h.etnik final assign
TRANSCRIPT
PENGENALAN
Kajian ini adalah mengenai tahap pengetahuan kaum Melayu terhadap adat-istiadat
perkahwinan kaum Cina. Kajian ini mengandungi bahagian latar belakang kajian,
kepentingan kajian, objektif, penyataan masalah, limitasi kajian, borang soal selidik, analisis
data dan maklumat mengenai adat perkahwinan kaum Cina.
PENGHARGAAN
Sebagai penghargaan, kumpulan kami ingin mangambil kesempatan ini untuk mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pensyarah bagi kursus Hubungan Etnik kumpulan tiga iaitu Puan
Amna Mohammad Noor. Beliau telah banyak menolong kumpulan kami dalam
menyempurnakan projek kumpulan kami. Seterusnya, kami juga ingin mengucapkan terima
kasih kepada penduduk kaum Melayu di sekitar Taman Sri Serdang yang sanggup
meluangkan masa mereka untuk mengisikan borang soal siasat kumpulan kami. Selain itu,
penghargaan perlu diberikan kepada pihak-pihak yang pernah menolong kumpulan kami
secara langsung atau tidak langsung dalam menyiapkan projek ini.
Akhirnya, penghargaan diberikan kepada ahli kumpulan kami yang telah memberi kerjasama
serta berusaha sedaya-upaya untuk menyiapkan projek ini. Tanpa kerjasama daripada ahli
kumpulan, projek kami tidak akan disiapkan pada masa yang ditetapkan.
1
LATAR BELAKANG
Perkahwinan dalam masyarakat Cina merupakan satu titik tolak yang membawa perubahan
besar dalam kehidupan mereka. Perkahwinan penting untuk mengekalkan institusi keluarga
dan melaluinya keturunan nenek moyang dapat diteruskan daripada satu generasi kepada
generasi yang lain. Dalam masyarakat Cina, sesuatu perkahwinan itu dirancang dan diatur
sebaik-baiknya. Mengikut kepercayaan mereka juga, pasangan yang berkahwin tanpa
mengikut aturan adat dianggap tidak sah. Terdapat dua bentuk perkahwinan yang diamalkan
oleh mereka iaitu eksplisit iaitu perkahwinan yang diatur samada oleh ibu bapa atau orang
tengah (moi-ngin) dan implisit iaitu perkahwinan di mana kedua-dua lelaki dan perempuan
diberi kebebasan untuk memilih pasangan masing-masing. Pengantin zaman kini kurang
mengamalkan perkahwinan eksplisit kerana minda masyarakat masa moden telah menjadi
lebih terbuka. Pada asasnya adat resam perkahwiwan masyarakat Cina merangkumi peringkat
merisik, meminang, bertunang dan majlis perkahwinan yang memainkan peranan yang amat
penting dalam perkahwinan kaum Cina. Sebahagian besar daripada kaum Melayu mahupun
kaum Cina sendiri tidak memahami dan menghayati adat-adat dan tradisi perkahwinan kaum
Cina yang diwarisi secara turun-menurun .Oleh itu, kajian ini perlu dijalankan untuk
mengetahui tahap kefahaman kaum Melayu terhadap adat perkahwinan kaum Cina dan
memberi peluang kepada kaum Melayu untuk mendapat pengetahuan terhadap adat
perkahwinan kaum Cina.
2
KEPENTINGAN KAJIAN
Perpaduan dan hubungan yang harmoni antara kaum amat penting bagi menjayakan Negara
Malaysia yang berbilang kaum. Kefahaman terhadap adat-istiadat perkahwinan merupakan
salah satu perantaraan yang dapat mengeratkan hubungan antara kaum Cina dengan Melayu.
Oleh itu, kajian tentang tahap pengetahuan kaum Melayu terhadap adat perkahwinan kaum
Cina dijalankan untuk mengetahui setakat mana kaum Melayu memahami adat perkahwinan
kaum Cina dan menjelaskan adat perkahwinan kaum Cina kepada kaum Melayu serta
mewujudkan peluang untuk megeratkan hubungan antara kaum Melayu dengan Cina.
OBJEKTIF
a.) Mengenalpasti tahap pengetahuan kaum Melayu terhadap perkahwinan kaum Cina.
b.) Memahami adat dan budaya kaum Cina.
c.) Menigkatkan pengetahuan kaum Melayu terhadap adat perkahwinan kaum Cina.
d.) Mengeratkan hubungan antara kaum Melayu dengan kaum Cina.
PENYATAAN MASALAH
a.) Sejauh manakah tahap pengetahuan kaum Melayu terhadap perkahwinan kaum Cina?
b.) Adakah kajian ini dapat membantu kaum Melayu dalam memahami adat dan budaya
kaum Cina?
c.) Adakah kajian ini dapat membantu dalam memupuk perpaduan?
3
LIMITASI KAJIAN
Responden yang dipilih untuk kajian ini tertumpu kepada kaum Melayu yang tinggal di
kawasan Taman Sri Serdang, Seri Kembangan yang berumur diantara 18 hingga 30 tahun dan
30 tahun ke atas. Soal selidik yang mengandungi 12 soalan yang berkaitan dengan tajuk
kajian akan dibahagikan kepada 20 orang responden. Selain itu, temu duga dan rakaman
proses temu duga akan dijalankan ke atas salah satu responden. Ketepatan kajian ini
bergantung kepada kejujuran responden dalam menjawab soalan soal selidik.
