tradisi persembahan kumpulan gambus nurulhilal … filetradisi persembahan kumpulan gambus...

21
1 TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR THE KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL PERFORMANCE TRADITION IN JOHOR Mohd Nizam Attan 1 1 Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor Email: [email protected] Accepted date: 20-12-2018 Published date: 15-1-2019 To cite this document: Attan, M. N. (2018). Tradisi Persembahan Kumpulan Gambus Nurulhilal Di Johor. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR), 1(1), 01- 21. ___________________________________________________________________________ Abstrak: Gambus di Johor seringkali dikaitkan dengan kumpulan Ghazal Johor dan lagu-lagu zapin. Persepsi masyarakat yang meletakkan gambus sebagai ikon negeri Johor dibayangi oleh peranan gambus dalam memainkan lagu-lagu ghazal dan zapin sahaja. Namun, gambus juga memainkan peranan besar di Johor dalam ensembel yang dinamakan Kumpulan Gambus. Kajian didapati kumpulan gambus Nurulhilal telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada masyarakat di Johor sekitar tahun 1970an hingga akhir 1990an. Tradisi muzik kumpulan gambus pada awalnya bersifat ‘saduran’ dari lagu-lagu Arab Mesir di samping lagu-lagu ciptaan. Namun tradisi muzik kumpulan gambus berkembang menerusi penerimaannya dalam kalangan masyarakat tempatan di Johor khususnya di daerah Batu Pahat dan Pontian. Kajian dijalankan secara kualitatif dengan sumber rujukan utama adalah dari hasil temubual dan pengalaman langsung bersama kumpulan gambus ini. Sumber-sumber lain adalah dalam bentuk rakaman-rakaman lama dalam bentuk pita kaset, piring hitam, buku- buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian ini dijangka dapat dijadikan sumber idea, informasi dasar dan pemahaman asas tentang tradisi muzik kumpulan gambus di Johor yang pernah suatu ketika menjadi sumber hiburan bagi penduduk setempat di Johor khususnya pada majlis-majlis perkahwinan. Kata Kunci: Tradisi muzik kumpulan gambus, kumpulan gambus Nurulhilal, persembahan kumpulan gambus di Johor Abstract: Gambus in Johor is often associated with the Johor Ghazal group and zapin songs. The perception of the people who placed the gambus as the icon of Johor was overshadowed by the role of gambus in playing ghazal and zapin songs alone. However, the gambus also played a major role in Johor in an ensemble called the Kumpulan Gambus. Studies found that the kumpulan gambus Nurulhilal has received encouraging response from the people in Johor around the 1970s until the late 1990s. The musical tradition of the kumpulan gambus was originally 'plated' from Egyptian Arab songs in addition to the local compositions. However, kumpulan gambus music tradition has grown through its acceptance among local communities in Johor especially in Batu Pahat and Pontian districts. Qualitative studies with major Volume: 1 Issues: 1 [December, 2018] pp. 1 - 21] Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR) eISSN: 2637 - 0956 Journal website: www.jossr.com

Upload: vandien

Post on 13-Mar-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL … fileTRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR ... buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian

1

TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS

NURULHILAL DI JOHOR

THE KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL PERFORMANCE

TRADITION IN JOHOR

Mohd Nizam Attan1

1Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Batu Pahat, Johor

Email: [email protected]

Accepted date: 20-12-2018

Published date: 15-1-2019

To cite this document: Attan, M. N. (2018). Tradisi Persembahan Kumpulan Gambus

Nurulhilal Di Johor. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR), 1(1), 01- 21.

___________________________________________________________________________

Abstrak: Gambus di Johor seringkali dikaitkan dengan kumpulan Ghazal Johor dan lagu-lagu

zapin. Persepsi masyarakat yang meletakkan gambus sebagai ikon negeri Johor dibayangi oleh

peranan gambus dalam memainkan lagu-lagu ghazal dan zapin sahaja. Namun, gambus juga

memainkan peranan besar di Johor dalam ensembel yang dinamakan Kumpulan Gambus.

Kajian didapati kumpulan gambus Nurulhilal telah mendapat sambutan yang menggalakkan

daripada masyarakat di Johor sekitar tahun 1970an hingga akhir 1990an. Tradisi muzik

kumpulan gambus pada awalnya bersifat ‘saduran’ dari lagu-lagu Arab Mesir di samping

lagu-lagu ciptaan. Namun tradisi muzik kumpulan gambus berkembang menerusi

penerimaannya dalam kalangan masyarakat tempatan di Johor khususnya di daerah Batu

Pahat dan Pontian. Kajian dijalankan secara kualitatif dengan sumber rujukan utama adalah

dari hasil temubual dan pengalaman langsung bersama kumpulan gambus ini. Sumber-sumber

lain adalah dalam bentuk rakaman-rakaman lama dalam bentuk pita kaset, piring hitam, buku-

buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian ini dijangka dapat

dijadikan sumber idea, informasi dasar dan pemahaman asas tentang tradisi muzik kumpulan

gambus di Johor yang pernah suatu ketika menjadi sumber hiburan bagi penduduk setempat di

Johor khususnya pada majlis-majlis perkahwinan.

Kata Kunci: Tradisi muzik kumpulan gambus, kumpulan gambus Nurulhilal, persembahan

kumpulan gambus di Johor

Abstract: Gambus in Johor is often associated with the Johor Ghazal group and zapin songs.

The perception of the people who placed the gambus as the icon of Johor was overshadowed

by the role of gambus in playing ghazal and zapin songs alone. However, the gambus also

played a major role in Johor in an ensemble called the Kumpulan Gambus. Studies found that

the kumpulan gambus Nurulhilal has received encouraging response from the people in Johor

around the 1970s until the late 1990s. The musical tradition of the kumpulan gambus was

originally 'plated' from Egyptian Arab songs in addition to the local compositions. However,

kumpulan gambus music tradition has grown through its acceptance among local communities

in Johor especially in Batu Pahat and Pontian districts. Qualitative studies with major

Volume: 1 Issues: 1 [December, 2018] pp. 1 - 21] Jurnal Penyelidikan Sains Sosial (JOSSR)

eISSN: 2637 - 0956

Journal website: www.jossr.com

Page 2: TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL … fileTRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR ... buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian

2

reference sources are from interviews and direct experiences with this gambus group. Other

sources are in the form of old recordings in the form of tapes, vinyl records, songbooks, pictures

and library references. The results of this study are expected to be used as a source of ideas,

basic information and a basic understanding of the kumpulan gambus’s musical tradition in

Johor which was once a source of entertainment for the society in Johor, especially at

weddings.

Keywords: Kumpulan Gambus musical tradition, Kumpulan Gambus Nurulhilal, gambus

group performances in Johor

___________________________________________________________________________

Pengenalan

Muzik bercambah seiring dengan perkembangan bangsa yang membawanya juga mengalami

perubahan dan penyesuaian menerusi masa. Seni muzik yang dikaji ini juga bukan merupakan

seni budaya asli bagi masyarakat Melayu. Seni muzik ini merupakan pinjaman dari budaya luar

yang meresap ke dalam kehidupan masyarakat Melayu setelah proses penyesuaian berlaku.

Gambus, adalah alat muzik yang dimainkan secara solo atau berkumpulan seperti Ghazal,

Zapin, Nasyid, kumpulan Gambus dan Samrah (Mohd Nizam Attan, 2013, p.12). Di negeri

Johor, alat muzik gambus merupakan alat muzik utama dalam kumpulan Gambus, Zapin dan

kumpulan Gambus Samrah. Alat ini dipercayai berasal daripada alat muzik Arab yang

dinamakan Oud, yang bermaksud kayu; ranting atau tangkai mudah lentur; atau juga disebut

sebagai sebongkah kayu. Nama gambus yang merujuk kepada Oud terdapat di Gagasan Tanah

Melayu yang terdiri daripada Malaysia, Brunei, Indonesia, dan Singapura (Raja Zulkarnain

RMY, 2012, preface). Jenis gambus yang dirujuk sebagai Oud juga digunapakai di negeri Johor

dikenali sebagai gambus Hadhramaut atau gambus Arab (Nik Mustapha Nik Mohd Salleh,

2009).

Kajian ini bertujuan untuk mengetengahkan penyelidikan terhadap tradisi muzik kumpulan

gambus di Johor. Kajian ini adalah sebuah kajian yang berasaskan kepada perkembangan

budaya popular dalam masyarakat Melayu yang berkaitan dengan hiburan seperti yang

dinyatakan oleh Mohd. Taib Osman dan Wan Kadir Yusoff (1987, p. 57).

Penulisan ini menumpukan kepada aspek tradisi persembahan muzik kumpulan gambus di

negeri Johor. Kumpulan Gambus, merupakan satu bentuk ensembel muzik yang mewarnai

persada muzik di negeri Johor. Kumpulan gambus Nurulhilal dipilih sebagai objek kajian

dengan rasionalnya bahawa kumpulan ini telah melestarikan persembahan gambus dalam

bentuk ’kumpulan gambus’ selama lebih kurang 25 tahun bermula dari penubuhannya pada

tahun 1975 sehingga ke penghujung tahun 1999.

Permasalahan kajian

Gambus di Johor seringkali dikaitkan dengan kumpulan Ghazal Johor dan lagu-lagu zapin.

Persepsi masyarakat yang meletakkan gambus sebagai ikon negeri Johor dibayangi oleh peranan

gambus dalam memainkan lagu-lagu ghazal dan zapin sahaja.

Larry Francis Hilarian (2003) mengatakan,

terdapat dua jenis gambus di kepulauan Melayu iaitu gambus Hadhramaut dan gambus Melayu dan

peranan gambus ini bertukar-tukar dalam ensembel zapin dan ghazal

Page 3: TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL … fileTRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR ... buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian

3

Nik Mustapha Nik Mohd Salleh (1995) pula mengatakan,

di Johor, kesenian gambus banyak digunakan oleh penduduk berketurunan Arab terutamanya dalam

kesenian samrah yang banyak memainkan lagu-lagu zapin dan sarah. Namun, gambus juga digunakan

dalam kesenian ghazal selain dari menjadi alat muzik utama dalam kumpulan zapin Melayu

Hakikatnya, peranan yang dimainkan oleh gambus dalam kumpulan ghazal Johor hanyalah

sebagai alat muzik iringan kepada lagu-lagu yang dipersembahkan. Masyarakat tidak menyedari

bahawa terdapat fungsi telah dimainkan oleh alat muzik gambus dalam mewarnai persada muzik

khususnya di negeri Johor iaitu dalam bentuk kumpulan gambus. Literatur dan bahan tekstual

muzik tidak banyak diterbitkan di negara ini khususnya bagi ensembel-ensembel muzik

tradisional yang mempunyai pengaruh dari Timur Tengah seperti Kumpulan Gambus.

Dokumentasi hasil penyelidikan dan penerbitan ini boleh menjadi rujukan kepada generasi yang

akan datang serta menyumbang ke arah pelestarian khazanah warisan negara.

Tinjauan awal mendapati Kesenian gambus di Johor dipercayai berasal dari satu kesenian tradisi

masyarakat Arab yang dibawa dari satu daerah yang dikenali sebagai Hadhramaut melalui

perhubungan para pedagang Arab pada abad ke 19 menerusi Kepulauan Indonesia seperti di

Surabaya dan Betawi. Kesenian ini kemudiannya berkembang ke Singapura dan Negeri Johor

pada awal abad ke 20. Peranan gambus dan tokoh kumpulan gambus di Johor telah melahirkan

industri pembuatan gambus di Kampung Parit Hailam, Senggarang dalam daerah Batu Pahat.

Nik Mustapha Nik Mohd Salleh (1995) mengatakan,

kebanyakan gambus di Malaysia dihasilkan oleh tukang-tukang mahir di Johor dan di Kedah

Kumpulan gambus telah menjadi sumber hiburan yang menjadi pilihan utama di kawasan pekan

Rengit, Senggarang, Benut dan kawasan-kawasan berhampiran yang lain pada sekitar tahun

1970an sehingga penghujung tahun 1990an (Mohd Nizam Attan, 2014). Tiada pengkajian

secara khusus dari sudut tradisi muzik kumpulan gambus yang merangkumi sejarah,

perkembangan serta perubahan yang berlaku terhadapnya. Asas kesinambungan dan perubahan

dalam tradisi muzik kumpulan gambus ini perlu diselidik, didokumentasikan bagi tujuan

pelestarian budaya serta menjadi bahan rujukan di masa hadapan. Atas justifikasi ini penyelidik

merasakan kewajaran untuk membuat satu penyelidikan terhadap tradisi persembahan muzik

khusus kepada kumpulan gambus Nurulhilal, dari Rengit, Batu Pahat, Johor.

Objektif kajian

Kajian ini bertujuan untuk menerangkan identiti tradisi muzik kumpulan gambus Nurulhilal di

Johor dan seterusnya menganalisis aspek tradisi muzik kumpulan gambus Nurulhilal dari tahun

1975 sehingga akhir tahun 1999. Kajian akan memberi fokus terhadap:

1. Tradisi muzik kumpulan gambus

2. Peralatan muzik dan orkestrasi

3. Bentuk persembahan kumpulan gambus Nurulhilal

Landasan Teori

Dalam menjalankan penyelidikan mengenai bentuk muzik bersifat persembahan, penyelidik

menggunakan pendekatan etnomuzikologi. Etnomuzikologi membawa maksud kajian mengenai

aspek sosial dan budaya dalam muzik dan tari dalam konteks tempatan dan global. Kajian

etnomuzikologi juga perlu melakukan perbandingan dan kajian merentas budaya dari masa ke

semasa. Ini dilakukan dengan melihat bagaimana muzik mempengaruhi budaya dan manusia,

Page 4: TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL … fileTRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR ... buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian

4

ataupun bagaimana budaya boleh mempengaruhi sesuatu sistem muzik. Perkara ini juga

ditegaskan oleh Kunst (1959) bahawa:

The study-object of ethnomusicology, or, as it originally was called: comparative musicology, is the

traditional music and musical instruments of all cultural strata of mankind, from the so-called primitive

peoples to the civilized nations. Out science, therefore, investigates all tribal and folk music and every kind

of non-western art music… Western art-and popular (entertainment-) music do not belongs to its field

Penyelidik juga akan menggunakan pendekatan Mantle Hood (1971) yang menggariskan

cadangan pengkajian terhadap etnomuzikologi adalah yang berasaskan kepada norma gaya muzik

(The Norms of Musical Styles-Rajah 1) yang melibatkan penelitian terhadap tradisi persembahan,

gaya / zaman, genre, lagu-lagu dan pelaku (perfomer). Penelitian ini juga merangkumi aspek

penilaian tonaliti iaitu tuning system, scales, mode (maqam), dan teknik orkestrasi. Dalam konteks

orkestrasi ini, penyelidik akan membuat penilaian terhadap objek kajian iaitu kumpulan gambus

Nurulhilal. Bagi tujuan tersebut, Mantle Hood jyga mencadangkan bahawa penyelidik perlu

membuat observasi kepada format persembahan yang merujuk kepada form lagu, rentak,

penggunaan gaya melodic dan harmonic, dynamic selain daripada gaya improvisasi dan pencipta

lagu-lagu tersebut.

Rajah 1

Kajian terhadap pengekalan identiti tradisi muzik kumpulan gambus Nurulhilal di Johor yang

merangkumi repertoir, gaya permainan, maqam yang digunakan dilakukan melalui penulisan

dengan menggunakan pendekatan sistem transkripsi yang bersifat deskriptif. Dalam hal ini,

Nettl (1964), menyatakan bahawa diskripsi rentak sebaiknya dimulakan dengan membuat

penelitian tentang kaedah notasi yang diguna pakai dalam sesebuah komposisi dan

menerangkan fungsi dan konteks dari penelitian terhadap notasi-notasi tersebut. Kaedah

Page 5: TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL … fileTRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR ... buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian

5

transkripsi notasi muzik yang akan digunakan akan membantu mengenal pasti bentuk muzik

gambus yang masih kekal walaupun berlakunya perubahan masa.

