kajian kes edu 3093

10
Pengenalan Sekolah SRA merupakan sekolah yang mempunyai potensi yang tinggi namun hanya mencapai pencapaian sederhana. Oleh itu, kajian dilakukan dan menunjukkan berlakunya kelemahan-kelemahan dalam organisasi sekolah ini. Oleh yang demikian, sebagai guru besar baharu di sekolah ini, saya perlu menganalisis keadaan sekolah, kepimpinan di sekolah dan apakah kepimpinan yang sesuai diterapkan di sekolah ini pada masa akan datang. Di samping itu, saya harus mencari falsafah yang sesuai bagi meningkatkan prestasi sekolah ini. 1

Upload: azrul-dzulkarnain

Post on 12-Jan-2016

11 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kajian Kes

TRANSCRIPT

Page 1: Kajian Kes EDU 3093

Pengenalan

Sekolah SRA merupakan sekolah yang mempunyai potensi yang tinggi namun

hanya mencapai pencapaian sederhana. Oleh itu, kajian dilakukan dan menunjukkan

berlakunya kelemahan-kelemahan dalam organisasi sekolah ini. Oleh yang demikian,

sebagai guru besar baharu di sekolah ini, saya perlu menganalisis keadaan sekolah,

kepimpinan di sekolah dan apakah kepimpinan yang sesuai diterapkan di sekolah ini pada

masa akan datang. Di samping itu, saya harus mencari falsafah yang sesuai bagi

meningkatkan prestasi sekolah ini.

1

Page 2: Kajian Kes EDU 3093

Soalan 1

Pengurus dan pemimpin mempunyai peranan atau fungsi yang spesifik dan

tersendiri dalam suatu organisasi. Dalam kes Sekolah Rendah Atlas (SRA) pada pandangan

saya, mereka memerlukan saya untuk menjadi seorang pemimpin. Sebelum mengulas

dengan lanjut mengapa saya berpandangan sedemikian maka lebih indah sekiranya kita

dapat mengetahui dan memahami apa yang dimaksudkan tentang pemimpin dan juga

pengurus.

Menurut (Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat) Pengurus adalah individu atau

seorang yang menjalankan pengurusan dan pengaturan semula terhadap sesuatu

organisasi. Tugas pengurus adalah seperti mengatur dan mengagih tugas-tugas,

merencana sistem, merencana, menyiasat, menyelaras, menilai, menguruskan penstafan,

berunding dan mewakili sesuatu organisasi (Bennis & Nanus, 2003). Secara kesimpulannya,

tugas pengurus lebih kepada mengendali sesuatu unit untuk mencapai matlamat yang

sama. Oleh yang demikian, dalam kes ini pengurusan kurang sesuai kerana masalah

motivasi dan kesepaduan antara guru dan pihak pentabdiran merupakan masalah utama

yang membelenggu SRA.

Pemimpin pula melibatkan kepimpinan dengan mempengaruhi; memandu arah,

kelakuan, tindakan atau pendapat (Bennis & Nanus, 2003). Pemimpin tidak hanya mengurus

tugas malah melibatkan hubungan secara langsung antara pemimpin dan orang yang

dipimpin. Dalam memimpin seorang pemimpin harus mempunyai fokus terhadap

keberkesanan cara kepimpinan dan berfikir secara melebihi daripada skop tugas seperti

keperluan, pandangan, memotivasi, memberi cabaran dan mempengaruhi pengikut untuk

bersama memahami visi dan misi yang ingin dicapai. Di sekolah SRA ini jelas sekali

ketandusan pemimpin yang berkepimpinan yang membolehkan guru-guru menjalankan

tugas dengan lebih bermotivasi, bersemangat dan berani meluahkan idea-idea kreatif yang

boleh meningkatkan perkembangan pencapaian sekolah.

