akhlak mahmudah & akhlak mazmumah

48
Akhlak mahmudah & Akhlak mazmumah DISEDIAKAN OLEH : NUR SYAMERA MOHAMMAD HIZAN NUR IZZATI SHUHAIMI SUBAIHAH MUKHTAR

Upload: nur-izzati-shuhaimi

Post on 24-Jul-2015

623 views

Category:

Documents


113 download

TRANSCRIPT

Page 1: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

Akhlak mahmudah & Akhlak mazmumah

DISEDIAKAN OLEH :

NUR SYAMERA MOHAMMAD HIZAN

NUR IZZATI SHUHAIMI SUBAIHAH MUKHTAR

Page 2: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

DEFINISI AKHLAK MAHMUDAH :

- Akhlak mahmudah ialah berakhlak terpuji. Allah sangat menyukai hambanya yang mempunyai akhlak terpuji.

- Sebagai umat islam kita mempunyai tauladan yang perlu

untuk dicontoh atau diikuti iaitu Nabi Muhammad SAW. Ia adalah sebaik-baik manusia yang berakhlak sempurna.

- Ketika Aisyah ditanya bagaimana akhlak rasul, maka ia menjawab bahawa akhlak rasul adalah Al-Quran. Ertinya rasul merupakan manusia yang menggambarkan akhlak seperti yang tertera di dalam Al-Quran.

Page 3: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

BERANI AS SYAJAAH

Page 4: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

Apakah yang dikatakan dengan berani?

• Berani dari segi bahasa ialah gagah (bukan pengecut), perkasa, tidak takut, tabah menghadapi bahaya (kesulitan dll).

• Sebenarnya, berani ialah satu sifat semulajadi yang dikurniakan oleh Allah swt kepada setiap manusia yang dijadikanNya.

• Dari segi istilah ialah berani merupakan satu kekuatan tersembunyi yang wujud di dalam diri setiap manusia untuk menghadapi cabaran dan masalah kehidupan. Kekuatan tersebut mungkin ditonjolkan melalu pemikiran dan tindakan seseorang.

Page 5: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

• "SIFAT BERANI ITU ADALAH MODAL YANG PALING BESAR YANG ADA DALAM DIRI, SEKIRANYA INGIN MAJU DAN BERJAYA SERTA INGIN MENGEMBALIKAN MARUAH YANG TELAH HILANG DALAM DIRI.."

• Demikianlah di antara apa yang pernah diperkatakan oleh Profesor Dr. Hamka, seorang ahli falsafah dan tokoh agama terkemuka di rantau ini. Beliau juga menyatakan bahawa di antara sifat yang perlu ada dalam diri setiap orang muslim ialah semangat berani. Jika seseorang muslim ingin mengembalikan maruah bangsanya, ia harus berani. Kerana sifat berani dianggap sangat mulia dalam agama Islam. Dan sebaliknya sifat penakut adalah yang paling hina.

Page 6: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

• RASULULLAH SENANTIASA MEMINTA RASA BERANI

Doa yang senantiasa dipanjatkan Rasullullah yakni :

“Allahumma innii au’dzubika minalhammi wal hazan. Wa au’dzubika minal ajzi wal kasal. Wa au’dzubika min gholabatiddayni waqohrirrijaal.”

• Ertinya : “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari rasa susah dan sedih. Aku berlindung kepadamu dari rasa lemah dan malas. Aku berlindung kepada-Mu dari sifat pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada-Mu dari lilitan hutang dan tekanan orang lain.”

Page 7: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

• Menjadi orang yang percaya diri.Asy Syaja’ah/berani dapat menumbuhkan rasa

percaya diri. Dengan rasa percaya diri ini maka kita akan dapat berdakwah.

• Kemampuan untuk mengatasi rintangan.Asy Syaja’ah membuat seseorang mempunyai

jiwa pejuang, sehingga orang tersebut akan lebih bersedia dalam menghadapi segala permasalahan, cubaan hidup, godaan, halangan dan rintangan tanpa kenal menyerah.

Kepentingan

Page 8: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

• Kebesaran jiwa.Asy Syaja’ah akan membuat seseorang

senantiasa untuk berlapang dada. Ia siap menghadapi kegagalan. Ujian hidup tidak akan membuatnya terpukul dan patah semangat.

• Kehidupan yang bahagia.

Page 9: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

Ciri-Ciri Orang yang Bersifat Berani

• Memiliki daya tahan besar Seseorang dapat dikatakan memiliki sifat berani jika ia

memiliki daya tahan yang besar untuk menghadapi kesulitan, penderitaan dan mungkin saja bahaya dan penyiksaan kerana ia berada di jalan Allah.

• Berterus terang dalam kebenaran "Qulil haq walau kaana muuran" (katakan yang benar

meskipun itu pahit) dan berkata benar di hadapan penguasa yang zalim adalah juga salah satu bentuk jihad bil lisan. Jelas saja diperlukan keberanian untuk menanggung segala risiko apabila kita sentiasa berterus terang dalam kebenaran.

Page 10: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

• Kemampuan menyimpan rahsia Orang yang berani adalah orang yang bekerja dengan baik,

cermat dan penuh perhitungan terutama dalam persiapan jihad menghadapi musuh-musuh Islam. Kemampuan merencanakan dan mengatur strategi termasuk di dalamnya mampu menyimpan rahasia adalah merupakan bentuk keberanian yang bertanggung jawab.

• Mengakui kesalahan Salah satu orang yang memiliki sifat pengecut adalah tidak

mahu mengakui kesalahan, mencari kambing hitam dan bersikap "lempar batu, sembunyi tangan“ . Sebaliknya orang yang memiliki sifat syaja’ah berani mengakui kesalahan, mahu meminta maaf, bersedia menanggung kesalahan dan bertanggung jawab.

Page 11: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

• Bersikap positif terhadap diri sendiri Terdapat sebilangan orang yang cenderung bersikap

terlebih dalam mengukur dirinya sendiri, menganggap dirinya baik, hebat dan tidak memiliki kelemahan serta kekurangan. Sebaliknya ada yang bersikap tidak yakin diri dan menganggap dirinya bodoh, tidak mampu berbuat apa-apa dan tidak memiliki kelebihan apa-apa pun. Kedua-dua sikap tersebut jelas tidak positif. Orang yang berani akan bersikap positif, dalam mengenali dirinya yang memiliki sisi baik dan buruk.

• Menahan nafsu di saat marah Seseorang dikatakan berani bila ia tetap mampu ber–

mujahadah li nafsi, melawan nafsu dan amarah. Kemudian ia tetap dapat mengendalikan diri dan menahan tangannya padahal ia punya kemampuan dan peluang untuk melampiaskan amarahnya.

Page 12: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

Contoh Tokoh Bersifat Berani

• Rasulullah Muhammad saw.Menjadi teladan utama saat baginda tidak berganjak sedikit pun ketika disuruh menghentikan dakwahnya. Baginda membalas dengan:

"Walaupun matahari diletakkan di tangan kananku dan bulan di tangan kiriku, aku tidak akan pernah menghentikan dakwahku ini".

• Keberanian dan keteguhan sikap nampak pula pada diri sepupu dan menantu Nabi saw. Ali bin Abu Thalib r.a.Ali mengambil peranan yang sangat berisiko, menggantikan Rasulullah di tempat tidur untuk mengaburi musuh-musuh yang mengepung.

Page 13: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

• Khalifah kedua yakni Umar Al-Khathab juga sangat terkenal dengan ketegasan sikap dan keberaniannya. Penghijrahannya berbeza dengan sahabat-sahabat lain yang secara sembunyi-sembunyi, Umar malah berteriak lantang:

"Umar mahu hijrah, barang siapa yang ingin anak isterinya menjadi yatim dan janda, halanglah Umar".

• Sumayyah( merupakan ibunda Ammar bin Yasir )Memiliki keberanian mempertahankan aqidah hingga mati. Beliau menjadi syahidah pertama dalam Islam yang mensuburkan perjuangan dengan darahnyayang mulia.

