t1a2 (1) nazri

31
Fakulti Pendidikan dan Bahasa HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF Nama : MOHD NAZRI NAIM BIN AHMAD. No. Matrik : 810825115425001. No. Kad Pengenalan : 810825-11-5425. No. Telefon : 012-9432689. E-Mail : [email protected] 1

Upload: nasir32933039

Post on 01-Oct-2015

274 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Fakulti Pendidikan dan Bahasa

HBEF 3503 PENDIDIKAN INKLUSIF

Nama: MOHD NAZRI NAIM BIN AHMAD.No. Matrik: 810825115425001.No. Kad Pengenalan: 810825-11-5425.No. Telefon: 012-9432689.E-Mail: [email protected] Pembelajaran : Pusat Pembelajaran Petaling Jaya. 1

PENGHARGAAN

Saya sangat bersyukur kerana telah dapat menyediakan satu cadangan kajian yang berasaskan masalah pendidikan inklusif di sekolah dengan sempurna. Ini semua dapat dilaksanakan dengan tunjuk ajar pensyarah saya. Dengan bantuan dan tunjuk ajar tersebut maka saya mula memahami bagaimana caranya untuk menyediakan sebuah kajian sebegini. Di samping itu, saya sangat berterima kasih kepada pihak sekolah khasnya En selaku Guru Besar Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat Sungai Besi kerana sentiasa memberi peluang kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Untuk itu saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dengan memberi nasihat dan bimbingan untuk menyudahkan kajian ini.

TAJUK:

Keberkesanan Bahan Bantu Belajar Maujud dan Audio Terhadap Murid Cacat Penglihatan Dalam Matapelajaran Sains

JADUAL KANDUNGAN

KandunganMuka suratAbstrak51.0 Pengenalan62.0 Latar Belakang Kajian 7-82.1 Batasan Kajian2.2 Subjek Kajian3.0 Tinjauan Literatur 10-114.0 Metadologi Kajian 11-124.1 Reka Bentuk Kajian5.0 Analisis Data 12-155.1 Analisis Data Sebelum Pengajaran5.2 Analisis Data Selepas Pengajaran6.0 Kesimpulan Kajian157.0 Penutup168.0 Rujukan179.0 Lampiran 18-19Abstrak

Program inklusif merupakan program di mana pelajar pendidikan khas dimasukkan ke dalampendidikan aliran perdana. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana dan perlu mengikuti mengikuti silibus pendidikan pelajar aliran perdana. Pelaksanaan program inklusif di sekolahbukanlah sesuatu yang mudah. Program ini memerlukan penglibatan semua pihak samaada yang terlibatsecara langsung dan tidak langsung. Daripada kajian kes yang dibuat, murid yang mengalami masalah penglihatan telah dimasukkan ke kelas perdana iaitu kelas 6 Rajin yang mempunyai 18 murid. Kajian adalah untuk melihat keberkesanan penggunaan bahan bantu belajar (Maujud dan Audio) kepada seorang murid cacat penglihatan dalam pengajaran sains. Kajian dijalankan dengan berpandukan borang temubual dan pemerhatian yang dibuat sebelum dan selepas pengajaran. Hasil jawapan borang temubual dan pemerhatian ini, telah dianalisis secara deskriptif iaitu melalui tahap penerimaan dan kefahaman murid ini terhadap matapelajaran sains bagi tajuk bentuk bentuk asas dan rasa keselesaan murid ini apabila dimasukkan ke aliran kelas perdana. Hasil kajian juga, akan dijadikan panduan untuk pelaksanaan secara lebih jelas dan berfokus oleh pihak sekolah dalam menjayakan program inklusif pada masa akan datang.

