gru individu

23
1.0 PENGENALAN Menurut Izham Shafie (2008) data merupakan maklumat berangka yang diperlukan untuk membuat sesuatu keputusan yang baik dalam situasi tertentu. Hakikatnya, maklumat yang penting amat diperlukan dalam proses pembuatan keputusan. Terdapat banyak kaedah yang digunakan untuk memperoleh data yang diperlukan. Data adalah fakta empirik yang dikumpulkan oleh pengkaji dengan tujuan untuk memecahkan masalah atau menjawab segala persoalan yang timbul. Sepanjang kajian berlansung data penelitian yang berasal daripada pelbagai sumber dapat dikumpulkan melalui pelbagai teknik. Berdasarkan sumbernya, data dapat dikelompokkan dalam dua jenis iaitu data primer dan data sekunder : Data Primer Data Sekunder Adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan oleh peneliti secara langsung dari sumber datanya. Data primer disebut juga sebagai data asli atau data baru yang memiliki sifat up to date. Untuk mendapatkan data primer, peneliti harus mengumpulkannya secara langsung. Teknik yang Adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan peneliti dari berbagai sumber yang telah ada (peneliti sebagai tangan kedua). Data sekunder dapat diperoleh dari berbagai sumber seperti Biro Pusat Statistik (BPS), buku, laporan, jurnal, dan lain-lain. 1

Upload: opie-mohamad

Post on 19-Aug-2015

103 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gru individu

1.0 PENGENALAN

Menurut Izham Shafie (2008) data merupakan maklumat berangka yang diperlukan untuk

membuat sesuatu keputusan yang baik dalam situasi tertentu. Hakikatnya, maklumat yang

penting amat diperlukan dalam proses pembuatan keputusan. Terdapat banyak kaedah yang

digunakan untuk memperoleh data yang diperlukan. Data adalah fakta empirik yang

dikumpulkan oleh pengkaji dengan tujuan untuk memecahkan masalah atau menjawab segala

persoalan yang timbul. Sepanjang kajian berlansung data penelitian yang berasal daripada

pelbagai sumber dapat dikumpulkan melalui pelbagai teknik. Berdasarkan sumbernya, data

dapat dikelompokkan dalam dua jenis iaitu data primer dan data sekunder :

Data Primer Data Sekunder

Adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan

oleh peneliti secara langsung dari sumber

datanya. Data primer disebut juga sebagai data

asli atau data baru yang memiliki sifat up to

date. Untuk mendapatkan data primer, peneliti

harus mengumpulkannya secara langsung.

Teknik yang dapat digunakan peneliti untuk

mengumpulkan data primer antara lain

pemerhatian, temu ramah, diskusi terfokus

(focus grup discussion – FGD) serta melalui

borang soal selidik.

Adalah data yang diperoleh atau dikumpulkan

peneliti dari berbagai sumber yang telah ada

(peneliti sebagai tangan kedua). Data sekunder

dapat diperoleh dari berbagai sumber seperti

Biro Pusat Statistik (BPS), buku, laporan,

jurnal, dan lain-lain.

Pemahaman terhadap kedua jenis data di atas diperlukan sebagai landasan dalam menentukan

teknik serta langkah-langkah pengumpulan data penelitian.

1

Page 2: Gru individu

2.0 DATA BERDASARKAN SIFATNYA

Berdasarkan bentuk dan sifatnya, data dapat dibezakan dalam dua jenis iaitu data kualitatif (yang

berbentuk kata-kata) dan data kuantitatif (yang berbentuk angka).

1.     Data Kualitatif

Kajian kualitatif adalah kajian yang menggunakan maklumat/data yang bersifat kualitatif. Data

kualitatif diperoleh melalui pemerhatian, temubual, analisisi dokumen atau apa-apa cara untuk

mendapatkan data yang lengkap. Jenis-jenis kajian kualitatif antaranya ialah kajian tindakan,

kajian kes, kajian lapangan, analisis dokumen. Data berbentuk perkataan atau ayat yang

dikumpul melalui temu bual atau yang direkod dalam bentuk gambar atau video. Penyelidik

adalah instrument utama dalam memungut data. Penyelidik perlu berada dalam situasi yang

dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang ingin dikaji. Reka bentuk kajian lebih

lentur/ fleksible Jasmi, K. A. (2012).Boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi.

Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh secara

langsung daripada peserta kajian. Saiz sampel adalah kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak

berasaskan kebarangkalian. Memakan masa yang lama, tenaga dan kos untuk dilaksanakan.

Proses pengumpulan data dalam penyelidikan kualitatif memberi peluang kepada penyelidik

untuk mendapat data yang berciri seperti berikut:

Memberi bermakna dan penting kepada peserta kajian,

Data yang tidak dijangka atau diandai oleh penyelidik,

Data yang mendalam serta dapat menjelaskan sesuatu isu yang dikaji (Mack,

Woodsong, MackQueen, Guest, & Namey, 2005).

Empat kaedah mengumpul data kualitatif yang akan dibincangkan ialah Pemerhatian, temubual

Individu, Kumpulan Fokus serta analisa artifek. Setiap satu dari kaedah ini sesuai untuk

digunakan untuk mengutip jenis-jenis data-data tertentu.

2

Page 3: Gru individu

2.     Data Kuantitatif

Data kuantitatif adalah data yang berbentuk angka atau bilangan. Sesuai dengan bentuknya, data

kuantitatif dapat diolah atau dianalisis menggunakan teknik perhitungan matematik atau

statistik. Berdasarkan proses atau cara untuk mendapatkannya, data kuantitatif dapat

dikelompokkan dalam dua bentuk iaitu sebagai Deskriptif dan Inferensi. Data kuantitatif boleh

diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan

ujian. Jenis-jenis kajian kuantitatif adalah seperti Kajian Deskriptif, Kajian Korelasi, Casual

Comparative dan Kajian Exsperimental. Peserta kajian adalah sample yang dipilih dengan

meggunakan teknik persempelan tertentu. Penyelidik mengkaji populasi atau sample yang

mewakili populasi manakala saiz sample adalah besar dan dipilih berasaskan kebarangkalian.

3.0 KAEDAH PENGUMPULAN DATA

3.1 Kaedah Pemerhatian

Kaedah pemerhatian berasal daripada kajian ethonografik yang bertujuan untuk mempelajari

perspektif yang dikaji dalam konteks peserta sendiri. Pengkaji kualitatif perlu membuat andaian

bahawa dalam sesuatu populasi terdapat pelbagai perspektif tentang sesuatu isu. Pengkaji perlu

mengetahui pelbagai perspektif ini dan memahami jalinan yang berlaku antara perspektif-

perspektif yang berbeza ini. Menurut Moleong (1989) pengkaji menggunakan kaedah ini kerana:

Pemerhatian memungkinkan pengkaji untuk melihat, merasakan, dan memaknai

dunia beserta ragam peristiwa dan gejala sosial dalamnya, sebagaimana subjek

pengkajian melihat, merasakan dan memaknainya.

Pemerhatian memungkinkan pembentukan pengetahuan secara bersama-sama

antara pengkaji dan subjek pengkajiannya (intersubjektiviti)

Kaedah pemerhatian terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian secara terus (Direct Observation)

dan pemerhatian melalui penglibatan ( Participant Observation) Kamarul Azmi Jasmi ( 2012).

3

Page 4: Gru individu

Pemerhatian Secara Terus ( Direct Observation)

Pemerhatian Melalui Penglibatan ( Participant Observation)

Kaedah pemeratian secara terus melibatkan

aktiviti seperti pengiraan jumlah guru di

sesebuah sekolah. Kaedah pemerhatian ini

kebiasaan hanya menggunakan one way

communication di mana kaedah ini tidak

melibatkan komunikasi antara manusia

Bagi pemerhatian secara penglibatan yang

berasal daripada bidang antropolgi

iaitu( kajian tentang kehidupan masyarakat)

penglibatan antara pengkaji dengan manusia

adalah amat diperlukan. Hal ini demikian

kerana, pengkaji biasanya melibatkan diri

dengan masyarakat yang hendak dikajinya bagi

memahami dengan jelas sesuatu isu yang

membayangi masyarakat tersebut.

