bab 1 - malaysia - kesepaduan dalam kepelbagaian-grey

14
1 1 MALAYSIA : KESEPADUAN DALAM KEPELBAGAIAN Hasil Pembelajaran Tajuk: Para pelajar akan berkebolehan: 1. CO1 Menjelaskan konsep etnik, budaya dan masyarakat 2. CO2 Menjelaskan komposisi etnik dan kepelbagaian budaya Malaysia 3. CO3 Membezakan konsep perpaduan dan integrasi 4. CO4 Mengenalpasti tahap hubungan etnik 5. CO5 Menjelaskan perspektif Islam mengenai masyarakat majmuk 2 ISI-ISI UTAMA KULIAH 1. Mengapa Sejarah Malaysia” dan realiti kepelbagaian etnik di Malaysia 2. Konsep Masyarakat dan budaya dan perspektif Islamnya 3. Konsep Masyarakat Majmuk dan perspektif Islamnya 4. Konsep Ummah (sebagai alternatif kepada konsep masyarakat) 5. Konsep-konsep asas ilmu sosial untuk mempelajari dan memahami soal kesepaduan dan kepelbagaian sosial di Malaysia 3 PENGENALAN Mengapa Sejarah Malaysia? Adakah ia sama dengan matapelajaran Sejarah Malaysia yang pernah dipelajari di sekolah? Apakah kepentingan kursus ini ? 4 Kursus Sejarah Malaysia (CTU 555) ini menggunakan pendekatan sejarah sosial. Sejarah sosial adalah sejarah yang menggunakan pengetahuan dan unsur- unsur sosial untuk menghuraikan struktur dan proses interaksi antara manusia sebagai pelaku sejarah. Kursus ini berbeza daripada sejarah Malaysia dalam kurikulum peringkat sekolah. Sejarah sosial boleh memberi kefahaman yang lebih menyeluruh tentang sesuatu negara atau bangsa kerana ia mengandungi data-data tentang kehidupan manusia baik dari segi sosial, ekonomi dan kebudayaaan sesuatu masyarakat 5 Kunci kejayaan dan survival Malaysia ialah setiap warganya memahami sejarahnya

Upload: are-jok-mot

Post on 21-Oct-2015

160 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

bab 1

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 1 - Malaysia - Kesepaduan Dalam Kepelbagaian-grey

1

1

MALAYSIA :

KESEPADUAN DALAM

KEPELBAGAIAN

Hasil Pembelajaran Tajuk:

Para pelajar akan berkebolehan:

1. CO1 Menjelaskan konsep etnik, budaya dan masyarakat

2. CO2 Menjelaskan komposisi etnik dan kepelbagaian budaya Malaysia

3. CO3 Membezakan konsep perpaduan dan integrasi

4. CO4 Mengenalpasti tahap hubungan etnik

5. CO5 Menjelaskan perspektif Islam mengenai masyarakat majmuk

2

ISI-ISI UTAMA KULIAH

1. Mengapa “Sejarah Malaysia” dan realiti kepelbagaian etnik di Malaysia

2. Konsep Masyarakat dan budaya – dan perspektif Islamnya

3. Konsep Masyarakat Majmuk – dan perspektif Islamnya

4. Konsep Ummah (sebagai alternatif kepada konsep masyarakat)

5. Konsep-konsep asas ilmu sosial untuk mempelajari dan memahami soal kesepaduan dan kepelbagaian sosial di Malaysia

3

PENGENALAN

Mengapa Sejarah Malaysia?

Adakah ia sama dengan matapelajaran

Sejarah Malaysia yang pernah dipelajari

di sekolah?

Apakah kepentingan kursus ini ?

4

Kursus Sejarah Malaysia (CTU 555) ini menggunakan

pendekatan sejarah sosial. Sejarah sosial adalah

sejarah yang menggunakan pengetahuan dan unsur-

unsur sosial untuk menghuraikan struktur dan proses

interaksi antara manusia sebagai pelaku sejarah.

Kursus ini berbeza daripada sejarah Malaysia dalam

kurikulum peringkat sekolah.

Sejarah sosial boleh memberi kefahaman yang lebih

menyeluruh tentang sesuatu negara atau bangsa

kerana ia mengandungi data-data tentang kehidupan

manusia baik dari segi sosial, ekonomi dan

kebudayaaan sesuatu masyarakat

5

Kunci kejayaan dan survival Malaysia

ialah setiap warganya memahami

sejarahnya

Page 2: Bab 1 - Malaysia - Kesepaduan Dalam Kepelbagaian-grey

2

Konsep Masyarakat :

Menurut Islam

Menurut Sosiologi Barat.

