journal kepemimpinan

9
1.0 Pengenalan. Kepemimpinan adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ia menyentuh kehidupan masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam masyarakat primitif atau sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa konotasi kuasa, kedinamikan dan kejayaan individu dalam lapangan masing- masing. Kepemimpinan juga menjadi penting kerana kita boleh memilih sesiapa sahaja untuk dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh memilih untuk tidak mempunyai pemimpin. Kepemimpinan menjadi penting kerana ia sering dikaitkan dengan keberkesanan dan kecekapan sesebuah organisasi termasuklah sekolah. Berasaskan premis inilah maka timbulnya slogan: "Pemimpinlah yang menjadikan organisasi itu berbeza dengan yang lain". Kepemimpinan boleh didefinisikan sebagai Satu proses bagaimanakah seseorang mempengaruhi orang lain untuk mengikutnya dalam mencapai matlamatmatlamat organisasi. Daripada definisi di atas kunci utama kepemimpinan ialah pengaruh seseorang ke atas orang lain yang menjadi pengikutnya akur. Semakin banyak

Upload: alinyuhee

Post on 23-Jun-2015

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Journal Kepemimpinan

1.0Pengenalan.

Kepemimpinan adalah merupakan satu topik yang diminati kerana ia

menyentuh

kehidupan masyarakat dunia tanpa mengira budaya, sama ada dalam

masyarakat

primitif atau sebaliknya. Ia juga diminati kerana kepemimpinan membawa

konotasi

kuasa, kedinamikan dan kejayaan individu dalam lapangan masing-masing.

Kepemimpinan juga menjadi penting kerana kita boleh memilih sesiapa

sahaja

untuk dijadikan pemimpin tetapi kita tidak boleh memilih untuk tidak

mempunyai

pemimpin. Kepemimpinan menjadi penting kerana ia sering dikaitkan dengan

keberkesanan dan kecekapan sesebuah organisasi termasuklah sekolah.

Berasaskan premis inilah maka timbulnya slogan: "Pemimpinlah yang

menjadikan organisasi itu berbeza dengan yang lain".

Kepemimpinan boleh didefinisikan sebagai Satu proses bagaimanakah

seseorang

mempengaruhi orang lain untuk mengikutnya dalam mencapai

matlamatmatlamat

organisasi. Daripada definisi di atas kunci utama kepemimpinan ialah

pengaruh seseorang ke atas orang lain yang menjadi pengikutnya akur.

Semakin banyak

pembolehubah yang terdapat di dalam organisasi, semakin banyak pengaruh

yang diperlukan. Daripada definisi ini juga, ia menjelaskan bahawa jika tiada

pengikut tak mungkin wujudnya pemimpin.

Kepemimpinan ialah kebolehan untuk mempengaruhi sesuatu kumpulan ke

arah pencapaian matlamat yang tertentu. Punca pengaruh ini sama ada

secara formal seperti seorang yang dilantik supaya memegang jawatan

pengurus sebiah syarikat ataupun tidak formal iaitu seorang pemimpin yang

Page 2: Journal Kepemimpinan

wujud di luar struktur formal seperti dalam kumpulan sosial di bandar atau di

desa. Dalam sebarang kumpulan, terdapat perbezaan yang nyata dalam

kuasa dan status di kalangan ahli. Ahli-ahli yang mempunyai banyak kuasa

atau pengaruh sosial atau mereka yang memberi paling banyak sumbangan

ke arah matlamat kumpulan biasanya dinamakan sebagai pemimpin.

Dalam kajian ini, pengkaji mengkaji hipotesis bahawa kepimpinan

berfokuskan-matlamat membolehkan kesedaran para pekerja untuk

melakukan secara berkesan dengan membantu mereka untuk secara tepat

memahami keutamaan tujuan organisasi. Data yang dikumpulkan dari 162

pekerja di sektor pemprosesan dokumen organisasi swasta menyokong

hipotesis dimana kepemimpinan berfokuskan matlamat menjadi pengantara

hubungan antara kesedaran dan prestasi kerja dan juga kesesuaian

matlamat orang-organisasi menyederhanakan hubungan dimoderasi ini.

Secara khusus, kesedaran lebih kuat berkaitan positif dengan prestasi antara

pekerja yang merasa bahawa penyelia mereka secara berkesan menetapkan

tujuan dan peranan ditakrifkan, tanggung jawab, dan keutamaan dari

kalangan pekerja yang tidak menganggap jenis kepemimpinan yang

berfokus matlamat ini.

Tujuan pertama dari kajian ini adalah untuk meningkatkan pemahaman

tentang bagaimana untuk memaksimumkan prestasi pekerja dengan

menlihat kepemimpinana berfokuskan matlamat sebagai pengantara situasi

tentang hubungan kesedaran-prestasi.

Tujuan kedua dari kajian ini adalah untuk lebih memahami mekanisme

pengantaraan yang menjelaskan bagaimana kesedaran dan kepimpinan

memberi kesan kepada prestasi. Kerana kita percaya bahawa salah satu cara

di mana para pemimpin yang berfokus pada tujuan membolehkan kesedaran

para pekerja untuk berkerja dengan efektif adalah dengan membantu

mereka memahami keutamaan tujuan organisasi, pengkaji memfokus pada

kesesuaian matlamat orang-organisasi sebagai pengantara berpotensi.

