journal 2009

Upload: tad-fiza

Post on 18-Jul-2015

282 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

HUBUNGAN ANTARA ETNIK DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH DI SEKOLAH LUAR BANDAR SATU KAJIAN KES

AMARESON A/L MUNUSAMY [email protected] Institut Perguruan Sultan Abdul Halim, 08000 Sungai Petani, Kedah Tel : 0125098444

HUBUNGAN ANTARA ETNIK DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH [LUAR BANDAR]Amareson Munusamy Jabatan Penyelidikan dan Inovasi IPG Kampus Sultan Abdul Halim

Abstrak Kajian ini meninjau persepsi pelajar terhadap hubungan pelajar yang berbilang kaum di sekolah mereka. Hubungan antara kaum berdasarkan empat aspek iaitu, perkongsian identiti, sikap prejudis, sikap stereotaip dan kerapatan hubungan antara kaum. Kerapatan antara kaum ditinjau berdasarkan aktiviti harian pelajar bersama-sama dengan kawan yang berlainan kaum. Persepsi pelajar mengenai amalan-amalan di bilik darjah juga dikaji. Teori kitaran hubungan kaum dan teori konflik menjadi asas kajian ini. Sampel kajian terdiri daripada 170 orang pelajar sekolah menengah di kawasan luar bandar yang merangkumi 91 orang pelajar Melayu, 50 orang pelajar India dan 29 orang pelajar Cina. Instrumen kajian ialah soal selidik dan data di analisis dengan menggunakan pemerihalan diskriptif, ujian ANOVA dan ujian Korelasi bagi meninjau kerapatan hubungan antara kaum. Secara keseluruhan dapatan menunjukkan kerapatan hubungan antara kaum adalah di tahap yang memuaskan, terdapat perbezaan yang signifikan dari segi persepsi pelajar Melayu dan India mengenai kerapatan hubungan antara mereka dengan kelompok ras yang lain dan terdapat juga perbezaan signifikan dari aspek sikap stereotaip antara pelajar Cina dan India. Kecenderungan untuk bergaul antara kaum hanya berlaku berdasarkan aktiviti sewaktu masa di sekolah sahaja dan jarang berlaku selepas waktu persekolahan. Amalan bilik darjah menunjukkan bahawa budaya bilik darjah mengarah kepada pembentukan hubungan antara kaum yang baik. Abstract The aim of this study is to exmine students perception of racial relationship in their school. Interracial relationship was measured based on four aspects, sharing of identity as Malaysian, attitudes of stereotype and prejudice and closeness of relationship amongst students of different races. Conflict theory and Cycle Relationship theory are the basic theories used for this study. The sample comprises of 170 secondary school students, 91 are Malays, 50 are Indians and 29 are Chinese. Questionaires were distributed to the students as the main instrument to conduct this research. Tha data obtained were analysed using frequencies, ANOVA and Correlation Test. On the whole, the findings show that, there is a significant difference in the perception of Malay and Indian students in terms of closeness in interracial relationship. There is also a significant difference in stereotaip attitude of Chinese and Indian students. Interracial relationship was confined to school based activities, and seldom occur after school hours. Classroom activities that involves interacial relationship with students of other races are satisfactory. 2

Pengenalan

Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kumpulan etnik dengan ciri-ciri budaya, nilai dan kepercayaan yang berlainan bertepatan dengan takrifan tentang masyarakat majmuk. Sebuah masyarakat majmuk merupakan satu masyarakat yang muncul akibat daripada dasar-dasar kolonial dengan berlakunya penghijrahan penduduk mengikut kehendak-kehendak sistem ekonominya. Perkara ini telah mengwujudkan kelompok-kelompok yang berbagai ragam dalam satu unit politik. Setiap kelompok memegang kuat kepada agama, kebudayaan, bahasa,idea-idea dan cara kehidupan tersendiri.

Kerajaan telah melaksanakan pelbagai kaedah bagi merapatkan jurang perbezaan kaum yang diandaikan akan dapat mengurangkan konflik perkauman. Sistem pendidikan kita yang cuba memupuk pelajar yang terdiri daripada berlainan kaum di bawah satu bumbung, menggunakan bahasa pengantar yang sama, kemudahan dan menjalankan aktiviti bersama, namun ada kemungkinan perhubungan antara kaum sebenarnya tidak seperti yang diharapkan.

Sebagai negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, agama dan budaya, matlamat perpaduan kaum merupakan teras utama mewujudkan masyarakat yang harmonis dan bersatu padu. Sehubungan itu, penyelidik ingin meninjau kerapatan hubungan antara kaum di sebuah sekolah

menengah di luar bandar yang mempunyai pelajar yang berlainan kaum, iaitu pelatih Melayu, Cina dan India. Senario pelatih yang berlainan kaum menjalankan aktiviti di sekolah bersama-sama dengan kaum yang lain adalah jarang, mereka lebih cendurung berinteraksi dan melakukan aktiviti bersama-sama kaum yang sama. Ini adalah selaras dengan pendapat Sanusi Osman (1989) bahawa, walaupun pelajar institut pengajian tinggi mempunyai peluang berinteraksi yang bebas, namun mereka jarang melakukan aktiviti harian bersama-sama dengan mereka yang berlainan kaum. Pelajar-pelajar berkenaan juga lebih cenderung memilih rakan dari kaum yang sama. Oleh itu, kajian ini akan meninjau kerapatan hubungan antara pelajar IPGM sekolah menengah dengan mengkaji persepsi terhadap hubungan antara kaum, aktiviti dan amalan dalam bilik kuliah ke arah integrasi.

Selain itu, sikap prejudis dan stereotaip dikalangan pelajar berbilang kaum di peringkat sekolah menengah di luar bandar juga boleh mendorong kepada keregangan hubungan antara kaum. Justeru itu, kajian ini juga akan meninjau kewujudan sikap perjudis dan stereotaip di kalangan pelajar sekolah menengah yang berlainan kaum.

3

Kesimpulannya, perpaduan kaum di IPGM merupakan suatu masalah yang perlu di teliti dan diberi perhatian yang serius. Masalah ini jika tidak di kawal boleh menjejaskan perpaduan di kalangan pelatih yang berbilang kaum dan menggagalkan pencapaian matlamat pendidikan kebangsaan untuk menghasilkan rakyat Malaysia yang bersatu padu.

Objektif Kajian Kajian ini dijalankan untuk meninjau hubungan antara kaum dikalangan pelajar sekolah menengah di luar bandar.

Persoalan Kajian Berdasarkan objektif di atas, persoalan-persoalan kajian berikut di kemukakan iaitu:

1. Adakah wujud sikap perkongsian identiti sebagai rakyat Malaysia dikalangan pelajar yang berlainan kaum mengikut persepsi pelatih? 2. Adakah wujud sikap prejudis dikalangan pelajar yang berlainan kaum? 3. Adakah wujud sikap stereotaip dikalangan pelajar yang berlainan kaum? 4. Adakah wujud kerapatan hubungan dikalangan pelajar yang berlainan kaum? 5. Sejauhmanakah aktiviti yang merapatkan hubungan antara kaum di lakukan oleh pelajar di dalam dan di luar sekolah? 6. Berapa kerapkah amalan-amalan di bilik darjah yang membawa kepada kerapatan hubungan antara kaum dilakukan, mengikut persepsi pelatih? 7. Adakah wujud perbezaan yang signifikan di antara pelajar berbilang kaum dengan jenis sekolah rendah yang dikaji dari segi perkongsian identiti, sikap prejudis dan stereotaip?

TeoriTeori yang boleh menyebabkan wujud perasaan prasangka dikalangan masyarakat yang berbilang bangsa ialah teori konflik yang dikenalkan oleh Karl Marx. Mengikut Jauques-Philippe Leyens (1994) bahawa psychodynamic dan sosial konflik teori lebih berpusat kepada prejudis jika dibandingkan dengan stereotaip, dimana diskriminasi lebih menonjol daripada stereotaiping. Apabila sesuatu kumpulan bersaing di antara satu sama lain untuk menguaai kekayaan dan kuasa, maka manusia bukan sahaja menganggap kumpulan tersebut sebagai musuh tetapi mengenakan peraturan-peraturan norma yang ketat bagi kumpulan mereka sendiri.