7

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi;

“Masyarakat Islam ialah masyarakat yang berdiri di atas aqidah dan pemikiran tertentu yang kemudiannya melahirkan sistem, undang-undang, moral dan akhlak Islam. Itulah maksud di sebalik penamaannya sebagai “masyarakat Islam”.

Dalam erti lain masyarakat Islam ialah “masyarakat yang mengambil seluruh ajaran Islam sebagai cara hidup, sumber hukum, pegangan dalam setiap aspek kehidupan dan rujukan dalam mengatur hubungan individu dengan masyarakat, rohani dengan fizikal dan negara dengan masyarakat antarabangsa”

Konsep Masyarakat Islam

Sayyid Qutb (1979)

“masyarakat dan kebudayaan Islam itu

ialah masyarakat yang melaksanakan

cara hidup Islam secara total yang

bertitik tolak daripada asas aqidah,

ibadah, undang-undang, moral dan cara

hidup sebagaimana yang dikehendaki

oleh syari'at Islam. Masyarakat dalam

bentuk seperti inilah yang dikatakan

bertamadun.”

(al-Mujtama’ al-Islamy)

Samb…

Zakaria Stapa (1994);

“secara mudah sesuatu masyarakat itu dikatakan masyarakat Islam apabila manusia yang mendiami di mana-mana daerah atau tempat menjadikan Islam sebagai akidah, pengatur dan penyusun kehidupan rohani dan jasmani mereka serta menjadikan Islam sebagai asas dalam ciptaan-ciptaan mereka untuk mencapai kesempurnaan di pelbagai aspek hidup dalam masyarakat”

(Masyarakat Islam dan isu semasa).

Samb…

11

KONSEP MASYARAKAT MENURUT ILMU

SOSIOLOGI

Definisi Masyarakat

“kumpulan manusia yang hidup bersama-sama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu.”

(Kamus Dewan 2006)

12

KENAPA PERLU MEMAHAMI DAN MENGKAJI MASYARAKAT ?

1. Manusia Hidup Bermasyarakat

Manusia tiada pilihan demi kelangsungan

hidup

Page 3: Bab 1 - Malaysia - Kesepaduan Dalam Kepelbagaian-grey

3

13

2. Memahami Cara Hidup

Bermasyarakat

Pemahaman yang tepat terhadap

masyarakat membolehkan individu itu

bertingkahlaku dan menyesuaikan diri

mengikut kehendak masyarakat

setempat. Ini akan mewujudkan

keharmonian dalam masyarakat dan

sukar untuk melanggar peraturan yang

wujud di dalam lingkungan sosialnya.

14

3. Memahami Budaya Sendiri

dan Masyarakat Lain

Individu yang telah mengkaji masyarakat

lain tidak akan mengalami satu kejutan

budaya, tetapi lebih bersedia

menghadapi perbezaan yang

wujud.seseorang yang mengkaji

masyarakat industri tidak akan terkejut

jika pergi ke negara tersebut.

15

4. Memupuk Kerjasama di

Antara Masyarakat

Perhubungan masa kini bukan hanya terbatas

di kalangan satu masyarakat sahaja tetapi

merangkumi masyarakat dunia

keseluruhannya. Bagi mengatasi isu-isu global

seperti pencemaran, teknologi, perlumbaan

senjata dan sebagainya, memerlukan

kerjasama antara masyarakat. Maka, kajian

terhadap masyarakat akan membolehkan kita

memahami dan memupuk kerjasama dengan

sesuatu masyarakat. 16

Ciri-Ciri Masyarakat

1. Manusia Yang Hidup Berkelompok Manusia hidup bersama dan membentuk

kelompok. Kelompok ini lah yang membentuk

masyarakat. Mereka mengenali antara satu

sama lain dan saling bergantungan. Kesatuan

sosial wujud dalam perhubungan sesama

manusia ini. Seseorang manusia tidak mungkin

dapat meneruskan hidupnya tanpa bergantung

kepada manusia lain.

