isl 11 – kemahiran menulis dan pendekatan pengajaran kemahiran menulis

16
ISL 11 KEMAHIRAN MENULIS DAN PENDEKATAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS 11.1 MATLAMAT DAN PERINGKAT 11.1.1 MATLAMAT Peranan tulisan adalah untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap. Seterusnya, untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata, perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. Ketiga, untuk membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup. Keempat, untuk menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden kerana membaca, menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini. Kelima, untuk menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-lain bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya. Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran tulisan. Kemahiran pertama adalah kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah kemahiran untuk pelahiran. Menurut Marohaini Yusoff (1999), kemahiran menulis secara mekanis harus dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasil tulisan yang kemas dan mudah dibaca manakala kemahiran penulisan untuk pelahiran dikuasai setelah kanak-kanak mendapat kemahiran

Upload: avralinetine-epin

Post on 15-Jan-2016

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kemahiran menulis, bahasa melayu, pengajaran bahasa, pendekatan pengajaran, cikgu, guru, pdp

TRANSCRIPT

Page 1: Isl 11 – Kemahiran Menulis Dan Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis

ISL 11

KEMAHIRAN MENULIS DAN PENDEKATAN PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS

11.1 MATLAMAT DAN PERINGKAT

11.1.1 MATLAMAT

Peranan tulisan adalah untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-

kanak itu dapat melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.

Seterusnya, untuk membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata,

perkataan dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. Ketiga, untuk

membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen bahasa dan

meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup. Keempat, untuk

menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat kanak-kanak

sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden kerana membaca, menulis dan mengira

adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa kini. Kelima, untuk

menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak lain-lain bentuk

puisi dan prosa yang dapat memberikan kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan bukan

sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.

Ada dua jenis kemahiran yang perlu dicapai dalam menyampaikan pengajaran

tulisan. Kemahiran pertama adalah kemahiran menulis secara mekanis dan kedua ialah

kemahiran untuk pelahiran. Menurut Marohaini Yusoff (1999), kemahiran menulis secara

mekanis harus dikuasai pada peringkat awal supaya murid-murid dapat menghasil tulisan

yang kemas dan mudah dibaca manakala kemahiran penulisan untuk pelahiran dikuasai

setelah kanak-kanak mendapat kemahiran mekanis. Kemahiran penulisan untuk pelahiran

banyak melibatkan mental.

11.1.2 PERINGKAT PENGAJARAN KEMAHIRAN MENULIS

Peringkat pengajaran menulis terbahagi kepada tiga iaitu peringkat pramenulis

(persediaan), peringkat mendirikan asas (peringkat makanis) dan peringkat untuk pelahiran.

Peringkat pramenulis ialah tempoh masa murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti

menulis sebelum mereka dapat menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Dalam

tempoh masa ini, latihan otot-otot, tangan dan jari serta koordinasi tangan dan mata

diberikan kepada murid-murid dari awal-awal lagi. Setelah murid menjalankan latihan

Page 2: Isl 11 – Kemahiran Menulis Dan Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis

pramenulis, mampu memahami dan mengetahui cara memegang pensel serta boleh duduk

dengan cara yang betul, mereka boleh dilatih membentuk lambing-lambang tulisan.

Seterusnya, murid patut digalakkkan melahirkan fikiran mereka secara bertulis pada

peringkat menulis untuk pelahiran.

Peringkat Pra Tulisan

Pra tulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi

menyediakan diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh

kelompok masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas

permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan

bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda tersebut.

Peringkat contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke

peringkat contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak

mendapatkan latihan otot, tangan, jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan

perlu menitikberatkan perkara-perkara berikut:

i. Melakukan latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti

menggunting, mengoyak, menganyam, menampal, menguli tepung dan lain-

lain.

ii. Menguasai gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan

sebagainya supaya boleh menulis dengan sempurna dan selesa.

iii. Melakukan latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke

bawah dan lain-lain.

iv. Melakukan latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.