4

Dalam kajian ini, teori hubungan kaum diaplikasikan dalam perhubungan di sekolah yang mempunyai pelajar berbilang etnik. Teori ini adalah berasaskan teori Robert E.Park. Beliau berpendapat bahawa hubungan antara ras peristiwa kitaran ini akan berulang walaupun dimana sahaja. Fasa-fasa kitaran ras yang dimaksudkan oleh beliau ialah hubungan (contact), persaingan (competition), penyesuaian (accommodation) dan asimilasi (assimilation). Kitaran hubungan ras ini ternyata progresif, dimana ia berlaku secara berperingkat-peringkat dan ia tidak boleh berpatah balik. Kajian Literatur Mengikut Chew Hock Tong (1982 ) negara kita merupakan sebuah negara yang terdiri daripada masyarakat berbilang etnik yang tidak terlepas dari masalah perhubungan etnik Menurutnya masalah ini merupakan satu manifestasi perkauman yang diwujud sejak pemerintahan British yang mengamalkan dasar pecah dan perintah. Ini telah meninggalkan kesan yang negatif terhadap hubungan kaum di negara kita, sehingga menyebabkan sentimen perkauman berakar umbi dikalangan masyarakat Malaysia.

Rabushka (1969) yang membuat kajian prejudis di kalangan pelajar Melayu dan Cina di Universiti Malaya menyatakan bahawa, hubungan di antara pelajar Melayu dan Cina tidak mesra

walaupun interaksi dan kontek antara dua etnik ini berlaku. Menurutnya lagi kontek ini sebenarnya lebih bersifat superficial atau lebih bersifat pada luarannya sahaja. Begitu juga dapatan Kok Siong Ngoh (1984) yang menyatakan hubungan ini hanya sambil lalu sahaja dan tidak mesra.

Wan Hashim Teh (1984) yang membuat kajian Pembentukan Stereotaip sebagai akibat dari interaksi Antara Ras dalam Kaum, Kelas dan Etnik juga berpendapat sedemikian. Pembentukan stereotaip menurutnya terbentuk akibat dari kontek superficial yang tidak membawa kepada pergaulan dan hubungan yang mesra serta mendalam. Di sini kita boleh rumuskan bahawa, dapatan beberapa kajian menunjukkan bahawa, walaupun wujud hubungan antara kaum di kalangan pelajar kita, masih wujud jarak dari segi kerapatan hubungan antara kaum.

Dalam sebuah penyelidikan berbentuk tinjauan yang dilakukan oleh Yew Yook Kim (1985) tentang peranan komunikasi antara budaya dan media massa ke atas integrasi nasional di tiga buah negeri iaitu Selangor, Johor dan Kelantan. Mendapati terdapat kekurangan persefahaman yang ketara di kalangan kelompok etnik yang berbeza terhadap budaya, norma-norma dan kebiasaan kumpulan lain.

5

Hasil dari keadaan kurang faham ini telah mengekalkan darjah prejudis antara kumpulan etnik yang tinggi di kalangan rakyat.

Syed Hussein dan Chew Hock Thye (1984) juga menyatakan bahawa jarak sosial yang terdapat di kalangan kumpulan etnik mewujudkan orientasi sikap dan pegangan nilai budaya yang berbeza di antara kaum. Memandang rendah terhadap nilai budaya yang dipegang oleh kumpulan luar menjadi suatu sebab anggapan stereotaip dan prejudis di kalangan masyarakat berbilang etnik terbentuk.

Satu kajian yang di jalankan di UKM (1989), berhubungan dengan pemupukan integrasi dikalangan pelajar sekolah juga menunjukkan, kurang senangnya pelajar-pelajar bukan Melayu mengenai penerimaan idea bagi melahirkan satu budaya, iaitu budaya Melayu sebagai teras kebudayaan kebangsaan.

Satu projek yang mengkaji hubungan di antara pencapaian akademik, tekanan, faktor penyebab di kalangan pelbagai etnik pelajar di kendalikan oleh Universiti Washington. Seramai 126 kanak-kanak berumur antara 8 dan 11 tahun (59 Kulit putih dan 67 Latino). Pengukuran melibatkan demografi, Profil Persepsi-Kendiri untuk kanak-kanak, dan Skala Harter Teacher's Rating digunakan sebagai instrumen. Kanak-kanak Latinos didapati lebih menyesuaikan diri dalam bentuk sokongan sosial dan dari segi strategi keagamaan berbanding kanak-kanak kulit putih (p < .001). Satu model am bagi kedua-dua kumpulan mendapati varian 33% dalam pencapaian akademik (p < .001) (Suzanne, 2008)

Melalui dua kajian berkaitan, Jane menyiasat hubungan antara identiti etnik, pembangunan epistemologi, dan pencapaian pelajar di kalangan pelajar warna kulit berlainan. Dapatan mencadangkan tiga pemboleh ubah berkaitan dengan iaitu Findings suggest that the three variables are related, with ethnic identity and epistemological development together contributing to explaining variance in college GPA almost as well as a combination of SAT score and high school grade point average (Jane, 2008)Ini menunujukkan, walaupun wujud suatu identiti kebangsaan di Malaysia, tetapi masih wujud perasaan untuk mengekalkan budaya kaum masing-masing dikalangan pelatih bukan Melayu.