JADUAL PERANCANGAN
Minggu Tarikh Perkara
3 20 Jul – 26 Jul Bincang tajuk, isi, dan aspek kajian
4 27 Jul – 2 Ogos Ubah tajuk dan bincang semula tajuk, isi, dan aspek kajian
Cuti H1N1 3 Ogos – 9 Ogos
5 10 Ogos – 16 Ogos Bincang soalan soal selidik dan siapkan proposal
6 17 Ogos – 23 Ogos Hantar proposal dan ubah soalan soal selidik
7 24 Ogos – 30 Ogos Buat temu bual dan edarkan soalan soal selidik di kawasan
kajian
8 31 Ogos – 6 Sept Analisis semua matlumat yang didapati
9 7 Sept – 13 Sept Siapkan laporan dan presentation
10 14 Sept – 20 Sept Hantar laporan
4
JADUAL PEMBELANJAAN
Perkara Harga (RM)
Cetakan
Proposal
Borang soal selidik
Laporan
0.50
1.00
8.50
Telefon bimbit
(5 orang ahli kumpulan) 10.00 (2.00/seorang)
Kenderaan
(pergi ke perumahan Sri Serdang)
Sewa kereta
Minyak
50
10
JUMLAH RM 80
5
SOALAN SOAL SELIDIK
Tajuk kajian: Tahap pengetahuan kaum Melayu terhadap adat perkahwinan kaum Cina1. Umur anda
A. 18-30 tahun B. 30 tahun ke atas
2. Tahap kefahaman anda terhadap adat-istiadat perkahwinan kaum Cina.A. Jelas C. Kurang jelasB. Serderhana D. Langsung tidak jelas
3. Adakah anda berminat untuk memahami adat-istiadat perkahwinan kaum Cina?A. Ya B. Tidak
4. Adakah anda bersetuju bahawa hubungan antara kaum Melayu dan kaum Cina dapat dieratkan melalui kefahaman terhadap adat perkahwinan masing-masing?A. Setuju B. Tidak setuju C. Tidak pasti
5. Adakah anda memahami kepentingan upacara minum teh dalam perkahwinan kaum Cina?A. Ya B. Tidak
6. Kaum Cina amat mengutamakan “lambang baik” dalam perkahwinan?A. Ya B. Tidak
7. Adakah anda mengetahui bahawa barang-barang serta makanan yang disediakan dalam perkahwinan kaum Cina adalah berdasarkan lambang baik?A. Ya B. Tidak
8. Adakah anda memahami pantang-larang dalam adat perkahwinan kaum Cina?A. Ya B. Tidak
9. Adakah anda memahami kepentingan pemilihan tarikh perkahwinan dalam adat perkahwinan kaum Cina?A. Ya B. Tidak
10. Adakah anda faham tentang makna warna merah dalam perkahwinan kaum Cina?A. Ya B. Tidak
. 11. Bagaimanakah anda mengetahui adat istiadat perkahwinan kaum Cina?
A. Kawam sesama kaum B. Kawan kaum cinaC. Pelajaran Sekolah D.Ibu bapaE. Lain-lain Nyatakan____________
12. Apakah pandangan anda terhadap adat perkahwinan kaum Cina?
6
KEPUTUSAN SOAL SELIDIK
1. Peringkat Umur
Rujuk kepada carta di atas, sebanyak 65 peratus peringkat umur adalah lingkungan
18-30 tahun. Manakala, sebanyak 35 peratus adalah lingkungan 30 tahun ke atas.
Daripada kajian, kita medapati kebanyakkan penghuni yang tinggal di kawasan
perumahan tersebut adalah golongan dewasa yang bekerja dan ada juga yang masih
belajar. Biasanya golongan tua lebih suka tinggal di kawasan kampung berbanding
kawasan perumahan terutama di bandar.
7
2. Tahap kefahaman kaum Melayu terhadap adat-istiadat perkahwinan kaum
Cina.
Berdasarkan carta pai di atas, sebilangan besar kaum Melayu kurang jelas tentang
adat-istiadat perkahwinan kaum Cina. Selepas membuat kajian, sebanyak 55 peratus
kaum Melayu kurang jelas, 30 peratus sederhana jelas, 15 peratus langsung tidak jelas
dan 0 peratus jelas terhadap adat-istiadat perkahwinan kaum Cina.
Namun begitu, tidak bermakna kaum Melayu langsung tidak mengetahui dan tidak
mementingkan kefahaman tentang adat perkahwinan kaum Cina. Mereka kurang jelas
mungkin kerana jarang atau tidak berpeluang didedahkan kepada adat-istiadat tersebut
walaupun mereka bergaul dengan kaum Cina.
8
3. Adakah kaum Melayu berminat untuk memahami adat-istiadat perkahwinan
kaum Cina?
Berdasarkan kajian yang dilakukan, peratusan kaum melayu yang berminat untuk
mengetahui adat-istiadat perkahwinan kaum Cina amat tinggi iaitu sebanyak 90
peratus berbanding dengan peratusan kaum Melayu yang tidak berminat hanyalah
sebanyak 10 peratus. Ini menunjukan bahawa kaum Melayu tidak pernah lupa untuk
mengetahui adat-istiadat kaum Cina malah mahu mengetahui dengan lebih mendalam
tentang adat dalam perkahwinan kaum Cina. Bilangan minoriti itu yang tidak
berminat untuk mengetahui mungkin disebabkan mereka jarang mengambil tahu
tentang adat-istiadat yang lain dan golongan ini kebanyakan terdiri daripada golongan
muda.
9
4. Adakah kaum melayu bersetuju bahawa hubungan antara kaum melayu dan
kaum cina dapat dieratkan melalui kefahaman terhadap adat perkahwinan
masing-masing?
Carta pai di atas menunjukan 80 peratus kaum Melayu setuju bahawa hubungan
antara kaum Melayu dan kaum Cina dapat dieratkan melalui kefahaman terhadap adat
perkahwinan masing-masing, 20 peratus yang tidak pasti dan 0% yang tidak setuju.
Ini menunjukkan bahawa kaum Melayu percaya dan berharap melalui kesefahaman
terhadap adat-istiadat perkahwinan kaum Cina dapat memesrakan hubungan antara
kaum Cina dengan Melayu. Oleh itu, pelbagai usaha seperti pameran, pembelajaran,
dan taklimat perlu dijalankan untuk memunaikan hasrat kaum bersepadu dan hidup
bersama secara harmoni.
10
5. Adakah kaum melayu memahami kepentingan upacara minum teh dalam
perkahwinan kaum cina?
Mengikut kajian yang dilakukan, hampir 90 peratus kaum Melayu tidak mengetahui
dan memahami tentang kepentingan upacara minum teh dalam perkahwinan kaum
Cina. Ini mungkin disebabkan kawasan ini kebanyakan terdiri daripada kaum Melayu.
Selain itu, upacara tersebut biasanya dijalankan dengan ahli keluarga dan saudara-
mara sahaja. Oleh itu, kaum Melayu tidak berpeluang untuk menyaksikan upacara
tersebut dijalankan dan ini menyebabkan mereka kurang memahami terhadap makna
upacara tersebut.
11
6. Kaum Cina amat mengutamakan “lambang baik” dalam perkahwinan?
Mengikut kajian yang dilakukan,sebanyak 65% bersetuju dengan penyataan bahawa
kaum Cina amat mengutamakan lambang baik dalam perkahwinan sementara 35%
selebihnya tidak bersetuju.
