web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan...

77
1 BAB 1 1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun. Penekanan kepada pembangunan sumber manusia merupakan antara perkara utama bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia sebuah negara yang membangun sepenuhnya. Sumber tenaga yang utama adalah bergantung kepada tenaga belia yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi, berpendidikan dan bersedia untuk dilatih. Golongan ini perlu dilengkapkan dengan ilmu pengetahuan, kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri samada golongan profesional yang lahir dari universiti tempatan atau luar negara. Semasa berada di peringkat pengajian inilah mereka seharusnya diberi pendedahan mengenai kefahaman tentang diri sendiri dan juga bidang kerjaya yang bakal mereka lalui kelak. http://halimlading21.wordpress.com

Upload: truongcong

Post on 30-Jan-2018

240 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

1

BAB 1

1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang pesat membangun. Penekanan kepada

pembangunan sumber manusia merupakan antara perkara utama bagi mencapai matlamat

menjadikan Malaysia sebuah negara yang membangun sepenuhnya. Sumber tenaga yang

utama adalah bergantung kepada tenaga belia yang mempunyai tahap disiplin yang tinggi,

berpendidikan dan bersedia untuk dilatih. Golongan ini perlu dilengkapkan dengan ilmu

pengetahuan, kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri samada

golongan profesional yang lahir dari universiti tempatan atau luar negara. Semasa berada

di peringkat pengajian inilah mereka seharusnya diberi pendedahan mengenai kefahaman

tentang diri sendiri dan juga bidang kerjaya yang bakal mereka lalui kelak.

Setiap individu yang mula menginjak ke alam dewasa perlu membuat keputusan

mengenai kerjaya dan perlu menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan pemilihan

kerjaya, kerana kerjaya merupakan amalan utama yang menentukan cara dan gaya hidup

seseorang. Dalam keadaan dunia yang semakin pesat membangun, baik dari segi

ekonomi, politik, sosial dan kepercayaan beragama menjadikan pemilihan kerjaya

menjadi permasalahan utama.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 2: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

2

Parson ( dalam Isaacson & Brown 1997 ; dlm Sidek Mohd Noah 1996 ) telah

menyarankan bahawa pemilihan kerjaya yang baik mestilah mengandungi tiga perkara

iaitu mengenal diri, mengenal dunia pekerjaan dan memadankan diri dengan pekerjaan.

Keputusan kerajaan Malaysia menubuhkan Universiti Sultan Zainal Abidin

(Unisza) dahulunya Universiti Darul Iman Malaysia(UDM ) menjadi satu sejarah dalam

perkembangan Institusi Pengajian Tinggi negara dan menjadi kebanggaan rakyat Negeri

Terengganu secara khususnya dan masyarakat Malaysia keseluruhannya. Ekoran dari

pembangunan yang amat pesat ini, Unisza juga telah menawarkan berbagai kursus baru di

peringkat Diploma mahupun Ijazah bagi menampung keperluan tenaga kerja negara.

Kewujudan peluang pekerjaan dalam pelbagai telah memberikan banyak pilihan

kepada pelajar yang bakal mengisi keperluan tenaga kerja masa depan yang secara tidak

langsung mencorak sistem pendidikan yang ada sekarang.

Selain itu, faktor individu itu sendiri sangat penting dalam memastikan kejayaan

atau kepuasan kerjaya mereka. Antara aspek individu yang diambil kira ialah aspek

personaliti, minat, nilai dan pencapaian.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 3: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

3

Menurut Crow ( dalam Ainon Mustapha, 1998 ), antara sebab utama seseorang

individu itu menceburkan diri dalam sesuatu pekerjaan ialah mempunyai minat yang

tinggi terhadap semua aktiviti pekerjaan dan berupaya secara peribadi memperolehi

kepuasan daripada kerjaya yang diceburi. Dalam perkara ini minat kerjaya memainkan

peranan penting terutama dalam menentukan apakah bidang yang benar-benar sesuai

untuk mereka ceburi.

Berdasarkan perkara di atas, dapat kita fahami bahawa selain faktor penawaran

kerja, minat kerjaya adalah satu aspek yang sangat penting dalam pendidikan dan

pekerjaan di Malaysia, terutama dalam memastikan negara menjadi sebuah negara yang

benar-benar maju.

Melihat kepada kepentingan ini, maka kajian ini dijalankan bertujuan untuk

mengenal pasti minat kerjaya kalangan mahasiswa di Unisza. Kajian ini akan

memberikan fokus pada pemboleh ubah yang dijangkakan akan mempengaruhi minat

kerjaya seseorang individu iaitu ras, jantina, umur dan aliran pengajian.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 4: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

4

1.2 OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti minat kerjaya di kalangan pelajar di

beberapa buah fakulti di Universiti Sultan Zainal Abidin ( Unisza ). Di samping ingin

meneliti faktor-faktor yang mempengaruhi pemilihan kerjaya di kalangan mahasiswa

seperti ras, jantina, umur dan aliran pengajian mereka.

Untuk mencapai tujuan tersebut, persoalan kajian berikut di kemukakan :

1) Adakah wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti Jingga dengan

Personaliti Kerjaya Realistik?

2) Adakah wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti Hijau dengan

Personaliti kerjaya Investigatif?

3) Adakah wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti Jingga dengan

personaliti kerjaya Artistik?

4) Adakah wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti Biru dengan

personaliti kerjaya Sosial?

5) Adakah wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti Jingga dengan

personaliti kerjaya Enterprising?

http://halimlading21.wordpress.com

Page 5: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

5

6) Adakah wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti Emas dan

personaliti kerjaya Conventional?

1.3 Kepentingan Kajian

Hasil dapatan kajian ini diharapkan dapat menjadikan suatu pengetahuan yang amat

berguna kepada pengkaji sendiri sebagai bakal kaunselor dan pensyarah dalam

menghadapi dan mengendalikan golongan mahasiswa dan permasalahan-permasalahan

kerjaya mereka. Selain itu, kajian ini juga cukup berguna sebagai menambah

perkembangan ilmu itu sendiri.

Dapatan kajian ini juga akan dapat dimanfaatkan oleh semua pihak, terutamanya

pihak universiti agar dapat menyebarkan maklumat yang berkaitan dan memberi

kesedaran kepada mahasiswa tentang betapa pentingnya mengetahui dan memahami

tentang personaliti peribadi dalam memastikan persediaan ke alam pekerjaan.

Hasil kajian ini juga diharapkan dapat membebaskan pelajar daripada terus

dipengaruhi oleh persekitaran dan kebudayaan masyarakat yang mereka anggotai. Mereka

harus sedar yang mereka bebas untuk memilih kerjaya yang mereka minati selaras dengan

cirri-ciri dan potensi diri. Pelajar mestilah sedar bahawa pada masa sekarang dunia

pekerjaan telah menjadi begitu mencabar dan mereka terpaksa bersaing serta berfikiran

terbuka untuk menceburi sebarang pekerjaan yang mereka minati.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 6: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

6

Peranan jantina bukanlah penghalang untuk mereka ceburi bidang yang sebelum

ini dikuasai oleh sesuatu jantina, tetapi kebolehan, kelayakan, keberanian dan

kemampuan diri untuk bersaing sesama mereka adalah ciri utama untuk Berjaya di dalam

sesuatu kerjaya.

1.4 Batasan Kajian

Kajian ini adalah berdasarkan kepada kajian lapangan, iaitu dengan melakukan soal

selidik yang mana diedarkan kepada para mahasiswa tahun akhir di Unisza, di samping

mendapatkan bahan rujukan seperti koleksi jurnal di perpustakaan, dan melalui internet

(laman-laman web) yang berkaitan.

