kajian kumpulan tahap keselesaan bekerja dalam kalangan staff ppukm

45
JABATAN KEJURURAWATAN, FAKULTI PERUBATAN, PPUKM, IJAZAH SARJANAMUDA KEJURURAWATAN, TAHUN 3, SEMESTER II, SESI 2014/2015. GGE2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN TUGASAN KUMPULAN 12 TAHAP KESELESAAN BEKERJA DALAM KALANGN STAFF PPUKM PENSYARAH : MEJAR MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN NAMA NO MATRIK RUFINA BAKRI A141472 NORAINI ABD RASHID A140939 NURAINI ISMAIL A141629 SITI NURUL FATIN ZAKARIA A141746

Upload: nuraini-ismail

Post on 08-Aug-2015

80 views

Category:

Data & Analytics


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

JABATAN KEJURURAWATAN, FAKULTI PERUBATAN,PPUKM, IJAZAH SARJANAMUDA KEJURURAWATAN,

TAHUN 3, SEMESTER II, SESI 2014/2015.

GGE2123 TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

TUGASAN KUMPULAN 12

TAHAP KESELESAAN BEKERJA DALAM KALANGN STAFF PPUKM

PENSYARAH : MEJAR MOHD JASMY BIN ABD RAHMAN

NAMA NO MATRIK

RUFINA BAKRI A141472

NORAINI ABD RASHID A140939

NURAINI ISMAIL A141629

SITI NURUL FATIN ZAKARIA A141746

SITI NOR AIN RAMLI A141803

Page 2: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

KANDUNGAN

Halaman

Pendahuluan 1

Permasalahan Kajian 2

Tujuan Kajian 4

Objektif Kajian 5

Persoalan Kajian 6

Metodologi Kajian 7

Dapatan Kajian 8

Perbincangan 25

Cadangan Kajian 28

Kesimpulan 29

Rujukan 30

Lampiran 32

Page 3: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

PENDAHULUAN

Kajian ini dilakukan untuk mengkaji tahap keselesaan bekerja dalam kalangan pekerja

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kami mengkaji hubungan antara

kemudahan yang disediakan dan tahap kualiti pekerjaan terhadap aspek keselesaan. Kajian

ini dijalankan di dalam kawasan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia

(PPUKM). Kajian ini dilakukan secara berkumpulan oleh para pelajar Tahun 3 Ijazah

Sarjana Muda Kejururawatan dengan Kepujian dengan menggunakan kaedah soal selidik.

Borang soal selidik diedarkan kepada responden seramai 25 orang yang mempunyai latar

belakang dan prospek kerja yang berbeza. Responden yang kami pilih adalah pekerja yang

dalam kawasan PPUKM. Maklumat daripada responden yang diperoleh daripada hasil

kajian akan dianalisa bagi menilai tahap keselesaan pekerja PPUKM. Setelah maklumat

dianalisa, perbincangan berkaitan dengan tahap keselesaan dilakukan bersama setiap ahli

kumpulan. Setiap ahli kumpulan memberi idea dan pandangan masing-masing semasa

perbincangan hasil analisa dijalankan. Kajian ini merangkumi aspek keselesaan seperti

kemudahan, perkhidmatan, pengurusan dan lain-lain lagi. Keseluruhan dapatan kajian ini,

disimpulkan menjadi laporan kajian.

1

Page 4: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

PERMASALAHAN KAJIAN

1) Tahap kelesaan bekerja

Pekerja memerlukan persekitaran yang selesa dan kondusif bagi melaksanakan

pekerjaan mereka. Namun begitu, kebanyakan organisasi lebih menekankan kepada

pencapaian keuntungan berbanding dengan kepuasan pekerja. Menurut Douglas

(1996) pula, terdapatnya pertalian terus di antara kualiti tempat kerja dan kesan

olehnya ke atas produktiviti pekerja. Persekitaran tempat kerja yang tidak selesa akan

memberikan kesan negatif kepada pekerja. Menurut Attwood (1996), di antara kesan-

kesan negatif yang boleh berlaku adalah peningkatan ketidakhadiran,. penurunan

ketara produktiviti, moral rendah dan sikap buruk ke atas organisasi yang berterusan

selama berbulan-bulan dan bertahun-tahun, peningkatan kesilapan kerja, dan

kehilangan pekerja yang rajin dan berpengalaman. Justeru kami ingin mengetahui

adakah pekerja di PPUKM menghadapi masalah dalam aspek keselesaan yang boleh

memberi kesan negative kepada pekerja itu sendiri.

2) Faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keselesaan bekerja

Menurut Herzberg et al., (1959) di dalam Amaratunga dan Baldry (2002),

keadaan tempat kerja adalah salah satu faktor yang menyumbang kepada

ketidakpuasan hati pekerja. Begitu juga dengan Gruenberg (1980) dan Seybolt (1976)

di dalam Amaratunga et al., (2000) telah mencadangkan bahawa keadaan tempat kerja

memainkan peranan yang penting untuk menentukan kepuasan bekerja. Oshagbemi

(1999) di dalam Amaratunga et al., (2000) telah menjalankan penyelidikan bagi

menyiasat faktor-faktor yang menyumbang kepada kepuasan dan ketidakpuasan di

2

Page 5: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

pusat pengajian tinggi telah mendapati keadaan fizikal dan fasiliti adalah elemen

terpenting di mana ianya membentuk pengaruh hampir 20 peratus ke atas produktiviti

kakitangan universiti. Justeru melalui kajian kami menyenaraikan kemudahan yang

boleh mempengaruhi tahap keselesaan pekerja PPUKM dalam bekerja seperti

kemudahan parker,kualiti makanan dan sistem pengurusan maklumat.

3) Pengaruh keselesaan terhadap kualiti pekerjaan

Keselesaan seseorang dalam bekerja dapat dilihat melalui kualiti pekerjaan

yang dihasilkan. Menurut Canter (1983), keselesaan bekerja secara langsungnya

mempunyai kesan positif ke atas kepuasan kerja dan perlaksanaan seseorang pekerja

tersebut. Justeru kami ingin melihat pandangan mereka adakah kualiti kerja pekerja

PPUKM seiring dengan tahap keselesaan mereka bekerja.

4) Kepentingan penambahbaikan dalam meningkatkan keselesaan bekerja

Pekerja memerlukan penambahbaikan dari semasa ke semasa dalam

meningkatkankan keselesaan sewaktu bekerja. Menurut Jacqueline Beattie (2007),

penambahbaikan secara berterusan bukan suatu aktiviti yang bersifat ‘one off’, tetapi

menuntut perubahan secara berterusan dalam menguruskan sesebuah organisasi.

Berdasarkan definisi yang diberikan, penambahbaikan secara berterusan dapat

ditakrifkan sebagai satu usaha secara berterusan yang perlu dilakukan oleh sesebuah

organisasi bagi memastikan organisasi tersebut kekal relevan. Oleh yang demikian

kami ingin mengetahui mengenai adakah pekerja di PPUKM menyokong

penambahbaikan yang dilaksanakan di PPUKM bagi meningkatkan keselesaan

sewaktu bekerja.

3

Page 6: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keselesaan pekerja sewaktu bekerja di

PPUKM. Kami juga ingin mengetahui kaitan antara faktor-faktor dan tahap keselesaan

sewaktu bekerja di PPUKM seperti dari aspek kemudahan, keselamatan dan pengurusaan.

Selain itu, kami juga ingin mengetahui mengenai adakah keselesaan dapat mempengaruhi

kualiti pekerjaan seseorang. Tambahan lagi, kami juga ingin mengetahui mengenai pandangan

responden sekiranya tahap keselesaan tidak mencapai objektif sewaktu bekerja. Seterusnya,

kami ingin mengetahui mengenai sebarang penambahbaikan terhadap tahap keselesaan

sewaktu bekerja. Akhir sekali, kami ingin sekali mengetahui adakah responden menyedari

kesan negatif yang akan berlaku sekiranya keadaan tempat kerja tidak selesa atau kondusif.

4

Page 7: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

OBJEKTIF KAJIAN

i. Untuk mengenal pasti tahap keselesaan pekerja di PPUKM

ii. Mengkaji hubungan antara faktor-faktor yang mempengaruhi tahap keselesaan di

PPUKM seperti kemudahan, keselamatan, dan sistem pengurusan

iii. Untuk mengkaji adakah keselesaan bekerja mempengaruhi kualiti pekerjaaan pekerja

di PPUKM

iv. Untuk mengenalpasti sebarang penambahbaikan bagi meningkatkan tahap keselesaan

pekerja di PPUKM

5

Page 8: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

PERSOALAN KAJIAN/ HIPOTESIS

i. Apakah tahap keselesaan pekerja di PPUKM?

ii. Bagiamanakah hubungan antara faktor-faktor yang mempengaruhi keselesaan bekerja

dengan tahap keselesaan yang dirasa?

iii. Adakah keselesaan bekerja mempengaruhi kualiti pekerjaan pekerja di PPUKM?

iv. Adakah PPUKM memerlukan sebarang penambahbaikkan bagi meningkatkan tahap

keselesaan pekerja di PPUKM?

6

Page 9: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

METODOLOGI KAJIAN

Bagi menjayakan kajian yang dijalankan, kami telah menggunakan soal selidik sebagai

kaedah bagi mendapatkan maklumat yang perlu dikumpul. Kami telah menghasilkan borang

soal selidik dimana kandungannya terbahagi kepada lima bahagian iaitu bahagian A, B, C, D

dan E . Bahagian A terdiri daripada soalan yang melibatkan biodata responden. Manakala

bahagian B hingga E terdiri daripada soalan yang dibina berdasarkan objektif kajian, yang

berbentuk pernyataan dengan menggunakan skala likert iaitu sangat setuju, setuju, kurang

setuju , tidak setuju dan sangat tidak setuju. Kaji selidik ini telah dilakukan dalam kawasan

PPUKM dengan jumlah responden sebanyak 25 orang. Responden yang dipilih terdiri

daripada pensyarah kejururawatan, jururawat, pembantu kesihatan, dan pelajar kejururawatan

serta pelajar perubatan. Melalui kajian ini, kami telah berjaya mengumpul semua data yang

dikehendaki untuk dijadikan satu hasil kajian yang lengkap.

Selain itu, kami menggunakan literatur sebagai rujukan. Kaedah ini membantu dalam

kajian kerana kami dapat membuat rujukan ke atas sumber-sumber seperti buku-buku, artikel-

artikel daripada jurnal, laporan, tesis-tesis dan surat khabar. Kajian literatur ini bertujuan

untuk memahami isu, mengenal pasti metodologi yang sesuai untuk digunakan dan memilih

kaedah terbaik untuk membuat analisis. Disamping mencari isu yang berkenaan dengan

kajian.

Akhir sekali, kami melakukan proses pengumpulan dan penganalisaan data.

Pengumpulan data ialah dimana borang soal selidik diedarkan kepada kumpulan sampel yang

dikenalpasti. Analisis data adalah proses dimana data yang diperolehi hasil daripada soal

selidik dianalisis dengan menggunakan perisian komputer SPSS. Di peringkat ini, penemuan

yang diperolehi daripada analisis data akan dibincangkan dengan terperinci. Penemuan kajian

menjawab isu di awal kajian dan melengkapkan objektif kajian.

7

Page 10: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

DAPATAN KAJIAN

BAHAGIAN A

10 (40%)

15 (60%)

JANTINA

LELAKI PEREMPUAN

Rajah 1 Carta Pai Tentang Jumlah Responden Mengikut Jantina.

Kami telah melakukan kajian kepada 25 orang responden yang terdiri daripada pekerja

Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Melalui analisis yang kami

lakukan, daripada 25 orang responden terdapat 15 orang perempuan bersamaan 60% daripada

keseluruhan dan 10 orang lelaki bersamaan 40% daripada keseluruhan responden.

8

Page 11: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

KEKERAPAN PERATUSAN0

10

20

30

40

50

60

70

80

6

24%17

68%

1 4%1 4%

CARTA UMUR PEKERJA PPUKM

21 - 30 TAHUN 31 - 40 TAHUN41 - 50 TAHUN 50 TAHUN KEATAS

UMUR

KEKERAPAN DAN PERATUSAN (%)

Rajah 2: Graf Bar Carta Umur Pekerja PPUKM

Dari segi umur pula, daripada hasil analisis yang kami dapati, majoriti umur responden

yang bekerja di PPUKM adalah dalam lingkunagn 31 tahun hingga 40 tahun yang mewakili

68% daripada 100%. Ini merupakan jumlah yang agak besar berbanding dengan lingkungan

umur yang lain seperti 21 tahun hingga 30 tahun sebanyak 24%. Manakala 41 tahun hingga

50 tahun dan 50 tahun keatas mempunya jumlah yang sama iaitu 4% yang diwakili oleh

seorang responden.

9

Page 12: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

KEKERAPAN PERATUSAN0

10

20

30

40

50

60

28%

14%

13

52%

6

24%

28%

TARAF PENDIDIKAN PEKERJA PPUKM

SPM STPM DIPLOMA IJAZAH LAIN-LAIN

TARAF PENDIDIKAN

KEKERAPAN DAN PERATUSAN (%)

Rajah 3: Graf Bar Taraf Pendidikan Pekerja PPUKM

Kami juga ada menganalisis taraf pendidikan yang dimiliki oleh responden yang

bekerja di PPUKM untuk mengetahui pandangan pekerja yang berbeza-beza taraf pendidikan

terhadap keselesaan bekerja di PPUKM. Taraf pendidikan boleh mempengaruhi keselesaan

bekerja kerana penilaian pekerjaan juga dibuat berdasarkan tahap pendidikan yang deperoleh.

Setelah dianalisis, majoriti taraf pendidikan yang dimiliki oleh responden yang bekerja di

PPUKM adalah seperti SPM dan lain-lain bersamaan 8%. Manakala yang STPM mempunyai

peratusan sebanyak 4% dan ijazah sebanyak 24%. Majoriti responden mempunyai pendidikan

sehingga diploma dengan peratusan yang tertinggi iaitu 52%.

10

Page 13: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

KEKERAPAN PERATUSAN0

5

10

15

20

25

30

35

40

5

20%

5

20%

9

36%

6

24%

TEMPOH PERKHIDMATAN PEKERJA PPUKM

< 5 TAHUN 5 - 10 TAHUN 10 - 15 TAHUN > 15 TAHUN

TEMPOH PERKHIDMATAN

KEKERAPAN DAN PERATUSAN (%)

Graf 4: Graf Bar Tempoh Perkhidmatan Pekerja PPUKM.

Mengikut dapatan kajian yang diperoleh, majoriti daripada responden telah

berkhidmat selama 10 hingga 15 tahun dengan mempunyai peratusan sebanyak 36%

bersamaan 9 orang responden. Manakala pekerja yang berkhidmat selama kurang daripada 5

tahun dan 5 hingga 10 tahun berkongsi peratusan yang sama iaitu 20% dengan jumlah

responden sebanyak 5 orang. Bagi tahun perkhidmatan melebihi 15 tahun diwakili oleh 6

orang responden dengan peratusan sebanyak 24% daripada keseluruhan responden.

11

Page 14: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

BAHAGIAN B

SANGAT TIDAK SETUJU

TIDAK SETUJU KURANG SETUJU

SETUJU SANGAT SETUJU

0

10

20

30

40

50

60

70

80

90

0 0 3

21

50 0

4%

84%

12%

TAHAP KESELESAAN PEKERJA PPUKM

KEKERAPAN PERATUSAN %

TAHAP PERSETUJUAN

KEKERAPAN DANPERATUSAN (%)

Graf 5: Graf Bar Tahap Keselesaan Pekerja PPUKM.

Untuk mengetahui tahap keselesaan pekerja PPUKM, kami telah mendapatkan

pandangan daripada pekerja melalui soalan daripada borang soal selidik yang diedarkan.

Melalui soalan ini kami telah menganalisis keputusan dan mendapati majoriti responden

setuju dengan tahap keselesaan bekerja di PPUKM iaitu seramai 21 orang bersamaan 24 %

daripada jumlah responden. Manakala terdapat 5 orang bersamaan 12% sangat setuju bahawa

mereka selesa bekerja di PPUKM dan hanya terdapat 3 orang responden iaitu 4% kurang

bersetuju selesa bekerja di PPUKM. Kesimpulannya tidak ada responden yang tidak selesa

bekerja di PPUKM.

12

Page 15: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

SANGAT TIDAK SETUJU

TIDAK SETUJU KURANG SETUJU

SETUJU SANGAT SETUJU

0

10

20

30

40

50

60

70

0 1 3

15

6

0.00%4%

12%

60%

24%

HUBUNGAN YANG BAIK SESAMA KAKITANGAN MEMBERI KESELESAAN SEMASA BERKERJA

KEKERAPAN PERATUSAN %

TAHAP PERSETUJUAN

KEKERAPAN DAN PERATUSAN (%)

Rajah 6: Graf Bar Hubungan Yang Baik Semasa Kakitangan Memberi Keselesaan

Semasa Bekerja

Kajian yang dibuat mengenai hubungan sesama pekerja terhadap keselesaan bekerja

menunjukkan bahawa majoriti bersetuju dengan jumlah seramai 15 responden iaitu 60 %

daripada jumlah responden dan diikuti dengan seramai 6 orang sangat setuju bahawa

hubungan baik antara pekerja memberi keselesaan semasa bekerja. Manakala hanya beberapa

responden yang tidak setuju dan kurang bersetuju dimana masing-masing mempunyai jumlah

dan peratusan sebanyak 1 orang dan 4 % serta 3 orang iaitu 12%. Kesimpulannya tiada

responden yang sangat tidak setuju dengan soalan kajian ini.

13

Page 16: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

SANGAT TIDAK SETUJU

TIDAK SETUJU KURANG SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU0

10

20

30

40

50

60

0 1

812

40

4%

32%

48%

16%

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI PPUKM MEMBERIKAN KESELESAAN KEPADA PARA PEKERJA

KEKERAPAN PERATUSAN %

TAHAP PERSETUJUAN

KEKERAPAN DAN PERATUSAN (%)

Rajah 7: Graf Bar Kemudahan Yang Disediakan di PPUKM Memberikan Keselesaan

Kepada Para Pekerja.

Merujuk kepada tahap keselesaaan yang dipengaruhi oleh kemudahan yang disediakan

di PPUKM, kebanyakannya besetuju kemudahan yang disediakan memberi keselesaan ketika

bekerja iaitu seramai 12 responden. Jumlah responden yang kurang setuju adalah melebihi

daripada jumlah responden yang sangat setuju mengenai soalan ini iaitu masing-masing

sebanyak 8 dan 4 responden. Namun terdapat juga yang tidak setuju bahawa kemudahan yang

disediakan memberikan keselesaan kepada pekerja iaitu seorang responden.

14

Page 17: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

BAHAGIAN C

sangat tidak se-tuju

tidak setuju kurang setuju setuju sangat setuju0

5

10

15

20

25

30

35

40

96

8

20

36%

24%

32%

8%

0

TAHAP KESELESAAN KEMUDAHAN PARKIR DI PPUKM

KEKERAPAN PERATUSAN

TAHAP PERSETUJUAN

KEKERAPAN DAN PERATUSAN (%)

Rajah 8: Graf Bar Tahap Keselesaan Kemudahan Parkir di PPUKM.

Untuk mengetahui hubungan antara kemudahan parkir kereta di PPUKM dengan tahap

keselesaan bekerja, kami telah mendapatkan pandangan daripada responden melalui soalan

daripada borang soal selidik yang kami edarkan. Berdasarkan soalan itu, kami telah

menganalisis keputusan dan mendapati majoriti responden bersamaan 36% daripada

keseluruhan responden sangat tidak bersetuju dengan kemudahan parkir yang disediakan oleh

PPUKM kerana bagi mereka kemudahan yang disediakan sangat terhad. Manakala bagi

responden yang tidak setuju dan kurang setuju masing-masing mempunyai peratusan

sebanyak 24% dan 32%. Daripada dapatan kajian, hanya 2 orang responden dengan peratusan

sebanyak 2% sahaja yang bersetuju dengan kemudahan yang disediakan. Kesimpulannya,

kemudahan parkir kereta yang terhad tidak memberi keselesaan kepada pekerja.

15

Page 18: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

SANGAT TIDAK SETUJU

TIDAK SETUJU KURANG SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU0

5

10

15

20

25

30

35

40

45

50

03

11 11

00

12%

44% 44%

0

TAHAP KEPUASAN SERVIS & KUALITI MAKANAN DI KAFETERIA PPUKM

KEKERAPAN PERATUSAN %

TAHAP PERSETUJUAN

KEKERAPAN DAN PERATUSAN (%)

Rajah 9: Graf Bar Tahap Kepuasan Servis & Kualiti Makanan di Kafeteria PPUKM.

Berdasarkan kajian yang dibuat terhadap tahap kepuasan servis dan kualiti makanan di

kafeteria PPUKM, kami dapati tiada responden bagi skala sangat tidak setuju dan sangat

setuju. Manakala, bagi yang kurang setuju dan setuju, masing-masing mempunyai jumlah

peratusan yang sama iaitu sebanyak 44% bersamaan dengan 11 orang responden. Terdapat

hanya 3 orang responden dengan peratusan sebanyak 12% yang menyatakan tidak setuju.

16

Page 19: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

SANGAT TIDAK SETUJU

TIDAK SETUJU KURANG SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU0

10

20

30

40

50

60

70

80

0 04

17

40 0

16%

68%

16%

KEMUDAHAN & INFRASTRUKTUR TEKNOLOGI (Chets,e-warga,i-folio)

KEKERAPAN PERATUSAN%

TAHAP PERSETUJUAN

KEKERAPAN DAN PERATUSAN (%)

Graf 10 : Graf Bar Kemudahan & Insfrastruktur Teknologi .

Merujuk kepada kemudahan infrastruktur teknologi pula, majoriti responden setuju

bahawa kemudahan infrastruktur teknologi yang disediakan oleh PPUKM dapat memberikan

keselesaan sewaktu bekerja. Hal ini kerana, peratusan responden yang setuju adalah sebanyak

68% yang diwakili oleh 17 orang responden. Manakala hanya 16% responden yang kurang

setuju dan sangat setuju dengan kemudahan yang disediakan bagi memenuhi keselesaan

bekerja. Tiada responden yang menyatakan tidak setuju atau sangat tidak setuju.

Kesimpulannya, kemudahan infrastruktur teknologi yang disediakan mampu memberi

keselesaan kepada pekerja.

BAHAGIAN D

17

Page 20: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

Sangat Tidak Se-tuju

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju0

10

20

30

40

50

60

0 0 0

1411

0 % 0 % 0 %

56 %

44 %

PERSEKITARAN TEMPAT KERJA MEMBERI KESAN KEPADA PEKERJA

KEKERAPAN PERATUSAN

TAHAP PERSETUJUAN

KEKERAPAN DAN PERATUSAN (%)

Graf 11 : Graf Bar Persekitaran Tempat kerja Memberi Kesan Kepada Pekerja.

Graf Bar ini menunjukkan hasil jawapan responden tentang faktor persekitaran yang

tidak selesa terhadap kualiti kerja. Majoriti skala bersetuju dan skala sangat setuju masing –

masing menunjukkan seramai 14 orang responden dan 11 orang responden. Tidak ada

responden yang tidak bersetuju bahawa perkitaran yang tidak selesa memberi kesan negatif

kepada kualiti pekerjaan mereka.

18

Page 21: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

Sangat Tidak Se-tuju

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju0

10

20

30

40

50

60

0 1 2

1210

0 %4 %

8 %

48 %

40 %

PENGURUSAN SISTEMATIK MENINGKATKAN KUALITI PEKERJAAN

KEKERAPAN PERATUSAN

TAHAP PERSETUJUAN

KEKERAPAN DAN PERATUSAN (%)

Rajah 12 : Graf Bar Pengurusan Sistematik Meningkatkan Kualiti Pekerja.

Graf Bar ini menunjukkan faktor pengurusan yang sistematik daripada pihak atasan memberi

keselesaan dan membantu meningkatkan kualiti kerja. Seramai 12 orang responden setuju dan 10

orang responden sanagat setuju. Manakala 2 orang responden kurang setuju dan hanya seorang

responden tidak setuju dengan faktor ini. Justeru majoriti bersetuju dengan faktor ini.

19

Page 22: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

Sangat Tidak Se-tuju

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju0

10

20

30

40

50

60

70

0 0 1

159

0 % 0 %4 %

60 %

36 %

TAHAP KESELESAAN MEMPENGARUHI KUALITI KERJA

KEKERAPAN PERATUSAN

TAHAP PERSETUJUAN

KEKERAPAN DAN PERATUSAN (%)

Rajah 13: Graf Bar Tahap Keselesaan Mempengaruhi Kualiti Kerja

Graf ini menunjukkan pendapat responden mengenai tahap keselesaan mempengaruhi

kualiti kerja. Sebanyak 15 orang responden bersetuju bahawa keselesaan akan dapat

meningkatkan kualiti kerja dengan peratus 60%. Seterusnya, seramai 9 orang responden

sangat setuju bahawa tahap keselesaan mempengaruhi dalam meningkatkan kualiti kerja

sebanyak 36%. Manakala, hanya seorang responden sahaja kurang setuju tentang kesan

keselesaan terhadap kualiti kerja iaitu sebanyak 4%. Kesimpulannya majoriti responden

bersetuju bahawa kualiti kerja akan meningkat dengan tahap keselesaan.

20

Page 23: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

Sangat Tidak Se-tuju

Tidak Setuju Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju0

10

20

30

40

50

60

70

80

0 0 0

17

8

0 % 0 % 0 %

68 %

32 %

PERUBAHAN KEARAH KESELESAAN MEMBERI IMPAK POSITIF KEPADA KUALITI KERJA

KEKERAPAN PERATUSAN

TAHAP PERSETUJUAN

KEKERAPAN DAN PERATUSAN %

Rajah 14 : Perubahan Kearah Keselesaan Memberi Impak Positif Kepada Kualiti Kerja

Berdasarkan soalan, perubahan yang dipersoalkan adalah kebersihan ruang kerja,

tunjuk arah dalam yang praktikal dan nyata dan susun atur ruang pejabat yang kondusif

memberi impak positif kepada kualiti pekerjaan. Semua responden bersetuju dan sangat setuju

dengan soalan dengan masing-masing 17 dan 18 orang responden.

21

Page 24: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

BAHAGIAN E

SANGAT TIDAK SETUJU

TIDAK SETUJU KURANG SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU0

10

20

30

40

50

60

0 0 1

1410

0 04%

56%

40%

TAHAP SOKONGAN PENAMBAHBAIKKAN YANG DILAKUKAN DI PPUKM

KEKERAPAN PERATUSAN %

TAHAP PERSETUJUAN

KEKERAPAN DAN PERATUSAN (%)

Rajah 15: Tahap Sokongan Penambahbaikkan Yang Dilakukan Di Ppukm

Graf diatas menunjukkan tahap sokongan terhadap penambahbaikkan yang dilakukan

oleh PPUKM bagi memenuhi keselesaan pekerja.kebanyakkan pekerja bersetuju dengan

penambahbaikkan yang dilaksanakan dengan peratusan sebanyak 56% iaitu 14 orang

responden. Manakala 40% daripada keseluruhan responden sangat setuju dangan

penambahbaikkan yang dibuat. Hanya seorang responden yang kurang setuju dan tiada

responden bagi skala tidak setuju dan sangat tidak setuju. Sebagai kesimpulan,

penambahbaikkan yang dilakukan oleh PPUKM mampu memberi keselesaan bekerja kepada

pekerjanya.

22

Page 25: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

23

Page 26: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

SANGAT TIDAK

SETUJU

TIDAK SETUJU

KURANG SETUJU

SETUJU SANGAT SETUJU

0

10

20

30

40

50

60

0 0 1

1410

0 04%

56%

40%

PENAMBAHBAIKAN DAPAT MENINGKATKAN KESELESAAN BEKERJA

KEKERAPAN PERATUSAN %

TAHAP PERSETUJUAN

KEKERAPAN DANPERATUSAN (%)

Rajah 16: PENAMBAHBAIKAN DAPAT MENINGKATKAN KESELESAAN

BEKERJA

Melalui kajian yang dilakukan tentang penambahbaikkan yang dilakukan dengan

peningkatan keselesaan bekerja, kami dapati kebanyakan responden iaitu seramai 14 orang

setuju bahawa penambahbaikkan mampu meningkatkan tahap keselessan bekerja. Terdapat 10

orang responden menyatakan sangat setuju berkenaan penambahaikkan mampu meningkatkan

tahap keselesaan bekerja. Manakala, bagi skala kurang setuju hanya mempunyai seorang

responden dan tiada responden menyatakan sangat tidak setuju dan tidak setuju.

Kesimpulannya, penambahbaikkan yang dilakukan mampu memberi keselesaan kepada

pekerja.

24

Page 27: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

SANGAT TIDAK SETUJU

TIDAK SETUJU KURANG SETUJU SETUJU SANGAT SETUJU0

10

20

30

40

50

60

70

80

0 04

17

40 0

16%

68%

16%

KEPERLUAN PENAMBAHBAIKAN BAGI MENAMBAHKAN KESELESAAN UNTUK BERKERJA

KEKERAPAN PERATUSAN %

TAHAP PERSETUJUAN

KEKERAPAN DAN PERATUSAN (%)

Rajah 17: Keperluan Penambahbaikan Bagi Menambahkan Keselesaan Untuk Berkerja

Berdasarkan graf diatas, hampir kesemua responden setuju dengan pendapat bahawa

PPUKM memerlukan penambahaikkan bagi keselesaan bekerja dengan peratusan yang paling

tinggi iaitu 68% yang diwakili oleh 17 orang responden. Bagi skala kurang setuju dan sangat

setuju, masing-masing mempunyai responden seramai 4 orang bersamaan 16 % daripada

keseluruhan responden. Tiada responden yang menyatakan sangat tidak setuju dan tidak

setuju. Sebagai kesimpulan, PPUKM masih memerlukan penambahbaikkan untuk

meningkatkan thap keselesaan bekerja dalam kalangan pekerja di PPUKM.

25

Page 28: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

PERBINCANGAN

Bahagian B: Tahap keselesaan pekerja di PPUKM

Berdasarkan kajian yang dibuat, mejoriti kakitangan selesa bekerja di PPUKM. Pada pendapat

kami, hal ini adalah kerana pekerja mendapatkan kemudahan yang mereka perlukan semasa

bekerja walaupun tidak dinafikan terdapat segelintir kemudahan yang mempunyai kekurangan

namun suasana bekerja masih dalam keadaan yang memuaskan dan suasana sekitar PPUKM

yang bersih, dan selamat. Mejoriti kakitangan bersetuju bahawa hubungan yang baik sesama

kakitangan dan kemudahan yang disediakan untuk semua kakitangan memberikan keselesaan

kepada mereka untuk bekerja di PPUKM. Hal ini adalah kerana, mereka percaya bahawa

sekiranya mempunyai masalah dengan rakan sekerja akan mempengaruhi keselesaan diri

mereka untuk membuat kerja serta segala kemudahan yang disediakan akan melancarkan lagi

tugas serta tanggungjawab mereka.

Bahagian C: faktor-faktor mempengaruhi tahap keselesaan

Berdasarkan kajian yang telah dijalankan kami telah mengenal pasti faktor-faktor

mempengaruhi tahap keselesaan kakitangan PPUKM. Secara keseluruhannya, tahap

keselesaan kakitangan terhadap kemudahan parkir yang disediakan oleh pihak PPUKM

berada di tahap sangat tidak setuju. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, PPUKM

mempunyai kekurangan parkir. Jumlah parkir yang sedikit menyebabkan kakitangan perlu

parkir kereta secara bertindih. Mereka perlu datang awal bagi mendapatkan parkir yang

berdekatan dengan bangunan PPUKM. Selain itu, parkir yang telah disediakan jauh dari

bangunan PPUKM hal ini memerlukan kakitangan berjalan dan ini mengambil masa

kakitangan terutamanya di awal pagi. Faktor yang seterusnya adalah tahap puas hati

kakitangan terhadap servis dan kualiti makanan yang disediakan oleh PPUKM. Berdasarkan

kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa hampir separuh bersetuju dan separuh lagi

26

Page 29: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

tidak setuju. Hal ini kerana servis serta jaudah yang disediakan oleh pihak PPUKM pelbagai

serta menepati citarasa. Selain itu kafeteria PPUKM mempunyai tahap kebersihan yang

memuaskan serta layanan pekerja terhadap pelanggan kafe yang memuaskan. Walau

bagaimanapun, terdapat kakitangan yang tidak setuju. Hal ini kerana citarasa setiap orang

berbeza-beza serta penerimaan kualiti makanan yang berbeza. Tambahan pula harga yang

ditawarkan agak mahal pada pandangan kakitangan PPUKM. Faktor yang terakhir yang

mempengaruhi tahap keselesaan kakitangan adalah kemudahan infrastruktur teknologi seperti

komputer, system pengurusan online (Chets, e-warga, i- folio). Bedasarkan kajian, majoriti

kakitangan bersetuju. Hal ini kerana sistem yang disediakan oleh PPUKM membantu

melancarkan urusan kakitangan terutamanya penyimpanan maklumat pesakit kedalam sistem

komputer. Sistem ini menjimatkan masa serta kerja lebih sistematik kerana kakitangan

mampu membuat pencarian semula dengan mudah dan efektif.

Bahagian D: keselesaan mempengaruhi kualiti pekerjaan

Melalui dapatan kajian yang dijalankan di PPUKM, majoriti responden bersetuju

bahawa kualiti kerja akan meningkat dengan tahap keselesaan bekerja yang disediakan dan

juga bersetuju bahawa persekitaran tempat kerja yang tidak selesa akan mempengaruhi serta

memberi kesan kepada tahap keselesaan bekerja. Hal ini kerana fasiliti yang disediakan oleh

PPUKM kepada pekerja seperti kemudahan tempat parkir kereta, servis makanan dan

kemudahan teknologi seperti Chets, e-warga dan i-folio amat penting dalam menyiapkan kerja

serta meningkatkan kualiti kerja. Pengurusan yang sistematik daripada pihak atasan juga

memberi keselesaan dalam meningkatkan kualiti kerja. Sekiranya wujud masalah dalam

menyampaikan arahan dari pihak atasan sudah tentu akan menjejaskan kualiti kerja.

Seterusnya, majoriti responden bersetuju bahawa perubahan-perubahan seperti kebersihan

ruang kerja, tunjuk arah dalam yang praktikal dan nyata dan susun atur ruang pejabat yang

kondusif akan memberikan impak positif ke atas kualiti kerja.

27

Page 30: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

Bahagian E: penambahbaikan bagi meningkatkan tahap keselesaan

Melalui kajian yang dijalankan di PPUKM, kami mendapati para pekerja menyokong

usaha pihak pengurusan dalam penambahbaikkan yang dilakukan bagi meningkatkan

keselesaan. Antara usaha yang mendapat sokongon dari para pekerja adalah mengenai

penambahbaikan dari segi parkir kereta bertingkat yang sedang dijalankan. Parkir kereta yang

terhad amat membimbangkan para pekerja kerana mereka mempunyai kesukaran untuk

memakirkan kenderaan mereka dan tempat letak kereta yang jauh memaksa mereka untuk

berjalan kaki sebelum sampai ke tempat kerja.

Selain itu, para pekerja amat yakin penambahbaikan yang dilaksanakan mampu

meningkatkan tahap keselesaan kerana penambahbaikan merupakan satu proses yang dapat

meningkatkan prestasi atau perkhidmatan seseorang. Hal ini kerana, suasana kerja yang

kondusif akan membuatkan para pekerja lebih bersemangat untuk melaksanakan tugasan

seharian.

Tambahan lagi, melalui kajian yang dijalankan di PPUKM, pekerja berpendapat

bahawa PPUKM memerlukan penambahbaikan untuk keselesaan bekerja kerana pada

pendapat kami sesetengah perkhidmatan yang disediakan masih lagi tidak memberikan

kepuasan terhadap pekerja. Sebagai contoh, penggunaan sistem pengurusan hospital yang

memerlukan penggunaan internet secara menyeluruh. Jika terdapat sebarang gangguan

internet, maklumat mengenai pengurusan hospital tidak dapat diakses sepenuhnya.

Seterusnya, menurut respondan yang menyertai soal selidik ini mereka menginginkan

penambahbaikan bagi meningkatkan keselesaan seperti mempercepatkan pembangunaan

parkir, kemudahan pengaksesan maklumat dan sebagainya.

28

Page 31: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

CADANGAN KAJIAN

Berdasarkan kajian, kami mencadangkan memperbanyakkan lagi kawasan parkir dalam

PPUKM untuk memudahkan pekerja, disamping mempercepatkan projek pembinaan parkir

bertingkat yang sudah lama beroperasi. Hal ini mungkin boleh diselesaikan dengan

memberikan lebih penegasan kepada pihak kontraktor untuk menyiapkan tapak parkir pada

masa yang ditetapkan. Selain itu, masalah berkaitan dengan kualiti dan servis makanan yang

tidak memuaskan pekerja PPUKM . Pihak berwajib perlulah membuat pemantauan dan

perbincangan denganpihak pengurusan kafeteria untuk sentiasa meingkatkan kualiti makanan

serta mempelbagaikan lagi jualan makanan dengan harga yang berpatutan.

Selain itu, keselesaan kakitangan dapat dipertingkatkan dengan memperbaiki sistem

komputer agar lebih mesra pengguna seperti boleh dicapai dimana mana sahaja pekerja

berada tanpa sebarang masalah. Kami juga mencadangkan pembinaan kuartes untuk

kakitangan yang tinggal jauh dari kawasan hospital supaya memudahkan mereka untuk datang

bekerja. Disamping itu, untuk memudahkan kakitangan untuk menyampaikan aduan dan

cadangan mengenai sebarang permasalahan. Pihak yang terlibat perlulah membuat satu sistem

secara online supaya urusan penyampaian aduan dapat dilakukan dengan cepat dan efisien.

29

Page 32: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian diatas, dapat dirumuskan bahawa tahap keselesaan

sewaktu bekerja di PPUKM berada ditahap yang memuaskan. Walau bagaimanapun masih

terdapat pelbagai penambahbaikan yang perlu dilaksanakan bagi memastikan kelancaran dan

keselesaan sewaktu bekerja di PPUKM. Melalui kajian ini kami mendapati PPUKM perlu

mempergiatkan lagi usaha untuk menangani masalah parkir yang sangat menjejaskan tahap

keselesaan sewaktu bekerja dan diikuti dengan faktor-faktor lain. Selain itu, faktor-faktor lain

yang tidak dibincangkan dalam kajian namun memberi kesan terhadap tahap keselesaan perlu

diambil kira seperti tahap keselamatan dan bebanan kerja yang ditampung oleh pekerja.

Harapan kami pada masa akan datang pelbagai masalah yang berkaitan dengan keselesaan

dapat ditangani dengan lebih baik.

30

Page 33: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

RUJUKAN

Chen, Y., Wang, C. & Cheng, W. 2010. Structural investigation of the relationship between

working satisfaction and employee turnover. The Journal of Human …, 6(1), 41–50.

Gevers, J. M. P. & Peeters, M. A. G. 2009. A pleasure working together? The effects of

dissimilarity in team member conscientiousness on team temporal processes and

individual satisfaction. Journal of Organizational Behavior, 30(3), 379–400.

doi:10.1002/job.544

Haryati Binti Shafii & Sharifah Meryam Syareh Musa . 2010 . Pengaruh Keselesaan Ke

Tempat Kerja Terhadap Kualiti Hidup Penduduk Bandar Mukim Kajang . Jurnal

Fakulti Pengurusan Teknologi, Perniagaan dan Keusahawanan , Universiti

Kebangsaan Malaysia . 1 (1) : 105-115.

Junaidah Mohamad & Nik Rosila Nik Yaacob. 2013. Kajian Tentang Kepuasan Bekerja

dalam Kalangan Guru-Guru Pendidikan Khas. Asia Pacific Journal of Educators and

Education, 28, 103–115.

Pierro, A., Cicero, L. & Tory Higgins, E. 2009. Followers’ satisfaction from working with

group-prototypic leaders: Promotion focus as moderator. Journal of Experimental Social

Psychology, 45(5), 1105–1110. doi:10.1016/j.jesp.2009.06.020

Sarimah Ismail & Faridatul AkmarTalip .2010. Kepuasan Bekerja Staf Akademik Jabatan

Pendidikan Teknikal Dan Kejuruteraan . Jurnal Fakulti Pendidikan, Universiti

Teknologi Malaysia Skudai . 1 (1) : 1-7.

31

Page 34: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

Shafii, H. & Shareh Musa, S. M. 2010. Pengaruh Keselesaan ke Tempat Kerja Terhadap

Kualiti Hidup Penduduk Bandar di Mukim Kajang , Selangor. Akademika, 79, 105–115.

Sterner, W. R. 2009. Influence of the supervisory working alliance on supervisee work

satisfaction and work-related stress. Journal of Mental Health Counseling, 31(3), 249–

263.

Syed Sofian Syed Salim, Ahmad Jazimin Jusoh, Mohammad Nasir Bistaman, Mohammad

Aziz Shah Mohamed Arip, Muhammad Bazlan Mustafa & Rohany Nasir. 2010. Peranan

Kecerdasan Emosi dan Faktor Ciri-ciri Pekerjaan Ke Atas Kepuasan Bekerja Dalam

Profesion Perguruan. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 3, 1–21.

The Twenty Ten Theme. 2013. Defini Penambahbaikan Secara Berterusan .

https://didikminda.wordpress.com/2013/07/12/definisi-penambahbaikan-secara-

berterusan/ [7 Julai 2015].

Vardi, I. 2009. The impacts of different types of workload allocation models on academic

satisfaction and working life. Higher Education, 57(4), 499–508. doi:10.1007/s10734-

008-9159-8.

32

Page 35: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

LAMPIRAN

33

Page 36: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

BORANG SOAL SELIDIK TAHAP KESELESAAN BEKERJA DALAM KALANGAN PEKERJA PPUKM

BAHAGIAN A: LATAR BELAKANG

Jantina : Lelaki Perempuan

Umur : 21 – 30 tahun 31 – 40 tahun

41- 50 tahun 50 tahun ke atas

Kelayakan Akademik : SPM/SPMV STPM Diploma

Ijazah Lain-lain

Taraf Perkahwinan : Bujang Berkahwin Lain-Lain

Tahun Perkhidmatan : kurang 5 tahun 5-10 tahun

10-15 tahun 15 tahun ke atas

34

Page 37: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

Arahan :

Sila jawab bahagian B, C, D dan E dengan mengikut arahan yang diberikan. Tandakan (√ ) pada soalan tinjauan yang dilakukan secara jujur. Skala penilaian adalah seperti berikut :

Skala Penilaian1 Sangat Tidak Setuju2 Tidak Setuju3 Kurang Setuju4 Setuju5 Sangat Setuju

BAHAGIAN B: TAHAP KESELESAAN

BIL SOALAN 1 2 3 4 51 Saya selesa bekerja di PPUKM.2 Saya berasa selesa dengan waktu bekerja yang diamalkan

di PPUKM.3 Hubungan yang baik sesama kakitangan memberi

keselesaan semasa bekerja.4 Saya selesa dengan keadaan persekitaran PPUKM5 Kemudahan yang disediakan di PPUKM memberikan

keselesaan kepada saya.6 Saya amat menitik beratkan aspek keselesaan dalam

susana kerja saya7 Saya selesa dengan jarak dari rumah saya ke PPUKM

35

Page 38: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

BAHAGIAN C: FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TAHAP KESELESAAN

BIL SOALAN 1 2 3 4 51 Saya seringkali mengalami kesesakan lalu lintas sewaktu

pergi dan balik ke tempat kerja dalam kawasan PPUKM.2 Tahap keselamatan yang disediakan memberikan

keselesaan kepada saya.3 Tempat kerja saya bebas daripada bahan yang dapat

membahayakan diri saya.4 Saya berpuas hati dengan kemudahan parkir kereta yang

disediakan oleh pihak PPUKM.5 Saya berpuas hati dengan servis dan kualiti makanan yang

disediakan di kafeteria dalam kawasan PPUKM.6 Kemudahan penghawa dingin membantu meningkatkan

keselesaan sewaktu bekerja.7 kemudahan dan infrastruktur teknologi seperti computer,

system pengurusan online (Chets, e-warga, i-folio) membantu melancarkan pekerjaan saya.

BAHAGIAN D: KESELESAAN MEMPENGARUHI KUALITI PEKERJAAN

BIL SOALAN 1 2 3 4 51 Saya berpuas hati dengan kualiti pekerjaan saya di

PPUKM.2 Saya lebih bermotivasi untuk datang kerja jika tempat saya

bekerja selesa.3 Adakah anda berpendapat kualiti kerja anda meningkat

dengan tahap keselesaan bekerja yang disediakan oleh PPUKM.

4 Persekitaran tempat kerja yang tidak selesa akan memberikan kesan negative kepada pekerja.

5 Pengurusan yang sistematik daripada pihak atasan memberi keselesaan dan membantu meningkatkan kualiti pekerjaan.

6 Suasana yang aman memberi keselesaan bekerja serta meningkatkan kualiti pekerjaan.

7 Adakah anda berpendapat perubahan-perubahan berikut memberikan impak positif ke atas kualiti kerja anda.

Kebersihan ruang kerja Tunjuk arah dalam yang praktikal dan nyata. Susun atur ruang pejabat yang kondusif.

36

Page 39: Kajian Kumpulan Tahap Keselesaan Bekerja dalam kalangan staff PPUKM

BAHAGIAN E: PENAMBAHBAIKAN BAGI MENINGKATKAN TAHAP KESELESAAN

BIL SOALAN 1 2 3 4 51 Saya berpuas hati dengan keselesaan tempat kerja yang

disediakan oleh PPUKM2 Saya menyokong penambahbaikkan yang dilakukan oleh

PPUKM bagi meningkatkan keselesaan pekerja.3 Saya yakin menambahbaikkan mampu meningkatkan

tahap keselesaan berkerja4 Semua kakitangan PPUKM harus bersama sama

menyumbangkan idea untuk meningkatkan tahap keselesaan di PPUKM

5 Peti cadangan perlu di perbanyakkan untuk memudahkan pengutaraan sebarang cadangan.

6 Saluran media elektronik sesuai di gunakan untuk hebahan sebarang pembaharuan .

7 Saya berpendapat bahawa PPUKM memerlukan penambahbaikan keselesaan bekerja. Nyatakan :

*Terima kasih atas kerjasama menjawab soalan-soalan ini*

37