Page 3: Journal Kepemimpinan

Tujuan kedua kami adalah untuk melihat kesesuaian matlamat orang-

organisasi sebagai mekanisme pengantaraan yang berpotensi dimana

kesedaran dan kepimpinan memberi kesan prestasi. Dengan melihat bila

dan bagaimana kesedaran memberi kesan positif kepada prestasi, pengkaji

berharap untuk meningkatkan pemahaman tentang hubungan dan

menambah pengetahuan tentang cara memaksimumkan prestasi.

2.0Hasil Dapatan Kajian

Didalam kajian ini, terdapat dua hipotesis yang telah dibuat bagi mengkaji

peranan kepemimpinan berfokuskan matlamat dalam membolehkan expresi

kesedaran. Hipotesis yang telah dibuat ialah

Hipotesis 1: kepemimpinan berfokuskan matlamat mengurangkan

hubungan antara kesedaran dan prestasi kerja. Kesedaran adalah lebih

positif kuat dikaitkan dengan prestasi kerja antara pekerja dimana para

penyelia menunjukkan tinggi berbanding randah tahap kepemimpinan

berfokuskan-matlamat.

Hipotesis 2: Matlamat orang-organisasi menyelaraskan antara interaksi

kesan-kesan kesedaran dan kepemimpinan berfokuskan-matlamat terhadap

prestasi kerja.

Untuk menguji hipotesis 1, pengkaji telah meletakan kestabilan emosi bagi

pekerja yang pretasi merosot sebagai pembolehubah terkawal. Kemudian

pengkaji melihat hubungan kesedaran pekerja dan penyelia

berkepemimpinan berfokuskan matlamat dengan prestasi. Kesedaran (β

= .26,p<.01) dan kepemimpinan berfokuskan-matlamat (β= .18, p< .05)

dilihat nyata sekali berkait dengan prestasi pekerja. Seterusnya, Pengkaji

mengkaji kesedaran x jangka lintas-produk kepemimpinan berfokuskan

matlamat, dan telah mendapati ia konsisten denngan hipotesis 1. Hubungan

antara kesedaran dan hasil kepemimpinan menjelaskan terdapatnya variasi

Page 4: Journal Kepemimpinan

yang nyata dalam prestasi pekerja (β = .21, ∆R² = .04, p < .01). Kesedaran

tidak berkait dengan prestasi kerja antara pekerja yang dimana penyelia

menunjukan tahap yang rendah dalam kepemimpinan yang berfokuskan

matlamat, β = .05, t(157) = 0.43, ns (Cohen, Cohen, West, & Aiken, 2003).

Tetapi keadaan ini berbeza dengan antara pekerja yang mengukur penyelia

masing-masing sebagai efektif dalam kepemimpinan berfokuskan matlamat ,

β = .57, t (157) = 4.17, p , .01 .

Untuk menguji hipotesisi 2 , pengkaji mengikut prosedur-prosedur yang

dicadangkan oleh Baron dan Kenny (1986). Seperti yang dilaporkan sebelum

ini, pengkaji bermula dengan membuat hubungan interaksi kesedaran dan

kepemimpinan signifikasi berkait kepada prestasi (model 1). Dalam model 2,

Pengkaji melihat kesesuaian matlamat terhadap kestabilan emosi,

kesedaran, kepemimpinan dan kesedaran x hasil kepemimpinan untuk

menentukan samaada terdapat signifikasi interaksi terhadap kesesuaian

matlamat. Akhir sekali didalam model 3, pengkaji meletakkan kesesuaian

matlamat sebagai peramal prestasi pekerja dan kawalan bagi interaksi

antara kepemimpinan dan kesesuaian matlamat. Untuk menyokong hiporesis

yang telah dibuat, signifikasi kesesuaian matlamat dikaitkan dengan prestasi

kerja diperlukan sementara mengawal bagi interaksi Pengantar x Orang

tengah ( Mediator x Moderator interaction) dan hubungan kesedaran x

tempoh kepemimpinan lintas-produk (leadership cross-product term) dan

prestasi dikurangkan dalam magnitud.

Berdasarkan data yang diperolehi, interaksi antara kesedaran dan

kepemimpinan berfokuskan matlamat telah meramal prestasi pekerja,

memuaskan keadaan pertama bagi dimensi moderasi( mediated

moderation). Data yang diperolehi juga menunjukkan bahawa kecerdasan x

tempoh kepemimpinan lintas-produk juga signifikasi dengan kesesuaian

matlamat yang diramal (β = .22, ∆R² = 0.5, p <.01). Apabila pengkaji

meletakkan kesesuaian matlamat sebagai peramal prestasi, hubugan

interaksi antara kesedaran dan kepemimpinan berfokuskan matlamat dengan

Page 5: Journal Kepemimpinan

prestasi telah dikurangkan dalam magnitud. Oleh itu, kesesuaian matlamat

sebahagiannya menjadi pengantara bagi interaksi kesan kecerdasan dan

kepemimpinan berfokuskan matlamat terhadap prestasi kerja.

3.0Aplikasi

Dalam kajian ini, pengkaji telah menyatakan bahawa kepemimpinan

berfokuskan matlamat boleh melahirkan kesedaran dikalangan para pekerja

dan seterusnya meningkatkan produktiviti kerja. Teori Laluan-Matlamat

Kepemimpinan boleh dikaitkan dengan kajian ini dimana teori ini telah

dikemukakan oleh House(1971) bagi menjelaskan cara tingkah laku

seseorang pemimpin mempengaruhi kepuasan, motivasi dan prestasi kerja

orang bawahanya. Teori ini adalah berdasarkan teori jangkaan motivasi

dimana ia menekankan perkaitan antara usaha dan prestasi serta perkaitan

diantara prestasi dan penilaian terhadap ganjaran yang berkaitan pula

dengan motovasi. Mengikut Teori Laluan-Matlamat Kepemimpinan,

tanggungjawab seseorang pemimpin adalah meningkatkan motivasi pekerja

bawahnya untuk mencapai matlamat dan misi personal serta organisasi

dengan membantu mereka melicinkan jalan atau laluan kearah pencapaian

matlamat. Seseorang pemimpin boleh meningkatkan motivasi pekerja

bawahannya dengan menjelaskan dan membantu mereka melicinkan jalan

atau laluan untuk mencapai sesuatu ganjaran atau kearah pencapaian

matlamat atau pemimpin jugaboleh meningkatkan ganjaran yang diharapkan

oleh pekerjanya. Hasil kajian ini boleh diaplikasikan di Malaysia untuk

meningkatkan proses kerja para pekerja. Ini kerana, dalam hasil dapatan

kajian ini menujukkan bahawa terdapatnya hubungan antara kepemimpinan

berfokuskan matlamat dengan kesedaran dan prestasi kerja. Dengan

menggunakan corak kepemimpinan berfokuskan matlamat, bukan sahaja

Page 6: Journal Kepemimpinan

dapat meningkatkan tahap motivasi para pekerja malahan juga dapat

meningkatkan produktiviti para pekerja. Ini kerana, para pekerja akan lebih

fokus dalam melakukan pekerjaan mereka bagi mencapai matlamat

organisasi. Sebagai contoh, perkhidmatan pengurusan dimana sekirannya

pengurus mengamalkan sistem kepemimpinan berfokuskan matlamat, kerja-

kerja yang dilakukan oleh ahli-ahli bawahannya akan lebih teratur dan

tersusun seterusnya meningkatkan semangat mereka untuk melaksankan

kerja yang dikehendaki kerana mereka jelas dengan arahan yang diberikan

oleh ketua mereka dan juga mereka jelas dengan matlamat organisasi. Ini

akan melicinkan tugas kerja para pekerja dan seterusnya mempercepatkan

proses mencapai matlamat dan misi organisasi itu.

4.0Kesimpulan.

Secara kesimpulannya, melalui kajian ini pengkaji mendapati bahawa

kepemimpinana berfokuskan matlamat menjadi pengantara hubungan antara

kesedaran dan prestasi kerja. Apabila pemimpin mempunyai arahan yang

strategik untuk para pekerja dengan menetapkan matlamat atau tujuan yang

berkaitan dengan visi organisasi dan dengan menjelaskan peranan,

tanggungjawab, dan keutamaan, kesedaran para pekerja untuk memberi

tindakbalas akan menjadi lebih tinggi. Melalui kajian ini juga, pengkaji

mendapati bahawa kesesuaian matlamat orang-organisasi menjadi

pengantara interaksi kesan –kesan kesedaran dan kepemimpinan

berfokuskan matlamat terhadap prestasi kerja. Kesesuaian matlamat orang-

organisasi merupakan pada tahap tertinggi antara pekerja yang mempunyai

kesedaran yang tinggi dimana penyelia mereka menerangkan dengan jelas

matlamat-matlamat dan keutamaan bagi unit kerja. Kesesuaian matlamat

pula merupakan secara positifnya berkait dengan prestasi para pekerja. Oleh

itu, satu sebab kenapa pekerja-pekerja yang mempunyai kesedaran yang

tinggi yang diselia oleh pemimpin yang berfokuskan matlamat mempunyai

tahap prestasi kerja yang lebih tinggi berbanding dengan para pekerja lain

adalah kerana konsep keutamaan matlamat organisasi mereka adalah

konsisten dengan para eksekutif organisasi itu.

Page 7: Journal Kepemimpinan

5.0Rujukan.

Nurul Hudaini Md.Nawi, Mohad Dahlan Hj. Malek, Chua Bee Seok, Ismail

Maakip, Muhamad Sophian Nazarudin, (2009).,Teori-teori Kepemimpinan

Dalam Psikologi Industri Dan Organisasi. Ums. MAPIM.

Patterson K. A, (2003). Servant Leadership: A Theoretical Model.

Regent University.

Robert Greenleaf, R. K. ( 1970). The Servant as Leader. Wostfield. The

Robert K. Greenleaf Center.