17

Melahirkan Kebudayaan

Tiada masyarakat, tiadalah budaya dan

sebaliknya. Masyarakat akan melahirkan

kebudayaan, sama ada kebendaan atau

bukan kebendaan. Budaya itu pula

diwarisi dari generasi ke generassi

berikutnya dnegan proses penyesuaian.

18

Mengalami Perubahan

Sebagaimana budaya, masyarakat juga

turut mengalami perubahan. Suatu

perubahan terjadi kerana faktor-faktor

yang berasal dari masyarakat itu snediri.

Sebagai contoh, suatu penemuan baru

mungkin akan mengakibatkan perubahan

kepada masyarakat itu.

Page 4: Bab 1 - Malaysia - Kesepaduan Dalam Kepelbagaian-grey

4

19

Berinteraksi

Salah satu syarat kewujudan masyarakat

ialah terdapatnya perlakuan berhubung

dan bekerjasama di antara ahli dan ini

akan mencetuskan interaksi. Interaksi ini

boleh berlaku secara lisan atau tidak .

20

Terdapat Kepimpinan

Pemimpin adalah terdiri daripada ketua

keluarga, ketua kampung, ketua negara

dan sebagainya. Dalam masyarakat

Melayu awal, kepimpinan adalah

bercorak tertutup kerana pemilihan

berdasarkan keturunan.

21

Mempunyai Aturan Sosial

Bermaksud susun lapis yang wujud dalam

masyarakat.

Terbahagi kepada tiga bahagian iaitu

1. Kelas

2. Status

3. Kasta.

22

Kelas

kedudukan seseorang dalam masyarakat

berdasarkan pemilikan harta atau

kekayaan seperti orang kaya kelas

atasan dan orang miskin, kelas bawahan

23

Status

Peranan yang dimainkan oleh individu

dalam masyarakat seperti penerimaan

gelaran sprt imam,cikgu, lebai, dato' dan

sebagainya.

Peranan ditentukan berdasarkan pangkat,

jawatan dan gelaran.

24

Kasta

Kelas sosial yang keahliannya ditentukan

hanya melalui kelahiran dan dalam

hidupnya tidak berlaku mobiliti sosial. Ini

dapat dilihat dalam zaman tradisional

India yang memecahkan kasta kepada

Brahmin, Vaisya, Ksyatria, Sudra dan

Pariah

Page 5: Bab 1 - Malaysia - Kesepaduan Dalam Kepelbagaian-grey

5

25

KONSEP BUDAYA

Budaya berasal dari perkataan Jawa: “ budaya ”

hasil cantuman “ budhi ” dan “ daya ”.

Perkataan “ budhi ” yang dipinjam dari bahasa sanskrit bererti ‘ kecergasan fikiran dan akal ’ “ daya ” ialah perkataan Melayu Polynesia bermakna ‘ kekuatan kuasa, tenaga dan pengaruh’.

Jika dicantumkan kedua-dua perkataan ini ( budaya ) akan membawa maksud ’ tenaga fikiran , usaha rohani atau kuasa yang menggerakkan jiwa ’.

26

Sambungan…

Budaya juga diertikan sebagai, ‘ The way of life of a people, including their attitudes, values, beliefs, arts, sciences, modes of perception, and habits of thought and activity. Cultural features of forms of life are learned but are often too persive to be readily noticed from within ’. ( Dictionary Of Philosophy, 1996 ).

27

Samb…

Menurut sumber lain mendefinisikan

budaya ialah tamadun, peradaban,

kemajuan fikiran, akal budi ( cara berfikir,

berkelakuan, dan sebagainya ).(Kamus

Dewan Edisi Ketiga, 1997).

28

Samb…

Di definisikan sebagai cara hidup yang diikuti oleh orang yang menjadi anggota kumpulan tertentu dan meliputi anasir sistem sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, kepercayaan, adat resam, sikap, nilai, peralatan budaya, atau apa-apa yang dihasilkan oleh mereka sebagai anggota masyarakat.

29

Kesimpulan

Budaya itu dari sudut bahasanya

membawa makna cara hidup manusia,

istilah : cara hidup orang ramai termasuk

pemikiran, nilai kepercayaan, pandangan

dan tabiat berfikir serta cara perlakuan

manusia yang menggerakkan jiwa.