1.5 Sorotan Kajian Lepas

Kajian sebegini banyak dijalankan oleh penyelidik-penyelidik tempatan, menunjukkan

bahawa kajian mengenai personaliti dan bidang kerjaya amat penting untuk dikaji.

Antaranya kajian yang dilakukan oleh Nor fadhila Mohd Amin dan Azman Ripin dari

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Tajuk kajian mereka ialah Kesediaan

Kerjaya Dikalangan Pelajar Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia.

Kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti kesediaan kerjaya pelajar tahun akhir

Fakulti Kejuruteraan Elektrik Universiti Teknologi Malaysia. Seramai 160 pelajar tahun

akhir bagi pelajar jurusan Kejuruteraan Elektrik telah dipilih sebagai responden kajian.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 7: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

7

Instrument kajian yang digunakan ialah set soal selidik bahagian B yang mengandungi 30

item. Kebolehpercayaan soal selidik diuji dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach

yang menunjukkan nilai kebolehpercayaan 0.85. Data yang diperolehi dianalisis dengan

menggunakan perisisan SPSS ( statistical Package for Social Science, Version 10.0)

untuk mendapatkan nilai peratus dan frekuensi. Hasil kajian mendapati kurikulum Fakulti

Kejuruteraan Elektrik berkesan dalam menerapkan kesediaan kerjaya.

Selain itu, kajian mengenai Hubungan Keserasian Pola Personaliti Persekitaran

Enam Kerjaya Bidang Keagamaan Dengan Kepuasan Kerja Di Negeri Johor turut

dijalankan. Kajian ini adalah untuk meninjau bentuk pola personaliti-persekitaran serta

keserasian personaliti-persekitaran dengan kepuasan kerja di kalangan enam kerjaya

bidang keagamaan (Peguam Syarie, Pegawai Tadbir Agama dan Penolong Hal Ehwal

Islam, Pembantu Hal Ehwal Islam (Imam), Pembantu Rendah Hal Ehwal Islam (Bilal)

serta guru-guru sekolah agama) di negeri Johor Darul Takzim. Kerangka teori yang

digunakan adalah berdasarkan Teori Tipologi Holland (1973). Seramai 40 orang sampel

telah dipilih secara rawak kelompok bagi setiap jenis kerjaya. Jumlah keseluruhan sampel

adalah seramai 240 orang. Alat ukur yang digunakan dalam kajian ini adalah Self

Directed Search (SDS)-Form Easy (Versy Terjemahan Amla, 1984) bagi meninjau pola

personaliti-persekitaran responden. Hasil kajian mendapati bahawa tidak terdapat

hubungan yang signifikan antara personaliti-persekitaran dengan kepuasan kerja bagi

keenam-enam kerjaya agama.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 8: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

8

Kajian oleh Mohd Ashraf Bin Mohd Anuar (UKM 2007), dalam kajiannya yang

bertajuk Hubungan Personaliti dan Minat Kerja Dengan Kepuasan Kerja dan Prestasi

Kerja Dikalangan Pegawai Perubatan. Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan

personaliti dan minat kerja dengan kepuasan kerja dan prestasi kerja di kalangan Pegawai

Perubatan. Kajian ini telah dijalankan ke atas 108 orang Pegawai Perubatan di lima buah

hospital kerajaan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Hasil kajian ini mendapati bahawa

terdapat hubungan signifikan antara personaliti dengan kepuasan kerja, personaliti dengan

prestasi kerja, minat kerja dengan prestasi kerja, personaliti dengan minat kerja dan

kepuasan kerja dengan prestasi kerja di kalangan Pegawai Perubatan di lima buah hospital

yang dipilih. Hasil kajian juga turut mendapati bahawa Pegawai Perubatan yang

mempunyai personaliti Kesetujuan dan Neurotisme yang rendah adalah lebih merasai

kepuasan dengan kerja mereka.

Pegawai Perubatan yang mempunyai personaliti Neurotisme yang rendah juga dan

meminati bidang kerja seni yang mendalam dilihat cenderung untuk prestasi kerja yang

lebih baik. Di samping itu juga, kajian ini mendapati bahawa Pegawai Perubatan yang

mempunyai kepuasan kerja yang lebih tinggi cenderung untuk menghasilkan prestasi

kerja yang lebih cemerlang.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 9: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

9

Selain itu, kajian Pemilihan Kerjaya Di Sektor Pembinaan Oleh Pelajar Pengajian

Teknik Kursus Kejuruteraan Awam yang dijalankan oleh Adnan Ahmad, Dr.Sukri saud

dan Norida Mohd Sharif (UTM), dijalankan untuk mengenalpasti faktor-faktor pendorong

kea rah pemilihan kerjaya di sector pembinaan bagi pelajar Pengajian Kejuruteraan

Awam. Seramai 121 orang responden terdiri daripada pelajar Pengajian Kejuruteraan

Awam di pilih secara rawak daripada sekolah Menengah Teknik di seluruh Negeri

Melaka. Instrumen kajian yang digunakan ialah set soal selidik yang terbahagi kepada

dua bahagian iaitu bahagian A yang melibatkan biodata responden dan bahagian B yang

melibatkan maklumbalas responden terhadap persoalan-persoalan kajian. Dapatan kajian

ini mendapati faktor-faktor seperti penguasaan mata pelajaran Pengajian Kejuruteran

Awam, pengaruh luar seperti ibubapa, guru, rakan sebaya dan media massa, situasi

pekerjaan itu sendiri dan aktiviti Kelab Bimbingan dan Kerjaya mempengaruhi seseorang

pelajar itu dalam melakukan pemilihan kerjayanya berada di tahap sederhana.

Siti Eshah bte Ishak (UTM, 2006) telah menjalankan kajian mengenai ‘Hubungan

Keserasian Darjah Kongruen Personaliti Persekitaran Dengan Kepuasan Kerja Di

Kalangan Lima Jawatan Perubatan di Salah Sebuah Hospital Di Kedah’. Kajian ini

dijalankan untuk melihat hubungan darjah kongruen personaliti persekitaran dengan

kepuasan kerja di kalangan kakitangan hospital di Kedah berdasarkan Teori Holland.

Seramai 58 orang kakitangan telah mengambil bahagian daripada lima jawatan iaitu

Jururawat, Juru-x-ray, Pegawai Farmasi, Fisioterapi dan Pembantu Perubatan.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 10: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

10

Dapatan daripada kajian ini menunjukkan terdapat hubungan yang sangat lemah

antara kepuasan kerja dengan darjah kongruen di kalangan jururawat, bagi Fisioterapi dan

Pegawai Farmasi mempunyai hubungan darjah kongruen dan kepuasan kerja yang kuat.

Manakala hubungan di antara indeks kongruen dan kepuasan kerja di kalangan

Juru x-ray dan Pembantu Perubatan adalah sederhana. Kajian ini juga telah mengenalpasti

kod-kod bagi pekerjaan Jururawat (SIC), Juru x-ray (SCI), Pegawai Farmasi (ISC),

Fisioterapi (SIA) dan Pembantu Perubatan (SIC) dan dibandingkan dengan Holland

dalam The Occupational Finder. Oleh yang demikian, kesimpulan kajian ini mendapati

bahawa terdapat hubungan antara darjah kongruen dan kepuasan kerja pada tahap yang

berbeza dikalangan kakitangan hospital. Ini menunjukkan kekongruenan personaliti

persekitaran juga memainkan peranan untuk menentukan kepuasan kerja di hospital.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 11: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

11

1.6 Definisi Operasi

1.6.1 Personaliti

Personaliti berasal dari perkataan Latin “Pesona”, yang membawa maksud topeng atau

pelindung muka iaitu merujuk kepada penampilan luaran seseorang individu. Menurut

ahli psikologi, personaliti merangkumi pemikiran, persepsi, nilai, sikap, watak,

keupayaan, kepercayaan, kecerdasan, motivasi, kebiasaan dan sebagainya. Allport 1961,

(dalam Mischel,1999) menyatakan bahawa konsep personaliti sebagai organisasi dinamik

sistem psikofizikal setiap individu yang menentukan tingkah laku dan pemikiran.

