individu

16
[Type the document title] ISI KANDUNGAN Penghargaan 1 1.0 Tajuk 2 2.0 Pendahuluan 3 2.1 Dadah 2.2 Remaja 3.0 Objektif kajian 5 4.0 Lokasi 6 5.0 Kaedah kajian 7 6.0 Dapatan kajian 6.1 Pemerhatian 11 6.2 Temu bual 12 6.3 Soal selidik 14 7.0 Rumusan 26 8.0 Refeleksi 29 9.0 Lampiran [Type the company name] | [Type the company address]

Upload: nurulhi

Post on 23-Oct-2015

27 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

b

TRANSCRIPT

Page 1: individu

ISI KANDUNGAN

Penghargaan 1

1.0 Tajuk 2

2.0 Pendahuluan 3

2.1 Dadah

2.2 Remaja

3.0 Objektif kajian 5

4.0 Lokasi 6

5.0 Kaedah kajian 7

6.0 Dapatan kajian

6.1 Pemerhatian 11

6.2 Temu bual 12

6.3 Soal selidik 14

7.0 Rumusan 26

8.0 Refeleksi 29

9.0 Lampiran

|

Page 2: individu

PENGHARGAAN :

Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Allah kerana saya akhirnya berjaya sekali lagi

melaksanakan tugasan yang telah diberikan ini dan dapat menghantarnya dalam tempoh

yang telah ditetapkan. Saya berasa amat gembira kerana dapat melaksanakan tugasan ini

atas kerjasama yang telah diberikan oleh pelbagai pihak.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pensyarah

Kajian Sosial saya iaitu Encik Parwazalam bin Abdul Raub kerana telah banyak memberikan

tunjuk ajar dan bimbingan sepanjang melaksanakan projek kerja kursus ini. Dengan adanya

tunjuk ajar daripada beliau, saya berjaya melaksanakan tugasan yang diberikan tepat pada

waktunya.

Seterusnya, ucapan terima kasih saya ditujukan kepada pihak Petronas kerana sudi

menerima saya dan beberapa orang rakan yang lain dalam memberikan maklumat dan

segala info berkaitan yang sangat berguna serta memberi kerjasama yang sangat baik

semasa saya menjalankan kajian bersama denga ahli kumpulan yang lain.

Akhir sekali ucapan terima kasih saya tujukan kepada ahli-ahli kumpulan saya iaitu

Nurul Hidayah bt Mohd Nor, Nur Azrin bt Mohamed Mohayaddin, Nurul Fatin Amira bt Abd

Halim, Ain Zawani binti Mohd Zaki yang banyak membantu dan memberikan kerjasama yang

amat baik sekali semasa menjalankan kajian. Terima kasih juga kepada semua pihak yang

terlibat secara langsung atau tidak langsung semasa menjalankan kajian ini.

|

Page 3: individu

1.0 Pengenalan

Pembangunan dan pertumbuhan ekonomi adalah dua istilah yang sangat penting

apabila membincangkan konsep pembangunan ekonomi. Pertumbuhan ekonomi merupakan

prasyarat pembangunan ekonomi dalam usaha untuk membentuk identiti sesebuah negara

dari perspektif ekonomi. Pembangunan ekonomi sesebuah negara tidak seharusnya

disamakan dengan peningkatan pendapatan per kapita, pengeluaran atau jumlah eksport

sahaja, tetapi ia perlu dikaitkan dengan kualiti hidup masyarakat, kemampuan penyelesaian

masalah kemiskinan, keperluan asasi manusia, keupayaan mendapat tempat perlindungan,

keupayaan memperoleh peluang pekerjaan, keupayaan menghantar anak ke sekolah,

keadaan alam sekitar yang bersih serta lain-lain petunjuk sosial bersangkutan dengan

suasana kehidupan yang sempurna dan layak dinikmati oleh manusia. ( Hamidah, 2009)

Pada tahun 1970 Malaysia mula menyedari bahawa kedudukan rakyat

ketidakseimbangan  dari segi sosial ekonomi  itu,    kerajaan  telah   mengusahakan

supaya   satu  pendekatan baru dalam rancangan pembangunan negara yang melibatkan

program 20 tahun yang dikenali sebagai Dasar  Ekonomi  Baru.  Matlamat  utama dasar ini

diperkenalkan ialah   bagi   mewujudkan   perpaduan   negara   dengan mengurangkan 

perbezaan  ekonomi,  sosial,  kebudayaan,  penempatan dan sebagainya. Strategi

pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru ini menerusi serampang dua mata. Pertama ialah

mengurang dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan memperbanyakkan peluang-

peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum. Kedua pula ialah penyusunan

semula masyarakat untuk mengurangkan dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum

mengikut fungsi-fungsi ekonomi.

