pemantapan kesepaduan nasional melalui etika & …

41
PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & PERADABAN DISEDIAKAN OLEH: DR. FAIZAH MOHD FAKHRUDDIN

Upload: others

Post on 24-Oct-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL

MELALUI ETIKA & PERADABAN

DISEDIAKAN OLEH:DR. FAIZAH MOHD FAKHRUDDIN

Page 2: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

1. Memahami konsep kesepaduan

sosial dan kesepaduan nasional.

2. Menjelaskan proses dan usaha

ke arah mencapai kesepaduan

nasional.

OBJEKTIF PEMBELAJARAN:

Page 3: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

Kesepaduan sosial boleh difahami sebagai jalinanhubungan kerjasama antara kaum dan kelompok, berkongsi aktiviti budaya dan pinjam meminjamunsur budaya masing-masing.

Ia merupakan elemen penting dalam memastikansesebuah komuniti atau negara itu berada dalamkeadaan aman dan harmoni.

Oleh yang demikian, kesepaduan sosial merujukkepada satu proses yang menyatupadukan seluruhmasyarakat dan negara supaya setiap anggotamasyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilaibersama serta memiliki perasaan cinta dan banggakepada tanah air.

KESEPADUAN SOSIAL

Page 4: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

Di Malaysia, Shamsul Amri Baharuddin (2014) telah mengenengahkan konsep kesepaduansosial sebagai formula penting bagimengurus masyarakat majmuk berdasarkankepada konsep dan ciri-ciri kesepaduan.

Menurut beliau, kesepaduan sosial ialahsuatu keadaan aman, stabil dan makmursejahtera yang wujud dalam sesebuahmasyarakat, khususnya yang berbilangetnik.

Ia berupaya memajukan bangsa denganadanya semangat kekitaan yang kuat yang dilandasi dengan rasa hormat, tolak ansurdan saling percaya sesama mereka.

Page 5: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

5 pra-syarat kepada KesepakatanSosial (social bonding) yang kuat :

Interaktif aktifberlandaskanjaringan danpertukaran

hubungan yang positif.

Taraf kebendaanyang berkualiti,

sepertimempunyai indekskualiti hidup yang

sederhana ketinggi.

Akses kepadakemudahan yang boleh menjamin

dan mempertahankualiti hidup dan

mobiliti sosial.

Aturan sosial yang stabil, aman dan

selamat.

Wujudnya usahapositif ke arahpenglibatansemua pihak

dalam kegiatanarus perdana.

Page 6: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

PANDANGAN TOKOH SOSIOLOGI TENTANG KESEPADUAN SOSIAL

IBN KHALDUN menamakan kesepaduansebagai Asabiyyah yang merujukkepada perpaduan sosial denganpenekanan kepada kesatuan, kesedarankumpulan, dan kesepaduan sosial.

Kedua-dua konsep ini adalah samakerana ia membawa pengertian esprit de corps atau semangat kekitaan (group feeling).

Page 7: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

PANDANGAN TOKOH SOSIOLOGI TENTANG KESEPADUAN SOSIAL

EMILE DURKHEIM menamakan kesepaduanmasyarakat simpel atau tradisional inisebagai solidariti mekanikal (mechanical solidarity) dan masyarakat kompleks pula dikenali sebagai solidaritiorganik (organic solidarity) (Krause 1982: 69).

Page 8: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

PANDANGAN IBN KHALDUN TENTANG PERUBAHAN MASYARAKAT

❖ Menurut IBN KHALDUN, masyarakat beranjak daripada bentuksederhana kepada bentuk kompleks dalam setiap bidang. Beliaumenyebut tentang tahap keinginan, bermula daripada keperluanasas dan kemudian keperluan yang lebih terperinci (Mohd FauziYaacob 2004: 39).

❖ Semangat kekitaan akan hilang apabila sesuatu masyarakat atausuku-suku kaum itu sudah mengecapi kemewahan dan kemakmuran. (Rosenthal & Dawood 1967 ; A. Mukhti Ali 1976).

❖ Mereka akan berubah daripada pelbagai aspek budaya apabilahidup menetap di bandar dengan berinteraksi dengan masyarakatluar dan saling bercampur gaul dalam aktiviti ekonomi, politik dansosial. Hal ini menyebabkan masyarakat kurang menumpukan padakepentingan kumpulan tetapi mengutamakan kepentingan individu.

Page 9: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

PANDANGAN EMILE DURKHEIM TENTANG PERUBAHAN MASYARAKAT

DURKHEIM pula menganggapbahawa masyarakat berevolusidaripada kesepaduan atausolidariti mekanikal sehingga kesolidariti organik.

Masyarakat solidariti mekanikalbersifat tradisional bersaiz kecil, manakala masyarakat solidaritiorganik merupakan masyarakatbandar atau kapitalisme.

Page 10: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

PANDANGAN EMILE DURKHEIM TENTANG PERUBAHAN MASYARAKAT

Menurut beliau, proses pengkhususan dalampekerjaan mempunyaikebaikan iaitu membolehkanpengetahuan teknologiberkembang, manakalakeburukannya ialah individuatau kumpulan mestibergantung dengan yang lain (Krause 1982: 70).

Page 11: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

KAWALAN SOSIAL

Kedua-dua ahli sosiologi ini percaya bahawakawalan sosial adalah berkait rapat dengankepercayaan individu. Dalam masyarakatsimpel, masyarakat dikawal oleh sistemkepercayaan dan agama selain daripadaadat resam. Semua ini adalah berkenaandengan kesedaran kolektif.

Kesedaran kolektif ialah;“The totality of beliefs and sentiments common to the average members of a society forms a determinate system with a life of its own” (Durkheim 1984: 38)

Page 12: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

Menurut Durkheim, hukuman dalam perpaduanmekanikal bersifat represif iaitu bersifat menindasdan menghukum kerana komuniti bertindak balasdengan segera jika ahlinya mencabar kewibawaanundang-undang konvensional. Umumnya, undang-undang agama biasanya bersifat represif.

Dalam masyarakat kompleks pula, kawalan sosialadalah berbentuk undang-undang restitutif dan tidakberkaitan dengan kesedaran kolektif. Ia ditubuhkansecara khas dan diadili oleh orang-orang yang telahdilantik sahaja dan bukannya masyarakat secaraamnya (Durkhiem 1984).

Page 13: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

Mengikut Ibn Khaldun pula, kawalan sosial dalam masyarakatsimpel adalah berdasarkan kepada kepimpinan. Oleh yang demikian, mereka memerlukan pemimpin yang baik yang dapat menggunakan kekuasaan itu untuk kepentingan rakyatatau pengikut bagi mengelakkan daripada berlakunyaperpecahan semangat kekitaan kerana semangat ini perluuntuk mempertahankan diri dan suku (Rosenthal & Dawood1967; A. Mukhti Ali 1976).

Selain itu, kepatuhan dalam amalan-amalan agama dankepercayaan kepada ajaran-ajaran kenabian dan kewaliandapat menghalang sifat-sifat buruk antara mereka seperti irihati dan sebagainya (Rosenthal & Dawood 1967).

Page 14: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

Kepatuhan seperti itu dapat mengawal tingkah lakumasyarakat dan membolehkan masyarakat saling bertoleransiantara satu sama lain tanpa sebarang prejudis akibatperbezaan sosial.

Ibn Khaldun menegaskan bahawa integrasi dan perpaduanmasyarakat majmuk dibina berasaskan kepada kepercayaankepada Allah, semangat dakwah, keadilan, akauntabiliti, penghormatan bersama, saling mempercayai, keikhlasanmutlak, rajin, kerjasama, kecemerlangan, rawatanpersaudaraan, kejujuran dan kebenaran, moral, pengetahuan, tingkah laku yang baik, pengorbanan, kemas, dan kebersihan(Rosfazila Abd Rahman & Abdul Razif Zaini, 2017).