Menurut Kamus Dewan Edisi ke Empat, persona membawa maksud watak rekaan

di dalam cereka, drama, novel dan sebagainya. Makna yang lain, watak atau sifat

seseorang seperti yang ditampilkan kepada orang lain atau seperti yang ditanggapi oleh

orang lain. Manakala Personaliti membawa maksud keperibadian atau perwatakan.

1.6.2 Warna

Warna adalah kesan yang didapati oleh mata daripada cahaya yang dipantulkan oleh

benda-benda (dengan gelombang yang berbeza-beza) yang dilihatnya. Warna juga

membawa maksud bermacam-macam atau berbagai-bagai (dlm kata majmuk). Selain itu,

warna juga bererti ragam atau corak (keadaan atau sifat sesuatu).

http://halimlading21.wordpress.com

Page 12: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

12

1.6.3 Minat

Minat membawa maksud keinginan (kesukaan, kecenderungan) kepada sesuatu.

1.6.4 Kerjaya

Maksud kerjaya dapat diberikan kepada dua,

1) Perjalanan atau kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan kehidupan.

2) Profesion atau pekerjaan yang dipilih sebagai cara mencari nafkah.

Kesimpulan

Daripada penjelasan di atas, dapat kita ketahui bahawa kefahaman mengenai personaliti

diri amat penting dan sangat membantu dalam pemilihan kerjaya bagi setiap individu. Hal

ini adalah untuk menjamin keserasian dan kepuasan kerja yang mereka ceburi kelak.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 13: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

13

1.7 Hipotesis Kajian

Melalui hasil penulisan ini pengkaji telah mengemukakan beberapa hipotesis untuk

memperkukuhkan lagi kajian yang dijalankan ini. Di antara hipotesis yang telah dibina

ialah:

1) Wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti Jingga dengan

Personaliti Kerjaya Realistik.

2) Wujud hubungan positif yang signifikan antara personality Hijau dengan

Personaliti kerjaya Investigatif.

3) Wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti Jingga dengan

personaliti kerjaya Artistik.

4) Wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti Biru dengan personaliti

kerjaya Sosial.

5) Wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti Jingga dengan

personaliti kerjaya Enterprising.

6) Wujud hubungan positif yang signifikan antara personaliti Emas dan personaliti

kerjaya Conventional.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 14: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

14

Kesimpulan

Bab ini telah melihat tentang definisi konsep personaliti warna dan juga minat kerjaya

dikalangan pelajar Unisza, sterusnya ia telah dibincangkan dengan lebih lanjut. Di dalam

bab ini juga telah membincangkan tentang perkaitan diantara personaliti warna dengan

minat kerjaya dikalangan pelajar Unisza. Namun begitu, apa yang jelas cuba dipaparkan

di dalam bab ini ialah apa yang dikatakan pesonaliti warna individu dalam persediaan

menghadapi alam pekerjaan yang bakal mereka tempuhi kelak. Hal ini adalah untuk

menjamin keserasian dan kepuasan kerja sepanjang tempoh perkhidmatan mereka nanti.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 15: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

15

BAB II

METHOD KAJIAN

Pengenalan

Bab ini akan membentangkan penghuraian terperinci tentang kajian yang telah

dijalankan. Ianya termasuklah penerangan berkaitan rekabentuk kajian, subjek kajian dan

pemilihan sampel, alat kajian yang digunakan, cara kajian dijalankan, cara pemarkatan

dan akhirnya cara data dianalisis.

2.1 Reka bentuk kajian

Kajian ini adalah merupakan satu kajian lapangan yang dijalankan oleh penulis untuk

melihat sejauh mana perkaitan personaliti warna seseorang individu dalam mempengaruhi

minat kerjaya dikalangan pelajar Unisza, yang kini menuntut di tahun akhir di Universiti

Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

Data-data dalam kajian ini dikumpulkan dengan menggunakan borang soal selidik

yang telah disediakan oleh pengkaji. Terdapat dua jenis soal selidik yang digunakan oleh

pengkaji, iaitu soal selidik Inventori Personaliti Warna (IPW), Sidek Mohd Noah, dan

juga Teori Kerjaya Holland.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 16: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

16

Dua pemboleh ubah tak bersandar yang terlibat dalam kajian ini ialah personaliti

warna dan minat kerjaya. Personaliti warna mempunyai empat aras iaitu Emas, Hijau,

Biru dan Jingga. Sementara personaliti kerjaya mempunyai enam aras iaitu Realistik (R),

Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C).

2.2 Tempat Kajian

Pengkaji telah menjalankan kajian ini di Universiti Sultan Zainal Abidin kampus Gong

Badak, Kuala Terengganu. Institusi pengajian ini dipilih memandangkan semasa kajian

ini dijalankan pengkaji juga sedang mengikuti pengajian di sini dalam bidang Usuluddin

dengan Kaunseling.

Kajian ini melibatkan pelajar tahun akhir dari Fakulti Pengajian Kontemporari

Islam (FPKI), Fakulti Pengurusan, Perniagaan dan Perakaunan (FPPP) dan juga Fakulti

Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa (FUHA).

2.3 Populasi Kajian

Populasi kajian ini adalah terdiri daripada pelajar tahun akhir dari setiap Fakulti, iaitu

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FPKI), Fakulti Pengurusan, Perniagaan dan

Perakaunan (FPPP) dan juga Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa

(FUHA).

http://halimlading21.wordpress.com

Page 17: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

17

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam terdiri daripada empat program pengajian

yang dipilih untuk kajian ini, iaitu Ijazah Sarjana muda Usuluddin, Ijazah sarjana Muda

Dakwah, ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan juga Ijazah Sarjana Muda Syariah.

Subjek kajian dari Ijazah Dakwah seramai 32 orang, Ijazah Usuluddin 50 orang, Ijazah

Pendidikan 31 orang, manakala Ijazah Syariah seramai 35 orang. Subjek kajian dari

Fakulti Pengurusan, Perniagaan dan Perakaunan pula seramai 35 orang, manakala dari

Fakulti Undang-undang dan Hubungan Antarabangsa pula seramai 31 orang. Jumlah

keseluruhan bagi semua subjek kajian ini adalah seramai 214 orang.

2.4 Alat Kajian

Dalam kajian ini satu set soal selidik yang mengandungi tiga bahagian telah digunakan.

Bahagian-bahagian itu ialah Bahagian A: Biodata responden; Bahagian B: Inventori

Personaliti Warna (IPW) dan Bahagian C: Vocational Preference Inventory (VPI) (Edisi

85).

Bahagian A adalah soal selidik yang berkaitan dengan maklumat diri responden.

Ia dibentuk sendiri oleh pengkaji dan bertujuan untuk mendapatkan latar belakang subjek

kajian. Antara perkara yang dimuatkan untuk mendapatkan data peribadi ialah jantina,

bangsa, umur, fakulti dan tahap akademik.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 18: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

18

Bahagian B soal selidik ialah IPW yang dibentuk oleh Sidek Mohd Noah (1997)

bertujuan untuk mengenal pasti jenis personaliti berasaskan personality warna iaitu Emas,

Hijau, Biru dan Jingga.

