

    Sebagai contoh, pihak atasan Jabatan Sumber

    Manusia mengeluarkan arahan kepada pihak pengurusan

    pertengahan, iaitu di Jabatan Jaminan Kualiti, supaya

    memastikan kualiti sarung tangan getah yang dihasilkan

    menepati standard piawaian syarikat dan tidak melanggar

    sebarang etika di dalam penghasilan sarung tangan

    berkualiti, Ini menunjukkan, pihak pengurusan pertengahan

    menjadi orang tengah yang menghubungkan arahan pihak

    atasan kepada pekerja-pekerja bawahan. Di sini, terdapat

    sejenis komunikasi berlaku, iaitu komunikasi sehala.

    Komunikasi sehala ini berlaku apabila hanya satu pihak

    sahaja menghantar maklumat tanpa mengharapkan jawapan

    atau maklum balas daripada pihak yang menerima

    maklumat. Dalam organisasi, perasaan takut dan segan

    menyebabkan pekerja bawahan menerima segala arahan

    daripada pengurusan atas tanpa memberi sebarang respon.

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    23/32

    23

    6.0Gaya Kepimpinan Pemimpin Tertinggi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd6.1Definisi Kepimpinan dan Pemimpin

    Menurut Luthan, kepimpinan ialah kemampuan seseorang untuk

    mempengaruhi individu lain supaya melakukan sesuatu yang diinginkan oleh

    individu tersebut. Secara umunya, kepimpinan adalah satu proses yang

    dilakukan oleh seorang pengurus untuk mempengaruhi aktiviti individu atau

    kumpulan dalam usaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Oleh itu,

    pemimpin diperlukan untuk peranan sebagai ketua yang mempunyai

    subordinat di bawah kawalannya.

    Luthan turut menyatakan pemimpin ialah individu yang mampu

    mempengaruhi individu lain untuk melakukan sesuatu yang dikehendaki oleh

    individu tersebut. Proses membentuk dan melahirkan pemimpin terbaik

    memerlukan jangka masa yang panjang. Pemimpin hebat pada zaman kini

    tidak lagi dilahirkan secara semulajadi, sebaliknya dibentuk melalui proses

    pembentukan gaya kepimpinan bermula dari zaman persekolahan.

    Kepimpinan yang baik dapat memudahkan proses komunikasi

    dijalankan serta dasar dan perancangan yang diberikan oleh pengurus kepadasubordinat dapat dilaksanakan.

    Selain itu, kepimpinan yang baik dapat memotivasikan pekerja dngan

    menggunakan insentif kewangan dan bukan kewangan bagi memastikan

    pekerja produktif. Ia juga dapat membentuk keyakinan yang tinggi dalam diri

    pekerja serta membenttuk persekitaran kerja yanglebih baik dan produktif.

    Melalui kepimpinan yang baik, penyelarasan semua aktiviti di setiap jabatan

    akan dapat dilakukan dengan baik dan berkesan.

    6.2Jenis Gaya Kepimpinan6.2.1 Gaya Kepimpinan Autokratik

    Gaya kepimpinan autokratik merujuk melibatkan aktiviti

    pembuatan keputusan dilakukan oleh seorang ketua sahaja. Pekerja

    tidak diberi peluang untuk memberikan sebarang pandangan.

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    24/32

    24

    6.2.2 Gaya Kepimpinan DemokratikPemimpin memberi kebebasan kepada pekerja untuk menjana idea

    dan membuat keputusan secara bersama. Kebiasaanya, pemimpin

    akan menyuarakan masalahnya dan akan meminta pandangan

    subordinatnya untuk penyelesaian masalah.

    6.2.3 Gaya Kepimpinan Lissez-faireGaya kepimpinan ini memberi kuasa sepenuhnya kepada pekerja

    organisasi untuk membuat keputusan. Maksud konteks ini ialah,

    pemimpin akan memberi kuasa kepada pekerjanya dalam

    pembuatan keputusan berdasarkan garis panduan yang telah

    diberikan oleh pemimpin tersebut.

    6.2.4 Gaya Kepimpinan KontigensiGaya kepimpinan kontigensi merupakan satucara kepimpinan

    mengambil kira faktor ciri-ciri pemimpin dengan faktor situasi.

    Gaya kepimpinan ini membuat penyesuaian gaya kepimpinan

    berdasarkan ciri-ciri pemimpin dengan faktor situasi dalammewujudkan satu gaya kepimpinan berkesan.

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    25/32

    25

    6.3Gaya Kepimpinan Pemimpin Tertinggi Syarikat Hartalega Sdn. BhdGaya kepimpinan merujuk kepada kemampuan seseorang pemimpin

    mempengaruhi subordinatnya. Terdapat empat jenis gaya kepimpinan, iaitu;

    Autokratik, Demokratik,Laissez-faire dan Kontigensi.

