kajian kes,kesepaduan ilmu dalam pengajaran sains ke arah pembentukan akhlak 2nd

64
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA KESEPADUAN ILMU DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SAINS KE ARAH PEMBENTUKAN AKHLAK PENSYARAH : PN. NOR SAKINAH BINTI MOHAMAD DISEDIAKAN OLEH : ADZLIANA BINTI MOHD DAUD NO MATRIK : P 59195 1 GGGC 6243PENDIDIKAN SAINS DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

Upload: adzliana-bt-mohd-daud

Post on 05-Aug-2015

107 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

KESEPADUAN ILMU DALAM PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN SAINS KE ARAH

PEMBENTUKAN AKHLAK

PENSYARAH : PN. NOR SAKINAH BINTI MOHAMAD

DISEDIAKAN OLEH : ADZLIANA BINTI MOHD DAUD

NO MATRIK : P 59195

1

GGGC 6243– PENDIDIKAN SAINS DAN PEMBANGUNAN MANUSIA

Page 2: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

PENGENALAN

1.1 PENDAHULUAN

Sebagai sebuah negara yang sedang melangkah ke arah status negara maju, generasi kini perlu

dipersiapkan dengan segala bentuk ilmu dan kemahiran. Selaras dengan perkembangan teknologi

dan arus globalisasi yang kian mencabar, rakyat Malaysia perlu mempunyai daya perubahan

yang tinggi, inovatif, progresif serta menjadi penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi

masa depan. Bagi mencapai hasrat ini, kita perlu membentuk warganegara yang bukan sahaja

kritis, kreatif dan berketrampilan yang mampu mengamalkan budaya sains dan teknologi pada

abad ke 21 ini, malah perlu dilengkapi dengan sahsiah yang tinggi.

Pendidikan ialah faktor penting di dalam sistem kehidupan manusia. Bentuk dan aliran

pendidikan yang menjadi faktor mengubah kehidupan manusia. Sistem dan konsep pendidikan

haruslah menitikberatkan tentang pembangunan insaniah dan tidak hanya menumpukan kepada

pembangunan aspek fizikal sahaja. Berdasarkan kepada konsep Falsafah Pendidikan Kebangsaan

ia bertujuan untuk meninggikan perkembangan potensi individu secara menyeluruh, bersepadu

dan seimbang dari segi jasmani,emosi, intelek dan rohani (JERI) berdasarkan kepada

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Abdul Raof Dalip (1991) dalam kertas kerjanya,

“ Peranan Pendidikan Sepadu Membentuk Ummah dan Masyarakat”, mentakrifkan bahawa

konsep pendidikan sepadu yang diamalkan diMalaysia membawa erti penyatuan ilmu dengan

kehidupan, keserasian antara pembangunan ummah dengan matapelajaran, perhubungan antara

manusia dengan komponen- komponen dalam dirinya ke arah wujudnya keseimbangan rohani

dan jasmani yang bertunjangkan tauhid,akidah, keutuhan Yang Maha Esa.

Musa Daia (1993) dalam artikelnya, “ Falsafah Pendidikan Negara dalam Pelaksanaan

KBSM ” pula mendefinisikan pendidikan bersepadu sebagai sebuah konsep pendidikan yang

2

Page 3: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

mewujudkan pertalian yang jelas di antara bidang kognitif, efektif, dan psikomotor dalam usaha

mengembangkan individu secara menyeluruh sama ada dari segi intelek, rohani, emosi, dan

jasmani. Ia selaras dengan matlamat Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) iaitu

membantu murid-murid memperkembangkan potensi dari segi JERI secara menyeluruh dan

bersepadu. Pelajar yang berkembang secara menyeluruh dan bersepadu merupakan aset penting

pembangunan negara. Matlamat pendidikan negara ke arah mewujudkan generasi berakhlak

mulia telah dinyatakan dengan jelas di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan juga

Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Falsafah Pendidikan Kebangsaan (Akta Pendidikan, 1996, ms.

11) menyebutkan:

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah

bertujuan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

Insan yang seimbang dan harmonis dihuraikan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

sepertimana berikut:

... Insan ini juga akan menjadi warganegara Malaysia yang baik. Mereka seharusnya

hendaklah memiliki ciri-ciri berikut: Percaya dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan,

berketrampilan, berakhlak. mulia, bertanggungjawab kepada diri, rnasyarakat, agarna, bangsa

dan negara. Berbakti dan memberi sumbangan kepada masyarakat, agama, bangsa dan negara

dan memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990, ms.

8-9)

Frasa "warganegara ... berakhlak mulia ... " merupakan salah satu ciri utama yang diberi

penekanan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kementerian Pendidikan Malaysia (1990)

(kini Kementerian Pelajaran Malaysia) dengan jelas menyatakan ciri-ciri akhlak mulia iaitu insan

yang mempunyai pengetahuan mengenai nilai-nilai baik dan buruk; mempunyai kesedaran

3

Page 4: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

terhadap kesan daripada perbuatan baik dan buruk; yakin terhadap nilai murni; mengamalkan

perbuatan yang baik; menghindari perlakuan yang buruk; dan menghayati nilai-nilai mulia yang

merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan, dan kewarganegaraan.

Individu yang "memiliki sahsiah seimbang dan sepadu" di dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan antaranya bermatlamat ke arah pembentukan akhlak yang mulia: menyedari dan

menginsafi adanya Pencipta, menyedari dan menginsafi tanggungjawab dan penanggungjawab,

menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta, memupuk dan membina disiplin diri serta

membentuk akhlak mulia. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1990, ms. 12). Jadi, bagi

mencapai cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan maka Falsafah Pendidikan Guru telah

dibentuk yang antaranya juga bermatlamat ke arah pembentukan akhlak yang mulia:

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung

aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan

individu dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan

berdisiplin. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2001, ms. 1)

Oleh itu, adalah jelas bahawa Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan

Guru bermatlamat ke arah pembentukan akhlak mulia, yang juga selaras dengan tuntutan firman

Allah dan hadis berikut:

Dan sesungguhnya, kamu (Muhammad saw) benar-benar memiliki akhlak yang agung

(Maksud Al-Qur 'an 68:4) “Sesungguhnya aku telah diutus untuk menyempurnakan

akhlak yang mulia” (Maksud sabda Rasulullah saw dlm, 'Ali Muttaqi, 1989, jld. 3, ms. 6.

Ini bermakna, proses pembentukkan akhlak generasi muda negara kita masa kini dan

generasi masa depan terpikul di atas bahu para pendidik. Semua pendidik berperanan besar

dalam pembentukan akhlak dan sahsiah pelajar. Konsep bersepadu boleh diamalkan. Jika dilihat

dalam konteks konsep bersepadu, mata pelajaran Sains boleh dilihat sebagai satu wadah yang

boleh mendekatkan diri pelajar dengan alam dan pencipta sekaligus memartabatkan nilai

individu. Mata pelajaran Sains boleh ditarifkan sebagai kajian terhadap alam tabie yang

membolehkan manusia memahami hukum-hakam yang menguasai setiap kajian dan fenomena di

4

Page 5: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

alam ini. Kajian terhadap alam ini akan membawa manusia untuk mengenal Allah swt dan dapat

meningkatkan keimanan dan ketaqwaan. Namun demikian, jika dilihat dalam konteks pengajaran

Sains barat yang telah diadun menjadi sebahagian elemen dalam sistem pendidikan negara kita

didapati telah memudahkan dan menyenangkan kehidupan manusia tetapi oleh kerana ia bersifat

materialistik semata-mata, sains akhirnya membawa manusia kepada keruntuhan akhlak yang

hebat. Mata pelajaran sains yang diajar harus dikembalikan kepada landasan yang benar, melalui

konsep pembelajaran bersepadu, untuk mengenal Allah dan mengembangkan teknologi yang

akan memudahkan kehidupan manusia.

Menyedari hal ini, guru-guru selaku agen perubahan dan pembimbing pelajar seharusnya

memainkan peranan yang amat penting dalam pemupukan elemen-elemen pendidikan bersepadu

merentas mata pelajaran dalam kalangan pelajar. Pendidikan Bersepadu adalah wadah terbaik

menentukan generasi yang dilahirkan. Ini kerana setiap genarasi yang dilahirkan merupakan

pelapis kepada pembangunan dan kemajuan negara. Apakah sebenarnya Pendidikan Bersepadu?

Pendidikan bersepadu adalah bagaimana ilmu pengetahuan berkembang dan subur bersama nilai

murni. Dengan kata lain, Pendidikan Bersepadu ini menekankan kepada ilmu pengetahuan

disamping didorong oleh nilai-nilai dan akhlak mulia. Dalam konteks masyarakat Islam, ilmu

mengurus diri (fardu ain) dan mengurus sistem (fardu kifayah) dapat menyatukan diri atau

diharmunikan supaya mempunyai kekuatan pemikiran serta nilai murni. Menurut Normee

(2001), warga pendidik merupakan tunjang dan pelaksana yang paling utama untuk menjayakan

reformasi pendidikan. Jadi tidak hairanlah andainya guru menggalas tanggungjawab yang

penting dalam menjamin kelangsungan akhlak yang murni selaras dengan pemantapan ilmu

duniawi dalam kalangan pelajar.

5

Page 6: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Masalah disiplin pelajar di sekolah dan isu moral semakin meruncing dewasa ini (Munirah

Ahmad Masduki, 2004). Seringkali dipaparkan dalam media tentang masalah sosial yang

melanda para pelajar. Hal ini terjadi kerana kurang penerapan nilai dan kurang kesedaran dalam

diri remaja tersebut. Sistem pendidikan yang lebih menumpukan hal-hal akademik semata-mata

dan tidak memberi penekanan terhadap pendidikan akhlak dan rohani akan mewujudkan generasi

yang mempunyai kemahiran dalam bidang keilmuan namun kurang menghargai akhlak dan

agama dalam kehidupan.

Dalam konteks pendidikan sains itu sendiri, adakah sistem pendidikan sains negara dapat

menyeimbangkan kedua-dua tuntutan ilmu duniawi dan ukhrawi ini? Analisis berhubung

penekanan pengajaran dan pembelajaran Sains Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

menunjukkan bahawa Sains KBSR (Kementerian Pendidikan, 1993) masih mempunyai elemen-

elemen sains moden meskipun terdapat unsur penerapan nilai murni dalam kurikulumnya. Ini

dapat dilihat melalui elemen pertama dalam Sains KBSR (Kementerian Pendidikan, 1993) yang

menyebabkannya mirip kepada sains moden iaitu tujuan pengkajian fenomena alam semula

jadinya di mana ianya hanya terbatas pada mengenali alam semulajadi itu sahaja dan tidak

sampai kepada mengenali Pencipta alam berdasarkan data-data empirik.

Selain itu, elemen keduanya pula dalam Sains KBSR ialah penggunaan akal rasional atau

logik dan melibatkan pengunaan pancaindera manusia dalam menentukan kesahihan sesuatu

fenomena yang berlaku. Malahan, ia dilihat sebagai satu-satunya alat mencari kebenaran namun

menolak sumber-sumber ilmu lainnya seperti wahyu dan ilham. Hasilnya, ilmu yang diperolehi

adalah ilmu empirik yang putus daripada ilmu ketuhanan (Nasr, 1994 dalam Norhayati, 2005)

atau ilmu agama amnya dan ilmu tauhid khususnya (Osman, 1991 dalam Norhayati,2005).