Inventori ini telah diubah suai dengan menukar kedudukan item yang asal kepada

item-item mengikut kategori warna Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Yang mana pada item

1 sehingga 25 mengandungi item berpersonaliti Emas. Item 26 hingga 50 mengandungi

item berpersonaliti Hijau. Item 51 hingga 75 mengandungi item berpersonaliti Biru

manakala item 76 hingga 100 mengandungi item berpersonaliti Jingga.

Bahagian C pula ialah alat ukuran VPI yang dibina oleh John, L.Holland bertujuan

untuk mengukur minat kerjaya seseorang. Alat ukuran ini telah di alih bahasa ke dalam

Bahasa Melayu menggunakan kaedah back translation oleh Sidek Mohd Noah (1998).

2.5 Prosedur Kajian

Kajian ini telah dijalankan dengan mendapatkan kebenaran daripada Ketua

Jabatan Pengajian pengkaji dan penyelia kajian untuk mengedarkan borang soal selidik

kepada para pelajar Unisza yang telah ditetapkan.

Sebanyak 230 borang soal selidik telah diedarkan, tetapi hanya 214 borang yang

dapat dikumpulkan dan digunapakai untuk kajian. Baki selebihnya borang tersebut tidak

diterima dan juga terdapat kekurangan jawapan pada item-item borang soal selidik

tersebut dan dianggap rosak.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 19: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

19

Kesemua borang tersebut dikumpulkan melalui ketua kelas masing-masing dan

diberikan kepada pengkaji untuk tindakan seterusnya. Segala makumat yang diperolehi

diproses menggunakan SPSS 14 (Statistical Package for Social Science, Version 14.0),

yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian-t.

2.6 INVENTORI PERSONALITI WARNA

Dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan Inventori Personaliti Warna Sidek Mohd

Noah (1997). Item-item personaliti tersebut telah diperincikan mengikut sifat-sifat

dominan setiap jenis personaliti dalam inventori itu. Mengikut beliau, personaliti warna

boleh dibahagikan kepada empat iaitu personaliti Emas, Hijau, Biru dan Jingga

berasaskan teori personaliti warna oleh Lowry.

Mengikut Sidek Mohd Noah (1998) individu yang berpesonaliti Emas dikatakan

bersifat keibubapaan, mengikut adat resam, bertanggungjawab, praktis, waras fikiran,

boleh dipercayai, setia, tradisional atau konservatif, hidup bersistem dan berperaturan

serta menaruh perhatian. Kata kunci utama individu yang berpesonaliti Emas ialah

peraturan dan saya bertanggungjawab. Personaliti Hijau pula cenderung dan cekap dalam

pelbagai lapangan , cenderung mereka cipta, cekap dalam menjalankan tugas dengan

sempurna, bersifat ingin tahu, memahami konsep, berpengetahuan luas, berdasarkan teori,

bijak dan mahir, panjang akal, kompleks, tenang dan sabar, berfalsafah, berprinsip dan

berasaskan logik. Kata kunci utama personaliti Hijau ialah mempunyai perasaan ingin

tahu yang tinggi.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 20: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

20

Personaliti Biru melambangkan individu yang bersifat tulin, perhubungan mesra,

mengasihani, bersimpati, unik, berkebolehan menyelami perasaan dan fikiran orang lain,

penyayang dan setia, mesra, berseni, orang yang memberi inspirasi, riang gembira, penuh

kasih sayang, bersemangat dan mempunyai perasaan simpati. Kunci utama personaliti ini

ialah romantic dan sukakan keharmonian.

Akhirnya personaliti Jingga menunjukkan individu yang cergas, pandai

menggunakan kesempatan, bersifat spontan, suka kepada pertandingan, tergopoh-gapah

tetapi semangat, realistik, tidak dipengaruhi oleh sentiment, berfikiran terbuka, gemar

pengalaman luar biasa yang berbahaya tetapi menyeronokan, berani, tabah, bertindak atas

desaka fikiran, suka keseronokan, gurau senda, tidak takut serta berkemahiran. Kunci

utama personaliti Jingga ialah suka mengembara (Sidek Mohd Noah 1998).

Mengikut Falt ( 1999 ), sejarah penggunaan teori personaliti warna di mulakan

oleh Don Lowry melalui kad-kad aktiviti True Colors. Don Lowry adalah usahawan dan

anak murid kepada David keirsey. David Keirsey merupakan ahli terapi psikologi yang

telah memperkenalkan jenis personaliti iaitu Apollonian, Dionysian, Promethean dan

Ephimethean ( Hauck 1998 ). Don Lowry menggunakan model personaliti yang

diperkenalkan oleh Keirsey untuk dijadikan asas bagi mencipta True Colors.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 21: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

21

Konsep True colors yang diperkenalkan oleh Lowry ini merupakan sejenis kad

permainan yang berasaskan personaliti yang melibatkan empat jenis warna iaitu Emas,

Hijau, Biru dan Jingga. Warna Emas melambangkan seseorang yang mengikut peraturan,

Hijau melambangkan seseorang yang mementingkan institusi pemikiran, Biru

melambangkan seseorang yang mementingkan institusi perasaan dan Jingga

melambangkan seorang yang gemarkan pengalaman dan kehidupan yang mencabar ( Falt

1999 ).

Berasaskan kad-kad personaliti warna True Colors oleh Don Lowry, seorang lagi

anak murid David Keirsey iaitu Carolyn Kalil telah menulis sebuah buku yang bertajuk

Follow The True Colors To The Work With Love ( Beastley 1999 ). Dalam buku ini, Kalil

menyatakan bahawa “cara yang terbaik untuk meningkatkan konsep kendiri anda ialah

dengan melakukan apa yang anda suka”. Beliau juga menyebut bahawa terdapat empat

jenis personaliti yang diklasifikasikan sebagai The True Colors System iaitu personaliti

Emas menunjukkan seseorang yang berperancangan, Hijau menjadikan ilmu sebagai

kuasa, Biru adalah seorang yang penyayang dan Jingga adalah seorang yang

berorientasikan tindakan.

Alat ukuran Inventori Personaliti Warna (IPW) dibangunkan menggunakan

pendekatan rasional berasaskan teori personaliti warna yang diperkenalkan oleh Don

Lowry melalui kad-kad aktiviti True Colors. Alat ukuran IPW yang asal telah dibina oleh

Sidek Mohd Noah dan Pelajar Bacelor Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling),

Universiti Putra Malaysia Terengganu (UPMT) pada 1997 semasa mengendalikan kursus

penilaian dalam kaunseling (EDU3105) kepada kumpulan pelajar berkenaan.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 22: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

22

Draf asal alat ukuran IPW mengandungi 200 item yang mana setiap jenis

personaliti warna diwakili oleh 50 item. Namun setelah proses pembinaan alat ukuran

selesai, hanya 100 item yang benar-benar bermutu dan signifikan telah dimuatkan ke

dalam borang akhir. Alat ukuran IPW mempunyai format jawapan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dan

gerak balas individu terhadap item-item yang terkandung dalam alat ukuran tersebut

dikatakan dapat menerangkan ciri-ciri personaliti individu.

Alat ukuran IPW mempunyai empat skala iaitu yang mewakili personaliti warna

Emas, Hijau, Biru dan Jingga. Contoh item alat ukuran IPW adalah seperti dalam

lampiran 1.

