morfologi individu alip

14
AKTIVITI PENGAJARAN BERDASARKAN PENGGOLONGAN KATA (MUHAMMAD ALIFF SHAH B. IDRIS) 911219-14-6571 Pelbagai aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang boleh dilakukan berdasarkan penggolongan kata. Mula-mula kita lihat apakah yang dikatakan mengenai penggolongan kata. GOLONGAN KATA Definisi penggolongan kata berdasarkan pakar-pakar bahasa Melayu dalam dekad ini. Kita sudah sedia maklum bahawa semua perkataan bahasa Melayu terbentuk sama ada melalui proses tunggal, pengimbuhan, pemajmukan atau penggandaan , boleh digolongkan dalam beberapa golongkan kata yang mempunyai persamaan tertentu. Menurut Mohd Ra’in Shaari, Alias Mohd Yatim dan Abdullah Yusof ( 2009) menyatakan penggolongan kata merupakan penjenisan kata berdasarkan fungsi tatabahasa. Semua kata perlulah dikelompokkan atau digolongkan dalam kategori tertentu. Dalam bahasa Melayu terdapat empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas. Seterusnya,t Abdul Hamid Mahmood (2006) menjelaskan dalam bahasa Melayu terdapat bermacam-macam jenis perkataan. Perkataan-perkataan tersebut kita gunakan dalam percakapan dan penulisan setiap hari. Selaku pelajar dan penggunan bahasa Melayu kita perlulah mengetahui perkataan- perkataan tersebut supaya dapat digunakan dalam ayat yang betul. Di samping itu Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (2008) menyatakan perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam golongan tertentu berdasarkan kriteria , misalnya kritetia

Upload: muhd-firdaus

Post on 28-Jul-2015

100 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Morfologi individu alip

AKTIVITI PENGAJARAN BERDASARKAN PENGGOLONGAN KATA

(MUHAMMAD ALIFF SHAH B. IDRIS) 911219-14-6571

Pelbagai aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) yang boleh dilakukan

berdasarkan penggolongan kata. Mula-mula kita lihat apakah yang dikatakan mengenai

penggolongan kata.

GOLONGAN KATA

Definisi penggolongan kata berdasarkan pakar-pakar bahasa Melayu dalam dekad ini.

Kita sudah sedia maklum bahawa semua perkataan bahasa Melayu terbentuk sama

ada melalui proses tunggal, pengimbuhan, pemajmukan atau penggandaan , boleh

digolongkan dalam beberapa golongkan kata yang mempunyai persamaan tertentu.

Menurut Mohd Ra’in Shaari, Alias Mohd Yatim dan Abdullah Yusof ( 2009) menyatakan

penggolongan kata merupakan penjenisan kata berdasarkan fungsi tatabahasa. Semua

kata perlulah dikelompokkan atau digolongkan dalam kategori tertentu. Dalam bahasa

Melayu terdapat empat golongan kata iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan

kata tugas. Seterusnya,t Abdul Hamid Mahmood (2006) menjelaskan dalam bahasa

Melayu terdapat bermacam-macam jenis perkataan. Perkataan-perkataan tersebut kita

gunakan dalam percakapan dan penulisan setiap hari. Selaku pelajar dan penggunan

bahasa Melayu kita perlulah mengetahui perkataan-perkataan tersebut supaya dapat

digunakan dalam ayat yang betul. Di samping itu Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga

(2008) menyatakan perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan ke dalam

golongan tertentu berdasarkan kriteria , misalnya kritetia struktur fonologi atau bunyi ,

kriteria struktur morfem, kriteria sintaksis dan kriteria semantik. Selain itu menurut

Ahmad Khair (2012) menyatakan bahawa perkataan digolongkan dalam beberapa

golongan tertentu berdasarkan kriteria struktur fonologi, kriteria struktur morfem, kriteria

sintaksis dan kriteria semantik.Lazimnya perkataan digolongkan dalam kriteria sintaksis

dan kriteria semantik.Penggolongankata boleh juga disebut sebagai kelas kata, kategori

kata dan jenis kata. Kesimpulannnya penggolongan kata merupakan penjenisan kata

berasaskan fungi tatabahasa. Tentunya apabila beribu kata malahan ada yang berjuta

kata mengikut bahasa-bahasa tertentu apabila digolongkan dan dikategorikan akan

menjadikan sistem kata itu lebih sistematik untuk ditutur dan dipelajari.

