Download - Jurnal Ulasan Pbs
Noradillah Binti Abdul Samad DP/2974/11
TAJUK ARTIKEL: PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH BAGI SUBJEK
ELEKTRONIK: SATU KAJIAN TINDAKAN DI SEKOLAH
MENENGAH TEKNIK
ULASAN ARTIKEL
PENGENALAN
Berdasarkan jurnal, penulis artikel ini ialah Ramlee Mustapha dan Zaharatul Laili Abdul
Rahim merupakan pensyarah dari Jabatan Perkaedahan dan Amalan Pendidikan, Fakulti
Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan. Tujuan
kajian tindakan ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pelajar
Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKEE) dalam topik transistor dan seterusnya melihat
sikap pelajar terhadap Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). Kajian tindakan ini dilakukan
secara kolaboratif antara pengkaji dan guru PKEE serta 30 orang pelajar Tingkatan 5E3 di
Sekolah Menengah Teknik Bukit Piatu, Melaka terdiri daripada 21 orang pelajar lelaki, 9 orang
pelajar perempuan yang dilaksanakan selama sembilan minggu. Fokus utama kajian ini adalah
mengetengahkan kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBM). Berdasarkan jurnal ini,
penyelidik memilih menggunakan model Kemmis dan Mc Taggart (1998) sebagai proses
melaksanakan kajian tindakan. Model Kemmis dan Mc Taggart ini meliputi proses merancang,
bertindak, memerhati, dan mereflek.
Proses Kajian tindakan mengikut Model Kemmis dan Mc Taggart :
Reka Bentuk Kajian
1. Merancang Tindakan
Penyelidik mengetengahkan kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) sebagai
fokus dalam proses pembelajaran berkesan. Ia didapati sesuai digunakan bukan sahaja dalam
Noradillah Binti Abdul Samad DP/2974/11
meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar tetapi juga mampu menyokong kepada
pembangunan kemahiran generik seperti kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran bekerja
dalam kumpulan, kemahiran berkomunikasi dan sebagainya.
Dalam PBM ini, para pelajar diberikan suatu masalah atau situasi dan dikehendaki
menyelesaikannya dengan mencari input-input daripada buku, jurnal, surat khabar, risalah,
internet dan organisasi-organisasi yang terlibat. Dengan kaedah ini, membantu pelajar mencapai
tahap pembelajaran yang spesifik untuk menjadikan mereka berkebolehan dan berkemampuan.
Bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi pelajar dalam topik transistor, ujian
pencapaian pra dilaksanakan untuk mengesan kefahaman pelajar. Pelajar dibentuk enam
kumpulan kecil yang heterogen (berdasarkan pencapaian ujian pra dan gender) digelung pertama.
Merancang menjalani sesi pembelajaran berasaskan masalah sekurang-kurangnya tiga minggu
dalam satu gelung yang dibina. Kemudian pelajar perlu menduduki ujian pos 1 bagi memastikan
pengukuhan pemahaman terhadap topik transistor.
2. Menjalankan tindakan
Kaedah pembelajaran berasaskan masalah dilaksanakan oleh penyelidik dengan dibentuk
enam kumpulan kecil yang heterogen berdasarkan pencapaian ujian pra. Guru menyatakan
permasalahan yang sebenar, manakala pelajar akan berbincang dalam kumpulan untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Pelajar merangka tindakan dan mengumpulkan maklumat untuk
menyelesaikan masalah tersebut dan menyediakan maklum balas.
Noradillah Binti Abdul Samad DP/2974/11
Penyelidik juga menjalankan ujian pra terhadap pelajar bagi mengesan kefahaman
pelajar berkaitan dengan subjek transistor. Borang soal selidik juga diedarkan dan membuat
temu bual untuk mengenal pasti sikap pelajar terhadap penyelesaian masalah, sikap pelajar
terhadap PBM, pencapaian pelajar dan pandangan pelajar terhadap fasilitator.