2.7 ALAT UKURAN MINAT KERJAYA.

Minat kerjaya merupakan sebahagian daripada pertumbuhan dan perkembangan

personaliti seseorang itu (Darley & Hagenah 1955). Kepuasan atau ketidakpuasan

seseorang individu itu terhadap sesuatu objek itu adalah bergantung kepada tindak

balasnya. Sementara itu, Holland menyatakan bahawa minat atau pemilihan kerjaya

adalah satu ekspresi diri individu dan oleh yang demikian,

Menurut beliau inventori minat adalah serupa dengan inventori personaliti. Minat

merupakan konstruk psikologikal yang berbeza-beza mengikut dorongan-dorongan atau

insentif-insentif yang tertentu selari dengan matlamat hidup seseorang itu dalam sesuatu

budaya (Naqvi 1968:28).

http://halimlading21.wordpress.com

Page 23: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

23

Ahli-ahli teori perkembangan kerjaya berpendapat bahawa minat kerjaya, nilai

pekerjaan, nilai keperluan dan cirri-ciri personaliti seseorang itu dapat menentukan

penglibatan, penumpuan dan pengekalannya dalam sesuatu bidang pekerjaan dengan

bermatlamatkan kepuasan kendiri (Naqvi 1968:21). Minat adalah hasil usaha seseorang

itu mengubahsuaikan keperluannya sehingga mencapai tahap kepuasan kendiri yang

tertentu. Jalan menuju ke arah pencapaian kepuasan kendiri ini adalah berbeza-beza

antara seseorang individu dengan individu yang lain (Super & Crites 1962:410).

2.7.1 UJIAN MINAT KERJAYA.

Dalam melakukan penyelidikan ini, penyelidik menggunakan alat ukuran Vocational

Preference Inventory (VPI) yang dibentuk oleh John L.Holland. alat ujian ini

mengandungi sebanyak 160 senarai nama pekerjaan untuk mengukur minat vokasional

dan jenis personaliti seseorang.

Alat ini dibina berasaskan teori Holland yang mengandaikan bahawa individu

boleh dikumpulkan kepada enam jenis berdasarkan personalitinya. Setiap jenis personaliti

memperlihatkan minat dan kecekapan kerja yang tertentu.

Alat ukuran VPI mengandungi dua skala iaitu skala primer dan skala sekunder.

Keenam-enam jenis personaliti dan bidang minat kerjaya yang diukur oleh skala primer

ialah Realistik (R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan

Conventional (C). sementara itu, lima pemboleh ubah yang diukur oleh skala sekunder

ialah Kawalan-Diri atau Self-Control (SC), Maskuliniti-Feminiti (MF), Status (ST),

http://halimlading21.wordpress.com

Page 24: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

24

Infrequency (INF) dan Acqueiscence (AC). Kesemua pemboleh ubah tersebut dan enam

jenis personaliti ini merupakan 11 subskala dalam inventori ini.

Skor yang tinggi pada mana-mana subskala menunjukkan bidang-bidang utama

yang diminati sementara skor yang rendah bagi subskala lain pula menunjukkan bahawa

personaliti seseorang itu tidak selaras dengan bidang minat dan personaliti yang diwakili

oleh subskala tersebut (Holland 1969).

Ward dan Walsh (1981) juga telah menguji kesahan serentak alat ukuran VPI

dengan menjalankan kajian ke atas 102 wanita berkulit hitam yang bekerja di dalam

keenam-enam bidang pekerjaan yang telah ditetapkan. Hasilnya didapati bahawa VPI

mempunyai kesahan serentak yang tinggi.

2.7.2 ALAT UKURAN MINAT KERJAYA VOCASIONAL PREFERENCE

INVENTORY (VPI)

Ujian minat adalah ukuran yang dapat mengenal pasti minat anda terhadap sesuatu bidang

pekerjaan. Alat ukuran VPI adalah alat ukuran yang mempunyai format jawapan ‘Ya’ dan

‘Tidak’. Alat ukuran VPI mempunyai 160 item dan umumnya mempunyai dua skala iaitu

skala Primer dan Skala Sekunder. Skala Primer mempunyai enam subskala iaitu Realistik

(R), Investigatif (I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E) dan Conventional (C).

sementara Skala Sekunder pula mempunyai lima subskala iaitu Kawalan-Diri (SC),

Maskuliniti-Feminiti (MF), Status (ST), Infrequency (INF) dan Acquiescense (AC).

http://halimlading21.wordpress.com

Page 25: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

25

2.8 TEORI KERJAYA HOLLAND

Teori kedua yang digunakan dalam kajian ini ialah Teori Holland yang merupakan salah

satu teori kerjaya yang penting. Fokus teori Holland tertumpu kepada dua faktor, iaitu

faktor personaliti dan faktor persekitaran. Dalam membincangkan mengenai tret

personaliti dan model persekitaran,

Holland (1973; 1985) telah mengemukakan empat andaian asas yang menjadi

teras dan tunjang kepada pembentukan teorinya iaitu:

Yang pertama, dalam budaya Amerika, kebanyakan individu boleh dikategorikan

kepada satu daripada enam jenis personaliti iaitu Realistik (R), Investigatif (I), Artistik

(A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Conventional (C). menurut Holland, setiap jenis

personality ini adalah terbentuk hasil daripada interaksi antara pelbagai desakan

kebudayaan dan personal termasuklah rakan sebaya, pewarisan biologi, keluarga, kelas

sosial, budaya dan persekitaran fizikal. Hasil daripada interaksi antara individu dengan

faktor-faktor ini seseorang individu itu dikatakan akan menyukai aktiviti-aktiviti yang

lain.

Seterusnya, aktiviti-aktivit ini akan semakin diminati dan minat ini akan

mendorong kepada pembentukan kumpulan kecekapan yang tertentu. Akhirnya minat dan

kecekapan individu tersebut akan membentuk suatu sifat tertentu individu yang

mengarahnya untu berfikir, membuat tanggapan dan bertingkah laku dengan cara yang

tertentu.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 26: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

26

Asas yang kedua, terdapat enam jenis persekitaran iaitu Realistik (R), Investigatif

(I), Artistik (A), Sosial (S), Enterprising (E), dan Conventional (C). menurut Holland,

setiap persekitaran ini akan didominasikan oleh personaliti tertentu dan setiap

persekitaran ini akan dikategorikan oleh kedudukan fizikal yang menghasilkan masalah-

masalah dan peluang-peluang tertentu.

Misalnya, persekitaran Realistik akan didominasikan oleh Individu jenis Realistik,

iaitu sebahagian besar peratusan populasi yang tinggal dalam persekitaran Realistik

adalah menyerupai jenis Realistik. Manakala persekitaran Conventional pula akan

dikuasai oleh individu jenis Conventional.

Asas yang ketiga pula Holland menyataka bahawa individu akan mencari

persekitaran-persekitaran yang membenarkan mereka peluang mengamalkan kemahiran-

kemahiran dan kemampuannya, melahirkan sikap dan nilai-nilai dirinya dan mengambil

segala permasalahan dan peranan yang dipersetujui yang wujud dalam persekitaran

tersebut. Sebagai contoh individu yang bersifat Realistik aka mencari persekitaran yang

Realistik, sementara individu yang bersifat Sosial akan mencari persekitaran berbentuk

Sosial sesuai dengan jenis diri masing-masing.

Manakala asas yang terakhir ialah Holland menyatakan bahawa tingkah laku

individu adalah ditentukan oleh interaksi antara personaliti da persekitaran. Sekiranya kita

mengetahui pola personaliti individu dan pola persekitarannya, secara prinsipnya, dengan

menggunakan pengetahuan mengenai jenis personaliti dan model persekitaran,

http://halimlading21.wordpress.com

Page 27: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

27

kita boleh meramal beberapa perkara yang mungkin terjadi hasil daripada padanan

tersebut. Ini termasuklah pemilihan kerjaya, pertukaran kerjaya, pencapaian vokasional,

kecekapan personal, tingkah laku, pendidikan serta sosial.

Personaliti Realistik adalah jenis individu yang meminati aktiviti-aktiviti yang

menggunakan objek, perkakasan, mesin dan haiwan dan tidak suka aktiviti yang banyak

menggunakan fikiran. Tingkah laku pula cenderung kepada kerja-kerja berbentuk manual,

mekanikal, elektrikal, teknikal dan pertanian. Jenis personaliti ini agak kurang melibatka

diri dalam kegiatan sosial. Selain daripada itu, mereka juga mempunyai sifat-sifat diri

seperti pemalu, suka menurut perintah, berterus-terang, materialistik, praktikal, jujur,

pemurah dan tekun.

Personaliti investigatif adalah jenis individu yang suka kepada kerja-kerja yang

melibatkan penyelidikan, simbolik dan suka menyelidik hal-hal yang berhubung dengan

fenomena fizikal dan biogikal dengan tujuan memahami dan menguasai fenomena

tersebut. Sebaliknya mereka tidak suka kepada aktiviti-aktiviti yang bersifat sosial. Oleh

yang demikian mereka sangat cenderung dan meminati aspek-aspek matematik dan

saintifik. Mereka yang berpersonaiti jenis ini juga mempunyai sifat-sifat khusus seperti

suka membuat pemerhatian, sangat analitikal, berhati-hati, kritikal, ingin tahu, bebas,

introvert, rasional dan tidak popular.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 28: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

28

Personaliti Artistik pula ialah jenis individu yang meminati aktiviti-aktivit yang

berbentuk bebas, tidak bersistematik dan kabur. Tingkah lakunya pula mirip dan

cenderung ke arah aktiviti-aktiviti seperti seni, muzik, drama dan juga penulisan. Mereka

lebih suka pekerjaan dan suasana artistik kerana pekerjaan dan suasana ini membolehkan

mereka melahirkan segala potensi dan kebolehan mereka dengan bebas.

Kebolehan artistiknya digunakan untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Mereka menganggap dirinya sebagai ekspresif, original, lembut, tidak terikut-ikut, tidak

teratur, bebas dan mempunyai kebolehan di dalam artistik dan muzik. Di samping

menghargai nilai-nilai estetika, mereka sangat benci kepada aktivit-aktiviti yng

berstruktur, rutin atau pekerjaan yang berulang-ulang.

Personaliti sosial pula lebih mengutamakan aktiviti yang memerlukan dan

mempengaruhi orang lain kepada bentuk memberitahu, latihan, perkembangan, pemilihan

di samping mengelakkan diri daripada aktiviti yang sistematik dan teratur yang

melibatkan benda, perkakas dan mesin. Individu ini mempunyai kebolehan di dalam

hubungan sosial untuk menyelesaikan masalah.

Holland pula menyatakan bahawa personaliti jenis ini suka menolong orang lain,

mempunyai kecekapan mengajar tetapi kurang dalam bidang mekanikal dan juga

saintifik. Dengan itu, sudah tentulah mereka mempunyai sifat-sifat seperti kerjasama,

suka berkawan, murah hati, lemah lembut, suka menolong, idealistik, baik hati, daya

pujukan tinggi, bertanggungjawab serta saling memahami dan bijaksana.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 29: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

29

Personaliti jenis Enterprising meminati aktiviti-aktiviti yang berbentuk

memanipulasikan orang lain untuk mencapai matlamat-matlamat tertentu atau keuntungan

ekonomi. Mereka sangat bencikan aktiviti berbentuk simbolik dan pemerhatian

sistematik. Mereka mempunyai kebolehan dalam kepimpinan, interpersonal dan juga

daya pujukan tetapi kurang menyerlah di dalam perkara-perkara saintifik.

Sifat-sifat menarik yang terdapat pada diri mereka ialah berusaha bersungguh-

sungguh untuk memperolehi sesuatu, suka mengembara, bercita-cita tinggi, suka

berbahas, ingin menguasai orang lain, suka menonjolkan diri dan suka bercakap.

Personaliti jenis Conventional pula sukakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan data

seperti menyimpan rekod, menyimpan dan mengeluarkan semula bahan-bahan,

mengendalikan mesin kira-kira dan memproses data untuk mencapai matlamat ekonomi.

Selain daripada itu, mereka tidak suka kepada perkara-perkara yang kabur, bebas dan

tidak sistematik.

Mereka mendakwa diri mereka sebagai berperaturan dan mengikut arahan di

samping mempunyai kecekapan perkeranian dan perangkaan. Sifat-sifat yang jelas pada

mereka meyesuaikan diri dengan keadaan, bersungguh-sungguh dan teliti, cekap, tegas,

sopan, tenang dan tidak khayal.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 30: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

30

2.9 PENTAFSIRAN PROFIL UJIAN VPI

Realistic – R

Individu yang mempunyai kemahiran atletik atau mekanikal. Suka bekerja dengan objek,

mesin, peralatan, tumbuhan dan haiwan. Lebih suka bekerja di luar bangunan dari dalam

bangunan.

Contoh pekerjaan ialah Jurutera Awam, Jurutera keretapi, operator mesin,

Mekanik Kapal Terbang, Mekanik Kereta, Juruteknik Elektronik, Ahli Ilmu Perkebunan,

Tukang Kayu dan lain-lain.

Investigatif – I

Individu yang suka membuat pemerhatian, mempelajari, menyelidik, menganalisis,

menilai, dan menyelesaikan masalah melalui penyelidikan. Mempunyai kemahiran

saintifik dan matematik serta meminati kerja-kerja saintifik dan beberapa kerjaya

bercorak teknikal.

Contoh pekerjaan ialah Ahli Kaji Cuaca, Ahli Biologi, Ahli Botani, Ahli

Argonomi, Ahli Fizik, Ahli Kaji Bintang, Ahli Kimia, Ahli Kaji Bumi, Penyelidik Sains,

Antropologis dan lain-lain.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 31: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

31

Artistik – A

Individu yang mempunyai kebolehan artistik dan inovatif. Mempunyai kebolehan intuisi

dan suka bekerja dalam situasi yang tidak atau kurang berstruktur. Tidak selesa dengan

kerja yang rutin atau berulang-ulang dan selalu menggunakan imaginasi dan kreativiti.

Contoh pekerjaan ialah Penyair, Pemimpin Orkestra, Penyanyi Konsert,

Penggubah Lagu, Pengarang, Pelukis Perdagangan, Pelukis Potret, Wartawan, Pelukis

Kartun, Penghias rumah, arkitek dan lain-lain.

Sosial – S

Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mempunyai minat dalam

memberitahu, menolong, melatih, memperkembang, mengubati dan membuat kebajikan

pada orang lain. Mempunyai kemahiran menggunakan kata-kata serta mahir

berkomunikasi dengan orang lain. Matlamat utama adalah membuat kebajikan.

Contoh pekerjaan yang sesuai bagi golongan ini antaranya Ahli Sosiologi, Guru,

Pengetua Sekolah, Pegawai Perhubungan Awam, Pengarah Kem Belia, Pengarah Agensi

Kebajikan, Kaunselor Kerjaya, Kaunselor Peribadi dan lain-lain.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 32: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

32

Enterprising – E

Individu yang suka bekerja dan berinteraksi dengan manusia. Mempunyai minat dan

berkebolehan dalam mempengaruhi, mengarah, memimpin, dan mengurus individu lain.

Pandai dan mahir memanipulasi orang lain. Matlamat akhirnya adalah untuk mencapai

keuntungan organisasi dan keuntungan ekonomi.

Contoh pekerjaan ialah spekulator, Aktuaris, Eksekutif Pengiklanan, Eksekutif

Perniagaan, Pengarah Syarikat, Pengarah Publisiti, Peguam, Ahli Politik, Pengurus Hotel,

Pengurus Bank, Jurujual Insurans dan lain-lain.

konvensional – C

Jenis individu yang suka bekerja dengan data dan nombor. Mempunyai kemahiran dalam

bidang perkeranian serta mempunyai kebolehan dan kemahiran dalam menggunakan

nombor. Melakukan sesuatu secara terperinci, bersifat akur dan mengikut arahan.