Walaubagaimanapun, Pemerhatian dalam kajian kualitatif boleh dilakukan melalui tiga cara

iaitu:

Pemerhatian Tidak Turut Serta

Pemerhatian Separa Turut Serta

Pemerhatian Turut Serta.

Ketiga-tiga bentuk pemerhatian ini melibatkan pengkaji berada di persekitaran yang

membenarkan peserta bertingkahlaku secara semulajadi. Perkara yang membezakan ketiga jenis

pemerhatian ini ialah tahap penglibatan pengkaji dalam aktiviti yang dilakukan oleh peserta

kajian. Dalam Pemerhatian Tanpa Turut Serta pengkaji hanya memerhati dan mengutip data

tanpa perlu mewujudkan apa-apa interaksi dengan peserta atau persekitaranya. Sebaliknya

Pemerhatian Turut Serta memerlukan penglibatan pengkaji dalam persekitaran dan aktiviti-

aktiviti peserta. Terdapat juga kajian yang memerlukan pengkaji menggunakan kedua-dua

kaedah bila perlu. Ini dinamakan Pemerhatian Separa Turut Serta. Pengkaji yang membuat

Pemerhatian Secara Turut Serta mempelajari bagaimana rasanya berada dalam dunia dan

kehidupan sebenar peserta kajian dan pada masa yang sama perlu kekal sebagai seorang luaran

untuk membolehkannya membuat laporan secara objektif.

4

Page 5: Gru individu

Langkah-Langkah Pemerhatian

1. Berada dilokasi kajian

Pengkaji pergi ke komuniti atau persekitaran di mana terdapat populasi yang dapat memberi

jawapan kepada soalan kajian. Peserta boleh terus bertingkahlaku secara semula jadi dalam

persekitaran mereka. Sebagai persediaan kepada proses pemerhatian, pengkaji perlu

mengenalpasti invidu yang dapat memberikan maklumat yang dikehendaki. Dalam Pemerhatian

Turut Serta, pengkaji boleh membina hubungan dan seterusnya berinteraksi dengan individu-

individu dalam persekitaran tersebut yang dapat membantu pengkaji memahami fenomena-

fenomena yang diperhatikannya.

2. Membuat Catatan

Semasa berada dalam persekitaran yang dikaji, pengkaji mencatat segala maklumat yang

diperolehi dalam buku nota lapangan. Maklumat ini diperolehi melalui pemerhatian tingkahlaku,

perbualan personal, dan juga peristiwa yang berlaku dalam persekitaran tersebut. Maklumat

yang diperolehi dari media masa di kawasan tersebut juga boleh dijadikan sumber data.

Walaupun selalunya data pemerhatian adalah dalam bentuk teks, catatan juga boleh dilakukan

dalam bentuk rajah dan peta minda iaitu untuk menggambarkan sesuatu hubungan, kronologi

peristiwa, kedudukan kuasa, dan sebagainya. Dalam proses ini, pengkaji perlu sentiasa berhati-

hati mencatatkan pemerhatiannya secara empirikal tanpa melakukan interpretasi mengikut nilai

dan tanggapan pengkaji sendiri.

Cara mengambil nota lapangan

Catatkan Tarikh, Masa, tempat dan peristiwa.

Tinggalkan ruang kosong pada setiap catatan supaya nota boleh dikembangkan.

Ambil nota secara strategik dengan hanya mencatatkan kata kunci.

Gunakan short hand.

Liputi pelbagai aspek pemerhatian seperti peristiwa, perbualan, bahasa badan,

mood, persekitaran secara am, interaksi sesama peserta, dan lain-lain yang relevan

5

Page 6: Gru individu

3.2 Kaedah Analisis Dokumen

Pada amnya, analisis dokumen ialah pecahan kaedah pengumpulan data penyelidikan daripada

analisis kandungan yang merupakan huraian objektif terhadap mesej komunkasi yang telah

dicetak, disiarkan atau digambarkan. Dalam kata lain, bahagian mesej itu dapat didengar,

diperoleh dan dilihat dengan merujuk kandungan teks pada perkataan, maksud, gambar, simbol,

idea, tema, atau apa-apa sahaja mesej yang telah dikomunikasikan (Sabitha Marican, 2009: 97;

Babbie, 2010: 332). Hal ini sebagaimana yang ditakrifkan seperti berikut:

Document analysis is just what its name implies – the analysis of the written or visual

contents of a document. Textbooks, essays, newspapers, novels, magazine articles, cookbooks,

political speeches, advertisements, pictures – in fact, the content of virtually any type of written

or visual communication can be analyzed in various ways. A person’s or group’s conscious

beliefs, attitudes, values, and ideas are often revealed in the document they produce. (Fraenkel

dan Wallen, 1993: 389)

Pengumpulan data melalui analisis dokumen dapat memberikan maklumat yang relevan

kepada isu dan masalah yang dikaji. Dokumen adalah sumber yang paling mudah kepada

pengkaji kerana maklumat yang diperlukan telah sedia ada dan sukar untuk dimanipulasi. Contoh

dokumen yang boleh digunakan jika hendak mengkaji sesuatu permasaalah adalah keratan

akhabar, Diari atau Jurnal dan Gambar. Semua dokumen yang dirasakan perlu diteliti dan

dilaporakan dalam satu laporan serta disertakan salinan jika tidak sukar untuk disalin.

3.3 Diari Dan Catatan Harian

Diari pengkaji merupakan satu catatan diari kajian yang menjelaskan secara ringkas setiap

aktiviti yang berlaku sejak daripada turun lapangan sehingga semua data telah selesai dikumpul

dan disahkan. Data utama temubual perlu disahkan oleh responden atau informan sebagai salah

satu daripada bentuk kesahan kajian. Manakala catatan harian atau catatan lapangan merupakan

instrumen utama yang melekat pada beragam teknik pengumpulan data kualitatif. Terdapat tiga

jenis catatan harian:

6

Page 7: Gru individu

Catatan Fakta : iaitu data kualitatif hasil pemerhatian dan temubual dalam

bentuk huraian terperinci maupun kutipan langsung.

Catatan Teori : iaitu hasil analisis pengkaji di lapangan untuk menyimpulkan

struktur masyarakat yang dikajinya, serta merumuskan hubungan antara topik

("variabel") penting pengkajiannya secara induktif sesuai dengan fakta di

lapangan.

Catatan Metodologis: iaitu pengalaman pengkaji ketika berupaya menerapkan

metode kualitatif di lapangan.

Untuk membantu ingatan pengkaji, perlu membuat catatan sementara selama temubual, atau

menggunakan alat perakam. Tujuan utama catatan nota lapangan ditulis kerana nota ini akan

menjadi rujukan kepada pengkaji berdasarkan situasi yang berlaku secara keseluruhan ketika

berada di lokasi kajian. Hal ini kerana, kajian kualitatif lebih mementing proses. Justeru, setiap

proses perlu ditunjukkan. Berdasarkan nota lapangan ini kesahan kajian terbina.

3.4 Artifek

Artifek adalah bahan-bahan maujud yang dapat dijadikan bukti empirikal kepada sesebuah

kajian. Sesuatu artifek itu sesuai dijadikan bahan kajian apabila ia secara lansung atau tidak

lansung mengandungi maklumat-maklumat berkenaan sesuatu peristiwa, proses, dan budaya.

Menurut Gorad (2002), pengkaji kualitatif melihat pelbagai perkara berpotensi memberi

maklumat, dan pengkaji menjadi pengutip data yang teliti. Sekecil-kecil perkara seperti brosur

sekolah, nota-nota, tiket, senikata lagu, sehinggalah sebesar-besar perkara seperti bangunan,

kapal terbang, dan tempat-tempat sejarah adalah artifek yang mempunyai pelbagai maklumat

untuk dijadikan bahan bukti. Ahli-ahli sejarah umpamanya memainkan peranan yang amat

penting dalam membantu manusia memahami pelbagai perubahan dan pembentukan peradaban

melalui penelitian mereka terhadap artifek purba seperti bangunan dan peralatan kehidupan

sebelum ini. Perkara yang paling penting bagi pengkaji ialah memastikan bahawa artifek yang

dikaji adalah asli kerana ini memberi pengaruh yang besar ke atas kesahihan dan

kebolehpercayaan kajian tersebut. Seterusnya, pengkaji mencatat nota, dan merakam secara

audio dan visual bentuk fizikal artifek tersebut. Pengkaji kemudian menggunakan pelbagai aspek

dalam artifek itu untuk menjawab persoalan kajian yang telah disediakan. Pada masa yang

7

Page 8: Gru individu

sama, terdapat aspek-aspek artifek tersebut yang memberikan pengetahuan baru ataupun

persoalan kajian baru yang selama ini tidak difikirkan oleh pengkaji.

3.5. Temubual

Temubual adalah kaedah yang paling berkesan membolehkan pengkaji mengutip data secara

mendalam tentang sejarah, pandangan, dan pengalaman seseorang peserta terutamanya bagi

topik-topik yang sensitif. Menurut Marshall dan Rossman (1957) temu bual ialah satu perbualan

yang bertujuan Samada sebagai populasi yang dikaji ataupun sebagai orang yang mempunyai

hubungan profesional atau personal dengan populasi kajian, peserta yang terlibat dalam temubual

individu akan mendapat faedah melalui proses ini. Ramai peserta yang berasa gembira dan

mengalami carthasis ketika ditemubual kerana mereka berpeluang menyatakan perspektif

mereka dan membuat pendedahan kendiri kepada seseorang yang mendengar dengan penuh

minat. Pengkaji pula menerima satu penghormatan apabila diberi peluang oleh orang yang tidak

dikenali untuk memahami sebahagian kehidupan orang tersebut (Mack, Woodsong, MackQueen,

Guest, & Namey, 2005).

Dalam proses menemubual, peserta adalah seseorang yang dapat memberi respon kepada soalan-

soalan kajian manakala pengkaji adalah pelajar yang ingin mengetahui pandangan peserta

tersebut. Penyelidik menerima semua jawapan yang diberi oleh peserta dan tidak memberi nilai

samada jawapan itu betul atau salah. Proses ini melibatkan penyelidik bersemuka dengan peserta

dan mendengar dengan teliti respon-respon peserta kepada soalan yang diajukan kepadanya.

Temu bual berstruktur

Melibatkan penemu bual menggunakan soalan-soalan yang telah ditentukan untuk semua

reponden

Temu bual semi berstruktur

Soalan –soalan dalam temu bual semi berstruktur ditentukan terlebih dahul tetapi

jawapan kepada soalan –soalan tersebut adalah terbuka, boleh dikembangkan mengikut

budi bicara penemu bual atau responden.

8

Page 9: Gru individu

Temu bual tidak berstruktur

Temu bual tidak bestruktur biasanya menggunakan soalan terbuka yang memberi peluang

responden memberi tindak balsa mengikut budi bicaranya dan tidak terikat dengan

sebarang jawapan alternative atau tidak dikekang oleh panjang atau pendek soalan.

Langkah-langkah dalam proses temubual

1. Persediaan Menemubual: Protokol Soalan

Penyelidik perlu membuat persediaan dengan mencari maklumat asas tentang tajuk kajian dan

elemen-lemen dalam kajiannya seperti teori, fenomena terkini serta faktor-faktor yang

mempengaruhi. Pengetahuan ini membantu penyelidik membina instrumen kajian yang disebut

sebagai protokol soalan (Hill, Knox, Thompson, Williams, Hess, Ladany, 2005). Protokol

soalan adalah senarai soalan-soalan yang disediakan oleh penyelidik untuk mencari jawapan

kepada soalan kajiannya.

2. Kemahiran Menemubual

Pengkaji perlu menggunakan kemahiran berkomunikasi yang berkesan agar responden berasa

selesa dan terdorong untuk memberi respon yang memuaskan. Kemahiran ini termasuklah:

Membina hubungan yang baik melalui penggunaan tingkahlaku yang sesuai dengan budaya

peserta, senyum, menggunakan nada suara yang mesra, berhemah dalam berjenaka, merendah

diri, bersabar dan tidak memarahi peserta. Memberi penerangan yang jelas kepada responden

tentang tujuan dan prosedur kajian, dan bagaimana temubual ini berbeza dari perbualan biasa.

Pengkaji perlu menerangkan tentang senarai soalan yang telah disediakan dan meminta

responden menjawab secara bebas, iaitu tiada jawapan yang betul atau salah. Memberi

keutamaan kepada perspektif peserta. Walaupun pendapat peserta berbeza dari apa yang anda

harapkan, sebagai pengkaji anda perlu objektif dan mendengar serta merekod segala maklumat

tanpa mengubah apa-apa makna. Bagaimanapun jika terdapat maklumat yang salah dari segi

fakta, anda bertanggungjawab memberi maklumat yang betul selepas temubual tersebut.

Menyesuaikan diri kepada pelbagai personaliti dan kedaan emosi responden. Pengalaman dan

personaliti yang berbeza menjadikan responden mengekspresi diri mereka dengan pelbagai cara.

9

Page 10: Gru individu

3. Mendokumentasikan Temubual

Data temubual merupakan perbualan antara pengkaji dan responden yang dirakam melalui pita

suara, video dan juga nota. Pegkaji kini mempunyai pelbagai pilihan teknologi perakam data

yang membolehkan rakaman dilakukan tanpa menganggu keselesaan peserta semasa temubual.

Apapun teknologi rakaman yang digunakan, pengkaji perlu mematuhi etika dengan memastikan

segala rakaman ini mendapat kebenaran dari responden. Data temubual yang telah dirakam ini

ditaip kembali dalam komputer dalam bentuk transkrip untuk melalui proses seterusnya iaitu

analisa. Analisis ini membolehkan pengkaji memetik ungkapan sebenar peserta dan dijadikan

bukti kepada jawapan-jawapan yang dicari oleh soalan kajian.

3.6 Temu Bual Kumpulan Fokus

Temubual kumpulan fokus merupakan teknik pengumpulan data yang baik dalam penyelidikan

kualitatif. Subtajuk cuba membincangkan definisi temu bual kumpulan fokus kekuatan kaedah

dan teknik; jenis temubual mendalam, dan kelemahannya. Kaedah perbincangan kumpulan fokus

(Focus Group Discussion - FGD) merupakan kaedah kualitatif yang popular. Melalui kaedah ini,

pengkaji memilih sekumpulan individu yang mempunyai ciri tertentu untuk mengadakan sesi

perbincangan. Seorang fasilitator (pemudah cara) yang dilantik akan menentukan hala tuju

perbincangan tersebut. Apa-apa yang dikatakan oleh ahli kumpulan merupakan data penting

dalam FGD dan kaedah ini memberi peluang untuk berkongsi dan membuat perbandingan

tentang pengalaman dan pandangan peserta serta memberi peluang untuk berbual-bual tentang

perkara yang terjadi dalam dunia sebenar.

Kaedah ini digunakan untuk mendapat kefahaman lebih mendalam tentang sesebuah

tajuk, contohnya motivasi, tingkah laku, perasaan, strategi membuat keputusan, atau pendapat

orang-orang tertentu terhadap sesuatu isu atau topik. Selain itu, FGD bertujuan untuk mengkaji

sesebuah tajuk penyelidikan secara mendalam dan intensif. Tambahan lagi, FGD merupakan

suatu strategi untuk memahami audiens atau sikap dan tingkah laku pengguna.

10

Page 11: Gru individu

Langkah-langkah Menemubual Kumpulan Fokus

1. Persediaan Temubual Kumpulan Fokus

Pengkaji membina soalan fokus : Soalan temubual kumpulan fokus berbentuk terbuka

yang memerlukan peserta memberi penerangan bukannya sekadar ”ya” dan ”tidak”.

Temubual kumpulan fokus menggunakan protokol soalan yang dibina terlebih dahulu

oleh pengkaji.

Pengkaji Memilih Kumpulan Fokus : Peserta kumpulan fokus terdiri dari mereka yang

dapat memberi respons terhadap isu yang dikaji. Pengkaji boleh membina kumpulan-

kumpulan yang mempunyai ciri-ciri yang sama ataupun berbeza. Contohnya dalam

kajian EQ yang dijalankan di seluruh negara, pengkaji telah membina 30 kumpulan fokus

yang terdiri dari kumpulan pegawai penjara, kumpulan jururawat, dan kumpulan guru

(Noriah, Zuria, Siti Rahayah, 2004).

Pengkaji menyediakan alat rakaman : Sesi perbincangan ini dirakam melalui pita video

ataupun audio. Oleh itu, pengkaji perlu membiasakan diri dengan alat rakaman. Seorang

fasilitator diperlukan untuk membaca soalan dan mengendalikan perbincangan, manakala

seorang lagi diperlukan untuk mencatat, atau memastikann rakaman berjalan lancar.

2. Mengendalikan Temubual Kumpulan Fokus

Pengkaji memperkenalkan dirinya, menyatakan tujuan perbincangan tersebut, dan

menerangkan bagaimana proses temubual fokus berlaku. Pengkaji perlu menyatakan bahawa

tiada jawapan yang betul atau salah dan semua ahli berpeluang menyatakan pandangan

mereka tanpa perlu risau bahawa ia akan disalahgunakan. Semasa temubual berjalan,

pengkaji perlu melakukan perkara berikut:

menggalakkan ahli-ahli memberi respons dan berinteraksi sesama mereka

mengaitkan satu respons dengan yang lain.

mengelak dari memberi komen kepada peserta samada respons itu tepat atau sebaliknya,

tidak menegur peserta kerana mempunyai pemikiran yang tidak sesuai,

berwaspada supaya tidak bertanyakan soalan yang terlalu sensitif dan menyentuh

peribadi peserta.

11

Page 12: Gru individu

3. Selepas Temubual Fokus

Perbincangan dengan rakan penyelidik selepas sesi kumpulan fokus adalah penting. Pengkaji

perlu mengimbas kembali maklumat yang didapati dalam kelompok tersebut, serta reaksi ahli

kelompok terhadap isu kajian semasa maklumat tersebut masih segar diingatan. Jika penyelidik

menjalankan kajian ini bersendirian, sangat baik jika maklumat ini dijadikan memo di atas kertas

atau dalam komputer.

Kaedah penyelidikan ini mempunyai kekuatan tersendiri. Antaranya, FGD mampu

menghasilkan pengutipan dan pengumpulan data preliminari atau awalan tentang sesuatu topik.

Justeru, kaedah ini boleh digunakan untuk kajian pilot dan mencari idea yang akan diselidiki.

Selain itu, hasil boleh diperoleh dengan cepat di samping kos yang efektif. Reka bentuk soalan

amat fleksibel dan pengkaji boleh mengadakan perbincangan susulan dengan meminta ahli

kumpulan fokus menjawab soal selidik. Fasilitator yang pakar berupaya memerhatikan gerak

laku responden dan mendapat data tambahan.

3.7. Soal selidik

Soal selidik merupakan Borang yang mengandungi susunan soalan-soalan yang teratur untuk

ditadbir oleh penemubual dan diajukan kepada responden atau informan. Soal selidik digunakan

untuk mendapatkan data-data daripada responden atau informan mengenai kajian yang dilakukan

dan mengukur pembolehubah yang ingin dikaji. Selaian daripada itu juga borang soal selidik

diperlukan untuk membantu pencapaian objektif kajian dan seterusnya membantu proses analisis

data. Soal selidik terbahagi kepada 2 jenis iaitu :

Soal Selidik Bentuk Terbuka Soal Selidik Bentuk Tertutup

Soalan yang memberi kebebasan kepada

responden untuk menjawab.

Contohnya: Apakah?, Mengapakah?,

Bagaimanakah?, Sejauhmanakah?

Soalan yang berstruktur dan responden hanya

memilih jawapan yang ditentukan sahaja.

Memberikan masa yang cukup untuk

12

Page 13: Gru individu

Jawapan sebenar daripada responden bukan

penyelidik.

Responden bebas memberi jawapan

berdasarkan isu dikemukakan.

menjawab.

Mudah menjawab kerana jawapan

disediakan.

Jawapan mudah dianalisis

Ciri Soalan yang baik dalam Borang Soal Selidik

 Soalan spesifik dan tidak mengelirukan (elak salah tanggapan responden)

Soalan tidak terlalu banyak (jumlah soalan bersesuaian dengan objektif kajian,

mengukur pembolehubah, soalan yang sederhana)

Soalan dapat difahami oleh pengkaji sendiri/responden dengan mudah iaitu: pengkaji

tahu masalah yang hendak dikaji, penemubual (enumerator) jelas makna soalan dan

responden faham soalan untuk dijawab.

Soalan-soalan yang pendek

Soalan-soalan tidak mendorong jawapan

Bahasa yang digunakan bersesuaian dengan kemampuan responden (mudah dan jelas)

Mempertimbangkan statistik yang bakal digunakan.

Jenis – jenis Soalan yang terkandung dalam borang soal selidik terbahagi kepada dua iaitu .

Soalan Fakta iaitu soalan yang dikemukakan untuk mendapatkan data/fakta yang boleh

diinterpretasikan menjadi maklumat seterusnya pengetahuan dan seterusnya Soalan pendapat:

soalan yang dikemukakan secara terbuka (tidak mengandungi unsur betul/salah terhadap jawapan

yang diberikan oleh responden

Susunan Soalan dalam Borang Soal Selidik

13

Page 14: Gru individu

1. Pengenalan:

Tajuk penyelidikan

Kod responden/lokasi penyelidikan

Kata pengantar (alu-aluan & penghargaan)

Tujuan Penyelidikan

Nama penyelidik & organisasi

2. Soalan-soalan awal mudah dijawab (wujudkan kemesraan dulu). Lazimnya soalan yang

mengandungi alternatif jawapan.

3. Soalan pendapat di bahagian akhir

4. Soalan yang sukar dijawab/berkaitan dengan diri responden boleh diletakkan di bahagian

akhir.

5. Soalan menguji pengetahuan (cth: soalan ujian pengetahuan) di letak paling akhir.

4.0 KESIMPULAN

Semua cara pengumpuan data ini memberi peluang kepada pengkaji mendapatkan data yang

banyak serta mendalam. Pengkaji perlulah teliti dalam memilih data yang sesuai digunakan

untuk memberi jawapan kepada persoalan kajiannya. Pada masa yang sama, proses kutipan data

memberi ruang untuk pengkaji menemui data yang tidak dijangkakan. Oleh itu, pengkaji perlu

menyediakan minda yang terbuka dalam proses pengumpulan data untuk menerima maklumat-

maklumat baru ini.

RUJUKAN

14

Page 15: Gru individu

Gorad, S. (2002). Can we overcome the methodological schism? Four models for combining

qualitative and quantitative evidence. Research Papers in Education 17(4), 345-361.

Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data dalam Penyelidikan Kualitatitif in Kursus

Penyelidikan Kualitatif Siri 1 2012 at Puteri Resort Melaka on 28-29 Mac 2012. Organized

by Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim, Jalan Datin Halimah,

80350 Johor Bahru, Negeri Johor Darul Ta'zim.

Kamarul Azmi Jasmi ( 2012). Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan Kualitatitif.

Faculty of Islamic Civilization, Universiti Teknologi Malaysia. Skudai, Johor Baharu.

Mack, N. Woodsong, E. MackQueen, K. M. , Guest, G. & Namey, E. (2005). Qualitative

Research Methods: A Data Collectors Field Guide, Family Health International, Research

triangle Park, NC: FHI.

Moleong, LJ. 1989. Metodologi Penelitian Kualitatif. Bandung: Remaja Rosdakarya.

Noraini idris (2010). Penyelidikan dalam pendidikan. McGraw Hill (Malaysia)

Othman lebar (2006). Penyelidikan kualitatif: pengenalan kepada teori dan metod. Penerbit

Universiti Pendidikan Sultan Idris, 2006

Sabitha Marican. 2005. Kaedah penyelidikan sains sosial. Petaling Jaya, Selangor: Pearson

Prentice Hall.

15