isl m7 edu3103

Upload: veronie-sweetiy

Post on 12-Mar-2016

256 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

ISL M7-EDU3103

30 JULAI-3 OGOS 2012[Pick the date]ISL M7-EDU3103

FOTO-FOTO DAN RAJAH LENGKAP MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

IMPLIKASI MODEL PEMPROSESAN MAKLUMAT

Input tentang pembelajaran amat penting. Guru harus menggunakan kaedah ekspositori untuk menyampaikan konsep-konsep dalam sesuatu topik pelajaran. Sebelum mengajar topik Perbandingan antara karnivor dengan hebivor, pelajar perlu menguasai fakta dan konsep tentang kedua-dua jenis haiwan.Bahan pembelajaran (input) harus disusun atur dengan baik.Guru perlu bermula dengan penyusun awal dalam pengajarannya untuk menggerakkan minda pelajar menerima bahan pembelajaran yang baharu. Contohnya, jika guru ingin mengajar topik Haiwan Darat, guru boleh menggunakan satu penyusun awal dalam bentuk gambar-gambar awal dan ciri-cirinya.Idea dan konsep baharu harus bermakna kepada pelajar. Guru digalakkan untuk menyusun isi pelajaran secara berperingkat agar pelajar dapat menerima pembelajaran yang berkesan. Pelajar juga dilibatkan dalam proses pembelajaran seperti mengumpulkan maklumat, sintesis, analisis dan menyimpul pelajaran. Dengan yang demikian, pelajaran akan lebih bermakna.Menambat konsep-konsep baharu ke dalam struktur kognitif sedia ada akan memudahkan ingatan kembali konsep-konsep tersebut. Guru perlu mengaitkan input baharu dengan pengetahuan sedia ada agar pelajar dapat menyimpan dalam skema secara tersusun.Pembelajaran deduktif diamalkan di mana guru akan memberikan prinsip-prinsip am sebelum memberikan contoh-contoh spesifik. Contohnya, jika guru ingin mengajar tentang konsep tiga segi, guru perlu memberikan definisi dan ciri-ciri tiga segi sebelum memberikan pelbagai jenis tiga segi yang spesifik.

ANALISIS SWOT MODEL PEMPROSESAN MAKLUMATKELEBIHANKELEMAHANKEBAIKANKESAN

guru boleh menggunakan model ini untuk menerangkan konsep, hukum, prinsip atau teori matematik. menerangkan sesuatu konsep dengan menggunakan alat bantu mengajar. Prinsip daripada yang mudah (asas) ke yang kompleks. Persekitaran pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah berstruktur dan berpusatkan guru. Guru boleh menghuraikan konsep secara lisan sambil menulis fakta-fakta yang penting di papan hitam Jika sesuatu maklumat tidak diproses,ingatan jangka pendekakan hilang serta merta. Guru perlu membentuk respon yang betul, untuk membolehkan kanak-kanak menyebut dan menulis respon dengan betul. Bantu pelajar membuat banding beza situasi untuk mengenal pasti perbezaan dan persamaan. Hanya menggunakan pembelajaran yang diprogramkansahaja Memerlukan guru menyediakan bahan P&P yang banyak dan menarik untuk sentiasa menarik fokus murid. Guru dapat menjimatkan masa. Penerangan bahan pembelajaran oleh guru dalam bentuk fakta secara tersusun dan dijelaskan mengikut urutan. .Pelajar dapat membentuk konsepyang baik. Persekitaran pembelajaran untuk pengajaran konsep adalah berstruktur dan berpusatkan guru. Peranan guru ialah memberikan maklum balas terhadap idea pelajar, menggalakkan penglibatan pelajar dan menyokong pelajar membentuk kebolehan penaakulan. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsipdan generalisasi. sesuai digunakan untuk mengajar konsep dan kemahiran sesuatu pelajaran dalam peringkat perkembangan. membolehkan pelajar membuat diskriminasi dan generalisasi dengan tepat. membina keyakinan pelajar dalam mencapai kejayaan. menekankan kerja kumpulan dan kerjasama dalam pembelajaran. Pembelajaran melalui kaedah ini memerlukan kemahiran-kemahiran seperti membuat perbandingan