Peringkat Tulisan Mekanis

Setelah kanak-kanak melalui proses pra tulisan, sepatutnya mereka telah faham dan

boleh memegang pensel serta cara duduk yang betul dan selesa . Tulisan mekanis

merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai

permulaan untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta

membentuk huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan.

Setelah kemajuannya didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf

diberikan. Bermula dengan ruang garisan yang lebar atau luas membawa kepada lembaran

Page 3: Isl 11 – Kemahiran Menulis Dan Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis

bergaris kecil atau sempit. Latihan-latihan tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan

dapat :

i. Kemahiran mengawal dan memegang pensel.

ii. Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.

iii. Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.

Peringkat Tulisan Kreatif

Peringkat ini merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat

ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran yang diperolehi di peringkat

mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :

i. Membina ayat.

ii. Mengarang cerita.

iii. Mengarang pantun, sajak, teka-teki

iv. Menulis surat kiriman.

v. Lain-lain yang berkaitan.

11.2 TUJUAN PENULISAN

Gerak kerja dalam penulisan, dirancang dan dijalankan dalam bilik darjah untuk

membolehkan pelajar melahirkan fikiran, perasaan dan membolehkan mereka membina

kemahiran mengumpul, memilih dan menyusun idea-idea, hujah-hujah dan bahan-bahan

yang berkaitan dengan tajuk karangan dengan jelas dan berkesan.

Kemahiran menulis juga bertujuan membolehkan pelajar menguasai teknik

mengarang pelbagai bentuk karangan dan menggunakannya untuk pelbagai tujuan. Mereka

juga berupaya mengembangkan daya cipta pemikiran dan keyakinan diri untuk menulis

pelbagai karangan dengan struktur yang betul dan menarik. Beberapa fungsi kemahiran

menulis yang perlu dicapai ialah :

i. Mendirikan asas menulis yang kukuh bagi membolehkan kanak-kanak

menulis dengan baik, cekap dan pantas.

ii. Membolehkan kanak-kanak mengeja perkataan dengan pantas dan

menyusun ayat-ayat dengan betul dan dapat difahami oleh pembaca.

iii. Membolehkan kanak-kanak mengulang kaji pelajarannya dengan cara

membaca tulisan-tulisannya yang telah dicatat dan membaca buku-buku

tambahan untuk menambah ilmu pengetahuan.

Page 4: Isl 11 – Kemahiran Menulis Dan Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis

iv. Menulis membolehkan kanak-kanak melahirkan fikiran dan perasaan

dengan sempurna dalam bentuk tulisan.

v. Menyuburkan minat suka menulis atau mengarang .

vi. Meluaskan pengetahuan dalam perbendaharaan kata, perkembangan

bahasa dan tulisan.

vii. Menyediakan kanak-kanak untuk menghadapi peperiksaan

viii. Melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata,tangan

dan lain-lain) untuk merangsang pembelajaran.

Secara umumnya, terdapat empat tujuan menulis yang berfokus kepada ciri-ciri

komunkasi, iaitu :

Ekspresif - Penulis menulis untuk tujuan melahirkan perasaan, idea, hujah dan

sebagainya. Tujuan menulis seperti ini tidak begitu mengambil kira aspek pembaca kerana

ia hanya berfokus kepada perasaan, pengalaman dan keperluan penulis semata-mata. Hasil

penulisan sedemikian adalah seperti sajak, novel, komentar dan penulisan bebas.

Pemujukan - Menulis untuk tujuan berfokus kepada pembaca. Ia khusus untuk

memberikan kesan perasaan dan menarik perhatian pembaca. Tujuan sedemikian boleh

ditulis dengan pelbagai gaya bagi memujuk dan menimbulkan keinginan serta emosi

pembaca.

