tutorial 10 he

Upload: janetthy-lurve-chai

Post on 05-Jan-2016

256 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

waj3062

TRANSCRIPT

  • PENSYARAH: ENCIK HASNUL HADI BIN TENGAHHubungan etnik

  • TUTORIAL 10I. JELASKAN SIKAP AKOMODATIF YANG WUJUD SEMASA PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

  • DEFINISI AKOMODASIAkomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing.

  • Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling bergantung.

  • MALAYAN UNION (MU)

    Kaum Melayu menentang pembentukan MU. Kerana mengenepikan hak Orang Melayu.Kaum Bukan Melayu menyokong Malayan Union kerana mampu memberikan keadilan kepada semua pihak di Tanah Melayu.Kita dapat melihat perbezaan pendapat di antara kaum Melayu dan Bukan Melayu.

  • Ekoran penentangan hebat oleh kaum Melayu, maka British akur serta membubarkan MU.Pada 1 Februari 1948, British mengisytiharkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu. Ini adalah hasil rundingan Jawatankuasa Kerja pada 1946 yang mengambil kira pendapat orang Melayu dan Bukan Melayu.Dengan wujudnya persekutuan Tanah Melayu, kerjasama antara orang Melayu dan Bukan Melayu semakin kuat. Maka tertubuhnya CLC.

  • COMMUNITIES LIASON COMMITTEE1949Communities Liason Committee(CLC) ditubuhkan untuk membincangkan pelbagai isu seperti kewarganegaraan dan keistimewaan orang Melayu serta dasar pendidikan.Pemimpin dari pelbagai golongan etnik telah berbincang secara terbuka dan mencari jalan untuk menyelesaikan masalah yang wujud.Pemimpin yang terlibat ialah Dato Onn Jaafar, Dato Abdul Wahab, Tan Cheng Lock, C.C. Tan, Dr. J.S Goonting dan E.E.C Thuraisingham.

  • SUMBANGAN CLCa)Kelonggaran syarat kerakyatan Persekutuan.b)Bantuan ekonomi dan pelajaran kepada orang Melayu.c)Pilihan raya akan diadakan pada masa yang sesuai di peringkat majlis bandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan.d)Pembentukan satu sistem pendidikan yang mewajibkan penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai pengantar.

  • PILIHAN RAYA 1953Kerjasama yang erat terjalin apabila pilihan raya diadakan. Penubuhan Parti Perikatan adalah gabungan UMNO dan MCA telah membuahkan hasil apabila memenangi 9 kerusi dalam pilihan raya 1953.Rundingan Meja Bulat diadakan antara UMNO dan MCA untuk mencari persefahaman dan kerjasama dalam menuntut kemerdekaan.MCA bersetuju dengan syarat UMNO iaitu mengiktiraf segala hak orang Melayu.

  • PILIHAN RAYA 1955Pilihan Raya Persekutuan 1955 menunjukkan bibit-bibit perpaduan di mana UMNO, MCA dan MIC bergabung dalam Parti Perikatan. Kemenangan berpihak kepada mereka.Sikap akomodasi wujud apabila UMNO bersedia berkongsi kuasa dengan MCA dan MIC di mana pembahagian kerusi mengikut jumlah pengundi untuk mengekalkan perpaduan.

  • Kerjasama yang terjalin antara Melayu dan Bukan Melayu ini terus erat apabila British mensyaratkan bahawa kemerdekaan hanya akan diberikan jika rakyat Tanah Melayu bersatu padu.MCA dan MIC yang merupakan parti memperjuangkan nasib kaum masing-masing telah menunjukkan sikap terbuka untuk menyertai Parti Perikatan dan bergabung dengan orang Melayu demi kemerdekaan.

  • PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYUDigubal oleh Suruhanjaya Reid. Pada tahun 1956.Hasil daripada Perjanjian London iaitu untuk menuntut kemerdekaan oleh Wakil Parti Perikatan dan Wakil Raja-Raja Melayu.Perlembagaan menjadi kukuh dan praktikal kerana Suruhanjaya Reid telah meminta pendapat semua etnik. Inilah kontrak sosial iaitu kaum Melayu dan Bukan Melayu bersetuju untuk kestabilan negara.