Kesemua ini merupakan nilai etika yang berupayamembangunkan sesuatu peradaban.

Page 15: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

'Etika' yang juga dikenali sebagaifalsafah moral merupakan satu cabangfalsafah yang membabitkan penyusunan, mempertahankan dan mencadangkankelakuan yang betul dan salah.

Ia merujuk kepada tingkah laku moral manusia dan bagaimana untukbertindak dalam keadaan tertentu. Etikaberasal daripada perkataan Yunani iaitu'ethos' yang bermaksud 'watak'.

ETIKA

Page 16: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

Etika merupakan piawaian yang berasaskan betul dan salah terhadapperbuatan atau tingkah lakuseseorang dalam melaksanakankewajipan manusia.

Ia berkait rapat dengan nilai-nilaimoral yang menjadi peganganseseorang individu atau kumpulanmasyarakat dalam menentukanperbuatan atau tingkah laku masing-masing.

Page 17: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

KEPENTINGAN ETIKA

Sebagai contoh, seseorang itudikatakan beretika apabilabertindak jujur, menunjukkanbelas kasihan dan kesetiaanmanakala perbuatan sepertimenipu, mencuri dan membunuhdianggap perbuatan yang tidakberetika dan seterusnyamenggambarkan sifat-sifatmanusia kurang bertamadun

Kemajuan sesebuah negara itubanyak bergantung kepadasikap, mentaliti dan tingkahlaku positif penduduknyayang sentiasa mengejar ilmupengetahuan bagi melahirkaninovasi-inovasi yang berupaya membangunkannegara berkenaan.

Sesebuah negara yang kurang hasil buminyaberupaya untuk maju denganadanya sumber manusiayang berkualiti denganadanya budaya kerja yang beretika sebagaimana yang berlaku di negara Jepun. Inimenunjukkan bahawa etikadan peradaban yang baik ituadalah penting dalammemajukan negara.

Memastikan manusiamelaksanakan kewajipan

hidup yang memberifaedah kepada diri sendiri

dan juga masyarakat

Menentukan jatuhbangunnyasesebuah

peradaban

Menghasilkansumber manusiayang berkualiti

0102 03

Page 18: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

➢ Menurut Mahadi Abu Hassan & Khadijah Mohd Khambali(2013) pengertian peradaban sering kali disamakan denganpengertian tamadun yang merujuk kepada pencapaian dankemajuan sesebuah bangsa dan masyarakat meliputi aspekrohani dan jasmani.

➢ Antara sarjana Muslim terawal yang mengutarakankonsep peradaban atau tamadun ini ialah Abu Nasir al-Farabi melalui kitabnya al-Siyasah al-Madaniyyah yang memperkenalkan istilah al-Madaniyyah pada abad ke-sebelas Masihi.

➢ Istilah tersebut kemudiannya dipopularkan oleh sarjanaArab seperti Muhammad Farid Wajdi dan SyeikhMuhammad Abduh (M.A.J. Beg, 1980).

PERADABAN

Page 19: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

Istilah tamadun yang berasal daripada perkataan Arab, ‘tamaddun’ yang telah lama diterima pakai dalamperbendaharaan bahasa Melayu ini sebenarnyadipopularkan oleh Jurji Zaydan pada abad ke-19 Masihi.Menurut Naquib al-Attas (1992), istilah tamadun memberikanpengertian kehidupan insan bermasyarakat telah mencapaitahap kehalusan tata susila dan kebudayaan yang luhur.

Terminologi lain yang juga merujuk kepada pengertianperadaban ialah ‘umran’ dan ‘alhadharah’ yang diperkenalkan oleh Ibn Khaldun pada abad ke-14 Masihi. Kesemua istilah yang dibincangkan merujuk kepada satutujuan yang sama, iaitu pembangunan kota, kehalusan tatasusila dan kebudayaan serta kehidupan berteraskan akidah, syariah dan akhlak yang mulia.

Salah satu faktor yang mempengaruhi pembinaan dankemajuan sesuatu peradaban ialah faktor agama.

Page 20: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

PEMBINAAN PERADABAN✓ Pembinaan peradaban harus bercirikan keseimbangan antara kemajuan

material dengan ketinggian akhlak yang berpaksikan tauhid.

✓ Kebanyakan sarjana dan pemikir bersependapat bahawa faktormanusia merupakan unsur terpenting dalam memastikan kelangsungansesebuah peradaban.

✓ Manusia sebagai makhluk sosial sepertimana yang diistilahkan oleh Ibn Khaldun, merupakan pelaku utama yang berperanan membentuk danmencorak peradaban.

✓ Sebagai makhluk sosial, manusia tidak boleh hidup secara bersendirian, tetapi memerlukan individu lain untuk dilahirkan, diasuh, dididik dandibesarkan.

✓ Manusia juga memerlukan komuniti untuk membangunkan institusisosial bagi tujuan memajukan diri. Interaksi dan kerjasama inilah yang akhirnya melahirkan sesebuah peradaban manusia.

Page 21: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

KONFLIK KESEPADUAN SOSIAL• Konflik kesepaduan sosial berlaku apabila nilai

bersama dalam kalangan mereka tidak dihayatidan dikongsi bersama.

• Semenjak terjadinya rusuhan etnik pada 13hb. Mei 1969, Malaysia telah menjadikan 'perpaduannasional' sebagai matlamat akhir utama untukdicapai, khususnya, melalui Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang dilancar pada tahun 1971.

• Bagaimana pun, apabila DEB tamat pada tahun1990, perpaduan yang diidamkan itu masih belumtercapai.

Page 22: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

• Pada 1991, rakyat Malaysia diperkenalkan pula oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri ketika itu dengan Wawasan2020 yang berteraskan konsep Bangsa Malaysia, suatu bentukperpaduan yang dijangkakan akan dicapai pada tahun 2020.

• Sehingga tahun 2009, tiada sebarang tanda-tanda jelas di mana perpaduan yang diharapkan itu akan dicapai.

• Maka diperkenalkan pula konsep 1Malaysia oleh Datuk Seri NajibTun Razak untuk merangsang masyarakat Malaysia ke arahperpaduan.

• Biar pun perpaduan yang diimpikan masih belum tercapai dalamtempoh 42 tahun (1969-2011) lalu, namun kita telah mencapaisesuatu yang signifikan yang menjadikan Malaysia negara contohkepada banyak negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin.

Page 23: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

➢ Kemudiannya, Perdana Menteri Malaysia ke tujuh iaitu Tun DrMahathir Mohamad telah melancarkan pula WawasanKemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) di Pusat KonvensyenKuala Lumpur pada 5hb September, 2019 bagi memberi suntikanbaharu agar kesepaduan dapat dikukuhkan melalui perkongsianekonomi yang adil.

➢ Dasar Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 bermatlamat supayaekonomi Malaysia melonjak kepada ekonomi berpendapatan tinggidi samping memperkasa kuasa beli rakyat.

➢ Ia merupakan hala tuju ekonomi negara bagi tempoh 10 tahunbermula 2021-2030 yang bertujuan merapatkan jurang pendapatandan pembangunan antara kelas, kaum dan wilayah.

Page 24: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

▪ WKB 2030 akan memacu pembangunan negara secara mampanseiring dengan pengagihan ekonomi yang adil, saksama daninklusif buat semua rakyat Malaysia ketika negara berhadapandengan ketidaktentuan ekonomi dunia akibat perang perdaganganyang sedang berlaku antara Amerika Syarikat dengan negaraChina.

▪ Ia menjadikan ekonomi Malaysia lebih berdaya tahan sertamenyuburkan perpaduan dalam kalangan rakyat sertamemantapkan kestabilan Malaysia sebagai sebuah negarademokratik.

Page 25: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

DARI KESEPADUAN SOSIAL KE KESEPADUAN NASIONAL

❖ Kesepaduan nasional dilihat sebagai satu proses dinamik apabila rakyat pelbagai kaum dan etnikdengan sosiobudaya, agama, adat resam, bahasa danwilayah yang berbeza dapat hidup dalam suasanaaman damai serta harmoni.

❖ Berdasarkan sejarah, ada beberapa isu perbalahankaum yang agak besar dan rumit pernah berlakudalam negara kita. Bagaimanapun, ia dapat ditanganidan tidak merebak ke tempat lain.

❖ Kini, isu-isu sensitif melibatkan hubungan kaumkelihatannya semakin meningkat apabilaberkembangnya media sosial yang menjadi media utama rakyat menyalurkan perasaan tidak puas hatiterhadap orang lain.

Page 26: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

❖ Penggunaan media sosial yang begitu terbuka telah mengakibatkanada pihak yang menggunakan kesempatan ini untuk menimbulkanrasa kurang senang serta mencetuskan api perkauman.

❖ Masyarakat perlu bijak dalam menerima pakai segala maklumat yang diperolehi di internet agar tidak mudah terpengaruh dengan sentimendan mainan segelintir pihak untuk menggugat keharmonian danperpaduan yang sudah dibina sejak sekian lama.

❖ Perbezaan ideologi politik dalam kalangan rakyat sering mencetuskanperbalahan yang boleh membawa kepada konflik perkauman yang serius sekiranya ianya tidak ditangani secara bijak.

❖ Setiap pihak perlu mempunyai rasa tanggungjawab untuk memastikankesepaduan ini dapat dikekalkan dan menjadi bertambah baik demi masa hadapan generasi yang akan datang.

Page 27: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

PUNCA KONFLIK KESEPADUAN SOSIAL DI MALAYSIA

01 Tidak menghayatidan mengamalkanprinsip RukunNegara.

02 Perbezaan ideologi politik.

04 Tidak peka dan kurangberminat memahami budayakaum-kaum yang lain.

05 Tidak mahumenggunakan Bahasa Kebangsaan sebagaibahasa utama untukberkomunikasi dalamacara formal atau tidakformal.03 Kurangnya interaksi antara

kaum disebabkan pemisahanyang berlaku dari segipenempatan tempat tinggal, persekolahan dan pekerjaan.

06 Proses sosialisasi yang dialami sejakkecil dari ibu bapa, sekolah dan rakansebaya telah menanamkan nilai-nilainegatif yang prejudis terhadap kaumlain.

Page 28: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

PROSES KESEPADUAN SOSIAL✓ Dalam kehidupan masyarakat Malaysia yang pelbagai, ahli

masyarakatnya mencari jalan untuk mengurus dan menyusun perbezaan-perbezaan yang sedia wujud dalam masyarakat.

✓ Perbezaan-perbezaan tersebut wujud dari aspek etnisiti, agama, bahasa, politik, kelas sosial, gender dan antara generasi.

✓ Perbezaan-perbezaan ini perlu diatasi dan disusun kerana masyarakatperlu mencapai keamanan dan kestabilan serta meneruskan kelangsunganhidup mereka.

✓ Keadaan yang wujud dan terus menerus dinikmati oleh sebilangan besaranggota masyarakat majmuk di dunia ialah ‘kesepaduan’ iaitu suatufenomena sosial yang dipacu oleh idaman mendalam terhadap perpaduanyang seterusnya mempengaruhi anggota masyarakat tersebut untukmengilhamkan berbagai-bagai ikhtiar dan kegiatan yang dianggapsebagai prasyarat mencapai perpaduan (Shamsul Amri Baharuddin. 2010, 2012).

Page 29: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

❖ Setiap ahli dalam masyarakat yang pelbagai bertanggungjawabsecara bebas untuk bertindak dan berperilaku ke arah mencapaikeamanan dan keharmonian demi survival diri, keluarga dankelompok sosialnya.