Page 2: Morfologi individu alip

Daripada 4 golongan kata dalam Bahasa Melayu iaitu kata nama, kata kerja, kata

adjektif dan kata tugas. Saya telah memilih kata adjektif untuk dijadikan sebagai bahan

bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran (p&p). kita lihat pula apakah tajuk yang ada

dalam golongan kata adjektif ini.

KATA ADJEKTIF

Kata adjektif atau kata sifat ialah perkataan yang menjadi unsur inti dalam binaan frasa

adjektif. Ia boleh dikenal pasti dan dibezakan dari kata nama atau kata kerja dengan

cirinya yang boleh didahului atau diikuti oleh kata penguat. Kata sifat menceritakan sifat

benda (kata nama) dan sifat perbuatan (kata kerja). Kata sifat alam Bahasa Melayu

dibahagikan kepada sembilan berdasarkan kriteria makna.

1) Kata Sifat Keadaan

- memberi makna keadaan kata nama yang diterangkan.

Contoh : orang jahat, budak pintar

2) Kata Sifat Warna

- membawa makna warna untuk menerangkan kata nama.

Contoh : langit biru, bibir merah.

3) Kata Sifat Ukuran

- menyatakan ukuran kata nama. Contoh : perahu panjang, pokok renek

4) Kata Sifat Bentuk

- menerangkan mengenai bentuk kata nama.

Contoh : jalan bengkok, mata bulat

Page 3: Morfologi individu alip

5) Kata Sifat Jarak

- menerangkan kata nama dari segi ruang.

Contoh : jalan pintas, kawan jauh.

6) Kata Sifat Waktu

- memberi penjelasan konsep masa sebagai unsur keterangan.

Contoh : makanan segera, rumah baru

7) Kata Sifat Cara

- membawa makna keadaan kelakuan atau ragam untuk menerangkan kata nama. Contoh : air deras, hujan lebat

8) Kata Sifat Perasaan.

- memberi pengertian kepada konsep perasaan yang terkandung dalam sesuatu kata nama.

Contoh : suka akan, penuh ragu

9) Kata Sifat Pancaindera

- terdiri daripada yang memberi makna rasa, pandang, dengar, bau dan sentuh. Contoh : makanan lazat (konsep rasa)

Page 4: Morfologi individu alip

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERDASARKAN GOLONGAN KATA ADJEKTIF

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh : 21 Mac 2013/Khamis Masa: 8.20 -9.20 pagi

Kelas : Tahun 5 Cempaka Bil.murid : 22 orang

Mata pelajaran : Bahasa Melayu

Tajuk : Tanaman Organik

Objektif : Pada akhir mata pelajaran, murid dapat:-

1) Menyenaraikan 20 kata adjektif2) Mengesan kesalahan ejaan, tanda baca dan struktur ayat yang terdapat

dalam ayat.

Pengalaman : Murid pernah belajar kata adjektif ketika berada dalam Tahun 4.

sedia ada

Konsep : Kata adjektif menerangkan sifat manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan ,benda

Bahan ;Buku teks, buku latihan, bahan maujud(petai,jering,pegaga,ulam raja)

Nilai :Bersyukur

Kemahiran Fokus utama :8.1 Aras 1 (i)Menulis perkataan dan pelbagai jenis ayat.

Fokus sampingan :9.1 Aras 1 (i)Mengeja dan menulis perkataan dan

rangkai kata yang dibacakan.

