jurnal ulasan pbs

8
Noradillah Binti Abdul Samad DP/2974/11 TAJUK ARTIKEL: PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI SUBJEK ELEKTRONIK: SATU KAJIAN TINDAKAN DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK ULASAN ARTIKEL PENGENALAN Berdasarkan jurnal, penulis artikel ini ialah Ramlee Mustapha dan Zaharatul Laili Abdul Rahim merupakan pensyarah dari Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tujuan kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) dalam topik transistor dan seterusnya melihat sikap pelajar terhadap Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). Kajian tindakan ini dilakukan secara kolaboratif antara pengkaji dan guru PKEE serta 30 orang pelajar Tingkatan 5E3 di Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka terdiri daripada 21 orang pelajar lelaki, 9 orang pelajar perempuan yang dilaksanakan selama sembilan minggu. Fokus utama kajian ini adalah mengetengahkan kaedah pembelajaran berasaskan masalah

Upload: nas-adillah

Post on 10-Aug-2015

112 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

pbs

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Ulasan Pbs

Noradillah Binti Abdul Samad DP/2974/11

TAJUK ARTIKEL: PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI SUBJEK

ELEKTRONIK: SATU KAJIAN TINDAKAN DI SEKOLAH

MENENGAH TEKNIK

ULASAN ARTIKEL

PENGENALAN

Berdasarkan jurnal, penulis artikel ini ialah Ramlee Mustapha dan Zaharatul Laili Abdul

Rahim merupakan pensyarah dari Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan, Fakulti

Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tujuan

kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar

Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) dalam topik transistor dan seterusnya melihat

sikap pelajar terhadap Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). Kajian tindakan ini dilakukan

secara kolaboratif antara pengkaji dan guru PKEE serta 30 orang pelajar Tingkatan 5E3 di

Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka terdiri daripada 21 orang pelajar lelaki, 9 orang

pelajar perempuan yang dilaksanakan selama sembilan minggu. Fokus utama kajian ini adalah

mengetengahkan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBM). Berdasarkan jurnal ini,

penyelidik memilih menggunakan model Kemmis dan Mc Taggart (1998) sebagai proses

melaksanakan kajian tindakan. Model Kemmis dan Mc Taggart ini meliputi proses merancang,

bertindak, memerhati, dan mereflek.

Proses Kajian tindakan mengikut Model Kemmis dan Mc Taggart :

Reka Bentuk Kajian

1. Merancang Tindakan

Penyelidik mengetengahkan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) sebagai

fokus dalam proses pembelajaran berkesan. Ia didapati sesuai digunakan bukan sahaja dalam

Page 2: Jurnal Ulasan Pbs

Noradillah Binti Abdul Samad DP/2974/11

meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokong kepada

pembangunan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja

dalam kumpulan, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya.

Dalam PBM ini, para pelajar diberikan suatu masalah atau situasi dan dikehendaki

menyelesaikannya dengan mencari input-input daripada buku, jurnal, surat khabar, risalah,

internet dan organisasi-organisasi yang terlibat. Dengan kaedah ini, membantu pelajar mencapai

tahap pembelajaran yang spesifik untuk menjadikan mereka berkebolehan dan berkemampuan.

Bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar dalam topik transistor, ujian

pencapaian pra dilaksanakan untuk mengesan kefahaman pelajar. Pelajar dibentuk enam

kumpulan kecil yang heterogen (berdasarkan pencapaian ujian pra dan gender) digelung pertama.

Merancang menjalani sesi pembelajaran berasaskan masalah sekurang-kurangnya tiga minggu

dalam satu gelung yang dibina. Kemudian pelajar perlu menduduki ujian pos 1 bagi memastikan

pengukuhan pemahaman terhadap topik transistor.

2. Menjalankan tindakan

Kaedah pembelajaran berasaskan masalah dilaksanakan oleh penyelidik dengan dibentuk

enam kumpulan kecil yang heterogen berdasarkan pencapaian ujian pra. Guru menyatakan

permasalahan yang sebenar, manakala pelajar akan berbincang dalam kumpulan untuk

menyelesaikan masalah tersebut. Pelajar merangka tindakan dan mengumpulkan maklumat untuk

menyelesaikan masalah tersebut dan menyediakan maklum balas.

