kajian kumpulan final

Upload: ina-alli

Post on 03-Jun-2018

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    1/33

    1.0 PENDAHULUAN

    1.1 Pengenalan

    Bahasa Melayu ialah salah satu bahasa yang penggunaannya sangat

    meluas dengan bilangan penutur yang ramai. Sejarah pertumbuhan dan

    perkembangan bahasa Melayu membuktikan bahawa bahasa itu sebenarnya

    merupakan salah satu bahasa yang bermartabat dan digunakan untuk

    menyatukan pelbagai bangsa, terutama di Asia Tenggara. Dari segi sejarah,

    bahasa Melayu berasal daripada rumpun bahasa Austronesia. Bahasa Melayu

    berasal daripada filum Austrik/Austris, lalu daripada rumpunnya, maka bahasa

    Melayu merupakan rumpun bahasa Austronesia. Beberapa orang pakar sejarah

    bahasa menyebutnya sebagai rumpun bahasa Melayu-Polinesia. Bahasa Melayu

    telah mengalami perubahan dan perkembangan 5 zaman sejak zaman purba

    dahulu sehingga kini.

    Zaman pengunaan bahasa Melayu Klasik melingkungi zaman antara abad

    ke 14 hingga abad ke 19 Masihi. Zaman permulaannya ditandai dengan

    prasasti Terengganu ( Batu Besurat Terengganu ) yang bertarikh pada 702 H.

    bersamaan dengan tahun 1303 M. Zaman bahasa Melayu klasik menempuh

    kemajuan yang pesat berbanding dengan zaman bahasa Melayu kuno. Padamasa ini perkembangan ilmu pengetahuan dan kegiatan intelektual dalam

    bahasa Melayu mencapai tahap yang tinggi. Pada akhir abad yang ke-16 M,

    umpamanya, sudah lahir hasil-hasil karya falsafah tasawwuf dalam bahasa

    Melayu. Bahkan pada awal abad ilmu-ilmu agama yang lain khususnya seperti

    polemik yang dilakukan oleh Hamzah Fansuri, Syamsudin Pasai, Nurudin Al-

    Raniri dan Abdul Rauf Singkel. Kelahiran hasil-hasil karya yang bersifat

    intelektual ini berpunca daripada pengaruh Islam yang meresap ke dalam

    bahasa dan budaya Melayu.

    Banyak hasil karya yang berbahasa Melayu yang bersifat falsafah dan

    agama setelah wujud pengaruh Islam. Dari sejak itu perkembangan ilmu

    pengetahuan terutama tentang agama dan pentadbiran begitu pesat

    berkembang dalam bahasa Melayu. Lantaran itulah maka bahasa Melayu telah

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    2/33

    menjadi bahasa utama di Asia Tenggara untuk urusan pengembangan agama

    Islam bahkan ia menjadi salah satu di antara enam bahasa dunia Islam iaitu

    Arab, Farsi, Turki, Inggeris dan Hindi.

    Dalam kajian ini, teks yang dikaji ialah Hikayat Abdullah yang merupakan

    hasil karya pada zaman peralihan klasik. Karya asalnya ditulis pada batu dengan

    tulisan khat oleh Abdullah sendiri dan kemudiannya diolah kembali oleh orang

    lain. Sehingga kini karya tersebut telah ditulis semula dalam tulisan rumi tetapi

    masih mengekalkan keaslian bahasa yang digunakan.

    Aspek yang dikaji dalam teks ini ialah aspek sintaksis. Seperti yang

    diketahui, sintaksis merupakan cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk,

    struktur, dan binaan atau konstruksi ayat. Namun kajian ini lebih berfokuskan

    kepada binaan ayat iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk keterangan. Ayat tunggal

    ialah ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Ayat ini juga

    dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis. Ayat Majmuk pula ialah ayat yang

    mengandungi dua atau lebih ayat dan disambungkan oleh perkataan kata

    hubung seperti dan, atau, kecuali, tetapi dan lain-lain.

    1.2 Objektif Kajian

    i. Mengenal pasti penggunaan ayat tunggal dan ayat majmuk campuran

    dalam teks Hikayat Abdullah

    ii. Menganalisis penggunaan ayat tunggal dan ayat majmuk campuran

    dalam teks Hikayat Abdullah

    iii. Menghuraikan penggunaan ayat tunggal dan majmuk campura dalam

    teks Hikayat Abdullahberdasarkan hukum tatabahasa dalam buku

    Tatabahasa Dewan

    1.3 Batasan Kajian

    Kajian ini dibataskan kepada penggunaan ayat tunggal dan ayat majmuk

    campuran dalam teks Hikayat Abdullah. Tajuk yang dipilih ialah Bab IV Dari Hal

    Kota Melaka, muka surat 45-56.

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    3/33

    1.4 Definisi Konsep

    1.4.1 Sintaksis

    Raminah Haji Sabran (1988:183),

    Bidang sintaksis mengkaji hubungan antara perkataan dengan perkataan

    dalam pembentukan ayat. Dalam erti kata yang lain, kajian sintaksis ialah

    kajian mengenai ayat.

    Goay Teck Chong (2008 : 253)

    Sintaksis ialah bidang ilmu linguistik yang mengkaji pembinaan ayat.

    Sesuatu ayat terbina daripada rentetan kata yang digabungkan dan

    disusun mengikut rumus atau hukum tatabahasa tertentu. Hal ini

    bermakna sintaksis dapat juga diertikan sebagai bidang yang mengkaji

    hokum atau rumus tatabahasa yang digunakan untuk membentuk ayat

    dalam sesuatu bahasa.

    Siti Hajar Abdul Aziz (2011:172)

    Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji

    bentuk struktur dan binaan atau kontraksi ayat. Sintaksis juga merupakan

    kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah

    penggabungan dan penyusunan perkataan dan kelompok perkataan

    untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

    1.4.2 Konsep Ayat Tunggal

    Raminah Haji Sabran, Rahim Syam, (1984:184)

    Ayat selapis atau ayat tunggal ialah ayat yang terdiri daripada hanya satu

    subjek dan satu predikat.

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    4/33

    Goay Teck Chong (2008:265

    Ayat tunggal merupakan yang terbit daripada ayat dasar. Binaan ayat

    tunggal menyamai binaan ayat dasar sekiranya ayat tunggal itu ayat nyata.

    Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada satu konstituen subjek dan

    konstituen predikat.

    Siti Hajar Abdul Aziz (2011:191)

    Ayat tunggal ialah ayat yang mempunyai satu klausa sahaja iaitu yang

    terkandung dalam klausa itu satu konstituen subjek dan satu konstituen

    predikat.

    1.4.3 Konsep Ayat Majmuk

    Raminah Haji Sabran (1988:188)

    Ayat majmuk atau ayat bercampur ialah ayat yang terhasil daripada

    gabungan dua atau lebih ayat yang mempunyai subjek dan predikat

    yang berlainan. Ayat-ayat yang digabungkan itu mungkin terdiri

    daripada jenis ayat yang sama atau mungkin juga terdiri daripada jenis

    ayat yang berlainan.

    Goay Teck Chong (2008: 266)

    Ayat majmuk ialah ayat yang terbina dengan mencantumkan dua ayat

    tunggal atau lebih, iaitu mengandung dua atau lebih daripada dua

    klausa.

    Siti Hajar Abdul Aziz (2011:195),

    Ayat majmuk ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat tunggal atau

    lebih yang dicantumkan menjadi satu ayat. Pencantuman ini

    menyebabkan ayat majmuk itu mempunyai lebih daripada dua subjek

    atau lebih daripada dua predikat.

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    5/33

    1.4.3.1 Konsep ayat majmuk campuran

    Goay Teck Chong (2008: 269)

    Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih

    daripada satu jenis ayat, iaitu terdiri daripada campuran ayat

    tunggal dengan ayat majmuk atau deretan pelbagai jenis ayat

    majmuk.

    Siti Hajar Abdul Aziz (2011:195),

    Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih

    daripada satu jenis ayat, iaitu yang terdiri daripada campuran

    ayat tunggal dan ayat majmuk atau dengan beberapa jenis ayat

    majmuk. Ayat ini lebih panjang dan perlu diujarkan atau

    dituliskan dengan berhati-hati agar ayat itu bermakna dan dapat

    difahami oleh orang lain.

    2.0 KAEDAH KAJIAN

    Beberapa kaedah telah digunakan dalam kajian teks ini. Antaranya ialah :

    i. Kajian Keperpustakaan

    Kaedah ini digunakan kerana terdapat bahan-bahan literatur seperti

    majalah, buku, artikel, jurnal dan sebagainya digunakan dalam kajian ini.

    ii. Kajian Berbentuk Kualitatif

    Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat / data yang

    bersifat kualitatif. Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian,

    temubual, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data

    yang lengkap. Saiz sampel bagi kajian ini lebih kecil berbanding kajian

    kualitatif. Dalam kajian berbentuk kualitif ini, jenis yang digunakan ialah

    analisis dokumen iaitu penganalisisan data secara huraian atau deskriptif

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    6/33

    2.1 Prosedur Kajian

    Prosedur kajian adalah langkah-langkah yang digunakan untuk membuat

    satu kajian. Prosedur kajian ini penting kerana menjadi satu panduan

    untuk memastikan kelancaran kajian teks. Antara prosedur kajian ialah :

    i. Mengenal pasti dan memilih sampel kajian iaitu Hikayat Abdullah

    yang bertajuk Dari Hal Kota Melaka.

    ii. Pengumpulan data kajian iaitu dari aspek ayat tunggal dan ayat

    majmuk keterangan yang terdapat dalam teks.

    iii. Mengidentifikasi dan mengklasifikasi penggunaan ayat tunggal dan

    ayat majmuk keterangan yang terdapat dalam teks.

    iv. Menjelaskan dan menghuraikan penggunaan ayat tunggal dan ayat

    majmuk keterangan yang terdapat dalam teks.

    v. Membuat rumusan dan mengemukakan cadangan untuk

    penambahbaikan untuk masa akan datang.

    2.2 Persampelan

    Hikayat Abdullah , Bab IV Dari Hal Kota Melaka, 45-56ms

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    7/33

    2.3 Kerangka Konseptual

    3.0 DAPATAN KAJIAN

    3.1 Pengenalan

    Dalam bahagian ini, pengkaji akan cuba mengenal pasti seberapa banyak

    ayat majmuk campuran dan ayat tunggal yang terdapat dalam teks kajian

    Hikayat Abdullah. Ayatmajmuk campuran ini dapat dibahagikan kepada

    tiga jenis utama iaitu ayat tunggal+ ayat tunggal + ayat tunggal, ayattunggal + ayat majmuk serta golongan ayat majmuk + ayat majmuk.

    Dalam kajian ini, pengkaji telah mengenal pasti 27 jenis ayat majmuk

    campuran. Golongan-golongan ini adalah berbeza dari aspek penggunaan

    kata hubung dan jenis ayat majmuk campuran. Ayat tunggal ialah ayat

    terbentuk daripada satu klausa, yakni ayat yang terdiri daripada satu

    Mengenal pasti dan

    memilih sampel kajian

    Pengumpulan data

    kajian

    Mengidentifikasi dan

    mengklasifikasi

    Menjelaskan dan

    menghuraikan

    Membetulkan

    kesilapan penggunaan

    ayat tunggal dan ayat

    majmuk

    Membuat rumusan

    dan mengemukakan

    cadangan untuk

    penambahbaikan

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    8/33

    subjek dan satu predikat. Dalam teks Hikayat Abdullah 46-56ms ini,

    pengkaji telah mengenal pasti beberapa ayat tunggal seperti jadual yang

    berikut :Analisis dan huraian ayat majmuk campuran ini dapat dilihat dan

    dibuktikan dalam huraian di bawah.

    3.2 Analisis ayat tunggal

    Mengenal pasti ayat tunggal

    Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis,

    iaitu ayat tunggaldan ayat majmuk.Fokus kajian ini akan menjuruskan kepada binaan

    ayat tunggal sahaja.

    BIL Ayat Tunggal

    1 Maka pada kedua pintu itu adalah Supai menjaga berganti-ganti. 47ms

    2 Maka pada malamnya diangkatnya jambatan itu. 47ms

    3 Maka di kaki kubu itu dibubuhnya pula ranjau besi bercerancangan. 47ms

    4 Maka adalah di tebing parit itu berkeliling ditanamnya pokok sena. 47ms

    5 Demikianlah berkeliling kota itu. 48ms

    6 Maka di kemuncak bukit itulah gereja Holanda. 48ms

    7 Adanya gereja itu asalnya gereja orang Portugis. 48ms

    8 Maka kulihat rupanya rupa Nasrani adanya. 48ms

    9 Bermula maka di sebela gereja itu ada satu kebun Kompeni.

    10 Itupun bahasa Portugis juga. 50ms

    11 Semuanya disuruhnya buangkan ke laut adanya. 51ms

    12 Sebermula maka kembalilah aku melihat darihal Tuan Raja Farquhar hendak

    memecahkan kota Melaka itu. 51ms

    13 Maka makinlah bertambah-tambah orang bekerja itu. 51ms

    14 Maka upahnyapun makinlah naik. 51ms

    15 Kemudian maka berhentilah pula pekerjaan daripada mencari kaki kota itu. 51-

    52 ms

    16 Maka disuruhkannya pula pecahkan dari sebelah laut itu. 52ms

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    9/33

    17 Maka itupun ia tiada mahu. 52 ms

    18 Maka terlalulah susah pekerjaan memecahkan kota itu. 52 ms

    19 Dan lagi oleh sebab banyak sangat hantu syaitan itu. 52ms

    20 Maka beratus-ratus orang pergi berlihat. 52 ms

    21 Maka akupun ganggu pergilah melihat. 52 ms

    22 Maka disuruhnya orang naik ke atas itu menghalaukan orang di seberang itu.

    53 ms

    23 Maka orangpun larilah sara-bara. 53ms

    24 Maka sebentar itu juga lalu dicucuhkannya sumbu itu. 53 ms

    25 Maka setelah itu lalu digertakkannya kudanya. 53 ms

    26 Adapun seri Melaka itulah kota itu. 53 ms

    27 Maka ada diseberang itu rumah Khatib Musa. 54 ms

    28 Maka jauhnya rumah itu ada di seberang sungai itu adalah duapuluh depa

    lebih-lebih. 54 ms

    29 Maka sekalian mereka itu ada bersembunyi dipanggung hendak melihat

    temasya itu. 54ms

    30 Maka berlarilah masing-masing. 54ms

    31 Maka di atas tubuhnya kulihat ada batu kota itu bertimbun. 55ms

    32 Delapan-sembilan batu menindih akan dia. 55ms

    33 Maka didukunglah dibawa pergi ke Kampung Pali. 55ms

    34 Maka dibawalah ke rumah doktor Inggeris. 55ms

    35 Maka si Basir itu matilah sebentar itu juga. 55ms

    36 Maka orang semuanya sesalkan mereka itu juga. 55 ms

    Menurut Nik Safiah Karim (2008:439), ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi

    satu klausa sahaja, iaitu yang mempunyai satu konstituen subjek dan satu konstituen

    predikat. Semua ayat yang disenaraikan di atas merupakan ayat tunggal iaitu semua

    ayat tersebut mengandungi hanya satu subjek dan satu predikat. Sebagai contoh,

    i. Itupun bahasa Portugis juga.

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    10/33

    (subjek) (predikat)

    Zulkifley Hamid dalam bukunya Linguistik Melayu menyatakan ayat tunggal

    boleh berurutan subjek + predikat atau predikat tambah subjek. Ayat yang berurutan

    predikat + subjek juga dipanggil ayat songsang, iaitu strukturnya songsang atau terbalik

    seperti yang terdapat pada ayat di atas. Antara contoh ayat songsang ialah,

    ii. (a) Maka di kemuncak bukititulahgereja Holanda. (Ayat songsang)

    (b) Gereja Holanda maka di kemuncak bukit itulah. (Ayat asal)

    Dalam teks kajian ini, terdapat 36 ayat tunggal dan didapati 12 daripada ayat

    tersebut merupakan ayat songsang.

    Analisis Ayat Tunggal Dalam Hikayat Abdullah

    Menurut Arbak Othman, ayat ialah satu ikatan perkataan yang mengandungi

    subjek dan predikat. Ikatan perkataan ini mempunyai susunan berdasarkan tekanan,

    intonansi dan hentian yang tertentu serta membawa satu fikiran atau idea yang

    lengkap.Ayat tersebut akan dikategorikan sebagai ayat tunggal sekiranya ia mempunyai

    satu subjek dan satu predikat sahaja. Dalam kajian ini, aspek yang akan dikaji ialah

    i. Susunan biasa

    ii. Susunan songsang

    - Pendepanan seluruh predikat

    - Pendepanan sebahagian daripada predikat

    Susunan Biasa

    Ayat tunggal ialah ayat yang terbina daripada dua bahagian iaitu subjek dan

    predikat. Subjek ialah bahagian ayat yang diterangkan dan predikat ialah bahagian ayat

    yang menerangkan subjek. Abdullah Hassan dalam bukunya tatabahasa bahasa

    Melayu mengatakan subjek ialah benda manakala predikata ialah cerita. Subjek

    mestilah terdiri daripada orang, benda atau perkara. Manakala predikat ialah bahagian

    ayat yang mengandungi cerita dan cerita itu ialah berkenaan benda, orang atau perkara

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    11/33

    yang disebut dalam subjek. Binaan subjek dalam ayat tunggal terdiri daripada frasa

    nama dan binaan predikat ayat tunggal boleh terbentuk daripada unsur-unsur frasa

    nama (FN), frasa kerja (FK), frasa adjektif (FA) dan frasa sendi nama (FSN). Berikut

    adalah contoh binaan ayat tunggal yang mengandungi satu subjek dan satu predikat :

    BIl Subjek Predikat POLA

    1 Itupun bahasa Portugis juga. FN +FN

    Analisis ayat 1 :

    BAHASA MELAYU KLASIK BAHASA MELAYU MODEN

    Itupun bahasa Portugis juga. Itu bahasa Portugis juga.

    Dalam ayat pertama yang dianalisis, subjek bagi ayat tersebut ialah Itupun iaitu kata

    ganti nama tunjuk dan predikatnya pula ialah bahasa Portugis jugayang terdiri daripada

    kata nama khas. Gabungan subjek dan predikat ini menunjukkan pola ayat tersebut

    ialah FN +FN. Menurut Chemaline Osup (2010), pola FN+FN terdiri daripada kata yang

    diterangkan, atau inti frasa, yang hadir dahulu (subjek) dan kata yang menerangkan

    atau penerang yang hadir kemudian (predikat). Struktur ayat ini tetap sama dalambahasa Melayu moden dan tidak mengalami apa-apa perubahan cuma perkataan pun

    digugurkan dalam ayat bahasa Melayu moden. Hal ini demikian kerana penggunaan

    perkataanpunsering kali digunakan dalam penulisan Melayu lama. Berikut merupakan

    ayat tunggal dalam bahasa Melayu moden :

    Itu bahasa jugaPortugis

    Frasa Nama

    Inti frasa

    (kata ganti nama)

    Inti frasa

    (kata nama)

    objek

    Kata penegas

    Frasa Nama

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    12/33

    Kesimpulannya, hasil analisis mengenai ayat tunggal yang terdapat di dalam

    Hikayat Abdullah ini lebih kepada pola FN + FN. Struktur ayat bahasa Melayu klasik dari

    segi kedudukan perkataan adalah berbeza daripada bahasa Melayu moden tetapi

    masih mendukung makna yang sama. Dalam bahasa Melayu moden juga terdapat

    sebahagian perkataan yang telah digugurkan kerana penggunaan perkataan tersebut

    merupakan cara penulisan bahasa Melayu yang lama seperti perkataanpun.

    Susunan songsang

    Menurut Nik Safiah Karim (2008:478), ayat tunggal dalam bahasa Melayu boleh

    terbentuk dalam susunan biasa, dan boleh juga dalam susunan songsang, melalui

    proses pendepanan atau perjudulan. Dalam susunan songsang, unsur-unsur dalam

    konstituen predikat akan dipindahkan ke hadapan subjek. Melalui prose pedepanan,

    unsur yang dikedepankan itulah yang perlu diberikan penegasan. Terdapat dua proses

    pendepanan yang berlaku pada predikat iaitu :

    i. Pendepanan seluruh predikat

    ii. Pendepanan sebahagian daripada predikat

    Pendepanan seluruh predikat

    Dalam proses pendepanan seluruh predikat, seluruh konstituen predikat dibawa ke

    hadapan mendahului subjek. Dalam teks yang dikaji, terdapat beberapa ayat songsang

    yang melalui proses pendepanan seluruh predikat seperti yang berikut :

    Ayat Asal Ayat Songsang dalam kajian teks

    Pekerjaan memecahkan kota itu terlalu

    susah.

    Maka terlalulah susah pekerjaan

    memecahkan kota itu.

    Subjek bagi ayat yang dianalisis ialahpekerjaan memecahkan kota itu ialah frasa

    nama. Kata nama dalam subjek ini ialah pekerjaan yang merupakan kata nama am.

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    13/33

    Predikat bagi ayat ini pula ialah terlalu susahyang merupakan frasa adjektif. Perkataan

    susah menunjukkan sifat kepada sesuatu perbuatan. Gabungan subjek dan predikat ini

    menunjukkan pola ayat tersebut ialah FN + FA.

    Mengikut struktur bahasa Melayu moden, ayatnya telah berubah kedudukan

    tetapi maknanya tetap sama. Perkataan makapula telah digugurkan dari ayat. Menurut

    Nik Safiah Karim (2008: 257), perkataan maka merupakan kata pangkal ayat yang hadir

    dibahagian hadapan ayat yang menjadi penanda kesinambungan ayat dalam wacana.

    Perkataan ini umumnya digunakan dalam bahasa Melayu lama.

    Justeru itu, pekerjaan merupakan subjek dalam ayat bahasa Melayu moden

    manakala predikatnya pula ialah memecahkan kota itu terlalu susah. Binaan ayat

    adalah seperti berikut :

    Dalam kajian teks ini, didapati ayat songsang yang dikenal pasti hanya mengalami

    proses pendepanan sebahagian daripada predikat sahaja. Bahagian-bahagian daripada

    predikat boleh mengalami proses pendepanan secara berasingan, iaitu :

    i. Pendepanan frasa kerja

    ii. Pendepanan frasa adjektif

    iii. Pendepanan frasa sendi nama

    Namun begitu, dalam analisis kajian ini hanya dijumpai pendepanan frasa sendi nama

    sahaja. Unsur frasa sendi nama akan dipindahkan ke bahagian hadapan, iaitu

    Pekerjaan memecahkan itukota terlalu susah.

    Frasa Nama

    Inti frasa

    (kata nama am)(kata kerja transitif)

    objek

    Kata ganti

    nama tunjuk

    Kata penguat

    hadapan

    Inti frasa

    (Kata adjektif)

    Frasa Adjektif

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    14/33

    mendahului subjek. Terdapat dua proses pendepanan frasa sendi nama iaitu frasa

    sendi nama sebagai predikat dan frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.

    Frasa sendi nama sebagai predikat

    Ayat Asal Ayat Songsang dalam kajian teks

    Gereja Holanda maka di kemuncak bukit

    itulah.

    Maka di kemuncak bukit itulah gereja

    Holanda.

    Dalam bahasa Melayu klasik, salah satu cirinya ialah struktur ayat yang lebih memberi

    penekanan kepada ayat pasif dan ayat songsang. Ayat songsang dalam teks Hikayat

    Abdullah ini telah mengalami proses pendepanan atau penjudulan tanpa wujudnya

    ayat asal tersebut. Contohnya :

    (a) Gereja Holanda maka di kemuncak bukit itulah.

    (b) Maka di kemuncak bukit itulah gereja Holanda.

    Ayat (a) merupakan ayat asal kepada ayat songsang (b). Jika dilihat susunan

    konstituen predikat (a) iaitu susunan konstituen predikat frasa sendi nama telah

    mengalami proses pendepanan iaitu proses mengalihkan unsur frasa sendi nama kebahagian hadapan iaitu mendahului subjek. Maka terhasilnya ayat (b) sebagai ayat

    songsang.

    Frasa sendi nama sebagai keterangan dalam predikat

    Ayat Asal Ayat Songsang dalam kajian teks

    Pokok sena maka adalah di tebing parit itu

    berkeliling ditanamnya.

    Maka adalah di tebing parit itu berkeliling

    ditanamnya pokok sena.

    Dalam bahasa Melayu klasik, salah satu cirinya ialah struktur ayat yang lebih memberi

    penekanan kepada ayat pasif dan ayat songsang. Ayat songsang dalam teks Hikayat

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    15/33

    Abdullah ini telah mengalami proses pendepanan atau penjudulan tanpa wujudnya

    ayat asal tersebut. Contohnya :

    (a) Pokok sena maka adalah di tebing parit itu berkeliling ditanamnya.

    (b) Maka adalah di tebing parit itu berkeliling ditanamnya pokok sena..

    Ayat (a) merupakan ayat asal kepada ayat songsang (b). Jika dilihat susunan

    konstituen predikat (a) iaitu susunan konstituen predikat frasa sendi nama telah

    mengalami proses pendepanan iaitu proses mengalihkan unsur frasa sendi nama ke

    bahagian hadapan iaitu mendahului subjek. Maka terhasilnya ayat (b) sebagai ayat

    songsang.

    Predikat dalam ayat (a) ialah binaan frasa sendi nama sebagai keterangan. Hal ini

    demkian kerana frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata sendi nama itu diikuti

    keterangan, sebagai unsur frasa pilihan.

    Frasa Sendi Nama

    Kata Sendi Nama Frasa Nama

    Kata Nama Frasa Keterangan

    di tebing parit itu berkeliling ditanamnya

    Kesimpulannya, ayat songsang yang dikaji telah mengalami proses pendepanan

    frasa sendi nama sahaja. Proses pendepanan atau penjudulan ini tidak melibatkan

    sebarang proses pengguguran mana-mana perkataan dalam ayat tersebut. Namun

    begitu, dalam bahasa Melayu moden juga terdapat sebahagian perkataan yang telah

    digugurkan kerana penggunaan perkataan tersebut merupakan cara penulisan bahasa

    Melayu yang lama.

    AYAT TUNGGAL DALAM HIKAYAT ABDULLAH (M/S 46-56)

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    16/33

    BIL Ayat Tunggal S/P

    1 Maka pada kedua pintu itu adalah Supaimenjaga berganti-ganti. 47ms

    (p1,b6)

    S

    2 Maka pada malamnya diangkatnyajambatan itu. 47ms (P2,B6) S

    3 Maka di kaki kubu itu dibubuhnya pula ranjau besi bercerancangan.

    47ms (P3,B2)

    S

    4 Maka adalah di tebing parit itu berkeliling ditanamnya pokok sena.

    47ms (P3,B9)

    S

    5 Demikianlah berkeliling kota itu. 48ms (P1,B3)

    6 Maka di kemuncak bukit itulah gereja Holanda. 48ms (P2,B3) S

    7 Adanya gereja itu asalnya gereja orang Portugis. 48ms (P2,B4)

    8 Maka kulihat rupanya rupa Nasrani adanya. 48ms (P2,B11)

    9 Bermula maka di sebela gereja itu ada satu kebun Kompeni. (P11,B1) S

    10 Itupun bahasa Portugis juga. 50ms (P2,B4) /

    11 Semuanya disuruhnya buangkan ke laut adanya. 51ms (P2,B7)

    12 Sebermula maka kembalilah aku melihat darihal Tuan Raja Farquhar

    hendak memecahkan kota Melaka itu. 51ms (P3,B9)

    /

    13 Maka makinlah bertambah-tambah orang bekerja itu. 51ms (P3,B21) /

    14 Maka upahnyapun makinlah naik. 51ms (P3,B22) /

    15 Kemudian maka berhentilah pula pekerjaan daripada mencari kaki kota

    itu. 51-52 ms (P4,B32)

    /

    16 Maka disuruhkannya pulapecahkan dari sebelah laut itu.52ms

    (P1,B1)

    17 Maka itupun ia tiada mahu. 52 ms (P1,B8) /

    18 Maka terlalulah susah pekerjaan memecahkan kota itu. 52 ms (P1,B9) /

    19 Dan lagi oleh sebab banyak sangat hantu syaitan itu. 52ms (P1,B12)20 Maka beratus-ratus orang pergi berlihat. 52 ms /

    21 Maka akupun ganggu pergilah melihat. 52 ms /

    22 Maka disuruhnya orang naik ke atas itu menghalaukan orang di

    seberang itu. 53 ms

    /

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    17/33

    23 Maka orangpun larilah sara-bara. 53ms /

    24 Maka sebentar itu juga lalu dicucuhkannya sumbu itu. 53 ms /

    25 Maka setelah itu lalu digertakkannya kudanya. 53 ms S

    26 Adapun seri Melaka itulah kota itu.53 ms S

    27 Maka ada diseberang itu rumah Khatib Musa. 54 ms S

    28 Maka jauhnya rumah itu ada di seberang sungai itu adalah duapuluh

    depa lebih-lebih. 54 ms

    S

    29 Maka sekalian mereka itu ada bersembunyi dipanggung hendak

    melihat temasya itu.54ms

    /

    30 Maka berlarilah masing-masing. 54ms

    31 Maka di atas tubuhnya kulihat ada batu kota itu bertimbun. 55ms S

    32 Delapan-sembilan batu menindih akan dia. 55ms /

    33 Maka didukunglah dibawa pergi ke Kampung Pali. 55ms

    34 Maka dibawalah ke rumah doktor Inggeris. 55ms

    35 Maka si Basir itu matilah sebentar itu juga. 55ms /

    36 Maka orang semuanya sesalkan mereka itu juga. 55 ms /

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    18/33

    Mengenal pasti ayat tunggal

    Ayat sebagai unit bahasa yang tertinggi boleh dibahagikan kepada dua jenis,

    iaitu ayat tunggal dan ayat majmuk. Fokus kajian ini akan menjuruskan kepada

    penggunaan ayat majmuk campuran sahaja. Menurut Nik Safiah Karim (2011), ayat

    majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu

    terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-

    bagai jenis ayat majmuk. Dalam teks Hikayat Abdullah 46-56ms ini, pengkaji telah

    mengenal pasti beberapa ayat majmuk campuran seperti yang telah ditunjukkan di

    dalam jadual di bawah :

    AYAT

    MAJMUK

    CAMPURAN

    KATA HUBUNG CONTOH AYAT

    Ayat Tunggal+ Ayat

    Majmuk

    dan

    Bermula maka adalah halku daripada masa itu,

    tiadalah apa lain pekerjaan melainkan membaca-

    baca surat danmenyuarat juga.

    (ms 45, perenggan 1)

    Maka kalau sudah pukul delapan malam; maka

    adalah kira-kira sepuluh lima belas depa jauhnya

    ke kanan, ada pula suatu pintu, yaitu tempat

    masuk-keluar barang-barang dan kereta kuda

    sekaliannya berjalan dari situlah. (ms 47,

    perenggan 1)

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    19/33

    Maka jambatanpun ada tiga; satu jambatan besar,

    yaitu jalan ke sebelah Melaka; dan kedua

    jambatan kecil namanya, yaitu jalan ke sebelah

    Bukit Cina; ketiga jambatan ke sebelah Bandar

    Hilir.

    (ms 47, perenggan 2)

    sebabdanMaka sekalian itu bohong semata-mata, melainkan

    sebabkeras sangkanya dan ketakutannya mereka

    itu mejadikan bahaya bagi dirinya. (51ms, P2)

    yangdan Adapun kapur yang melekat di batu itu rupanya

    dan baunya seperti baharu dibubuh

    rasanya.(51ms, P3)

    setelahsertaMaka, setelah keesokan harinya, datanglah Tuan

    Farquhar berkuda, sertamemegang Murangpada

    tangannya. (53ms, P1)

    dantetapi Banyak sungguh kepandaian dan hikmat orang

    putih ini; akan tetapi terlalu sayangnya kota

    sebagus ini dibinasakan dengan sebentar juga.