Contoh pekerjaan ialah Penyimpan Kira-kira, Guru Perdagangan, Akauntan,

Jurutrengkas, Kerani Bank, Pakar Cukai, Kerani Gaji, Operator Komputer, Penilai Harta,

Jurujual Insurans, Kerani Insurans dan lain-lain.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 33: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

33

BAB III

KEPUTUSAN

Pendahuluan

Didalam bab ini akan memuatkan keputusan kajian untuk menentukan samaada hipotesis

yang telah dibina sebelum ini dapat diterima atau sebaliknya. Keputusan yang diperolehi

adalah hasil dari penganalisaan data secara diskriptif dan inferensi. Penganalisaan secara

deskriptif adalah menggunakan peratusan. Bagi melihat hubungan di antara dua pemboleh

ubah digunakan kaedah Korelasi Pearson. Data-data serta hasil pengiraan adalah

dibentangkan dalam bentuk jadual.

3.1 penganalisaan data secara diskriptif

Secara keseluruhannya latar belakang subjek dilihat dengan menggunakan analisa

diskriptif. Dari segi umur, subjek yang berumur 19 hingga 21 tahun adalah seramai 79

orang iaitu (36.9%). Subjek yang berumur 22 hingga 24 tahun adalah seramai 130 orang

iaitu (60.7%). Manakala subjek yang berumur 24 hingga 27 tahun adalah seramai 5 orang

iaitu (2.3%). Hasi pengiraannya ditunjukkan dalam rajah di sebelah.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 34: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

34

Jadual 3.1

Umur

Umur Bilangan Peratus19-21 79 36.9 36.9 36.922-24 130 60.7 60.7 97.725-27 5 2.3 2.3 100.0Total 214 100.0 100.0

Latar belakang subjek dari segi jantina pula, lelaki seramai 58 orang iaitu

(27.1 %), manakala perempuan seramai 156 orang iaitu (72.9 %). Hasil pengiraan subjek

berlatar belakangkan jantina ditunjukkan melalui jadual di bawah.

Jadual 3.2

Jantina

Jantina Bilangan PeratusLelaki 58 27.1 27.1 27.1Perempuan 156 72.9 72.9 100.0Total 214 100.0 100.0

http://halimlading21.wordpress.com

Page 35: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

35

Latar belakang subjek dari segi fakulti pula, FPKI adalah seramai 148 orang, iaitu

(69.2 %). FPPP adalah seramai 35 orang, iaitu (16.4 %) dan FUHA seramai 31 orang,

iaitu (14.5 %). Hasil pengiraan subjek berlatar-belakangkan fakulti dapat dilihat pada

jadual di bawah.

Jadual 3.3

Fakulti

Fakulti Bilangan Peratus KFI 148 69.2 69.2 69.2

FPPP 35 16.4 16.4 85.5FUHA 31 14.5 14.5 100.0Total 214 100.0 100.0

3.2 Penganalisaan data secara inferensi

http://halimlading21.wordpress.com

Page 36: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

36

Penganalisasan data ini dibuat dengan menguji hipotesis-hipotesis yang telah dibina.

Data-data yang diperolehi daripada soalselidik IPW dan IMKH dianalisis dengan

menggunakan statistik Korelasi Pearson dengan aras signifikan yang telah ditentukan

pada .05. Keputusan pengujian hipotesis dinyatakan sepertimana dalam jadual 3.4 hingga

jadual 3.9.

Hipotesis 1

“Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna jingga dan

minat kerjaya Realistik”

Jadual 3.4

Ringkasan ujian korelasi untuk melihat hubungan di antara personaliti warna jingga dan

minat kerjaya Realistik

Personaliti Warna/Minat Kerjaya dk r sig.r

Jingga dengan Realistik 214 -.624** .000

K < .05

Keputusan kajian menggunakan kaedah korelasi Pearson mendapati bahawa

wujud hubungan negatif yang signifikan antara personaliti jingga dengan minat kerjaya

http://halimlading21.wordpress.com

Page 37: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

37

Realistik di mana [r (214) = -.624, p < .05]. Oleh itu hipotesis null kajian ini ditolak

manakala hipotesis penyelidikan diterima disebabkan terdapat hubungan yang signifikan

antara personaliti warna jingga dengan minat kerjaya Realistik.

Hipotesis 2

“Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna hijau

dengan minat kerjaya Investigatif”

Jadual 3.5

Ringkasan ujian korelasi untuk melihat hubungan di antara personaliti warna hijau dan

minat kerjaya Investigatif

Personaliti Warna/Minat Kerjaya dk r sig.r

Hijau dengan Investigatif 214 .168* .014

K < .05

Keputusan kajian menunjukkan bahawa wujud hubungan positif yang signifikan

antara personaliti hijau dengan minat kerjaya Investigatif di mana [r (214) = .168, p

< .05]. Oleh itu hipotesis null kajian ini ditolak manakala hipotesis penyelidikan diterima

http://halimlading21.wordpress.com

Page 38: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

38

disebabkan terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna hijau dengan

minat kerjaya Investigatif.

Hipotesis 3

“Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna biru dengan

minat kerjaya Sosial”

Jadual 3.6

Ringkasan ujian korelasi untuk melihat hubungan di antara personaliti warna biru dan

minat kerjaya Sosial

Personaliti Warna/Minat Kerjaya dk r sig.r

biru dengan Sosial 214 -.592** .014

K < .05

Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud hubungan negatif yang signifikan

antara personaliti biru dengan minat kerjaya Sosial di mana [r (214) = -.592, p < .05].

Maka itu hipotesis null kajian ini juga ditolak dan hipotesis penyelidikan diterima kerana

http://halimlading21.wordpress.com

Page 39: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

39

terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna biru dengan minat kerjaya

Sosial.

Hipotesis 4

“Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna jingga

dengan minat kerjaya Artistik”

Jadual 3.7

Ringkasan ujian korelasi untuk melihat hubungan di antara personaliti warna jingga dan

minat kerjaya Artistik

Personaliti Warna/Minat Kerjaya dk r sig.r

jingga dengan Artistik 214 -.868** .000

K < .05

Hasil kajian mendapati bahawa wujud hubungan negatif yang signifikan antara

personaliti jingga dengan minat kerjaya Artistik di mana [r (214) = -.868, p < .05].

Dengan ini hipotesis null kajian ini juga ditolak dan hipotesis penyelidikan diterima

http://halimlading21.wordpress.com

Page 40: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

40

kerana terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna jingga dengan minat

kerjaya Artistik.

Hipotesis 5

“Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna jingga

dengan minat kerjaya Enterprising”

Jadual 3.8

Ringkasan ujian korelasi untuk melihat hubungan di antara personaliti warna jingga dan

minat kerjaya Enterprising

Personaliti Warna/Minat Kerjaya dk r sig.r

jingga dengan Enterprising 214 -.551** .000

K < .05

Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif yang signifikan

antara personaliti jingga dengan minat kerjaya Enterprising di mana [r (214) = -.551, p

< .05]. Dengan ini hipotesis null kajian ini gagal diterima, maka hipotesis penyelidikan

http://halimlading21.wordpress.com

Page 41: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

41

diterima kerana terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna jingga

dengan minat kerjaya Enterprising.