Page 5: Morfologi individu alip

Langkah/Masa

IsiPelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan

Aktiviti Guru Aktiviti MuridSet induksi

(3 minit)Tajuk:Tanaman Organik

1.Guru menunjukkan ulam-ulaman kepada murid dan mereka dikehendaki menamakannya

2.Guru meminta murid menceritakan secara ringkas tentang pengalaman mereka makan ulam ulaman.

1.Murid menamakan ulam ulaman yang ditunjuk kan oleh guru iaitu petai, jering,pegaga,ulam raja

2.Beberapa orang murid menceritakan pengalaman mereka makan ulam-ulaman

Didik Hibur

Langkah 1

(10 minit)

1.Guru mengarahkan murid membaca petikan bertajuk “Misai Kucing”

2. Guru mengarahkan murid menyatakan maksud keseluruhan petikan tersebut.

3. Guru mengarahkan setiap kumpulan mencatatkan kebaikan”Misai Kucing”pada kesihatan.

4.Guru meminta setiap wakil kumpulan membentangkan kebaikan “Misai Kucing”

1.Murid membaca petikan bertajuk “Misai Kucing”

2.Beberapa orang murid menyatakan maksud keseluruhan teks menggunakan ayat sendiri 3.Setiap kumpulan berbincang untuk mencari kebaikan “Misai Kucing “ pada kesihatan.

4.Wakil setiap kumpulan membentangkan hasil dapatan daripada perbincangan tersebut iaitu:-

a) Menyingkirkan asidurik yang berlebihan dalam badan.

b) Melawaskan pembuangan air kecil

c) Menguraangkan

Page 6: Morfologi individu alip

kadar kolestrol dan tekanan darah tinggi

Langkah/Masa

IsiPelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan

Aktiviti Guru Aktiviti MuridLangkah 2(15 minit)

Kataadjektif

1.Guru mengarahkan murid menyatakan maksud kata adjektif

2.Guru menunjukkan petai dan meminta murid menyatakan rasa petai tersebut.

3. Guru menjelaskan kepada murid bahawa “pahit’ merupakan kata adjektif iaitu sifat sesuatu benda.

4. Guru menyuruh murid menggariskan kata adjektif yang terdapat dalam teks

5. Guru mengarahkan murid menyenarai kan 20 kata adjektif yang mereka tahu.

1.Murid memberi pelbagai maksud kata adjektif mengikut pemahaman masing-masing.

2.Murid menyatakan bahawa rasa petai ada lah pahit.

3. Murid mendengar penjelasan guru.

4. Murid menggaris kata adjektif yang terdapat dalam teks iaitu tirus, tinggi, hijau.

5. Murid menyenaraikan 20 kata adjektif. Contoh:-

- Rendah- Merah- Panjang- Manis- Comel- Gelap- Harum- Bulat- Lazat- Busuk

Page 7: Morfologi individu alip

Langkah/Masa

IsiPelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan

Aktiviti Guru Aktiviti MuridLangkah 3(20 minit)

Kataadjektif

1.Guru mengarahkan murid membina ayat menggunakan kata adjektif.

2.Guru mengarahkan murid membaca ayat yang telah dibina..

3. Guru mengarahkan murid menulis ayat yang telah dibina pada ruangan yang disediakan pada papan tulis.

4. Guru mengarahkan murid menyemak jawapan rakan.

5. Guru memberi ulasan berkaitan dengan penyemakan tersebut.

1.Murid membina ayat menggunakan kata adjektif.

2.Murid membaca ayat yang telah dibina.

3. Murid menulis ayat pada ruangan yang di sediakan mengikut kumpulan iaitu kumpulan cemerlang, kumpulan sederhana dan kumpulan potensi.

4.Murid menyemak jawapan rakan dan mengesan kesalahan dari segi ejaan,tanda baca ,struktur ayat.

5.Murid mendengar penjelasan guru.