3. Memerhati Tindakan
Penyelidik mengumpul data dengan menganalisis data terhadap langkah yang diambil
dengan melihat prestasi pencapaian pelajar dalam ujian pra dan ujian pos, kolaborasi pelajar,
pemerhatian terhadap kompetensi dan interaksi pelajar serta modul yang dihasilkan melalui
tindakan yang telah dijalankan.
Penyelidik memberi tumpuan untuk menganalisis data berkenaan dengan mendapatkan
dapatan kajian seperti berikut :
i. Punca- punca kesukaran pelajar untuk menguasai topik transistor bagi subjek PKEE.
- Berdasarkan dapatan ujian pra, penyelidik merumuskan, punca-punca kesukaran
pelajar menguasai topik transistor iaitu;
(a) Tidak memahami rumus
(b) Guru mengajar terlalu laju
(c) Sukar menghafal rumus
(d) Sesi pengajaran kurang berkomunikasi dan interaksi
(e) Susah untuk memahami topik transistor
(f) Tidak faham hendak selesaikan masalah
(g) Kurang latihan dan membuat latihan
Noradillah Binti Abdul Samad DP/2974/11
ii. Pencapaian pelajar setelah menjalani proses pembelajaran berasaskan masalah dalam
tajuk transistor bagi subjek PKEE.
- Setelah mengikuti ujian pra dan ujian pos, dapatan ini menunjukkan terdapat
peningkatan yang agak ketara pencapaian pelajar daripada ujian pra dengan gelung
pertama, gelung kedua dan ketiga.
iii. Sejauh manakah ahli-ahli kumpulan dalam Pembelajaran Berasaskan Masalah bekerja
secara koperatif bagi mencapai kemahiran berkolaborasi.
- Berdasarkan pemerhatian secara keseluruhan, dapatan menunjukkan peningkatan
bagi setiap gelung dan pelajar mencapai kemahiran kolaborasi yang positif.
iv. Sikap pelajar terhadap Pembelajaran Berasaskan Masalah dalam topik transistor bagi
subjek PKEE.
- Hasil dapatan soal selidik mengenai sikap pelajar terhadap PBM dalam topik
transistor bagi subjek PKEE menunjukkan bahawa hampir kesemua peserta aktif
dalam perbincangan kumpulan.
-
4. Merefleksi
Penyelidik membuat muhasabah diri dengan melihat kembali hasil dapatan kajian bagi
melihat kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran, diri sendiri dan dapatan
kajian bagi melakukan penambahbaikan di gelung yang seterusnya.
Noradillah Binti Abdul Samad DP/2974/11
KEKUATAN
Bilangan perkataan yang digunakan tidak terlalu panjang serta mudah untuk difahami,
ringkas dan bermaklumat. Tajuk yang terlalu panjang bersifat ‘deskriptif’ dan tidak perlu sama
sekali (Ahmad Mahdzan Ayob, 1985). Tajuk ini jelas memperlihatkan maklumat yang ingin
pengkaji perolehi iaitu Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). Tajuk ini juga memberikan
penjelasan tentang kepentingan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) yang dapat
membantu pelajar mencapai tahap pembelajaran yang spesifik untuk menjadikan mereka
berkebolehan dan berkemampuan.
KELEMAHAN
Penyelidik tidak menulis pernyataan masalah secara jelas, sebaliknya beliau lebih
menekankan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM). Mengapa kajian ini dilakukan tidak
dipersoalkan.
CADANGAN MENGENAI DAPATAN KAJIAN
KESIMPULAN
Hasil kajian mendapati kemahiran berkolaborasi pelajar meningkat di setiap gelung,
pencapaian pelajar semakin baik, sikap pelajar positif terhadap PBM, pandangan pelajar sangat
positif terhadap fasilitator dan PBM. Secara keseluruhannya, di dapati kaedah PBM telah
memberi impak yang positif kepada P &P di dalam kelas.
REFLEKSI PEMBACA
Noradillah Binti Abdul Samad DP/2974/11
Berdasarkan pengalaman saya membaca artikel ini, ia telah memberikan saya satu
pengalaman ilmu yang lebih baik terhadap Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM).