jurnal minggu 6 edit

4
Bilangan Jurnal Minggu Praktikum Tarikh Peristiwa/Kejadian Tajuk Jurnal : : : : Ke-6 Keenam 8– 12 Mac 2015 Masalah Tidak Bekerjasama dalam Kumpulan Masalah Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid tidak menunjukkan kerjasama dalam kumpulan. Masalah ini berlaku semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Semasa menjalankan aktiviti berkumpulan, murid bergaduh sesama sendiri kerana berebut ahli kumpulan dan apabila murid dibahagikan mengikut kumpulan secara rawak, mereka tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan tidak dapat memainkan peranan dalam kumpulan dengan baik. Analisis Masalah Semasa aktiviti berkumpulan dijalankan. Saya meminta murid memilih ahli kumpulan masing-masing seramai lima orang untuk membentuk lima kumpulan. Walau bagaimanapun, mereka mengambil masa yang lama untuk memilih ahli kumpulan masing-masing dan beberapa orang murid dipinggirkan. Kemudiannya, saya mengambil keputusan untuk menentukan ahli bagi setiap kumpulan. Setelah itu, saya meminta mereka memilih seorang ketua bagi setiap kumpulan. Hal yang sama berlaku iaitu mereka berebut untuk menjadi ahli kumpulan. Saya memberikan bahan bagi aktiviti berkumpulan. Mereka berebut untuk mengambil bahan

Upload: vinz-laiho

Post on 24-Jan-2016

242 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Jurnal Praktikum

TRANSCRIPT

Page 1: Jurnal Minggu 6 Edit

Bilangan Jurnal

Minggu Praktikum

Tarikh Peristiwa/Kejadian

Tajuk Jurnal

:

:

:

:

Ke-6

Keenam

8– 12 Mac 2015

Masalah Tidak Bekerjasama dalam Kumpulan

Masalah

Masalah yang telah saya hadapi pada minggu ini ialah masalah murid tidak

menunjukkan kerjasama dalam kumpulan. Masalah ini berlaku semasa aktiviti

pengajaran dan pembelajaran sedang dijalankan. Semasa menjalankan aktiviti

berkumpulan, murid bergaduh sesama sendiri kerana berebut ahli kumpulan dan

apabila murid dibahagikan mengikut kumpulan secara rawak, mereka tidak dapat

berkomunikasi dengan baik dan tidak dapat memainkan peranan dalam kumpulan

dengan baik.

Analisis Masalah

Semasa aktiviti berkumpulan dijalankan. Saya meminta murid memilih ahli kumpulan

masing-masing seramai lima orang untuk membentuk lima kumpulan. Walau

bagaimanapun, mereka mengambil masa yang lama untuk memilih ahli kumpulan

masing-masing dan beberapa orang murid dipinggirkan. Kemudiannya, saya

mengambil keputusan untuk menentukan ahli bagi setiap kumpulan.

Setelah itu, saya meminta mereka memilih seorang ketua bagi setiap

kumpulan. Hal yang sama berlaku iaitu mereka berebut untuk menjadi ahli kumpulan.

Saya memberikan bahan bagi aktiviti berkumpulan. Mereka berebut untuk

mengambil bahan tersebut walaupun saya telah memberikan arahan bahawa hanya

ketua sahaja yang perlu mengambil bahan tersebut.

Semasa aktiviti berjalan, terdapat beberapa orang murid dalam beberapa

kumpulan tidak berbincang serta tidak melakukan aktiviti yang diberikan. Saya

bertanyakan kepada mereka mengapa mereka tidak mahu melakukan kerja yang

diberikan dengan tujuan untuk menemubual mereka secara tidak langsung. Pelbagai

jawapan yang diberikan antaranya ialah:

Page 2: Jurnal Minggu 6 Edit

a) Mereka tidak diberi peluang untuk memberikan idea atau menulis disebabkan

mereka kurang pandai.

b) Mereka tidak suka berkumpulan dengan murid tertentu kerana sikap murid

tersebut.

c) Mereka tidak tahu untuk membuat kerja yang diberikan.

Saya menemubual pula murid yang melakukan kerja dalam kumpulan tentang murid

yang tidak melakukan kerja. Mereka juga memberikan sebab yang hampir sama

iaitu:

a) Murid yang tidak melakukan kerja memberikan idea yang kurang bernas.

b) Mereka tidak suka berkumpulan dengan murid-murid tersebut kerana mereka

malas dan suka bercakap.

c) Murid yang tidak membuat kerja tidak tahu tugasan apa yang diberikan.

Berpandukan temubual yang dibuat, mereka tidak dapat bekerjasama dalam

kumpulan kerana mereka memilih hanya untuk berkumpulan dengan rakan rapat

mereka sendiri. Hal ini menyebabkan banyak masa terbuang kerana kerja lambat

siap akibat tidak bekerjasama.

Cadangan Tindakan Susulan

Saya perlu menggunakan pendekatan yang berbeza kepada murid-murid agar

bekerjasama semasa melakukan aktiviti berkumpulan. Semasa saya diselia oleh

guru pembimbing ; Puan Azwa, beliau turut memberikan beberapa kaedah untuk

mengatasi masalah ini. Antara tindakan yang boleh dijalankan ialah:

a) Saya perlu membahagikan murid ke dalam kumpulan yang seimbang di mana

setiap kumpulan terdapat murid yang pandai dan murid yang lemah. Saya

boleh menganalisis keputusan ujian yang lalu bagi membahagikan murid

mengikut kumpulan secara seimbang. Cara ini dapat memastikan murid yang

pandai membantu murid yang lemah dengan bimbingan guru.

b) Saya perlu melantik ketua bagi setiap kumpulan agar mereka tidak berebut

untuk mengetuai kumpulan.

c) Saya juga boleh menggunakan kaedah nama kumpulan agar murid

bermotivasi untuk melakukan kerja atas nama kumpulan mereka. Contohnya,

Page 3: Jurnal Minggu 6 Edit

menggunakan nama warna di samping menyediakan bahan PdP mengikut

warna kumpulan mereka.

d) Saya perlu menerapkan nilai bekerjasama dalam diri murid agar mereka dapat

menunjukkan sikap bekerjasama antara ahli kumpulan. Kumpulan yang dapat

membuat kerja dengan betul dan bekerjasama perlu diberikan pujian dan

ganjaran untuk memotivasikan murid daripada kumpulan lain agar lebih

bekerjasama.

Tempoh Masa dan Keberkesanan Tindakan Susulan

Saya akan cuba mengatasi masalah ini dalam tempoh seminggu agar murid-murid

dapat bergaul mesra dengan semua rakan mereka tanpa mengambil kira taraf

kepandaian dan dapat saling bantu-membantu dalam proses PdP serta bekerjasama

dalam melakukan sesuatu tugasan atau aktiviti.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Tandatangan :

Nama :

Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan:

Nama :

Tarikh :