Elemen ketiga pula ialah penggunaan logik ketika proses sains yang terlepas bebas daripada

pengawasan wahyu. Justeru, wahyu yang sepatutnya disalurkan dalam pembinaan generasi

bertamadun telah dipisahkan oleh pemikiran rasional semata-mata, di mana ini menghasilkan

6

Page 7: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

pemisahan akal (intelek) insan . Keempat, pentafsiran fakta sains ketika proses sains yang putus

daripada agama dan pencipta (Shaharir, 1989). Kelima, penerapan nilai murni yang diusulkan

tidak mencapai tahap yang diperlukan untuk membangunkan nilai murni dalam diri pelajar.

Jika melihat pada senario kehidupan masa kini, umat manusia Islam hari ini menghadapi

masalah yang besar untuk meneruskan kelangsungan hidupnya kerana intipati kewujudan mereka

yakni keimanan mereka kepada Allah telah tergugat dengan warna-warni kehidupan yang telah

dihasilkan oleh perkembangan sains dan teknologi. Teknologi telah melonjakan industri muzik,

perfileman, media massa dan pendidikan menjadi industri yang mendarah daging di dalam

kehidupan manusia. Gugatan terhadap keimanan umat berlaku apabila industri ini dalam bentuk

yang menyukakan umat telah menitiskan fahaman ateisme, pergaulan bebas, kemewahan yang

melampau, keseronokan dan kebebasan daripada ikatan agama ke dalam pemikiran dan hati

mereka. Hasilnya masalah keruntuhan akhlak di kalangan umat bukanlah fenomena yang berlaku

di bandar sahaja tetapi telah menular ke kawasan kampung dan pedalaman.

Permasalahan ini seandainya tidak dipandang serius dan diambil tindakan, akan

menyaksikan lebih ramai insan yang parah dari sudut akhlaknya. Ada dalam kalangan mereka

mempunyai ilmu dan kemahiran yang tinggi, namun dilihat kurang mempraktikkan ilmu agama

dan nilai dalam kehidupan. Di sinilah peranan institusi pendidikan, bukan semata-mata

pendidikan di rumah namun harus diteruskan keberlangsungan etika pembentukan akhlak

berlandaskan syariat di semua institusi-insitusi pendidikan bermula dari peringkat bawah lagi.

Sistem pendidikan yang hanya mentitikberatkan akademik semata-mata dan tidak memberikan

perhatian yang sewajarnya kepada aspek pendidikan akhlak dan rohani yang sihat akan

mewujudkan generasi yang mempunyai keahlian dan kepakaran dalam bidang keilmuan tetapi

kurang menghargai akhlak dan agama dalam profesion dan kehidupan mereka.

Konsep ilmu yang hanya bersandarkan rasional, empirikal dan kaedah saintifik, gagal

melahirkan manusia yang bersepadu dan berakhlak. Seiring dengan berlalunya masa kenabian,

syariat Islam semakin tenggelam, dan manusia disibukkan dengan kesibukan dunia. Akibatnya

lenyaplah peranan akhlak yang telah membentuk generasi pertama yang mulia dari umat ini.

7

Page 8: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

Masyarakat moden hari ini lebih ramai yang menderita akibat nilai negatif yang terdapat pada

konsep ilmu sekarang (Mohd Kamal Hasan, 1988).

Oleh itu, penerapan nilai dalam konsep bersepadu di dalam proses pengajaran dan

pembelajaran haruslah tidak dipandang remeh oleh guru. Aplikasi konsep bersepadu yang kurang

diamalkan dan dititikberatkan dalam pengajaran guru mungkin timbul kerana kekangan waktu

atau kurang kefahaman guru tentang konsep pendidikan bersepadu dan nilai-nilai yang

terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Jadi peranan guru amatlah besar dalam dalam

menjalankan dasar-dasar pendidikan negara ke arah pembangunan jasmani, emosi, rohani dan

intelek. Persoalannya, sejauh manakah guru-guru sains peka terhadap pelaksanaan penyepaduan

ilmu agama dan penerapan nilai merentas kurikulum sains itu sendiri. Justeru, kajian ini

dilakukan untuk meneroka dan mengetahui sejauhmana kefahaman guru tentang konsep

pendidikan bersepadu dan amalan guru dalam P&P Sains ke arah pembentukan akhlak pelajar.

1.3 TUJUAN KAJIAN

Kajian ini bertujuan meneroka sejauh mana kefahaman guru sains terhadap penerapan

konsep pendidikan bersepadu dalam mata pelajaran Sains di sekolah. Kajian ini juga bertujuan

meneroka sejauh mana guru sains mengaplikasi konsep bersepadu dalam subjek sains yang

diajar. Kesan daripada penerapan konsep bersepadu daripada sudut akhlak juga turut dilihat dan

dan diterokai melalui melalui hasil dapatan temuramah. Selain itu, tujuan kajian ini adalah untuk

mengetahui kekangan-kekangan yang dialami oleh guru sains dalam menerapkan unsur-unsur

pendidikan bersepadu merentas kurikulum sains.

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

i) Mengetahui kefahaman guru Sains terhadap konsep pendidikan bersepadu.

ii) Meneroka sejauh mana guru mengaplikasi konsep bersepadu dalam subjek sains

yang diajar

8

Page 9: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

ii) Mengetahui sejauh mana nilai akhlak dapat dibentuk melalui kesepaduan ilmu

sains dan nilai agama

iii) Mengetahui cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan

konsep bersepadu

1.5 PERSOALAN KAJIAN

(i) Apakah kefahaman guru sains berhubung konsep pendidikan bersepadu?

(ii) Bagaimana guru dalam mengaplikasi konsep bersepadu dalam subjek sains yang

diajar?

(iii) Bagaimana nilai akhlak dapat dibentuk melalui kesepaduan ilmu sains dan

agama?

(iv) Apakah cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan konsep

bersepadu di sekolah?

1.6 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN

Dalam kajian ini, komponen dalam kesepaduan ilmu dalam pembelajaran dan pengajaran

sains yang ingin dilihat ialah bagaimana guru sains tersebut mengaplikasi konsep bersepadu

merentas kurikulum sains. Aspek yang dikupas merangkumi keupayaan guru tersebut

menyeimbangkan kandungan pembelajaran sains dengan mengaitkannya dengan ilmu agama di

samping turut menekankan aspek nilai dalam diri pelajar.

Pembentukan akhlak pelajar pula merangkumi komponen tingkah laku, intelek dan

rohani. Penerapan konsep bersepadu melibatkan kemampuan seseorang guru itu untuk

9

Page 10: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

menggabungkan kemahiran pengetahuan sains melalui pengajaran mereka dan nilai-nilai

berteraskan landasan agama. Ini dapat melahirkan individu pelajar yang cemerlang bukan sahaja

dari sudut kefahaman ilmu pengetahuan malahan tinggi nilai dirinya memandu diri ke arah

peribadi mulia. Di samping itu, gabungan antara ilmu sains, ilmu agama dan nilai yang positif

akan melahirkan individu pelajar yang mempunyai kesediaan yang cukup untuk melaksanakan

anjakan paradigma memperkasakan budaya bangsa ke satu tamadun yang seimbang dunia dan

akhirat.

Justeru, dalam usaha membentuk akhlak murni dalam kalangan pelajar, maka guru selaku

pendidik adalah penting sebagai landasan dalam usaha menerapkan konsep kesepaduan ilmu

dalam kurikulum. Dalam konteks kajian ini, mata pelajaran sains dilihat boleh diaplikasi oleh

guru-guru sains dalam menyalurkan konsep bersepadu ini. Sains dan nilai ketuhanan tidak dapat

dipisahkan, andai dipisahkan, maka akan pincanglah nilai dan pegangan seseorang individu.

Pengajaran guru-guru sains yang diiringi dengan amalan kesepaduan ilmu akan mewujudkan

negara yang bertamadun dan membangun hasil pembentukan generasi berpengetahuan yang

berakhlak mulia.

Oleh itu, kajian ini dapat ditunjukkan menerusi kerangka konseptual yang dibina

penyelidik iaitu Rajah 1.0 : Kerangka Konseptual Kesepaduan Ilmu dalam P&P Sains ke arah

Pembentukan Akhlak

10

Page 11: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

Rajah 1 Kerangka Konseptual Kesepaduan Ilmu dalam Pembelajaran dan Pengajaran

Sains ke arah Pembentukan Akhlak

11

KESEPADUAN ILMU

Ilmu Sains

Ilmu agama

Nilai

PEMBENTUKAN AKHLAK

PELAJAR

Tingkah laku

Intelek

Rohani

PEMBELAJARAN DAN

PENGAJARAN SAINS(GURU)

Page 12: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

1.7 KEPENTINGAN KAJIAN

Dapatan kajian ini mempunyai beberapa kepentingan tertentu kepada pihak Kementerian

Pelajaran, Guru Besar dan juga guru-guru sekolah rendah. Keputusan kajian ini diharapkan dapat

memberi gambaran kepada Kementerian Pelajaran tentang kefahaman para guru Sains sekolah

rendah terhadap penyepaduan pengajaran bersepadu merentas kurikulum sains. Kementerian

Pelajaran diharap dapat merancang tindakan susulan bagi merangka satu perlaksanaan modul

atau dalam meningkatkan kemahiran dan kefahaman guru mengajar konsep bersepadu dalam

dalam mata pelajaran Sains.

Kajian ini juga penting kepada Guru Besar dalam memberi maklumat tentang pengajaran

Konsep Bersepadu dalam pendidikan Sains. Guru Besar dapat mengetahui masalah-masalah

yang dihadapi oleh guru-guru Sains. Maka Guru Besar dapat memikirkan bagaimana mencari

jalan penyelesaian yang terbaik bagi memastikan penyepaduan pembelajaran bersepadu ini dapat

dijalankan dengan berkesan di sekolah-sekolah. Pihak pentadbir sekolah juga diharapkan dapat

menyediakan peluang dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran agar guru dapat

meningkatkan kreativiti guru dalam pengajaran berkonsepkan bersepadu dalam mata pelajaran

Sains. Kajian ini juga mengharapkan agar pihak sekolah dapat melaksanakan program-program

perkembangan staf seperti kursus dalaman kepada guru-guru tentang konsep pendidikan

bersepadu dalam sesuatu mata pelajaran, di mana dalam konteks kajian ini adalah dalam mata

pelajaran sains .

Kajian ini juga dapat memberi peluang kepada guru-guru yang terlibat menilai sejauh

mana perlaksanaan konsep bersepadu dalam pembelajaran dan pengajaran mereka di sekolah.

Dapatan kajian ini diharapkan dapat menimbulkan kesedaran kepada guru tentang kepentingan

mempertimbangkan kesepaduan ilmu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan

mempertimbangkan nilai, ilmu sains dan agama, akan menjadikan tumpuan pengajaran bilik

darjah lebih menyeluruh, iaitu tidak hanya menekankan kepada faktor kognitif semata-mata,

tetapi mempertimbangkan juga faktor afektif. Diharapkan para guru dapat memperbaiki mutu

pengajaran dan kaedah penyepaduan ilmu dalam pengajaran mereka di kelas.

12

Page 13: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

1.9 BATASAN KAJIAN

Kajian ini mempunyai had atau batasan terutama dari segi tempat kajian dan sampel kajian

dan tumpuan kajian. Ini adalah disebabkan oleh faktor masa dan kewangan pengkaji. Dari segi

tempat kajian, kajian ini terbatas kepada guru sains sekolah-sekolah rendah di tempat mengajar

penyelidik sahaja iaitu dalam Daerah Hulu Langat, Selangor. Sampel kajian adalah terbatas

kepada guru-guru terlatih yang mengajar subjek Sains di sekolah-sekolah penyelidik dan sekitar

kawasan tempat penyelidik bertugas.

Batasan kedua adalah batasan pendekatan kajian yang dijalankan secara kualitatif. Kajian

dijalankan dengan memberi tumpuan yang mendalam kepada amalan guru, Kajian ini bergantung

kepada keupayaan pengkaji mengendalikan sesi temu bual, disamping kebolehan memilih dan

menginterpretasi data. Oleh itu, bilangan peserta yang kecil memadai untuk memenuhi keperluan

kajian ini.. Oleh yang demikian, dapatan kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada semua

guru yang mengajar subjek sains sekolah rendah di Malaysia.

Bagaimanapun, adalah menjadi harapan pengkaji agar dapatan kajian ini berfaedah

kepada guru serta mereka yang terlibat dengan penyelidikan pendidikan sains bagi memahami

konsep kesepaduan ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran sains. Kajian ini juga diharapkan

dapat dijadikan rujukan untuk kajian-kajian akan datang.

1.10 DEFINISI OPERASIONAL

Kajian ini adalah mengenai kesepaduan ilmu dalam pembelajaran dan pengajaran sains dalam

membentuk akhlak pelajar. Bahagian ini mengemukakan definisi istilah-istilah penting yang

digunakan dalam kajian ini.

1.10.1 Pengajaran

Mak Soon Sang (2002) mentakrifkan pengajaran sebagai sesuatu tugasan dan aktiviti

yang disahakan bersama oleh guru dan muridnya. Atan Long (1979) menjelaskan

pengajaran sebagai proses memberi bimbingan kepada murid untuk memberikan

bimbingan kepada murid untuk mereka dalam pembelajaran. Dalam kajian ini,

13

Page 14: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

pengajaran dilihat sebagai usaha guru menyampaikan wadah ilmu dengan kaedah

penyepaduan ilmu sains dan ilmu agama serta nilai

1.10.2 Akhlak

Abdullah Salim (1985) pula menyatakan akhlak merupakan sifat yang tumbuh dan

menyatu dalam diri seseorang. Dalam kajian ini, akhlak merupakan tingkah laku baik

yang dicerminkan individu pelajar meliputi aspek rohani, sosial, emosi dan jasmani.

1.10.3 Kesepaduan Imu

Pendidikan Bersepadu ialah pendidikan yang menekan kepada nilai dalam menuntut ilmu

pengetahuan. (Tajul Ariffin dan Nor Aini, 2007) Selain itu, menurut Nik Aziz (1994)

pula, konsep pendidikan bersepadu merupakan kesepaduan antara tuntutan kebendaan

dengan tuntutan kerohanian dalam sistem pendidikan. Dalam kajian ini, kesepaduan ilmu

meliputi komponen ilmu agama, ilmu sains dan penerapan nilai dalam pengajaran guru

sains.

1.10.4 Sains

Kamus Dewan edisi 1993 mendefinisikan sains sebagai ilmu pengetahuan yang teratur

yang boleh diuji dan dibuktikan kebenarannya. Dalam konteks kajian ini, sains

merupakan satu wadah mata pelajaran yang menjadi medium guru menyepadukan ilmu.

14

Page 15: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

TINJAUAN LITERATUR

Konsep bersepadu merentas kurikulum merupakan salah satu aspek yang sangat penting dalam

pembangunan modal insan bagi sesebuah negara. Menerusi hasrat kerajaan dalam merealisasikan

Wawasan 2020, kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif merupakan kemahiran penting dalam

proses pembentukan ciri-ciri warganegara yang rajin. Ini selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang bertujuan melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan

jasmani.

Sehubungan dengan itu, Konsep Kesepaduan ilmu ini perlulah dipupuk dari peringkat

sekolah rendah lagi agar mereka lebih bersedia menghadapi cabaran-cabaran berikutan

transformasi teknologi yang mendadak dan bukan hanya tertumpu pada aspek pengetahuan

semata-mata. Sejajar dengan itulah hasrat Pusat Perkembangan Kurikulum turut diterjemahkan

dalam Sukatan Pelajaran dan dihuraikan dalam Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah Rendah

dan Menengah tentang perkara yang perlu diajar dan salah satunya menjurus ke arah

pembentukan minda yang kritis dan pembentukan sahsiah. Oleh itu, guru-guru Sains memainkan

peranan yang amat penting dalam proses penerapan kemahiran berfikir ini sewaktu proses

pembelajaran dan pengajaran bagi mempersiapkan masyarakat amnya, dan para pelajar

khususnya untuk memiliki kemahiran pengetahuan yang tinggi dan pemantapan akhlak bagi

menghadapi cabaran globalisasi.

Bahagian ini mengemukakan literatur yang berkaitan dengan elemen-elemen penerapan

konsep bersepadu dalam pembelajaran dan pengajaran guru-guru Sains ke arah pembentukan

akhlak. Dalam bab ini juga, penyelidik akan mengulas beberapa kajian, pandangan serta

kenyataan yang mempunyai yang mempunyai kaitan rapat dengan pembelajaran bersepadu dan

aspek-aspek yang berkaitan dengannya.

15

Page 16: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

2.1 SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN BERSEPADU DI MALAYSIA

Sejarah perkembangan pendidikan bersepadu dimulai pada tahun 1984 di mana isu yang sering

diperkatakan ketika itu adalah wujudnya kursus-kursus dan program-program yang gagal

memberi ilmu yang menyentuh kejiwaan para pelajar. (Tajul Ariffin dan Nor’Aini, 2002). Ilmu

yang dipelajari secara terpisah dan terlalu mengkhusus boleh melemahkan daya kreativiti pelajar,

jadi implikasinya berlakulah penyempitan ilmu yang mewujudkan pengelompokan dalam

pemikiran dalam kalanagan tenaga pengajar dan pelajar itu sendiri.

Oleh itu, menyedari akan pentingnya pendidikan bersepadu, , satu forum berjudul ‘Forum

Sehari Pendidikan Sepadu’ pada 30 Oktober 1984 yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan

telah diadakan bertujuan untuk memberi peluang kepada para ilmuan pelbagai bidang untuk

bertukar-tukar fikiran dalam arena pendidikan sepadu, memikirkan asas-asas kukuh dalam

membina pengertian dalam pendidikan sepadu, memikirkan kemungkinan-kemungkinan

menjadikan pendidikan sepadu sebagai kursus teras dalam pendidikan negara di peringkat rendah

hinggalah ke peringkat tinggi dan merumuskan strategi untuk melaksanakan konsep pendidikan

sepadu. Daripada perbincangan forum tersebut melalui empat kertas kerja yang dibentangkan,

maka terhasillah takrif pendidikan sepadu seperti berikut:

“ Pendidikan yang berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah di samping adanya integrasi

disiplin ilmu akal ke arah membina komuniti ummah yang berteraskan aqidah”

Seterusnya, pada tahun 1985-1990, pendidikan bersepadu diberi nafas baru melalui

aktiviti persidangan, penulisan dan penerbitan yang amat pesat dijalankan. Tahap ini dikenali

sebagai tahap Entiti Ilmu di mana pendidikan sepadu telah diberikan penjelasan dan kefahaman

sebagai satu pemikiran alternatif untuk dijadikan asas dan dasar pendidikan negara. Berikut

adalah senarai perkembangan pendidikan bersepadu yang bermakna dan penting dalam tempoh

ini :

Seminar Akta dan Dasar Pendidikan (UK, 1-2 Nov 1986) telah meluluskan resolusi

supaya konsep bersepadu diterima sebagai asas KBSM. Walaubagaimanapun, hak-hak

agama lain turut diambil kira

16

Page 17: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

Resolusi Model pengajaran pendidikan bersepadu diterima untuk dijadikan Teras Ilmu

untuk semua mata pelajaran melalui Seminar Kebangsaan Islam dan Keguruan (UKM, 6-

7 Disember, 1986)

Penerbitan Prosiding Pendidian Sepadu (UKM-1986). Merupakan dokumen yang

menjadi bahan rujukan ilmiah terutama dalam perspektif falsafah, konsep, pengertian,

kurikulum dan paradigm ilmu bersepadu.

Seminar Sehari Suluh Budiman yang bertemakan KBSM (Kuala Lumpur, 22 Februari

1987) telah menerima resolusi mengenai Kesepaduan Ilmu Akal dengan Imu Wahyu.

Seminar ini juga bersetuuju supaya konsep sepadu diterima sebagai Berespadu dalam

KBSM.

Pada September 1987, siri perbincangan untuk menggubal kurikulum KBSM telah

diadakan. Dipersetujui supaya perlaksanaan KBSM menghayati konsep pendidikan

bersepadu seperti yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Negara iaitu:

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah

memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,

emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi

sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.”

Setelah Falsafah Pendidikan Negara (FPN) digubal dalam tahun 1987 dan KBSM

dilaksanakan pada tahun 1988, maka perkembangan seterusnya adalah dalam bentuk

penulisan dan pengisian dalam buku teks mengikut pendekatan bersepadu.

Seterusnya, perkembangan Pendidikan Tahap II (1990-1995) dengan entiti Mengisi

Wawasan. Di tahap ini Pendidikan Bersepadu terus berkembang dalam mengisi falsafah dan

wawasan pendidikan negara. Era ini diwarnai dengan dengan cabaran wawasan 2020 yang

dikemukakan pada 38 Februari 1991. Pada masa inilah, konsep pendidikan sepadu memainkan

peranan untuk memastikan wawasan 2020 terus memberi fokus kepada pembangunan manusia

yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Keseluruhannya, pada tahap II ini,

17

Page 18: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

wawasan pendidikan negara berjaya diisi dengan wadah “Pendidikan Bersepadu”. Konsep-

konsep penting yang berjaya diinstitusikan dalam tahap ini adalah konsep pembangunan insan

1992 dalam era wawasan, strategi penerapan nilai-nilai murni 1993, konsep akhlak dalam ilmu

dan pendidikan, 1993, revolusi ilmubersepadu 1994, dan paradigm pendidikan bersepadu 1,

1995. Justeru, tahap ini telah meletakkan asas yang kukuh dan keyakinan yang tinggi kepada

warga pendidik untuk melaksanakan konsep pendidikan bersepadu dalam pembelajaran dan

pengajaran.

Kemudian, perkembangan Pendidikan Bersepadu Tahap III ( 1996-2000) dengan entiti

Citra Ilmiah diisi dengan semangat memantapkan konsep pendidikan sepadu menerusi

penyelidikan yang berfokuskan pembangunan manusia. Pada tahap ini juga konsep pendidikan

sepadu telah memperkayakan aktiviti pemikiran tinggi dalam bentuk ilmiah. Pelbagai

penyelidikan di peringkat doktor falsafah ( tesis PhD) berjaya dihasilkan di mana kesemua tajuk

yang dikaji menggunakan konsep Pendidikan Bersepadu sebagai salah satu komponen dalam

rangka teoritikal kajian.

Selanjutnya, perkembangan pendidikan Sepadu Tahap IV ( 2001 hingga sekarang)

dengan entiti Era Pelaksanaan Pendidikan Bersepadu yang telah dilaksanakan secara berterusan

selama 20 tahun. Langkah pertamanya adalah untuk menghidupkan gerakan pembinaan insan.

Kini konsep pendidikan bersepadu berdiri sebagai satu paradigma ilmu yang sistematik dan

berwibawa dengan berlandaskan keharmonian fitrah.

2.2 KONSEP PENDIDIKAN BERSEPADU DALAM PENGAJARAN

Pendidikan Bersepadu ialah pendidikan yang menekan kepada nilai dalam menuntut ilmu

pengetahuan. (Tajul Ariffin dan Nor Aini, 2007). Matlamat Pendidikan Bersepadu sebenarnya

ialah berpusatkan kepada Allah iaitu percaya bahawa setiap ilmu adalah datang darinya.

Sebenarnya ia menyentuh mengenai akidah, kepercayaan dan keyakinan kepada Allah.( Kamarul

Azmi Jasmi, 2007) Selain itu, konsep dan matlamat pendidikan bersepadu juga adalah bertujuan

melahirkan masyarakat serta penuntut yang baik dan mulia untuk membina pembangunan

manusia.

18

Page 19: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

Menurut Nik Aziz (1994), konsep pendidikan bersepadu merupakan kesepaduan antara

tuntutan kebendaan dengan tuntutan kerohanian dalam sistem pendidikan. Kedua-dua tuntutan

ini jelas dilihat apabila keseluruhan konsep kesepaduan KBSM berusaha untuk memenuhi salah

satu daripada cabaran Wawasan 2020 yang tidak memisahkan aspek perkembangan sains dan

teknologi daripada sistem pendidikan negara walaupun perkembangan insan dan pembentukan

sahsiah seimbang dan sepadu diutamakan. Musa Daie (1987) dalam Nik Aziz (1994)

menyatakan kepentingan aspek sains dan teknologi di samping kerohanian dalam pendidikan

merupakan pendekatan untuk menilai sesuatu masalah pendidikan dari sudut agama, sains dan

teknologi secara serentak.

Justeru, konsep pendidikan bersepadu bermaksud pendidikan yang disatukan dan

digabungjalinkan daripada lima aspek kesepaduan yang bergabung serta dijalinkan daripada lima

aspek kesepaduan yang bergabung antara satu sama lain dan bukannya terpisah atau terpencil.

Oleh itu, konsep pendidikan bersepadu merangkumi aspek penguasaan ilmu pengetahuan,

kemahiran dan bahasa serta pemupukan nilai-nilai murni yang dilakukan secara integrasi dan

menyeluruh ke arah mewujudkan insan yang baik. Ia juga menuntut kepada proses keselarasan

antara unsur-unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani dalam diri manusia dan dimanifestasikan

melalui perhubungan manusia dengan manusia, manusia dengan alam dan manusia dengan

Tuhan (Habsah dan Tajul Ariffin, 2002)

Selain itu, Pendidikan Bersepadu menurut acuan Malaysia ialah berpusatkan kepada

Allah iaitu pada hakikatnya Allah adalah Maha Mengetahui (Tajul Ariffin dan Nor Aini, 2007).

Justeru itu, segala kebenaran ilmu tidak perlu dipersoalkan lagi dan tidak memerlukan kajian

saintifik berulang kali untuk menentukan kebenarannya. Ini berbeza dengan dengan konsep

Pendidikan yang dikemukan oleh barat iaitu menggunakan konsep garis lurus. Ianya tidak sesuai

diamalkan di Malaysia Pendidikan Bersepadu agak sekular dan liberal serta mempersoalkan

sesuatu kebenaran ilmu yang pada hakikatnya adalah benar. Ini kerana Negara Malaysia terdiri

daripada pelbagai budaya, agama dan bangsa. Agama persekutuan bagi Malaysia ialah agama

Islam justeru pendidikan yang diamalkan di Malaysia ialah Pendidikan Bersepadu yang tidak

memisahkan antara kepentingan duniawi dan ukhrawi.

Sarjana tempatan Mohd Kamal Hassan dalam Idris Zakaria (2002) pernah menyenaraikan

ciri-ciri pendidikan sepadu yang seperti berikut : Pertama;Pendidikan seumur hidup, Kedua;

19

Page 20: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

Pembangunan seluruh potensi manusia (roh, akal dan jasad), mencakupi aspek kognitif, afektif

dan vokasional, Ketiga; Menyampaikan dua fungsi iaitu sebagai hamba Allah dan sebagai

khalifah Allah, Keempat; Kesepaduan dan kesempurnaan iman dan amal soleh demi untuk

mencapai kebahagian hidup di dunia dan akhirat. Ciri-ciri ini tidak banyak perbezaan dengan

pernyataan Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Menurut Idris Zakaria (2002) lagi, konsep

sepadu ini telah mula direalisasikan dalam amalan kehidupan seharian.

2.3 MODEL PENDIDIKAN BERSEPADU

Dalam pelaksanaan pendidikan bersepadu ini, antara matlamatnya adalah untuk pembinaan dan

pemantapan aqidah. Kekuatan akidah dihayati dalam pembinaan akhlak dan seterusnya dalam

penampilan tingkah laku yang baik (nilai murni). Nilai-nilai murni ini dihayati ke dalam

pembinaan kognitif (intelek), afektif (sikap) dan psikomotor (kemahiran). Menerusi proses ini

akan lahirlah pembinaan insan. Jadi berikut adalah contoh model mengikut paradigma

Pendidikan Bersepadu.

2.3.1 Model Kurikulum mengikut paradigma pendidikan bersepadu

20

Allah SWT

Manusia Alam Semesta

MANUSIA

5

1

26

4

6

6

3

Page 21: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

Ulasan

----------------------------- Kesepaduan ilmu agama (teras) dengan ilmu sains kemanusiaan dan sains tabii

1 Ke arah pembinaan kekuatan dalaman ( Rohani)2 Perlaksanaan pendidikan akhlak3 Usaha membudayakan ilmu wahyu4 Amalan tingkah laku mengikut fitrah Insan5 Peningkatan dan pemantapan aqidah6 Usaha pembangunan Insan

2.3.2 Model Pengajaran mengikut Paradigma Pendidikan Bersepadu

Model Model Motivasi Model Model Model Kognitif dan Jayadiri Tingkah laku Interaksi Penggunaan

Sosial Ilmu

Penghayatan Konsep Konsep Konsep Konsep Wahyu Insan Fitrah Keseimbangan Ibadah

21

Moraldan

Nilai

Akhlak

Aqidah

Page 22: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

2.4 PENDIDIKAN SAINS

2.4.1 SAINS MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Sains (science) membawa maksud mendapat sesuatu ilmu. Perkataan sains atau ‘ilm

dalam bahasa Arab diulang dalam al-Qur’an sebanyak 811 kali dalam pelbagai bentuk

dan variasi penggunaannya (Abd. Baqi’ t.th). Contoh penggunaannya dapat dilihat

apabila Allah mengajar Nabi Adam a.s. semua nama benda di dunia:

Dan Dia mengajarkan Adam nama-nama (benda) seluruhnya, kemudian

mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah kepada-Ku

nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar!”. (al-Baqarah 2:31)

Al-Qur’an adalah kitab Allah yang menjelaskan setiap sesuatu ilmu kepada

manusia: “Sesungguhnya pada kisah-kisah mereka itu terdapat pengajaran bagi orang-

orang yang mempunyai akal. Al- Qur’an bukanlah cerita yang dibuat-buat, akan tetapi

membenarkan (kitab-kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, dan

sebagai petunjuk dan rahmat bagi kaum yang beriman”. (Yusuf 12:111)

Oleh itu, pemikiran sains al-Qur’an secara spesifiknya mengkaji hakikat

kebenaran ilmu (science) secara ilmiah berdasarkan petunjuk al-Qur’an. Di samping itu,

sains al-Qur’an juga memperkuat dan menjelaskan sesuatu fakta hujahnya dengan

merujuk pada hadis nabi, ahli fikir Islam, saintis Islam dan bukan Islam. Sesuatu

pendapat boleh diterima sekiranya tidak bertentangan dengan al-Qur’an dan hadis.

Sebaliknya, sesuatu pendapat itu tidak akan diterima sekiranya bertentangan dengan al-

Qur’an dan hadis.

Kajian falsafah iaitu suatu kajian yang dilakukan secara teliti dan rasional atau

logik tentang sesuatu hakikat kebenaran. Kajian falsafah juga memperoleh ilmu melalui

kajian empirik, pembelajaran rasional yang menjadikan sesuatu fakta itu berbentuk

umum. Mengikut pengertian kajian falsafah, falsafah sains al-Qur’an ialah pengkajian

22

Page 23: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

mengenai ilmu mencintai kebijaksanaan atau kebenaran al-Qur’an. Kajian ini

menjelaskan bagaimana al-Qur’an berbicara tentang falsafah sains yang dibahagikan

kepada tiga bahagian iaitu: ilmu tawhid (divine science), sains sosial dan sains tabii.

Banyak ayat al-Qur’an yang menjelaskan tentang kawniyyah (kosmologi) iaitu ayat-ayat

yang menerangkan sunnatullah atau peraturan alam yang disebut dengan sains tabii

termasuk mengenai alam manusia, alam haiwan, alam tumbuhan, perlombongan, dan

cakerawala yang dikaitkan dengan ilmu ketuhanan iaitu ilmu mentawhidkan Allah. Al-

Qur’an juga mengandungi prinsip sains sosial dikaitkan dengan ilmu ketuhanan. Dengan

itu, sains tabii dan sains sosial diasas kepada paradigma tawhid yang mengagungkan

Allah. Integrasi semua bentuk sains ini diaplikasikan dalam kehidupan untuk membina

suatu pencapaian yang bercirikan rabbaniyyah (Allah sebagai Pentadbir), insaniyyah

(kemanusiaan), duniawiyyah (kebendaan) dan syamilah (sempurna). Konsep tauhid

dalam Islam berteras kepada kalimah “Tiada Tuhan melainkan Allah” merupakan

rujukan asas setiap bidang ilmu yang saling melengkapi antara satu sama lain.

Pada dasarnya, falsafah sains al-Qur’an mempunyai kesepaduan antara kategori

utama ilmu iaitu ilmu ketuhanan, ilmu sosial dan ilmu sains tabii yang berteraskan prinsip

al-Qur’an yang menjadikan ilmu ketuhanan sebagai landasan kebebasan berfikir untuk

pembangunan ilmu sosial dan ilmu sains.

2.4.2 PENERAPAN SAINS AL QURAN MERENTAS KURIKULUM SAINS

Mata pelajaran yang diajar peringkat KBSR meliputi subjek-subjek asas seperti Bahasa

Melayu, English, Matematik, Sains, Pendidikan Islam dan Pendidikan Jasmani &

Pendidikan Kesihatan. Sukatan pelajarannya telah ditentukan oleh pihak KPM dengan

berpandukan buku-buku teks yang disediakan oleh panel penulis dan biasanya buku-buku

ini perlu dimiliki oleh setiap murid.

Dalam konteks pendidikan sains, keseluruhan tajuk yang diajar dalam setiap

bidang mata pelajaran ini amat sesuai khususnya dalam menyentuh bidang yang

23

Page 24: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

berkaitan. Walaupun demikian, isi kandungannya tidak memperlihatkan wujud

kesinambungan yang mantap terhadap konsep kesepaduan ilmu yang berdasarkan

falsafah sains al-Qur’an. Maka guru berkewajipan untuk memberikan aset tambahan

semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Kandungan isi pelajaran

seumpama ini hendaklah dijadikan sebagai satu ketetapan yang terkandung dalam

sukatan bagi menjamin kelicinan pembelajaran dalam kelas. Walaupun tidak secara

bertulis atau tidak dimasukkan dalam sukatan, guru-guru mata pelajaran (terutama yang

beragama Islam) masih boleh menerapkan nilai-nilai ini dalam pengajaran mereka

melalui kebijaksanaan mereka semasa memberi penjelasan. Contohnya yang boleh

digunakan oleh guru untuk mengajar subjek KBSR dan KBSM melalui konsep yang

berasas kepada kesepaduan interdisiplin atau multidisiplin adalah tajuk seperti ‘Animals,

Plants ,Using Our Sense, Float or Sink dan Light and Dark’ seperti yang dinyatakan oleh

(Yahaya dan Azhar, 2010)

Semua tajuk ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan kehebatan penciptaan

Allah terhadap haiwan, tumbuhan dan kejadian tabii alam ini. Banyak ayat al-Qur’an

yang mendedahkan tentang perkara ini yang mempunyai perkaitan secara langsung

dengan tajuk yang diajar. Antara contoh ayat tersebut ialah: Surah al-Mu’min ayat 79

yang menjelaskan kejadian haiwan yang diciptakan oleh Allah untuk kegunaan manusia

hidup di dunia ini sesuai dengan tajuk ‘Animals’. Ayat tersebut bermaksud:

“Allah-lah yang menjadikan haiwan ternak untuk kamu, sebahagiannya untuk

kamu tunggangi dan sebahagiannya untuk kamu makan”.

Surah al-An‘am, ayat 99 yang menjelaskan kekuasaan Allah menumbuhkan

segala jenis tumbuhan sesuai dengan tajuk ‘Plants’ . Maksud ayat tersebut: “Dan Dialah

yang menurunkan air hujan dari langit, lalu Kami tumbuhkan dengan air itu segala

macam tumbuh-tumbuhan, maka Kami keluarkan dari tumbuh-tumbuhan itu tanaman

yang menghijau, Kami keluarkan dari tanaman yang menghijau itu butir yang banyak;

dan dari mayang kurma mengurai tangkaitangkai yang menjulai, dan kebun-kebun

anggur, dan (Kami keluarkan pula) zaitun dan delima yang serupa dan yang tidak

serupa. Perhatikanlah buahnya pada waktu pohonnya berbuah, dan (perhatikan pula)

24

Page 25: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

kematangannya. Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda-tanda (kekuasaan

Allah) bagi orang yang beriman”.

Surah al-Isra’ ayat 36 yang menjelaskan penggunaan pancaindera adalah menjadi

tanggungjawab manusia untuk menjaganya sesuai dengan tajuk ‘Using Our Sense’.

Maksud ayat tersebut: “Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai

pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya

itu akan diminta pertanggungjawabannya”.Surah al-Jathiah ayat 12 yang menjelaskan

tentang kapal yang terapung di laut atas kekuasaan Allah sesuai dengan tajuk ‘Float or

Sink’. Maksud ayat tersebut: “Allah-lah yang menundukkan lautan untukmu supaya

kapalkapal terapung serta dapat berlayar padanya dengan seizin-Nya, dan supaya kamu

dapat mencari sebahagian kurniaan-Nya dan mudah-mudahan kamu bersyukur”.

Murid-murid boleh diberikan kefahaman tentang perkara-perkara yang dipelajari

berasas kepada kesimpulan dan intisari daripada maksud ayat-ayat al-Qur’an atau hadis

secara umum. Contoh lain dalam pengajaran mata pelajaran sains seperti tajuk yang

berkaitan dengan kejadian manusia dalam KBSM. Antara kandungan tajuk ini ialah

proses persenyawaan antara benih lelaki dan benih perempuan dalam rahim yang

membentuk janin hingga mengalami beberapa tahap pembentukan, seterusnya dilahirkan

sebagai seorang manusia yang sempurna apabila tiba masanya. Selain mendedahkan apa

yang terdapat dalam sukatan sedia ada, penerapan isi kandungan tajuk ini boleh diperluas

dengan beberapa huraian daripada aspek falsafah sains al-Qur’an.

Antara bentuk penerapan atau keterangan yang boleh disampaikan kepada murid

berkaitan dengan tajuk ini ialah konsep penciptaannya mengikut al-Qur’an dan hadis

sebagaimana berikut: 1. Maksud Surah al-Rahman (55:14): Dia mencipta manusia

daripada tanah kering seperti tembikar (solsol kal fakkhar) 2. Maksud Surah al-Hijr

(15:28): Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : Aku akan menciptakan

seorang manusia daripada tanah kering yang berasal daripada lumpur hitam (solsol min

hamain masnun). 3. Maksud Surah al-Sajdah (32:7): Yang membuat segala sesuatu yang

Dia ciptakan sebaik-baiknya dan Yang memulakan penciptaan manusia daripada tanah

(tin). 4. Maksud Surah al-Saffat (37:11): Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka

25

Page 26: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

daripada tanah liat (tin al-laazib). 5. Maksud Surah Al ‘Imran (3:59): Sesungguhnya

penciptaan Isa di sisi Allah adalah seperti penciptaan Adam, Allah menciptakan Adam

daripada tanah (turab) kemudian Allah berfirman: jadilah, maka jadilah ia.

Proses kejadian manusia dalam rahim seorang perempuan juga boleh dikemukakan ayat-

ayat al-Qur’an dan hadis yang menerangkan kejadian ini sama seperti yang terdapat

dalam sukatan yang dipelajari: Maksud Surah al-Tariq (86:6): dijadikan manusia itu

daripada air yang terpancut.

Maksud Surah al-Mu’minun (23: 12-14): Sesungguhnya Kami telah ciptakan

manusia dari pati tanah. Kemudian Kami jadikannya air mani yang tersimpan di tempat

yang kukuh (rahim). Kemudian mani itu Kami jadikan segumpal darah, dan dari

segumpal darah Kami jadikan seketul daging, dan daripada daging Kami jadikan tulang

yang Kami salutkannya dengan daging, kemudian Kami ciptakan makhluk lain (manusia

yang sempurna). Maha suci Allah sebaik-baik pencipta. Maksud Surah al-Hajj (22:5):

Wahai manusia, sekiranya kamu masih ragu-ragu tentang hari kebangkitan,

sesungguhnya Kami telah menjadikan kamu daripada pati tanah, kemudian daripada air

mani, kemudian daripada segumpal darah, kemudian daripada seketul daging yang

sempurna kejadiannya dan yang tidak sempurna, supaya Kami nyatakan kuasa Kami.

Dan Kami tetapkan dalam rahim sekehendak Kami hingga waktu yang ditentukan,

kemudian Kami keluarkan kamu menjadi kanak-kanak sehingga mencapai dewasa. Di

antara kamu ada yang dimatikan dan setengah kamu dikembalikan kepada umur yang

lanjut sehingga ia tidak mengetahui sesuatu sesudah mengetahuinya.

Maksud hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim: Sesungguhnya setiap orang

daripada kamu dikumpulkan kejadiannya di dalam rahim ibunya selama 40 hari dalam

keadaan air mani, kemudian dijadikan segumpal darah seperti yang demikian selama 40

hari, kemudian dijadikan seketul daging seperti yang demikian itu juga iaitu 40 hari,

kemudian diutuskan kepada malaikat lalu ditiupkan roh padanya.

26

Page 27: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

2.4.3 SAINS MENURUT PERSPEKTIF BARAT

Ahli sains Barat mendefinisikan sains sebagai kaedah untuk mencapai kebenaran mutlak

melalui penyelidikan empirikal dengan data yang dikumpulkan melalui panca indera.

Dengan kata lain, kaedah sains moden merupakan percubaan mencari kebenaran melalui

jalan-jalan rasional. Sains moden juga disebut sebagai suatu disiplin yang menilai sesuatu

tinjauan dan maklumat secara objektif, bukan secara subjektif seperti secara intuisi iaitu

gerak hati, sangkaan atau emosi (Yahaya dan Azhar (2010)

Kajian sains barat bertujuan untuk memahami hukum-hukum yang menguasai

alam tabie dan seterusnya menggunakan hukum-hukum tersebut untuk menghasilkan

teknologi bagi kemudahan hidup manusia (Mohamad Nasir, 2009) Sains bersifat 

objektif dan emperikal yakni sesuatu perkara hanya diterima sebagai benar jika dapat

dibuktikan kebenarannya melalui eksperimen. Sains barat tidak mahu menjawab yang

alam ini dijadikan oleh Tuhan.  Ini adalah kerana sejarah awal kelahiran sains barat telah

menyaksikan pertentangan sengit di antara ahli sains dan gereja.

Sains yang dipelajari oleh Barat daripada ketamadunan Islam telah memasukkan

fahaman rasionalisme yang menolak fahaman agama. Tindakan ini melahirkan

sekularisme dalam sains iaitu memisahkan sains dengan agama atau memisahkan alam

kejasmanian dengan alam kerohanian yang jelas bertentangan dengan fahaman Islam

dalam mengintegrasikan rasionalisme dengan agama (Yahaya dan Azhar, 2010)

2.5 PERANAN NILAI

Nilai merupakan keutamaan peribadi berkaitan piawai (standard) individu untuk

mempertimbangkan kepentingan atau faedah sesuatu perkara bagi mereka sendiri untuk berfikir

dan bertindak (Chin & Lin, 2001) dalam Mohd Uzi (2007). Seterusnya Krathwohl, Bloom dan

Masia (1964) menjelaskan nilai sebagai suatu hasilan sosial yang telah diinternalisasi atau 27

Page 28: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

diterima dengan perlahan-lahan dan telah digunakan oleh seseorang guru sebagai kriteria dirinya

sendiri.

Ini bererti, nilai merupakan kecenderungan seseorang tentang bagaimana sepatutnya atau

tidak sepatutnya bertingkah laku, atau kecenderungan seseorang melakukan sesuatu perkara

berbanding dengan yang lain (Lim & Fatimah, 2002; Bishop, FitzSimons, Seah & Clarkson,

1999) dalam Mohd Uzi (2007) Sehubungan dengan itu, Nik Azis (1995) menegaskan:

“Dari sudut afektif, nilai merujuk satu rangka keutamaan dalam membuat pilihan

berfungsi yang membentuk dan mempengaruhi tingkah laku manusia. Nilai

mencerminkan falsafah peribadi kehidupan seseorang dan membekalkan kepuasan diri

yang paling tinggi” (halaman 19-20)

Nilai menurut Pahrol ( 2011) pula ialah satu keyakinan yang kukuh dan mampu bertahan

lama dalam diri seseorang. Ia menentukan apa yang kita rasa betul, benar dan baik dalam

kehidupan ini. Nilai menimbulkan rasa dalaman yang menyebabkan kita sanggup berkorban dan

mempertahankan apa yang kita yakini berharga dalam hidup. Jadi nilai adalah pemandu,

pendorong dan sumber kekuatan untuk membuat keputusan dan bertindak dalam kehidupan

seharian. Oleh sebab itu, untung atau celakanya kehidupan kita di dunia dan akhirat dipengaruhi

oleh nilai yang menjadi pegangan kita. Maka, sangat penting untuk seseorang itu berpegang

pada nilai yang betul, jika tidak hidup kita akan dgerakkan ke arah kemusnahan.

Menurut Pahrol (2011) lagi, peranan nilai itu secara tidak langsung adalah memberikan

kita kuasa mengawal kehidupan kita sendiri tanpa perlu bersandar kepada pihak yang berautoriti.

Pegangan nilai yang betul akan akan menentukan pertimbangan akhlak yang baik. Penerapan

nilai menjadi agenda utama kurikulum pendidikan Malaysia, khususnya di sekolah menengah

(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992) Kesedaran tentang kepentingan penerapan nilai

melalui sekolah digariskan dalam laporan Jawatankuasa Kabinet (Kementerian Pelajaran

Malaysia, 1988): Untuk kepentingan pembangunan negara tenaga rakyat yang diperlukan bukan

sahaja perlu dilihat dari segi bilangan, jenis pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki bahkan

perlu dilihat juga dari segi nilai-nilai disiplin yang perlu diterima. Dari segi sikap, mereka perlu

jujur dan dedikasi terhadap kerja. Mereka bukan sahaja perlu cekap bahkan perlu boleh berfikir

dan bertindak dengan baik sama ada secara sendiri mahupun secara beramai-ramai dengan

28

Page 29: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

berpandukan kepada punca-punca akhlak yang mulia. Tegasnya, individu yang dilahirkan dari

sistem persekolahan negara perlu selaras dengan tujuan pembangunan kemanusiaan.

Namun demikian, menurut Nik Azis (1996) penerapan nilai tanpa dorongan iman

dianggap kurang lengkap kerana menurut pandangan Islam membangunkan dorongan iman

merupakan asas dalam membangunkan nilai-nilai murni. Analisis terhadap penekanan dalam

pengajaran dan pembelajaran Sains Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)

(Kementerian Pendidikan, 1990) pula dapat disimpulkan melalui kata-kata Tajul Ariffin Noordin

(1990), bahawa model pendidikan sains yang diamalkan kini adalah mengikut model pendidikan

sains barat. Ini kerana model pengajaran dan pembelajaran Sains KBSM (Kementerian

Pendidikan, 1990) tidak menyatakan kepentingan nilai kepercayaan kepada Tuhan yang

seharusnya menjadi asas pembangunan nilai murni, peningkatan daya intelek, penguasaan

kemahiran belajar dan perolehan ilmu pengetahuan dalam diri pelajar. Selain itu, ilmu yang

diterapkan hanyalah di sekitar ilmu akal dan tiada kesepaduan antara ilmu aqli (akal) dengan

ilmu naqli (wahyu). Kedua-dua perkara ini dianggap penting jika ingin menghasilkan insan

seimbang melalui proses pendidikan dengan iman sebagai asas bagi pembangunan insan yang

sedemikian (Al Ghazali, 1992).

2.6 PEMBENTUKAN AKHLAK

Akhlak boleh diertikan sebagai budi pekerti, perangai, tingkah laku dan tabiat. Menurut Abu

Bakar Al-Jazairi (1986), akhlak itu ialah suatu perkara yang sebati dalam diri seseorang.

Daripadanya, terbit perbuatan yang timbul daripada kemahuan sendiri, dengan pilihan diri

sendiri, sama ada yang baik mahu pun yang jahat, sama ada yang indah mahu pun yang keji.

Berdasarkan definisi ini dapat difahami bahawa akhlak adalah suatu perkara yang boleh dipupuk

dan dibentuk dalam diri seseorang sehingga perbuatan itu menjadi kelaziman pada dirinya.

Apabila sesuatu perbuatan itu telah menjadi tabiat, maka ianya dinamakan akhlak (Shopuan

Anuar, 1997)

Abdullah Salim (1985) pula menyatakan akhlak merupakan sifat yang tumbuh dan

menyatu dalam diri seseorang. Dari sifat itulah, terpancar sikap dan tingkah laku perbuatan

29

Page 30: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

seseorang. Muqdad Yaljan (1986) menjelaskan akhlak Islamiah itu lebih luas dari pengertian

etika atau akhlak yang dibawa oleh seluruh agama dan pelbagai aliran filasat hingga kini. Ini

disebabkan akhlak Islamiah mencakupi segala hubungan manusiawi hingga hubungan manusia

dengan makhluk hiup lainnya.

Terdapat dua sumber utama norma akhlak manusia iaitu norma yang berdasarkan kepada

agama dan norma yang berdasarkan kepada kubudayaan ( Shopuan Anuar, 1997) . Norma yang

berdasarkan agama adalah suatu norma yang yang bersifat sanawi yang mewarnai cara berfikir,

bersikap dan bertindak seseorang Muslim terhadap dirinya, terhadap Allah dan Rasulnya,

terhadap sesame manusia dan terhadap alam lingkungannya yang bersandarkan kepada Al-Quran

dan Al-Sunnah. Berbeza pula dengan norma yang bersandarkan kebudayaan di mana ia akan

berubah sedikit demi sedikit, sesuai dengan kemajuan zaman dan lingkungan yang

mengelilinginya dan mempengaruhinya.Ia tidak tetap dan sentiasa berubah bersama berubahnya

peredaran zaman. Sekiranya norma ini dijadikan asas kepada akhlak, ia akan menimbulkan kesan

yang tidak baik.

Menurut Shopuan Anuar lagi (1997), pembentukan akhlak dapat dicerminkan dengan

akhlak dengan Tuhan, akhlak dengan rasul, akhlak dengan diri sendiri, akhlak dengan keluaga,

akhlak dengan masyarakat dan akhlak dengan alam. Pembentukan akhlak ini juga merangkumi

aspek jasmani iaitu mempersiapkan diri dengan kesihatan , kebersihan diri serta penampilan.

Selain itu, memenuhi akal dengan ilmu adalah aspek pembentukan akhlak dari sudut intelek yang

tidak seharusnya diabaikan. Akhlak muslim terhadap akalnya ialah menjaganya supaya tidak

rosak dan membangunkan potensi akalnya ke tahap yang maksimum. Menuntut illmu adalah satu

proses yang berterusan kerana ilmu itu terlalu luas dan tiada penyudahnya. Sebab itulah kita

disuruh menuntut ilmu dari dalam buaian hingga ke liang lahad tanpa membatasi tepat walau

negeri China sekalipun.

Justeru, aspek selanjutnya, berakhlak dengan jiwa iaitu rohani perlu menjadi perkiraan

yang penting. Penciptaan manusia bukan sahaja terbentuk dari unsur jasmani tetapi lebih penting

lagi adalah unsur rohani. Roh atau pun jiwa menjadi unsur yang penting terpenting pada diri

manusia. Jasad yang kuat tanpa roh atau jiwa yang baik, tidak akan membawa apa-apa kebaikan.

Oleh itu unsur rohani dalam diri seseorang perlu mendapat perhatian yang sungguh-sungguh

secara berterusan. Firman Allah :

30

Page 31: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

Dan jiwa serta penyempurnannya, maka Allah mengilhanmkan kepada jiwa itu (jalan

kefasikan dan ketaqwaan). Sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwanya

itu, dan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorinya.

(Asy-Syams : 7-9)

Akhlak yang baik merupakan nadi kesempurnaan tamadun manusia. Tamadun manusia

akan ketandusan kesempurnaannya dan ketinggalan sekiranya masyarakatnya hanya mempunyai

ilmu semata-mata tanpa disertai dengan amal soleh dan pembentukan akhlak dalam diri. Malah,

dalam dunia yang serba moden ini, kita dapati, mereka yang melakukan kerosakan

kebanyakkannya adalah mereka yang berilmu tetapi tidak berakhlak dan tidak bertaqwa. 

Dalam surah Fussilat ayat 34. ada menyebut tentang penekanan Allah s.w.t terhadap

pembinaan peribadi yang memiliki akhlak mulia; FirmanNya adalah : Tidaklah sama kebaikan

(akhlak) dengan keburukan. Selain itu, Al-Quran mengajar bahawa manusia merupakan suatu

makhluk yang mampu terus menyempurnakan diri ke arah kesempurnaan akhlak, menerusi

konteks kehambaan dirinya kepada Allah s.w.t. Di sini, Allah s.w.t. mengingatkan bahawasanya,

kesempurnaan sesebuah masyarakat bergantung kepada kesempurnaan akhlak yang dimiliki oleh

individu-individunya. Oleh kerana kepentingan ini, Allah s.w.t. mengutuskan seorang Rasul

yang mampu dijadikan sebagai contoh untuk seseorang itu menyempurnakan akhlaknya. Hal ini

sebagaimana Allah s.w.t. menjelaskan kedudukan Rasulullah s.a.w. dengan berfirman: 

Sesungguhnya kamu (Muhammad) mempunyai akhlak yang agung (Surah Al-Qalam :4).

  Maka, kita sebagai individu dalam masyarakat Islam perlu mencontohi akhlak Rasulullah

s.a.w.. Ia sebagai kunci keberkesanan pembentukan diri iaitulah dengan konsep mencontohi

dalam berakhlak mulia. Allah s.w.t. mengingatkan kepentingan mencontohi Rasulullah s.a.w.

sebagaimana dalam firmannya yang bermaksud: 

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu uswah hasanah (suri teladan yang

baik) bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari

kiamat dan orang yang banyak mengingati Allah. (Surah Al-Ahzab: 21)

31

Page 32: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

METODOLOGI KAJIAN

3.1 PENGENALAN

Bahagian ini membincangkan mengenai kaedah kajian yang akan digunakan oleh pengkaji iaitu

rekabentuk kajian, peserta kajian, instrumen kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur

penganalisaan data.

3.2 REKABENTUK KAJIAN

Reka bentuk kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif untuk memahami pendidikan

bersepadu yang dilaksanakan oleh guru sains sekolah rendah. Pemilihan kaedah kualitatif adalah

untuk menjawab persoalan bagi jawapan kepada bagaimana dan apa yang berlaku, tajuk

berbentuk penerokaan dan kajian yang memerlukan jawapan yang terperinci (Creswell, 2003).

Secara ringkasnya, kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan pendekatan kajian

kes. Kaedah kajian kes ini merupakan satu jenis reka bentuk bukan eksperimen. Kajian kes ini

boleh membantu penyelidik untuk memahami sesuatu isu atau objek yang kompleks secara

terperinci dengan hanya menggunakan sampel yang kecil. Kajian kes juga membantu penyelidik

untuk memahami sesuatu fenomena, disamping menambah pengetahuan sedia ada tentang

fenomena tersebut serta melihat hubungan yang wujud antara pelbagai objek, elemen serta isu

tersirat berhubung fenomena itu. Kajian kes juga turut boleh digunakan untuk mengumpul data

kualitatif bagi memantap dan memahami sesuatu situasi atau fenomena, program,proses atau

kumpulan sosial secara mendalam (Yin, 2003). Sementara itu pula, teknik penyelidikan yang

digunakan adalah berbentuk temubual.

3.3 PESERTA KAJIAN

32

Page 33: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

Secara praktisnya, responden telah dipilih berdasarkan ciri-ciri berikut: Merupakan guru Sains

yang mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 7 tahun. Mempamerkan ciri-ciri sahsiah yang

terpuji dan berupaya menyampaikan kandungan pembelajaran sains dengan baik. Responden

kajian terdiri daripada 3 orang guru sains sekitar sekolah rendah Daerah Hulu Langat.

3.4 INSTRUMEN DAN PROSEDUR PENGUMPULAN DATA KAJIAN

Instrumen kajian adalah penyelidik sendiri dan prosedur pengumpulan data kajian terdiri

daripada satu proses utama. Soalan temu bual yang dutarakan kepada peserta kajian adalah

soalan tidak berstruktur.

i) Penyelidik melakukan teknik temubual terhadap responden.

Responden yang dipilih ditemu bual oleh penyelidik. Pemilihan responden adalah dalam

kalangan mereka yang mengajar subjek sains dan mempamerkan akhlak yang baik.

3.5 PROSEDUR PENGANALISAAN DATA

Setelah data yang dikehendaki dikumpul, penyelidik seterusnya membuat satu siri analisis data

kualitatif dengan membincangkan hasil dapatan daripada pemerhatian yang dijalankan dan hasil

temubual dengan responden. Selepas itu, satu kesimpulan dapatan kajian terhadap kajian kes ini

dibuat.

DAPATAN KAJIAN

33

Page 34: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

Dapatan kajian diperolehi berdasarkan hasil temuramah dengan peserta kajian yang didasari oleh

beberapa objektif kajian.

Objektif kajian 1- Mengetahui kefahaman guru Sains terhadap konsep pendidikan bersepadu.

Didapati kefahaman guru sains yang adalah baik, melalui jawapan responden yang bahawa

pendidikan bersepadu ini lebih menjurus kepada nilai murni dan menyatupadukan akidah dengan

sains. Ini dapat dilihat melalui jawapan :

R 1 : Konsep Pendidikan bersepadu ni pada pemahaman saya elemen yang mengaitkan pengajaran dengan nilai murni. Saya pernah dengar sewaktu di maktab dulu saya pernah dengar,

R2 : Pernah dengar tapi lupa maksud keseluruhannya. Ia mengaitkan pengajaran dengan akhlak murni kalau tidak silap saya

R3 : Konsep pendidikan bersepadu, pernah dengar tapi da lupa, macam kalau kita ajar sains kita masukkan unsur lain seperti tajuk tertentu mungkin ada unsur agama ker, alam sekitar ke. Ada unsur-unsur lain lah, bukan unsur sains semata-mata.

Analisis terhadap keseluruhan hasil temu ramah mendapati guru mempunyai ilmu pengetahuan

dalam menerapkan kesepaduan ilmu ini cuma caranya berbeza-beza. Ilmu yang dimiliknya

membolehkan responden menyalurkan kesepaduan ilmu dan ini menunjukkan bahawa mereka

sememangnya mempunyai pemahaman yang baik terhadap konsep pendidikan bersepadu ini.

Objektif kajian 2 - Meneroka sejauh mana guru mengaplikasi konsep bersepadu dalam subjek

sains yang diajar

Merujuk kepada kerangka konseptual kajian, pengajaran guru merupakan landasan yang

menyalurkan penyepaduan ilmu ke arah pembentukan akhlak. Berdasarkan sumber data yang

diperolehi daripada peserta kajian, dapatan tema mendapati guru mempamerkan pengetahuan

34

Page 35: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

dan kemahiran dalam mengaplikasi konsep bersepadu berdasarkan komponen dalam kesepaduan

ilmu yang ditentukan dalam kajian.

Ini dapat dilihat melalui hasil jawapan responden seperti berikut:

R2 : Err, tengok kesesuaian lah, contohnya dalam tajuk tentang bulan, kalau darjah empat, keperluan asas manusia, apa sebabnya perlu basic need tu, tuhan dah jadikan kita dengan keperluan masing-masing, kalau darjah lima tu, mikroorganisma, tuhan jadikan pelbagai bentuk warna, tak boleh Nampak dengan mata kasar,

R3 : Contohnya macam nilai murni, kalau tajuk seperti kebersihan berkait dengan Agama, kemudian tajuk seperti Bad Habit tu kita masukkan unsur-unsur keagamaan, di mana semua agama menghalang dari minum alkohol, lepas tu tajuk planet, ahli sains yang meneroka yang pertama adalah umat Islam sebenarnya, kemudian barulah orang putih menggunakan fakta tersebut sebahai bahan dia. Dan dalam Al-Quran sendiri ada tentang planet-planet.

Jika diteliti daripada jawapan responden di atas, mereka sememangnya tahu menggunakan ilmu

sains yang dimiliki dan mengintegrasikan dengan ilmu agama dan nilai. Kemahiran

menyepadukan ilmu ini diamalkan dalam pengajaran responden secara tidak langsung kerana

masa yang terhad seperti yang ditunjukkan oleh jawapan responden seperti berikut:

R1 : Tidak sepenuhnya, tengoklah kalau sempat, erm konsep bersepadu ni rasanya lebih kepada nilai-nilai murni kan, maksudnya nilai-nilai agama kan, erm kalau sempat saya terapkanlah

R1 : Sebab sains ni kita kene ajar teori, and then eksperimen,tu yang kadang-kadang tak terkejar, eksperimen pun kena buat banyak kali, terkejar-kejar, ini kan pula nak masuk terapkan konsep bersepadu. Kalau secara tak langsung tu adalah..

Walaupun guru ada usaha menerapkan dan mengaplikasi kesepaduan ilmu, namun demikian,

penggunaan dalil dan ayat Al-Quran tidak digunakan sepenuhnya dalam pengajaran mereka

kerana kekurangan keyakinan dalam penggunaan dalil dan ayat Al-Quran dalam pengajaran

Sains. Kekurangan keyakinan disebabkan responden tidak hafal keseluruhan ayat Al-Quran

yang boleh dikaitkan dengan pengajaran dan pembelajaran mereka. Walaubagaimanapun,

35

Page 36: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

terdapat seorang responden yang menggunakan hadis Al-Quran menerusi kemajuan teknologi

iaitu Video You Tube yang ada menyelitkan unsur Al-Quran.

Objektif kajian 3 - Mengetahui sejauh mana nilai akhlak dapat dibentuk melalui kesepaduan

ilmu sains dan nilai agama

Berdasarkan objektif kajian ini, didapati nilai akhlak yang baik dapat dipupuk melalui

pengajaran yang menyelitkan kesepaduan ilmu. Rata-rata responden memberikan gambaran

perubahan tingkah laku pelajar yang lebih positif setelah responden mengaitkan pengajaran sains

dengan nilai murni dan kesepaduan ilmu ini. Pada keseluruhannya, dapatan kajian menunjukkan

bagaimana penyepaduan ilmu yang menerusi pembelajaran dan pengajaran subjek Sains ini

dapat melahirkan akhlak pelajar yang baik merangkumi aspek rohani, emosi, jasmani dan sosial

mereka. Ini dapat dilihat berdasarkan jawapan responden seperti berikut:

R1 : Kalau dari segi kelakuan, dalam kelas nampak ok, dari segi akademik dan intelek, nampak percambahan intelek mereka dengan mempelajari benda baru dalam sains ini, and then dari segi sosial, sains ni dapat membentuk akhlak mereka, menghormati, kerjasama dalam kumpulan, tolong-menolong, maksudnya kerjasama dalam kumpulan

R2 : Nampaklah interaksi mereka dengan alam sekitar, nak-nak kalau kita baru ajar tentang pokok, kita explain kat mereka yang pokok ni kita tak oleh tebang sesuka hati, sebab tumbuhan bekalkan kita oksigen, setakat ni ok lah, tengok diorang lebih terdorong menjaga pokok ini. Kalau dari nilai rohani, saya tak berapa pasti

Merujuk kepada jawapan responden di atas, interaksi sosial pelajar dibentuk melalui aktiviti

dalam pengajaran dan pembelajaran sains yang diterjemahkan melalui nilai-nilai murni.

Responden ada menggunakan pendekatan kaedah pengajaran yang menggalakkan pelajar

melibatkan diri secara aktif dan kemahiran interpersonal diterapkan dalam jiwa individu pelajar.

Keupayaan intelek pelajar juga ditingkatkan apabila guru menggalakkan pelajar berfikir

mengenai sesuatu topik dalam pembelajaran sains. Hubungan dengan alam juga dapat

dimantapkan apabila responden berjaya membuka hati dan mata pelajar kepentingan alam sekitar

semasa pengajaran responden.

36

Page 37: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

Sementara itu, perubahan akhlak dari sudut rohani turut mendapat impak hasil kesepaduan ilmu.

Apabila sesuatu pengajaran guru yang ikhlas mengaitkan subjek atau topik tertentu dengan ilmu

Islam dan Al-Quran, didapati terdapat pelajar yang tersentuh rohani dan emosinya. Ini sekaligus

dapat mendidik jiwa pelajar untuk lebih mendekati penciptaNya dan dapat membendung sikap

negatif dalam diri mereka. Ini dapat dilihat menerusi jawapan responden seperti berikut :

R1 : Kalau kita betul-betul terapkan Pendidikan Bersepadu ini, maksudnya ada penerapan unsur-unsur agama ni, murid akan lebih mengenal tuhannya, dekat dengan tuhannya, yang mana kita lihat ada sekarang ni murid ni jauh dari Tuhan, jadi kalau kita “relate”kan Sains dengan agama, mereka akan lebih sayang dengan pencipta,dan mereka akan lebih takut dengan Pencipta, kita ni akan diperhatikan sentiasa jadi pergaulan itu akan lebih terjaga

R3 : Mereka nampak teruja lah nak belajar sains, kalau saya ada kaitkan dengan nilai aqidah. Kaitkan dengan penciptaan alam ini, Nampak mereka dengar dan beri tumpuan. Ada yang menginsafi diri sebab ada seorang pelajar tu berjumpa saya dan bertanyakan bila dunia ni akan qiamat selepas saya tayangkan video penciptaan bumi dan kemusnahan. Pelajar tersebut rasa takut sebab sebelum ni dia ada buat silap kat mak ayahnya.

Objektif kajian 4 - Mengetahui cabaran-cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan

konsep bersepadu

Terdapat beberapa faktor yang menjadi cabaran bagi guru sains daripada melaksanakan konsep

bersepadu di sekolah. Antaranya ialah silibus subjek sains yang padat menyebabkan penerapan

penyepaduan ilmu itu tidak menyeluruh, bermaksud hanya disalurkan kepada pelajar bila mana

ada kesempatan masa. Faktor kedua adalah kurang keyakinan guru dalam mempraktikkan

penggunaan hadis, dalil dan ayat Al-Quran dalam mengaitkannya dalam pembelajaran dan

pengajaran mereka. Seterusnya, latar belakang keluarga yang tidak mementingkan nilai akhlak

turut mempengaruhi akhlak pelajar. Akhir sekali adalah fakor perbezaan agama dalam kalangan

pelajar. Untuk menerapkan konsep bersepadu yang berteraskan aqidah dan nilai ketuhanan, guru

khuatir ianya menjadi isu sensitif.

37

Page 38: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

PERBINCANGAN DAPATAN KAJIAN

Kefahaman guru Sains terhadap konsep pendidikan bersepadu

Kefahaman guru terhadap pengajaran yang yang mengintegrasikan konsep bersepadu

didapati secara keseluruhannya adalah baik. Melalui temu bual yang dijalankan, peserta kajian

menjelaskan kefahaman mereka secara umum dan tidak spesifik kerana mereka hanya

memahami konsep kesepaduan ilmu itu secara luaran sahaja dan tidak sedar mereka ada

mengaplikasinya secara tidak langsung. Dalam memberikan maksud konsep kesepaduan ilmu

itu, mereka mengaitkannya dengan pendekatan pengajaran yang mereka jalankan di kelas

ataupun melalui apa yang mereka pernah dengari sebelum itu. Walaubagaimanapun, jawapan

responden yang ada mengaitkan pengajaran dengan unsur-unsur lain selain isi kandungan subjek

sains semata-mata menunjukkan kefahaman mereka adalah baik.

Hasil dapatan ini boleh dikaitkan dengan beberapa penyelidikan. Hasil dapatan ini secara

tidak langsung menyokong dapatan kajian oleh Habsah dan Tajul Ariffin (2002) terhadap 967

orang guru yang mewakili 56 buah sekolah dari empat negeri yang dipilih secara rawak iaitu

Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Johor merumuskan bahawa sebahagian besar daripada

guru memahami konsep kesepaduan KBSM berhubung dengan kaitan antara teori dengan amali

dalam pelajaran (85%); kesepaduan antara pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah (84%)

dan kesepaduan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran (86%).

Ini turut diperkukuhkan dengan dapatan kajian oleh Abdul Rahim dan Azharul Nizam

(2010) yang menjalankan kajian mereka terhadap guru-guru Matematik menengah rendah di

Daerah Manjung bahawa responden yang terlibat mempunyai pengetahuan tentang konsep

pendidikan bersepadu serta melaksanakan penerapan nilai-nilai murni dalam pengajaran. Sejajar

dengan itu, kefahaman guru sains yang baik terhadap kesepaduan ilmu yang dikaitkan dengan

nilai dan unsur ketuhanan membantu mereka menerapkan kesepaduan ilmu dalam proses

pembelajaran dan pengajaran mereka.

38

Page 39: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

Pengaplikasian penyepaduan ilmu dalam subjek sains

Peserta kajian kesemuanya telah pun mengaplikasikan penyepaduan ilmu dalam pengajaran

mereka. Penerapan ini dijalankan secara tidak langsung dalam pengajaran guru di mana sewaktu

menyampaikan isi kandungan sesuatu topik, guru menyelitkan pembelajaran dengan aspek nilai

dan ketuhanan. Dapatan kajian ini juga mendapati bahawa pembelajaran sains itu sendiri tidak

boleh dipisahkan dengan agama seperti mana yang terkandung dalam Al-Quran. Sejajar dengan

itu, ini menunjukkan peserta kajian yang dipilih ini adalah individu yang mempunyai

penghayatan dalam aspek Ilmu agama yang mana mereka tahu menyepadukan ilmu mengikut

situasi yang boleh disesuaikan dengan isi kandungan sesuatu topik.

Menurut Akbar (2002), perkembangan sains di sekolah tidak dapat dipisahkan dari ilmu

wahyu yang seharusnya diajar seiringan. Sekiranya mereka yang jahil tentang ilmu wahyu atau

tidak mahu mempelajarinya dan mereka yang mempunyai ilmu wahyu tidak menguasai ilmu

sains secara berterusan akan menyebabkan wujudnya konfik dan dilema dalam arus

pembangunan insan sesuatu negara. Subjek sains sebagai ilmu dapat membentuk pemikiran

kritis, kreatif dan analitis, malahan lebih penting ianya sebagai medium ke arah mewujudkan

kesedaran tentang konsep tauhid untuk meningkatkan ketaqwaan kepada Allah. Pembentukan

masyarakat yang berteraskan sains dan teknologi akan pincang sekiranya tidak disandarkan pada

ilmu wahyu (Akbar, 2002)

Guru-guru yang mengambil inisiatif menerapkan dan juga mengaplikasikan konsep

kesepaduan ilmu ini walau pun tidak dinyatakan dengan jelas dalam silibus pembelajaran wajar

diteladani. Golongan inilah yang boleh menjadi agen perubahan kepada pembentukan akhlak

generasi di mana pelajar yang didedahkan dengan asas berfikir sains Selaras dengan itu, Sidek

Baba (2007) menyatakan asas berfikir saintifik Qurani yang dipandu oleh wahyu seharusnya

menjadi agenda utama umat Islam pada hari ini. Tanpa pengupayaan ilmu dalam bentuk

bersepadu, tidak mungkin negara dapat melahirkan suatu tradisi keilmuan yang dapat

menghasilkan corak kehidupan yang maju dan dipandu oleh nilai baik yang fitrah sifatnya.

Selanjutnya, menurut Shahidan (2007), ilmu naqli yang beradasarkan Al-Quran dan

Sunnah perlu diselarikan dengan ilmu aqli yang didasari oleh akal. Ini kerana walaupun ilmu aqli

ini banyak digunakan untuk menerangkan fenomena alam dan hukum-hukum tabii, di sebalik

39

Page 40: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

semua yang fizikal ini terdapat alam ghaib yang lebih luas sebenarnya yang memainkan peranan

penting dalam alam fizikal. Justeru, menurut Nor Hayati (2005), menyepadukan pendidikan sains

dengan nilai-nilai Islam amnya dan tauhid khasnya merupakan antara langkah penting untuk

menghasilkan insan yang seimbang.

Sebagai langkah memantapkan pendekatan penyepaduan ilmu, guru-guru selaku agen

pembentuk akhlak wajar diberi bimbingan khusus sewaktu mengikuti kursus latihan perguruan

atau diberi pendedahan melalui perkembangan staf di peringkat sekolah. Dengan cara itu,

mereka diberikan kefahaman yang jelas tentang konsep ini untuk diterapkan di dalam kelas.

Mereka mestilah bersikap jujur, menaruh kepercayaan dan jelas terhadap konsep ini. Guru-guru

memerlukan latihan dan bahan rujukan untuk menjalankan tugasan yang besar ini. Pendekatan

pengajaran memerlukan anjakan paradigma secara besar-besaran kerana guru bukan lagi akan

bertindak sebagai seorang pengajar atau penyebar pengetahuan sedia ada,bahkan juga sebagai

agen pembentuk akhlak.

Nilai akhlak dapat dibentuk melalui kesepaduan ilmu sains dan nilai agama

Seseorang individu pelajar adalah merupakan aset negara pada masa hadapan. Kepincangan

akhlak yang melanda dunia dewasa ini berpunca daripada acuan yang tidak dibentuk dengan baik

sejak awal dan didorongi oleh hawa nafsu. Pendidikan merupakan salah satu medium yang boleh

membentuk akhlak seseorang. Hasil kajian ini mendapati pengaruh guru sewaktu mendidik

pelajar dalam proses pembelajaran dan pengajaran yang disepadukan dengan ilmu Islam dan

nilai dapat membentuk akhlak murni dalam kalangan pelajar.

Akhlak menggambarkan keperibadian seseorang, malah lebih jauh daripada itu, Islam

memandang akhlak sebagai buah iman dan tidaklah dianggap kuat iman seseorang yang tidak

mantap akhlaknya (Mohd Azhar et al, 2001). Faktor rohaniah dikaitkan dengan dengan faktor

dalam diri manusia. Oleh itu, faktor rohaniah yang membangun dalam diri berkait rapat dengan

akhlak dan amal manusia. Manusia yang mempunyai kekuatan rohaniah atau kekuatan dalaman

melakukan sesuatu berpandukan nilai-nilai yang baik dan fitrah seperti yang diungkapkan oleh

Al-Quran (Sidek Baba, 2007)

Pembinaan akhlak yang baik meliputi kecemerlangan seseorang individu dalam aspek

rohani, intelek, jasmani dan emosi. Intelek, yang dipedomankan oleh faktor rohani dan emosi

40

Page 41: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

yang mantap akan menghasilkan individu yang mempamerkan kekuatan sosial yang murni

seterusnya mengimbangi perspektif pemikiran manusia mengenai sesuatu perkara (Sidek Baba,

2007). Guru yang seringkali mengingatkan pelajar-pelajarnya dengan unsur nilai dalam

pengajarannya dan mengamalkannya dalam kehidupan akan menjadi ‘role model’ kepada

pelajarnya untuk berperwatakan baik. Kenyataan ini dikukuhkan lagi oleh kenyataan yang

dikemukakan oleh Tin L.F (2006) bahawa apabila seseorang itu mendidik pelajarnya dengan

ikhlas secara tidak langsung pelajarnya akan turut menjadi seorang yang celik akal dan akhlak

yang dibentuk semakin baik serta mulia.

Cabaran yang dihadapi oleh guru dalam melaksanakan penyepaduan ilmu dalam

pengajaran secara menyeluruh

Dalam pelaksanaan konsep pendidikan bersepadu ini, secara keseluruhannya berdasarkan hasil

temu bual mendapati terdapat beberapa cabaran yang dihadapi oleh guru dalam pelaksanaan

konsep bersepadu ini secara menyeluruh. Pertama ialah kekangan pengajaran guru yang terikat

dengan siilibus. Intipati silibus yang perlu dihabiskan mengikut sukatan peperiksaan

menyebabkan guru terkejar-kejar untuk mengajar dan kadangkala tidak sempat menyepadukan

ilmu dalam pengajaran mereka. Seterusnya, faktor guru yang kurang keyakinan dalam

mempraktikkan penggunaan hadis, dalil dan ayat Al-Quran dalam mengaitkannya dalam

pembelajaran dan pengajaran mereka menyebabkan mereka tidak menerapkan sepenuhnya

penggunaan ayat Al-Quran dan hadis sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran. Oleh itu,

guru sewajarnya meningkatkan ilmunya.

Seterusnya, latar belakang keluarga yang tidak mementingkan nilai akhlak turut

mempengaruhi akhlak pelajar. Ini kerana pendidikan awal melalui keluarga merupakan tunjang

kejayaan seseorang individu. Menurut Saedah Siraj (2005), keluarga merupakan institusi yang

memainkan peranan penting kepada pembangunan sesebuah masyarakat. Keutuhan sesebuah

masyarakat bergantung kepada sejauh mana sistem sesebuah keluarga itu dibentuk, jika baik

sesebuah keluarga itu maka akan baik sesebuah masyarakat tersebut begitulah juga sebaliknya.

Kebahagiaan hakiki dan sejati didapati dalam kehidupan bersama yang diikat oleh pegangan

agama. Kehidupan kekeluargaan yang mengamalkan cara hidup Al-Quran dan Sunnah

Rasulullah yang bermula dari sekecil-kecil perkara hinggalah yang sebesar-besarnya akan turut

41

Page 42: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

mempengaruhi akhlak pelajar. Oleh itu, peranan pembentukan akhlak ini tidak terletak pada bahu

guru semata-mata, bahkan keluarga turut berperanan membentuk peribadi anak-anak.

Akhir sekali yang menjadi cabaran dalam menyepadukan ilmu hasil dapatan melalui

peserta kajian adalah faktor perbezaan agama dalam kalangan pelajar. Untuk menerapkan konsep

bersepadu yang berteraskan aqidah dan nilai ketuhanan, guru khuatir ianya akan menjadi isu

sensitif. Guru perlu bijak menggunakan ruang dengan menerapkan nilai dan akidah semasa

pengajaran tanpa menyentuh sensitiviti kaum.

42

Page 43: Kajian Kes,Kesepaduan Ilmu Dalam Pengajaran Sains Ke Arah Pembentukan Akhlak 2nd

KESIMPULAN

Pendidikan merupakan saluran utama untuk melahirkan warga negara yang baik, kuat kerja dan

maju seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara. Warga yang baik memiliki

sahsiah yang seimbang dan stabil di mana keseluruhan sistem pendidikan dan ilmu-ilmu yang

diajar di pelbagai peringkat pengajian adalah aset penting yang akan membawa kepada

tercapainya Falsafah Pendidikan Negara. Dalam usaha mencapai matlamat Falsafah Pendidikan

negara, konsep pendidikan bersepadu yang mendokongnya perlu dimartabatkan agar generasi

yang ingin dibentuk berakhlak tinggi. Justeru, mata pelajaran sains dilihat dapat membentuk

rohani dan sahsiah pelajar di mana sains sebagai alat atau medium membina insan bertamadun

berlandaskan Al-Quran. Murid-murid peringkat rendah adalah wajar digarap dari sekarang

sebagai pemangkin kepada generasi masyarakat berakhlak pada masa hadapan melalui sentuhan

kalbu guru selaku tenaga pengajar yang menjadi agen pembentuk akhlak. Sistem pendidikan di

Malaysia perlu menghala ke arah konsep ini agar generasi yang terbentuk kelak merupakan

generasi yang membangun daripada kepelbagaian aspek keilmuan yang tidak memisahkan

semua bentuk ilmu dengan falsafah sains al-Qur’an. Secara keseluruhannya, konsep kesepaduan

ilmu berteraskan Islam dalam mata pelajaran sains ini mampu menyelesaikan dualism dalam

system pendidikan, supaya tidak wujud lagi pemisahan antara aliran ilmu agama (al-Naql) dan

ilmu sains (al-Aql) seterunya membangunkan akhlak generasi yang gemilang dari sudut rohani,

emosi, jasmani dan intelek.

43