PERBANDINGAN ANTARA TEORI PEMBELAJARAN

PERKARA/TEORITEORI BEHAVIORISTEORI KOGNITIFTEORI KONSTRUKTIVISMETEORI HUMANISMETEORI SOSIAL

SEJARAH/BIODATA TOKOH

-John Broadus Watson (9 Jan 1878 - 25 Sept 1958)- ahli psikologi Amerika.- mengendalikan satu eksperimen yang kontroversi yang dipanggil Little Albert

-Ivan Pavlov (14 Sept 1849 27 Feb 1936)- ahli fisiologi, psikologi dan fizik Rusia.- pemenang Hadiah Nobel pada tahun 1904.- terkenal dengan pelaziman klasik

-Edward Lee Thorndike (31 Ogos 1874 9 Ogos 1949)- ahli psikologi Amerika.- eksperimen yang dijalankan dikenali sebagai kotak ajaib Thorndike.

-Burhuss Frederic Skinner (20 Mac 1904 -18 Ogos 1990)- ahli psikologi Amerika- terkenal dengan pelaziman operan

Wolgang Kohler (21 Jan 1887 11 Jun 1967)- ahli psikologi Jerman dan pengasas Psikologi Gestalt.- terkenal dengan jenis pembelajaran Celik Akal.

-Jerome Seymour Bruner (1 Okt 1915 - kini)- ahli psikologi Amerika- terkenal dengan pembelajaran penemuan-David Ausebel (25 Okt 1918 - 9 Julai 2008)- ahli psikologi Amerika yang dilahirkan di New York.- terkenal dengan pembelajaran bermakna

- Jean Piaget (9 Ogos 1896 16 Sept 1980)- ahli psikologi Switzerland.- teori konstruktivis kognitif.

-Lev Vygotsky (17 Nov 1896 11 Jun 1934)- ahli psikologi Rusia-terkenal dengan teori konstuktivis sosial- Carl Ransom Rogers (8 Jan 1902-4 Feb 1987)- ahli psikologi Amerika- teori pembelajaran eksperimental

-Abraham Harold Maslow (1 April 1908 8 Jun 1970)- ahli psikologi Amerika- memperkenalkan konsep hirarki keperluan.-Albert Bandura (4 Dis 1925 - kini)- dilahirkan di Kanada-eksperiman yang terkenal ialah kajian patung Bobo iaitu pembelajaran pemerhatian.

PRINSIP/KONSEP TEORI- Sumber motivasi ialah Ekstrinsik.Lebihmementingkanpengukuhan, ganjaran,imsentif dan dendaan.

- Rangsangan, Gerak balas, Peneguhan dan Hukuman.* Thorndike Hukum kesedihan Hukum Latihan Hukum Kesan* Pavlov Pembelajaran semula Generalisasi rangsangan yang sama menghasilkan tindak balas yang sama Diskriminasi tindak balas dengan rangsangan tertentu sahaja

Penghapusan rangsangan terlazim tidak disertai dengan rangsangan tidak terlazim- Sumber motivasiintrinsik.Mementin-gkan kepercayaan, atribut kejayaan dan kegagalan, jangkaan.

- Pelajar menerima, memproses, menyimpan, mencari maklumat dalam memori.

- Menumpukan kepada apa yang pelajar tahu dan bagaimana mereka mengetahuinya* Ausubel Resepsi maklumat penghafalan - penemuan, pemikiran analisis, asimilasi.

* Bruner Enaktif ( manipulasi objek langsung ) Ikonik (representasi gambar ) Simbolik (manipulasi Simbol)- Proses aktif, konstruktif yang terjadi di lingkungan luar kelas

- Menguatkan pengetahuan baru dengan pengalaman lama (asimilasi )

- Penyesuaian skemata (akomodasi )

Proses kognitif untuk memecahkan masalah dunia nyata, menggunakan alat yang tersedia dala situasi pemecahan masalah

Proses peribadi terus menerus untuk mengetahui kemajuan kemahiran bersifat perspektif, konvensional tentatif dan evolusioner- Sumber motivasiintrinsik. Lebihmementingkankeperluan harga diri,kepuasan kendiri dan penentuan kendiri.

- Teori ini mengasaskan kepentingan cara pengajaran yang dapat memenuhi kehendak individu berdasarkan perkembangan emosinya. Dalam Kontek pendidikan, guru membantu klien ( pelajar ) bagi mengenal pasti masalah, bertindak terhadap masalah itu dan menuju ke arah penyelesaian.- Sumber motivasiintrinsik. Mementingkan penglibatan dalam komuniti pembelajaran,identiti melalui penglibatan dalam aktiviti kumpulan.