Page 3: Jurnal Ulasan Pbs

Noradillah Binti Abdul Samad DP/2974/11

Penyelidik juga menjalankan ujian pra terhadap pelajar bagi mengesan kefahaman

pelajar berkaitan dengan subjek transistor. Borang soal selidik juga diedarkan dan membuat

temu bual untuk mengenal pasti sikap pelajar terhadap penyelesaian masalah, sikap pelajar

terhadap PBM, pencapaian pelajar dan pandangan pelajar terhadap fasilitator.

3. Memerhati Tindakan

Penyelidik mengumpul data dengan menganalisis data terhadap langkah yang diambil

dengan melihat prestasi pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos, kolaborasi pelajar,

pemerhatian terhadap kompetensi dan interaksi pelajar serta modul yang dihasilkan melalui

tindakan yang telah dijalankan.

Penyelidik memberi tumpuan untuk menganalisis data berkenaan dengan mendapatkan

dapatan kajian seperti berikut :

i. Punca- punca kesukaran pelajar untuk menguasai topik transistor bagi subjek PKEE.

- Berdasarkan dapatan ujian pra, penyelidik merumuskan, punca-punca kesukaran

pelajar menguasai topik transistor iaitu;

(a) Tidak memahami rumus

(b) Guru mengajar terlalu laju

(c) Sukar menghafal rumus

(d) Sesi pengajaran kurang berkomunikasi dan interaksi

(e) Susah untuk memahami topik transistor

(f) Tidak faham hendak selesaikan masalah

(g) Kurang latihan dan membuat latihan

Page 4: Jurnal Ulasan Pbs

Noradillah Binti Abdul Samad DP/2974/11

ii. Pencapaian pelajar setelah menjalani proses pembelajaran berasaskan masalah dalam

tajuk transistor bagi subjek PKEE.

- Setelah mengikuti ujian pra dan ujian pos, dapatan ini menunjukkan terdapat

peningkatan yang agak ketara pencapaian pelajar daripada ujian pra dengan gelung

pertama, gelung kedua dan ketiga.

iii. Sejauh manakah ahli-ahli kumpulan dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah bekerja

secara koperatif bagi mencapai kemahiran berkolaborasi.

- Berdasarkan pemerhatian secara keseluruhan, dapatan menunjukkan peningkatan

bagi setiap gelung dan pelajar mencapai kemahiran kolaborasi yang positif.

iv. Sikap pelajar terhadap Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam topik transistor bagi

subjek PKEE.

- Hasil dapatan soal selidik mengenai sikap pelajar terhadap PBM dalam topik

transistor bagi subjek PKEE menunjukkan bahawa hampir kesemua peserta aktif

dalam perbincangan kumpulan.

-

4. Merefleksi

Penyelidik membuat muhasabah diri dengan melihat kembali hasil dapatan kajian bagi

melihat kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran, diri sendiri dan dapatan

kajian bagi melakukan penambahbaikan di gelung yang seterusnya.

Page 5: Jurnal Ulasan Pbs

Noradillah Binti Abdul Samad DP/2974/11

KEKUATAN

Bilangan perkataan yang digunakan tidak terlalu panjang serta mudah untuk difahami,

ringkas dan bermaklumat. Tajuk yang terlalu panjang bersifat ‘deskriptif’ dan tidak perlu sama

sekali (Ahmad Mahdzan Ayob, 1985). Tajuk ini jelas memperlihatkan maklumat yang ingin

pengkaji perolehi iaitu Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). Tajuk ini juga memberikan

penjelasan tentang kepentingan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) yang dapat

membantu pelajar mencapai tahap pembelajaran yang spesifik untuk menjadikan mereka

berkebolehan dan berkemampuan.

KELEMAHAN

Penyelidik tidak menulis pernyataan masalah secara jelas, sebaliknya beliau lebih

menekankan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). Mengapa kajian ini dilakukan tidak

dipersoalkan.

CADANGAN MENGENAI DAPATAN KAJIAN

KESIMPULAN

Hasil kajian mendapati kemahiran berkolaborasi pelajar meningkat di setiap gelung,

pencapaian pelajar semakin baik, sikap pelajar positif terhadap PBM, pandangan pelajar sangat

positif terhadap fasilitator dan PBM. Secara keseluruhannya, di dapati kaedah PBM telah

memberi impak yang positif kepada P &P di dalam kelas.

REFLEKSI PEMBACA

Page 6: Jurnal Ulasan Pbs

Noradillah Binti Abdul Samad DP/2974/11

Berdasarkan pengalaman saya membaca artikel ini, ia telah memberikan saya satu

pengalaman ilmu yang lebih baik terhadap Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM).