dapatan kajian final hmt 328

33
1.0 PENGENALAN Esei ini akan menghuraikan kajian yang dilakukan bagi melihat perbezaan antara bahasa lelaki dan bahasa wanita. Secara umumnya, sememangnya terdapat perbezaan penggunaan bahasa antara lelaki dan wanita. Perbezaan penggunaan bahasa antara lelaki dan wanita biasanya tampak daripada segi fizikal, hayat dunia, suara, kemahiran verbal dan sebagainya. Faktor-faktor sosial juga menjadi faktor yang membawa kepada perbezaan ini. Hubungan bahasa dan masyarakat yang menuturkan bahasa sememangnya sudah banyak menimbulkan kontroversi di antara para ahli linguistik yang terdiri daripada ahli bahasa, ahli antropologi, ahli sosiologi dan ahli psikologi apabila bidang sosiolinguistik ini timbul sebagai satu disiplin yang tersendiri pada tahun 60-an dan 70-an. Ada beberapa aspek yang telah menjadi tumpuan, antaranya seperti variasi bahasa yang berdasarkan unsur jantina, kelas sosial, ras dan pendidikan. Berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan yang dilakukan membuktikan bahawa sememangnya terdapat perbezaan penggunaan bahasa antara lelaki dan wanita (Trudgill, 1975). Perbezaan ini dapat dilihat daripada aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan kosa kata.

Upload: napiesha

Post on 12-Jun-2015

986 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Psikolinguistik

TRANSCRIPT

Page 1: Dapatan Kajian FINAL HMT 328

1.0 PENGENALAN

Esei ini akan menghuraikan kajian yang dilakukan bagi melihat perbezaan antara bahasa

lelaki dan bahasa wanita. Secara umumnya, sememangnya terdapat perbezaan

penggunaan bahasa antara lelaki dan wanita. Perbezaan penggunaan bahasa antara lelaki

dan wanita biasanya tampak daripada segi fizikal, hayat dunia, suara, kemahiran verbal

dan sebagainya. Faktor-faktor sosial juga menjadi faktor yang membawa kepada

perbezaan ini.

Hubungan bahasa dan masyarakat yang menuturkan bahasa sememangnya sudah

banyak menimbulkan kontroversi di antara para ahli linguistik yang terdiri daripada ahli

bahasa, ahli antropologi, ahli sosiologi dan ahli psikologi apabila bidang sosiolinguistik

ini timbul sebagai satu disiplin yang tersendiri pada tahun 60-an dan 70-an. Ada beberapa

aspek yang telah menjadi tumpuan, antaranya seperti variasi bahasa yang berdasarkan

unsur jantina, kelas sosial, ras dan pendidikan.

Berdasarkan pemerhatian dan penyelidikan yang dilakukan membuktikan bahawa

sememangnya terdapat perbezaan penggunaan bahasa antara lelaki dan wanita (Trudgill,

1975). Perbezaan ini dapat dilihat daripada aspek fonologi, morfologi, sintaksis dan kosa

kata.

Page 2: Dapatan Kajian FINAL HMT 328

2.0 Objektif kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membuktikan pernyataan bahawa lelaki dan

perempuan menggunakan bahasa yang berbeza. Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti

aspek-aspek perbezaan dalam penggunaan bahasa lelaki dan perempuan. Seterusnya,

kajian ini juga akan melihat sejauhmana bahasa yang digunakan oleh lelaki dan

perempuan itu berbeza. Perbezaan bahasa yang digunakan oleh lelaki dan perempuan

dapat dilihat dari segi fonologi, morfologi, sintaksis, sosiolinguistik dan kosa kata.

3.0 Kaedah kajian dan masalah kajian

Kumpulan kami menggunakan rakaman perbualan antara lelaki dan perempuan sebagai

satu bahan eksperimen. Kami menggunakan satu isu iaitu isu curang dan melihat

perbezaan pertuturan antara lelaki dan perempuan. Seramai enam orang informan telah

terlibat dalam rakaman ini iaitu seramai 4 orang perempuan dan 2 orang lelaki. Rakaman

berkenaan dirakamkan dengan menggunakan perakam daripada telefon bimbit Nokia

N81. Data daripada rakaman tersebut dikeluarkan dengan menggunakan perisian

Windows Media Player dan ditranskripsikan ke dalam perisian Microsoft Word 2003.

Berdasarkan data yang telah ditranskripsikan itu, kami akan melihat perbezaaan

penggunaan bahasa antara lelaki dan wanita.

Terdapat beberapa masalah yang telah kami hadapi sepanjang mengumpul data.

Masalah yang pertama ialah rakaman yang telah kami jalankan sebelum ini tidak

mempunyai maklumat yang cukup kerana tidak jelas dan kabur. Oleh sebab itu, kami

terpaksa menjalankan eksperimen yang baru untuk mendapatkan data yang lebih jelas.

Namun dalam eksperimen yang kedua juga kami mengalami masalah apabila dua orang

informan memberi alasan tidak dapat hadir sewaktu rakaman pada saat-saat akhir iaitu

seorang informan lelaki dan seorang perempuan. Oleh sebab semua informan yang lain

sudah berada di tempat rakaman yang diadakan di kafe desasiswa Bakti Permai, maka

kami meneruskan sesi rakaman bagi mendapatkan data.

Page 3: Dapatan Kajian FINAL HMT 328

Selain itu juga, dalam bahasa Melayu tidak terdapat lagi kajian yang terperinci

untuk memperlihatkan perbezaan bahasa antara lelaki dan wanita kecuali yang dilakukan

oleh Hendon ( 1980 ) dan Wong ( 1984 ). Oleh itu, kumpulan kami cuba menyelesaikan

masalah ini dan meninjau dan mengenal pasti kewujudan unsur jantina dalam bahasa

Melayu dengan lebih jelas.