1.0 Pengenalan

Di dalam kajian ini, akan membincangkan Program Integrasi bagi murid murid berkeperluan khas (masalah penglihatan) yang belajar mata pelajaran Sains di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat. Kecacatan penglihatan atau buta adalah sejenis kecacatan fizikal di mana sebahagiannya daripada alat alat pancaindera telah rosak sama ada rosak teruk atau mengalami kehilangan sedikit sehingga meninggalkan kesan yang negatif terhadap pertumbuhan seseorang kanak kanak. Dari aspek pendidikan masalah penglihatan bermaksud cacat separuh atau kurang nampak ialah mereka yang berkemampuan untuk membaca dan melihat huruf biasa. Manakala buta ialah mereka yang langsung tidak dapat melihat dan perlu menggunakan kod Braille untuk membaca. Oleh yang demikian bagi kanak kanak yang cacat penglihatan, mereka juga terlibat dengan beberapa masalah dalam aspek pembelajaran kerana pertumbuhan deria pancaindera mengalami masalah seterusnya memberi kesan kepada perkembangan mental. Maka tidak hairanlah ada segelintir daripada mereka mengalami proses perkembangan yang lambat seperti responden yang boleh dikategorikan sebagai multiple handicap. Ini bermaksud kanak kanak tersebut mengalami cacat penglihatan dan perkembangan lambat.

2.0 Latar Belakang Kajian

Kajian dijalankan di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat, dan sekolah ini telah menjalankan pendidikan khas untuk murid khas dan mempunyai kelas pendidikan khas. Manakala Sekolah ini masih belum menjalankan program secara insklusif, akan tetapi dengan kertas kerja yang telah dibentangkan, pihak pentabir sekolah telah meluluskan dan akan melaksanakan program pendidikan inklusif ini pada tahun 2014. Oleh itu, saya dipertanggungjawabkan untuk mengenalpasti dan merancang program pendidikan inklusif yang berkesan dan berkualiti. Sehubungan dengan itu, satu kajian kes dijalankan sebagai satu langkah persediaan untuk pelaksanaan program ini nanti. Dengan ini, saya telah membuat kajian terhadap seorang murid tahun 6 dan telah dimasukkan ke dalam kelas tahun 6 Rajin yang mempunyai 18 murid keseluruhannya.

Dalam kajian ini, seorang murid yang mengalami cacat penglihatan yang dikategorikan cacat penglihatan B2 yang bermaksud mempunyai sedikit penglihatan dimana di kedua matanya mempunyai tahap penglihatan 6/24 dan memerlukan rawatan susulan seumur hidupnya.Murid ini bernama Retna Vello dan maklumat bapa tidak diperolehi. Ditinggalkan ibu di Rumah Kebajikan Tengku Budriah yang terletak lebih kurang 2 kilometer dari sekolah. Kecacatannya dikesan sebaik kelahiran dan disahkan oleh doktor mempunyai sejenis penyakit yang menyebabkan kedua biji matanya seakan tidak seimbang dengan tahap penglihatan yang rendah. Selain itu, kanak kanak ini mempunyai masalah perkembangan lambat dari segi fizikal dan pembelajarannya.

Kaedah Pendidikan Inklusif adalah satu program pendidikan inklusif bagi murid-murid dengan keperluan khas yang boleh menghadiri di dalam kelas biasa bersama-sama dengan murid-murid biasa. Secara tepatnya perlaksanaannya adalah berdasarkan berikut: Telah dimasukkan dalam Sasaran Kerja Utama (SKU) Kementerian Pendidikan pada tahun 2000 iaitu: 6.1 mengintegrasikan pelajar yang mempunyai keperluan khas di sekolah biasa. Ditadbir oleh JPN Murid khas belajar bersama-sama pelajar normal dalam kelas biasa dan diajar oleh guru biasa serta dibantu oleh Guru Resos Pendidikan Khas. Tujuannya adalah untuk membangkitkan perasaan memiliki dan dimiliki dan seterusnya mencetuskan semangat kekitaan, bekerjasama, bantu-membantu dan hidup bermasyarakat tanpa berperasaan menyingkirkan atau mengasingkan pihak kecil yang dibawa masuk.(Mohd Siraj Awang,1996) Bertujuan menggalakkan interaksi antara pelajar khas dengan pelajar biasa di samping memperakui hak pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak tanpa mengambil kira perbezaan individu. Diperkembangkan daripada amalan pendidikan integrasi untuk membolehkan murid khas belajar dalam iklim persekolahan senormal yang boleh. Peraturan Pendidikan (PK) 1997 (Akta Pendidikan 1996) mengakui hak murid berkeperluan khas untuk diinklusifkan dalam kelas biasa.

2.1 Batasan kajian Kajian dijalankan adalah terhadap murid ini dengan bantuan guru pendidikan khas di sekolah ini. Tempoh kajian dijalankan selama 2 bulan iaitu bermula Mei hingga Julai 2013.Kajian hanya dijalankan terhadap matapelajaran sains sahaja, memandangkan saya adalah guru sains yang mengajar kelas 6 rajin.

2.2 Subjek Kajian

Nama : Retna VelluUmar : 12 tahunBangsa : IndiaTarikh Lahir : 14.10.2001No.K/P : 011014-16-0069No.Surat beranak : AY 51045No. Kad OKU : B 071245Jenis ketidakupayaan : Cacat penglihatan (multiple handicap)Maklumat Ibubapa : Tidak diperolehiAlamat Sekolah : Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat,Kem Perdana Sg Besi 57000 , Kuala Lumpur.Alamat tempat tinggal : Rumah Kebajikan Tengku Budriah, Jalan Yaacob Latiff, 56000 Cheras, Kuala Lumpur.

3.0 Tinjauan Literatur

Mengikut tulisan Mohd. Sharani dalam bukunya yang bertajuk, Mengurus kanak-kanak yang susah belajar (2006) menyatakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran ini adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir, membaca, menulis, mengeja dan bermatematik. Menurut Amir Hasan (2002), dalam sebuah bilik darjah, setiap individu mempunyai psikologi dan kebolehan intelek yang berbeza antara satu sama lain. Lantaran itu pengajaran yang dirancang perlu sesuai, disusun (mengikut tahap pelajar) dan disokong (dengan alat bantu mengajar) bagi meransang perkembangan potensi individu ke tahap yang maksimum.Oleh itu,guru perlu bijak memilih kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk para pelajarnya kerana ia membantu guru tersebut menyediakan bahan-bahan pengajaran yang bermakna dan menarik serta mampu memperkembangkan bakat dan potensi pelajar dalam mencapai objektif Falsafah Pendidikan Negara (Ee Ah Meng, 1997).Menurut Mohd Fazreen (2003), pembelajaran yang dijalankan oleh guru dengan hanya menggunakan buku teks sebagai bahan pelajaran boleh menimbulkan suasana hambar dan seterusnya menimbulkan kebosanan di kalangan pelajar. bidang pendidikan tidak dapat lari daripada menggunakannya sebagai ABM kepada guru-guru dalam proses menyampaikan pengajarannya(Amir Hasan, 2002). Semua jenis pembelajaran dan pengalaman yang diperolehi adalah melalui deria kita sendiri seperti penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa dan bau (Ng Ying .2004).Dalam kajian Wan Nur Azyyati (2007), semakin banyak pancaindera yang digunakan semakin berkesan pembelajaran itu.Dalam kajian lain, Muhamad Sobri (2000), guru-guru yang mengajar dengan hanya menggunakan buku teks sebagai pelajaran, hanya membuktikan yang dia tidak kreatif untuk menimbulkan suasana yang gembira dan akhirnya menjadikan kelas tidak menarik.Alat yang menggunakan warna dan bentuk yang menarik akan lebih menarik perhatian. Demikian juga alat-alat yang dapat dipandang, didengar dan dirasa akan lebih mendatangkan kesan (Atan, 1990).Penggunaan ABM perlu dipelbagaikan dengan kaedah dan teknik mengajar agar pengajaran dijalankan dengan berkesan, menarik perhatian, menjimatkan masa dan tenaga serta menghasilkan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan (Mok Soon Sang, 2001).Menurut Kamarudin (1990), alat bantu mengajar merupakan segala kelengkapan yang digunakan oleh guru-guru untuk membantu dalam menyampaikan sesuatu pelajaran dalam bilik darjah. ABM juga merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang boleh dilihat, didengar, dipandang, dirasa, dihidu, dibaca, dikisah dan digunakan.

4.0 Metadologi KajianKajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pemahaman murid ini terhadap isi pelajaran sains. Kajian telah dijalankan dengan murid ini dimasukkan ke kelas perdana (pendidikan inklusif) selama dua bulan bermula April hingga Jun.

4.1 Reka Bentuk KajianKajian yang dijalankan dengan menggunakan kaedah kualitatif dengan menggunakan pelbagai bahan dan alatan untuk setiap proses pengajaran. Pemahaman dan minat murid dicatat melalui pemerhatian guru. Di sini, alatan dan bahan bantu mengajar dijalankan sebagai pembolehubah manipulasi, manakala kefahaman terhadap isi pelajaran dan minat murid melalui soalan temubual dan pemerhatian guru adalah pembolehubah bergerakbalas (Rajah 1). Manakala matapelajaran sains, kelas 6 rajin dan tempoh masa adalah dimalarkan.

Semasa PengajaranKaedah Pengajaran dengan penggunaan BBB maujud dan audioSelepas PengajaranTemubual dan PemerhatianSebelum PengajaranTemubual dan Pemerhatian

Rajah 1 : Reka Bentuk Kajian

Di sini, temubual dan pemerhatian dibuat pada sebelum dan selepas pengajaran dengan menggunakan borang soalan yang sama terhadap murid ini (lampiran 1). Semasa pengajaran kaedah pengajaran adalah lebih berpusatkan murid, dengan menggunakan bahan bahan maujud dan bunyi untuk merangsang deria sentuhan dan pendengaran muriduntuk sepanjang proses kajian. Namun sebagai bukti untuk ditunjukkan proses semasa pengajaran yang dibuat adalah difokuskan kepada tajuk bentuk asas sahaja (lampiran 2).Murid ini diletakkan dalam kumpulan murid normal dengan harapan mendapat bantuan rakan sebaya, meningkatkan hubungan sosial dan keyakinan diri murid.

5.0 Analisis DataAnalisis dibuat adalah berdasarkan kepada borang temubual dan pemerhatian terhadap murid ini pada sesi sebelum dan selepas pengajaran.

5.1 Analisis Data Sebelum PengajaranNo. itemHasil

YaTidak/Tidak Tahu

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Jadual 1Sebelum pengajaran bermula guru telah menemubual dan membuat pemerhatian terhadap murid ini, dan jadual 1 adalah hasil yang diperolehi. Hasilnya murid menjawab(Ya), untuk item 1, 3 dan 8, iaitu murid ini benar benar adalah murid yang mengalami kecacatan deria penglihatan (kabur). Bagi item 3 dan 8, murid ini seorang yang suka dan berminat untuk belajar walaupun mempunyai kekurangan berbanding dengan murid murid normal. Manakala bagi item 9 dan 10, murid ini menjawab (Tidak) , iaitu tidak suka belajar dikelas ini dan mahu kembali ke kelas pendidikan khas. Bagi item yang lain iaitu 2,4,5,6,dan 7, murid menjawab (Tidak tahu). Ini menunjukkan murid ini tidak didedahkan kepada matapelajaran sains secara khusus seperti murid murid di aliran perdana.

5.2 Analisis Data Selepas PengajaranNo. itemHasil

YaTidak/Tidak Tahu

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Jadual 2

Daripada hasil yang diperolehi pada jadual 2, murid menjawab (Ya) pada item 1,2,3,5,6,7,8 dan 9. Jelas di sini murid masih mengalami masalah penglihatan yang sama tetapi lebih jelas tentang matapelajaran sains, menjadi lebih berminat untuk belajar sains dengan rasa seronok semasa sesi pengajaran guru, serta lebih mudah mengingat dan memahami isi pelajaran yang disampaikan. Murid telah menjawab (Tidak) pada item 4 iaitu berbeza dengan sebelum pengajaran murid menjawab (Tidak tahu). Ini mungkin murid boleh membezakan kesan semasa pengajaran (penggunaan BBB Maujud dan Audio) oleh guru dan menjadikannya lebih mudah mengambarkan isi pelajaran tentang bentuk - bentuk asas. Manakala bagi item 10 murid menjawab (Tidak tahu), ini mungkin murid menjadi keliru dengan kelas baru yang dimasukinya ini dengan kelas pendidikan khas telah lama didudukinya sebelum ini. Kemungkinan juga faktor rakan yang mempengaruhi jawapan murid ini.Daripada pemerhatian guru juga, menunjukkan murid murid normal adalah sangat membantu murid ini, dan kerjasama yang ditunjukkan mampu meningkatkan tahap keyakinan murid ini dan memperkembangkan perhubungan sosial antara mereka.

6.0 Kesimpulan Kajian

Penggunaan bahan bantu belajar sememangnya sangat membantu murid murid memahami isi pelajaran yang disampaikan dengan lebih mudah. Hal ini bukan sahaja untuk murid murid yang mengalami masalah pembelajaran, tetapi penggunaan bahan bantu belajar dalam sesi pengajaran guru mampu meningkatkan tahap kefahaman dan pencapaian murid murid normal sekali pun.Daripada analisis data yang diperolehi, jelas murid ini menjadi lebih mudah untuk memahami isi pelajaran yang disampaikan serta seronok untuk mengikuti pengajaran guru apabila bahan bantu belajar (Maujud dan Audio) digunakan. Di samping itu, melalui pendidikan secara inklusif ini dapat meningkatkan tahap keyakinan murid ini dari segi pergaulan dengan rakan sebaya yang normal. Secara tidak langsung juga, penerapan nilai telah diterap pada murid murid normal seperti perlu bantu membantu, tidak menghina rakan dan meningkatkan rasa tanggungjawab.

7.0 Penutup

Dapatlah dirumuskan bahawa program pendidikan inklusif di sekolah harian mampu membangunkan sumber manusia yang terdiri daripada murid murid berkeperluan khas dalam pembelajaran untuk kesejahteraan negara. Kejayaan program ini amat bergantung dengan corak pengurusan kepimpinan, amalan pengajaran, sokongan pembelajaran, kolaborasi dan penilaian terhadap program dan murid inklusif. Termasuk juga soal penglibatan keluarga, sosialisasi dan penglibatan pelajar inklusif. Dengan sokongan dari pelbagai pihak, pelaksanaan pendidikan inklusif ini akan dapat dipertingkatkan disekolah ini serta melahirkan murid murid yang berilmu pengetahuan dan mampu berdikari.

8.0 Rujukan

Ee Ah Meng (1997). Amalan Dalam Bilik Darjah. Kuala Lumpur : Syarikat Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Kamarudin Hj. Husin (1990). Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Saujana.

Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan (2002). Satu Kajian Mengenai Penggunaan Bahan Bantu Mengajar Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik Di Sekolah Rendah. Tesis Jabatan Matematik Maktab Perguruan Batu Lintang, Sarawak.

Mahmud Yunus (2007). Tafsir Al-Quran Nul Karim Rasm Uthmani. Kuala Lumpur Klang Book Centre.

Ng Ying Shya (2004). Penggunaan Alat Bantu Mengajar Di Kalangan Guru-Guru Teknikal Sekolah Menengah Teknik, Negeri Kedah. Universiti Teknologi Malaysia : Tesis Sarjana Muda.

Omardin Ashaari (1999). Pengajaran Kreatif Untuk Pembelajaran Aktif. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Rosini Abu Bakar & Ramlah Hamzah (1998). Pedagogi 1 : Kurikulum Dan Pengajaran Bilik Darjah. Selangor : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

9.0 LampiranLampiran 1 : Borang temubual dan pemerhatianBorang ini adalah diisi oleh guru ketika sesi temubual dan pemerhatian (sebelum dan selepas pengajaran).No. itemItemHasil

YaTidak/Tidak Tahu

1Anda tidak boleh melihat dengan jelas

2Apakah minat matapelajaran sains

3Anda suka belajar

4Anda boleh gambarkan apa yang diberitahu guru sahaja

5Anda mudah menggambarkan apa yang diberitahu guru dengan bantuan bahan yang boleh disentuh

6Anda akan lebih ingat jika boleh menyentuh dan menghidu bahan yang diceritakan oleh guru

7Anda akan lebih faham jika boleh menyentuh dan menghidu bahan yang diceritakan oleh guru

8Anda berasa seronok jika boleh mendengar dan menyentuh sendiri bahan yang diceritakan guru

9Anda suka belajar di kelas ini

10Anda mahu terus kekal di kelas ini.

Lampiran 2Semasa sesi pengajaran.