Informatif - Menulis untuk tujuan informatif merujuk kepada penulisan yang bersifat

eksternal, iaitu untuk memberikan maklumat kepada pembaca.

Kesusasteraan - Menulis untuk tujuan kesusasteraan mempunyai ciri-ciri stilistik, iaitu

gayabahasa penulisan. Ia menunjukkan cara elemen-elemen bahasa digunakan,

termasuklah struktur dan pola pada peringkat frasa dan keseluruhan karangan. Sebagai

contoh, fiksyen merupakan penulisan untuk tujuan kesusasteraan.

Ada kalanya sesuatu penulisan mempunyai lebih daripada sesuatu tujuan. Sebagai

contoh, pengkarya menulis puisi untuk tujuan membangkitkan perasaan sedih pembaca,

menzahirkan perasaan dan menggunakan bahasa secara imaginatif. Tujuan menulis atau

mengarang di sekolah adalah lebih mudah dan antaranya adalah untuk menguji kefahaman

murid mengenai tajuk karangan. Selanjutnya, menguji kebolehan, kemahiran dan

keupayaan murid menarik minat pembaca. Selain itu, menguji fikiran, pendapat dan idea

murid. Kemudian dapat menguji sejauh mana pembacaan dan sumber rujukan murid.

Page 5: Isl 11 – Kemahiran Menulis Dan Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis

Kemahiran ini juga dapat merangsang dan memahirkan kosa kata dan tatabahasa murid. Ia

juga dapat memberi peluang kepada murid untuk menerokai penulisan bahasa.

11.3 JENIS PENULISAN KARANGAN

JENIS-JENIS PENULISAN

Terbahagi kepada 5 jenis iaitu

Terkawal

i. Karangan peringkat asas.

ii. Isi dan bahasa dikawal oleh guru

iii. Susunan dikawal ketat

iv. Hampir menyerupai peringkat menyalin

v. Tujuan untuk kurangkan kesilapan

vi. Kelancaran dalam penggunaan bahasa sangat penting

vii. Peringkat meniru dan menyalin

viii. Murid diberi banyak latihan meniru dan menyalin tulisan daripada bahan ransangan

ix. Semasa murid menyalin mereka melihat perkataan dengan cermat dan menyalin

dengan betul.

x. Dapat mempelajari dan mengukuh ejaan dan struktur ayat

xi. Bahan untuk menyalin perlu dipilih untuk kesesuaian umur

xii. Contoh latihan peringkat ini

a. menyalin ayat mudah dalam perenggan pendek atau rangkap puisi dan prosa

b. meniru dan menyalin karangan dengan membuat pertukaran kecil

c. menyalin karangan berformat dengan tujuan memberi pendedahan tentang

format

Terkawal Separa terkawal

Berpandu

Separa berpandu Bebas

Page 6: Isl 11 – Kemahiran Menulis Dan Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis

Separa Terkawal

i. Pada peringkat ini murid masih diberi kawalan walaupun tidak sepenuhnya

ii. Murid-murid diberi peluang menggunakan sedikit daya pemikiran mereka.

iii. Terdapat 2 peringkat iaitu :

a. Peringkat mengingat kembali

menggunakan daya ingatan untuk mengingat kembali apa yang

ditulis, didengar dan dilihat.

Contoh latihan

Guru perdengarkan sesuatu bahan, kemudian murid tulis

semula.

Guru padam bahan yang ditulis minta murid tulis semula

Guru perlihatkan gambar, minta murid tulis semula apa yang

dilihat

b. Peringkat menggabung

Pada peringkat ini, murid bukan sahaja menggunakan daya ingatan

tetapi juga pemikiran

Contoh latihan

Guru susun kad ikut urutan cerita di papan tulis. Murid baca

cerita. Kad ditanggal dan dicampuradukkan. Murid susun

semula kad kemudian menulis mengikut urutan.