Bagi yang bersetuju, mereka mungkin berpendapat bahawa kaum Cina adalah sama
dengan kaum Melayu yang juga mementingkan lambang baik dalam perkahwinan. Ini
bermakna, mereka mungkin memberikan pandangan mereka berdasarkan kepada
kefahaman mereka terhadap kepercayaan perkahwinan kaum Melayu.
Bagi mereka yang tidak setuju, mereka mungkin merupakan golongan yang berfikiran
moden dan berpendapat bahawa perlambangan tidak memberikan sebarang kesan dan
tidak percaya terhadapnya.
12
7. Adakah kaum Melayu mengetahui bahawa barang-barang serta makanan yang
disediakan dalam perkahwinan kaum Cina adalah berdasarkan lambang baik?
Mojoriti kaum Melayu iaitu sebanyak 89% tidak mengetahui bahawa barang-barang
serta makanan yang disediakan dalam perkahwinan kaum cina adalah berdasarkan
lambang baik. Keadaan ini mungkin kerana mereka tidak memahami adat-istiadat
kaum Cina. Lambang baik yang difahami oleh kaum Melayu adalah dari segi
kelancaran majlis sambutan perkahwinan itu sendiri. Terdapat juga 11% peratus yang
bersetuju. Hal ini mungkin kerana mereka pernah menghadiri majlis perkahwinan
kaum Cina dan bergaul rapat dengan kaum Cina.
13
8. Adakah kaum Melayu memahami pantang larang dalam adat perkahwinan kaum
Cina?
Berdasarkan analisis kajian ini, 75% daripada responden tidak memahami pantang
larang dalam adat perkahwinan kaum Cina. Ini mungkin kerana kawasan tempat
tinggal mereka kebanyakan terdiri daripada kaum Melayu. Akan tetapi, terdapat 25%
daripada responden memahami pantang larang dalam adat-istiadat perkahwinan kaum
Cina. Pada mereka, patang larang adalah perkara sensitif perkauman. Jadi, ini
menyebabkan mereka lebih mengambil berat terhadap pantang larang kaum lain.
14
9. Adakah kaum Melayu memahami kepentingan pemilihan tarikh perkahwinan
dalam adat perkahwinan kaum Cina?
Mengikut analisis di atas, seramai 60% kaum Melayu yang tidak memahami
kepentingan pemilihan tarikh perkahwinan dalam adat perkahwinan kaum Cina, ini
mungkin disebabkan perbezaan kalender yang digunakan dan kerumitan dalam
pemilihan tarikh. Akan tetapi terdapat juga sebanyak 40% kaum Melayu memahami
kepentingan pemilihan tarikh perkahwinan dalam adat perkahwinan kaum Cina. Ini
mungkin disebabkan oleh pergaulan atau persahabatan mereka yang rapat dengan
kaum Cina.
15
10. Adakah kaum Melayu memahami makna warna merah dalam perkahwinan
kaum Cina?
Kajian menunjukan sebanyak 75% kaum Melayu faham tentang makna warna merah
dalam perkahwinan kaum Cina. Ini disebabkan warna merah sudah menjadi satu
lambang untuk kaum Cina dan inilah lambang yang paling asas bagi kaum Cina. Jadi,
maknanya sudah diketahui oleh kebanyakan kaum Melayu. Walaupun begitu, terdapat
25% daripada responden tidak mengetahui bahawa makna warna merah. Ini mungkin
disebabkan 25% ini kebanyakan terdiri daripada golongan muda yang kurang
mengambil tahu terhadap budaya kaum lain.
16
11. Bagaimanakah kaum Melayu mengetahui adat-istiadat perkahwinan kaum
Cina?
Kajian di atas menunjukan sumber pengetahuan kaum Melayu terhadap adat-istiadat
perkahwinan kaum Cina. Sebanyak 55% kaum Melayu mendapat maklumat daripada
kawan mereka yang berbangsa Cina, makanakala 20% kaum Melayu mendapat
maklumat daripada kawan sesama kaum,15% kaum Melayu mendapat maklumat
daripada pembelajaran di sekolah dan 10% kaum Melayu mendapat maklumat
daripada sumber-sumber lain iaitu dari internet, televisyen, majalah dan media massa
lain. Ibu bapa menunjukan 0% memberi maklumat kepada responden.
17
12. Apakah pandangan kaum Melayu terhadap perkahwinan kaum Cina?
Penyediaan majlis perkahwinan kaum Cina terlalu komplek dan memerlukan
masa yang panjang
Adat perkahwinan kaum Cina amat istimewa
Adat perkahwinan kaum Cina amat berbeza dengan adat perkahwinan kaum
Melayu
Agak unik dan mempunyai banyak rahsia tersirat
Saya ingin mengetahui lebih mendalam lagi
Banyak mempunyai pantang- larang sama seperti dalam perkahwinan kaum
Melayu
Boleh diaplikasikan kepada kaum-kaum lain
Mereka masih mengamalkan adat dan kepercayaan kaum mereka sejak turun-
temurun kerana mereka percaya bahawa setiap satu daripadanya membawa
kesan positif kepada mereka dari generasi ke generasi
Dilangsungkan dalam suasana yang meruah, menjadi platform pertemuan
sesama kaum keluarga, mementingkan ‘feng shui’
Adat perkahwinan mengikut kemampuan individu
18
ADAT ISTIADAT PERKAHWINAN KAUM CINA
Peringkat perkahwinan
Perkahwinan orang Cina membahagi kepada 4 peringkat:
a. Merisik
Orang Cina amat mementingkan nama, keturunan, peribadi serta tingkah laku
perempuan yang dikahwinkan. Jadi, merisik penting untuk mewujudkan perkahwinan
yang berkekalan. Merisik adalah pihak lelaki menjalankan perisikan untuk
mengetahui latar belakang perempuan yang disukai. Ibu bapa akan menentukan cara
merisik kerana ibu bapa akan merisik terhadap kenalan atau kawan kepada keluarga
perempuan itu. Akan tetapi, pada masa moden ini, merisik jarang diamalkan di
kalangan orang Cina di Malaysia disebabkan generasi muda diberi kebebasan dalam
percintaan mereka.
b. Meminang
Meminang akan dijalankan selepas kedua-dua pihak berpuas hati dengan latar
keluarga masing-masing. Meminang dijalankan dengan menghantar seorang wakil
berkunjung ke rumah pihak perempuan untuk membincangkan perkara-perkara
mengenai perkahwinan. Dalam perbincangan, jumlah mas kahwin, peruntukan meja
dalam jamuan makan dan pemilihan tarikh yang sesuai dibincangkan oleh pihak
peremuan kepada wakil tersebut. Selepas itu, pihak lelaki akan memuaskan apa yang
ditawarkan oleh pihak perempuan. Meminang terdapat juga di kalangan orang Cina di
Malaysia, kerana ini merupakan satu adat-istiadat yang diwariskan sejak lama lagi.