    (53ms, P1)

    setelahyang Setelah sampailah jangkanya, maka dikoreknya

    pula tanah yang di sebelah lubang itu menceruk,

    ada kira-kira sedepa lebarnya, empat persegi,

    terlalu dalam. (52ms, P3)

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    20/33

    Ayat Majmuk

    + Ayat

    Majmuk

    kerena.. serta..

    dan

    Adapun sebab sangka mereka itu demikian, oleh

    kerena kukuhnya kota itu, serta dengan

    perbuatannya, dan keras batunya dan tempatnya

    bukan barang-barang. (ms 45, perenggan 1)

    dan.. dan.. serta..

    dan

    Maka di situlah diaturnya meriam berkeliling; dan

    tebalnya sepanjang-panjang kota itu adalah

    setengah tiga depa; maka pada tiap-tiap

    katelumnya itu adalah rumah di bawah tanah itu,

    yaitu dengan selengkapnya, serta dengan perigi

    dankandang kudanya.

    (ms 46, perenggan 3)

    dan.. atau

    Dan lagi jikalau ada barang suatu pergadohan

    atau perang dan sebagainya, diangkatnya

    jambatan itu. (ms 47, perenggan 2)

    dan.. dan.. dan

    Maka dalam parit itu adalah beberapa buaya danikan siakap dan jumpul danudang galah menjadi.

    (ms 47, perenggan 3)

    Maka terlalu indah-indah tanaman dan kebun itu,

    daripada pohon buah-buah dan bunga-bunga dan

    segala jenis sayur-sayur.

    (ms 49, perenggan 1)

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    21/33

    dan yang Maka hampir-hampir dapat Melaka olehnya, maka

    berkeliling jajahan Melaka dankampung-kampung

    semuanya sudah didapatnya, melainkan tinggal

    lagi Melaka bulat-bulat sahaja yang belkum

    didapatnya. (ms 49, perenggan 2)

    yangsebab Maka pekerjaan itu datanglah dengan bersakit,

    maka orangpun banyaklah yang takut hendak

    bekerja, sebab banyak orang yangmati dan sakit.

    (52ms, P1)

    kemudianyangsertadan

    Adalah secara kasarnya seperti ibu kaki, kemudian

    lubang yang tersebut itu disuruhnya tutup serta

    ditumbuk rapat-rapat dengan batu dan tanah

    diasak. (52ms, P3)

    tetapiyangAkan tetapi sudahlah dengan takdir Allah, itulah

    alamat dunia ini tiada kekal; yangada ditiadakan,yang tiada diadakan, berubah-ubah adanya

    (53ms, P2)

    yangtatkalaAda yang diperbuat rumah di Melaka, ada yang

    dibawanya ke Batawi, tatkala zaman Holanda

    baharu ini, danyang ada dibawanya ke Riau dan

    ada pula Inggeris pun membawa pergi ke kapal

    dijadikannya tolak bara, dan yang ada separuh

    tenggelam dalam sungai, dan yang ada tinggal

    bertimbun seperti bukit sampai inipun ada lagi,

    diambil orang pada tiap-tiap hari adanya.

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    22/33

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    23/33

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    24/33

    Aspek sintaksis yang dikaji dalam kajian ini ialah ayat majmuk. Berikut

    merupakan beberapa pendapat tokoh mengenai ayat majmuk.

    Nik Safiah Karim (2011:497)

    Ayat dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan

    percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga

    menjadikannya ayat yang baharu.

    Abdullah Hassan (2009:41)

    Ayat majmuk merupakan ayat yang terbentuk daripada beberapa ayat bercantum

    menjadi satu.

    Zainal Abidin bin Ahmad(2009:41)

    Ayat tersebut tidak digelar sebagai ayat majmuk tetapi ia lebih dikenali sebagai

    ayat berlapis, ayat berkait, dan ayat bercampur.

    Asmah Haji Omar (1973:58)

    menggunakan istilah klausa kompleks bagi merujuk kepada ayat majmuk.

    Beliau membahagikan klausa kompleks kepada dua iaitu klausa yang terbentuk

    melalui penggabungan dan pelapisan iaitu setara dan tidak setara.

    Dalam kajian ini, jenis ayat majmuk yang diberikan fokus ialah ayat majmuk

    campuran. Menurut Nik Safiah Karim (2011), ayat majmuk campuran ialah ayat yang

    mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu terdiri daripada campuran ayat

    tunggal dengan ayat majmuk atau deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk. Manakala

    menurut Abdullah Hassan (2009:72) pula ialah ayat yang mengandungi lebih daripada

    satu jenis ayat, iaitu campuran ayat tunggal dangan ayat majmuk, atau campuran ayat

    majmuk gabungan dengan ayat majmuk pancangan. Ayat majmuk campuran juga

    dikenali sebagai ayat kompleks.

    Dalam ayat majmuk campuran terdapat tiga kategori yang dapat dikenal pasti.

    Kategori yang pertama ialah ayat tunggal digabungkan dengan ayat majmuk, kategori

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    25/33

    kedua pula ialah ayat majmuk digabungkan dengan ayat majmuk manakala kategori

    ketiga pula ialah gabungan sederetan ayat tunggal menjadi satu ayat dengan

    menggunakan kata hubung yang bersesuaian.

    KATEGORI 1 : AYAT TUNGGAL + AYAT MAJMUK

    Kategori yang pertama ialah ayat tunggal digabungkan dengan ayat majmuk.

    Ayat majmuk campuran kategori ini merupakan ayat tunggal yang dicampurkan atau

    digabungkan dengan ayat majmuk. Menurut Nik Safiah Karim (2011: 439), ayat tunggal

    ialah ayat yang mengandungi satu klausa sahaja iaitu yang mempunyai satu konstituen

    subjek dan satu konstituen predikat.

    Menurut Abdullah Hassan (2009: 72), ayat majmuk kategori ini ialah ayat tunggal

    yang digabungkan dengan ayat majmuk dan menjadi satu ayat yang lengkap.

    Ayat 1

    Bermula maka adalah halku daripada masa itu, tiadalah apa lain pekerjaan

    melainkan membaca-baca surat danmenyuarat juga.

    Ayat 1 menunjukkan ayat yang mempunyai kategori ayat majmuk campuran ayat

    tunggal dan ayat majmuk. Dalam ayat di atas, ayat tunggal tersebut digabungkan

    dengan ayat majmuk. Manakala jenis ayat majmuk yang terdapat di dalam ayat ini

    ialah ayat majmuk gabungan yang disambungkan dengan kata hubung dan. Menurut

    Nik Safiah Karim (2011:498), ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih yang

    dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-ayat tersebut

    dengan kata hubung gabungan. Untuk melihat dengan lebih jelas lagi gabungan dalam

    ayat ini, ia dapat dicerakinkan seperti yang terdapat di dalam jadual di bawah.

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    26/33

    Jenis ayat Contoh ayat

    Ayat tunggal Bermula maka adalah halku daripada masa itu.

    Ayat majmuk tiadalah apa lain pekerjaan melainkan membaca-baca surat dan

    menyuarat juga.

    Melalui contoh ayat yang terdapat di dalam jadual di atas Bermula maka adalah halku

    daripada masa itu, manakala tiadalah apa lain pekerjaan melainkan membaca-baca

    surat dan menyuarat juga, pula merupakan ayat majmuk gabungan yang telah

    digabungkan dengan menggunakan kata hubunga gabungan dan. Untuk melihat

    dengan lebih jelas lagi perkaitan antara ayat dalam ayat majmuk jenis ini, rujuk jadual di

    bawah;

    Jenis ayat Contoh ayat

    Klausa bebas tiadalah apa lain pekerjaan

    Kata hubung dan

    Klausa tak bebas melainkan membaca-baca surat dan menyuarat juga.

    Dalam ayat di atas, ayat majmuknya di atas terdiri daripada klausa bebas iaitu

    tiadalah apa lain pekerjaan manakala klausa tak bebasnya pula ialah melainkan

    membaca-baca surat dan menyuarat juga.. Kedua-dua klausa ini digabungkan dengan

    kata hubung gabungan dan. Menurut Nik Safiah Karim (2011: 251), kata hubung

    gabungan ialah sejenis kata yang menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama

    tara sifatnya.

    Melalui penggunaan kata hubungan gabungan ini, ini menunjukkan bahawa ayat

    majmuk di atas merupakan ayat majmuk yang sama tara. Melalui gabungan ayat

    Rajah 1: Jenis Ayat Dalam Ayat Majmuk Campuran

    Rajah 2: Pembahagian Ayat Kepada Jenis Klausa

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    27/33

    majmuk tersebut, ia akan menjadi ayat majmuk campuran apabila ia digabungkan lagi

    dengan ayat tunggal yang menjadikannya ayat lengkap yang agak panjang.

    Kesimpulannya, sesuatu ayat tunggal itu boleh dikatakan sebagai ayat majmuk

    campuran sekiranya ayat tunggal tersebut digabungkan dengan ayat majmuk dalam

    satu ayat yang sama.

    KATEGORI 2 : AYAT MAJMUK + AYAT MAJMUK

    Jika dilihat dalam teks kajian iaitu, Hikayat Abdullah menunjukkan penggunaan ayat

    majmuk + ayat majmuk ini secara langsung. Berikut merupakan definisi tokoh berkaitan

    dengan ayat majmuk ;

    Nik Safiah Karim (2008 : 520),

    sesuatu ayat boleh terdiri daripada satu ayat tunggal, atau deretan ayat yang

    dibina melalui proses penggabungan, relatif, komplemen, atau keterangan.

    Merujuk kepada pendapat Nik Safiah Karim di atas menunjukkan kategori ayat majmuk

    + ayat majmuk ini terdiri sama ada ayat majmuk gabungan, relatif, komplemen atau

    keterangan. Contoh kategori ini dapat dilihat dalam teks kajian Hikayat Abdullah ini.

    Ayat 1

    Adapun sebab sangka mereka itu demikian, oleh kerenakukuhnya kota itu, serta

    dengan perbuatannya, dan keras batunya dan tempatnya bukan barang-barang. (ms 45, perenggan 1)

    Ayat di atas menunjukkan wujudnya dua klausa utama. Ayat majmuk yang pertama dan

    kedua masing-masing merupakan ayat majmuk gabungan. Ayat majmuk gabungan ini

    ditandai dengan penggunaan kata hubung gabungan iaitu, serta, dan. Menurut Nik

    Safiah A. Karim (2008 : 251), kata hubung gabungan ialah jenis kata yang

    menghubungkan dua klausa atau lebih yang sama tara sifatnya. Sifat dan

    kesamataraan ayat di atas dapat dibuktikan melalui cerakinan seperti yang berikut ;

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    28/33

    Ayat 1 (a) :Adapun sebab sangka mereka itu demikian, oleh kerena kukuhnya kota itu,

    sertadengan perbuatannya.

    Kata hubung gabungan: dan

    Ayat 1 (b): Keras batunya dantempatnya bukan barang-barang. (ms 45, perenggan 1)

    Merujuk kepada ayat 1 (a) ;

    Ayat 1 (a) di atas merupakan ayat majmuk gabungan dengan klausa utamanya ;

    adapun sebab sangka mereka itu demikian, oleh kerena kukuhnya kota itu manakalaklausa bebasnya pula dengan perbuatannya. Klausa bebas dan klausa utama ini

    ditandai dengan kata hubungan gabungan serta. Klausa utama dan klausa bebas ni

    adalah setara sifatnya.

    Merujuk kepada ayat 1 (b) ;

    Ayat 1 (b) :Keras batunya dantempatnya bukan barang-barang.

    Klausa Bebas : Keras batunya.

    Kata Hubung Gabungan : danKlausa Tak Bebas : tempatnya bukan barang-barang

    Ayat 1 (a) :Adapun sebab sangka mereka itu demikian, oleh kerena kukuhnya kota

    itu, sertadengan perbuatannya.

    Klausa Bebas : Adapun sebab sangka mereka itu demikian, oleh kerena kukuhnya

    kota itu.

    Kata Hubung Gabungan : serta

    Klausa Tak Bebas : dengan perbuatannya.

    Rajah 3: Pembahagian Ayat Kepada Dua Ayat Majmuk

    Rajah 4: Pembahagian Ayat 1 Kepada Jenis Klausa

    Rajah 5: Pembahagian Ayat 2 Kepada Jenis Klausa

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    29/33

    Ayat 1 (b) di atas merupakan ayat majmuk gabungan dengan klausa utamanya ; keras

    batunya manakala klausa bebasnya pula tempatnya bukan barang-barang. Klausa

    bebas dan klausa utama ini ditandai dengan kata hubungan gabungan dan. Klausa

    utama dan klausa bebas ni adalah setara sifatnya.

    Kesimpulannya, ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua ayat

    atau lebih yang dijadikan satu dengan cara menggabungkan atau mencantumkan ayat-

    ayat tersebut dengan kata hubung seperti dan, sertadan sebagainya. Ayat-ayat yang

    digabungkan mempunyai kesetaraan sifat, iaitu ayat-ayat itu sama taraf dan boleh

    berdiri sendiri. Selain itu, ayat-ayat ini mempunyai hubungan kerana ia disusun

    mengikut urutan. Dua ayat majmuk gabungan ini membentuk ayat majmuk campuran.

    Ayat majmuk campuran merupakan ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenisayat, yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau

    deretan berbagai-bagai jenis ayat majmuk.

