jawapan soalan edu3083 en. mohd. nazri ppg sn 1-2

10
EN. MOHD. NAZRI BIN ALI PPG SAINS 1 SOALAN 1A Terangkan dua akauntabiliti keguruan Akauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh guru terhadap profesionalisme keguruan.Ia merangkumi tanggungjawab terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya. Komen: Definisi yang baik i)Pelajar Seorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang dihormati oleh pelajarnya. ii)Diri Seorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Komen: Jawapan di atas layak mendapat markah penuh (5%) kerana huraian fakta yang sangat baik dan sangat jelas. 1 Jawapan Soalan EDU3083 : En. Mohd. Nazri bin Ali PPG Sains 1

Upload: dustin-cooper

Post on 01-Sep-2015

41 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

EN. MOHD. NAZRI BIN ALIPPG SAINS 1

SOALAN 1ATerangkan dua akauntabiliti keguruanAkauntabiliti keguruan bermaksud tanggungjawab yang harus difahami dan dilaksanakan oleh guru terhadap profesionalisme keguruan.Ia merangkumi tanggungjawab terhadap pelajar , diri guru itu sendiri, sekolah, masyarakat dan negara , dan profesion keguruan amnya. Komen: Definisi yang baiki)PelajarSeorang guru haruslah menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi di bilik darjah termasuk mematuhi masa dalam jadual waktu serta melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru juga haruslah mengutamakan kemajuan, kebajikan dan keselamatan murid-murid berbanding hal-hal lain. Seorang guru yang bertanggungjawab haruslah bersikap adil terhadap pelajar-pelajarnya tanpa mengira bangsa, agama, faktor jasmani, emosi, mental, politik, sosial dan perkara-perkara lain. Guru hendaklah membimbing dan mengajar murid-murid di bilik darjah tanpa meminta sebarang bayaran atau hadiah daripada mereka, sebaliknya guru sekali-sekala perlu memberi hadiah kepada murid-muridnya untuk menggalakkan mereka berminat terhadap proses pembelajaran. Memberi contoh teladan yang baik dengan berpakaian kemas, berbudi bahasa dan bersopan santun semasa bertugas harus juga di amalkan supaya murid memperolehi model yang baik. Ini adalah kerana seorang guru merupakan orang yang dihormati oleh pelajarnya.

ii)DiriSeorang guru haruslah menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna. Emosi hendaklah di kawal oleh guru sendiri dan juga perlu menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Sebagai seorang guru, guru hendaklah bijak menguruskan kewangan dengan bijaksana dan mengimbangi pendapatan dengan perbelanjaan. Ini adalah kerana jika guru gagal menguruskan kewangan maka guru akan menghadapi masaalah luaran yang boleh menjejaskan tumpuannya terhadap proses pengajaran di sekolah. Guru juga di galakkan melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau elektronik supaya mudah memberikan imput yang berguna terhadap profesionnya. Komen: Jawapan di atas layak mendapat markah penuh (5%) kerana huraian fakta yang sangat baik dan sangat jelas.

SOALAN 1BHuraikan dengan contoh bagaimana anda mengamalkan integriti untuk memenuhi tanggungjawab terhadap murid.Sebagai seorang guru, tanggungjawab utama adalah membentuk anak didik agar mereka berjaya menjadi manusia yang mampu meneruskan kehidupan pada masa hadapan tanpa memerlukan bantuan. Guru bertanggungjawab membina keyakinan murid-muridnya untuk menimba ilmu kehidupan secukup-cukupnya agar mereka tidak longlai di masa hadapan.

Komen: Definisi atau maksud integriti tidak dinyatakan

Fakta 1: Seorang guru juga harus memastikan anak didiknya mampu menguasai subjek yang diajar bukan sahaja untuk lulus peperiksaaan, bahkan membimbing mereka agar memahami mengapa mereka wajar menguasai setiap yang diajar. Begitu juga dengan guru subjek Bahasa, Agama, Sejarah, Lukisan, Sastera dan sebagainya.

Tanggungjawab seorang guru amat berat dalam mendidik pelajar dengan penuh keikhlasan dan kejujuran untuk melahirkan generasi yang berguna kepada masayarakat dan negara kita. Dengan demikian, Fakta 2: guru perlu mempunyai hubungan yang baik dengan pelajar yang berteraskan keikhlasan serta sifat penyayang agar dapat memberikan didikan yang terbaik buat semua pelajar. Guru yang berintegriti akan melaksanakan tugasnya dengan amanah dan mempunyai keprihatinan serta penuh kasih sayang (contoh) kepada pelajar. Seorang guru yang bertanggungjawab juga tahap ketabahan yang tinggi serta sentiasa bersikap positif dalam proses menyelesaikan masalah pelajar.

Fakta 3: Seorang guru juga perlu menunjukkan contoh teladan yang diminati para pelajar seperti mengamalkan nilai murni yang konsisten. Seorang guru yang mudah melepaskan perasaan marah (contoh) tidak menunjukkan contoh teladan yang murni kepada para pelajar dan tidak salah sekiranya para pelajar juga sering bergaduh sesama mereka. Guru adalah agen terpenting untuk mempengaruhi sikap para pelajar mereka.

Dari segi P&P pula, guru perlu bertanggungjawab dan mempunyai kewajipan untuk memberi yang terbaik untuk pelajar. Suasana pembelajaran yang menyeronokkan sentiasa difikirkan untuk membentuk modal insan dan pelajar yang terbaik. Oleh itu, guru yang berintegriti dan melaksanakan tugas secara ikhlas mampu merancang P&P yang terbaik demi melahirkan modal insan yang mempunyai minda kelas pertama. Jika seorang guru yang berintegriti bekerja dengan niat yang ikhlas, amanah dan mempunyai sifat penyayang terhadap pelajar, sudah pasti pelajar akan memperolehi didikan yang terbaik setelah meneladani perwatakan guru mereka. (Kesimpulan)

Komen: 1. Definisi tiada 2. Fakta 3 atau 4 Banyak. 2 atau 3 fakta dah memadai 3. Huraian dan contoh Baik dan jelas 4. Kesimpulan sangat baik

Jawapan di atas menepati ciri-ciri KBAT 10%

SOALAN 2ANyatakan ciri ciri guru pakari. Pengetahuan dan kemahiranSeorang guru pakar haruslah mampu menguasai dan mahir dalam bidang atau mata pelajaran yang menjadi kepakarannya. Seorang guru pakar juga menjadi tempat rujukan oleh guru-guru lain, mengadakan program-program yang mampu meningkatkan prestasi sekolah disebabkan oleh kelemahan dan masalah yang timbul dalam pembelajaran. Guru pakar sentiasa ingin belajar bagi menambahbaikkan ilmu pengetahuan/kemahiran yang dimiliki. Kepekaan terhadap perubahan yang berlaku di serantau berkaitan dengan bidang pendidikan perlu dimiliki kerana ia menganggap perubahan sebagai petunjukarah terhadap perubahan yang perlu dilakukan olehnya terhadap diri mereka sebagai pelengkap untuk berhadapan dengan anak-anak didik.

ii. Keperibadian yang baik dan terpujiGuru pakar sentiasa menunjukkan sahsiah yang terpuji, berketrampilan dan berpegang teguh pada etika perguruan dan etika perkhidmatan awam serta peka dan prihatin terhadap keperluan pelajar serta dapat menjadi contoh kepada warga pendidik. iii. Hasil kerja Kualiti kerja mampu meningkatkan hasil pembelajaran yang mampu meningkatkan hasil pembelajaran kearah pembangunan potensi pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelbagai pendekatan untuk meningkatkan minat murid di jalankan menerusi bimbingan di dalam dan di luar waktu pengajaran, menerusi kekerapan pemberian kerja bertulis atau tugasan dan menerusi penguasaan dan penggunaan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran.

iv. KomunikasiGuru pakar haruslah memiliki kemahiran berkomunikasi yang tinggi, suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan kemahiran kepada murid-murid. dan ia juga serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi dan forum. Selain itu ia juga mampu memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya berkeupayaan memelihara hubungan mesra dan menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.v. Potensi Guru pakar mempunyai sasaran atau target untuk menjadi lebih kuat udaya usahanya dalam membantu sekolah dengan memberi sumangan tidak kira dalam penglibatan ko kurikulum, kurikulum, penglibatan dalam aktiviti bersama guru-guru lain untuk menyampaikan ilmu dan juga sentiasa berusaha untuk meningkatkan ilmu pengetahuan melalui penyelidikan. Seorang guru pakar juga mempunyai sikap kreatif dan inovatif dalam menjalankan tugas sebagai pendidik. vi. Sumbangan kepada kemajuan pendidikan negara Guru pakar juga sentiasa meluahkan idea-idea baharu dalam bidang yang dipelopori bagi meningkatkan mutu pendidikan negara.

SOALAN 2BJelaskan peranan guru pakar dalam membantu perkembangan guru guru novis (permulaan)Guru pakar mempunyai peranan dan bertanggungjawab untuk membantu guru-guru permulaan untuk menjalankan tugas dengan lebih baik. Guru pakar telah mempunyai latihah ikhtisas yang mencukupi dan adalah pakar dalambidang pendidikan. Oleh itu,guru pemulaan mestilah mencontohi guru pakar untuk lebih berjaya di masa hadapan. Guru pakar haruslah mempunyai hubungan yang erat dengan guru permulaan supaya guru permulaan tidak berasa kekok dan malu untuk mendapat ilmu daripada guru pakar. Selalunya guru permulaan mempunyai masalah sosialisasi kerana kerendahan diri sebab baru memasuki alam pendidikan. Guru pakar hendaklah menyelidik guru permulaan supaya boleh membantu guru permulaan dalam menjayakan diri. Selalunya guru permulaan kurang mahir mengurus kokurikulum, mengurus aktiviti sukan, kurang keyakinan dalam pengawalan disiplin bilik darjah dan juga tidak memahami peraturan dan disiplin sekolah. Mereka juga kurang mahir dalam teori dan amalan latihan, tidak cukup kemahiran menggunakan pusat sumber dan juga kurangnya kemahiran sosial.Guru pakar hendaklah berfikiran terbuka dan berpandangan jauh serta menjalinkan hubungan yang mesra dengan guru permulaan supaya mereka tidak rasa terpinggir. Mereka juga hendaklah bersedia mendengar luahan hati daripada guru permulaan dan memberi pendapat yang bersesuaian.

SOALAN 3ASenaraikan jenis jenis tindakan kepimpinan berdasarkan Teori Tingkah Laku Grid Pengurusan yang dihasilkan dalam kajian Blake dan Mouton (1964,1978)Menurut Teori Tingkah Laku Grid Pengurusan yang dihasilkan dalam kajian Blake dan Mouton (1964, 1978), mengutarakan 5 jenis tindakan kepimpinan, pertama tindakan Berorientasikan Tugas iaitu gaya asasnya lebih mengutamakan tugasan dan kehendak kerja. Gaya kepimpinannya lebih memberi penekanan kepada keefisienan kerja tanpa mengambil kira faktor manusia. Pengurusan jenis ini lebih suka mengongkong, mengarah, tegas dan sombong kerana tiada komunikasi yang mesra sebaliknya hanya arahan penting diberi kepada orang bawahannya. Kedua tindakan kelab rekreasi, iaitu pengurus kurang mementingkan pengeluaran, tetapi lebih mementingkan pekerja sahaja. Penekanan hanya diberi kepada keperluan manusia, perhubungan manusia dan budaya kerja yang harmoni dan menyenangkan. Ketiga tindakan papa (daif), pemimpin menyumbang usaha yang amat minimum, sama ada terhadap kebajikan pekerja (unsur manusia) mahu pun pencapaian matlamat organisasi (unsur penghasilan). Pengurusan jenis ini berlagak sebagai ketua dan mempunyai hubungan yang terbatas dengan pekerja bawahannya. Keempat tindakan di pertengahan jalan, pengurusan jenis ini mementingkan pengeluaran dan kepuasan pekerjanya. Pemimpin cuba menyeimbangkan keperluan untuk memastikan kerja disempurnakan di samping mengekalkan harga diri manusia pada aras yang sederhana. Kelima tindakan berpasukan, lebih bersifat demokratik dengan memberikan penekanan kepada semangat saling bergantungan yang positif antara ahli dan komitmen terhadap matlamat organisasi. Gaya ini dapat memupuk kepuasan yang tinggi dan meningkatkan prestasi.

SOALAN 3BAnda dikehendaki membantu Cikgu Ana untuk memimpin ahli panitianya berdasarkan Teori Kontingensi Fiedler (1967).Teori kontingensi Fiedler (1967) menyatakan tidak munasabah untuk menjangkakan bahawa seorang pemimpin boleh melakukan segala-galanya pada setiap masa lebih baik daripada orang lain. Setiap pemimpin yang mempunyai ciri-ciri yang baik akan berbeza daripada kelompok dengan kelompok yang lain dan situasi dengan situasi yang lain. Bagi situasi cikgu Ana, untuk memimpin ahli persatuannya yang lebih berpengalaman, beberapa ciri kepimpinan boleh diamalkan pertama sikap sosial, cikgu Ana perlu menunjukkan perilaku seorang pemimpin yang mempunyai sikap sosial yang baik. Contohnya beliau perlu mengasihi orang dipimpinnya, menerima mereka sebagai ahli kumpulan, bertolak ansur, bertimbang rasa, adil, tidak mementingkan diri sendiri dan selalu meluangkan masa bagi mendengar masalah ahli kumpulan. Kedua menunjukkan minat dan dedikasi, cikgu Ana haruslah menunjukkan minat yang mendalam semasa memimpin Panitia Bahasa Melayu. Tanpa minat cikgu Ana tidak akan berjaya memimpin kumpulannya. Contohnya apabila cikgu Ana mempunyai minat dan dedikasi yang tinggi, maka akan lahirlah semangat gigih, rajin bekerja atau dedikasi. Tanpa sifat gigih dan dedikasi cikgu Ana itu tidak akan berjaya memimpin kumpulan yang berpengalaman tersebut sekaligus akan dipandang sinis oleh ahli panitianya. Ketiga berdisiplin, ketua yang berdisiplin akan dicontohi dan dipatuhi oleh pengikutnya. Begitulah juga sikap yang perlu ada pada cikgu Ana, disiplin yang tinggi diperlukan demi menjaga nama dan kedudukan Panitia Bahasa Melayu. Ketua yang berdisiplin akan sentiasa mematuhi perkara-perkara tersebut dan selanjutnya ia akan menentukan pula supaya kumpulan juga berbuat demikian. Cikgu Ana perlu menerapkan dalam diri beliau hanya mereka yang berdisiplin sahaja boleh mendisiplinkan orang lain. Sebagai contoh segala arahan, peraturan dan etika perlu dipatuhi sepenuhnya oleh pemimpin dan ahli. Keempat tegas dan fleksibel, dengan bersifat tegas cikgu Ana tentu akan diyakini oleh ahli kumpulan. Keputusan dan arahannya akan dipatuhi tanpa keraguan dan kelewatan. Ketua yang tegas akan disegani oleh pengikutnya. Sebagai contoh ketegasan dalam mendepani soal-soal berkaitan dengan keselamatan. Namun begitu sifat fleksibel juga perlu untuk memberi ruang ahli menyatakan pandangan mereka sebagai orang yang berpengalaman. Sebagai contoh ia haruslah boleh memilih atau menerima pandangan ahli berkaitan cara atau kaedah lain apabila satu cara yang dirancangkan itu membahayakan kumpulan. Kelima yakin, Cikgu Ana hendaklah yakin kepada dirinya sendiri. Yakin kepada diri sendiri ialah yakin kepada kebolehan yang ada, yakin kepada segala keputusan dan tindakan yang telah dibuat untuk panitia dan apa yang lebih penting ialah yakin kepada kepimpinan sendiri. Contohnya dapat menjalankan tugasnya tanpa ragu-ragu. Keenam jujur, dengan bersifat jujur cikgu Ana akan sentiasa berterus-terang kepada ahli panitianya. Jika ia tidak tahu mengenai sesuatu perkara ia akan mengatakan tidak tahu dan sudi menerima pandangan dan teguran daripada ahlinya yang lebih berpengalaman. Sebagai contoh, jika ia belum melakukannya sesuatu perkara maka ia akan berkata ia belum melakukannya. Ketujuh berani, Cikgu Ana dapat memimpin kumpulan walau di dalam apa keadaan sekali pun dan dapat melahirkan keputusan yang sukar dan berat. Contohnya berani berhadapan orang ramai, berani menegur walaupun dengan individu lebih berpengalaman dan sentiasa bersifat cekal di dalam kecemasan tetapi jangan membabi buta sehingga terkeluar dari batas logik dan kewarasan. Kelapan pintar, cikgu Ana mestilah berikap pintar kerana orang yang pintar dapat menganalisa sesuatu keadaan atau permasalahan yang baik serta dapat memisahkan antara perkara yang penting dengan yang tidak. Contohnya tahu menilai keutamaan kepada panitia dan cepat peka terhadap apa yang berlaku di sekitarnya. Kesimpulan daripada apa yang diterangkan, setiap organisasi memerlukan pemimpin. Tanpa pemimpin sesebuah organisasi tidak dapat berfungsi dengan sempurna. Apa yang difahami, teori kontigensi dapat dilihat melalui situasi kepimpinan, situasi ini merupakan hubungan yang dijalinkan diantara pemimpin dan juga ahli panitia serta dimensi kedua dalam membentuk situasi iaitu struktur tugas yang diamanahkan dalam organisasi.

SOALAN 4 (a)Langkah langkah berkesan untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan guru.Guru boleh diumpamakan sebagai ibu bapa kedua kepada anak murid .Guru seharusnya menjadi role model kepada murid. Murid perlu didedahkan kepada bahan bacaan sejak dibangku sekolah lagi . Guru mestilah menunjukkan sikap yang positif terhadap budaya membaca. Untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan guru, guru mestilah mewujudkan banyak sudut bacaan di dalam bilik guru. Membaca bukan sahaja terhad kepada buku. Di sudut bacaan yang diwujudkan, terdapat pelbagai jenis bahan bacaan seperti surat khabar, majalah, jurnal dan komputer yang mempunyai talian internet. Ini dapat menggalakkan guru membaca dan mendapatkan bahan dari internet selain membaca buku buku yang sedia ada.Galakan dan pujian amat diperlukan oleh pihak pentadbiran sekolah agar budaya membaca di kalangan guru dapat diteruskan. Pihak pentadbiran sekolah boleh mewujudkan beberapa anugerah khas kepada guru yang banyak membaca. Dengan cara ini, ini akan mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan guru.Bahan bahan bacaan di perpustakaan juga perlu dilengkapi dengan bahan bacaan yang terkini di pasaran. Selain itu, guru juga boleh menyarankan kepada murid agar membawa bahan - bahan bacaan dari rumah untuk disumbangkan kepada pihak sekolah. Diharapkan dengan bertambahnya bilangan buku dari pelbagai jenis ini dapat menarik minat guru untuk membaca.Pihak pentadbiran sekolah juga perlu menggalakkan guru guru supaya menyambungkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi. Dengan cara ini, guru sentiasa dilengkapi dengan ilmu ilmu yang terkini dan sudah semestinya guru menjadikan membaca sebagai amalan .

SOALAN 4 (b)Bincangkan bagaimana amalan reflektif dapat meningkatkan profesionalisme guru dalam konteks pembelajaran sepanjang hayat.Guru merupakan pemangkin wadah perjuangan untuk pelajar membina daya pemikiran yang analitikal, kritis dan kreatif bagi membentuk individu-individu yang boleh menyesuaikan diri dengan perubahan-perubahan yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh yang demikian, guru itu sendiri harus menguasai kemahiran dan pengetahuan yang terkini untuk menjalankan tugas mereka. Guru harus meningkatkan profesionalisme diri masing-masing. Profesionalisme diri merupakan hasil daripada suatu proses pemikiran profesional dan tindakan dalam pembelajaran sepanjang hayat. Ia suatu proses di mana guru menyemak semula, membaharui dan melanjutkan komitmen mereka sebagai agen perubahan terhadap tujuan pengajaran; mereka menguasai dan memperkembangkan secara kritikal pengetahuan, kemahiran serta kecerdasan pelbagai yang diperlukan dalam pengajaran.Seorang guru yang cemerlang harus meneruskan pendidikannya sepanjang hayat kerana faktor pendidikan sendiri mengalami pelbagai perubahan. Istilah - istilah baru, kaedah pengajaran-pembelajaran yang terkini, teknik-teknik pengajaran, inovasi dan penggunaan komputer dalam pendidikan adalah beberapa contoh perubahan dalam pendidikan.Guru yang inovatif, mampu memperkaya diri dengan pengetahuan, kemahiran dan teknik teknik pengajaran dan pembelajaran baru melalui kursus kursus yang ditawarkan dalam latihan dalam perkhidmatan yang ditawarkan melalui Institut Pendidikan Guru. Berkaitan dengan ini, guru yang telah menghadiri kursus seharusnya menjalankan latihan dalaman untuk sekolah masing-masing agar semua guru dapat memperoleh pengetahuan dan kemahiran dalam bidang-bidang tertentu. Sebaran input-input yang baru seperti pembelajaran bestari, pengajaran Matematik dan Sains, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Bimbingan dan Kaunseling dan sebagainya diberi kepada guru akan meningkatkan kualiti pengajaran guru dari segi inovasi dalam pengajaran.Portfolio pengajaran menjadi tempat di mana pemikiran reflektif berlaku untuk menghalusi pengajaran sendiri. Seseorang guru boleh merekod kaedah mengetahui, mengumpul maklumat baru, memikirkan sama ada idea itu boleh diaplikasi atau tidak, mengambilkira sama ada idea baru sesuai atau tidak, dan menentukan apa yang perlu disimpan dan apa pula yang harus dihapus kira. Proses ini akan membentuk seorang guru itu mengamal tabiat serta sikap berfikir dan berikhtiar dalam melaksanakan tugasnya.

Dalam perkembangan diri, guru harus mengamalkan konsep belajar seumur hidup. Amalan membaca, menulis dan melakukan penyelidikan tindakan memperluaskan pengalaman, pengetahuan dan pandangan guru terhadap bidang. Ia menajamkan kecekapan serta keyakinannya dan ia akan menjadi kreatif, reflektif dan berinovasi dalam amalan pengajaran .Guru mampu memperbaiki diri sebagai pelajar dalam paradigma belajar seumur hidup. Mereka perlu meningkatkan pengetahuan dan ketrampilan khususnya dalam era globalisasi dan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini, dan sebagai guru, kita harus mempertajam kemahiran mengajar melalui ICT, meneroka dan menukar maklumat dengan guru-guru lain yang lebih berpengalaman. Satu langkah yang bijak untuk meningkatkan profesionalisme diri ialah membuat jaringan/networking dengan guru-guru di seluruh Malaysia melalui kumpulan kumpulan yang diwujudkan dalam media sosial seperti WhatApps , WeChat , Telegram dan Facebook.

3 Jawapan Soalan EDU3083 : En. Mohd. Nazri bin Ali PPG Sains 1