19
c. Bertunang
Pemilihan hari bertunang dijalankan dengan nasihat tukang tilik berdasarkan sebuah
buku yang bernama “Toong-Su”. Orang Cina amat mementingkan tarikh pertunangan
dan perkahwinan kerana dipercayai bahawa pemilihan tarikh yang tidak sesuai,
mereka mungkin ditimpa kecelakaan dan perkahwinan ini akan mengalami kegagalan.
Dengan itu, pihak perempuan yang berkenaan akan menyerahkan sekeping kertas
merah yang bertulis namanya, umur serta tarikh lahirnya kepada pihak lelaki. Setelah
menerima kertas merah tersebut, pihak lelaki akan membawa kertas itu dan maklumat
bakal pengantin lelaki kepada tukang tilik untuk menghitungkan hari yang paling
sesuai untuk bertunang. Selain itu, tukang tilik juga akan menulis peraturan-peraturan
serta adat-adat yang perlu diikuti kepada kedua-dua bakal pengantin. Dalam hari
pertunangan, upacara bertukar cincin dijalankan, cincin akan disarungkan pada jari
manis kiri masing-masing sehingga hari perkahwinan. Mas kahwin biasanya akan
dihantar semasa upacara tersebut.
d. Perkahwinan
Selepas setahun bertunang atau mengikuti tempoh yang dijanjikan oleh kedua-dua
pihak, hari perkahwinan akan dilangsungkan. Pada hari perkahwinan, pengantin lelaki
akan bertandang ke rumah pengantin perempuan, mereka akan diiringi oleh pengiring
masing-masing dan biasanya pengiring tersebut adalah saudara-mara dan kawan-
kawan masing-masing. Selepas mereka bersanding, kedua-dua pengantin akan dibawa
untuk bertemu dengan ahli keluarga masing-masing. Kedua-dua pengantin akan saling
memperkenalkan ahli keluarga dan saudara-mara masing-masing. Upacara minum teh
akan dijalankan selepas ini. Pada hari perkahwinan tersebut pengantin perempuan dan
20
lelaki akan berpakaian cantik. Pada masa dahulu, kedua-dua pengantin akan memakai
pakaian pengantin yang diperbuat daripada kain sutera dan disulam benang emas dan
pakaian mereka dihias dengan pelbagai aksesori. Akan tetapi, generasi moden ini
jarang memakai pakaian tersebut, malahan mereka lebih gemar memakai pakaian
barat, iaitu gaun pengantin dan “tuxedo”. Baju pengantin mestilah bewarna putih,
merah atau kuning. Baju hitam, biru dan kelabu adalah dilarang memakai kerana
dipercayai warna-warna tersebut melambangkan kematian dan kesedihan. Jika
terdapat kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin sebelum tiba hari
perkahwinan, perkahwinan itu mesti ditangguhkan pada tahun hadapan ataupun
selama seratus hari. Ini kerana mengadakan perkahwinan sewaktu orang lain sedang
berkabung kesedihan adalah tidak manis.
Upacara-upacara
Upacara Minum Teh
Upacara minum teh adalah satu perkara yang amat penting dan masih diamalkan dalam
perkahwinan orang Cina. Maksud yang terkandung dalam upacara minum teh ialah
penerimaan pasangan pengantin terutamanya penerimaan pengantin perempuan oleh keluarga
pengantin lelaki. Di samping itu, adat ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan
kekeluargaan.
Teh digunakan dalam upacara tersebut disebabkan teh merupakan minuman national China,
dalam erti kata lain, teh merupakan minuman national orang Cina. Selain itu, teh juga
melambangkan kehormatan bagi orang Cina.
21
Dalam upacara ini pasangan pengantin akan memberi teh yang disediakan kepada ahli-ahli
keluarga yang lebih tua untuk minum sebagai tanda pengenalan antara satu sama lain.
Upacara minum teh biasanya dihadiri oleh saudara mara yang rapat sahaja. Bukan sahaja,
upacara minum teh juga untuk memperkenalkan saudara-mara kepada kedua-dua pengantin
sama ada dari pihak pengantin ataupun perempuan.
Upacara minum teh akan dilangsungkan di rumah pengantin perempuan terlebih dahulu, dan
biasanya dilangsungkan pada waktu pagi hari perkahwinan. Selepas upacara tersebut habis di
rumah pengantin, kedua-dua pasangan pengantin akan bergerak ke rumah pengantin lelaki
dan menjalankan upacara minum teh untuk keluarga pengantin lelaki. Upacara tersebut
biasanya akan habis pada waktu petang.
Dalam upacara minum teh, kedudukan kedua-dua pengantin juga merupakan salah satu
perkara yang penting dalam memberi teh kepada ahli-ahli keluarga serta saudara-mara yang
lebih tua. Kedudukan tersebut adalah pengantin perempuan akan berada di sebelah kiri,
manakala pengantin lelaki berada di sebelah kanan. Bagi mereka yang diberikan teh akan
duduk di atas kerusi dan kedua-dua pengantin tersebut mestilah berlutut semasa mereka
memberikan teh. Ini merupakan peraturan dalam perkahwinan orang Cina.
Bukan sahaja, pemberian teh mestilah mengikuti urutan, iaitu ibu bapa akan diberi teh
terlebih dahulu, lepas itu, datuk dan nenek, pak cik dan mak cik, abang dan kakak dan
akhirnya sepupu yang lebih tua daripada pengantin. Jikalau pasangan kepada ahli keluarga
atau saudara-mara tidak berada di tempat perkahwinan, ahli keluarga atau saudara-mara
tersebut akan minum teh untuk pasangannya. Biasanya, kakak atau saudara-mara kepada
pengantin lelaki akan membantu dalam memegang teh serta mencuci cawan teh.
Selain itu, untuk mereka yang diberikan teh untuk diminum oleh kedua-dua pengantin akan
membuat permintaan atau memdoakan perkara yang baik terlebih dahulu kepada kedua-dua
22
pengantin tersebut. Permintaan yang biasa dibuat oleh mereka adalah ‘semoga kedua-dua
pengantin tersebut mendapatkan anak terutamanya anak lelaki’.
Selepas mereka minum teh, mereka akan memberikan angpau kepada kedua-dua pengantin.
Angpau tersebut diberi sebagai tanda permulaan kehidupan yang baru untuk kedua-dua
pengantin. Angpau tersebut biasanya dalam bentuk wang ataupun permata. Untuk ahli
keluarga atau saudara-mara yang lebih tua yang belum berkahwin, mereka tidak perlu
memberi angpau kepada kedua-dua pengantin, manakala untuk ahli keluarga dan saudara-
mara yang lebih muda, mereka akan diberi angpau oleh kedua-dua pengantin selepas upacara
minum teh.
Set teh yang digunakan dalam upacara minum teh akan disimpan sebagai hadiah perkahwinan
oleh kedua-dua pengantin. Set teh ini adalah dibayar oleh ibu bapa pengantin lelaki yang
mana set teh ini merupakan salah satu mas kahwin kepada pengantin perempuan. Jadi, set teh
ini adalah sangat bermakna kepada kedua-dua pengantin dan set teh ini akan digunakan lagi
semasa anak perempuan kedua-dua pengantin tersebut berkahwin pada masa depan.
Upacara minum teh
23
Permainan Pintu
Permainan Pintu berasal daripada zaman nenek moyang masyarakat Cina yang
menggambarkan bahawa pengantin perempuan merupakan wanita yang cantik dan keluarga
serta kawan-kawannya tidak sanggup berpisah dengannya. Pengantin lelaki akan dihalang
oleh pintu rumah pengantin perempuan dan kawan pengantin perempuan ini akan berusaha
menghalang pengantin lelaki daripada memasuki rumah dengan mengajukan beberapa soalan
berkenaan pengantin perempuan. Ini bertujuan untuk menduga sejauh mana pengantin lelaki
menyayangi pengantin perempuan tersebut. Manakala pihak lelaki akan cuba membayar
pihak perempuan dengan memberikan Li Shi iaitu duit tanda yang dibalut dengan sampul
bewarna merah untuk mempertemukan pasanagan terbabit.
Ini merupakan salah satu upacara permainan pintu dengan
mengikuti apa yang diminta oleh ‘penjaga pintu’, contohnya
membuat tekan tubin di depan pintu dan lain-lainnya.
Untuk memasuki bilik pengantin perempuan, pengantin
lelaki akan diminta oleh”panjaga pintu”membayar “bayaran
kemasukan” dan biasanya bayaran tersebut adalah berangkar
9999.
24
Upacara Memilih Tarikh Perkahwinan
Masyarakat Cina tradisional mempercayai bahawa hari perkahwinan akan mempergaruhi
kebahagiaan pasangan yang berkahwin. Mereka percaya segala perbuatan mestilah mengikut
waktu yang baik barulah pekerjaan itu boleh berjaya. Dengan itu pemilihan tarikh
perkahwinan mestilah dibuat dengan teliti.
Pada zaman dahulu, sesuatu perkahwinan biasanya dijalankan pada musim selepas menuai,
ini bertujuan majlis perkahwinan tidak mengganggu aktiviti pertanian dan jiran-jiran dapat
datang menolong.
Biasanya, majlis perkahwinan dibuat pada akhir tahun atau awal tahun baru. Ada dua sebab
utama yang menyebabkannya berlaku iaitu:
a) Kerja-kerja menuai telah siap dikerjakan, simpanan makanan masih banyak dan
petani-petani pula berehat waktu itu.
b) Pengantin perempuan dan lelaki dapat memulakan kehidupan berkeluarga dalam
tahun yang baru dan dapat menziarahi serta berkenalan dengan saudara-mara pada
perayaan Tahun Baru Cina.
Selain memilih musim dan bulan, masyarakat Cina Tradisional turut menitik-beratkan
pemilihan hari perkahwinan. Tarikh perkahwinan biasanya di tentukan oleh tukang tilek,
tarikh yang dipilih mestilah membawa tuah kepada kedua-dua belah pasangan pengantin.
Setelah tarikh ditetapkan, ‘mei ren’ akan diutus untuk memberitahu tarikh perkahwinan
kepada pihak perempuan. Ada juga kalangan masyarakat yang mengutus surat melalui ‘mei
ren’. Selepas dibalas, barulah tarikh yang dipilih dikirakan sah.
25
Pemilihan tarikh perkahwinan orang Cina sekarang tidak lagi dipengaruhi oleh musim atau
bulan, tetapi kebanyakannya melangsungkan perkahwinan pada hari-hari perayaan atau hari-
hari cuti umum.
Upacara Menyikat Rambut
Dalam masyarakat Cina tradisional. Sebelum seseorang anak gadis berkahwin, dia mesti
melalui adat ‘menyikat rambut’. Adat ini dilakukan oleh seorang mak andam yang
berpengalaman.
Selepas mandi dengan air bunga (air bercampur 7 jenis bunga), dan memakai pakaian baru,
mak andam akan membuka tocang Si gadis dan menyisir rambut Si gadis dari dahi hingga ke
hujung rambut untuk membuat sanggul.
Muka pengantin kemudiannya dibedak dan cucuk sanggul dipakaikan. Pakaian pengantin
yang berwarna merah dan bersulam naga serta pionex kemudian dipakaikan. Apabila sudah
siap berpakaian, pengantin perempuan akan dipimpin untuk duduk di dalam bilik pengantin
perempuan untuk melangsungkan adat mencukur muka.
26
Jamuan makan
Dalam jamuan makan perkahwinan orang Cina, mereka biasanya akan menjemput saudara-
mara dan kawan-kawan. Jamuan makan perkahwinan biasanya diadakan di rumah, restoran
ataupun hotel. Tetamu yang menghadiri jamuan makan perkahwinan akan memberi angpau
atau hadiah kepada kedua-dua pengantin sebagai tanda doa.
Jamuan makan perkahwinan orang Cina akan dibayar oleh keluarga pengantin lelaki
mengikut kemampuan dan saudara-mara serta kawan-kawan kedua-dua pengantin dijemput
untuk menghadiri jamuan tersebut.
Makanan dalam jamuan makan perkahwinan mempunyai simbolik tertentu dan kebanyakan
bermakna kegembiraan dan kekekalan. Bukan sahaja, bilangan makanan juga diambil kira
dalam jamuan tersebut. Dalam jamuan makan tersebut, lapan jenis makanan akan
dihidangkan tidak termasuk makanan manisan. Dalam adat-istiadat orang Cina, perkataan
“lapan” bermaksud nasib baik.
Makanan yang biasa dihidangkan dalam jamuan perkahwinan adalah seperti sirip ikan yu,
babi panggang yang melambangkan kesucian, itik Peking, udang galah yang melambangkan
keserasian, ketam, sayur-sayuran, ikan dan akhirnya mee yang melambangkan kekekalan.
Selain daripada itu, kek juga disediakan dalam majlis tersebut, kek itu disebut sebagai “kek
kebahagiaan” dan “kek kebahagiaan” itu juga dikenali sebagai kek naga dan burung phoenix.
“Kek kebahagiaan” akan diberikan oleh penganin lelaki kepada pengantin perempuan untuk
dipersembahkan beberapa bahagian daripada kek tersebut untuk tujuan memuja nenek
moyang dan diagihkan kepada semua saudara-mara dan kawan-kawan.
27
Kelengkapan
Baju pengantin
Kebiasaannya baju pengantin adalah berwarna merah. Mengikut kepercayaan kaum cina,
warna yang terang boleh menghalau roh-roh jahat daripada mendekati mereka dan
mengambarkan nasib yang baik. Baju pengantin perempuan traditional kebiasaannya
berbentuk jubah yang dikenali sebagai Qi Pao atau Cheongsam. Baju pengantin Qi Pao akan
disulam dengan benang emas dan perak manakala Cheongsam akan disulam dengan Naga
dan Pheonix. Rekaan baju pengantin yang disulam dengan Naga dan Pheonix melambangkan
keseimbangan kuasa lelaki dan perempuan.
Baju pengantin lelaki traditional adalah kot sutera hitam yang disulam dengan gambar Naga
serta topi hitam dengan jumbai-jumbai merah.
Qi Pao Cheongsam Kot sutera hitam
Pada zaman kini, baju pengantin traditional ini kurang dipakai oleh pasangan pengantin lagi.
Pengantin zaman moden ini lebih cenderung memakai baju pengantin yang bersifat barat
seperti gaun pengantin barat dan tuxedo.
28
Gaun pengantin perempuan bersifat barat Tuxedo
Lilin Naga dan Pheonix
Lilin Naga dan Pheonix merupakan lilin bewarna merah yang diukir menyerupai naga dan
burung Phoenix. Lilin ini perlu dinyalakan pada malam hari perkahwinan di meja
sembahyang leluhur. Penyalaan lilin ini melambangkan penyatuan terhadap keluarga baru
dan digunakan untuk menghalau roh-roh jahat serta pengaruh yang tidak baik dengan
cahayanya. Menurut kepada kepercayan kaum Cina, Lilin Naga dan Pheonix perlu terus
menyala hingga 3 hari untuk medoakan percintaan pasangan pengantin dapat diteruskan
sapanjang umur. Cahaya lilin ini turut menambahkan suasana romantik bagi pasangan
pengantin berkenaan.
Lilin Naga dan Pheonix
29
Tandatangan Kain
Tandatangan kain adalah sehelai kain yang disulam dimana akan dibentangkan di atas meja
di pintu masuk pada hari perkahwinan. Tetamu yang hadir pada malam perkahwinan akan
menandatangan nama mereka dan menulis restu mereka diatas kain ini. Kain yang disulam ini
akan disimpan oleh pasangan pengantin sebagai kenangan seperti juga bunga dan baju
pengantin.
Tanda Kebahagian
Tanda Kebahagian merupakan hiasan paling penting dalam majlis perkahwinan masyarakat
Cina. Tanda kebahagian kebanyakannya akan diukir pada serpihan logam atau kertas
berwarna merah dan kemudiannya akan ditampal pada pintu masuk rumah kedua-dua
keluarga dan juga dibahagian meja jemputan. Potongan kecil tanda kebahagian ini turut
dilekatkan pada kenderaan pengantin, pintu dan dinding bilik pengantin, bekas-bekas
makanan dan makanan. Tanda kebahagian ini memlambangkan kegembiraan pasangan
pengantin dan medoakan kebahagian perkahwinan mereka.
Tanda kebahagian
30
Sampul Merah
Sampul merah memainkan peranan yang penting dalm perkahwinan kaum Cina. Sampul
merah perlu digunakan untuk memaksukkan “Hadiah Besar” iaitu mas perkahwinan yang
diberikan oleh pihak lelaki kepada pihak perempuan. Selain itu, duit tanda yang diberikan
oleh pengantin lelaki semasa permainan pintu perkahwinan perlu dimaksukkan dalam sampul
merah sebelum diberikan kepada kawan-kawan penganitn perempuan.
Sampul merah
Kad Jemputan
Kad jemputan perlu disediakan dan dihantarkan kepada para tetamu yang ingin dijemput ke
majilis makam malam. Kad jemputan juga digunakan untuk menghantarkan mesej
kegembiraan perkahwinan pasangan pengantin kepada saudara-saudara dan kawan-kawan
pasangan pengantin. Kad jemputan akan menyatakan nama pasangan pengantin, tempat dan
masa majilis perkahwinan diadakan serta nama tetamu yang dijemput tersebut.
31
Kad jemputan
Pantang-larang
1.) Mengikut kepercayaan kaum Cina, set perabot tidur pasangan pengantin mesti perabot
yang baru. Set perabot tidur yang lama, pernah digunakan dan telah ditiduri tidak
dibenarkan terus digunakan. Yakni, set perabot tidur baru melambangkan permulaan
yang baru untuk pasangan pengantin.
2.) Katil baru pasangan pengantin tidak boleh diduduk oleh sesiapa sehingga malam
perkahwinan kecuali kanak-kanak.
3.) Wanita yang berhamil dan orang-orang yang salah satu anggota keluarganya baru
meninggal tidak diperbolehkan hadir pada upacara perkawinan atau menyentuh baju
pengantin dan barangan yang disediakan dalam rumah pengantin.
4.) Kuih ee atau dong yuen (bebola tepung) yang digunakan dalam upacara
menyembahan roh nenek moyang pada malam menjelang hari perkahwinan perlu
ditelan oleh pengantin perempuan tanpa kunyah.
5.) Warna putih tidak dibenarkan dalam perkahwinan kaum Cina kerana ia
melambangkan kesedihan dalam kepercayaan kaum Cina. Pakaian dan semua
barangan yang disediakan dalam perkahwinan kaum Cina perlu berwarna merah
kerana warna merah melambangkan kebahagian.
6.) Jika menggunakan bunga berwarna putih, sebaiknya jenis-jenis seperti bunga mawar,
lily, peony, anggrek, lotus, dan daffodil dan diikat dengan pita warna-warni. Usahakan
bunga-bunga tersebut dirangkai dengan warna lain sebagai aksen.
7.) Pengantin perempuan harus mamakai kasut yang biasa dipakainya apabila meninggal
rumahnya selepas permainan pintu perkahwinan. Hal ini mengambarkan bahawa
pengantin perempuan tidak membawa sesuatu bersamanya walaupun nasib baik ibu
bapanya.
32
8.) Mertua dan kakak ipar pengantin perempuan tidak seharusnya mangadap pintu
memerhatikan pengantin perempuan masuk. Menurut kepercayaan kaum Cina,
pantang-larang ini adalah untuk menghalang sebarang pertelingkahan pada masa akan
datang.
9.) Pengapit pengantin perempuan yang dipilih mesti merupakan saudara pihak pengantin
perempuan yang bujang. Begitu juga dengan pengapit penganti lelaki perlu
merupakan saudara pihak lelaki yang bujang
Makanan
Kebanyakkan makanan yang disediakan dalam majilis perkahwinan kaum Cina membawa
maksud yang tertentu dan melambangkan lambang baik. Kebiasaan makanan yang disediakan
mengambarkan kegembiraan, kebahagian, kepanjangan hayat dan kesuburan.
Dalam majilis perkahwinan kaum Cina, kebiasaanya lapan hidangan akan disediakan tidak
termasuk makanan pencuci mulut. Menurut kepercayaan kaum Cina, perkataan “lapan”
melambangkan “nasib baik”.
Pada zaman moden ini, makanan yang pertama dihidangkan dalam majilis perkahwinan
adalah makanan pembuka selera iaitu hidangan Naga dan Pheonix yang mempunyai pelbagai
makanan seperti daging, ampai-ampai dan pelbagai kekacang yang berupa Naga dan Pheonix.
Dalam perkahwinan kaum Cina, Naga melambangkan peranan lelaki dan Pheonix
malambangkan peranan perempuan.
Seterusnya, beberapa jenis makanan yang membawa lambang baik akan dihidangkan dalam
majilis perkahwinan.
33
Sup sirip ikan yu
Sup sirip ikan yu kebiasaan akan dihidangkan bersama dengan makanan pembuka selera.
Hidangan ini melambangkan kekayaan kerana sirip ikan yu merupakan makanan yang mahal.
Anak babi panggang
Hidangan ini melambangkan kesucian. Pengantin lelaki akan menghadiahkan anak babi
panggnag kepada keluarga pengantin perempuan pada majilis perkahwinan.
Ayam yang dimasak dengan minyak merah
Warna merah ayam yang dimasak dengan minyak merah melambangkan kegembiraan. Ayam
dalam perkahwinan kaum Cina bermaksud Pheonix. Hidangan ini disediakan untuk
medoakan kebahagian pasangan pengantin.
Udang galah
Udang galah dikenali sebagai “Udang naga” dalam bahasa cina. Hidangan udang galah
melambangkan keserasian dan pau. Penyediaan kedua-dua hidangan ayam dan udang galah
dalam majilis perkahwinan melambangkan Yin dan Yang diseimbangkan dan kebahagian
pasangan pengantin disempurnakan.
Burung merpati
Hidangan burung merpati melambangkan keamanan dan kedamaian. Kebiasaannya dua ekor
burung merpati akan dihidangkan kepada pasangan pengantin bagi medoakan pasangan
pengantin akan menjalankan kehidupan baru mereka dengan aman dan damai. Selain itu,
setiap tetamu akan dihidangkan dengan seekor burung merpati supaya mereka dapat melalui
kehidupan yang aman juga.
34
Sayur-sayuran dengan gamat
Mehidangkan sayur-sayuran dengan gamat merupakan tanda tidak memetingkan diri kerana
“gamat” berbunyi “hati yang baik”dalam bahasa cina. Hidangan ini medoakan supaya
pasangan pengantin akan bertolak-ansur antara satu sama lain untuk mengelakkan sebarang
konflik.
Ikan
Perkataan “ikan “ berbunyi macam “kecukupan” dalam bahasa cina. Hidangan ikan
digunakan untuk meharapkan kehidupan pasangan pengantin tidak mempunyai sebarang
kekurangan.
Mee
Hidangan mee malambangkan kepanjangan hayat disebabkan oleh bentuk mee yang panjang.
Makanan manisan kacang merah manis
Hidangan ini disediakan untuk meharapkan kehidupan pasangan pengantin yang manis dan
bahagia. Sup kacang manis ini perlu dimasak bersama dengan biji lotus (lian zi) dan pak hop .
Pak hop melambangkan pasangan pengantin dapat hidup bersama selama- lamaya. Biji
lotus(lian zi”) digunakan unutk mengharapkan pasangan pengantin mendapat zuriat yang
banyak.
Lian zhi Pak Hop
35
Ladu separuh masak
Pengantin perempuan akan dihidangkan dengan ladu separuh masak dan akan ditanya sama
ada ia ladu tersebut mentah. Pengantin perempuan haruslah menjawab "mentah"
melambangkan dia akan melahirkan anak dan menunjukkan keluarga yang bahagia.
Kek Kebahagian
Kek kebahagian juga dikenali sebagai kek naga dan burung phoenix kerana terdapat tanda
Naga dan Pheonix di permukaan kek tersebut. Isi kek kebahagian biasanya dibuat daripada
biji lotus, kacang merah dan kacang hijau. Kek kebahagian akan diberikan oleh pihak lelaki
kepada pihak perempuan untuk tujuan memuja nenek moyang dan diagihkan kepada saudara
dan rakan-rakan.