Melengkapkan baris-baris puisi yang telah diberi pilihan

jawapan

Menyesuaikan ayat-ayat dengan gambar yang diberi lalu

menyusun semula menjadi sebuah cerita lengkap

Menggabungkan rangkaikata supaya menjadi ayat yang

lengkap.

Berpandu

Page 7: Isl 11 – Kemahiran Menulis Dan Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis

Penulisan jenis ini memerlukan bahan ransangan untuk membantu murid menulis.

Contohnya ntuk menulis ayat mereka diberi gambar-gambar yang berkaitan. Murid perlu

menulis ayat berdasarkan gambar tersebut.

Contoh bahan ransangan seperti bahan grafik, gambar tunggal, gambar bersiri, peta, iklan,

rajah, jadual dan sebagainya. Hasil penulisan murid hanya bergantung kepada bahan

ransangan tersebut. Murid-murid akan membina ayat-ayat berdasarkan apa yang terdapat

dalam bahan tersebut.

Penulisan jenis ini paling sesuai untuk mengajar asas karangan.

Separa Berpandu

Penulisan jenis ini memerlukan bahan ransangan juga untuk membantu murid

menulis. Namun tidak semua hasil penulisan murid begantung kepada bahan ransangan

tersebut. Murid hanya menjadikan bahan tersebut sebagai panduan untuk atau gambaran

untuk mendapatkan idea-idea untuk menulis. Penulisan murid hanyalah berdasarkan tema

atau tajuk yang diberi pada bahan ransangan tersebut. Maksud yang tersirat boleh diambil

daripada bahan ransangan. Contoh bahan ransangan ialah gambar kemalangan : Murid-

murid boleh membina ayat-ayat atau menulis karangan berkaitan ‘Kesan-kesan

kemalangan’ atau ‘Punca-punca kemalangan’

Bebas

Penulisan bebas atau karangan bebas hanya dapat dijalankan setelah murid-murid

sudah mula boleh menguasai bahasa yang diajar dengan baik. Pada peringkat ini murid-

murid diberi tajuk-tajuk umum dan mereka diminta untuk terus menumpukan perhatian

kepada apa yang hendak ditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulis. Oleh kerana

murid-murid ini telah mempunyai kemahiran tatabahasa dan kemahiran mekanikal yang

mencukupi, maka guru hanya perlu menumpukan kepada isi-isi dan kesilapan bahasa yang

dilakukan. Jenis-jenis penulisan bebas seperti bentuk cerita, laporan, rencana, surat, bahan

puisi, karangan fakta dan sebagainya. Terdapat juga karangan jenis deskriptif iaitu

merangkumi gambaran suasana, peristiwa, benda dan perwatakan. Pada peringkat awal

mengajar penulisan bebas guru perlu membimbing murid untuk mendapatkan idea-idea

untuk menulis. Contohnya bersoaljawab atau membuat rangka karangan.

11.4 PENDEKATAN

Page 8: Isl 11 – Kemahiran Menulis Dan Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis

Menurut Raimes (1983), berikut merupakan beberapa pendekatan pengajaran penulisan

11.4.1 PENDEKATAN TERKAWAL

i. Ia digunakan pada tahun 50-an dan 60-an iaitu pada zaman pendekatan audio-

lingual yang mengutamakan bahasa lisan daripada penulisan malah mengutamakan

ketepatan murid-murid menggunakan unsur-unsur bahasa dan sintaksis.

ii. Pengajaran penulisan dipandu atau dikawal lebih banyak pada peringkat awal

supaya murid-murid tidak melakukan kesalahan dan beransur kurang pada peringkat

seterusnya.

iii. Murid-murid masih mempunyai kebebasan untuk memilih kosa kata atau struktur

ayat sendiri. Contohnya dalam kemahiran bahasa dan karangan berpandu.

iv. Antara bentuk kawalan yang dilakukan oleh guru ialah:

a. Murid-murid mengisi tempat kosong dengan perkataan-perkataan atau frasa.

b. Guru menggunakan gambar atau bahan lain sebagai rangka karangan.Murid-

murid mengarang berpandukan bahan ini.