30

PEMBAHAGIAN BUDAYA

BUDAYA

KEBENDAAN BUKAN KEBENDAAN

Page 6: Bab 1 - Malaysia - Kesepaduan Dalam Kepelbagaian-grey

6

31

Budaya kebendaan

Merangkumi peralatan dan kelengkapan

hidup seperti rumah, kereta, perahu,

senjata dan sebagainya, Contohnya,

orang Melayu mempunyai rumah yang

berbeza dengan orang Inggeris atau

orang Eskimo

32

Budaya bukan kebendaan

Seperti kepercayaan, adat istiadat dan undang-

undang. Contohnya, setiap masyarakat

mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza

dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan

masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang

memberi hantaran kepada pihak perempuan

manakala, bagi masyarakat India, hantaran(dowri)

perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada

pihak lelaki.

33

PERANAN BUDAYA

BINA IMEJ NEGARA / IDENTITI

PUPUK KESEDARAN KEBANGSAAN & KENEGARAAN

34

Ciri-Ciri Budaya:

1. Dipelajari

Budaya tidak lahir secara langsung tetapi perlu dipelajari. Manusia perlu belajar untuk menguasai ilmu. Untuk mencipta sesuatu, manusia perlu belajar. Sebagai contoh menunjukkan budaya itu dipelajari, kanak-kanak perlu diajar oleh ibu bapanya untuk berbahasa dan berhubung.

35

Faktor-faktor yang

mempengaruhi pembelajaran

a. Apakah agen-agen sosialisasi yg wujud

seperti keluarga, jiran, sekolah, institusi

latihan dan sebagainya.

b. Apakah nilai yang mendapat keutamaan

dalam sesebuah masyarakat itu.

c. Umur seseorang.

d. Tahap pendidikan

e. Situasi sesuatu peristiwa itu berlaku. 36

2. Dikongsi

Dikongsi bermaksud yang setiap perlakuan itu dijangka dan diterima oleh sekumpulan manusia.

Cth : Nasi lemak dan roti canai menjadi budaya kerana masyarakat menggemarinya. Bahasa Melayu adalah kebudayaan rakyat Malaysia kerana dituturkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.

Perlakuan yang tidak dikongsi oleh sekumpulan manusia tidak termasuk dalam budaya seperti perlakuan mencuri walaupun ia wujud dalam masyarakat. Tanpa perkongsian, ia hanya menjadi perlakuan individu dan bukannya perlakuan masyarakat.

Page 7: Bab 1 - Malaysia - Kesepaduan Dalam Kepelbagaian-grey

7

37

3. Sejagat

Kebudayaan itu wujud dalam semua

kelompok manusia.

Tidak ada masyarakat yang tidak

memiliki kebudayaan.

38

4. Diwarisi

Budaya itu diwarisi dari satu generasi ke satu

generasi berikutnya.

Ini bermakna bahawa budaya Melayu,Cina dan

India yang diamalkan hari ini adalah lanjutan

daripada budaya terdahulu.

39

5. Berubah

Budaya sentiasa berubah dan tidak ada budaya yang wujud dari dahulu hingga sekarang tidak mengalami perubahan. Perubahan ini dikaji daripada perubahan bentuk, ciri dan proses yang berlaku.

Cth : Rumah beratap rumbia/nipah telah digantikan dengan rumah beratap genting.

40

Perubahan ini disebabkan

beberapa faktor seperti:

i. pertambahan bilangan anggota masyarakat.

ii. pertambahan keperluan dan keinginan

manusia.

iii. penemuan dan penciptaan teknologi baru.

iv. pertembungan budaya.

v. konflik yang berlaku.

vi. perubahan alam sekitar.

41

6. Perlambangan

Budaya boleh ditunjukkan dlm bentuk

perlambangan.

Cth. : logo, bendera, ukiran dll.

42

7. Pandangan Semesta

Bermaksud bagaimana alam sekeliling

memberi kesan dalam kehidupan seharian.

Pandangan semesta ini timbul kerana manusia

mempunyai pertalian yang rapat dengan alam

sekitarnya.

Pertalian yang erat ini pula diterjemahkan

dalam kehidupan seharian seperti simpulan

bahasa (seperti aur dengan tebing, ukuran

(sehasta, sepelaung), tempoh masa (setanak

nasi) dan sebagainya.