Kajian literatur

Larry Hiliarian Francis (2003) banyak menyentuh tentang sejarah perkembangan gambus di

Nusantara. Raja Zulkarnain RMY (2012) mengatakan bahawa gambus dipercayai berasal

daripada alat muzik Arab yang dinamakan Oud, yang bermaksud kayu; ranting atau tangkai

mudah lentur; atau juga disebut sebagai sebongkah kayu. Nama gambus yang merujuk kepada

Oud terdapat di Gagasan Tanah Melayu yang terdiri daripada Malaysia, Brunei, Indonesia, dan

Singapura. Jenis gambus yang dirujuk sebagai Oud juga digunapakai di negeri Johor dikenali

sebagai gambus Hadhramaut atau gambus Arab (Nik Mustapha Nik Mohd Salleh, 2009). Dari

perspektif asas laras gambus, perkara ini banyak diperbincangkan oleh Raja Zulkarnain (2012)

dalam bukunya bertajuk Oud; Warisan seni dari Timur Tengah. Beliau telah membuat

penelitian tentang gaya laras Oud yang mirip kepada alat muzik gambus di Johor. Beliau juga

memperincikan teknik permainan Oud dari pelbagai gaya mengikut Negara-negara di Timur

Tengah. Dari sudut persembahan gambus pula, Nik Mustapha Nik Mohd Salleh (2009)

menegaskan bahawa kedua-dua jenis gambus iaitu gambus Sampan adalah merujuk kepada

gambus Melayu manakala gambus Hadhramaut merujuk kepada gambus Johor yang digunakan

dalam kumpulan gambus. Kedua-dua alat ini digunakan dalam persembahan zapin, ghazal dan

hamdolok yang popular di negeri Johor .

Anis, (1993) mengatakan bahawa gambus adalah alat muzik yang dominan dalam kumpulan

gambus selain daripada alat-alat muzik iringan. Gambus yang juga menjadi alat muzik utama

dalam persembahan zapin Melayu. Gambus juga menjadi alat muzik utama dalam ensembel

kumpulan gambus di sekitar daerah Batu Pahat (Mohd Nizam Attan, 2013). Wan Abdul Kadir

(1988, p. 94), mengatakan bahawa aliran muzik Melayu yang menerima pengaruh dari Asia

barat ialah gambus, zapin dan ghazal. Di Malaysia, lagu-lagu gambus lebih menjurus kepada

unsur-unsur keislaman, dakwah dan bersifat ketuhanan. Di negeri Johor, persembahan gambus

dalam bentuk ’kumpulan gambus’ begitu signifikan dalam mengadakan persembahan di majlis

perkahwinan orang-orang Melayu, manakala kumpulan gambus Samrah pula sering membuat

persembahan di majlis perkahwinan masyarakat berketurunan Arab (Gambus Samrah,1999).

Walaupun terdapat dua jenis kumpulan, namun tradisi persembahan kedua-dua kumpulan

tersebut adalah berbeza.

Metodologi Penyelidikan

Kajian lapangan atau etnografi boleh menghasilkan banyak deskripsi fenomena budaya. Kerja

lapangan merupakan tunggak penyelidikan budaya seperti yang disarankan oleh para

etnomuzikologi seperti Spradley (1980), Mead (1970), sekadar memberikan beberapa nama

seperti yang dinyatakan oleh Hashim Awang A.R (1996:29). Penyelidikan secara kualitatif juga

akan menggunakan kaedah dalam bentuk penerokaan (exploratory) dan deskriptif untuk

mendapat data mengenai tradisi muzik kumpulan gambus Nurulhilal yang merangkumi

perkembangan kumpulan gambus, kegunaan dan fungsi kumpulan gambus dalam masyarakat

di Johor, peralatan muzik yang digunakan dalam kumpulan gambus, penjarian dalam

tangganada dan maqam yang digunakan, gaya nyanyian, analisis lirik dan beberapa aspek lain.

Dalam penyelidikan ini, penyelidik telah menemubual ahli-ahli kumpulan gambus Nurulhilal

yang masih ada, menilai kembali bukti-bukti yang disimpan oleh informan seperti pita kaset

rakaman muzik kumpulan gambus Nurulhilal, gambar-gambar semasa membuat persembahan

selain dari merakam aktiviti dalam permainan dan persembahan muzik gambus kumpulan

Page 6: TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL … fileTRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR ... buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian

6

tersebut. Pemerhatian dan penyelidikan terhadap bentuk muzik gambus ini adalah sebagai

passive observer, active observer dan participant observer.

Lokasi dan skop kajian

Lokasi kajian adalah di Kampung Sungai Dulang di daerah kecil Rengit, iaitu tempat di mana

tertubuhnya kumpulan gambus Nurulhilal pada tahun 1975. Kajian juga akan dilakukan di

Kampung Parit Hailam di daerah kecil Senggarang, Batu Pahat dan juga di daerah Johor Bahru.

Pemilihan tempat ini dijustifikasikan kerana terdapatnya beberapa tokoh dalam bidang kesenian

gambus sama ada dari segi permainan dan juga pembuatan. Skop kajian adalah terhadap

perkembangan kumpulan gambus di Johor yang memberi tumpuan terhadap kesinambungan

dan perubahan tradisi muzik kumpulan gambus Nurulhilal.

Peta 1. Lokasi Kajian

Tradisi muzik kumpulan gambus Nurulhilal

Bagi menjelaskan organologi alat-alat muzik dalam kumpulan gambus Nurulhilal, pengkaji

akan menggunakan terminologi klasifikasi oleh Sach dan Hornbostel (Mann, Steve, 2007, p.

118-123). Berikut dijelaskan klasifikasi berdasarkan semua peralatan muzik yang digunakan

sejak penubuhan kumpulan gambus ini dan setelah mengalami perubahan.

Alat muzik dan orkestrasi

Gambus dan violin

Alat muzik kordofon adalah alat muzik yang mengeluarkan bunyi pada tali yang direggangkan

di atas sebuah resonator. Tali yang direggangkan itu biasanya akan diletakkan di atas sebuah

kuda-kuda (bridge) bagi membolehkan getaran tali akan melalui keseluruhan badan alat muzik

tersebut dan menghasilkan bunyi getaran resonator. Resonator tersebut boleh sama ada

mempunyai lubang bunyi atau pada kulit atau bahan lain yang diregangkan pada permukaan

alat muzik tersebut.

Gambus yang digunakan dalam persembahan kumpulan gambus Nurulhilal merupakan alat

muzik kordofon. Ini mudah dilihat kerana gambus mempunyai tali yang direggang di atas

sebuah kuda-kuda (bridge) dan direntang merintangi sebuah resonator yang menpunyai lubang

bunyi.

Page 7: TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL … fileTRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR ... buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian

7

Foto 1. Gambus

Sebuah lagi alat muzik kordofon dalam ensembel gambus ialah violin (biola). Violin

mempunyai empat tali yang direggang di atas sebuah resonator yang mempunyai lubang bunyi.

Untuk menghasilkan bunyi, violin perlu digesek dengan menggunakan bow atau memetik

dengan menggunakan jari. Alat muzik violin dalam kumpulan gambus berperanan sebagai

pembantu melodi dan membina tekstur muzik.

Foto 2. Violin

Tamborin, tamborin berkulit dan marakas

Sachs-von Hornbostel mengklasifikasikan Idiofon sebagai alat muzik yang bergema apabila

alat-alat itu dipukul atau digetar pada rangka badannya. Alat muzik idiofon yang terdapat dalam

kumpulan gambus Nurulhilal adalah tamborin. Alat muzik ini berasal dari barat dan digunakan

sebagai alat iringan yang bersifat perkusi. Cara alat muzik ini dimainkan ialah dengan

mengoyang-goyangkan alat muzik itu menurut irama lagu yang dimainkan. Kepingan ceper

yang terdapat pada badan tamborin akan berlaga dan mengeluarkan bunyi seperti kerincing.

Terdapat juga tamborin yang mempunyai kulit yang diregang di sebelah muka sahaja.

Tamborin ini boleh juga dikategorikan dalam kategori membranofon disebabkan bunyi yang

terhasil adalah dari sumber kulit yang direggang pada rangka alat tamborin tersebut.

Page 8: TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL … fileTRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR ... buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian

8

Foto 3. Tamborin dan tamborin yang mempunyai muka

Selain itu juga terdapat satu lagi alat muzik dalam kategori idiofon iaitu marakas (maracas).

Marakas adalah alat muzik perkusi bertujuan untuk menjadi alat iringan kepada muzik gambus

terutamanya dalam kumpulan gambus dan kumpulan ghazal.

Foto 4. Marakas

Kiuben, bongo dan marwas

Alat muzik membranofon bermaksud alat muzik di mana getaran bunyi dihasilkan oleh pukulan

atau paluan di bahagian permukaan belulang atau kulit muka yang mereggang pada baluh atau

bingkai. Paluan atau pukulan untuk menghasilkan bunyi ini dihasilkan sama ada menggunakan

tangan, atau peralatan lain seperti kayu atau buluh (mallet). Alat muzik dalam keluarga

membranofon ini biasanya dikenali sebagai gendang (drums).

Alat muzik membranofon yang terdapat dalam muzik gambus dapat dibahagikan kepada

beberapa bahagian mengikut ensembel. Gendang yang terdapat di Malaysia ialah berbentuk

silinder panjang yang mempunyai dua muka, seperti gendang dalam ensemble kuda kepang di

Johor, gendang pendek yang mempunyai dua muka seperti marwas dalam ensembel zapin di

Johor dan gendang berbentuk bingkai yang mempunyai satu muka seperti kompang. Bagi

kumpulan gambus, alat muzik dup atau kiuben adalah alat muzik dalam kategori membranofon.

Alat muzik ini juga dikenali sebagai dok. Alat muzik ini berbentuk silinder yang menguncup

di hujungnya, mempunyai satu muka yang dilitupi kulit yang diperbuat dari kulit kambing. Alat

Page 9: TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL … fileTRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR ... buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian

9

ini memberikan bunyi yang besar untuk menyambut bunyi-bunyi alat-alat perkusi yang lain.

Darabuka juag digunakan di dalam ensembel gambus. Ia juga merupakan alat membranofon

dan digunakan sebagai pengganti kepada alat muzik dup atau kiuben pada masa kini1.

Foto 5. Kiuben

Sebuah lagi alat muzik membranofon dalam muzik gambus ialah bongo. Bonggo terdiri

daripada dua buah gendang yang mempunyai satu muka. Sebuah besar dan sebuah lagi kecil

dan dicantumkan di bahagian sisi.

Foto 6. Bongo

Alat muzik Bongo dimainkan dengan cara mengepit di antara dua kaki (di sekitar bahagian

lulut) dan dimainkan dengan menggunakan jari telunjuk dan kadangkala dimainkan dengan

menggunakan keseluruhan tapak tangan. Marwas adalah alat muzik dalam kategori

membranofon yang mempunyai dua belah muka yang direggang dengan kulit kambing.

Alat muzik ini merupakan alat muzik perkusi yang penting dalam ensembel gambus sama ada

kumpulan gambus atau pun kumpulan gambus samrah. Alat muzik ini dimainkan dengan cara

mengetuk di bahagian tepi dan tengah marwas derngan menggunakan jari telunjuk. Pemain

1 Banyak kumpulan gambus sama ada kumpulan gambus atau kumpulan gambus samrah menggunakan darabuka sebagai pengganti kepada alat muzik kiuben. Ini disebabkan alat muzik ini lebih kecil untuk mudah dibawa. Alat ini juga dapat menghasilkan bunyi yang lebih menarik

dibandingkan dengan bunyi kiuben.

Page 10: TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL … fileTRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR ... buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian

10

juga akan menepuk dengan kuat di bahagian tengah marwas dengan tapak tangan untuk

mendapatkan bunyi yang kuat.

Foto 7. Marwas

Alat-alat muzik dari kategori membranofon dalam ensembel gambus merupakan alat-alat yang

penting sebagai penentu rentak dan membantu pemuzik dan penari menyempurnakan sesebuah

lagu dan tarian.

Akordion

Alat muzik akordion merupakan alat muzik utama selain gambus. Alat muzik ini diklasifikasi

sebagai alat muzik erofon. Ini kerana sumber bunyi alat muzik ini adalah berdasarkan tiupan

angin (tekanan angin yang dipam) kepada reed pada bahagian dalam akordion. Dalam ensembel

gambus, alat muzik ini berperanan sebagai pembawa melodi dan kod kepada lagu-lagu yang

dimainkan.

Foto 8. Akordion

Bentuk persembahan kumpulan gambus Nurulhilal

Bahagian ini bertujuan membuat analisis khusus kepada bentuk persembahan kumpulan muzik

gambus Nurulhilal. Dalam membuat kajian mengenai persembahan bentuk muzik rakyat dan

Page 11: TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL … fileTRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR ... buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian

11

tradisional, identiti sesuatu kelompok masyarakat itu dapat dinyatakan dalam persembahan

mereka seperti yang dinyatakan oleh F. Simon:

This is obvious in ethnomusicology, that is in anthropology studies of traditional and

folk music’s which are explained by reference to their use in dance, in rituals, for

polotical mobilization, to solemnize ceremonies or to excite desires.

(F. Simon, 1987, p. 135)

Tempahan persembahan

Bagi sesiapa yang ingin mengundang kumpulan gambus Nurulhilal untuk membuat

persembahan, penempahan biasanya dibuat dengan menghubungi pemimpin kumpulan

iaitu Ustaz Attan Bin Hassan. Ini boleh dilakukan dengan datang berjumpa secara

bersemuka, melalui telefon ataupun melalui surat. Kebiasaannya menurut Ustaz Attan,

pihak penganjur sesebuah majlis itu akan datang sendiri bertemu beliau untuk berunding

mengenai penempahan tersebut. Perkara-perkara yang dibincangkan ialah tentang tarikh,

masa dan tempat persembahan. Juga dibincangkan ialah mengenai bayaran yang ditetapkan

oleh Ustaz Attan sendiri2. Biasanya jika persetujuan di antara kedua-dua belah pihak

dicapai, Ustaz Attan akan meminta duit ”cengkeram3” dari pihak penganjur sebagai tanda

setuju dan akan menggunakan duit tersebut sebagai cengkeram kepada sewaan alat

pembesar suara4.

Dalam membuat tempahan kumpulan gambus, tidak ada syarat-syarat lain yang dikenakan

kumpulan gambus Nurulhilal untuk membuat persembahan. Seni muzik gambus yang

dipersembahkan oleh kumpulan ini merupakan hiburan semata-mata dan tidak ada pantang

larang atau upacara ritual. Pihak penganjur hanya perlu menyediakan wang bayaran5 di

samping menyediakan makanan tengahari atau makan malam kepada ahli kumpulan ini,

bergantung kepada masa persembahan.

Kadar bayaran persembahan

Wang bayaran untuk sesebuah persembahan itu berbeza mengikut kemampuan penganjur.

Dalam hal ini, Ustaz Attan akan mengenakan bayaran dari serendah tiga ratus ringgit

sehingga ke seribu dua ratus ringgit. Jadual 1 menunjukkan jadual kadar bayaran yang

dikenakan oleh kumpulan gambus Nurulhilal untuk sesebuah persembahan.

2 Jumlah bayaran untuk sesuatu persembahan bergantung kepada berapa lama persembahan, jarak tempat persembahan dan persetujuan pihak penganjur mengenai jumlah yang diberikan oleh Ustaz Attan. 3“cengkeram” adalah perkataan yang digunakan oleh Ustaz Attan Hassan sebagai maksud duit deposit untuk penempahan bagi persembahan

kumpulan gambus Nurulhilal. 4 Oleh kerana kumpulan gambus Nurulhilal tidak ada kemudahan pembesar suara, kumpulan ini akan menggunakan pembesar suara yang

disewa dari pihak lain. Tempahan awal untuk menggunakan pembesar suara ini perlu kerana ada kemungkinan ianya akan disewa oleh pihak

lain. 5 Wang bayaran ini merupakan upah kepada penat lelah ahli kumpulan gambus Nurul Hilal untuk mengadakan persembahan dan menghiburkan

para tetamu majlis. Di samping itu juga wang bayaran itu juga digunakan untuk bayaran sewa sistem pembesar suara dan pengangkutan.

Page 12: TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL … fileTRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR ... buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian

12

Jadual 1 Kadar bayaran yang dikenakan bagi setiap persembahan

Menurut Encik Farizad Attan, kadar bayaran akan berubah mengikut tempat persembahan

tersebut. Ini adalah kerana bayaran yang dikenakan tertakluk juga kepada tambang dan kos

pengangkutan. Adakalanya juga penganjur akan meminta Kumpulan Gambus Nurul Hilal

menyediakan sendiri alat pembesar suara untukl tujuan persembahan dan untuk tujuan-

tujuan lain bagi majlis tersebut. Selalunya kos pengangkutan dan kadfar sewa bagi alat

pembesar suara adalah dalam lingkungan RM200 hingga RM300.

Agihan bayaran untuk pemuzik dan penyanyi

Bagi pemuzik dan penyanyi dalam kumpulan gambus Nurulhilal ini, Ustaz Attan akan

mengambil kira berapakah bayaran gaji yang diterima oleh pemuzik-pemuzik beliau dalam

pekerjaan mereka masing-masing. Sebagai contoh, jika seorang pemuzik ’A’ bekerja

sebagai pekebun kelapa dengan pendapatan sebanyak RM15 hingga RM30 sehari, Ustaz

Attan akan membayar lebih sedikit dari jumlah bayaran tersebut, dalam jumlah RM20 atau

RM35. Jika pemuzik itu datang dari tempat yang agak jauh, Ustaz Attan akan mengambil

kira kos pengangkutan di samping bayaran yang setimpal dengan kerja yang dilakukan.

Jadual 2 di bawah menunjukkan agihan bayaran yang diterima oleh ahli dalam kumpulan

gambus Nurulhilal. Bayaran ini berdasarkan kajian terhadap persembahan di majlis

perkahwinan di sebelah malam.

Jadual 2 Agihan bayaran ahli kumpulan gambus Nurulhilal

Page 13: TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL … fileTRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR ... buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian

13

Latihan muzik

Sebelum sesuatu persembahan gambus diadakan , pemimpin kumpulan akan menetapkan

masa untuk kumpulan gambus bertemu dan mengadakan latihan bersama. Kumpulan

gambus Nurulhilal lazimnya akan mengadakan dua atau tiga kali latihan dalam masa

seminggu sebelum tarikh persembahan yang dijanjikan. Latihan biasanya diadakan pada

waktu malam iaitu selepas waktu sembahyang fardhu6 Isyak sehingga ke tengah malam.7

Latihan diadakan untuk memantapkan lagi persembahan di samping mencuba lagu-lagu

baru untuk dijadikan sebahagian dari repertoir. Latihan diadakan di rumah pemimpin

kumpulan iaitu Ustaz Attan Hassan. Di samping menjalani latihan, ahli-ahli kumpulan juga

dapat bermesra dan mengeratkan silatulrahim di antara mereka.

Peralatan muzik biasanya akan disimpan di rumah Ustaz Attan Hassan dan hanya akan

digunakan ketika mengadakan latihan muzik atau pun untuk tujuan persembahan. Boleh

dikatakan kesemua ahli-ahli kumpulan gambus Nurulhilal tinggal berdekatan dengan

rumah Ustaz Attan Hassan dan mereka akan datang untuk latihan hanya dengan

menunggang basikal atau motorsikal.

Tempat persembahan

Dalam persembahan kumpulan gambus Nurulhilal pada sebelah malam ini, tempat khas

untuk memainkan alat muzik ini tidaklah diperlukan. Untuk mempersembahkan permainan

ini hanya memerlukan sebuah ruang kosong yang boleh memuatkan semua ahli kumpulan

berserta alat muzik masing-masing. Di ruang yang disediakan inilah mereka duduk bersila

dan memainkan alat muzik masing-masing.

Ilustrasi 1. Kumpulan gambus sedang membuat persembahan di atas ’balai’

Dalam majlis perkahwinan pada sekitar tahun tujupuluhan dan lapan puluhan, kumpulan

gambus Nurulhilal pernah mengadakan persembahan pada pentas yang disediakan untuk

jamuan para tetamu pada siang hari dan untuk persembahan gambus pada malam hari.

Pentas ini dinamakan ‘balai’. Balai diperbuat daripada kayu, berlantaikan papan dan

berbumbungkan atap nipah ataupun zink. Para tetamu akan menjamu selera di atas balai

tersebut secara duduk bersila.

6 Persembahan kumpulan gambus biasanya akan berhenti seketika bagi menghormati waktu solat fardhu. Di kawasan kampung di negeri Johor, terdapat banyak surau-surau dan masjid yang berdekatan, jadi, azan pasti akan kedengaran setiap kali masuknya waktu solat. 7 Temubual dengan Encik Abdul Aziz Ruslan di Kampung Sungai Dulang, Rengit , Batu Pahat, Johor pada 15 Januari 2015.

Page 14: TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL … fileTRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR ... buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian

14

Pada malam hari, balai ini tidak digunakan, maka di situlah persembahan gambus biasanya

diadakan. Melainkan pemain bongo dan akordion, pemuzik dalam kumpulan gambus

biasanya memainkan alat-alat muzik secara duduk bersila di lantai balai. Mereka duduk

dalam satu lingkungan separa bulatan. Kedudukan mereka ditentukan oleh alat muzik yang

mereka mainkan.

Waktu persembahan kumpulan gambus Nurulhilal

Persembahan kumpulan gambus Nurulhilal juga diadakan pada waktu siang atas kehendak

dan undangan tuan rumah. Persembahan kumpulan gambus pada waktu siang biasanya

ialah di antara pukul sebelas pagi hingga pukul empat petang, namun ia bergantung kepada

kehendak tuan rumah dalam menetapkan masa persembahan tersebut. Biasanya

persembahan yang diadakan beriringan dengan waktu ‘jemputan’8 kenduri tersebut.

Persembahan untuk majlis kenduri perkahwinan diadakan pada hari persandingan

‘mempelai’9 dan bertujuan menghiburkan tetamu yang hadir serta dapat memberi nasihat

melalui lagu-lagu yang dipersembahkan.

Kumpulan gambus Nurulhilal diundang ke majlis perkahwinan bertujuan untuk

menghiburkan tetamu-tetamu dan para jemputan ketika meraka menjamu selera. Walau

bagaimanapun, persembahan pada siang hari tidak sekerap jika dibandingkan dengan

persembahan pada malam hari. Kedudukan pemuzik dan penyanyi dalam persembahan

kumpulan gambus pada waktu siang hari adalah berbeza dengan persembahan pada waktu

malam. Pada waktu siang, balai biasanya akan digunakan untuk tujuan menjamu para

tetamu sesebuah majlis itu.

Di kampung-kampung dalam daerah Batu Pahat dan Pontian, lazimnya persembahan

kumpulan gambus diadakan di sebelah malam selepas majlis persandingan. Para sahabat

dan para tetangga yang telah bergotong royong menyediakan persiapan semenjak sebelum

hari persandingan akan datang semula ke rumah pengantin di sebelah malamnya untuk

berhibur melepaskan penat lelah menonton persembahan ini. Persembahan gambus yang

disediakan oleh tuan rumah ini adalah sebagai penghargaan kepada jiran-jiran yang sudi

menyumbangkan tenaga mereka untuk menjayakan majlis tersebut.

Persembahan oleh kumpulan gambus Nurulhilal pada waktu malam biasanya dimulakan

selepas waktu solat Isyak bagi menghormati majlis dan menunaikan solat. Dalam

setengah-setengah majlis, kesenian ini juga dipersembahkan di siang hari. Semuanya

bergantung pada kehendak tuan rumah yang menetapkan masa dan jangka masa

persembahan. Dalam majlis-majlis perkahwinan, berkhatan dan majlis khatam Al-Quran,

persembahan kumpulan gambus Nurulhilal biasanya diadakan selama lebih kurang tiga jam

iaitu lebih kurang pukul 9.00 malam hingga pukul 12 tengah malam.

Jangka masa setiap persembahan gambus berbeza berdasarkan majlis-majlis tertentu.

Gambus biasanya dipersembahkan di majlis-majlis keramaian. Di kampung-kampung, ia

menjadi unsur hiburan yang utama, selain dari persembahan kuda kepang, wayang kulit,

barongan dan sebagainya. Bagi kumpulan gambus Nurulhilal, pada kebiasaannya

undangan untuk menghiburkan tetamu bermula dari sekitar jam sebelas pagi dan berakhir

kira-kira jam empat petang. Bagi undangan sebelah malam pula, persembahan akan

8 ‘Jemputan’ bermaksud waktu untuk tetamu hadir untuk menjamu selera dan meraikan majlis yang dihadiri. 9 ‘Mempelai’ merujuk kepada pengantin yang diraikan.

Page 15: TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL … fileTRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR ... buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian

15

berlangsung bermula dari lepasnya waktu solat Isyak iaitu kira-kira jam sembilan malam

sehingg ke tengah malam sekitar jam 12 am. Dalam majlis-majlis keramaian seperti majlis

perkahwinan, majlis berkhatan dan majlis khatam Al-Quran, fungsi utamanya ialah untuk

memberi hiburan. Hiburan ini disediakan khas untuk tetamu yang hadir termasuklah semua

ahli keluarga, sahabat handai, jiran taulan yang telah berpenat lelah meluangkan masa

menyediakan persiapan kenduri. Sebenarnya tidak ada penetapan masa yang khas untuk

mempersembahkan kesenian ini. Di pekan kecil Rengit, ia biasa dipersembahkan pada

waktu malam dengan lagu-lagu yang lebih bercorak tarian seperti zapin, sarah dan ala-

hindustan.

Pakaian ketika persembahan

Kesenian gambus berfungsi melengkapkan dan menyerikan sesuatu majlis yang diadakan.

Hiburan muzik gambus juga mengetengahkan identiti bangsa Melayu dalam tradisi

persembahannya. Ini dapat dilihat dari cara pemuzik-pemuzik gambus berpakaian. Dalam

tahun enampuluhan dan awal tujuhpuluhan kebanyakan pemuzik dalam persembahan

gambus memakai baju Melayu yang lengkap bersongkok. Bagi pemuzik dalam kumpulan

gambus Nurulhilal, pakaian yang digunakan adalah pakaian yang kemas, tidak kiralah sama

ada persembahan di waktu siang mahu pun persembahan pada waktu malam hari.

Pada awal tahun penubuhannya, kumpulan gambus Nurulhilal mengenakan pakaian baju

kemeja cerah da nada beberapa pemuzik yang memakai songkok hitam. Pada

persembahan-persembahan formal mereka akan memakai pakaian yang sesuai dengan

majlis tersebut dan kebanyakkannya akan memakai baju Melayu.

Alat pembesar suara

Dalam persembahan gambus, alat pembesar suara memang diperlukan. Ini kerana gambus

merupakan sebuah alat muzik yang soft, iaitu perlahan dan lembut bunyinya berbanding

alat-alat muzik lain dalam kumpulan gambus. Oleh yang demikian, gambus memerlukan

bantuan dari pembesar suara untuk lebih didengari. Pada kebiasaannya, kumpulan gambus

Nurulhilal akan menggunakan pembesar suara yang disewa dari Encik Sulaiman (juga

dikenali sebagai Abang Leman) yang tinggal di Parit Makuaseng, Benut. Jarak di antara

rumah Encik Attan dengan rumah Abang Leman ini adalah sejauh sepuluh kilometer.

Kadar sewaan alat pembesar suara yang dikenakan oleh Abang Leman adalah di antara

RM50 hingga RM120 bergantung kepada masa persembahan. Jika persembahan diadakan

pada siang hari dari jam sebelas pagi hingga lima petang, bayaran sewa adalah dalam

lingkungan RM50 hingga RM70. Jika persembahan berlanjutan hingga malam hari, kadar

sewa yang dikenakan adalah RM120.

Alat pembesar suara yang digunakan pada awalnya ialah dari jenis ‘corong’ yang biasanya

dipasang pada bahagian penjuru ‘balai’. Biasanya dua buah corong akan disediakan dengan

tiga atau empat mikrofon. Jumlah ini sudah memadai bagi kumpulan gambus Nurulhilal

kerana hanya penyanyi, pemain gambus, violin dan akordion sahaja yang menggunakan

mikrofon ketika persembahan.

Jamuan semasa dan selepas persembahan

Pada kebiasaanya pihak tuan rumah akan menyediakan jamuan ringan untuk para tetamu

yang hadir. Di antara menu yang biasa disediakan adalah roti potong yang dicicah dengan

Page 16: TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL … fileTRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR ... buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian

16

sup tulang beserta air kopi ‘o’10 atau teh tarik. Jika persembahan persembahan tersebut

diadakan di rumah orang Melayu berketurunan Arab, biasanya air kopi ‘o’ tersebut akan

dicampurkan dengan halia. Ini adalah merupakan salah satu tradisi masyarakat Melayu

berketurunan Arab di Johor.

Posisi persembahan

Dalam sesebuah persembahan kumpulan gambus Nurulhilal, pemain gambus akan berada

di tengah-tengah dan kedudukannya sedikit ke hadapan berbanding pemuzik yang lain.

Jika persembahan pada malam hari, semua pemuzik akan duduk bersila dalam membuat

persembahan. Pemain gambus juga akan bersila tetapi akan berada sedikit ke hadapan

berbanding pemuzik yang lain. Walaubagaimanapun, kedudukan pemuzik dalam setiap

persembahan tidak semestinya sama setiap kali persembahan dijalankan. Ini bergantung

kepada kesesuaian ruang persembahan yang disediakan oleh pihak penganjur. Namun

begitu, pemain gambus akan kekal berada di tengah-tengah kelompok pemuzik yang lain.

Ilustrasi 2 di bawah menunjukkan gambus berada di tengah-tengah lingkungan dan diapit

oleh alat-alat muzik yang lain. Di sebelah kiri diapit oleh pemain alat muzik arkodian,

pemain bongo dan gendang. Manakala di sebelah kanan pula terdiri dari pemain alat muzik

violin, pemain alat tamborin dan marwas (tidak kelihatan dalam gambar).

Ilustrasi 2. Posisi pemuzik dalam persembahan kumpulan gambus

Lagu-lagu kumpulan gambus Nurulhilal

Dalam majlis-majlis tidak formal, sesiapa sahaja boleh menyanyi, termasuklah penonton,

mereka diberi kesempatan untuk menyumbangkan suara jika mereka berminat. Dalam

majlis-majlis seperti ini, mereka lebih bersifat terbuka. Lagu-lagu yang dinyanyikan adalah

berentak hindustani, zapin, sarah, defe dan langgam. Ada kalanya lagu-lagu berbahasa

Hindustan, Cina dan Inggeris juga dinyanyikan selain dari bahasa Melayu dan Arab. Selain

10 Kopi ‘o’ merujuk kepada air kopi panas tanpa bercampur susu.

Page 17: TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL … fileTRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR ... buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian

17

dari mengiringi nyanyian-nyanyian seperti ini, gambus juga sering mengiringi bentuk-

bentuk lagu yang merupakan Qasidah, Mawwal, Hadrami dan Nasyid.

Qasidah adalah satu bentuk bacaan atau nyanyian ayat al-Quran dengan tujuan untuk

memuji-muji kebesaran Allah (S.W.T). Ia boleh disampaikan secara solo atau pun secara

berkumpulan. Lagu-lagu yang berbentuk Mawwal pula adalah lagu-lagu Arab. Motifnya

tidak hanya berunsurkan keagamaan, tetapi juga mengandungi unsur hiburan. Lagu-lagu

yang berbentuk Mawwal ini mempunyai rentak. Oleh itu alat muzik gambus sering

digunakan dalam memainkan lagu-lagu jenis ini11. Ia sering dimainkan di majlis-majlis

perkahwinan, perasmian dan dalam majlis-majlis keramaian yang lebih berunsurkan

keagamaan.

Hadrami pula adalah lagu-lagu Arab yang biasanya dimainkan oleh golongan Arab di

kawasan Yemen, Hadramani juga di Aden. Ia selalu dilagukan dengan rentak yang pantas

dengan penggunaan alat muzik gambus dan lain-lain alat muzik iringan. Nasyid pula

merujuk kepada nyanyian yang mengandungi unsur-unsur keagamaan. Lagu-lagu ini

mempunyai lirik yang menyeru para muslimin dan muslimat ke arah kebenaran, banyak

memuji Allah (S.W.T), Nabi-nabi dan para Rasul. Selain daripada mengiringi lagu-lagu

seperti disebutkan tadi, gambus juga sering membawa lagu-lagu Melayu zapin, sarah dan

defe. Lagu-lagu zapin adalah lagu yang bersenikatakan bahasa Malaysia, ia bercorak

hiburan. Walau bagaimanapun ada juga diselitkan unsur-unsur nasihat.

Lagu-lagu yang biasa disampaikan oleh sesebuah kumpulan gambus di daerah Batu Pahat

ini bukan sahaja terbatas pada lagu-lagu Arab dan lagu-lagu Melayu asli sahaja. Terdapat

juga beberapa genre lain diselitkan dalam setiap persembahan. Kebanyakkannya adalah

lagu-lagu saduran dari luar seperti lagu-lagu dang dut dari Indonesia dan lagu-lagu

Hindustan dari India. Lagu-lagu jenis ini juga selain menghiburkan dapat memenuhi

citarasa penduduk tempatan yang kerap mendengar lagu-lagu tersebut melalui radio mahu

pun mendapatkannya dalam bentuk pita rakaman atau pun cakera padat.12

Oleh yang demikian, wujud hubungan yang erat antara lagu-lagu yang dinyanyikan dengan

masyarakat. Lagu-lagu yang dinyanyikan ada hubungan dengan system kepercayaan

masyarakat setempat, iaitu sistem kepercayaan agama Islam. Nyanyian yang didendangkan

bercirikan keislaman, mengandungi unsur nasihat dan mengajak masyarakat menuju ke

jalan kebaikan sesame manusia dan penciptanya.

Selain dari berunsurkan agama yang mengajak manusia mengenal penciptanya, lagu-lagu

yang dinyanyikan juga berunsur nasihat agar masyarakat tidak tersalah langkah

mengharungi kehidupan yang penuh dengan cabaran. Maka wujudlah lagu-lagu yang

bertemakan keinsafan, kehidupan dan sebagainya. Contohnya lagu ‘Wanita Santri’, lagu

ini sebenarnya dipopularkan oleh sebuah kumpulan gambus dari Indonesia iaitu kumpulan

gambus Awara, yang dipimpin oleh Syed Ahmadi13. Lagu ‘Wanita Santri’ mengandungi

unsur nasihat bagaimana memilih calon isteri yang baik agar rumahtangga yang dibina

aman dan bahagia.

11 Mohd Nizam Attan, ‘Peranan Elemen-elemen Muzik Vokal dan Instrumental Timur Tengah: Penelitian dibuat di Batu Pahat’, Latihan

Ilmiah, 1989, Institut Teknologi Mara, hlm. 10. 12 Temubual dengan Encik Timat bin Kasban pada 12 Disember 2014, Rengit, Batu Pahat, Johor. 13 Kumpulan gambus Awara merupakan kumpulan gambus yang telah merakamkan banyak album lagu-lagu zapin, sarah, defe dan nasyid

dalam tahun-tahun 1980an hingga awal 1990an.

Page 18: TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL … fileTRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR ... buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian

18

Lagu-lagu yang didendangkan juga tidak lari dari tema percintaan. Contohnya seperti

dalam lagi ‘Bunga Hati’, lagu-lagu percintaan seperti ini mudah mendapat tempat dalam

hati masyarakat yang mendengarnya terutama golongan muda. Lagu-lagu seperti ini hanya

sekadar untuk hiburan yang juga diselitkan unsur-unsur nasihat. Selain lagu-lagu yang

bertemakan agama dan percintaan, terdapat juga lagu-lagu berunsurkan semangat patriotik.

Contohnya seperti lagu ‘Malaysia Negara Aman’. Lagu ini bertemakan semangat cintakan

Negara dan mengajak masyarakat menjauhi sengketa perkauman. Persengketaan boleh

memusnahkan kebahagiaan dan kesejahteraan Negara. Di samping itu juga tidak terlepas

juga kata-kata yang menyatakan kesyukuran kepada tuhan yang melimpahkan rahmatNya

dan menjadikan Negara kita sebagai sebuah Negara yang aman. Lagu-lagu yang

dinyanyikan di samping memberi hiburan juga mempunyai mesej atau amanat yang

disampaikan kepada pendengar. Lagu yang didendangkan ini diharap dapat dijadikan

contoh tauladan seperti mana yang dinyatakan oleh Rogayah A. Hamid dan Jumaah Ilias,

2006, p. xii;

Lagu rakyat dicipta kerana pelbagai fungsi dan sebab. Ia merupakan cerminan

masyarakatnya atau dengan perkataan lain, sebagai alat untuk pengucapan perasaan

seni masyarakatnya.

Banyak unsur-unsur pengajaran yang ingin disampaikan, tidak seperti lagu-lagu popular

sekarang yang mesejnya banyak berkisar tentang cinta dan keduniaan. Lagu-lagu nasihat

berunsur keagamaan adalah sesuai dengan masyarakat setempat yang beragama Islam.

Bukan setakat itu sahaja, terdapat lagu khas yang dicipta khusus untuk pengantin baru,

lagu-lagu nasihat mencari jodoh dan panduan untuk hidup berumahtangga. Lagu-lagu

berbentuk nasihat dan panduan ini dapat menjadi panduan berguna untuk pendengar yang

bakal atau pun telah mendirikan rumahtangga.

Pada kebanyakkan persembahan kumpulan gambus Nurulhilal, lagu-lagu yang

dipersembahkan adalah mengikut selera penduduk setempat. Gambus, merupakan alat muzik

yang dianggap sebagai salah satu ikon kesenian Johor juga memberi banyak impak kepada

masyarakat di Batu Pahat, Muar dan Pontian. Lagu-lagu seperti Air Mata Hati, Bunga Hati,

Dia Datang, Pesanan, Selamat Pengantin Baru, Ya Naam Sidi amat diminati oleh penduduk

setempat, terutamanya pada tahun 1960an hingga akhir tahun 1980an. Gambus, yang

mempunyai pengaruh unsur Arab, diminati kerana lebih bercorak “keagamaan“ dan boleh

diterima oleh pendengar di kalangan orang-orang Melayu14.

14 Bunyi gambus itu sendiri sering di kaitkan dengan unsur-unsur ‘agama Islam’, sebagai contoh, di radio sebelum azan berkumandang, akan disiarkan bunyi petikan gambus. Begitu juga setiap kali menjelang bulan Ramadan, lagu-lagu berirama gambus akan kerap disiarkan di corong-

corong radio.

Page 19: TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL … fileTRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR ... buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian

19

Rajah 2. Notasi lagu Air Mata Hati

Abdul Aziz Bin Ruslan, penyanyi dan pemain tamborin bagi kumpulan gambus Nurulhilal

mengatakan bahawa bentuk muzik yang amat digemari oleh masyarakat setempat pada

tahun-tahun enam puluhan adalah pelbagai. Di kawasan-kawasan bandar seperti Batu Pahat

dan Muar, masyarakat lebih terdedah kepada sumber hiburan dari live band seperti D’Fiction,

The Wisma dan beberapa nama lain. Namun, menurut beliau lagi, masyarakat di luar bandar

seperti di kawasan-kawasan pekan kecil dan di kampung-kampung lebih terdedah kepada

kesenian tradisi seperti wayang kulit Jawa, Barongan, Ketoprak, Kuda Kepang dan

Kumpulan Gambus.

Gambus yang juga menjadi alat muzik utama dalam persembahan zapin Melayu,

(Anis,1993), juga menjadi alat muzik utama dalam ensembel kumpulan gambus di sekitar

daerah Batu Pahat. Ensembel kumpulan gambus banyak memainkan lagu-lagu hiburan,

keagamaan, patriotik, nasihat dan lagu-lagu saduran dari luar seperti lagu-lagu Arab dan

Hindustan.15 Menurut Abdul Aziz lagi, kecenderungan pemuzik dan penyanyi untuk

menyanyikan lagu-lagu bercorak seperti yang dinyatakan di atas adalah disebabkan oleh

beberapa faktor. Di antaranya ialah:

1. Terdapat banyak penjualan kaset-kaset16 yang mengandungi lagu-lagu

berunsurkan naysid, qasidah moden, dang dut, dan Hindustan, kebanyakkannya

datang dari Indonesia dan India.

2. Lagu-lagu zapin dan sarah menarik perhatian masyarakat terutamanya orang-orang

kampung yang juga berkebolehan untuk menari tarian-tarian tersebut.

15 Menurut Abdul Aziz Ruslan, lagu-lagu yang biasa dipersembahkan oleh kumpulan gambus Nurulhilal merangkumi lagu-lagu popular semasa

sama ada bercorak nasyid, zapin, sarah, joget, dang dut dan lagu-lagu Arab dan Hindustan. Abdul Aziz Ruslan merupakan penyanyi tetap bagi

kumpulan gambus Nurulhilal dari awal penubuhannya pada tahun 1976 sehingga pertengahan tahun 1996. 16 Pada era tahun lapan puluhan, hampir kesemua penerbitan album nyanyian adalah dalam bentuk pita kaset sebelum digantikan dengan

teknologi cakera padat pada penghujung tahun lapan puluhan.

Page 20: TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL … fileTRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR ... buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian

20

3. Kurangnya pengaruh muzik dari barat disebabkan belum ada terdapat kumpulan-

kumpulan muzik yang bergiat aktif di kawasan luar bandar.

Faktor-faktor di atas menurut Abdul Aziz, memberi peluang kepada kumpulan-kumpulan

gambus mendapat undangan untuk mengadakan persembahan di majlis-majlis tertentu.

Kesimpulan

Gambus kini merupakan alat muzik Malaysia dan telah diterima sebagai alat muzik

tradisional yang menjadi salah satu lambing budaya warisan Negara. Diharap

perkembangan seni muzik ini tidak terhenti dan ada generasi baru yang terus menggalas

tanggungjawab untuk melestarikan bentuk kesenian muzik ini. Oleh itu penyelidikan perlu

terus dijalankan dan peluang-peluang perlu disediakan untuk para pelajar dan pengkaji

meneruskan hasrat murni tersebut. Kajian dan penulisan ini dihasilkan atas kesedaran

bahawa peralatan muzik yang telah diterima sebagai alat muzik tradisional Melayu ini perlu

dipelihara dan dibangunkan agar generasi seterusnya dapat mengenali dan menghargai

keseniannya. Kajian ini telah member fokus terhadap kesenian kumpulan gambus di negeri

Johor, tradisi muzik yang diharap dapat mengisi ruang rujukan bagi pengkaji seterusnya

mendalami mengenai alat muzik gambus Johor ini. Hasil kajian ini juga diharap dapat

dimanfaatkan oleh generasi seterusnya dalam melestarikan satu bentuk kesenian yang amat

tinggi nilainya.

Rujukan

BUKU

Bruce L. Berg. 2004. Fifth-edition, qualitative research methods for the social sciences. Boston:

Allyn and Bacon.

Denzin, Norman K. 2001. Interpretive Interactionism (Applied Social Research Methods). Sage

Publication Inc. Carlifornia.

Hashim Awang A.R.1996. Menangani data ethnografi. Akademi Pengajian Melayu, Universiti

Malaya.

Jenkins, Jean & Paul Rovsing Olsen. 1976. Music and musical instruments in the world of Islam.

London: World of Islam Festival Pub.

Kingsley Davis. 1965. The urbanization of human population. Scientific American.

Kunst, Jaap. 1965. Hindu-Javanese musical instruments. The Hague: Martinus Nijhoff.

Mantle Hood. 1982.The ethnomusicologist, New edition (Kent State University, Kent Ohio)

Merriam, Alan, P.1964. The anthropogy of music. Northwestern, University Press.

Mohd Anis Md. Nor.1993. Zapin, folk dance of the Malay world. New York: Oxford University

Press.

Mohd Nizam Attan. 2013. Gambus: Sejarah, instrumentasi dan gaya permainan di Johor.

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kuala Lumpur.

Mohd. Sohaimi Esa. 1999. Ekonomi Arab di Johor. Malaysia: Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa,

Universiti Malaysia Sabah.

Mohd Taib Osman & Wan Kadir Yusoff. 1987. Kajian budaya dan masyarakat di Malaysia.

Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Nettl, Bruno. 1983. The study of ethnomusicology. University of Illinois Press, Urbana and

Chicago.

Page 21: TRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL … fileTRADISI PERSEMBAHAN KUMPULAN GAMBUS NURULHILAL DI JOHOR ... buku lagu, gambar-gambar serta rujukan perpustakaan. Hasil kajian

21

Nettl, Bruno. 1964. Theory and method in ethnomusicology. London, the Free Press of Clencoe

Collier-Macmilan Limited.

Nik Mustapha Nik Mohd. Salleh. 2009. Alat muzik tradisional dalam masyarakat Melayu di

Malaysia. Perpustakaan Negara Malaysia.

Nik Mustapha Nik Mohd. Salleh.2006. Lagu rakyat, memupuk kesantunan Melayu, Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Johor. 1999. Gambus samrah. Pejabat Kebudayaan Johor,

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan.

Raja Zulkarnain Raja Mohd Yusof. 2013. Oud: Warisan seni dari Timur Tengah. Institut

Terjemahan dan Buku Malaysia, Kuala Lumpur.

Sachs, Curt. 1949. The History of musical instruments. J.M. Dent & Sons Ltd.

Safiah Hussain, Mohd. Thani Ahmad, Zakaria Ariffin, 1988. et. al. Glosori istilah

kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Spradley, J.P. 1980. Participant observations. Holt, Rinehart & Winston: New York.

Wan Abdul Kadir. 1988. Budaya popular dalam masyarakat Melayu bandaran, Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Zonis, Ella. 1973. Classical Persian music: An introduction. Harvard University Press.

Artikel

Hilarian, Larry Francis. 2003. The gambus (lutes) of the Malay World - Its Origins and

Significance in Zapin Music. A Symposium in Memory of John Blacking, 12 - 14 Julai,

Perth, Australia.

Hilarian, Larry Francis. May,2005. The Structure and Development of the Gambus (Malay-

Lutes) .JSTOR: The Galpin Society Journal, Vol. 58, pp. 66.

Mohd Hassan Abdullah, Mohd Nizam Nasrifan, Mahayuddin Abdul Rahim & Nor Azman

Mohd Ramli 2009. Lagu Kanak-Kanak Melayu Tradisional: Koleksi, Analisis dan

Aplikasi Dalam Pendidikan Muzik. Hasil kajian tidak diterbitkan, Universiti Pendidikan

Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

Mohd Nizam Attan & Raja Zulkarnain Raja Mohd Yusof. 2012, The performance style of Oud

from Middle East and the Gambus in Johor. Kertas kerja dibentangkan pada Music

Education and Conference 2012, Universiti Pendidikan Sultan Idris (belum diterbitkan)

Mohd Nizam Attan. 1989, Peranan elemen-elemen vokal dan instrumental Timur Tengah

dalam penentuan lagu-lagu di Johor (tesis bagi penganugerahan peringkat sarjana muda,

tidak diterbitkan), Institut Teknologi MARA, Shah Alam.

Mohd Nizam Attan & Mohd Azam Sulong. 2012. Analisis dan Pendokumentasian Lagu-lagu

Gambus Johor. Penyelidikan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

Mohd Nizam Attan. 2014. Pelestarian Gambus : Tradisi persembahan kumpulan gambus di

Johor. Prosiding IMPAC2014.

Mohd Nazri Ahmad Jabar. 2 Mac 1980. Muzik di tengah masyarakat. Dewan Budaya..

Raja Zulkarnain Raja Mohd Yusof. 2008. Kertas Kerja: Teknik permainan Gambus. Seminar

Bicara Gambus anjuran Jabatan Muzium Negara, Malaysia.

Zainal Kling. 2006. Lagu rakyat tradisional: Akar umbi magisnya, artikel dari buku Lagu

rakyat, memupuk kesantunan Melayu, Dewan Bahasa & Pustaka.