11.4.2 PENDEKATAN BEBAS

i. Guru mengutamakan kuantiti berbanding kualiti penulisan.

ii. Murid-murid diberi kebebasan untuk menulis tentang sesuatu  tajuk dan guru hanya

melakukan sedikit pembetulan.

iii. Murid-murid pada peringkat pertengahan perlu memberi perhatian pada isi dan

kelancaran penulisan tanpa memikirkan bentuk.

iv. Apabila murid-murid dapat mencatat idea maka ketepatan bahasa dan penyusunan

idea dapat dikuasai bersama.

Pendekatan Terkawal

Pendekatan Bebas

Pendekatan Pola- Perengganan

Pendekatan Tatabahasa-Sintaksis-Organisasi

Pendekatan Komunikatif

Pendekatan Proses

Page 9: Isl 11 – Kemahiran Menulis Dan Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis

v. Memberi peluang kepada murid-murid menggambarkan pendapat mereka secara

bersendirian.

vi. Penulisan juga boleh menggunakan bahan-bahan yang terdapat di luar bilik darjah

contohnya makalah daripada akhbar.

vii. Guru perlu menyimpul secara ringkas perkar-perkara yang perlu dimasukkan oleh

murid-murid dalam karangan mereka.

11.4.3 PENDEKATAN POLA-PERENGGANAN

i. Memberi keutamaan kepada pembentukan perengganan yang baik dalam karangan.

ii. Prinsip asas ialah anggapan setiap masyarakat dalam sesuatu kebudayaan

mempunyai cara berkomunikasi yang berbeza dengan masyarakat lain.

iii. Maka murid-murid perlu dilatih untuk menyampaikan pendapat dalam perenggan

yang kemas.

iv. Antara latihannya ialah:

a. Latihan mengkaji contoh-contoh perenggan yang baik.

b. Latihan meyusun ayat-ayat yang diberi oleh guru supaya membentuk satu

perenggan yang kemas yakni perenggan yang mengandungi ayat-ayat yang

saling berhubung dan melengkapi bagi membentuk satu kesatuan.

11.4.4 PENDEKATAN TATABAHASA-SINTAKSIS-ORGANISASI

i. Guru menganggap bahawa murid-murid perlu menguasai beberapa kemahiran kecil

secara sekaligus terlebih dahulu sebelum mereka dapat menulis sesuatu bentuk

penulisan.

ii. Guru merancang aktiviti penulisan yang memerlukan murid-murid memberi perhatian

terhadap tatabahasa dan sintaksis yang perlu digunakan dalam penulisan tersebut.

iii. Murid-murid perlu menguasai struktur ayat yang sesuai dengan gaya penulisan

tersebut contohnya ayat perintah, unsur bahasa seperti kata hubung dan kata tunjuk

jika diberi karangan jenis panduan atau petuaan.

iv. Murid-murid juga dilatih untuk menyusun idea-idea mereka supaya menjadi satu

kesatuan.

v. Pendekatan ini menunjukan perhubungan antara tujuan menulis sesuatu bentuk

penulisan dengan bentuk-bentuk bahasa yang paling berkesan bagi menyampaikan

tersebut.

Page 10: Isl 11 – Kemahiran Menulis Dan Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis

11.4.4 PENDEKATAN KOMUNIKATIF

i. Mengutamakan tujuan menulis sesuatu bentuk penulisan dan khalayak yang

membaca penulisan tersebut.

ii. Murid-murid digalakkan untuk menulis dalam situasi yang sama seperti yang

terdapat dalam kehidupan seharian.

iii. Sebagai contoh, Satu kemalangan jalan raya telah berlaku di Jalan Raja Alang pagi

ini antara sebuah lori dengan sebuah kereta. Dalam kemalngan itu, empat orang

penumpang kereta meninggal dunia di tempat kejadian sementara pemandunya

cedera parah. Ketua pengarah sebuah syarikat akhbar tempat anda bekerja

mengarahkan anda pergi menyaksikan kejadian tersebut dan meminta anda menulis

satu laporan untuk disiarkan esoknya.