Page 8: Bab 1 - Malaysia - Kesepaduan Dalam Kepelbagaian-grey

8

Kepelbagaian Etnik di Malaysia

KAUM DESKRIPSI

Melayu Ciri-Ciri •Takrifan Melayu dalam Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan :

•Seorang yang menganuti agama Islam

•Lazim bercakap Bahasa Melayu

•Menurut adat istiadat Melayu

•Kaum majoriti mewakili 55% penduduk Malaysia

Agama •Mengamalkan agama Islam

•Institusi agama : masjid dan surau, jabatan agama Islam dan

Mahkamah Syariah

Budaya •Menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha serta perayaan

kebesaran Islam yang lain.

Cina Ciri-Ciri •Berhijrah ke Tanah Melayu bermula abad ke-15 hingga pertengahan

abad ke-20

•Dikelaskan berdasarkan penggunaan dialek bahasa tertentu; Hokkien,

Hakka, Kantonis dan lain-lain

•Mewakili 25% penduduk Malaysia

Agama •Lazim menganut agama Buddha dan Kristian

•Institusi agama: Tokong dan wat, persatuan-persatuan agama Buddha

Budaya •Menyambut perayaan Wesak, Tahun Baru Cina, Chap Goh Mei, Hari

Krismas dan Opera Cina

samb…

KAUM DESKRIPSI

India Ciri-Ciri •Berhijrah sewaktu penjajahan British dari Selatan India

•Dikelaskan berdasarkan kepada etnik tertentu; Tamil,Telegu,Malayalee

dan lain-lain

•Mewakili 7% penduduk Malaysia

Agama •Lazim menganut Agama, Hindu, Sikh , Kristian dan Islam

•Institusi agama bagi agama Hindu ialah kuil serta Hindu Sangam dan

bagi agama Sikh iaitu Gurdawa serta Majlis Gurdawa Malaysia

Budaya •Mengamalkan perayaan Deepavali, Thaipusam, Ponggal bagi yang

beragama Hindu serta Vaisakhi bagi yang beragama Sikh

Etnik

Sabah

dan

Sarawak

Ciri-Ciri •Terdiri dari beberapa etnik kecil seperti:

•Sarawak:Iban,Bidayuh,Orang Ulu;

•Sabah:Kadazandusun,Bajau,Murut

•Mewakili 12% penduduk Malaysia

Agama •Lazim menganut agama Islam dan Kristian serta kepercayaan animisme

Budaya •Meraikan perayaan dan kebudayaan mengikut etnik seperti Hari Gawai

dan Pesta Menuai atau Tadau Kaamatan dan juga perayaan-perayaan

keagamaan seperti Hari Raya Aildilfitri dan Hari Krismas

45

Perbezaan Antara

Masyarakat Malaysia dan

Bangsa Malaysia

Masyarakat Malaysia

Bangsa Malaysia

46

Samb…

BANGSA MALAYSIA

NEGARA KEWARGANEGARAAN SEMANGAT

KEBANGSAAN

47

Samb…

MASYARAKAT

ETNIK RAS / BANGSA PREJUDIS

ETNISITI ETNOSENTRISME /

ETNOSENTRIK RASISME

INDIVIDU INSTITUSI

STEREOTAIP

DISKRIMINASI

48

KONSEP ETNIK

Definisi :

Sekelompok manusia yang

mengamalkan budaya yang hampir

seragam, termasuk adat rasam,

pakaian,makanan,bahasa dan kegiatan

ekonomi.

Page 9: Bab 1 - Malaysia - Kesepaduan Dalam Kepelbagaian-grey

9

49

RAS / BANGSA

Definisi :

Sebuah kelompok sosial yang

mempunyai tanda pengenalan kolektif

berasaskan ciri-ciri fizikal biologikal

nyata.

Cth : warna kulit, mata, rambut, saiz

fizikal.

50

ETNISITI

Rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu kerana anggotanya merasa disatukan dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkahlaku yang sama.

ETNOSENTRISME

Kepercayaan atau rasa bangga di kalangan anggota sesebuah etnik bahawa budaya dan etnik mereka jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.

51

RASISME

Pandangan, pemikiran atau kepercayaan

negatif oleh sesuatu kelompok sosial

terhadap sesuatu kelompok lain

berdasarkan ciri-ciri fizikal atau ras

semata-mata.

cth :zionis Kenapa.doc

PREJUDIS

STEREOTAIP DISKRIMINASI

52

53

PREJUDIS

Pandangan negatif mengenai ahli atau

kelompok etnik lain yang lazimnya tidak

berasaskan maklumat yang tepat dan

biasanya tidak diluahkan secara

terbuka.

