final touch

23
Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) 1.0 Pengenalan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah.Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan di sekolah rendah yang telah ditetapkan oleh Unit Praktikum sendiri. PBS ini dijalankan bertujuan untuk mencari maklumat berdasarkan tugasan yang telah diberikan oleh pihak institut disamping membiasakan guru pelatih dengan suasana di sekolah serta melengkapkan bahan-bahan untuk tugasan kerja kursus yang berkaitan. Untuk itu, saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Rangalau Lama, Tuaran bermula dari 23 Mac 2015 hingga 28 Mac 2015. Sebelum memulakan PBS di sekolah tersebut, saya mendapatkan maklumat sekolah dan lokasi sekolah terlebih dahulu seperti alamat lengkap dan nombor telefon untuk rujukan. Setiap pelaksanaan tugasan memerlukan perancangan yang rapi agar tugasan dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Pada dasarnya, saya telah menyediakan draf awal 1

Upload: adeng120284

Post on 07-Sep-2015

232 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS)

1.0 Pengenalan

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) merupakan satu program bagi pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Kementerian Pelajaran Malaysia. Program ini memberi peluang kepada pelajar memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di dalam bilik darjah melalui pemerhatian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi dengan komuniti sekolah.Tugasan Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) ini dijalankan di sekolah rendah yang telah ditetapkan oleh Unit Praktikum sendiri. PBS ini dijalankan bertujuan untuk mencari maklumat berdasarkan tugasan yang telah diberikan oleh pihak institut disamping membiasakan guru pelatih dengan suasana di sekolah serta melengkapkan bahan-bahan untuk tugasan kerja kursus yang berkaitan.

Untuk itu, saya telah ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Rangalau Lama, Tuaran bermula dari 23 Mac 2015 hingga 28 Mac 2015. Sebelum memulakan PBS di sekolah tersebut, saya mendapatkan maklumat sekolah dan lokasi sekolah terlebih dahulu seperti alamat lengkap dan nombor telefon untuk rujukan. Setiap pelaksanaan tugasan memerlukan perancangan yang rapi agar tugasan dapat disiapkan mengikut masa yang ditetapkan. Pada dasarnya, saya telah menyediakan draf awal untuk setiap perkara yang akan dilakukan sebelum bermulanya PBS.

Selain dariada itu, tugasan PBS saya juga merangkumi mencari dan mengumpul maklumat umum tentang sekolah, seperti nama dan alamat sekolah, lokasi, nama-nama guru pentadbir, gred sekolah, bilangan guru, jumlah murid dan sebagainya. Saya juga perlu berkolaboratif dengan guru-guru sekolah tersebut untuk menambahkan pengetahuan saya terhadap sekolah itu. Tugasan utama PBS kali ini ialah mengumpul maklumat, membuat pemerhatian dan temu bual dengan guru-guru mata pelajaran pendidikan moral berkaitan dengan kaedah pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral yang diaplikasikan dalam atau luar bilik darjah dan seterusnya dan menyediakan laporan hasil dari dapatan.

5

2.0 Laporan Kaedah PdP yang telah diaplikasikan Pelbagai kaedah yang telah digunakan oleh Cikgu Jonuin Mansamal. Di antaranya ialah kaedah main peranan atau simulasi, kaedah bermain, kaedah nyanyian dan lakonan, kaedah perbincangan, kaedah lawatan, kaedah projek, kaedah tunjuk cara, kaedah pameran, dan kaedah penyelesaian masalah.

Akan tetapi, menurut cikgu tersebut beliau lebih kerap menggunakan kaedah perbincangan, kaedah bercerita, dan kaedah nyanyian dan kaedah lakonan.

A. Kaedah Perbincangan

Kaedah perbincangan merupakan sala satu kaedah yang telah digunakan oelh guru tersebut. Kaedah ini dapat menggalakan murid untuk berbincang secara dua hala. Di samping itu, ia memberi peluang kepada semua murid untuk mengutarakan pendapat atau pandangan masing-masing.