Methodologi Kajian

6

Dalam kajian ini, penyelidik akan memperihalkan tanggapan pelajar terhadap hubungan antara kaum dikalangan pelajar-pelajar Melayu, Cina dan India di sebuah sekolah menengah di luar bandar, iaitu Sekolah Menengah Khir Johari, Sungai Sumun, Perak. Responden diperolehi secara rawak dari senarai nama pelajar yang terdapat dalam jadual kedatangan. Persampelan rawak mudah digunakan bagi menentukan responden dari sekolah yang dikaji. Ia merupakan kajian berdasarkan kepada sebuah sekolah iaitu tempat penyelidik bertugas. Ini akan memudahkan penyelidik mendapat maklumat-maklumat daripada responden dan mentadbir penyelidikan dengan mudah.

Kajian ini akan meninjau hubungan pelajar antara kaum dari aspek perkongsian identiti sebagai rakyat Malaysia, sikap prejudis dan stereotaip antara kaum. Kajian ini juga akan meninjau samaada terdapat amalan-amalan yang dilakukan di bilik darjah yang menuju ke arah perpaduan kaum. Amalan dalam bilik darjah ini akan diperolehi melalui soal selidik. Skala Likert (5 = sangat setuju, 4 = setuju, 3 = tidak pasti, 2 = tidak setuju, 1 = sangat tidak setuju) digunakan bagi menentukan hubungan antara kaum di sekolah yang dikaji.

Kajian ini di jalankan di

SMK, Khir Johari, Sungai Sumun,Perak, tempat penyelidik

bertugas, ini memudahkan penyelidik menjalankan kajian. Sekolah ini mempunyai 1900 pelatih yang berbilang kaum. Pelajarr-pelajar dari sekolah ini juga berasal daripada berbagai aliran semasa di sekolah rendah. Disamping itu kebanyakkan daripada pelajar-pelajar di sekolah ini tinggal dan berasal di perkampungan Melayu, perkampungan Cina Bagan (merupakan tempat penangkapan ikan), dan estetestet (ladang kelapa dan kelapa sawit). Hanya segelintir bilangan pelajar yang berasal dari taman perumahan yang bertempat di pekan masing-masing. Berdasarkan kepada keunikan dan kepelbagaian keturunan dan latar belakang pelatih ini, sekolah ini memanglah sesuai untuk mewakili pelajar-pelajar pada peringkat sekolah. Selain itu, SMK,Khir Johari,Sungai Sumun,Perak, juga dipilih kerana taburan pelajar-pelajar ini terdiri daripada berbilang etnik yang mempunyai persamaan dari segi keturunan, tempat asal dan aliran sekolah yang sama semasa di sekolah rendah. Faktor-faktor ini mengarah kecenderungan pelatih-pelatih untuk bergaul dalam kumpulan dari mana mereka berasal. Berdasarkan faktor-faktor di atas maka penyelidik merasakan sekolah ini sesuai dijadikan tempat kajian bagi melihat hubungan pelatih berbilang etnik.

7

Subjek Kajian Persampelan kajian adalah terdiri daripada pelajar-pelajar SMK,Khir Johari.Sungai Sumun.. Penyelidik memilih pelajar-pelajar berkenaan kerana mereka telah melalui alam persekolahan diantara 5 6 tahun di sekolah menengah. Tambahan pula, penyelidik sendiri mengajar pelatih daripada IPGM Kampus Sultan Abdul Halim,Sungai Petani.daripada 2 buah IPGM tersebut. Maka penyelidik cukup arif mengenai responden-responden tersebut. Ini memudahkan penyelidik untuk melaksanakan soal-selidik. Pelajar-pelajar berkenaan juga adalah lebih matang dan dapat berfikir secara rasional jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar peringkat sekolah. Berdasarkan kepada maklumat komposisi kumpulan etnik, sampel kajian kumpulan etniknya mengikut bilangan 52% terdiri daripada pelatih Melayu, 28% pelajar India dan 18 % pelajar Cina. Memandangkan populasi pelatih Melayu dan India adalah tinggi berbanding dengan pelatih Cina, maka penyelidik terpaksa mengambil hampir kesemua sampel pelajar Cina. Pada dasarnya sampel dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak mudah. Mengikut Gay(1996), kaedah persampelan mudah ini merupakan suatu proses untuk memilih sampel, dimana setiap individu dalam populasi tersebut mempunyai peluang untuk dipilih sebagai sampel kajian. Penyelidik memperolehi 170 sampel untuk kajian ini berdasarkan jadual yang telah digenerelisasikan oleh Krejcie dan Morgan ( 1996,dalam buku Gay). Jadual ini menunjukkan jumlah sampel yang harus dipilih berdasarkan jumlah populasi. Sampel kajian ini terdiri daripada 89 (52%) pelatih Melayu, 50 (30%) pelatih India dan 30(18%) pelatih Cina. Disamping itu, kesemua pelatih Melayu (52%) adalah daripada pelajar sekolah aliran Sekolah Kebangsaan, semua pelatih India daripada aliran Sekolah Jenis

Kebangsaan (Tamil) (30%) dan semua pelatih Cina daripada Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) (18%) semasa sekolah rendah.

Alat Kajian

Dalam kajian ini satu set soal selidik yang mengandungi empat bahagian digunakan untuk mengumpul data. Bahagian-bahagian itu ialah:

Bahagian 1: Maklumat Demografik; Bahagian 2: Soal selidik mengenai hubungan antara kaum.Soalan soalan dalam bahagian ini akan merangkumi aspek-aspek perkongsian identiti, sikap stereotaip,sikap prejudis dan kerapatan hubungan antara kaum.

8

Bahagian 3a: Soal selidik bahagian ini merangkumi soalan-soalan berkaitan dengan aktiviti yang dilakukan oleh pelatih bersama-sama kawan yang berlainan kaum. 3b: Soal selidik bahagian ini merangkumi soalan-soalan berkaitan dengan amalan-amalan di bilik kuliah.

Item-item soalan bahagian 2 dan 3 telah diubah sesuai berdasarkan kertas projek master (Chan 2001) yang telah disesuaikan daripada penyelidik-penyelidik terdahulu seperti Ibrahin Saad(1982), Sanusi Osman (1989) Sylia Hurtado (1992) dan Brien N. Smith & S.Jeffrey S.Hornsby(2000).

Dapatan Kajian

Dapatan kajian menunjukkan bahawa taburan responden adalah seperti dalam jadual 1. Dari segi ras terdapat 91(53%) pelajar Melayu, 50(30%) pelajar India dan 29(17%) pelajar Cina. Dari segi jantina 68(40%) adalah pelajar lelaki dan 102(60%) adalah pelajar perempuan. Dari aspek aliran persekolahan semasa di sekolah rendah pula, di dapati kesemua 91 (53%) pelajar Melayu adaah pelajar aliran Sekolah Kebangsaan (SK), 50(30%) pelajar India adalah pelajar aliran sekolah Tamil(SJK T) dan 29(17%) pelajar adalah daripada aliran sekolah Cina (SJK C). Hanya 19(11%) yang tinggal di kawasan seimbang yang didiami oleh kaum Melayu, Cina dan India. Jadual 1: Taburan Responden mengikut KaumRas Melayu Cina India Jumlah Frekuensi 91 29 50 170 Peratus 53.5 17.1 29.4 100.0

Analisis ANOVA digunakan untuk melihat samada wujud perbezaan yang seginifikan dari segi persepsi pelajar dari segi aspek berkongsi identiti, sikap prejudis, sikap stereotaip dan segi sikap kerapatan hubungan antara kaum. Analisis ANOVA dalam Jadual 10 menunjukkan, tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar berbilang kaum dari segi sikap berkongsi identiti. Nilai signifikan bagi perkongsian identiti antara kaum ialah .416, ia adalah lebih besar daripada nilai alfa .05, ini menunjukkan tiada perbezaan yang signifikan antara min perkongsian identiti bagi ke empat-empat kaum, F(2, 167) = .881, p > .05., dan sikap prejudis juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan F(2,167) = .954. p> .05. bagi ke empat-empat kaum. ANOVA menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan di antara pelajar berbilang kaum dari segi sikap stereotaip, (F2,167) = 6.832, p