54

STEREOTAIP

Kenyataan umum yang negatif terhadap sesuatu kumpulan etnik atau gambaran berlebih-lebihan tentang sesuatu perlakuan baik atau buruk sesuatu kumpulan etnik.

DISKRIMINASI Perbuatan membandingbezakan seseorang

individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata.

Page 10: Bab 1 - Malaysia - Kesepaduan Dalam Kepelbagaian-grey

10

Kesepaduan sosial melalui

tahap2 hubungan etnik

55 56

TAHAP-TAHAP HUBUNGAN

ETNIK

AMALGAMASI

ASIMILASI

AKULTURASI

AKOMODASI

SEGREGASI

Segregasi

• Hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik dalam sesebuah negara sama ada didasari oleh undang2 atau tidak.

Cth : Dasar Apartheid di Afrika Selatan dan juga di Israel.

Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan seperti tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan awam atau dlm semua keadaan.

Berlaku atas dasar agama, ras, kebudayaan, dan ciri etnik lain

Tahap hub ini wujud/berlaku di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas mengamalkan budaya mereka dlm keadaan harmoni (kepelbagai bahasa, pengamalan agama & kepercayaan secara bebas bagi kelompok etnik)

Formula : A+B+C = A+B+C

Satu keadaan atau proses apabila kelompok-kelompok yg berkonflik bersetuju untuk menghentikan / mengelakkan konflik dengan mengadakan interaksi

secara aman damai

Akomodasi Maksudnya : Satu proses di mana etnik menyedari norma dan nilai mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup

masing-masing

59

Akulturasi

Satu proses perubahan dan pinjam meminjam unsur kebudayaan kesan perhubungan antara dua kumpulan manusia yang berlainan tradisi.

Ia merupakan satu proses penerimaan unsur kebudayaan di kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berlainan.

Akulturasi terjadi apabila satu kelompok manusia dengan suatu kebudayaan yang tertentu dihadapkan unsur-unsur dari suatu kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur-unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah ke dalam kebudayaan sendiri.

60

Asimilasi

Proses percantuman dan penyatuan di antara

etnik yang berlainan budaya sehingga membentuk

satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti

yang sama.

Kumpulan minoriti kehilangan identiti akibat

diserap oleh kumpulan dominan dari segi

kebudayaan dan sosial.

Formula : A+B+C=A

Page 11: Bab 1 - Malaysia - Kesepaduan Dalam Kepelbagaian-grey

11

61

JENIS-JENIS ASIMILASI

ASIMILASI

ASIMILASI BUDAYA ASIMILASI STRUKTUR

62

ASIMILASI BUDAYA

Kumpulan minoriti mempelajari ciri

kebudayaan masyarakat tuan rumah sprt

bahasa, pakaian, makanan dan adat

resam.

Tidak menghilangkan identiti asal.

63

ASIMILASI STRUKTUR

Satu proses apabila anggota kumpulan

kecil / minoriti berjaya menyertai institusi

utama dan aktiviti sosial masyarakat

dominan.

Mereka kehilangan identiti

64

Proses asimilasi berlaku dlm

keadaan berikut :

1. Etnik yang berbeza budaya.

2. Individu di dalam atau di antara etnik

sering berinteraksi.

3. Interaksi berlaku dalam tempoh yang

lama.

65

Kejayaan asimilasi bergantung

kepada:

1. Kesanggupan etnik minoriti menghilangkan identiti

mereka dan menerima identiti etnik lain.

2. Kesanggupan etnik majoriti menerima etnik lain.

3. Perbezaan saiz kelompok majoriti dan minoriti besar

atau kelompok minoriti adalah kecil.

4. Terdapat banyak persamaan budaya antara etnik.

5. Penguasaan dalam sesuatu bidang khususnya etnik

minoriti akan menyukarkan proses asimilasi.

66

Faktor Penghalang Asimilasi

1. Kurangnya pengetahuan kebudayaan

sehingga menimbulkan perasaan

takut terhadap budaya lain.

2. Timbul perasaan bahawa budaya

sesuatu etnik lebih tinggi dari etnik lain.

3. Adanya perbezaan kepentingan antara

etnik yang terlibat.

Page 12: Bab 1 - Malaysia - Kesepaduan Dalam Kepelbagaian-grey

12

67

PERBEZAAN ANTARA

ASIMILASI DGN AKULTURASI

ASIMILASI AKULTURASI

Penyerapan berlaku

secara sehala

Penyerapan berlaku

secara dua hala

Kehilangan identiti asal Identiti asal masih kekal

68

Amalgamasi

Ia merupakan satu proses yang terjadi

apabila budaya atau ras bercampur untuk

membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang

baru. Cara utama dalam menentukan

proses amalgamasi terjadi ialah

perkahwinan campur antara etnik.

Formula : A+B+C=D

Menurut Dr. Yusuf al-Qaradawi;

“Masyarakat Islam ialah masyarakat yang berdiri di atas aqidah dan pemikiran tertentu yang kemudiannya melahirkan sistem, undang-undang, moral dan akhlak Islam. Itulah maksud di sebalik penamaannya sebagai “masyarakat Islam”. Dalam erti lain masyarakat Islam ialah masyarakat yang mengambil seluruh ajaran Islam sebagai cara hidup, sumber hukum, pegangan dalam setiap aspek kehidupan dan rujukan dalam mengatur hubungan individu dengan masyarakat, rohani dengan fizikal dan negara dengan masyarakat antarabangsa”

(Golongan Bukan Islam di Dalam Masyarakat Islam)

Takrif Masyarakat Menurut Islam;

Sayyid Qutb (1979)

“masyarakat dan kebudayaan Islam itu

ialah masyarakat yang melaksanakan

cara hidup Islam secara total yang

bertitik tolak daripada asas aqidah,

ibadah, undang-undang, moral dan cara

hidup sebagaimana yang dikehendaki

oleh syari'at Islam. Masyarakat dalam

bentuk seperti inilah yang dikatakan

bertamadun.”

(al-Mujtama’ al-Islamy)

Samb…

Zakaria Stapa (1994);

“secara mudah sesuatu masyarakat itu dikatakan masyarakat Islam apabila manusia yang mendiami di mana-mana daerah atau tempat menjadikan Islam sebagai akidah, pengatur dan penyusun kehidupan rohani dan jasmani mereka serta menjadikan Islam sebagai asas dalam ciptaan-ciptaan mereka untuk mencapai kesempurnaan di pelbagai aspek hidup dalam masyarakat”

(Masyarakat Islam dan isu semasa).

Samb…

72

KONSEP MASYARAKAT

MAJMUK MENURUT PERPEKTIF ISLAM

Page 13: Bab 1 - Malaysia - Kesepaduan Dalam Kepelbagaian-grey

13

Islam mengiktiraf kemuliaan setiap manusia tanpa mengira etnik. Oleh itu, tidak boleh berlaku perbezaan atau penafian hak berdasarkan etnik. Hal ini menjelaskan manusia secara fitrah dijadikan Allah dalam bentuk, kelompok dan budaya yang berbeza dan semua mesti menerima dan menghormati kepelbagaian dan perbezaan itu sebagai satu lumrah dan fitrah yg akan terus berlaku.

Kepelbagaian dan perbezaan itu bukanlah faktor untuk berpecah-belah dan bermusuhan. Seharusnya perlu ada usaha untuk kenal-mengenal dan membantu antara satu sama lain agar kedamaian dan kemakmuran hidup bersama dapat dicapai

KONSEP MASYARAKAT MAJMUK

MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

و ياتهمن آ ق

ماوآتخل ضآلس ر

وآل تلف وآخ م سنتك

آل م وآنك

وآل ذلكفيإن

يات عالمينل

آلرومسورة(22) لل

Ertinya;

“Dan di antara tanda-tanda Yang membuktikan kekuasaannya dan kebijaksanaanNya ialah kejadian langit dan bumi, dan perbezaan bahasa kamu dan warna kulit kamu. Sesungguhnya Yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan bagi orang-orang Yang berpengetahuan.”

(Surah al-Rum : 22)

Masyarakat Majmuk Menurut Al-

Quran & As Sunnah

12. Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.

13. Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu Dengan Yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang Yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan Yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). “

(Surah al-Hujurat;ayat;12-13)

Samb…

a) Islam menggariskan panduan hubungan kemasyarakatan. Kaitan ayat 12 & 13 amat kuat dalam aspek hubungan antara kaum, etnik dan bangsa. Islam melarang perbuatan “al-dzan” yakni bersangka buruk atau dalam istilah sosiologinya prejudis yang diikuti sterotaip, menghina, serta mengintip keaiban kelompok lain. “al-Tajassus”; mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, “al-Ghibah”; mengumpat.

b) Kesemua larangan tersebut adalah punca konflik sesama dan antara etnik yang plural.