Cara guru tersebut melaksanakan kaedah perbincangan yang beliau gunakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran ialah beliau membahagikan murid kepada beberapa buah kumpulan dan guru menyediakan beberapa soalan untuk setiap kumpulan. Soalan yang disediakan mengikut tahap kemampuan murid-murid. Selain itu guru tersebut juga mengaitkan isu semasa dalam perbincangan. Semasa sesi perbincangan di lakukan, murid-murid memberi kerjasama yang sepenuhnya untuk memberi pendapat dan idea masing-masing. Keadaan kelas juga terkawal. Tempoh dan masa perbincangan juga telah ditetapkan oleh guru tersebut. Murid-murid diberi tempoh selama 15-20 minit masa untuk berbincang. Selepas perbincangan selesai, murid-murid di arahkan untuk berkumpul dan mendengar persembahan dari setiap kumpulan hasil dari perbincangan tersebut. Semasa perbincangan di lakukan guru memberi menegur sekiranya terdapat kesilapan atau kesalahan dan penambahbaikan. Selesai dari hasil perbincangan tersebut, guru memberi ulasan dan mengaitkan tajuk yang dipelajari. Akhir sekali murid di beri lembaran kerja yang berkaitan dengan tajuk tersebut.

B. Kaedah BerceritaKaedah yang seterusnya diaplikasikan di dalam pengjaran dan pembelajaran ialah kaedah bercerita. Di mana kaedah ini menjadi lazimnya mempunyai minat semula jadi untuk mendengar, membaca, dan memahami cerita. Oleh itu bercerita akan memotivasikan pelajar untuk belajar. Jenis cerita yang boleh diceritakan terdiri daripada cerita benar, iaitu cerita peristiwa dan cerita riwayat hidup dan cerita rekaan yang terdiri daripada cerita jenaka dan cerita binatang.

Ketika menggunakan kaedah ini, suasana kelas tersebut menjadi menarik kerana guru tersebut bijak dalam memilih tajuk yang sesuai dan mempunyai nilai moral tersendiri. Semasa guru bercerita, semua murid memandang kea rah guru dan guru mengajukan beberapa soalan untuk mengurangkan rasa bosan. Selain itu guru sentiasa memastikan murid berada di dalam keadaan yang selesa dan bersedia. Keadaan kelas juga terkawal dengan baik. Selepas habis bercerita guru mengaikan cerita dengan nilai yang hendak disampaikan.

C. Kaedah NyanyianGuru tersebut kerap menggunakan kaedah nyanyian. Di mana kaedah nyanyian adalah satu aktiviti yang amat digemari oleh murid-murid. Selain daripada menghiburkan diri, seni kata lagu itu juga boleh diterapkan unsur-unsur nilai moral. Seni kata dan rentak lagu mestilah mudah, senang, menarik dan sesuai dengan murid. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran guru ini memulakan kaedah nyanyian untuk set induksi dan penutup.

D. E. Kaedah LakonanKeadah lakonan juga diantara kaedah yang paling kerap digunakan oleh guru tersebut. Di mana kaedah ini merupakan satu teknik menarik minat murid dan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih seronok secara tidak langsung nilai moral dapat dipupukan melalui kaedah ini. Walau bagaimanapun, terdapat dua jenis lakonan di aplikasikan, iaitu lakonan spontan dan baca lakon. Lakonan spontan ini tidak memerlukan sebarang persediaan awal, skrip ataupun latihan. Manakala, baca lakon pula ialah, skrip disediakan dan memerlukan latihan. Guru tersebut lebih gemar menggunakan kaedah lakonan spontan. Dimana guru tersebut menyediakan beberapa situasi untuk murid lakonkan.

Walaupun keadaan kelas agak bising, guru masih boleh mengawal keadaan. Dalam kaedah lakon ini juga murid bebas berdialog serta melakonkan gerak geri yang sesuai. Walaupun bebas berdialog dan membuat gerak geri tersendiri, guru juga memberi bimbingan dan tidak menyerah semua kepada murid-muridnya. Penglibatan murid dalam kaedah ini amat memuaskan. Pada akhir lakonan, perbincangan mengenai nilai moral yang terkandung dalam cerita diadakan. Nilai tersebut boleh diamalkan dan dikaitkan dengan kehidupan harian.

KesimpulanSecara keseluruhannya, guru tersebut mengaplikasikan pelbagai kaedah dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Kaedah yang sesuai dan menarik merupakan resepi mewujudkan suasana kelas dan pembelajaran menjadi seronok dan menarik minat murid. Selain itu, kaedah yang sesuai juga dapat membantu guru meningkatkan motivasi diri dan murid di samping dapat mencapai objektif.3.0 Rancangan Pelajaran Harian (Tugasan Kumpulan)RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KSSR1. Mata Pelajaran dan Kelas: Pendidikan Moral Tahun 5 Bestari2. Nilai / tajuk: Kasih Sayang / Masyarakat Disayangi, Hidup Dihargai3. Masa: 10.40 -11.40 pagi (60 minit)

4. Standard Pembelajaran: 7.1.2, 7.1.45. Objektif Pembelajaran : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat: i. menerangkan kepentingan menyayangi masyarakat ii. mempraktikkan budaya menyayangi masyarakat setempat6. Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :i. Murid melakonkan beberapa situasi dan cara menyelesaikan masalah yang berlaku. ii. Sumbang saran berkaitan kepentingan memberi penghargaan kepada keluarga.iii. Murid menghasilkan kad penghargaan untuk Ibubapa.7. EMK i. Kreativiti menjana idea ii. TMK -

8. Bahan Bantu Belajar i.Video Kasih Sayang.ii.Contoh kad ucapan 9. Penilaian P dan P ;i. lembaran kerja (Melengkapkan gambar rajah yang telah disediakan oleh guru) ii. Kad Ibu Bapa yang dihasilkan oleh murid bagi menunjukkan cara memberi penghargaan kepada ibu bapa.10. Refleksi : i. 36 orang murid telah mencapai standard yang ditetapkan.

15

LANGKAH / MASAISI PELAJARAN DAN PENGAJARANAKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANCATATAN

Set induksi(5 minit)Guru menayangkan video yang bertemakan Kasih Sayang.

1. Murid dipaparkan dengan tayangan video 2. Guru dan murid bersoal jawab berkenaan tayangan video tersebut3. Guru mengaitkan tayangan video dengan tajuk pelajaran hari ini 4. Murid mengaitkan PSA dengan set induksi guru

Langkah 1(15 minit)

Membahagikan murid kepada beberapa kumpulan Melakonkan beberapa situasi Setiap kumpulan berbeza situasi

1. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan.2. Setiap kumpulan dibahagikan dikehendaki melakonkan situasi yang telah diberikan.

Langkah 2(10 minit)

- menjelaskan kepentingan nilai kasih sayang dalam diri individu menerangkan bagaimana cara menyayangi masyarakat setempat dalam kehidupan harian1. Guru menerangkan beberapa situasi yang sering berlaku dalam kehidupan.2. Guru menjelaskan bagaimana menghadapi masalah yang berlaku.

Langkah 3(15 minit)

Menghasilkan kad ucapan kepada ibu bapa1. Murid dikehendaki menghasilkan satu kad ucapan untuk Ibu Bapa masing-masing mengikut kreativiti.

Langkah 4(5 minit)

Mempersembahkan hasil karya kad ucapan di hadapan kelas.1. Guru memilih beberapa orang murid mempersembahkan kad ucapan yang telah dihasilkan di hadapan kelas.2. Murid mempamerkan kad ucapan di hadapan kelas dan menceritakan makna disebalik kad ucapan tersebut.

Langkah 5(5 minit)

Membuat kesimpulan3. Guru membuat kesimpulan dan merumuskan isi pengajaran dan pembelajaran

Refleksi (mikro teaching)Semasa melaksanakan mikro teaching saya telah dapat mengesan beberapa kekuatan dan kelemahan pengajaran saya. Antara kekuatannya adalah saya dapat mengawal kelas dengan baik. Persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan makroteaching ini, bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku semasa sesi pengajaran makroteaching ini. Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu saya menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan kemas dan teratur. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Tayangan video pada sesi induksi yang mengisahkan kasih sayang sebuah keluarga telah memberi impak kepada murid dan secara tidak langsung memberi kesedaran kepada murid-murid tentang nilai kasih sayang. Saya dapati murid-murid tersentuh dengan tayangan video tersebut dan ada sebilangan murid yang mengalir air mata. Seterusnya saya mengaitkan nilai kasih sayang dalam video tadi dengan tajuk pembelajaran. Saya turut menyediakan beberapa situasi untuk lakonan. Dalam kaedah lakonan tersebut saya telah membuat satu permainan seperti music chair. Saya dapati mereka cukup seronok dan teruja dengan aktivitii pembelajaran yang diadakan. Situasi yang disediakan disampaikan dengan jelas dan menggunakan teknik ganjaran dan pujian untuk menghargai murid dan menarik minat murid. Selain itu, kelantangan suara guru juga memainkan peranan yang penting kerana suara yang lantang dan tegas akan memudahkan murid mendengar dengan teliti dan sekaligus membantu pemahaman mereka terhadap pelajaran yang ingin disampai oleh guru. Segala arahan guru juga akan dapat dipatuhi oleh murid dan ini akan memudahkan guru menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan baik dan lancar. Ketegasan dalam menyampaikan pelajaran akan membuatkan pelajar lebih hormat kepada guru. Kejelasan dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang perlu ada pada setiap guru. Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi pelajaran boleh mempengaruhi peribadi pelajar agar lebih berkeyakinan untuk menimba ilmu. Selain itu, pertuturan yang baik dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran iaitu menggunakan bahasa yang standard dan mudah difahami oleh pelajar ketika mengajar, suara jelas dan lantang serta penyampaian yang lancar. Arahan yang diberikan dengan jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan. Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap penyampaian guru berkenaan isi pelajaran.

Antara kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan makro teaching ini ialah saya kurang memberi penekanan kepada tajuk pembelajaran. Saya juga tidak mencadangkan aktiviti susulan kepada murid. Lembaran kerja yang disediakan tidak mengikut aras kebolehan murid. Saya juga tidak mengaitkan dengan pelajaran yang akan datang. Hal ini akan menyebabkan murid tidak tahu apa yang ingin diajar pada pengajaran seterusnya dan mungkin akan menyebabkan murid tidak membawa barang yang diperlukan. Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh sebab itu adakalanya guru terlupa untuk menyampaikan sesuatu perkara yang ingin disampaikan kepada murid. Selain itu kelemahan lain yang dapat dikesan ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan. Ketepatan masa penting bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan lancer. Hal ini berlaku atas beberapa faktor iaitu terdapatnya gangguan-gangguan dan hal-hal lain yang menyebabkan masa yang lebih diambil untuk melakukan sesuatu langkah. Jika langkah menyampaikan isi pelajaran terganggu, hasil penbelajaran yang dirancang akan turut tergendala. Jadi, pengagihan masa perlu dioptimumkan sebaik mungkin. Bagaimanapun, masa keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas. Pemantauan didalam kelas juga agak lemah. Guru hanya berada dihadapan kelas dan tidak memantau aktiviti murid disetiap penjuru kelas. Saya seharusnya berjalan dan memantau aktiviti yang dilakukan oleh murid. Dengan melakukan pemantauan secara tidak langsung saya akan dapat mengawal keadaan dan disiplin murid dengan lebih baik. Melalui pemantauan juga saya dapat mengesan murid yang lemah dan membimbingnya dengan lebih dekat.

Guru tidak seharusnya berdiri dihadapan kelas semasa menyampaikan pengajaran, sebaliknya guru perlu sentiasa bergerak bagi memantau setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid semasa pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung. Aktiviti pemantauan ini dapat membantu guru mengawal disiplin murid di dalam kelas samada mengawal tingkah laku murid atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara serta merta. Pada pelajaran yang akan datang, saya akan melakukan penambahbaikan yang sepatutnya dengan mengambil tindakan-tindakan seperti memperbaiki set induksi agar lebih mengujakan murid, memperbanyakkan aktiviti berpasangan dan berkumpulan, memperbanyakkan aktiviti menjana idea dan sumbang saran oleh murid, pengawalan masa setiap aktiviti dan memberi nasihat dan dorongan kepada murid. Lembaran kerja yang disediakan mesti sesuai mengikut aras kebolehan dan keupayaan murid. Jika aras pengajaran guru tinggi, pelajar yang lemah tidak dapat mengikutnya, akhirnya mereka akan ketinggalan dalam pelajarannya. Apabila aras pengajaran itu rendah, pelajar-pelajar yang cerdik tidak akan memberikan tumpuan terhadap pengajaran guru. Ini akan merugikan pelajar yang cerdik, kerana guru terpaksa menumpukan lebih banyak masa kepada pelajar yang lemah. Salah satu cara untuk mengatasinya ialah guru perlu mengumpulkan pelajar yang cerdik ke dalam satu kumpulan dan pelajar yang lemah dalam satu kumpulan yang lain berdasarkan kebolehan dan penguasaan sesuatu kemahiran. Saya berharap dengan melakukan tindakan seperti ini akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan serta dapat menarik minat murid.

Refleksi (Keseluruhan)Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah ELM 3023 E. Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi.

Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul di kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini memandangkan pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini kerana, saya memikirkan bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan asing bagi kami. Malah, kami dikehendaki membuat satu sesi pengajaran dan pembelajaran mikro di dalam kelas.

Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan hasil yang sangat memuaskan.. Kolaborasi-kolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat dan baik, perkongsian idea, pengetahuan dan teguran serta pandangan pensyarah yang lain juga. Kolaborasi seumpama ini telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik.

Semasa menyiapkan tugasan ini, banyak kekangngan lain juga terpaksa dihadapi. Saya mesti bijak dalam pembahagian masa. Saya mestilah bijak dalam pengurusan masa di dalam menyiapkan kerja kusus ini.

Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran pendidikan yang mendatang. Guru mestilah bersedia dari fizikal dan mental untuk menghadapi segala masalah yang berlaku. Selain itu, guru juga mestilah membuat rancangan pengajaran dan persediaan yang secukupnya sebelum memulakan pengajaran. Ini adalah kerana tanpa persediaan yang secukupnya objektif pembelajaran sukar dicapai.

Selain itu, saya juga telah mempelajari bahawa seseorang guru haruslah bijak dan kreatif dalam memilih, menggunakan dan menghasilkan kaedah yang sesuai semasa perlaksanaan proses pembelajaran dan pengajaran. Kreativiti seseorang guru dalam perkara ini sangat penting dalam membantu guru menarik minat murid dan mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Namun begitu, penyediaan bahan bantu mengajar juga memain peranan penting untuk membantu guru. Bahan bantu mengajar yang menarik boleh membantu pengajaran yang berkesan. Justeru itu, kreativiti idea seseorang guru sangat diperlukan dan dituntut dalam menjayakan perkara ini.

Sebagai tambahan, seseorang guru haruslah mengutamakan ciri-ciri tempatan dan dekat dengan persekitaran murid dalam memilih dan menggunakan bahan-bahan untuk aktiviti pembelajaran. Ciri-ciri tempatan atau setempat yang dimaksudkan di sini ialah ciri-ciri yang biasa dilihat oleh murid di persekitaran mereka. Dalam kata lain, perkara-perkara ini adalah perkara-perkara yang sangat dekat dan diketahui oleh murid. Mengutamakan pemilihan dan penggunaan bahan berdasarkan tema yang diberikan membantu untuk melaksanakan tugasan dengan lebih sempurna. Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi, saya akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.

Sebagai penambahbaikan, saya melihat aspek pengurusan masa ini sebagai kelemahan saya yang paling ketara sekali. Dalam hal ini, saya mengambil sedikit pengajaran agar lebih proaktif apabila menerima tugasan daripada pensyarah supaya saya dapat menguruskan masa yang saya ada dengan sebaiknya dan berkesan. Dengan yang demikian, saya akan dapat menghasilkan tugasan yang berkualiti selain menggunakan masa yang lebih tersebut untuk tujuan lain yang lebih bermanfaat.

Akhir sekali, saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dengan sempurnanya dan berharap hasil yang saya berikan menepati kehendak yang diperlukan. Paling penting, pengetahuan dan kemahiran yang telah saya pelajari sepanjang melaksanakan tugasan ini sudah pasti menjadi nilai tambah kepada pengetahuan dan kemahiran sedia ada saya.

Bibliografi

Atan Long (1991)Pedagogi : Kaedah Am Mengajar .Petaling Jaya : Amiza Publishing Sdn.Bhd.

Ayob. (1994). Aktiviti-aktiviti pergerakan kreatif panduan pengajar. Petaling Jaya: Flo Enterprise Sdn. Bhd.

Mazlan Mohamad. (1997). Pendidikan Seni 2: Kurikulum Pendidikan Seni. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Rahmad Shukor Abdul Samad. (2006). HBME1103 PENGENALAN PENDIDIKAN MORAL.Seri Kembangan: Meteor Doc. Sdn.Bhd.

Rahmad Shukor Abdul Samad. (2007). HBME1203 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 1. SeriKembangan: Meteor Doc. Sdn.Bhd.

Rahmad Shukor Abdul Samad. (2007). HBME2103 PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 2. SeriKembangan: Meteor Doc. Sdn.Bhd.

Saharudin Suhaidi. (2008). HBME3103PENDIDIKAN MORAL: TAHUN 4. SeriKembangan: Meteor Doc. Sdn.Bhd.