Page 14: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

2) IFFAH( memaafkan)

SesungguhnyaAllah kasihkanmuslimyang

dalamdirinyamemaafkanoranglain.

Page 15: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

Dari segi bahasa – memaafkan

Dari segi istilah- memberi kemaafan kepada orang lain dalam keadaan yang baik kepada sesama muslim

Page 16: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

Kepentingan iffah :

Menenangkan diri daripada sebarang masalah

Memberi orang kepercayaan kepada diri untuk berurusan

Mudah untuk di dekatiDi sayangi masyarakat

Page 17: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

Implikasi tidak mempunyai IFFAH:

Menimbulkan sifat sobong dan takabbur

Tidak mendapat kepercayaan orangDi benci oleh masyarakatAmalan kemungkinan tidak di terima

kerana timbul perasaan benci kepada saudara seislam

Page 18: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

3) QANA’AH

Page 19: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

Nabi SAW bersabda dalam salah satu hadisnya :

Dari Abu Hurairah r.a. Nabi SAW bersabda :“ Bukanlah kekayaan itu banyak harta benda, tetapi

kekayaan yang sebenarnya adalah kekayaan hati". ( H.R.Bukhari dan Muslim)

Muslim yang hatinya sentiasa merasa cukup, adalah muslim yang mempunyai sifat Qana’ah, terhindar dari sifat tamak, yang mana ciri-cirinya antara lain suka meminta-minta kepada sesama manusia karena merasa masih kurang puas dengan apa yang diberikan Allah kepadanya.

Page 20: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

Definisi Qana’ah:• Qana’ah ertinya : rela menerima dan merasa cukup

dengan apa yang dimiliki, serta menjauhkan diri dari sifat tidak puas dan merasa kurang yang berlebihan.

Justeru orang yang Qana’ah itu selalu giat bekerja dan berusaha, namun apabila hasilnya tidak sesuai dengan yang diharapkan, ia akan tetap rela hati menerima hasil tersebut dengan rasa syukur kepada Allah SWT.

Sikap yang demikian itu akan mendatangkan rasa tenteram dalam hidup dan menjauhkan diri dari sifat serakah dan tamak.

Page 21: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

Jalan Menuju Qana’ah :

1) Menjadikan Akhirat sebagai matlamat utama.

2) Mengetahui hakikatdunia.

RasulAllah s.a.w pernah bersabda yang membawa maksud: sekiranya dunia ini ada nilai disisi Allah walaupun sebesar sebelah sayap nyamuk, nescaya orang kafir tidak akan diberi minum. “Apalah aku ini dengan dunia!sesungguhnya perumpamaan diriku dan dunia adalah seperti seorang musafir, tidur sejenak di siang hari di bawah pokok untuk berehat demudian meneruskan perjalanan dan meninggalkannya.” HR Tarmidzi

Inilah dunia. Hanya sebuah persinggahan yang bersifatsementara.

Page 22: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

3) Zuhud di duniaZuhud yang sebenar adalah sesiapa yang

didatangi dunia tetapi ia sedikit pun tidak melalaikan dia daripada tuhannya bahkan pada pandangannya ia (dunia dan kenikmatannya) hanyalah perkara kecil.

4)Melihat kepada orang yang lebih rendah dari kamu

5) Banyakkan memberi

Page 23: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

Hikmah Bersifat Qana’ah :

Melahirkan insan yang mengenal erti kesyukuran Membawa insan jauh daripada fitnah dunia yang

terlalu berpaksikan individualism dan materialism Membina Insan yang cintakan akhirat Meletakkan seseorang itu pada tujuan yang nyata

yakni menuju Syurga ALLAH. Mengelakkan diri daripada cintakan dunia. Menjadikan seseorang itu tidak terlalu gembira

dengan kejayaan diri dan tidak kecewa dengan kegagalan

Page 24: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

4) REDHA

Page 25: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.

Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua :

- Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia.

- Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri/Qada’

Page 26: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

Redha Menerima hukum Allah s.w.t. :

• Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa.

• Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.

Page 27: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

Redha Dengan Qada' :

Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang.

Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian :

Page 28: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu.

Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. Itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri.

Page 29: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

5) SABAR

Page 30: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

DEFINISI Maksud " SABAR " di dalam konteks amalan

hati ialah : menahan nafsu daripada dipengaruhi oleh sebarang gelora atau kegemparan hati atau perasaan atau rangsangan yang menimbulkan rasa marah atau memberontak, resah gelisah, tidak rela, sugul, kecewa atau putus asa, akibat daripada pengalaman kesusahan, ketidak selesaan atau sesuatu keadaan yang tidak disukai atau diingini.

Page 31: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

Kesabaran itu harus meliputi empat tindakan iaitu :

1. Tabah dan tekun di dalam melakukan taat

2. Menahan diri daripada melakukan maksiat atau kemungkaran

3. Memelihara diri dari godaan dunia, nafsu dan syaitan. 4. Tenang atau teguh hati menghadapi cubaan musibah

Page 32: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

• Antara nas yang memerintah kita bersifat sabar, bermaksud:

“Hai orang-orang beriman, bersabarlah dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung.” (Ali-Imran:200)

Page 33: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

Sifat-Sifat Mazmumah

Page 34: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

• Dari segi bahasa mengumpat adalah bercerita tentang keburukan orang lain dengan tujuan menjatuhkan.

• Dari segi bahasa :– Rasullah saw telah memberi pengertian

mengumpat sebagai apabila engkau menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu yang tidak disukai,marah, benci dan sebagainya.

1. GHIBAH (MENGUMPAT)

Page 35: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

• Ingin lenyapkan kemarahan.– Apabila marahkan seseorang, dilepaskan

dengan menceritakan keburukan/kelemahan orang yang didendami kepada orang lain.

• Kemegahan diri– Keinginan agar disifatkan lebih tinggi

martabat lebih megah dan mulia dari orang yang diumpati dengan menyebut kejelekan orang tersebut.

SEBAB DORONGAN MENGUMPAT

Page 36: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

• Kedengkian– Iri hati melihat orang yang selalu dipuji dan

dimuliakan. Jadi ia mencari jalan/kelemahan dan keburukan orang tersebut agar orang itu tidak lagi dipuji atau dimuliakan.

• Saja suka-suka– Bersenda gurau untuk ketawa-ketawa yang

tidak ada manfaatnya iaitu memeriahkan suasana gurau senda dengan menyebut cela-cela orang lain tujuannya semata-mata untuk menjadi bahan ketawa selalunya dari segi meniru perlakuan orang yang diumpati.

Page 37: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

• Penghinaan

– Iaitu menganggap hina, rendah/lemah kepada orang lain. Perbuatan ini ialah kerana perasaan angkuh, sifat tinggi diri yang tiada terbatas serta ingin menganggap bodoh kepada yang dicemuh.

Page 38: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

• Ianya bergantung kepada reaksi pendengar. Ia sama mengumpat/bersubahat jika :

- Menunjukkan ketaajubannya lalu seolah-olah suatu pendorong agar yang mengumpat lebih giat dan bersemangat untuk mengumpat terus.

- Mengiakan seperti berkata mudah-mudahan kita dijauhkan Allah dari cubaan yang sedemikian.

- Berdiam diri sewaktu mendengar ada orang mengumpat orang lain.

ORANG YANG MENDENGAR UMPATAN?

Page 39: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

Apakah itu hasad dengki ??

Hasad dengki adalah merupakan salah satu penyakit hati yang melahirkan rasa sakit hati dalam diri manusia apabila melihat orang lain mendapat kesenangan atau kemuliaan,kerana disebaliknya mengharap akan kesenangan atau kemuliaan yang diperoleh orang lain itu hilang .

Perasaan ini lahir daripada perasaan cinta pada dunia dan lupa pada kebesaran Allah Subhanahu Wata’ala.Perasaan ini tidak mengenal pertalian keluarga,tidak mengenal sahabat dan rakan kerja.

2. HASAD DENGKI

Page 40: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

KESAN- KESAN BERSIKAP HASAD DENGKI

1. Sifat dengki menghapuskan amalan baik.

2. Perasaan dengki mendorong seseorang untuk membuat kemungkaran dan penderhakaan terhadap Allah.

3. Sifat dengki menyebabkan seseorang itu terpinggir daripada memperolehi syafaat pada hari kiamat.

4. Pendengki yang tidak segera bertaubat akan dihumban ke dalam neraka.

5. Sifat dengki memungkinkan seseorang itu melakukan kemudaratan terhadap orang lain.

6. Sifat hasad dengki menyusahkan diri sendiri.

7. Hasad dengki boleh menyebabkan seseorang itu sukar memahami ilmu agama dan hukum hakam.

Page 41: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

3.UJUB

Sifat ujub pula ialah berkait rapat dengan takbur dan riyak. Ujub bererti bangga diri dengan nikmat keistimewaan dan kelebihan diri sendiri. Ini juga berkait rapat dengan kelebihan dari segi kecantikan, kepandaian, kekayaan dan lain-lain. Ujub boleh menyebabkan tersesat dari jalan yang benar dan memasuki jalan yang salah dan tidak diredhai oleh Allah SWT.

Firman Allah SWT bermaksud:“Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci…”

(Surah an-Najm : ayat 32)

Page 42: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

Contoh nikmat: boleh melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan Allah , boleh menuntut ilmu hingga berjaya, diberi rezeki. diberi kesihatan, anak yang ramai lagi

berjaya dan sebagainya.

Kesan Ujub :amalan akan terhapus dan harta benda akan binasa

Page 43: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

4. TAKABBUR• Sifat takabur bermaksud bongkak dan

merasakan dirinya lebih daripada orang lain. Banyak perkara yang boleh menyebabkan seseorang itu takbur atau sombong diri seperti nasab keturunan, kuasa pemerintahan, kekayaan, kelebihan ilmu, banyak pengikut dan banyak ibadat.Sifat sedemikian amat besar dosanya dan menyebabkan orang yang memilikinya akan menjadi orang yang celaka dan sengsara di dunia dan di akhirat.

Page 44: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

Contoh :• Iblis menolak perintah Allah supaya sujud

kepada Nabi Adam as kerana takabbur. Iblis rasa dia lebih mulia daripada Adam as. dia menghina Adam as dan merendahkan Nabi Adam.

• Jika ada orang yang mengerjakan amal ibadat tetapi suka merendahkan orang lain juga dikatakan takabbur. Apabila bersopan santun tetapi rasa dirinya lebih santun daripada orang lain juga dikatakan takabbur.

Page 45: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

TANDA-TANDA TAKABBUR• - tidak suka berdoa• -Mudah terluka dan melukan hati orang lain• -sukar memberi dan meminta maaf• - memotong cakap orang lain• - gila kuasa dan jawatan• -cara berpakaian dan berjalan yang angkuh• - gila pujian• - bencana yang menimpa pesaingnya di anggap

hasil kelebihan dirinya• - tidak suka berziarah

Page 46: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

5. RIAK• Riya’ ditakrifkan sebagai sifat untuk menarik

pandangan orang dengan menampakkan atau menunjuk-nunjukkan pelbagai amalan yang baik dilakukan semata-mata menginginkan pujian, pangkat atau kedudukan.

• Hukum riya’ adalah haram dan amat dibenci oleh Allah Taala sebab amalan yang sepatutnya dikerjakan untuk mendapat keredhaan Allah, tiba-tiba bertukar dan berubah niat semata-mata untuk dilihat oleh manusia dan mengharapkan keredhaan manusia.

Page 47: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

Firman Allah S.W.T :“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya, orang-orang yang berbuat riya” (Surah al-Ma’un : ayat 4-6)

• Sifat riya’ amat merbahaya kerana ia boleh menjebakkan diri seseorang ke dalam kumpulan orang yang syirik kepada Allah.

Page 48: Akhlak Mahmudah & Akhlak Mazmumah

• http://sabkaziz.bpi.edu.my/index.php/renunganaziziah/25-hukum-mengumpat?format=pdf

• Shopuan Anuar Hj. Ahmad (1998), Iman dan Akhlak

RUJUKAN