Pengajaran dari ayat…

c) Allah iktiraf kepelbagaian kaum,

bangsa, puak, etnik. Selain

menandakan kekuasaan Allah mencipta

kepelbagaian ini, ia menunjukkan

pengiktirafan Islam terhadap kewujudan

semua jenis bangsa di dunia yang

sekaligus menyangkut kepelbagaian

bahasa, budaya dan tradisi bangsa-

bangsa yang wujud itu.

Sambg…

d) Allah menggalakkan saling kenal mengenal. Acuan kalimah “ta‘arufu” dari aspek morfologi Bahasa Arabnya memberikan maksud “saling memahami” yang mencakup proses perkenalan dua hala yang erat dan mendalam. Ia merupakan wadah utama proses asimilasi, akomodasi, amalgamasi dan akulturasi dalam pengajian sosiologi. Ia juga menepati maksud dialog antara budaya dan agama, tuntutan mengkaji dan saling mengenali kepelbagaian budaya yang wujud.

Smbg…

Page 14: Bab 1 - Malaysia - Kesepaduan Dalam Kepelbagaian-grey

14

e) Nilai “kemuliaan” yang universal

melampaui kaum, etnik, dan bangsa.

Penanda aras kemulian yang diletakkan

Islam amat universal.

f) Justeru sesuatu bangsa bukan mulia

kerana warna kulit, keturunan, ras,

qabilah atau etniknya bahkan yang

mulia adalah yang paling kuat

hubungannya dengan Allah (taqwa).

Smbg…

نعن آب مرآن ولع هرس ىآلل ه صل هآلل معلي اسخطبوسل مآلن حيو ةفت هايافقالمك آي اس آلن هإن هبقد آلل آذ م ك ةعن ي ب ةع جاهلي

آل

مها بائهاوتعاظ با اس نفالن

ل بر رج تقي هعلىكريم وفاجر آلل شقي ن هعلىهي آلل اس ووآلن دمبن

ه وخلقآ دمآلل

آ من رآب ه قالت آلل

هايا} آي اس اآلن إن م ناك خلق ثىذكر من وآن م ناك وباوجعل ع وآوقبائلش لتعارف إن م رمك دآك هعن آلل م قاك آت هإن آلل { خبير عليم

Ertinya;

“Daripada Ibn Umar bahawa Rasulullah SAW pernah berkhutbah pada hari pembukaan Makkah sabdanya; “Wahai sekelian manusia, sesungguhnya Allah telah menghapuskan daripada kalian semangat jahiliah serta [sikap] kemegahan dengan keturunan. Justeru manusia disisi Allah [hanya] dua golongan; yang baik, bertaqwa dan mulia dan yang jahat, celaka dan hina bagi Allah. Kesemua manusia adalah keturunan Adam dan Adam itu sendiri Allah ciptakan dari tanah. Firman Allah…”

(Diriwayatkan oleh al-Tirmidhi)

Hadith & Sirah yang berkaitan;

بىوعن ياموسطفيوسلمعليههللاصلىآلنبيخطبةسمعمنحدثنيقالنضرةآ يهايافقالآلتشريقآ ربكمآنآلناسآ باكموآحد حمرعلىآسودولعربيعلىلعجميولعجميعلىلعربىفضللإلوآحدوآ حمرولآ إلآسودعلىآ

بالتقوى

Ertinya;

“Daripada Abi Nadrah bahawa nabi SAW telah berkhutbah pada pertengahan hari tasyriq sabdanya; “Wahai sekelian manusia, sesungguhnya tuhan kalian adalah satu, bapa kalian juga satu. Ketahuilah, tidak ada sebarang kelebihan bagi orang Arab ke atas orang bukan Arab, [demikian juga] tidak ada sebarang kelebihan orang bukan Arab ke atas orang Arab, dan juga tidak apa-apa kelebihan yang berkulit hitam berbanding yang berkulit merah [putih], dan juga tidak ada apa-apa kelebihan yang berkulit putih berbanding yang berkulit hitam melainkan ketaqwaan”

(Diriwayatkan oleh Ahmad)

Samb…

82

SEKIAN

JUMPA LAGI