DEB merupakan satu rancangan pembangunan ekonomi dan perpaduan dalam

masyarakat yang berbilang kaum. Dalam DEM mengandungi dasar-dasar dan strategi-

strategi untuk mempercepatkan pembangunan sosio-ekonomi dan dalam masa yang sama

dapat menentukan perkhidmatan-perkhidmatan dan pengagihan peluang-peluang yang

saksana untuk menyertai dan mendapat faedah daripada proses pembangunan. Wujud

masalah kemiskinan yang ketara dan gunatenaga yang rendah terutamanya di kalangan

Bumiputera dan ketidakseimbangan dari segi pendapatan dan ekonomi antara pelbagai

kaum. Oleh yang demikian DEB telah dilaksanakan oleh Kerajaan untuk menguruskan

proses pembangunan negara melalui pewujudan persekitaran sosio-ekonomi yang

menyediakan peluang-peluang untuk memajukan semua warganegara Malaysia.

(http://www.moe.gov.my/bppk/pdf/penerbitan/DASAR%20EKONOMI%20BARU%201.pdf)

|

Page 4: individu

Dasar Ekonomi Baru yang bermatlamatkan perpaduan negara melalui proses

pembasmian kemiskinan dan penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan

negara yang kukuh. Segala program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa

yang diperkenalkan adalah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan

diatas. Usaha ini memerlukan bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan

kakitangannya, malah ianya memerlukan perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari

sektor swasta.

Kadar kemiskinan negara terus menurun daripada lebih 60 peratus pada awal

kemerdekaan, kepada 1.7 peratus tahun lalu. Datuk Seri Najib Razak, berkata jurang

pendapatan dalam kalangan rakyat Malaysia juga bertambah baik dengan kadar pekali Gini

menurun kepada 0.431 pada 2012. Selain itu, katanya, kadar inflasi negara juga kekal

berada di paras rendah iaitu 1.2 peratus pada Disember lalu, antara kadar terendah di rantau

ini. (Berita Harian, 2013)

Kini Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak  telah memperkenalkan Program

Tranformasi Kerajaan (GTP) dan Transformasi Ekonomi (ETP). Kedua-dua program ini telah

diperkenalkan pada 2010 serta 2011 dan ia diwujudkan bersama-sama Program

Transformasi Politik dan Program Transformasi Sosial yang membentuk Dasar Transformasi

Nasional. Melalui program ini, kerajaan juga telah menyediakan rumah mampu milik kepada

semua rakyat agar dapat mengurangkan beban perbelanjaan harian rakyat. Selain daripada

itu, kerajaan juga telah berjaya mengeluarkan kira-ira 100 000 orang rakyat daripada

belenggu kemiskinan.

Selain daripada kerajaan, badan-badan agensi swasta juga turut membantu kerajaan

dalam membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat. Tanpa agensi-agensi kerajaan juga

tidak mampu bergerak dengan sendiri. Dalam tugasan ini, saya dan rakan-rakan perlu

mengkaji tentang peranan salah satu sektor perkhidmatan sama ada dari badan kerajaan,

swasta atau NGO di malaysia dalam usaha mencapai matlamat membasmi kemiskinan dan

menyusun semula masyarakat. Saya dan kumpulan saya telah memilih Petronas sebagai

tmepat kajian kami. Petronas merupakan salah satu penyumbang terbesar dalam

pembangunan masyarakat. Pelbagai sumbangan yang telah disediakan dari segi

kemasyarakatan dan juga dari segi pendidikan.