  • Sikap akomodasi yang ditunjukkan oleh kaum Melayu iaitu orang bukan Melayu diberikan hak kewarganegaraan yang longgar berasaskan prinsip jus soli.Hak orang Melayu , kedudukan Agama Islam, Bahasa Melayu, serta kedudukan Raja-Raja Melayu turut dikekalkan.Ini menunjukkan sikap toleransi antara kaum memupuk semangat perpaduan antara kaum.

  • UNSUR-UNSUR TRADISI DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA 1948-1963

  • PENGENALANUnsur tradisi telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada tahung 1957Adalah satu kontrak sosial semasa penggubalan perlembagaan yang meliputi:bahasa, agama, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera (Sabah dan Sarawak) danpemerintahan beraja

  • UNSUR-UNSUR TRADISIBahasa KebangsaanAgama persekutuanKedudukan istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan SarawakPemerintahan beraja

  • KEPENTINGAN UNSUR-UNSUR TRADISIMewujudkan identiti MalaysiaMemupuk persefahaman ke arah perpaduanSatu kontrak sosial yang telah dipersetujuiTelah wujud beratus tahun sebelum perlembagaan digubal

  • PERANAN UNSUR TRADISIMenstabilkan sistem politik negaraPrasyarat dan permuafakatan yang diterima oleh orang Melayu dan bukan MelayuHak istimewa orang Melayu, Islam sebagai agama persekutuan dan bahasa Melayu diterima sebagai bahasa Kebangsaaan sebagai prasyarat penerimaan hak kewarganegaraan oleh etnik bukan Melayu

  • (I) BAHASA MELAYUBahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu (untuk maksud rasmi)Disentuh dalam Perlembagaan melalui Perkara 152Tetap melindungi bahasa-bahasa lainMemperuntukkan tiada siapa boleh dilarang atau ditahan daripada menggunakan (selain maksud rasmi) atau mengajar atau belajar bahasa lain

  • (II) AGAMA ISLAMAgama Islam ialah agama rasmi bagi PersekutuanTermaktub dalam Perkara 3 (1)Perkara 3 memperuntukkan suatu fasal imbangan; agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian PersekutuanSetiap orang mempunyai hak untuk menganut dan mengamalkan agamanya

  • Setiap agama mempunyai hak untuk;Menguruskan hal ehwal agamanya sendiriMenubuhkan dan menyelenggara institusi bagi maksud agama atau khairatMemperoleh dan memiliki harta benda serta memegang dan mentadbirnya mengikut undang-undang

  • (III) KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAKTermaktub dalam Perkara 153Hak istimewa meliputi jawatan dalam perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas yang lain

  • SIAPA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK?Melayu;Lazimnya bertutur dalam bahasa MelayuMenganuti agama IslamMengamalkan adat istiadat Melayu

  • SIAPA ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA SABAH DAN SARAWAK?Bumiputera Sabah dan SArawak;Di Sarawak terdiri daripada mana-mana satu kaum asli iaitu Bukitan, Bidayuh, Dusun, Dayak Laut, Dayak Darat, Kadayan, Kalabit, Kayan, Kenyah, Kajang, Lugat, Lisum, Melayu, Melanau, Murut, Penan, Sian, Tagal, Tabun dan Ukit atau dia berketurunan campuran daripada kaum tersebut, danDi Sabah anak atau cucu kepada seorang daripada suatu kaum asli Sabah dan dia telah dilahirkan di Sabah

  • (IV) PEMERINTAHAN BERAJATelah wujud dalam sistem sosial di setiap negeri MelayuRaja mempunyai kuasa mutlak dalam setiap pemerintahan dan pentadbiran negeri dengan dibantu oleh pembesar-pembesar yang dilantikInstitusi beraja terus dikekalkan selepas merdeka di bawah konsep raja berperlembagaan selaras dengan sistem demokrasiRaja Berperlembagaan raja bertindak mengikut lunas-lunas perlembagaan yang telah ditetapkan