Page 8: Morfologi individu alip

Langkah/Masa

IsiPelajaran

Aktiviti Pengajaran Pembelajaran Catatan

Aktiviti Guru Aktiviti MuridLangkah 4(10 minit)

Kataadjektif

1.Guru mengarahkan murid menyenarai kan 20 kata adjektif dan memilih 6 dari padanya untuk di buat ayat.

1.Murid membuat tugasan seperti mana yang diarah oleh guru.

Penutup(2 minit) Menciri

1.Guru meminta murid mencari barangan di dalam kelas yang berbentuk bulat.

2. Guru merumus isi pelajaran hari ini.

1.Murid mencari barangan berbentuk bulat. Contoh:- -pengasah pensel -duit syiling -penutup botol air -permukaan jam tangan

2.Murid mendengar penjelasan guru.

Refleksi:-

Murid kumpulan potensi kurang faham tentang kata adjektif.Guru terpaksa menunjukkan bahan maujud yang ada pada mereka supaya mereka memahaminya. Begitu juga dalam membina ayat.Mereka berkemampuan membuat ayat yang mengandungi empat patah perkataan sahaja.Bimbingan individu adalah penting untuk membantu mereka mengembangkan idea.

Page 9: Morfologi individu alip

Jika kita lihat pada set induksi dalam Rancangan Pengajaran Harian(RPH) diatas. Kita

dapat lihat bahawa guru akan membawa bahan bantu mengajar(bbm) iaitu ulam-

ulaman sebenar untuk ditunjukkan kepada murid. Murid akan dapat merasakan sendiri

ciri-ciri atau sifat yang terdapat pada ulam-ulaman tersebut. Murid akan berasa seronok

untuk mencubanya sendiri dengan melihat dan menyentuhnya sendiri. Ini secara tidak

langsung dapat menarik minat murid untuk mempelajari tajuk yang akan diajar pada

hari itu iaitu kata adjektif. Pelajar akan sedar bahawa perkataan-perkataan yang biasa

mereka guna seharian dan sebut tadi merupakan sebahagian daripada kata adjektif itu

sendiri.

Kemudian kita lihat pula pengajaran pada langkah 2. Guru mengarahkan murid untuk

menyatakan maksd kata adjektif itu sendiri berdasarkan apa yang murid itu fahami

sendiri. Dari sini guru akan dapat mengetahui setakat manakah kefahaman murid

mengenai golongan kata adjektif, apa yang mereka tafsirkan sama ada tepat atau tidak.

Kemudian, guru menggunakan bbm petai pula untuk ditunjukkan kepada murid. Kali ini,

murid bukan sekadar melihat dan menyentuh sahaja. Malah, guru meminta murid untuk

merasai petai itu dengan lidah mereka sendiri. Murid akan menyatakan bahawa rasa

petai itu adalah pahit. Selepas itu, guru akan memberitahu bahawa rasa pahit juga

merupakan kata adjektif. Seterusnya, guru akan menerangkan dengan lebih mendalam

mengenai tajuk kata adjektif agar murid faham konsep dan maksud golongan kata

adjektif. Kemudian, guru dengan menggunakan bbm teks petikan ‘Misai Burung’ guru

meminta murid menggariskan kata adjektif yang terdapat didalam teks. Kerana apabila

mereka sudah faham dengan betul barulah mereka boleh menjawab soalan atau latihan

yang diberikan oleh guru. Setelah itu, sebagai aktiviti pengukuhan lagi guru meminta

murid untuk menyenaraikan 20 lagi kata adjektif yang mereka tahu walaupun tidak

terdapat dalam teks petikan. Ini bukan sahaja dapat mengukuhkan kefahaman dan

ingatan murid. Bahkan, murid juga dapat mengembangkan fikiran mereka, tidak hanya

terkongkong dengan jawapan yang ada di dalam teks petikan sahaja. Ini secara tidak

langsung dapat meluaskan kefahaman mereka mengenai golongan kata adjektif.

Page 10: Morfologi individu alip

BAHAN BANTU MENGAJAR

(GAMBAR)

Rajah 2 PetikanRajah 1 Petai & Ulam-ulaman