11.4.5 PENDEKATAN PROSES

i. Penekanan terhadap proses penulisan iaitu bagaimana memulakan karangan bagi

menghasilkan penulisan yang sempurna.

ii. Murid-murid diberi waktu untuk menulis dan guru membaca lalu memberi maklum

balas terhadap bahan penulisan tersebut.

iii. Pembacaan untuk sesuatu bahan penulisan murid-murid pada peringkat catatan

awal juga boleh dilakukan oleh rakan mereka selain guru.

iv. Guru memulakan pengajaran dengan aktiviti prapenulisan iaitu murid-murid mengkaji

sesuatu tajuk karangan secara mendalam melalui pembacaan, perbincangan,

sumbang saran dan perbahasan.

v. Selepas itu, murid-murid mencatatkan isi-isi yang dibincangkan, membuat catatan

awal pertama karangan,guru atau rakan memberi maklum balas terhadap idea

kemudian murid-murid menulis semula dengan memberi pertimbangan terhadap

idea-idea baru yang diberi oleh rakan.

vi. Dalam pendekatan ini, guru memberi masa serta maklum balas kepada idea-idea

yang dihasilkan oleh murid-murid sebelum mereka menghasilkan sesuatu karangan.

Page 11: Isl 11 – Kemahiran Menulis Dan Pendekatan Pengajaran Kemahiran Menulis

11.4.6 PENDEKATAN PENGALAMAN BAHASA / LANGUAGE EXPERIENTAL

APPROACH (LEA)

Pendekatan ini memberi penekanan kepada pengalaman atau pengetahuan sedia

ada murid dalam membaca. Murid akan mudah memahami mesej yang cuba disampaikan

dalam tulisan sekiranya mempunyai pengalaman membaca bahan yang menggunakan laras

yang sama.Terdapat tiga peringkat pemahaman dalam proses membaca iaitu:

i. Lateral

a. Murid-murid perlu mempunyai pengetahuan sedia ada tentang ilmu

kebahasaan, iaitu istilah, tatabahasa, ragam, laras bahasa, keindahan

bahasa dan sebagainya untuk mengecamkan tulisan yang dibacanya.

ii. Interpretasi dan inferens

a. Pengetahuan atau pengalaman murid-murid sangat diperlukan untuk

mentafsir makna, iaitu mesej yang ingin disampaikan oleh penulis.

b. Murid-murid lebih mudah mentafsirkan makna jika bahan yang dibaca

berkaitan dengan bidang yang diketahuinya.

iii. Penilaian makna

Bagi setiap peringkat, murid-murid perlu mempunyai pengalaman atau pengetahuan

sedia ada bagi memudahkan mereka menguasai peringkat-peringkat itu. Sebagai contoh,

pada peringkat lateral, murid-murid harus mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai

ilmu kebahasaan (tatabahasa, istilah,keindahan bahasa, ragam,laras bahasa dan lain-lain

lagi) untuk mengetahui tulisan dibacanya.

Pendekatan LEA akan lebih berkesan sekiranya guru mengambil tindakan berikut:

i. Memberikan sebanyak mungkin pengalaman kepada murid-murid.

ii. Bahan bacaan yang dipilih perlu sesuai dengan pengetahuan sedia ada murid.

iii. Sediakan bahan-bahan lain seperti gambar, grafik, bahan maujud dan sebagainya

untuk membantu murid menguasai konsep.

iv. Perbincangan mengenai bidang yang terdapat dalam teks bacaan perlu dijalankan

sebelum aktiviti membaca.

v. Guru perlu mempelbagaikan bentuk dan laras bahan bacaan dalam PdP membaca.