helaian penerangan produk skim kargo marin kos insurans dalam insurans konvensional). tabarru'...

4
HELAIAN PENERANGAN PRODUK Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai Skim Kargo Marin. Sila pastikan juga anda membaca terma dan syarat am. Skim Kargo Marin Tarikh: 12 July 2016 1. Skim apakah ini? Skim ini menyediakan perlindungan terhadap kerugian dan kerosakan barangan seperti yang dinyatakan di dalam Klausa Kargo Institut (A), (B) atau (C) 1.1.82 atau Klausa Kargo Institut (A), (B) atau (C) 1.1.09. Anda boleh melindungi barangan yang anda kehendaki sama ada di bawah perlindungan di bawah tertakluk pada kelulusan Syarikat. 2. Apakah konsep Syariah yang diguna pakai? Skim ini menggunakan Konsep Wakalah dan Tabarru’. Wakalah merupakan kontrak di mana peserta melantik pengendali takaful untuk menjalankan transaksi bagi pihaknya untuk melabur dan menguruskan sumbangan dalam Dana Takaful Am (selepas ini dirujuk sebagai "DTA") dengan berlandaskan Syariah. Sebagai pulangan, peserta membenarkan pengendali takaful untuk menolak sejumlah amaun sebagai yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan. Baki Sumbangan selepas ditolak yuran Wakalah akan dikreditkan kepada DTA sebagai Tabarru' (juga dikenali sebagai kos insurans dalam insurans konvensional). Tabarru' bermaksud menderma untuk tujuan bukan komersial dan digunakan untuk membantu peserta lain apabila ditimpa musibah untuk tujuan perpaduan, persaudaraan dan kerjasama di kalangan peserta. Sebarang lebihan daripada DTA akan ditentukan dan diagihkan mengikut budi bicara mutlak pengendali takaful di mana jumlah tahunan pengagihan lebihan antara peserta dengan pengendali takaful adalah mengikut nisbah 50% kepada peserta dan 50% kepada pengendali takaful, dengan syarat bahawa peserta / Orang Yang Dilindungi tidak membuat sebarang tuntutan dan / atau menerima apa-apa manfaat sepanjang tahun sijil semasa. Jika DTA mengalami defisit, dan jika tiada cara lain, pinjaman tanpa faedah daripada pengendali takaful berdasarkan Qardh akan dibuat. Qardh akan dibayar balik apabila DTA kembali mempunyai lebihan dan sebelum sebarang lebihan diagihkan. 3. Apakah perlindungan / manfaat yang disediakan? Skim ini melindungi: a) Klausa Kargo Institut (A) 1.1.82 / 1.1.09 Ini adalah perlindungan paling luas. Sijil ini melindungi semua kerugian atau kerosakan pada barangan kecuali seperti yang diperuntukkan di bawah Pengecualian. b) Klausa Kargo Institut (B) 1.1.82 / 1.1.09 Sijil ini melindungi kerugian atau kerosakan terhadap barangan yang dikaitkan atau disebabkan oleh

Upload: hahuong

Post on 13-Mar-2018

227 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: HELAIAN PENERANGAN PRODUK Skim Kargo Marin kos insurans dalam insurans konvensional). Tabarru' bermaksud menderma untuk tujuan bukan komersial dan digunakan untuk membantu peserta

HELAIAN PENERANGAN PRODUK

Sila baca Helaian Penerangan Produk ini sebelum anda

membuat keputusan untuk menyertai Skim Kargo

Marin.

Sila pastikan juga anda membaca terma dan syarat

am.

Skim Kargo Marin Tarikh: 12 July 2016

1. Skim apakah ini? Skim ini menyediakan perlindungan terhadap kerugian dan kerosakan barangan seperti yang dinyatakan di dalam Klausa Kargo Institut (A), (B) atau (C) 1.1.82 atau Klausa Kargo Institut (A), (B) atau (C) 1.1.09. Anda boleh melindungi barangan yang anda kehendaki sama ada di bawah perlindungan di bawah tertakluk pada kelulusan Syarikat.

2. Apakah konsep Syariah yang diguna pakai?

Skim ini menggunakan Konsep Wakalah dan Tabarru’. Wakalah merupakan kontrak di mana peserta melantik pengendali takaful untuk menjalankan transaksi bagi pihaknya untuk melabur dan menguruskan sumbangan dalam Dana Takaful Am (selepas ini dirujuk sebagai "DTA") dengan berlandaskan Syariah. Sebagai pulangan, peserta membenarkan pengendali takaful untuk menolak sejumlah amaun sebagai yuran Wakalah bagi perkhidmatan yang diberikan. Baki Sumbangan selepas ditolak yuran Wakalah akan dikreditkan kepada DTA sebagai Tabarru' (juga dikenali sebagai kos insurans dalam insurans konvensional). Tabarru' bermaksud menderma untuk tujuan bukan komersial dan digunakan untuk membantu peserta lain apabila ditimpa musibah untuk tujuan perpaduan, persaudaraan dan kerjasama di kalangan peserta. Sebarang lebihan daripada DTA akan ditentukan dan diagihkan mengikut budi bicara mutlak pengendali takaful di mana jumlah tahunan pengagihan lebihan antara peserta dengan pengendali takaful adalah mengikut nisbah 50% kepada peserta dan 50% kepada pengendali takaful, dengan syarat bahawa peserta / Orang Yang Dilindungi tidak membuat sebarang tuntutan dan / atau menerima apa-apa manfaat sepanjang tahun sijil semasa. Jika DTA mengalami defisit, dan jika tiada cara lain, pinjaman tanpa faedah daripada pengendali takaful berdasarkan Qardh akan dibuat. Qardh akan dibayar balik apabila DTA kembali mempunyai lebihan dan sebelum sebarang lebihan diagihkan.

3. Apakah perlindungan / manfaat yang disediakan?

Skim ini melindungi: a) Klausa Kargo Institut (A) 1.1.82 / 1.1.09 Ini adalah perlindungan paling luas. Sijil ini melindungi semua kerugian atau kerosakan pada barangan kecuali seperti yang diperuntukkan di bawah Pengecualian. b) Klausa Kargo Institut (B) 1.1.82 / 1.1.09 Sijil ini melindungi kerugian atau kerosakan terhadap barangan yang dikaitkan atau disebabkan oleh

Page 2: HELAIAN PENERANGAN PRODUK Skim Kargo Marin kos insurans dalam insurans konvensional). Tabarru' bermaksud menderma untuk tujuan bukan komersial dan digunakan untuk membantu peserta

Kebakaran atau letupan

Kapal atau pesawat yang terdampar, terkandas, karam atau terbalik

Pengangkutan darat yang terbalik atau tergelincir

Perlanggaran atau pertembungan dengan kapal, pesawat atau pengangkutan dengan sebarang objek luaran selain daripada air

Pelepasan kargo di pelabuhan akibat kecemasan

Gempa bumi, letusan gunung berapi atau kilat

Pengorbanan purata am

Pembuangan muatan atau hanyutan dari kapal ke dalam laut

Kemasukan air laut, tasik atau sungai ke dalam kapal, pesawat, pemegang, pengangkut , bekas simpanan, atau tempat simpanan

Bungkusan yang hilang sama sekali dari kapal atau terjatuh semasa pemunggahan ke dalam, keluar dari kapal atau pesawat

Caj purata am dan pencarian c) Klausa Kargo Institut (C) 1.1.82 / 1.1.09 Sijil ini melindungi kerugian atau kerosakan pada barangan yang berkaitan atau disebabkan oleh

Kebakaran atau letupan

Kapal atau pesawat yang terdampar, terkandas, karam atau terbalik

Pengangkutan darat yang terbalik atau tergelincir

Perlanggaran atau pertembungan dengan kapal, pesawat atau pengangkutan dengan sebarang objek luaran selain daripada air

Pelepasan kargo di pelabuhan akibat kecemasan

Pengorbanan purata am

Pembuangan muatan

Caj purata am dan pencarian Selain daripada perlindungan di atas, anda boleh meluaskan perlindungan bagi risiko-risiko berikut dengan membayar sumbangan tambahan: · Peperangan seperti dinyatakan di bawah Klausa Peperangan Institut (Kargo) · Mogok seperti diperuntukkan di bawah Klausa Mogok Institut (Kargo) Tempoh perlindungan: Kecuali perlindungan Risiko Peperangan, Sijil yang terlibat di bawah Klausa Kargo Institut 1/1/82 bermula dari masa barangan meninggalkan gudang atau tempat simpanan dan tamat sama ada semasa penghantaran ke gudang akhir atau tempat simpanan terakhir seperti yang dinyatakan di dalam sijil.

4. Berapakah jumlah sumbangan yang perlu saya bayar?

Jumlah sumbangan yang perlu anda bayar bergantung kepada pendedahan risiko, syarat-syarat pengunderaitan kami dan jumlah yang dilindungi bagi harta tersebut. Tertakluk kepada sumbangan minimum sebanyak RM75.00

Page 3: HELAIAN PENERANGAN PRODUK Skim Kargo Marin kos insurans dalam insurans konvensional). Tabarru' bermaksud menderma untuk tujuan bukan komersial dan digunakan untuk membantu peserta

5. Apakah caj dan yuran yang saya perlu bayar?

Jenis Amaun

Yuran Wakalah 45% daripada sumbangan di mana: - Komisen – 15% - Perbelanjaan lain – 30%

Duti Setem RM10.00

Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 6% daripada sumbangan yang dibayar

6. Apakah sebahagian daripada terma dan syarat penting yang patut saya ketahui?

Sebahagian daripada terma dan syarat penting yang patut anda ketahui adalah: Tanggungjawab Pendedahan

Kontrak Takaful Komersial Menurut Perenggan 4(1) Jadual 9 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013, jika anda memohon takaful ini untuk tujuan yang berkaitan dengan perdagangan, perniagaan atau profesion anda, anda berkewajipan untuk mendedahkan apa-apa perkara yang anda tahu akan mempengaruhi keputusan kami dalam menerima risiko dan menentukan kadar dan terma yang dikenakan dan apa-apa perkara yang munasabah yang boleh dijangka, jika tidak ia boleh menyebabkan pembatalan kontrak takaful, penolakan tuntutan atau pengurangan ganti rugi, perubahan terma atau penamatan kontrak takaful anda. Kewajipan pendedahan diatas hendaklah diteruskan sehingga kontrak takaful anda dimeterai, diubah atau diperbaharui dengan kami. Anda juga mempunyai kewajipan untuk memberitahu kami dengan serta-merta jika pada bila-bila masa selepas kontrak takaful anda ditandatangani, diubah atau diperbaharui dengan kami (atau semasa permohonan takaful ini), apa-apa maklumat yang dinyatakan dalam Borang Cadangan tidak tepat atau sudah berubah.

Perubahan Risiko – anda mesti memaklumkan Syarikat atau ejen anda secara bertulis terhadap sebarang perubahan penting yang berlaku sepanjang tempoh sijil supaya pindaan yang wajar akan disahkan ke dalam sijil anda.

Tanggungjawab Peserta - anda perlu mengambil semua langkah berjaga-jaga bagi keselamatan hartanah yang dilindungi.

Ekses – adalah jumlah kerugian pertama yang perlu anda tanggung sekiranya berlaku tuntutan.

7. Apakah pengecualian utama bagi Skim ini?

Skim ini tidak melindungi kerugian tertentu seperti:

i) Salah laku yang disengajakan oleh Peserta. ii) Kebocoran biasa, kehilangan berat atau volum. iii) Pembungkusan yang tidak mencukupi atau tidak sesuai iv) Kecacatan semula jadi kargo. v) Kerugian disebabkan oleh kelewatan. vi) Ketakmampuan bayar atau keingkaran kewangan pemilik. vii) Ketaklayakan berlayar. viii) Peperangan, Mogok, Rusuhan & Kekacauan Awam kecuali Sijil telah diperluaskan untuk meliputi peril

tersebut. ix) Sebarang acara/aktiviti lain yang dilarang/bertentangan dengan Syariah.

Nota: Senarai di atas adalah tidak lengkap. Sila rujuk kepada Sijil untuk senarai pengecualian yang lengkap bagi Skim ini.

Page 4: HELAIAN PENERANGAN PRODUK Skim Kargo Marin kos insurans dalam insurans konvensional). Tabarru' bermaksud menderma untuk tujuan bukan komersial dan digunakan untuk membantu peserta

8. Bolehkan saya membatalkan sijil saya?

Pembatalan tidak dibenarkan untuk skim ini.

9. Apa yang perlu saya buat sekiranya terdapat perubahan dalam butiran peribadi saya?

Adalah penting bagi anda memaklumkan kepada kami sebarang perubahan mengenai maklumat anda bagi memastikan semua surat-menyurat sampai kepada anda tepat pada masanya.

10. Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

Sekiranya anda memerlukan maklumat tambahan berkenaan Skim Kargo Marin, sila hubungi kami atau mana-mana cawangan kami atau ejen kami .

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Customer Service Unit (CSU) Syarikat Takaful Malaysia Berhad (131646-K) Menara Takaful Malaysia, No. 4, Jalan Sultan Sulaiman, 50000 Kuala Lumpur. Peti Surat 11483, 50746 Kuala Lumpur. Tel: 1-300 88 252 385 Faks: 603 - 2274 0237 E-mel : [email protected] Laman web: takaful-malaysia.com.my

11. Jenis-jenis perlindungan lain yang sama dan boleh didapati

Sila rujuk kepada cawangan atau ejen kami untuk mendapat maklumat mengenai perlindungan lain yang serupa

yang boleh didapati.

NOTA PENTING: ANDA PERLU MEMBACA DAN MEMAHAMI SKIM INI DAN BERBINCANG DENGAN EJEN/WAKIL BANK/KAKITANGAN ATAU HUBUNGI KAMI TERUS UNTUK MAKLUMAT LANJUT.

Syarikat Takaful Malaysia Berhad adalah dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan

dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

Maklumat yang dinyatakan di dalam helaian penerangan produk ini adalah sah pada 12/7/2016.