❖ Cara terbaik dalam menangani pergaduhan antara kaum ialahsegera mencari jalan penyelesaian melalui perundingan agar terhasil persetujuan, kompromi dan tolak ansur.

❖ Walaupun kemungkinan konflik tidak dapat diselesaikankeseluruhannya namun konflik atas dasar perbezaan sosial antarakaum dapat diminimumkan.

Page 30: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

❖ Shamsul Amri (2012) telah membahagikan tahap-tahaphubungan etnik dalam sejarah Malaysia kepada:

i. Era konflik (1945 – 1960).Ini berlaku selepas Perang Dunia ke-2.ii. Era Stabil tetapi Tegang (1961-1970)iii. Era Kesepaduan Sosial (1971-2011)iv. Era kestabilan ekonomi dan kestabilan politik bagi mendukung

kemakmuran (proses simbiosis) (sekarang)

Page 31: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

KAEDAH PENYELESAIAN KONFLIK DI MALAYSIA

• Sejarah masyarakat Malaysia memperlihatkan bagaimana segalabentuk konflik, perbalahan, dan perbezaan boleh diselesaikan dengancara melakukan kesatuan (alliance) dan inovasi sosial (innovation).

• Cara ini bagi membolehkan mereka yang terlibat dalam politik, dalamorganisasi dan masyarakat sivil dapat membantu dalam mencaristrategi-strategi tindak balas yang lebih baik bagi membolehkanpenglibatan ahli masyarakat dalam memperbaiki, mencari kedudukanatau paksi yang betul (alignment) dan mengukuhkan hubunganantara satu sama lain berdasarkan rasa yang dikongsi bersama, minatyang sama atau pengalaman yang dikongsi bersama (bonding).

• Ini penting bagi menghasilkan konsensus, kompromi dan kebersamaan(convergence). Selain daripada itu dalam senario yang lebih luas, proses-proses akomodasi, akulturasi, asimilasi dan amalgamasimenyumbang kepada keseluruhan proses kesepaduan sosial danseterusnya perpaduan nasional.

Page 32: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

Akomodasi merupakan satu proses yang memerlukan kerjasama dua atau lebih pihakyang mempunyai matlamat yang berbeza untukmembentuk satu matlamat yang dapatmemuaskan hati kedua-dua pihak tersebut.

Akomodasi juga dikenali sebagai situasimenang-menang apabila kedua-dua pihak yang bertentangan pendapat atau matlamatmemperolehi faedah daripada satu matlamatbaru yang telah dibina secara bersama dankolektif.

Contohnya, di Malaysia, meskipun Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, namun bahasa-bahasa lain masih boleh digunapakai selagi ia tidak bertentangan denganprinsip perlembagaan.

AKOMODASI

Page 33: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

AKULTURASI

Akulturasi adalah proses penerimaan unsur budayadaripada satu kelompok masyarakat kepada satukelompok yang lain.

Tahap penerimaan bergantung kepada sejauh mana kebudayaan asing tersebut mampu memberikan kelebihandan manafaat kepada sesebuah kelompok itu.

Lazimnya budaya berunsur positif yang diterima dalammasyarakat. Budaya yang berunsur negatif biasanyaditolak terutama jika ia merosakkan kebudayaan asalmasyarakat tersebut.

Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir kelompokmasyarakat yang mungkin terpengaruh dengan unsurbudaya negatif dari kebudayaan asing tadi.

Page 34: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

ASIMILASIAsimilasi merujuk kepada satu proses penggabungankebudayaan masyarakat yang berbeza-beza untukmembentuk satu kebudayaan serta identiti masyarakatyang baru.

Asimilasi boleh mendatangkan dua jenis kesan yang berbeza. Pertama, kelompok masyarakat yang diasimilasikan berubah menjadi satu kelompok barudengan menghilangkan budaya serta identiti asalnya. Kedua, kelompok yang diasimilasikan mengamalkankebudayaan baru yang dicipta hasil daripadapercantuman budaya antara kelompok dengankebudayaan asalnya.

Proses asimilasi boleh berlaku apabila golongan minoritibersedia untuk menyerap budaya golongan majoriti dangolongan majoriti bersedia menerima golongan minorititersebut.

Page 35: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

AMALGAMASI

Amalgamasi merupakan suatu tahap asimilasiyang paling tinggi. Ia merupakan suatu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampuruntuk membentuk jenis budaya dan ras yang baharu.

Proses perkahwinan campur antara etnikmerupakan suatu contoh proses amalgamasi.

Melalui perkahwinan campur ini satu generasibaru atau budaya baru dilahirkan.

Page 36: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

LANGKAH-LANGKAH BAGI MEWUJUDKAN KESEPADUAN SOSIAL ANTARA KAUM DI MALAYSIA

Sentiasa mencarijalan mewujudkankehidupan sejagat

yang harmoni, aman dansejahtera.

Menghapuskan prasangka

negatif.

Mewujudkan suasana salingmemahami.

Mewujudkan semangat

perpaduan.

Mencari jalanmenyelesaikanmasalah yang

membabitkan isuperkauman

Menganjurkan program yang

melibatkan semua kaum.

Melibatkan badan-badan

agama dan sosialuntuk anjurkan

program-program yang melibatkan

semua kaum.

01

0706

040302

05

Page 37: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

KAEDAH PEMANTAPAN KESEPADUAN SOSIAL DI MALAYSIA

Menjadikan Rukun Negara sebagai teras

budaya.

Mematuhi danmenghormatiPerlembagaanPersekutuan.

Menggunakan Bahasa Kebangsaan

sebagai bahasapertuturan bersama.

Page 38: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

CABARAN KE ARAH MENCAPAI KESEPADUAN NASIONAL

1. Perbezaan budaya di antara kumpulan2 etnik.2. Perbezaan ideologi politik3. Jurang ekonomi diantara etnik4. Faktor geografi (dari segi penempatan

penduduk)5. Pengaruh media sosial6. Sikap etnosentrik yang mengagung-agung

etnik sendiri dan memandang rendah kepadaetnik yang lain.

7. Sikap prasangka kepada etnik yang lain.

Page 39: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

PENGHAYATAN NILAI

Masyarakat Malaysia perluterus menyumbang kepadapembangunan tamadunbangsa Malaysia.

Menghormati set nilai yang mendasari masyarakatMalaysia dan masyarakat serantau seperti nilaihormat menghormati, menjalin keharmonian, menjaga maruah sesama kaum, mengiktiraf simboldan ekspresi setiap ahli masyarakat.

Masyarakat perlu memahami bahawasistem nilai yang wujud dalam masyarakatdapat menyumbang kepada tercapainyakemajuan dan pembangunan ekonominegara.

Page 40: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

KESIMPULANDalam usaha kita untuk menjadi sebuah negara bangsa, pelbagaistrategi, pendekatan dan dasar telah dilaksanakan oleh kerajaan untukmenjadikan negara ini bukan sahaja makmur dan maju dalam semuabidang, tetapi juga mempunyai hubungan etnik yang harmoni danbersatu padu, serta mencapai integrasi nasional di bawah sistempersekutuan.

Malaysia yang kita impikan ialah sebuah negara yang menyaksikanrakyat berbilang kaum, budaya dan agama dapat hidup dalamkeadaan aman dan damai dengan rakyatnya yang memiliki kesatuandan perpaduan yang utuh, sementara hubungan kerajaan negeridengan kerajaan persekutuan berada dalam keadaan harmoni sesuaidengan tuntutan perlembagaan.

Perpaduan kaum dan integrasi nasional merupakan tunjang kestabilansosiopolitik di negara ini yang dapat menjamin kemajuan dan keutuhanbangsa.

Page 41: PEMANTAPAN KESEPADUAN NASIONAL MELALUI ETIKA & …

TERIMA KASIH!