Page 4: Dapatan Kajian FINAL HMT 328

4.0 Dapatan kajian

Hakikatnya, terdapat perbezaan dalam penggunaan bahasa antara kaum lelaki dan kaum

wanita. Sebelum ini, terdapat beberapa kajian terhadap penggunaan antara kedua-dua

kaum ini. Sebagai hasilnya, kajian yang dilakukan terhadap perbezaan penggunaan

mendapati bahawa terdapat beberapa aspek yang membezakan bahasa lelaki dan wanita,

iaitu dari segi fonologi, morfologi, sintaksis, dan kosa kata.

Menurut Lakoff (1973), bahasa lelaki lebih tegas, matang, dan bercakap secara

terang-terangan. Akan tetapi, bahasa yang digunakan oleh wanita adalah sebaliknya,

iaitu tidak matang, tidak tegas, tidak secara terang-terangan, (menggunakan kata-kata

kiasan), dan berhati-hati ketika mengungkapkan sesuatu (secara sopan). Berdasarkan

kajian yang telah dilakukan terhadap informan lelaki dan informan wanita yang dipilih,

didapati bahawa data yang dikumpul itu menyokong pernyataan yang dibuat oleh Lakoff.

Sebagai contoh, informan lelaki yang ditemubual menyatakan ayat berikut:

L1: Kalau rasional, memang tak cerai la kan, biase la, tapi kalau…

Melalui ayat di atas, didapati bahawa informan lelaki yang pertama ini (L1),

didapati bahawa beliau cukup tegas dan matang ketika membincangkan isu curang.

Selain itu, informan ini juga kelihatan rasional dan bercakap secara terang-terangan

ketika memberikan pendapatnya. Sebaliknya, informan perempuan pula memperlihatkan

bahasa yang tidak rasional dan tidak tegas. Contohnya, informan wanita yang ditemubual

menyatakan ayat berikut:

P 3 : Tak boleh, kalau die sakit pun ade pompuan lain yang boleh tolong. Tapi

memanglah curang kalau sentuhan-sentuhan tu.

Berdasarkan ayat tersebut, didapati informan wanita ini tidak matang ketika

berbicara. Sebaliknya, informan ini lebih emosional ketika berbicara mengenai isu

curang yang dikemukakan oleh pengkaji.

Page 5: Dapatan Kajian FINAL HMT 328

Lakoff juga berpendapat bahawa penggunaan bahasa antara lelaki dan wanita

adalah berbeza iaitu, di mana jika seseorang wanita itu berasa kurang berkeyakinan

terhadap sesuatu kenyataan, maka mereka akan mempersoalkan kepada dirinya. Selain

itu, wanita juga dikatakan tidak mempunyai keyakinan terhadap diri mereka sendiri.

Justeru, mereka biasanya akan menggunakan “tag question” ketika bertutur dalam situasi

tertentu. Disebabkan itulah banyak perkara-perkara yang timbul mengenai isu ini yang

mana berakhir dengan tanda tanya atau perkataan yang menunjukkan persoalan kepada

diri sendiri atau orang lain. Berdasarkan data yang dikaji, hal ini terbukti menerusi ayat

yang diungkapkan oleh informan wanita, iaitu :

P1: sebab salah kite kan, kite boleh maaf balik kan..

Berdasarkan ayat di atas, didapati informan wanita ini tidak yakin dengan

kenyataan yang dikeluarkan olehnya sendiri. Penggunaan suffix –kan dan ayat di atas

tidak lagi berperanan sebagai suffix atau imbuhan akhiran, sebaliknya ianya digunakan

oleh informan wanita ini untuk bertanya dan mendapatkan kepastian daripada rakan-

rakan wanitanya yang lain tentang kenyataan yang dikeluarkan olehnya, yang bermaksud

kesalahan diri sendiri akan menyebabkannya memaafkan pasangannya yang curang.

Melalui data yang dikumpul dalam kajian ini, didapati lelaki juga ada

menggunakan “tag question” dalam situasi tertentu. Namun begitu, penggunaan “tag

question” dalam kalangan lelaki bukanlah bermaksud mereka tidak yakin terhadap

kenyataan yang mereka keluarkan, sebaliknya, ianya mempunyai tujuan yang tertentu.

Misalnya informan lelaki yang ditemubual dalam kajian ini menggunakan “tag question”

untuk bertanya dalam ayat berikut:

L 2 : Tapi kalau bagi tau nanti tibe-tibe tak boleh keluar macam mane pulak tu?

kadang-kadang kite dah berjanji ngan kawan nak kuarkan tapi bile dah bagi tau

kat awek kite tak boleh kuarkan die kongkong kite pulak macam mana sekarang?

Page 6: Dapatan Kajian FINAL HMT 328

Berdasarkan ayat yang dituturkan oleh informan lelaki yang kedua (L2) dalam

kajian ini, maka, dapat dibuktikan bahawa lelaki juga akan menggunakan “tag question”

apabila diperlukan. Bezanya, berdasarkan data yang dikumpul, didapati bahawa

informan wanita yang lebih kerap menggunakan “taq question ketika bertutur,

berbanding informan lelaki yang jarang-jarang menggunakannya.

Selain itu, menurut Brend ( 1975) dalam S. Nathesan pula, pola intonasi yang

digunakan oleh lelaki dan perempuan juga berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat menerusi

perbezaan intonasi, iaitu intonasi wanita ádalah lebih lembut daripada pola intonasi yang

digunakan oleh lelaki. Berdasarkan data kajian, perbezaan pola intonasi antara lelaki dan

perempuan ini dapat dilihat apabila informan memberi jawapan terhadap persoalan yang

dibincangkan itu pola intonasi yang digunakan oleh informan perempuan yang ditemui

lebih bernada lembut. Misalnya apabila informan perempuan menyatakan dalam ayat

berikut :

P 3 : Samela dengan L 1. Kalau die ade hubungan yang rapat tu, tu curangla tu

tapi kalau...

Berbeza dengan pola intonasi yang digunakan oleh informan lelaki yang didapati

kasar apabila menyatakan ayat berikut :

L1: kenape ko buat macam ni?!!

Terdapat perbezaan sebutan antara lelaki dan wanita. Wong ( 1983 ) dalam

S.Nathesan : 925 telah menjalankan kajian di Kampung Kerinci, Kuala Lumpur. Kajian

tersebut telah menunjukkan bahawa wanita lebih cenderung menggunakan penyebutan

baku manakala lelaki lebih banyak menggunakan sebutan tidak baku. Trudgill ( 1975 )

dalam S.Nathesan : 925 mendapati murid-murid lelaki lebih cenderung menggunakan

sebutan bukan standard daripada murid-murid perempuan. Lelaki seringkali membuat

kesilapan nahu dan bahasa slanga ( Dalila Bt Sharingat : 2006 ). Hal ini dapat dilihat

seperti data di bawah :

Page 7: Dapatan Kajian FINAL HMT 328

L2: kite nak, pasangan kite tu saling memahami antara satu sama lain kan. Aku

pun macam tu jugak, tak kisah kalau die sembang ngan laki lain. Yang penting

aku tau, kite ni ade hubungan. Die tau die bercouple dengan sape.

Berdasarkan eksperimen yang telah dijalankan, lelaki lebih banyak menggunakan

sebutan bukan standard. Hal ini berbeza dengan perempuan. Data bagi sebutan

perempuan dapat dilihat seperti data di bawah :

P4 : Bagi orangkan, dalam hubungan ni yang penting kesetiaanlah.

Perbezaan antara kedua-dua data ini dapat dilihat dari segi penggunaan istilah.

Lelaki lebih banyak menggunakan sebutan bukan standard seperti tak, ni, bercouple,

ngan dan sebagainya. Manakala, wanita agak kurang menggunakan sebutan bukan

standard. Dalam data P4, masih terdapat penggunaan sebutan bukan standard iaitu ni.

Hal ini dapat membuktikan bahawa wanita masih menggunakan sebutan bukan standard

tapi lelaki lebih kerap menggunakannya. Data di bawah dapat menunjukkan dengan jelas

bahawa perempuan juga masih menggunakan sebutan tidak standard.

P 2 : Tak macam die ade hubungan dengan orang lain kan adekah kalau die

keluaq dengan orang laen ka, tangkap gambaq dengan orang lain ka dia dikire

curang? Bagi hangla kalau makwe hang?

Selain itu, lelaki lebih banyak menggunakan kata-kata yang berkait dengan

anggota badan mereka secara langsung atau dengan kasar. Hal ini berbeza dengan

wanita. Wanita agak malu menyebut anggota badan mereka secara langsung. Oleh itu

perempuan menciptakan kata-kata dan frasa-frasa yang alternatif untuk memperkatakan

perkara itu dengan lebih sopan ( Jesperson dalam S.Nathesan : 925 ). Walau

bagaimanapun, penggunaan kata-kata ini tidak dapat dikesan dalam data kami. Tetapi

dalam kehidupan sebenar, penggunaan kata-kata ini memang digunakan oleh lelaki

apabila bergaul dengan rakan-rakan mereka atau ketika marah.

Page 8: Dapatan Kajian FINAL HMT 328

Zimmerman dan West telah menjumpai perbezaan antara perbualan yang disertai

oleh dua orang penutur yang mempunyai jantina yang sama dan satu lagi pula disertai

seorang penutur yang setiap seorang mempunyai jantina yang berlainan ( Jennifer

Coates : 109 ). Dalam kajian mereka, mereka cuba mengesan gangguan-gangguan

( interruptions ) dan pertindihan ( overlaps ) .

Manakala gangguan-gangguan ( interruptions ) pula merupakan keganasan yang

terjadi ketika mengambil giliran bertutur dalam sesuatu perbualan ( ibid : 109 ). Penutur

yang seterusnya mulai bertutur semasa terdapat penutur yang lain masih lagi belum tamat

bertutur. Zimmerman dan West menyatakan bahawa semua pertindihan dan gangguan

dilakukan oleh lelaki ketika bercakap dengan wanita. Dalam perbualan penutur yang

mempunyai jantina yang sama, berlaku juga kejadian ini tetapi tidak begitu banyak

apabila perbualan tersebut disertai oleh penutur lelaki dan wanita. Hal ini dapat dilihat

seperti data di bawah :

P 2 : Tu susahlah sebab kiter tau bile kiter berhubungan ngan kita kene faham

dier . Terpisahlah jauh mane selagi atas dasar sayang, hormat, percaya sume tu

L 1 : Tapi masalahnya macam mane kalo pompuan tu mempunyai perasaan

jelous paling kuat sekali ( gangguan lelaki terhadap wanita )

P2 : Iyelah nasihatlah elok-elok sebab dalam hubungan laki jadi ketua

L1 : Iyelah,memang ( gangguan lelaki terhadap wanita )

Berdasarkan data di atas, terdapat gangguan yang dilakukan oleh lelaki ketika

berada di dalam sesuatu perbualan. Penutur wanita iaitu P2 masih sedang bercakap tetapi

percakapannya dipotong oleh penutur lelaki iaitu L1. Hal ini menunjukkan lelaki

sentiasa melakukan gangguan terhadap wanita apabila berada dalam sesuatu perbualan.

Penutur wanita agak kurang melakukan keganasan terhadap lelaki apabila berada dalam

sesuatu perbualan. Kebiasaanya, wanita akan bercakap apabila penutur lelaki sudah

Page 9: Dapatan Kajian FINAL HMT 328

menamatkan percakapannya. Tetapi terdapat juga gangguan yang dilakukan oleh wanita

ketika bertutur dengan lelaki. Hal ini dapat dilihat seperti data di bawah :

L1: Memang soalan tu memang susah la. Memang tough la..Memang tak terime

lah sebab…

P1: Ko akan bayangkan, kalau ko terime, bile baring dengan die, ko pikir.. die

penah ni..ni..ni…, ko akan rase tak ikhlas ar layanan die. ( gangguan wanita

terhadap lelaku )

Data di atas dapat menunjukkan bahawa wanita juga melakukan gangguan

terhadap pertuturan lelaki tetapi perkara ini amat jarang dilakukan oleh wanita. Terdapat

kesan akibat gangguan-gangguan ini. Antara kesannya ialah penutur cenderungnya akan

terdiam. Kebanyakan gangguan ini dilakukan oleh lelaki. Kebiasaanya penutur yang

akan terdiam dalam perbualan ialah wanita.

Selain itu juga, Shan Wareing ( 2007 : 126 ) turut menyokong bahawa lelaki

sering memotong percakapan wanita. Lelaki didapati lebih banyak melakukan gangguan

terhadap percakapan wanita berbanding gangguan yang dilakukan oleh wanita terhadap

percakapan lelaki. Hal ini dapat membuktikan bahawa lelaki lebih mendominasi sesuatu

perbualan berbanding wanita.

Selain itu, Shan Wareing juga menyatakan bahawa dalam percakapan wanita

sering berlaku pertindihan terutama dalam perbualan yang melibatkan gender yang sama.

Percakapan yang bertindih ini berbeza daripada gangguan iaitu apabila dua atau lebih

penutur bercakap pada masa yang sama dan topik yang sama. Mereka tidak menyedari

bahawa hak mereka untuk bercakap telah dilanggar antara satu sama lain. Hal ini

membuktikan bahawa wanita sangat menghargai kerjasama dan kolaborasi dalam sesuatu

perbualan. Manakala lelaki pula tidak menyukai pertindihan ini. Pendapat yang

diutarakan oleh beliau adalah selari dengan data yang diperoleh dalam kajian ini.

Contohnya dapat dilihat melalui ayat di bawah:

Page 10: Dapatan Kajian FINAL HMT 328

L1 : Adil…

P 1, P 2, P 3 dan P 4 : Mane adil..

Berdasarkan contoh di atas, terbukti bahawa percakapan wanita sering mengalami

pertindihan dengan penutur yang lain. Pertindihan ini berlaku apabila perbualan tersebut

memperkatakan topik yang sama, iaitu “adakah adil bagi seorang wanita jika

pasangannya curang”. Pada masa ini, keempat-empat informan wanita menyatakan

pendapat mereka secara serentak di mana berlaku pertindihan pada masa yang sama.

Manakala bagi informan lelaki pula, mereka jarang mengalami pertindihan. Hal ini turut

disokong oleh Zimmerman dan West. Menurut mereka, pertindihan merupakan kejadian

jangkaan yang sedikit oleh penutur yang seterusnya. Pertindihan ini berlaku apabila

penutur seterusnya mulai bertutur di setiap akhir giliran penutur pertama sehingga

menyebabkan perkataan yang terakhir bertindih dalam perbualan tersebut ( ibid : 109 ).

Selain itu, menurut Key (1975) dalam S.Nathesan juga, bahasa apologi khususnya

dimiliki oleh wanita. Hal ini bermakna, perempuan cenderung meminta maaf dalam

sesuatu situasi. Wanita mudah mengungkapkan kata “maaf” apabila mendapati dirinya

membuat sesuatu kesalahan. Menurut beliau lagi, wanita juga selalu memohon maaf dan

apologi untuk bertanya sesuatu. Mungkin, itulah cara hidup wanita kerana menurut

beliau, “…it is a way of life for females” (1975:37). Hal ini dapat dibuktikan melalui

data dalam kajian kami, iaitu, informan perempuan menyatakan ayat yang berikut:

P2: Kalau orang, orang..insyaallah orang takkan curang tapi kalau tercurang

jugak orang akan mintak maaf pastu akan terus teranglah dekat die kate kite ni

dah mungkin dah takdak perasaan dah kat die..

Berdasarkan ayat di atas, dapat dibuktikan bahawa, perempuan cenderung untuk

mengakui kesalahannya dan meminta maaf. Perempuan juga didapati mudah memaafkan

kesalahan pasangannya. Buktinya dapat dilihat melalui ayat tersebut:

Page 11: Dapatan Kajian FINAL HMT 328

P2: kalau macam orang kan, lepas kite tanye tu, die ade balik perasaan kat kite,

bukannye.. sebenarnye die tak mau pun kat pompuan tu, mungkin sebab salah kite

kan, lepas tu kalau die mintak maaf, kite akan maafkan die dulu, orang akan

maafkan die dulu, selidik die, tanye die,pastu, kalau hubungan tu boleh diperbaiki

tu, akan baik semula lah. Maafkan die dulu..tanye die kan..

Hal ini berbeza dengan kaum lelaki, yang sukar untuk berterus terang dan

memohon maaf. Mereka lebih gemar menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan

pasangannya. Contohnya dapat dilihat melalui ayat yang diungkapkan oleh informan

lelaki yang ditemubual, iaitu:

L 2 : Sebab die jauh-jauh tapi kite kene sembunyila jangan bagi tau die tu

Berdasarkan ayat tersebut, didapati bahawa lelaki sukar untuk berterus terang

kepada pasangan mereka tentang sesuatu perkara. Selain itu, lelaki juga didapati sukar

untuk memaafkan kesalahan pasangannya. Hal ini dapat dilihat dengan jelas melalui ayat

yang dituturkan oleh informan lelaki tersebut, iaitu:

L2: memang dah tak boleh maaf la kalau setakat sekali, die tak ngaku, die kate

kawan je, mungkin takpe lagi, aku maafkan lagi, tapi kalu dah berkali, memang

tak boleh la, tak boleh maafkan. Memang tak boleh maafkan die la..

Terdapat teori yang menyatakan bahasa lelaki menunjukkan kuasa yang mereka

miliki dan dominasi ke atas wanita. Gaya bahasa lelaki melambangkan ilmu pengetahuan,

kemahiran dan maklumat yang betul. Disebabkan itu, perbualan di antara sesama lelaki

akan lebih kepada cuba memperlihatkan status masing-masing dan ini juga merupakan

cubaan agar mereka tidak dilihat sebagai orang kecil yang tidak penting ( Dalila Bt

Sharingat : 2006 ).

Page 12: Dapatan Kajian FINAL HMT 328

Teori ini turut disokong oleh Kramer (1978) yang menyatakan bahawa bahasa

lelaki lebih menuntut perhatian orang lain, berdominasi, berwibawa, dan agresif.

Manakala bahasa wanita pula disimpulkan sebagai mesra, lemah lembut, dan

bersemangat serta lebih gramatis. Lelaki pula seringkali menggunakan gaya bahasa

agresif berbanding wanita yang lebih suka menggunakan bahasa lembut. Hal ini dapat

dibuktikan melalui kajian yang kami jalankan terhadap informan lelaki dan wanita yang

menuturkan ayat seperti berikut:

L 1 : Kite dah matang, pandai-pandailah gunekan kematangan kite tu nak bagi tau kat pompuan tu

L 1 : Sebab laki ni biasela laki ni kalau nak jadi isteri kene pilihan terbaik

Berdasarkan ayat di atas, terbuktilah bahawa bahasa lelaki lebih mendominasi

keadaan ketika bertutur dan bahasa yang dituturkan juga menunjukkan kewibawaan. Hal

ini berbeza dengan bahasa yang dituturkan oleh wanita ketika bertutur, iaitu, mereka

lebih lemah lembut, bersemangat, dan mesra. Hal ini dapat dibuktikan melalui ayat yang

dituturkan oleh informan wanita yang ditemubual, iaitu:

P 3 : Mestilah sedih (nada lembut)

P 1, P 2, P 3 dan P 4 : Mane adil (bersemangat)

P 4 : Korang kene fer bile pompuan girlfriend korang mintak abang petang ni kan

orang nak kuar ngan L 2 nak pegi ni ni ni laki tak bagi why? so korang kene fer kalau

nak pompuan bagi kebenaran laki pun kene bagi (mesra)

Seterusnya, menurut Lakoff (1973) pula, beliau berpendapat bahawa penggunaan

bahasa kaum wanita berbeza daripada kaum lelaki dari segi leksikon, sintaksis dan

fonologi. Beliau menyatakan bahawa kaum wanita lebih cenderung menggunakan kata-

kata yang lebih halus. Manakala lelaki tidak memperlihatkan kecenderungan demikian

Page 13: Dapatan Kajian FINAL HMT 328

iaitu lelaki lebih cenderung menggunakan bahasa yang kasar. Hal ni dapat dibuktikan

melalui contoh ayat yang dituturkan oleh informan lelaki iaitu:

L 1 : Memang kalau aku, memang aku, boleh tampo, aku tampo ja.

Daripada ayat ini, didapati bahawa bahasa yang kaum lelaki tuturkan adalah

kasar. Manakala bagi kaum wanita pula berbeza iaitu mereka cenderung menggunakan

bahasa yang halus ketika bertutur. Contohnya, dapat dilihat di dalam ayat tersebut yang

dituturkan oleh informan wanita:

P 3 : Dier kena cakap betol-betol, siap-siap, pujuk berkali-kali sebab manusia

sendiri pelupa, jadi kekurangan tu kiter ingatlah banyak kali.

Perbezaan bahasa antara kaum lelaki dan kaum perempuan dapat dilihat melalui

pemilihan kata yang digunakan oleh informan lelaki dan informan perempuan yang di

kaji. Kemudian, Jesperson (1922) menyatakan bahawa lelaki mempunyai kosa kata yang

lebih banyak daripada wanita. Hal ini bermakna, mengikut pandangan beliau lelaki lebih

banyak bertutur atau berbicara berbanding wanita. Pernyataan ini dapat kami buktikan

melalui data yang diperolehi daripada kajian yang dijalankan.

Manakala menurut Shan Wareing (2007) pula, terdapat satu stereotaip yang

menyatakan bahawa wanita lebih banyak bertutur berbanding lelaki. Menurutnya lagi,

cara wanita bertutur sering digambarkan dengan menggunakan istilah-istilah yang jarang

digunakan untuk menggambarkan cara lelaki bertutur, seperti istilah ‘gossip’, ‘chatter’,

‘nag’, ‘rabbit’, ‘yak’, dan ‘natter’. Istilah ini merupakan istilah yang banyak digunakan

untuk menggambarkan pertuturan yang dilakukan oleh wanita. Hal ini menunjukkan

bahawa wanita lebih banyak bercakap tentang perkara yang tidak jelas tujuannya.

Masalah ini telah banyak ditemui dan ia menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang

besar dalam penggunaan bahasa lelaki dan wanita.

Page 14: Dapatan Kajian FINAL HMT 328

Namun begitu, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa lelaki sebenarnya lebih

banyak bercakap berbanding wanita ( Shan Wareing : ). Hal ini bertentangan dengan

stereotaip yang wujud pada masa kini. Dapatan ini merupakan penemuan yang penting

kerana ia menunjukkan bahawa terdapat pengaruh ideologi. Hal ini membuktikan

pendapat bahawa wanita lebih banyak bertutur wanita berbanding lelaki telah diterima

sebagai suatu kebiasaan dalam masyarakat kita walaupun terdapat bukti yang

menunjukkan sebaliknya.

Pendapat Jesperson dan Shan Wareing dapat dibuktikan kebenarannya melalui

data yang diperolehi dalam kajian ini, iaitu lelaki lebih banyak bertutur berbanding

wanita. Hal ini dapat dilihat melalui contoh ayat yang dituturkan oleh informan lelaki

dan informan wanita yang ditemubual, iaitu:

L 1 : Bagi aku curang ni ialah bagaimane sorang tu die main belakangla,

maknenye die main, die ade hubungan dengan orang lain padehal kite ade

hubungan dengan die tapi dalam mase yang same die ade hubungan dengan

orang lain. Jadi itu bagi pendapat saye die curanglah tu.