Kek kebahagian
Tea, arak dan 7-up
Tea, arak dan 7-up adalah minuman yang biasa disediakan dalam majilis perkahwinan. Tea
merupakan tanda kehormatan dan digunakan untuk mengharapkan pasangna pengantin akan
menghormati antara satu sama lain. Selain itu, arak adalah minuman yang digunakan untuk
meraikan hari yang istimewa. Ayat “pergi minum arak” berbunyi “menghadiri majilis malam
perkahwinan” dalam bahasa cina. 7-up berbunyi “tujuh kegembiraan” dalam bahasa cina dan
melambangkan kehidupan pasangan pengantin dipenuhi dengan kegembiraan serta
kebahagian.
36
ANALISIS TEMU-BUAL (INTERVIEW)
Responden adalah Puan Halizah Sipun (R) ,seorang wanita yang sudah berumah-tangga yang
berumur 39 tahun dan berasal daripada Klang. Pekerjaan beliau adalah Ketua Penolong
Pengarah Negeri dengan berpendidikan tertingi iaitu MASTER.
Responden yang ditemu-bual iaitu Puan Halizah Sipun adalah golongan dewasa yang
berumur 30 keatas. Beliau mempunyai tahap pendidikan yang tinggi dan berkerja dengan
golongan atasan. Ini bermakna responden menpunyai pengetahuan yang tinggi dan pergaulan
yang berkesan. Pemilihan responden penting dalam kajian bagi memastikan keputusan kajian
adalah benar dan berkesan.
Responden pernah beberapa kali menghadiri majlis perkahwinan kaum Cina atas jemputan
rakan-rakan sekerja dan juga hadir atas jemputan perkerjaan. Pada pendapat R, majlis
perkahwinan Kaum Cina terdapat dua golongan. Golongan pertama ialah golongan yang
percaya bahawa pengamalan adat- istiadat perkahwinan kaum Cina sebagai perkara yang
boleh membawa kesan positif kepada masa hadapan pasangan pengantin. Golongan kedua
ialah golongan yang berfikiran moden di mana hanya mengamalkan adat- istiadat seperti
upacara minum teh sebagai tradisi sahaja.
Selain itu, R berpendapat bahawa Majlis sambutan perkahwinan kaum Cina sama seperti
majlis sambutan kaum yang lain di mana terdapat jamuan makan kepada tetamu dan
memerlukan kos yang tinggi . Kebiasaannya, majlis akan meriah dengan sambutan besar-
besaran.
R juga mengakui pada mulanya R mempunyai tanggapan negatif terhadap majlis sambutan
perkahwinan kaum Cina dari segi kehalalan makanan dan juga upacara minum arak beramai-
ramai bagi mendoakan pengantin.Walaupun begitu, R bertukar pandangannya selepas
menghadiri majlis perkahwinan Kaum Cina, R berpendapat bahawa kaum Cina zaman kini
lebih berfikiran terbuka dan bertimbang terhadap larangan kaum yang lain. Mereka mulai
37
memahami tentang halal dan haram. Oleh itu mereka akan mengambil jalan mudah dengan
menempah katering kaum Melayu atau membuat tempahan makanan khas dari restoren
Melayu untuk jamuan makan. Bagi upacara minum arak beramai-ramai, upacara itu akan
dibuat di kawasan yang berasingan dengan kawasan jamuan makan.
R mendapat maklumat tentang adat perkahwinan kaum Cina dari rakan-rakan sekerja dan
juga pembacaan dari buku-buku serta dari internet.
R juga memahami dengan jelas tentang adat perkahwinan kaum Cina dan masih lagi berminat
untuk menambahkan pengetahuaan beliau tentang adat istiadat kaum-kaum di Malaysia.
38
KESIMPULAN
Berdasarkah kajian yang dijalankan dengan menggunakan soal selidik dan temu-bual,
didapati bahawa kebanyakan kaum Melayu tidak memahami dan kurang jelas terhadap adat-
istiadat majlis sambutan perkahwinan kaum Cina. Makna dan kepentingan pemilihan tarikh
perkahwinan, upacara-upacara perkahwinan, peringkat perkahwinan dan pantang-larang
kurang difahami oleh kaum Melayu.
Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kekurangan pergaulan antara kaum Melayu dengan
kaum Cina. Kekurangan pergaulan dan komunikasi menimbulkan kesalahfahaman seterusnya
menimbulkan perasaan tidak puas hati dan prejudis serta diskriminasi. Masalah ini berpotensi
membawa kesan-kesan negatif kepada Negara Malaysia yang berbilang kaum. Malaysia yang
berbilang kaum memerlukan kerjasama dan hubungan yang harmoni antara kaum bagi
membangunkan negara.
Pelbagai usaha perlu dijalankan untuk mengeratkan hubungan antara kaum dan memupuk
semangat bersepatu. Usaha-usaha boleh dijanlankan melalui media komunikasi, pameran,
pembelajaran dan kempen kesedaran. Konsep 1 Malaysia dan 15 Malaysia amat membantu
dalam megeratkan hubungan dan menyatukan kaum.
Hubungan antara kaum yang tidak harmoni tidak membawa sebarang kebaikan dan bantuan
kepada pembangunan Negara malah akan mengulangi tragedi 13 Mei 1969 yang
membantutkan kerjayaan dan pembangunan Negara Malaysia.
Walaupun terdapat pelbagai agensi-agensi dan jabatan seperti Jabatan Perpaduan Negara
telah diwujudkan oleh Negara bagi tujuan mengeratkan serta mengekalkan hubungan antara
kaum, malah perkara ini merupakan tanggungjawab dan kewajipan semua rakyat Malaysia.
Setiap rakyat Malaysia perlu memberi sumbangan dan berusaha dalam mengekalkan
hubungan harmoni antara kaum serta menyatupadukan berbilangan kaum dalam Negara
Malaysia.
39
BIBLIOGRAFI
Shu Shu Costa.(1997).Wild Geese and Tea: Asian-American Wedding Planner. NY:
Riverhead Books.
Norhalim Ibrahim & Asmawati Baharuddin. (Januari 1996). Adat istiadat perkahwinan
Melayu, Cina dan India.
http://perkahwinan.com.my/main/Perkahwinan/?Sub=Article&id=65
http://www.perkahwinan.com.my/main/Perkahwinan/?Sub=Article&id=65
LAMPIRAN
Dalam bahagian ini, kami telah melampirkan gambar dan borang soal selidik sebagai bukti
bagi laporan kami.
Gambar ini diambil semasa ahli kumpulan kami, Lim Ai Jie menyerahkan borang soal selidik kepada seorang mak cik kaum Melayu di Taman Sri Serdang.
40