Sebagai satu syarikat yang berjaya, Petronas sentiasa berusaha untuk

mengimbangakan objektif perniagaan dengan keperluaan masyarakat. Pihak Petronas juga

sedar bahawa membantu kerajaan dalam membasmi kemiskinan. Dalam misi Petronas juga

ada menyatakan bahawa Petronas merupakan daya pengerak kepada pembanguna negara

dari segi ekonomi. Petronas juga menyediakan peluang pendidikan terutama dalam kolam

|

Page 5: individu

sumber-sumber manusia. Di samping itu, Petronas juga memberikan peluang kerjaya di

mana orang yang berkemanpuan untuk memacu syarikat kearah merelisasikan wawasannya

dalam membuka stesyen minyak terkemuka dan multinasional. Petronas juga mengalu-

alukan bakat yang pelbagai latar belakang dan budaya kepada pekerja yang baru dengan

melatih mereka terlebih dahuli sebelum diberikan jawatan yang sepatutnya.

http://eprints.utm.my/14760/1/

HamidahAbdulRahman2009_PembangunanEkonomidalamHubunganEtnik.pdf

http://w1.bharian.com.my/bharian/articles/Kadarkemiskinanmenurun/Article/

|

Page 6: individu

2.0 Latar Belakang Kajian

2.1 Tajuk Kajian

Pada semester ini, kami telah menerima tugasan tentang keberkesanan peranan sektor

perkhidmatan (NGO, badan kerajaan atau swasta) di Malaysia dalam membasmi

kemiskinan dan menyusun semula masyarakat. Setelah berbincang sesama ahli

kumpulan, kami sebulat suara memilih Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS).

Walaupun PETRONAS tidak begitu dekat dengan kami namun keterujaan kami untuk

mengkaji peranan PETRONAS membuatkan kami nekad memilih tajuk ini. Saya memilih

bidang kesihatan di bawah PETRONAS projek ini.

2.2 Tempat kajian

Lokasi bagi kajian kerja kursus kali ini ini adalah di sekitar lembah kelang iaitu Jalan

Ampang, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur. Lokasi ini dipilih

kerana berada berdekatan dengan Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas.

Sumber:httphttp://maps.google.com/maps?hl=en&tab=wl

2.3 Latar belakang Petronas

Petroliam Nasioanl Berhad atau Petronas merupakan syarikat minyak dan gas

Malaysia sepenuhnya. Syarikat ini telah ditubuhkan pada 17 Ogos 1974 dan dimiliki oleh

kerajaan Malaysia sepenuhnya. Syarikat ini juga telah mendapat hak keseluruhuan terhadap

sumber-sumber minyak dan gas yang terdapat di Malaysia. Selain daripada itu, Petronas

juga telah diamanahkan dengan bertanggungjawab untuk membangunkan san menambah

|

Page 7: individu

nilai kepada sumber-sumber tersebut. Fortune Global 500 telah meletakkan Petronas

sebagai sebuah syarikat ke-95 yang terbesar di dunia pada tahun 2008 dan pada thaun

2009 pula syarikat ke-80 yang terbesar. Selain itu, Petronas juga merupakan syarikat yang

ke-13 yang paling banyak membuat keuntungan di dunia dan paling banyak di Asia.

Petronas telah meraih keuntungan sebelum cukai RM 76.3 bilian dalam tahun

kewangan berakhir 31 Mac 2007. Ini merupakan peningkatan kira-kira 10 peratus daripada

RM 69.4 bilion pada tahun sebelumnya. Petroliam Nasional Bhd. (Petronas), meraih

keuntungan bersih selepas cukai sebanyak RM36 bilion pada separuh pertama berakhir 30

Jun 2012 berbanding RM34.5 bilion tempoh yang sama tahun lalu, dengan perolehan

sebanyak RM145.9 bilion. Manakala bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2012, Petronas

mencatatkan penurunan keuntungan bersih selepas cukai sebanyak 30 peratus kepada

RM15.2 bilion berbanding RM21.7 bilion pada suku pertama. (Sarah ,2012)

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20120908/ko_01/Petronas-

untung-RM36-bilion#ixzz2dAROSkMu 

© Utusan Melayu (M) Bhd 

Visi syarikat Petronas ialah untuk mejadi pembekal minyak yang terkemuka di seluruh

Negara bukan sahaj terkemuka di dalam Negara Malaysia malahan di peringkat

Antarabangsa. Misi syarikat pula, Petroleum merupakan perniagaan uatam Syarikat

Petronas dimana misi syarikat ini adalah untuk menjadi pembekal mintak yang bersih, paling

selamat dan kos yang efektif bagi seluruh masyarakat. Tanggungjawab Petronas juga

adalah untuk membangunkan dan menambahkan nilai kepada sumber Negara. Misi syarikat

ini juga ingin menjadi daya penggerak kepada pembangunan Negara iaitu dari segi ekonomi.

Selain menjual barangan, Petronas juga ingin mennyediakan perkhidmatan, jualan yang

terbaik kepada pelanggan-pelanggannya.

Objektif syarikat Petronas adalah lebih kepada menyumbangkan kesejahteraan

rakyat dan Negara, objektif syarikat ini adalah produktif, efektif dan inovasi di dalam

melakukan kerja yang dipertangjungjawabkan oleh pelangan-pelanggan syarikat. Selain

daripada itu, syarikat Petronas juga telah menambah peluang pekerjaan yang lebih luas

mengikut bidang kerja dan peredaran zaman teknologi maklumat ini. Petronas juga

mementingkan cara bekerja berpasukan atau “tema work” agar dapat mewujudkan

persefahaman dan keharmonian bagi meningkatkan pretasi kerja yang lebih sempurna

dalam kalangan pekerja di masa yang akan datang. Petronas juga sering memastikan tahap

profesioanlisme, daya saing yang sihat serta kecekapan yang tinggi agar dapat menyahut

cabaran wawasan 2020.

|

Page 8: individu

3.0 Dapatan Kajian

3.1 Komuniti dan pekerja

Dalam membangunkan masyarakat, sebagai pekerja Petronas, mereka komited

untuk memberikan bantuan kepada masyarakat yang kurang bernasib baik. Petronas

juga mengeluarkan pekerja yang sukarelawan untuk membantu secara proaktif kepada

orang yang bernasib baik. Pekerja-pekerja Petronas juga telah menceburi bidang projek

formal serta tak formal dalam membantu menaik taraf keperluan golongan kurang

berkemampuan di Malaysia atau luar negara.

Secara kasarnya Petronas telah meletakan beberapa program bagi menyokong serta

membimbing pekerjanya dalam melakukan kerja sukarelawan. Usaha ini kerana untuk

mendekatkan diri pekerja dengan komuniti dengan lebih dekat. Contoh Program yang

dijalankan ialah Sentuhan Kasih dan Jalinan Insan. Melalui program ini, pekerja

Petronas boleh menyumbang secara terus kepada rumah kanak-kanak yang kurang

bernasib baik dan anak-anak yatim di kawasan yang beroperasi. Program Sentuhan

Kasih adalah usaha bagi membantu kanak-kanak yang kurang berkemanpuan sewatu di

musim perayaan.

Selain daripada bantuan kewangan, kanak-kanak ini turut menikmati hari bermesra

dengan kanak-kanak serta abang angkat mereka. Program Jalinan Insan ditubuhkan

untuk member ruang kepada Pekerja Petronas untuk melibatkan diri dengan rekonstrusi

dan rehabilitasi. Sejak permulaannya kakitangan Petronas turut membiayai kanak-kanak

daripada SOS children’s Village Bawana, Delhi. Sumbangan ini disalurkan melalui

tabung Pendidikan Kanak-Kanak.

PROGRAM SUKARELAWAN PETRONAS telah berkolaborasi dengan NGO terpilih

dan pihak-pihak yang tertentu untuk memantau peluang sukarelawan dan menyediakan

latihaan yang secukupnya. Sokongan dan panduan ini dapat meningkatkan kemahiran

yang berguna di dalam Program Pendekatan Bantuan seperti bencana alam, rehahilitasi

dan pendidikan.

3.2 Sentuhan Kasih

Pelaksanaan Program Sentuhan Kasih ini bertujuan untuk mendekatkan diri pekerja

Petronas dengan masyarakat dalam membantu golongan yang memerlukan. Di sabah

Program ini telah dianjurkan sejak 2006 lagi. Program ini bertujuan untuk membantu

golongan yang berpendapatan rendah terutama di musim perayaan. Dengan bantuan ini,

golongan berpendapatan rendah boleh beraya dengan bergembira. Selain daripada itu,

mereka juga akan berasa tidak terpinggir daripada masyarakat lain. Program ini

|

Page 9: individu

merupakan salah satu tanggungjawab ahli korporat dan paling penting dapat ialah

pekerja dapat berinteraks dengan masyarakat dan menghulurkan bantuan dengan lebih

dekat. Menurut Joseph, Pengurus Besar Petronas Sabah dan Labuan, program ini juga

dapat memupuk meningkatkan semangat sukarela dalam kalangan warga kerja

Petronas selain menyediakan peluang untuk mereka berinteraksi dengan masyarakat

tempatan. Selain memberikan sumbangan kewangan , antara warga Petronas juga

menyumoang dari segi fizikal seperti bergotong royong bersama-sama dalam

membersihkan kawasan. Selain daripada memberi bantuan semasa musim perayaan,

petronas juga memberikan bantuan bulanan dalam produk makanan asas selama dua

tahun..

Pada 27 Febuari 2013, rombongan Petronas telah mengadakan satu Program

Sentuhan Kasih disebuah perkampungan terpencil di Sook Sabah iaitu Kampung

Kahaba. Pihak Kampung Kahaba mengalu-alukan kedatangan rombongan Petronas .

program ini berlangsung selama dua hari dan dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan

Negeri (ADUN) Sook, Datuk Ellron Alfred Angin yang merupakan Pembantu Menteri

Kebudayaan dan Alam Sekitar negari. Melalui Program itu, Petronas menyumbangkan

buku-buku dan peralantan sukan untk kegunaan penduduk kampong selain 100 unit tong

gas untuk kegunaan pendudukan di kawasan tersebut. Semasa program itu juga Datuk

Ellron mengesa pemuda golongan kawasan itu melengkapkan diri dengan kemahiran

khususnya yang diperlukan oleh industri minyak dan gas. Hasrat program ini adalah

unntuk membantu kerajaan meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar agar tidak

ketinggalan dalam arus kemodenan. Selain itu warga Petronas juga mahu berkongsi

kegembiraan bersama-sama penduduk kampong agar dapat merasai kesenangan

bersama.

Pada 28 Julai 2013 terdapat enam pelumba di bawah Petronas telah mengambil

cuti rehat sepanjang bulan Ramadan. Mereka juga telah menjalankan satu program

dibawah program Sentuhan Kasih dengan memberikan panduan keselamatan di jalan

raya bersama 100 orang remaja di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor. Bengkel

Keselamatan Jalan Raya Street Smart yang dikendalikan oleh Petrosains bersempena

Program Sentuhan Kasih bersama Pelumba Program Bakat Petronas. (Sinar Harian,

2013)

Semasa bengkel itu berlangsung, antara pelumba yang hadir ialah alah Pelumba

muda Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas, Mohd Ramdan Mohd Rosli, pelumba

Formel 3 Jerman, Nabil Jeffri, pelumba Masters China, Afiq Ikhwan dan trio Super

Taikyu, Fariqe Hairuman, Dominic Ang dan Melvin Moh. Menurut

Mohd Ramdan program ini dapat memberi kesedaran kepada remaja tentang

|

Page 10: individu

keselamatan di jalan raya tambahan mereka sebagai pelumba sentiasa mementingkan

aspek keselamatan tidak kira di litar mahupun di jalan raya.

Semasa berlumba dan menjalani latihan, mereka banyak terdedah dengan

bahaya, jadi aspek keselamtan amat penting dan sentiasa menjadi keutamaan. Aspek

keselamatan ini tidak semestinya diamalkan dilitar tetapi juga harus diamalkan diluar litar

terutama dalam pemakaian topi keledar. Pemakaian topi keleder amat penting ketika

berada di jalan raya. Hal ini disebabkan ia dapat melindungi kita daripada ancaman yang

pelbagai contohnya batu dari lori. Semasa memandu kita tidak perasan tentang acaman

yang kadang kala remeh di mata kita.

Pada tahun ini juga, di Sabak Bernam Petronas telah membuat satu lagi program

Sentuhan Kasih semasa bulan Ramadan baru-baru ini. Program yang dianjurkan

merupakan acara tahunan syarikat tersebut pada setiap kali menjelang perayaan besar

di Malaysia. Program ini berlangsung selama dua hari di Kampung Dato’ Hormat dan

Kampung Tengar. Menurut pengurus Besar Kanan bahagian Hal Ehwal Korporat

Kumpulan Petronas, Datuk Mohammad Medan Abdullah berkata, melalui program ini

seramai 120 sukarelawan terdiri daripada kakitangan Petronas tinggal dirumah keluarga

berkenanaan bagi membantu melakukan persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Menurut beliau lagi, ini merupakan tanggungjawab Petronas dalam membantu dan

memberikan sumbangan kepada penduduk kampong.

Seramai 53 buah keluarga telah menerima bantuan daripada pihak Petronas.

Penduduk kampung terdiri Kampung Dato’ Hormat dan Kampung Tengar. Antara aktiviti

yang dijalankan menerusi program ini ialah membawa keluarga kurang bernasib baik

pergi membeli belah hasil daripada sumbangan kakitangan berjumlah RM 70 000. Selain

daripada membeli belah. Petronas juga ada memberikan sumbangan mengubah suai

rumah setiap keluarga terlibat dan membaik pulih kemudahan awam seperti balai raya

dan surau.

Pada tahun 2010, selain program Sentuhan Kasih, Petronas juga turut

mengambil insiatif untuk membantu 5 ribu keluarga miskin tegar di seluruh Malaysia

melalui “ Sentuhan Harapan Petronas” dengan menghulurkan bantuan bualan dalam

bentuk produk makanan asas selama dua tahun.

http://www.sinarharian.com.my/pelumba-petronas-kongsi-

tips-keselamatan-1.187576

3.3 Sentuhan Harapan Petronas

|

Page 11: individu

Petronas telah memperuntukan RM 26 juta bagi membiayai Program Sentuhan

Harapan yang membantu 13 500 keluarga miskin diseluruh negara sejak 2010.

Sentuhan Harapan Kasih ini telah dilancarkan oleh Datuk Seri Mohd Najib bin TUN

Razak di Miri Pada tahun 2010. Program Sentuhan Harapan merupakan Porgram bakti

masyarakat yang menyediakan bantuan asas kepada keluarga miskin tegar yang di

kenal pasti di dalam negara. Pengurus Besar Bahagian Hal Ehwal Korporat Kumpulan

Petronas, Haniff Hassan berkata menerusi program tanggungjawab sosial korporat

syarikat itu, keluarga terbabit diberi bantuan kewangan dan kemahiran bagi

membebaskan mereka daripada kepompong kemiskinan. Mereka menerima sumbangan

bulanan dalam bentuk makanan asas yang bernilai RM80.

Semasa program tersebut dilancarkan pada 22 Julai 2010 sebanyak 5,0000

keluarga miskin mengikuti program ini. Sehingga hari ini jumlah tersebut meningkat

kepada 13 500 keluarga miskin di seluruh negara. Sumbangan ini disalurkan melalui

Kedai Mesra Petronas dan pasar raya terpilih di seluruh negara. Dengan bantuan ini,

Petronas berharap dapat membantu mengurangkan beban hidup mereka. Program

Sentuhan Harapan Petronas ini uga turut menyediakan peluang kepada keluarga

terbabit dalam memperbaiki taraf hidup dalam jangka masa panjang. Usaja ini

dilaksakana melalui kursus pengurusan kewangan secara berhemah dan latihan

kemahiran. Melalui kursus ini, mereka boleh menjana pendapatan sendiri serta dapat

meningkatkan taraf sosioekonomi keluarga, program berkenaan akan diperluaskan.

Menurut Che Maznah Kassim, 51 tahun dalam bernama, beliau telah membuka

kedai jahitan sendiri untuk menampung keperluan hidup mereka. Dengan kemahiran ini,

sangat bersyukur kerana dapat menampung kehidupannya tanpa dibantu oleh orang

luar. Beliau juga boleh memelihara tujuh orang anak setelah suaminya tidak mampu

bekerja selepas serangan jantung. Pada mulanya, kehidupan Che Maznah agak

mencabar kerana terpaksa membesarkan tujuh orang anak. Dengan adanya

perkhidmatan kemahiran seperti ini, dapat meringgankan bebannya.

http://my.news.yahoo.com/berita-petronas-belanja-rm26-juta-untuk-program-sentuhan-

015623011.html

http://webcache.googleusercontent.com/search?q=cache:http://www.mykasih.com.my/

web/coverage/100723_utusan_borneo.pdfhttp://mynewshub.my/?p=147592

http://my.news.yahoo.com/berita-petronas-belanja-rm26-juta-untuk-program-

sentuhan-015623011.html

http://www.sinarharian.com.my/nasional/sentuhan-kasih-program-penting-

petronas-dekati-masyarakat-1.74101

3.4 PROGRAM SUKARELAWAN PETRONAS

|

Page 12: individu

Program Sukarelawan Petronas ini adal untuk member tumpuan kepada

sekumpulan sukarelawan yang dilatih dalam Pengurusan Bencana Risiko. Selain

daripada itu, PVOP ini juga mendedahkan sukarelawan dalam bidang kemanusiaan

dalam membantu masyararakt yang ditimpa bencana. Tujuan utama PVOP ini adalah

untuk memupuk semangat kesukarelawan dan ini merupakan plattform bagi pekerja

Petronas untuk menyumbangkan masa, kemahiran dan pengalaman mereka dalam

masyarakat khususnya melalui program bantuan kemanusian yang dijalankan bersama-

sama rakan lain seperti Mercy Malaysia. Di samping itu, ini juga membuktikan bahawa

Petronas juga mengambil berat tentang pembanganun dan komuniti global.

Petronas telah bekerjasama dengan Mercy Malaysia untuk membangunkan

program sukarelawan berstruktur yang dikenali sebagai Program Sukarelawan Petronas.

(PVOP). Program ini telah melatih sekumpulan sukarelawan di Asia dalam menghadapi

sesuatu masalah. Latihan ini telah dijalankan oleh Mercy Malaysia. Program ini juga

telah dilancarkan pada April 2005 dan telah menyenaraikan lebih 350 kakitangan

Petronas. Seramai 100 orang sukarelawan telah dilatih untuk mengatasi atau

menghadapi pelbagai misi kemanusiaan tempatan dan antarabangsa. Kira-kira 150

sukarelawan telah menjalani kursus persediaan bencana alam.

Pada tahun 2009, empat orang pekerja Petronas yang merupakan ahli-ahli

Program Peluang Sukarelawan Petronas (PVOP) telah membantu mangsa-mangsa

gempa bumi dan berkampung di Padang. Ahli-ahli PVOP ini merupakan sebahagian

daripada pasukan yang ke-11 dibawah Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (MERCY

Malaysia) pasukan bantuan. Empat orang sukarelawan ini terdiri daripada Sakinah M

Alhabshi, Mary Anne James, Roshanpal Singh Gurcharan Singh dan Khairulanuar

Mokhtar.

Pasukan ini ditugaskan untuk Pariaman, kira-kira satu jam pemanduan dari

Padang mengalammi 75 peratus kerosakan akibat gempa bumi. Peranan ahli-ahli PVOP

adalah untuk membantu dalam logistik dan kerja-kerja pentadbiran. Selain daripada itu,

mereka juga akan memantau keperluan yang harus diberikan segara seperti tempat

perlindungan perubatan dan lain-lain lagi. Pasukan ini telah berkampung di Pariaman

dari 17 oktober sehingga 23 oktober 2009. Walaupun ini merupakan satu tugasan yang

mengejut dan singkat, pasukan ini amat berbesar hati dan menyatakan penghargaan

mereka kerana mereka berpeluang untuk mendekati dengan lebih dekat mangsa yang

memerlukan pertolongan.

https://www.facebook.com/note.php?note_id=163186808548&1&index=2

|

Page 13: individu

http://www.unisdr-apps.net/confluence/download/attachments/3080193/

Petronas.pdf?version=1

4.0 Refleksi

5.0 Penutup

Sebagai rumusannya, untuk membasmi kemiskinan dalam negara telah dinyatakan

pada tahun 1971 dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar Ekonomi Baru yang

bermatlamatkan perpaduan Negara melalui proses pembasmian kemiskinan dan

penyusunan semula masyarakat didalam konteks keselamatan Negara yang kukuh. Segala

program pembangunan negara dan Dasar kerajaan semasa yang diperkenalkan adalah

dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai tujuan-tujuan diatas. Usaha ini memerlukan

bukan sahaja usaha yang gigih dari kerajaan dan kakitangannya, malah ianya memerlukan

perubahan sikap, tenaga dan pemikiran rakyat dari sektor swasta.

Kerajaan tidak mampu untuk bergerak bersendiri tanpa dibantu oleh NGO-NGO dan

badan-badan berkanun. Dengan adanya semua ini, ia dapat meringankan beban kerajaan.

Petronas merupakan salah satu syarikat di bawah kerajaan. Petronas juga merupakan

sebuah syarikat yang besar di Asia. Dalam komuniti dan pekerja, Petronas sangat

mrngalakkan pekerja. Dengan adanya semua ini, ia dapat meringankan beban kerajaan.

Petronas merupakan salah satu syarikat di bawah kerajaan. Petronas juga merupakan

sebuah syarikat yang besar di Asia. Dalam komuniti dan pekerja, Petronas sangat

mrngalakkan pekerja dan warga Petronas memberikan sumbangan dari segi fizikal atau

mental. Di samping memberikan sumbangan, kita juga dapat mengeratkan silatul rahim

dalam masyarakat setempat. Pihak Petronas sendiri berasa bangga sekiranya terdapat

pekerjanya sendiri yang turun padang dalam bantu memberikan sumbangan kepada

golongan yang perpendapatan rendah.

Di samping itu, Petronas juga menegaskan bahawa hidup bermasyarakat amat

penting dalam kehidupan seharian kita. Kadang kala kita berada di atas dan kadang kala kita

berada dibawah. Oleh itu, kita tidak boleh menuding jari pada golongan berpendapatan

rendah. Kita kene sering beringat bahawa kia menolong orang yang memerlukan amat besar

ganjarannya suatu hari kelak.

|

Page 14: individu

8.0 Refleksi

Saya berasa amat gembira kerana akhirnya dapat menyiapkan tugasan yang diberi

ini. Walaupun pada permulaannya saya merasakan tugasan ini agak sukar, namun dengan

bantuan daripada pensyarah dan kerjasama rakan-rakan, saya dapat melakukan kajian ini.

Selepas menjalankan kajian ini, saya dapat menimba pelbagai pengalaman dan

perkara-perkara yang baru yang tidak pernah saya fikirkan sebelum ini. Ketika menjalankan

kajian, saya boleh mengetahui bahawa setiap syarikat besar di Malaysia ini akan memikirkan

tentang pembangunan ekonomi. Pembangunan ekonomi ialah ........................... selain

dariapda itu, mereka juga menyokong hasrat kerajaan untuk membasmi kemiskinan dalam

kalangan masyarakat. Sebagai masyarakat yang bertanggungjawab kita haruslah saling

bantu membantu bak kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Oleh

itu sama-samalah kita meringankan bebanyang mereka tanggung.

Petronas merupakan sebuah syarikat yang terbesar di Malaysia dan juga Asia sering

memberikan bantuan kepada masyarakat di Malaysia tanpa mengira kaum dan budaya.

Semasa mengkaji tentang komuniti dan pekerja , saya mendapati Petronas sangat menitik

beratkan tentang taraf kehidupan masyarakat. Petronas juga menyahut dan menyeru agar

pekerja atau warga kerja Petronas turut serta turun padang dalam menyumbang

sumbangan. Tidak semua sumbangan perlu diberikan dengan wang ringgit, tetapi dengan

tenaga empat kerat juga digalakan. Contohnya dengan memperbaiki rumah, bergotong-

royong dan sebagainya. Guru merupakan pekerjaan yang paling dekat dengan masyarakat.

Oleh itu kita perlu bersama-sama dengan masyarakat memberikan sumbangan kepada

orang yang memerlukan. Mungkin hari ini kita bernasib baik, tetapi siapa sangka akan hujan

di tengah hari.

Semasa melakukan tugasan ini pelbagai halangan yang perlu kami lakukan

antaranya ialah kami menerima tugasan ini di saat akhir untuk pergi ke Praktikum. Oleh itu,

saya dan rakan-rakan yang lain telah berbincang untuk pergi ke melakukan tugasan ini

sebelum kami semua pergi ke Pratikum. Hal ini akan memudahkan semua orang kera

saya dapat melihat sendiri bagaimana kesengsaraan yang dihadapi oleh seorang

penagih tersebut. Selain itu, timbul juga satu kesedaran dalam diri saya bahawa dadah

bukan merupakan jalan keluar terbaik dalam sesuatu permasalahan yang dihadapi.

|

Page 15: individu

Kerjasama yang diberikan oleh semua yang terlibat semakin menyemarakkan semangat

saya dan ahli kumpulan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan dengan lebih baik.

Namun pelbagai masalah turut saya dan ahli kumpulan hadapi ketika proses

melakukan kajian ini. Salah satu dari masalah kami adalah dari aspek masa kerana kami

telah pergi menyertai Program Bina Insan Guru yang dikelolakan oleh pihak institut

disamping turut terlibat dalam aktiviti sempena Kejohanan Olahraga Tahunan yang akan

diadakan. Oleh sebab itu, saya terpaksa melakukan kajian ini dengan secepat mungkin

untuk mengejar masa.

Akan tetapi semua itu tidak menjadi penghalang kepada saya untuk menyiapkan

tugasan yang diberikan. Saya gembira kerana tugasan ini dapat disiapkan dengan jayanya

dan menepati masa yang telah ditetapkan

|