P 3 : Samela dengan L 1. Kalau die ade hubungan yang rapat tu, tu curangla tu

tapi kalau…

Berdasarkan contoh-contoh ayat di atas, terbuktilah bahawa kosa kata lelaki lebih

banyak berbanding wanita dan lelaki lebih banyak bertutur berbanding wanita. Hal ini

dibuktikan melalui jawapan yang diberikan oleh informan lelaki dan informan wanita

terhadap soalan yang kami kemukakan iaitu “apakah yang anda faham tentang istilah

curang?”. Melalui soalan ini didapati bahawa informan lelaki memberi jawapan yang

panjang lebar berbanding informan wanita yang hanya memberi jawapan yang ringkas.

Hal ini membuktikan bahawa kaum lelaki menggunakan kosa kata yang lebih banyak

daripada kaum wanita untuk menerangkan sesuatu isu yang sama.

Page 15: Dapatan Kajian FINAL HMT 328

Dalam hal yang lain, Jesperson (1922) juga menyatakan bahawa kaum wanita

didapati lebih gemar menggunakan adverba berbanding kaum lelaki. Adverba merupakan

frasa yang berfungsi pada adjung ayat dan dapat diuji dengan menggerakkan frasa atau

kata tersebut ke hadapan atau ke belakang ayat ( Asmah Haji Omar : 292 ). Namun, hal

ini bertentangan dengan dapatan kajian yang telah kami jalankan terhadap informan

lelaki dan informan perempuan. Melalui data yang didapati terbukti bahawa kaum lelaki

lebih banyak menggunakan adverba berbanding kaum wanita. Contohnya, dapat dilihat

melalui ayat yang dituturkan oleh informan lelaki iaitu:

L 2 : Pada pendapat saye pulak setuju dengan pendapat L 1 tapi kalau aku

Manakala kaum wanita tidak menuturkan sebarang adverba dalam data yang kami

kaji. Seterusnya, Yorderg (1974) berpendapat bahawa kaum wanita lebih banyak

memperlihatkan kemahiran verbal berbanding kaum lelaki. Hal ini bermakna kaum

wanita mempunyai pengetahuan bahasa yang lebih mendalam berbanding kaum lelaki.

Namun begitu, melalui data yang kami kaji didapati bahawa kedua-dua informan lelaki

dan wanita mempunyai kemahiran verbal yang sama. Contohnya, dapat dilihat melalui

ayat yang dituturkan oleh informan wanita dan informan lelaki iaitu:

P 4 : Korang kene fair bile pompuan girlfriend korang mintak abang petang nikan

orang nak kuar ngan L 2 nak pegi ni ni ni laki tak bagi why? so korang kene fair

kalau nak pompuan bagi kebenaran laki pun kene bagi

L1: kalau bagi aku la kan, bile aku sendiri nampak dengan mate aku, aku tengok

perbuatan tu semue, aku mudah je, senang je aku buat, gi kat die, cakap, skarang,

kite dah takde pape, settle now, cancel, kosong-kosong, pegi ikut pakwe tu,

senang. Settle. Takde masalah ape kan, sebab bunge bukan sekuntum.

Berdasarkan kedua-dua contoh tersebut, terbuktilah bahawa informan lelaki dan

informan wanita mempunyai kemahiran verbal yang sama seperti percampuran kod yang

dituturkan oleh informan lelaki dan informan wanita yang dikaji.

Page 16: Dapatan Kajian FINAL HMT 328

Seterusnya, beliau juga menyatakan bahawa penelitian menunjukkan wanita lebih

aktif daripada lelaki di dalam memberikan sokongan (Back Channel Support) terhadap

orang yang dilawan bercakap. Back Channel Support adalah tindak balas (feedback)

verbal dan bukan verbal yang diberikan pendengar kepada penutur, misalnya dengan

berkata “mmm, ya, aha” atau dengan mengangguk, tersenyum, mengerutkan dahi, atau

gerak tubuh lain termasuklah postur tubuh (cara duduk dan berdiri).

Menurut beliau lagi, penelitian-penelitian ini tidak hanya menunjukkan bahawa

wanita lebih banyak memberikan sokongan terhadap orang yang dilawan bertutur

berbanding lelaki. Malah wanita juga memiliki kepekaan yang lebih tinggi berbanding

lelaki dalam perbualan. Hal ini menyebabkan penutur merasakan dirinya dihargai dan

percakapannya didengari. Sekiranya, tiada sokongan daripada pendengar, penutur akan

merasakan dirinya tidak yakin dengan diri sendiri menyebabkan mereka mengulang

kembali percakapan atau terus berhenti bercakap.

Pernyataan yang dikemukakan oleh Shan Wareing ini dapat dibuktikan melalui

data yang dipetik daripada eksperimen yang dijalankan. Contohnya dapat dilihat melalui

ayat di bawah:

P4: so P2 akan percaye la? Sebab die dah penah curang, kire boleh terime balik

lah? Percaye die lagi? Cam tu lah?

P2: ha macam tu lah, sebab kite dah kenal die sebelum ni kan, tau die macam

mane, kalau die berubah tu, mungkin sebab silap kite sendiri kite tak tau, ha so,

jadi mungkin kite boleh perbaik kan, mungkin kite lepas tu.. mungkin hubungan

akan jadi lebih baik.

Berdasarkan ayat di atas, terbukti bahawa wanita memberikan sokongan ketika

bertutur. Informan wanita yang ditemubual menggunakan perkataan “ha” sebagai

sokongan ketika menjawab soalan yang dikemukakan terhadapnya. Pada masa yang

sama, informan wanita ini juga menunjukkan bahasa badan ketika berbicara, iaitu dengan

Page 17: Dapatan Kajian FINAL HMT 328

memberikan senyuman dan menganggukkan kepalanya. Melalui keadaan ini juga

terbukti bahawa wanita boleh membuat orang yang dilawan bercakap dengannya berasa

bahawa percakapannya benar-benar didengari.

Menurut Robin Lakoff, beliau juga turut menyatakan bahawa wanita lebih banyak

menggunakan “hedges” dan menolak bahawa hal ini terjadi kerana wanita telah

disosialisasikan untuk mempercayai bahawa menegaskan diri mereka sendiri tidak

kelihatan sopan atau feminin ( Lakoff 1975 : 54 ) dalam Jennifer Coates : 116.

Dalam kajian Jennifer Coates, beliau menyatakan bahawa wanita selalunya

membincangkan topik yang sensitif. Penggunaan “hedges” menghalang percakapan

tersebut daripada menjadi terlalu memalukan ( Jennifer Coates : 118 ). Dalam data yang

telah dikumpulkan, tidak terdapat kejadian seperti ini. Namun dalam peristiwa yang

berlainan, perkara ini berlaku. Hal ini dapat dilihat seperti data di bawah :

Saya rasa muka dier saya kenallah. Tapi saya rasalah. Saya pun tak pasti.

Namun, hal ini bertentangan dengan dapatan kajian yang telah kami jalankan

terhadap informan lelaki dan informan perempuan. Melalui data yang didapati terbukti

bahawa kaum lelaki lebih banyak menggunakan “hedges” berbanding kaum wanita.

Contohnya, dapat dilihat melalui ayat yang dituturkan oleh informan lelaki iaitu:

L 2 : Pada pendapat saye pulak setuju dengan pendapat L 1 tapi kalau aku

Menurut Jennifer Coates, pendedahan tentang diri sendiri mungkin boleh

memalukan penutur, oleh itu penggunaan “hedges” perlu digunakan dalam kenyataan

mereka. Jennifer turut menyatakan bahawa kebanyakan lelaki jarang menggunakan

“hedges” dalam topik mereka. Hal ini berbeza dengan wanita. Lelaki cuba mengelakkan

membincangkan tentang hal peribadi mereka dan lebih berminat untuk bercakap tentang

perkara yang tidak ada kaitan dengan hal mereka. Oleh itu, perbezaan antara lelaki dan

Page 18: Dapatan Kajian FINAL HMT 328

wanita ialah topik perbincangan sama ada berkaitan dengan perkara yang tidak berkaitan

dengan peribadi atau yang melibatkan diri penutur ( Jennifer Coates : 118 ) .

Menurut Shan Wareing (2007), penelitian-penelitian yang telah dilakukan

menunjukkan bahawa wanita lebih banyak menggunakan “hedges” dan “epistemic modal

form” berbanding lelaki dalam pertuturan. Menurut beliau, “hedges” adalah bentuk-

bentuk linguistik yang memperhalus sebuah pertanyaan. Contohnya, “sort of”, “I think”

dan “kind of”. Bentuk-bentuk ini menunjukkan seolah-olah penutur menyatakan

keraguan dalam sesuatu pertuturan. Manakala contoh bentuk ini di dalam bahasa

Indonesia adalah seperti “yah sebenarnya”, “mungkin saja”, “rasanya”, “yah semacam…-

lah”.

Shan Wareing (2007) juga menyatakan bahawa “epistemic modal form” adalah

bentuk-bentuk linguistik yang menyatakan secara langsung mengenai sikap penutur

terhadap apa yang mereka katakan. Contohnya adalah seperti should, would, could, may

dan might Hal ini bermakna, bentuk-bentuk ini terdiri daripada kata kerja bantu atau

“modal auxiliary” sehingga disebut sebagai “epistemic modal form”. Ketika bentuk-

bentuk ini digunakan, dapat ditafsirkan bahawa penutur wanita tidak sepenuhnya yakin

pada apa yang dikatakan. Kata-kata lain yang mempunyai fungsi serupa adalah seperti

perhaps, really dan maybe.

P3: tapi mungkin ade sebab die buat tu. jadi kite kene selidik dulu.

P2: tapi mungkin ade sebab die buat macam tu..

Berdasarkan contoh-contoh di atas, didapati bahawa informan wanita lebih

banyak menggunakan “epistemic modal form” berbanding informan lelaki daripada

kajian yang telah dilakukan.

Menurut kajian Shan Wareing (2007), antara punca mengapa penutur wanita lebih

banyak menggunakan “hedges” dan “epistemic modal form” berbanding lelaki dalam

pertuturan ialah kerana penutur wanita merasa kurang percaya pada diri sendiri

Page 19: Dapatan Kajian FINAL HMT 328

berbanding penutur lelaki sehingga mereka merasa gelisah ketika mengemukakan

pendapat secara langsung dan berterus terang. Punca yang seterusnya ialah penutur

wanita tidak mahu mengalami konflik berbanding penutur lelaki sehingga mereka lebih

suka menggunakan bentuk-bentuk diperhalus yang boleh memungkinkan terjadinya

perbezaan pendapat tanpa harus berlanjutan terhadap konfrontasi secara terbuka.

Perbezaan yang seterusnya ialah penggunaan kata sumpahan dan bahasa tabu.

Lelaki lebih kerap menggunakan kata sumpahan dan bahasa tabu. Flexner ( 1960 ) dan

Lakoff ( 2004 ) turut menyatakan bahawa lelaki lebih banyak menggunakan kata-kata

yang kuat seperti damn, shit berbanding dengan wanita seperti oh dear, goodness.

Kramer ( 1974 ) dalam Jennifer Coates ( 1993 ) telah menganalisis kartun-kartun dari

New Yorker. Beliau telah mengesan bahawa kartunis-kartunis telah menghidupkan

karakter lelaki dalam karya mereka yang lebih banyak menggunakan kata sumpahan

berbanding dengan karakter wanita. Kata-kata yang kuat merupakan kata yang disimpan

untuk golongan lelaki manakala kata-kata yang lemah disimpan untuk golongan wanita

( Lakoff : 44 )

Penggunaan kata sumpahan dan bahasa tabu tidak dapat dikesan dalam

eksperimen yang telah kami jalankan. Hal ini mungkin kerana situasi dan penutur yang

berbeza jantina yang berada dalam perbualan yang sama. Pada masa eksperimen ini

dijalankan, berkemungkinan lelaki mengawal penggunaan bahasa mereka kerana terdapat

penutur perempuan dalam perbualan tersebut.

Berdasarkan soal selidik yang telah dijalankan, informan lelaki mengakui bahawa

mereka sentiasa menggunakan kata sumpahan dan tabu dalam perbualan mereka terutama

dalam perbualan yang hanya melibatkan golongan lelaki sahaja. Informan mengakui

bahawa mereka akan cuba mengawal agar tidak mengeluarkan kata sumpahan apabila

berada dalam perbualan yang melibatkan penutur wanita. Perbezaan penggunaan kata-

kata yang kuat dan lemah dapat dilihat seperti di bawah :

1 ) Celaka, jatuh lagi baju aku ni !

Page 20: Dapatan Kajian FINAL HMT 328

2 ) Ya Allah, jatuh lagi baju aku ni!

Berdasarkan ayat di atas, ayat 1 merupakan ayat yang menggunakan kata yang

kuat. Ayat ini dituturkan oleh lelaki. Kata sumpahan yang digunakan ialah celaka.

Manakala ayat 2 merupakan ayat yang dituturkan oleh wanita. Ayat ini menggunakan

kata yang lemah iaitu Ya Allah. Oleh itu, dapatlah dibuktikan bahawa golongan lelaki

lebih cenderung menggunakan kata-kata sumpahan dan tabu.

Wanita juga apabila berkata-kata lazimnya akan menggunakan kata penekan

maksud seperti amat, terlalu, sangat dan juga lebih banyak bertanya dan lebih banyak

menggunakan soalan ekor, seperti “Cantik tak?”. Penggunaan perkataan emosi juga

seringkali digunakan oleh wanita berbanding lelaki ( Dalila Bt Sharingat : 2006 ).

Walau bagaimanapun, sebenarnya lelaki dan wanita sama banyak bercakap

tentang perasaan mereka. Kajian mendapati apabila lelaki bercakap dengan lelaki, mereka

kurang menggunakan kata-kata emosi berbanding apabila lelaki bercakap dengan wanita.

Manakala bagi wanita, bilangan perkataan emosi yang digunakan adalah sama banyaknya

sama ada mereka bercakap dengan lelaki mahupun wanita. Bagi penggunaan kata pelapik

seperti “mungkin juga” digunakan sama banyak sama ada ketika lelaki bercakap dengan

lelaki mahupun ketika lelaki bercakap dengan wanita ( ibid : 2006 ).

Menurut seorang pakar, Vivienne Parry yang merupakan seorang saintis,

penyunting dan penulis buku (The Truth About Hormone) menulis bagaimana lelaki dan

perempuan mendengar dan menafsir apa yang didengari. Beliau menyatakan terdapat

perbezaan di antara kedua-dua seks berlainan ini di dalam cara mendengar dan mentafsir

maklumat yang didengari. Sebagai contohnya, seorang perempuan mungkin akan berkata

kepada seorang lelaki bahawa beliau bosan dengan cara bosnya bertindak dan sejak

akhir-akhir ini pejabatnya terlalu sibuk sehinggakan beliau rasa tertindas dengan jumlah

kerja dan masalah yang perlu diselesaikan yang terlalu banyak.

.

Page 21: Dapatan Kajian FINAL HMT 328

Bagi perempuan, kenyataan sebegini adalah suatu jemputan untuk berbicara dan

bersama-sama bercakap tentang isu pokok iaitu kesibukan, cara bos bertindak dan isu-isu

berkaitan. Perempuan tidak mengharapkan jawapan. Apa yang diharapkan ialah lelaki

akan bercakap dengannya tentang isu atau masalah yang dihadapi. Namun, telinga dan

otak lelaki mentafsir dengan cara tersendiri. Bagi lelaki, apa yang disampaikan

kepadanya adalah suatu jemputan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh

perempuan.

Pendengaran dan tafsiran di minda lelaki ialah beliau harus membantu perempuan

dengan memberikan jawapan dan senarai alternatif penyelesaian. Maka, lelaki akan

memberikan jawapan seperti 'awak perlu berhenti kerja dan cari kerja lain...' atau

jawapan-jawapan yang tidak digemari oleh perempuan. Pertembungan cara percakapan

dan pendengaran ini sering wujud di dalam perhubungan, cuma, ianya tidak disedari oleh

lelaki dan perempuan (http://insan-luarbiasa.blogspot.com/2009/02/kata-pakar-tentang-

perbezaan-lelaki-dan.html ).

Jesperson ( 1922 ) juga bersetuju bahawa bahasa yang digunakan oleh perempuan

lebih kerap menggunakan kata sifat berbanding lelaki. Dalam pada itu juga, ketika

merujuk kepada sesuatu jawatan, pekerjaan ataupun profesion, orang seringkali

menggunakan unsur jantina untuk merujuk kepada pelbagai perbezaan. Sebagai contoh,

untuk merujuk kepada jawatan seorang perempuan dalam bahasa Inggeris seringkali

menggunakan chairwomen. Disebabkan itulah daripada penggunaan kata dalam bahasa

Inggeris, kata-kata bahasa Melayu juga turut dipengaruhi. Dengan yang demikian

penutur bahasa Melayu juga membezakan jantina dalam memperkatakan bidang

pekerjaan seperti

Page 22: Dapatan Kajian FINAL HMT 328