Kseluruhannya dapatlah saya katakan bahawa saya perlu berfungsi sebagai

pemimpin kerana masalah di sekolah tersebut melibatkan keperluan guru besar yang terlibat

aktif bagi memotivasikan dan menimbulkan suasana kerja yang kondusif.

2

Page 3: Kajian Kes EDU 3093

Soalan 2

Pendapat saya, SRA seperti dapatan kajian menunjukkan bahawa sekolah tersebut

mempunyai hubungan dan kepercayaan dengan teori X. Teori X menurut (Matthew,S, 2010)

manusia kebanyakkannya adalah malas, “self-centred”, takut kepada perubahan, tidak

mempunyai sasaran, dan hanya melakukan apa yang disuruh. Dalam kes sekolah ini, kita

dapat lihat guru-guru tidak menunjukkan kreativiti dan hanya membuat tugasan seperti yang

disuruh. Terdapat juga guru yang menyatakan bahawa trauma hendak melakukan

pembaharuan dalam sekolah tersebut kerana kesukaran dalam melaksanakannya. Markah

inovatif yang hanya 35 menunjukkan bahawa sekolah ini menghadapi masalah tersebut.

Teori X juga menyebutkan bahawa salah satu penyebab ini berlaku adalah

pengurusan yang menekankan tentang “total control”. Seperti yang kita lihat dalam kajian

kes kita dapati bahawa penolong kanan menekankan bahawa pentadbiran

bertanggungjawab terhadap semua yang berlaku di sekolah dan bersifat bahawa negatif

terhadap kertas-kertas cadangan yang telah diberikan oleh guru-guru. Skor persamaan

kuasa secara optimal adalah paling rendah iaitu 17 dalam kajian yang dibuat oleh jabatan

penyelidikan menunjukkan bahawa pihak pentadbir mengawal sekolah ini dengan kuasa

penuh tanpa sedikit peluang untuk kuasa autoriti pihak guru.

Semangat, kesepaduan yang rendah juga telah ditunjukkan di dalam skor

memberikan makna guru telah hilang semangat dan rasa tersisih. Teori X menyatakan

motivasi pekerja dalam teori X adalah rendah dan kepimpinan yang mengunakan teori X ini

adalah seorang yang autokratik dan ini mengakibatkan hubungan antara guru dan pihak

pentadbir sekadar hanya seorang yang mengarah dan seorang yang diarah. Guru juga

merasakan ketidakpuasan hati dengan cara seperti tidak terlibat aktif dan pasif walaupun

memahami arahan dan tugas dengan baik.

Kesimpulannya, sememangnya SRA layak termasuk dalam Teori X mengikut

perkara-perkara yang telah disebut iaitu guru kebanyakkannya malas, tiada sasaran tidak

bermotivasi dan tidak berinovasi.

3

Page 4: Kajian Kes EDU 3093

Soalan 3

SRA terletak pada quadran 1 iaitu pihak pentadbirannya menekankan tugasan dan

kurang mempedulikan keperluan pekerja ataupun para guru. Data kajian daripada Jabatan

Penyelidikan menunjukan bahawa SRA tidak mempunyai masalah terhadap tugasan-

tugasan dan fokus gol yang diberikan oleh pihak pentadbiran. Namun SRA mempunyai

masalah daripada tahap kepedulian terhadap guru-guru. Pihak pentadbiran harus melihat

semula struktur kepimpinan yang digunakan dan pandangan guru-guru. Secara

keselururhannya kita dapat lihat bahawa pihak pentadbiran SRA menginginkan produktiviti

yang tinggi daripada guru namun tidak mengimbangkan dengan kepuasan kerja guru-guru.

Struktur kepimpinan yang baik adalah pada kuadran kedua iaitu pemimpin

mempunyai keperihatinan yang tinggi terhadap guru-guru sama seperti tugasan. Melalui

gaya kepimpinan ini tugasan akan meningkat lebih baik kerana keperluan guru-guru seperti

kebebasan membuat keputusan, memberi idea, memberikan pandangan dan pendapat, dan

keperluan-keperluan lain diberikan oleh pentadbiran. Di samping prihatin terhadap

pekerja/guru-guru tugasan juga tidak terabai dan dilaksanakan dengan intensiti yang baik.

Pemimpin yang berorientasikan pekerja dan menekankan tugas ini juga akan menjadikan

kepuasan dan keseronokkan bekerja meningkat dan hasilnya produktiviti dan kreativiti yang

diperlukan oleh SRA untuk mengubah keputusan sekolah tersebut boleh dilaksanakan.

SRA mampu untuk mencapai tahap ini sekiranya pihak pentadbir melihat dan

membuat refleksi semula terhadap kajian yang telah diberikan. Selain itu, pentadbiran

sekolah itu juga harus memberikan ruang dan peluang bagi guru memberi pendapat,

menjana idea bersama dan merancang aktiviti bersama dengan pihak pentadbir. Matlamat

antara pentadbir dan guru-guru juga harus selari dan pihak pentadbiran haruslah mencuba

memotivasikan guru-guru dengan pelbagai cara sama ada memberikan guru anugerah atau

memberikan kata-kata perangsang atau cabaran bagi meningkatkan hasil kerja mereka.

Untuk mencapai kuadran kedua juga kepimpinan yang tidak mengabaikan orientasi

terhadap tugasan. Oleh yang demikian tugasan tersebut haruslah dibawa perbincangan

bersama guru-guru supaya mereka dapat memberikan input dan pandangan terhadap

tugasan yang hendak diberikan kepada mereka.

4

Page 5: Kajian Kes EDU 3093

Soalan 4

William Ouchi menyatakan dalam teori Z nya yang bermula dalam pendekatan

pengurusan perusahaan di Jepun dan Amerika yang digabungkan bahawa setiap pemimpin

atau pegawai harus mampu menjadikan pekerja di bawahnya merasa aman (security),

boleh memberi pendapat dan merasakan dirinya bernilai untuk menjadikan sesuatu

organisasi berfungsi dengan baik. Teori Z ini menggabungkan dua budaya organisasi yang

berbeza iaitu di Amerika lebih mementingkan keprihatinan terhadap pekerja namun tidak

kepada tugasan dan di Jepun pula berlaku sebaliknya. Oleh yang demikian SRA tergolong

dalam organisasi yang mementingkan tugas namun tidak perihatin kepada guru-guru.

Organisasi yang melaksanakan teori Z iaitu mementingkan kedua-duanya iaitu fokus

kepada tugasan dan disamping itu memberikan keperihatinan kepada guru-guru adalah

antara organisasi yang mempunyai ciri-ciri yang positif. Organisasi tersebut juga harus

melibatkan pembinaan hubungan kepercayaan antara pentadbiran dan pekerja diberikan

tanggungjawab perorangan yang menunjukkan keyakinan pemimpin terhadap pekerja dan

hasil kerja yang baik haruslah diperakui. Pengambilan keputusan dilakukan dengan cara

bersama atau secara terbuka. Walaupun akan memakan waktu yang lebih lama namun

tingat keberhasilan pengimplementasian hasil keputusan yang didapati akan lebih tinggi

kerana mendapat sokongan dari majoriti pekerja. Organisasi seperti ini akan meningkatkan

keyakinan dan ketaatan pekerja dan dalam kes di SRA adalah pihak guru. Di samping itu,

hubungan yang baik antara guru dan pentadbir akan meningkatkan produktiviti guru.

Ciri-ciri organisasi yang mempunyai kesan negatif adalah organisasi yang

menghadapi masalah dalam memotivasikan pekerja di bawahnya. Teori Z mengatakan

bahawa setiap orang mempunyai motivasi secara semula jadi oleh itu, sekiranya pekerja

tidak bermotivasi maka terdapat masalah yang berlaku dalam organisasi. Selain itu,

organisasi yang mempunyai masalah untuk memberikan kuasa dan hak ke atas kuasa bagi

pekerja adalah penting kerana sekiranya pekerja tidak mempunyai kebebasan terhad atau

tiada kebebasan untuk membuat keputusan dan tindakan maka pekerja akan merasakan

tidak dipercayai dan tidak mempunyai nilai dalam sesuatu organisasi.

5

Page 6: Kajian Kes EDU 3093

Soalan 5

Sebagai pemimpin tertinggi di sekolah ataupun guru besar saya akan menekankan

kepentingan kerjasama antara guru-guru dan pentadbir bersama-sama merencana

perkembangan di SRA. Ibarat sebuah bangunan, organisasi adalah tiangnya iaitu untuk

menjadikan sesebuah bangunan tidak akan dapat tanpa tiang dan jika kukuh tiang nya

maka kukuh bangunan jika rapuh tiangnya rapuhlah bangunan. Setiap tiang juga tidak dapat

mendirikan satu bangunan kukuh oleh itu semua harus berdiri teguh seiring. Begitulah

pandangan saya terhadap organisasi sekolah. Maka setiap ahli sekolah harus bekerjasama

dalam menjadikan sekolah itu suatu organisasi yang baik.

Dalam organisasi yang baik, pada pandangan saya yang utama adalah hubungan

semua pihak sama ada pentadbiran dengan guru dan guru dengan guru yang lain harus

mempunyai hubungan yang utuh supaya dapat bersama menghadapi masalah yang datang.

Dalam itu juga saya akan menekankan budaya demokratik yang mana setiap orang berhak

memberikan pendapat dan idea. Keputusan juga dibuat bersama dan bukan untuk

kepentingan diri tetapi untuk memberi manfaat kepada semua yang terlibat.

Motivasi adalah perkara yang utama dalam meningkatkan kualiti hasil kerja bukan

sekadar guru malah dalam kalangan pentadbir. Oleh yang demikian suasana positif dan

kondusif harus disediakan kepada guru dengan memastikan kemudahan-kemudahan dan

keadaan persekitaran membantu para guru untuk lebih fokus.

Tuntasnya, dapat saya ringkaskan bahawa kerjasama dan komunikasi adalah isu

penting untuk membantu menyelesaikan masalah di SRA. Semangat kebersamaan atau

kekitaan membolehkan isu ini dipandang melalui perbagai aspek dan membantu

memperbaikinya.

6

Page 7: Kajian Kes EDU 3093

Rumusan

Setelah menilai dan menganalisis masalah di SRA dapatlah kita lihat masalah-

masalah seperti yang telah dikaji berlaku di sekolah namun guru tidak mempunyai

keberanian dan keyakinan untuk berhadapan dengan pihak pentadbir kerana mengetahui

keputusannya iaitu pendapatnya ditolak. Dari segi organisasi sekolah ini mempunyai

organisasi yang berciri-ciri negatif. Oleh yang demikian banyak perubahan yang harus

dilakukan dan memerlukan kerjasama semua pihak. Dengan itu, saya mencadangkan

falsafah kepimpinan yang boleh digunakan bagi mengatasi masalah tersebut terutamanya

dengan bekerjasama.

7

Page 8: Kajian Kes EDU 3093

Bibliografi

Bennis, W. & Nanus,B. (2003) Leaders strategies of taking charge. New York :HarperCollin Publisher Inc.

Bennis, W. (1989). On becoming a leader. New York: HarperCollin Publisher Inc.

Bryne, J. (n.d.). Leadership Philosophy. Retrieved August 8, 2015, from http://www.largo.com/egov/documents/1341575317_99564.pdf

Stewart,M.(2010). Theories x and y revisited. Oxford Leadership Journal. Volume 1 Issue 3

Orla O’Donnell, R. B. (2008). Understanding and Managing. Understanding and Managing, 6.

8