    KATEGORI 3 : AYAT TUNGGAL + AYAT TUNGGAL + AYAT TUNGGAL

    Jika dilihat dalam teks kajian iaitu, Hikayat Abdullah menunjukkan penggunaan ayat

    tunggal + ayat tunggal + ayat tunggal ini secara langsung. Berikut merupakan definisi

    tokoh berkaitan dengan kategori ini ;

    Zainal Abidin Bin Ahmad (2000 : 279)

    ayatberlapis ialah ayat yang dibina daripada dua ayat yang sama tarafnya.

    Asmah Hj. Omar (1973 : 58)

    Menggunakan klausa kompleks bagi merujuk ayat majmuk. Klausa kompleks

    setara adalah gabungan klausa-klausa yang sama taraf. Klausa ini digabungkan

    dengan penanda penghubung seperti, dan, atau tetapi dan lain-lain.

    Contoh kategori ini dapat dilihat dalam teks kajian Hikayat Abdullah ini.

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    30/33

    Ayat 1

    Adapun segala perkakas dan terungku dan sebagainya, semuanya sudah

    terbuang dibakar sekaliannya, dandipecahkan terungku gelap itu. (51ms, P1)

    Ayat di atas menunjukkan wujudnya beberapa ayat tunggal yang sama tara sifatnya.

    Ayat ini dihubungkan dengan kata hubung dan. Setiap klausanya adalah bebas dan

    boleh berdiri sendiri. Gabungan ayat tunggal ini merupakan gabungan lebih daripada

    dua klausa. Sifat ayat di atas dapat dibuktikan melalui cerakinan seperti yang berikut ;

    Ayat 1 :Adapun segala perkakas dan terungku dan sebagainya, semuanya sudah

    terbuang dibakar sekaliannya, dandipecahkan terungku gelap itu.

    Ayat 1 (a) : Adapun segala perkakas.

    Ayat 1 (b) : Adapun segala terungku.

    Ayat 1 (c) : Adapun segala sebagainya.

    Ayat 1 (d) : Semuanya sudah terbuang dibakar sekaliannya.

    Ayat 1 (e) : semuanya sudah dipecahkan terungku gelap itu.

    Ayat 1 di atas menunjukkan wujudnya beberapa ayat tunggal dalam ayat utama

    tersebut. Ayat-ayat ini juga dapat berdiri sendiri dan membentuk makna yang lengkap.

    Ayat-ayat ini adalah sama taraf sifatnya dan dihubungkan dengan kata hubung dan.

    Melalui penjelasan di atas menunjukkan wujudnya ayat tunggal dalam ayat

    majmuk campuran. Ayat tunggal ini boleh terdiri daripada beberapa ayat tunggal. Ayat

    tunggal ini dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, lalu, sambil, dan lalu.

    Rajah 6: Pembahagian Ayat Majmuk Campuran Kepada Ayat Tunggal

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    31/33

    RUMUSAN

    Ayat majmuk merupakan ayat yang terdiri daripada beberapa ayat tunggal yang

    digabungkan dengan cara tertentu sehingga menghasilkan ayat baharu. Umumnya

    salah satu ciri atau penanda ayat majmuk ialah kehadiran kata hubung kerana terdapat

    klausa atau ayat dihubungkan dengan kata hubung pada awal salah satu klausa atau

    ayat. Nik Safiah Karim dan Abdullah Hassan mentakrifkan ayat majmuk dalam konteks

    yang sama. Perbezaannya ialah penggunaan istilah atau unsur yang membina ayat

    majmuk. Abdullah Hassan menggunakan konsep klausa utama dan klausa kecil dalam

    mendefinisikan ayat majmuk manakala Nik Safiah Karim menggunakan istilah ayat

    utama dan ayat kecil. Walaupun berbeza dari segi peristilahan unsur dalam definisi ayat

    namun ia mendukung maksud dan fungsi yang sama.

    Kesimpulannya, dalam teks kajian iaitu Hikayat Abdullah telah menunjukkan

    produktinya penggunaan ayat majmuk campuran. Hasil daripada analisis yang

    dijalankan dapat dikenal pasti bahawa terdapat 27 ayat majmuk campuran kesemuanya.

    Jenis ayat majmuk campuran iaitu ayat tunggal digabungkan dengan ayat majmuk iaitu

    sebanyak lapan ayat, ayat majmuk digabungkan dengan ayat majmuk sebanyak 12

    ayat manakala sederetan ayat tunggal digabungkan dengan menggunakan kata hubung

    pula sebanyak enam ayat. Ini dapat dilihat melalui penggunaan ayat panjang yang

    meleret-leret. Setiap ayat ini dihubungkan untuk membentuk ayat ayat majmuk

    campuran.

    Ayat tunggal pula merupakan ayat yang terdiri daripada satu subjek dan satu

    predikat sahaja. Umumnya ayat tunggal boleh wujud dalam dua bentuk susunan iaitu

    susunan biasa dan susunan songsang. Kesimpulannya, dalam teks kajian iaitu Hikayat

    Abdullah telah menunjukkan produktinya penggunaan ayat tunggal khasnya ayat biasa

    dan ayat songsang. Hasil daripada analisis yang dijalankan dapat dikenal pasti bahawaterdapat 36 ayat tunggal dan didapati 12 daripada ayat tersebut merupakan ayat

    songsang.

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    32/33

    Antara cadangan pengkaji dalam memastikan kajian kesinambungan kajian ini

    ialah pengkaji boleh meneruskan kajian dengan mengkaji jenis ayat majmuk yang lain

    seperti ayat majmuk gabungan, keterangan, relatif dan komplemen. Selain itu, pengkaji

    juga boleh membetulkan kesilapan penggunaan kata hubung dalam teks kajian ini.

    Malahan, pengkaji juga boleh membandingkan penggunaan kata hubung yang terdapat

    dalam teks kajian dengan penggunaan kata hubung pada masa kini. Pengkaji juga

    berhasrat untuk meluaskan bidang kajian dalam aspek semantik, pragamatik dan

    sebagainya.

  • 8/12/2019 Kajian Kumpulan Final

    33/33

    BIBLIOGRAFI

    Goay Teck Chong, Choo Soi Tee, Zainuddin Ahmad, Teks Pra U-STPM Bahasa Melayu

    Kertas 1, Pearson Malaysia Sdn.Bhd. 2008

    Siti Hajar Abdul Aziz (2011), Bahasa Melayu 1, Oxford Fajar Sdn Bhd, Selangor.

    Raminah Haji Sabran, Rahim Syam, 1984, Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab

    Perguruan, Fajar Bakti Sdn. Bhd.