i report sepanjang hayat a146360

5
PELAKSANAAN KURSUS KEMAHIRAN INSANIAH HHHC9301 – KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT NAMA : NUR ADILA BINTI ZAHARI NO. MATRIK : A 146360

Upload: adel900

Post on 29-Jul-2015

32 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: I report sepanjang hayat a146360

PELAKSANAANKURSUS KEMAHIRAN INSANIAH

HHHC9301 – KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG

HAYAT

NAMA : NUR ADILA BINTI ZAHARINO. MATRIK : A 146360

Page 2: I report sepanjang hayat a146360

PENGENALAN

Program i-Touch’15 diadakan bagi kesinambungan program i-Touch’13 yang telah

diadakan pada tahun 2013. Program ini bertujuan bagi memberi motivasi kepada para pelajar

tahun akhir mahasiswa/i Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat untuk menyertai program

dimana mereka perlu mempersembahkan hasil projek tahun akhir mereka. Pertandingan ini dapat

memberi motivasi dalam proses pembelajaran mahasiswa/i untuk membina keyakinan diri yang

tinggi kerana mereka bukan sahaja akan bersaing sesama sendiri,malah akan bersaing bersama

pelajar luar UKM.Hal ini kerana penyertaan program ini turut dibuka kepada pelajar luar UKM.

Namun, program ini masih belum dilaksanakan sepenuhnya kerana tarikh program ini ialah

pada 12 September 2015.Satu program mini i-Touch diadakan dahulu sebelum program sebenar

dijalankan pada 12 september 2015. Program mini i-Touch telah diadakan pada 27 Mei 2015.

Program ini hanya sekadar memberi sesi pengenalan pertandingan projek tahun akhir Fakulti

Teknologi dan Sains Maklumat UKM. Melalui program ini dapat menggalakkan pelajar-pelajar

tahun akhir menyertai pertandingan penghasilan projek mereka dengan terbaik.

OBJEKTIF

Seperti yang telah diterangkan pada bahagian pengenalan, Program i-Touch’15diadakan

bagi kesinambungan program i-Touch’13 yang telah diadakan pada tahun 2013. Program ini

bertujuan bagi memberi motivasi kepada para pelajar tahun akhir mahasiswa/i Fakulti Teknologi

dan Sains Maklumat untuk menyertai program dimana mereka perlu mempersembahkan hasil

projek tahun akhir mereka

Page 3: I report sepanjang hayat a146360

PENCAPAIAN HHHC 9301

Saya telah diberi tanggungjawab untuk memegang jawatan sebagai ajk program dimana

tugas saya ialah perlu membantu ketua program saya dalam mengatur semua aktiviti yang bakal

berlansung pada 12 september 2015 nanti.Saya telah dapat mencapai Kemahiran Pengurusan

Maklumat Dan Pembelajaran Sepanjang Hayat melalui aktiviti dalam program ini. Saya dan

rakan-rakan ajk yang lain saling memberi kerjasama dari segi masa, pembahagian kerja dan

sama-sama berkongsi idea semasa mesyuarat dalam merancang perjalanan program

sebaiknya.Saya juga sering memberi komitmen dengan sering hadir apabila mesyuarat diadakan.

Saya dan ajk program yang lain menggalas tanggungjawab yang agak besar dimana kami

perlu sentiasa membuat perjalanan gerak kerja sebelum program dilaksanakan.Kami perlu

sentiasa peka kepada setiap aktiviti yang akan berjalan pada hari kejadian nanti.Oleh yang

demikian ,saya dan ajk program sering membuat perbincangan bersama bagi memastikan gerak

kerja kami berada daalm keadaan yang seperti dirancangkan.Di sini saya dan rakan-rakan

menggunakan kemahiran komunikasi kami dengan baik sekali di samping turut menghormati

antara satu sama lain.

Saya turut mendapat ilmu pengetahuan dan pengalaman baru dengan menjadi ajk

program.Hal ini kerana sepanjang menjadi ajk program saya belajar cara mengurus dan

memastikan program yanag akan berlansung dengan teliti dan sistematik.Di samping itu,saya

turut belajar membuat tentatif program dan menyediakan pelan penyelarasan dalam sesuatu

program.

Semasa program mini i-Touch diadakan pada 27 Mei 2015 saya juga telah menjalankan

tugas lain sebagai ajk program iaitu saya ditugaskan menggantikan ajk teknikal pada hari

kejadian.Hal ini kerana ajk teknikal tidak dapat member kerjasama pada hari tersebut atas hal-hal

yang tertentu.Oleh yang demikian,saya sebagai ajk program perlu bertindak dan menggantikan

tempat mereka supaya program Mini i-Touch dapat berjalan dengan lancar.Dari situ juga saya

turut mendapat ilmu baru dalam menguruskan hal-hal teknikal.Untuk membuat laporan yang

baik dalam menghantar tugasan saya dalam hp ini,saya juga turut mengasah kemahiran membuat

laporan dengan baik.Disamping itu juga, saya turut menggunakan kemahiran pemikiran

Page 4: I report sepanjang hayat a146360

kritikal,kemahiran komunikasi,kemahiran sosial dan kebertanggunjawaban ,kemahiran nilai dan

etika serta kemahiran kerja berpasukan dengan baik.

REFLEKSI

Sepanjang saya menjadi ajk program,banyak perkara baru yang saya belajar disamping

berkejasama dengan baik sesama ahli dalam organisasi.Saya juga turut mengenal kelemahan dan

kelebihan saya dalam menjalankan sesuatu peranan yang penting.Dari situ saya belajar daripada

kelemahan dan memperbaiki segala kelemahan yang saya ada.

KESIMPULAN

Program ini memberikan saya pengajaran dan pengalaman yang banyak dan saya berjaya

menggunakan semua kemahiran dalam pembelajaran sepanjang hayat.Ini akan dapat membantu

saya mengaplikasikannya dalam menempuh hari mendatang selepas saya bergraduasi kelak.Saya

amat berharap program i-Touch’15 yang akan berlansung pada 12 September 2015 dapat

dijalankan sepertimana yang dirancang.