- Teori Pembelajaran sosial adalah gabungan peneguhan behavioris dengan psikologi kognitif dalam pembelajaran yang sistematik. Para pelajar ditekankan agar menggunakan pemikiran dalam dan tidak bergantung pada pelaziman operan seperti dalam teori Behavioris.

Prinsip teori Bandura- Menggunakan model yang sesuai dengan perbezaan individu.

- Proses pemerhatian dilakukan mengikut prosedur.

- Keupayaan mengawal dan manipulasi diri dengan menggunakan pemikiran refleksi diri serta maklum balas daripada model.

- Kecekapan meniru dan reproduksi dengan latihan secara sistematik daripada mudah kepada kompleks dan demonstrasi berulang-ulang

- Konsep kendiri pasif ( beri peneguhan positif )

STRENGTH (KEKUATAN)- teori behavioris mudah untuk difahami.

- teori ini memberi penekanan kepada tingkahlaku yang boleh diperhatikan serta memerihalkan beberapa peraturan tingkahlaku yang sejagat.

- teknik-teknik seperti pengukuhan positif dan negatif agak berkesan dalam rawatan kecelaruan manusia seperti autism dan tingkahlaku anti-sosial.- teori ini banyak mempengaruhi proses pembelajaran.

- teori ini melatih pelajar untuk melakukan sesuatu tugas dengan cara yang sama dengan konsisten-teori ini adalah berasaskan premis lanjutan daripada refleksi pengalaman.

-teori ini membolehkan pelajar mentafsir pengalaman.

-teori ini membolehkan pelajar menghadapi situasi kehidupan nyata.

-teori ini membolehkan pelajar menggunakan pengetahuan yang mereka punyai dengan lebih baik bagi sebuah situasi baru.- teori ini berfokuskan unsur-unsur minat dan keperluan asas manusia.

- teori ini menekankan pentingnya isi dari proses belajar bersifat eklektik.

-teori ini memberi peluang kepada guru untuk memupuk pelajar berfikir induktif, mementingkan pengalaman, serta memerlukan penglibatan secara aktif dalam proses belajar.- tokoh teori sosial mengatakan setiap kanak-kanak memerlukan kaedah pembelajaran yang berbeza-beza.

-Murid dapat berinteraksi sama ada dengan murid atau guru semasa proses pembelajaran.

-Murid dapat berkongsi idea dan pendapat ketika pembelajaran.

WEAKNESS (KELEMAHAN)-teori ini tidak boleh digunakan untuk menjelaskan kesemua pembelajaran yang berlaku kerana teori ini mengenepikan kesemua aktiviti mental.

-teori ini tidak dapat menjelaskan sesetengah pembelajaran yang berlaku misalnya apabila kanak-kanak mengecam pola-pola bahasa baru.-teori ini membolehkan pelajar mempelajari cara untuk menyelesaikan sesebuah tugas, namun ia mungkin tidak menjadi cara terbaik atau disesuaikan dengan pembelajaran tersebut atau situasinya.- dalam sesuatu situasi, pemikiran yang berbeza mungkin menyebabkan timbulnya masalah.-teori ini terlalu memberi kebebasan pada pelajar.

- teori ini tidak memberi penekanan kepada kognitif tahap tinggi.

-Murid tidak dirangsang untuk berfikir secara optimum.

-Murid berinteraksi tetapi kadang-kala interaksi tersebut aalah tidak bermakna.

OPPORTUNITY (PELUANG)- Murid tidak hanya perlu diberikan penekanan kepada tingkah laku tetapi pemantaun perlu dijalankan bagi memastikan murid memberikan tumpuan semasa proses pengajaran dan pembelajaran - Dapat menguasai banyak ilmu.

-Murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam proses pembelajaran dan dapat meluahkan idea tentang sesuatu topik.-Murid diberi peluang untuk meneroka sendiri tantang sesuatu pembelajaran yang disampaikan oleh guru.

-Murid dapat memperoleh pengalaman melalui eksperimen yang dilakukan sendiri.-Guru dapat membentuk murid dalam mencapai tahap perkembangan diri yang jauh melebihi tahap maksimum seterusnya melahirkan murid yang mampu untuk berubah ke arah kualiti hidup yang tinggi.-Guru dapat memberi peluang yang sama kepada murid untuk memperoleh pencapaian cemerlang kerana dengan adanya aktiviti berkumpulan, mereka dapat menguasai maklumat, idea dan kemahiran yang penting di samping dapat memikirkan cara menyelesaikan masalah yang timbul

THREATS (ANCAMAN)- Penekanan kepada tingkah laku tidak memberi peluang kepada murid untuk berfikir dan mengemukakan pendapat.

- teori cepat membuatkan murid bosan dengan menjalankan tugas secara sama dan konsisten.

-Tidak semua murid dapat mengikuti kaedah yang digunakan kerana setiap murid mempunyai tahap pemikiran yang berbeza-beza.-Masalah akan timbul sekiranya murid tidak dapat menyesuaikan situasi baru dengan pengalaman yang sedia ada.

-Tidak semua pelajar mempunyai pengalaman yang sesuai dengan sesuatu pembelajaran.- murid-murid akan mementingkan diri sendiri kerana ingin memenuhi keperluan diri masing-masing.

-murid-murid akan terlalu cerewet dan ingin akan keselesaan diri sendiri yang melampau.-Guru yang gagal mengawal murid akan menghasilkan generasi yang tidak produktif kepada negara.

-Tidak ada pelapis negara yang berkaliber dan berkualiti.

IMPLIKASI-Pastikan maklumbalas diberi dengan kerap, dengan secepat mungkin, dan berbentuk spesifik.

- Pelbagaikan pengukuhan positif yang digunakan agar dapat mengekalkan keberkesanannya. Jika boleh, gunakan kedua-duanya dan bukan hanya menggunakan pengukuhan primer atau sekunder sahaja.

- Gunakan pengukuhan berjadual bagi mengekalkan berlakunya pembelajaran.- Peka terhadap konsep penghapusan bagi mengurangkan berlakunya tingkah laku yang tidak diingini.

-Gunakan pengukuhan sebagai satu cara untuk mendorong murid-murid yang kurang bermotivasi untuk belajar dan sebagainya.

-Mementingkan pembelajaran kemahiran dan sikap.

-Mementingkan peneguhan.- Guru memberi peluang kepada murid untuk meneroka dan membekalkan mereka dengan maklumat yang penting.

- Guru berperanan sebagai fasilitator dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

- Guru perlu sedar bahawa terdapat murid-murid yang mungkin berada pada mod pembelajaran yang berbeza sama ada enaktif, ikonik atau simbolik. Oleh itu, guru boleh mengadakan satu perbincangan berasaskan apa yang telah mereka pelajari daripada eksperimen yang telah dilakukan.

- Murid seharusnya dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti dan alatan yang berpadanan dan selaras dengan tahap kebolehan kognitif mereka.

- Perkembangan makna dan kefahaman.

- Pentingkan pengamatan, pemberian makna dan pembelajaran penerimaan- Kurikulum yang disediakan di sekolah pada setiap tahap persekolahan, iaitu bermula daripada prasekolah, rendah hingga menengah hendaklah berasaskan pengetahuan lalu pembelajar yang berkenaan. Oleh itu, penekanan hendaklah diberikan kepada kaedah menyelesaikan masalah secara hands-on.

- Guru hendaklah merancang dan melaksankan strategi pengajaran seperti soalan-soalan terbuka dan dialog yang meluas agar berpadanan dengan respon pelajar serta menggalakkan mereka menganalisis maklumat yang diperoleh.

- Murid-murid akan dinilai dan mereka hendaklah berusaha dalam menentukan kemajuan masing-masing.- Guru perlu sedar bahawa setiap murid mempunyai keperluan asas yang perlu dipenuhi terlebih dahulu.

- Guru perlu peruntukkan sedikit masa pada awal sesi pengajaran untuk mengenalpasti apakah kekurangan dari segi keperluan asas yang perlu diberi perhatian.

- Perhatian perlu diberi terhadap pemilihan tugasan pembelajaran yang dapat meransangkan minat dan naluri ingin tahu dalam kalangan murid-murid kita.- Memberi peluang kepada murid untuk memerhati dan mencontohi pelbagai tingkah laku yang diingini. Oleh itu,guru hendaklah menunjukkan tingkah laku yang positif.

- Guru menyediakan persekitaran sosial yang kondusif agar modeling boleh berlaku. Intensif, pengukuhan dan sokongan moral seharusnya diberi bagi menggalakkan berlakunya tingkah laku yang baik dalam kalangan murid-murid kita.

- Perkembangan manusia.

- Penyesuaian seimbang.