    Rajah 6.3.1; Gaya Kepimpinan yang Diamalkan oleh Pemimpin Tertinggi

    Berdasarkan borang soal-selidik yang telah diedarkan kepada sejumlah 10

    orang pekerja Syarikat Hartalega Sdn. Bhd, 60% pekerja bersetuju bahawa

    pemimpin atasan mereka mengamalkan gaya kepimpinan demokratik di mana

    seorang pengurus melibatkan subordinat bawahannya dalam pembuatan

    keputusan. Sepertimana yang dilakukan oleh Jabatan Sumber Manusia di

    Syarikat Hartalega Sdn. Bhd. Terdapat tiga Eksekutif dan seorang kerani di

    bawah pengurus di Bahagian Pengambilan Pekerja dan setiap pekerja

    mempunyai peranan masing-masing dalam membantu pengurus dalam

    pengambilan pekerja baharu. Pekerja digalakkan untuk berkongsi idea dan

    pendapat untuk membuat keputusan tersebut walaupun ketua mempunyai

    kuasa akhir dalam membuat keputusan. Oleh hal yang demikian, pekerja akan

    berasa lebih terlibat dalam proses pembuatan keputusan.

    30%

    60%

    10%

    0%

    Gaya Kepimpinan yang Diamalkan oleh Pemimpin

    Tertinggi Syarikat Hartalega Sd. Bhd

    Autokratik Demokratik Laissez-faire Kontigensi

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    26/32

    26

    Seterusnya,30% pekerja menyatakan bahawa pihak atasan syarikat

    menggunakan gaya kepimpinan autokratik di mana pemimpin tidak

    mementingkan atau menerima sebarang pandangan yang diberi. Pekerja

    beranggapan bahawa semua keputusan dibuat oleh ketua sahaja. Selain itu,

    mereka bersetuju dengan kehendak soalan yang menyatakan pekerja jarang

    dipercayai untuk membuat keputusan atau melaksanakan tugasan penting.

    Perkara ini membuatkan pekerja beranggapan bahawa pihak atas menganggap

    pekerja bawahan tidak mempunyai kemahiran dan kepakaran serta kurang

    pengetahuan dalam melaksanakan tugas.

    Manakala bagi gaya kepimpinan laissez-faire, terdapat 10% pekerja

    yang menyokong gaya kepimpinan ini. Pekerja beranggapan bahawa pihak

    atasan tidak memberi banyak bimbingan kepada mereka tetapi memberikan

    kebebasan penuh kepada pekerja untuk membuat keputusan. Namun, pihak

    atasan masih menyediakan peralatan dan sumber yang diperlukan. Justeru,

    pekerja lebih berpuas hati dengan pelaksanaan kerja mereka.

    Akhir sekali, berdasarkan borang soal-selidik, tiada seorang pun

    respondan menyokong idea pemimpin mereka mengamalkan gaya kepimpinan

    kontigensi di dalam organisasi.

    Kesimpulannya, berdasarkan borang soal-selidik yang telah diedarkan,

    pemimpin tertinggi Syarikat Hartalega Sdn. Bhd lebih banyak menggunakan

    gaya kepimpinan di dalam organisasi.

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    27/32

    27

    7.0RUMUSANKajian telah dilaksanakan berdasarkan tiga kaedah; temu-bual, pemerhatian dan

    pengedaran borang soal-selidik. Dapat dirumuskan bahawa syarikat berskala besar

    dan mempunyai pekerja yang ramai seperti Syarikat Hartalega Sdn. Bhd sesuai

    menggunakan reka bentuk fungsian sebagai asas struktur organisasi. Kelebihannya

    adalah dapat mengelakkan pertindihan tugas dan pengagihan tugasan juga dapat

    dilakukan dengan lebih berkesan dan tersusun mengikut jabatan.

    Proses pengorganisasian yang dilaksanakan juga sangat teratur mengikut

    susunan kerjanya. Bermula daripada penentuan objektif syarikat, pihak pengurusan

    dapat membuat pengenalpastian aktiviti untuk dimulakan. Aktiviti yang dikenal-pasti

    termasuklah mendapatkan bekalan getah, menasihati pelangan tentang pemilihan

    kriteria sarung tangan, proses tempahan, proses pembayaran, proses penghantaran dan

    proses merekod jualan dan belian. Seterusnya, semua aktiviti ini akan dikelaskan di

    bawah satu kategori mengikut jabatan masing-masing.

    Selepas itu, proses pengelompokan aktiviti akan dilaksanakan mengikut

    bahagian di jabatan masing-masing mengikut kemahiran dan kepakaran. Proses

    terakhir ialah mengagihkan tugas, autoriti dan tanggungjawab. Di peringkat ini,pengurus berperanan sebagai penggerak unit masing-masing. Pengurus akan

    mengagihkan tugasan kepada individu yang sesuai untuk melaksanakannya.

    Konsep pengorganisasian yang diamalkan di dalam Syarikat Hartalega Sdn.

    Bhd ialah autoriti, tanggungjawab, akauntabiliti, pemusatan dan pemencaran autoriti,

    penugasan dan rantaian arahan. Konsep-konsep tersebut dapat dilihat sebagai

    pengaruh yang mempengaruhi keberhasilan pekerja serta mempengaruhi kualiti

    produk sarung tangan getah yang dihasilkan.

    Akhir sekali, berdasarkan borang soal-selidik yang telah diedarkan kepada

    sejumlah 10 orang pekerja, gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pemimpin tertinggi

    Syarikat Hartalega Sdn. Bhd adalah gaya kepimpinan demokratik. Gaya kepimpinan

    ini juga turut mempengaruhi keberhasilan dan prestasi pekerja dalam tugasan diberi.

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    28/32

    28

    7.1CadanganSebagai sebuah syarikat yang bertaraf antarabangsa, Syarikat Hartalega Sdn.

    Bhd perlu mengambil inisiatif untuk penambah-baikan proses organisasi, iaitu

    dalam pengambilan pekerja yang betul-betul berpengalaman dan

    berkemahiran dalam sesuatu bidang. Kriteria ini akan memudahkan sesuatu

    tugasan itu dapat dilaksanakan dengan sempurna apabila diserahkan kepada

    pekerja yang mempunyai kemahiran khusus.

    Seterusnya, Syarikat Hartalega Sdn. Bhd boleh mempelbagaikan jenis

    sarung tangan. Syarikat Hartalega Sdn. Bhd khusus dalam penghasilan sarung

    tangan getah untuk kegunaan hospital. Oleh itu, syarikat hanya berurusan

    dengan satu sektor sahaja, iaitu sektor hospital. Justeru, dengan penghasilan

    pelbagai jenis sarung tangan, syarikat dapat memperluaskan hubungan

    perniagaan dengan sektor-sektor utama yang lain. Di samping itu, pihak

    syarikat dapat menjana pendapatan yang lebih.

    Selain itu, Syarikat Hartalega Sdn. Bhd mempunyai lebih ramai

    pekerja asing dan ianya telah memberi imej negatif kepada syarikat selain

    mengalami masalah komunikasi. Oleh itu, syarikat perlu mengambil pekerjatempatan bagi mengatasi masalah komunikasi. Rantaian arahan juga dapat

    difahami dengan lebih jelas dan peluang pekerjaan terbuka luas kepada

    pekerja tempatan untuk meningkatkan taraf hidup.

    Berikutnya, kekurangan tenaga mahir dalam kalangan pekerja

    menyebabkan produktiviti terjejas. Pekerja gagal menguasai kemahiran khusus

    kerana tahap pendidikan yang rendah. Oleh itu, pihak pengurusan Syarikat

    Hartalega Sdn. Bhd boleh menyediakan latihan dan kursus kemahiran untuk

    meningkatkan lagi kemahiran pekerja. Kesannya, kos pengeluaran dapat

    diminimumkan dan penggunaan sumber digunakan secara optimum.

    Akhir sekali, Syarikat Hartalega Sdn. Bhd boleh menawarkan gaji

    yang lebih lumayan. Oleh kerana faktor sara hidup semakin meningkat,

    penduduk tempatan lebih mencari pekerjaan yang bergaji lumayan. Bagi

    mereka, kerja kilang hanyalah kais pagi makan pagi, kais petang makan

    petang. Justeru, syarikat perlu mengambil kira faktor ini.

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    29/32

    29

    8.0RUJUKAN8.1Brosur/Katalog

    Brosur Syarikat Hartalega Sdn. Bhd8.2

    Laman Sesawang

    http://www.hartalega.com.my http://webmpm.mpm.edu.my/perisian/ManualPBS9464 http://cikgukarthik.blogspot.com

    8.3Keratan Akhbar [email protected] Straits Times, March 29/2008

    8.4Buku Rujukan Mokhtar Pet & Rafidah Manap. 2013.Ace Head Teks STPM Pengajian

    Perniagaan: Pengurusan Penggal 2. Shah Alam. Oxford Fajar.

    8.5Artikel www.asiamoney.com/Article/3128921/BEST-MANAGED-

    COMPANY -AWARDS-Malaysia

    http://www.hartalega.com.my/http://www.hartalega.com.my/http://webmpm.mpm.edu.my/perisian/ManualPBS9464http://webmpm.mpm.edu.my/perisian/ManualPBS9464http://cikgukarthik.blogspot.com/http://cikgukarthik.blogspot.com/mailto:[email protected]:[email protected]:[email protected]://cikgukarthik.blogspot.com/http://webmpm.mpm.edu.my/perisian/ManualPBS9464http://www.hartalega.com.my/
  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    30/32

    30

    9.0LAMPIRAN

    Gambar 1.0; Artikel Mengenai Syarikat Hartalega Sdn. Bhd

    Gambar 2.0; Penghasilan Sarung Tangan Getah

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    31/32

    31

    Gambar 3.0; Logo Syarikat Hartalega Sdn. Bhd

    Gambar 4.0; Tapak Perkilangan Syarikat Hartalega Sdn. Bhd di Bestari Jaya

  • 7/30/2019 Kajian Tentang Reka Bentuk Organisasi (Repaired) - PP

    32/32

    Gambar 5.0; Artikel Mengenai Syarikat Hartalega Sdn. Bhd

    Gambar 6.0; Sidang Mensyuarat Hartalega Holdings Bhd.