Hipotesis 6

“Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna emas dengan

minat kerjaya Konvensional”

Jadual 3.9

Ringkasan ujian korelasi untuk melihat hubungan di antara personaliti warna emas dan

minat kerjaya Konvensional

Personaliti Warna/Minat Kerjaya dk r sig.r

emas dengan Konvensional 214 -.624** .014

K < .05

Dapatan kajian menunjukkan bahawa wujud hubungan negatif yang signifikan

antara personaliti emas dengan minat kerjaya Konvensional di mana [r (214) = -.624, p

< .05]. Maka itu hipotesis null kajian ini juga ditolak dan hipotesis penyelidikan diterima

http://halimlading21.wordpress.com

Page 42: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

42

kerana terdapat hubungan yang signifikan antara personaliti warna emas dengan minat

kerjaya Konvensional.

3.3 Penutup

Daripada keputusan yang di atas, kajian ini mendapati bahawa hanya terdapat satu sahaja

hubungan yang positif, iaitu pada personaliti hijau dengan minat kerjaya investigatif.

Manakala lima hipotesis yang lain masing-masing menunjukkan hubungan yang negatif.

BAB IV

PERBINCANGAN KAJIAN

http://halimlading21.wordpress.com

Page 43: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

43

Pengenalan

Pada bab ini akan dijelaskan dan dibincangkan tentang dapatan-dapatan kajian yang telah

dianalisis dengan menggunakan program SPSS versi 14.0 berdasarkan hipotesis-hipotesis

yang telah dibina. Di dalam perbincangan ini juga akan dikaitkan dengan beberapa kajian

lalu yang telah dilakukan oleh pengkaji terdahulu.

4.1 Perbincangan Hipotesis

Hipotesis 1

“Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna jingga dan

minat kerjaya Realistik”

Merujuk kepada hasil dapatan bagi hipotesis 1, ianya menunjukkan tiada perkaitan di

antara personaliti warna Jingga dan minat kerjaya Realistik. Hasil dapatan kajian ini

memberi gambaran bahawa minat kerjaya Realistik tidak berkait dengan personaliti

warna Jingga seseorang individu.

Hipotesis 2

http://halimlading21.wordpress.com

Page 44: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

44

“Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna hijau

dengan minat kerjaya Investigatif”

Hasil dapatan bagi hipotesis 2 menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara

individu berpersonaliti warna hijau dengan minat kerjaya Investigatif. Ini menunjukkan

bahawa terdapat perkaitan yang tinggi antara minat kerjaya investigatif dengan personaliti

warna hijau.

Dapatan kajian ini memberi gambaran bahawa mereka yang terlibat dalam bidang

kerjaya Investigatif memiliki personaliti warna hijau. Secara tidak langsung dapatan

kajian ini menyokong kajian yang telah dijalankan oleh Ahmad Jazimin Bin Jusoh dan

Sidek Mohd Noah (dlm Jurnal PERKAMA 10,2003).

Hipotesis 3

“Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna biru dengan

minat kerjaya Sosial”

Hasil dapatan kajian bagi hipotesis 3 ini menunjukkan bahawa tidak terdapat perkaitan

yang signifikan di antara personaliti warna biru dengan minat kerjaya sosial. Keputusan

ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa bidang kerjaya sosial itu tidak hanya

tertumpu atau sesuai untuk mereka yang berpersonaliti warna biru.

Hipotesis 4

http://halimlading21.wordpress.com

Page 45: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

45

“Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna jingga

dengan minat kerjaya Artistik”

Dapatan kajian mendapati bagi hipotesis 4 tidak terdapat hubungan positif yang

signifikan di antara personaliti warna Jingga dengan minat kerjaya Artistik. Ini

memberikan gambaran jelas bahawa individu yan berpersonaliti warna jingga tidak

semestinya meminati bidang kerjaya Artistik, walaupun mereka dilihat cenderung ke arah

kerjaya tersebut.

Pengkaji berpendapat bahawa kemungkinan mereka yang berpersonaliti warna

Jingga meminati atau lebih berkecenderungan dalam bidang kerjaya Sosial, hal ini adalah

kerana subjek kajian adalah merupakan mahasiswa pengajian tinggi dan masih belum

terdedah dengan bidang kerjaya sebenar.

Hipotesis 5

“Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna jingga

dengan minat kerjaya Enterprising”

Bagi hipotesis 5, dapatan kajian mendapati terdapat hubungan negatif yang signifikan di

antara personaliti warna jingga dengan minat kerjaya Enterprising. Hasil dapatan ini

menunjukkan bahawa individu berpersonaliti warna jingga tidak meminati atau

cenderung ke arah kerjaya Enterprising. Hal ini adalah berkemungkinan kerana individu

http://halimlading21.wordpress.com

Page 46: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

46

berpersonaliti warna jingga tidak mempunyai ciri-ciri khusus yang diperlukandalam

bidang kerjaya Enterprising.

Hipotesis 6

“Tidak terdapat hubungan yang signifikan di antara personaliti warna emas dengan

minat kerjaya Konvensional”

Dapatan kajian bagi hipotesis 6 ini jelas menunjukkan bahawa terdapat hubungan negatif

yang signifikan di antara personaliti warna emas dengan minat kerjaya Konvensional.

Dapatan kajian ini menunjukkan perbezaan yang ketara dengan kajian yang

dilakukan oleh Ahmad Jazimin Bin Jusoh dan Sidek Mohd Noah (dlm Jurnal PERKAMA

10,2003), yang mana kajian mereka menunjukkan hubungan positif yang signifikan di

antara personaliti warna emas dengan minat kerjaya konvensional.

BAB V

http://halimlading21.wordpress.com

Page 47: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

47

KESIMPULAN

Pengenalan

Bab ini akan merumuskan beberapa hasil penemuan kajian secara menyeluruh dengan

mengemukakan rumusan kajian, implikasi, keterbatasan kajian serta beberapa saranan

untuk diaplikasikan di dalam kajian yang akan datang.

5.1 Rumusan Kajian

Kajian ini adalah untuk mengkaji dan melihat personaliti warna yang dimiliki oleh

mahasiswa di Unisza dan hubung kaitnya dengan minat kerjaya mereka. Subjek kajian

yang dipilih adalah daripada mahasiswa tahun akhir, kerana mereka dilihat hampir kepada

memasuki dunia pekerjaan selepas tamat pengajian mereka nanti.

Pengkaji turut melihat beberapa pemboleh ubah lain yang mungkin turut

berperanan dalam menentukan atau mempengaruhi minat kerjaya mahasiswa. Antara

pemboleh ubah lain yang turut diperhatikan ialah fakulti pengajian, bangsa, umur dan

juga jantina. Pengkaji juga ingin melihat sejauh mana personaliti warna individu dalam

mempengaruhi pemilihan bidang kerjaya yang diminati mereka.

Seramai 230 orang responden yang terdiri daripada pelajar tahun akhir dari tiga

buah fakulti dipilih. Iaitu fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Fakulti Pengurusan

http://halimlading21.wordpress.com

Page 48: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

48

Perniagaan dan Perakaunan dan juga Fakulti Undang-undang Dan Hubungan

Antarabangsa. Kajian dijalankan dengan mengedar soal selidik mengenai Inventori

Personaliti Warna (IPW) dan Inventori minat kerjaya Holland kepada responden dan

mengumpulnya kembali selepas diberi masa 30 minit. Walaubagaimanapun, hanya 214

soal selidik yang boleh digunakan kerana baki selebihnya dianggap rosak kerana terdapat

kekurangan jawapan responden ke atas item soal selidik tersebut.

Alat kajian yang digunakan adalah terdiri daripada dua jenis soal selidik, iaitu

Inventori Personaliti Warna oleh Sidek Mohd Noah. Soal selidik ini mengandungi 100

item yang mewakili empat warna personality iaitu Emas, Hijau, Biru dan Jingga.

Penyelidik telah mengubah suai inventori tersebut dengan menukar kedudukan asal item

dengan menyusunnya mengikut kategori warna.

Satu jenis inventori lagi digunakan untuk mengukur minat kerjaya responden

samaada mereka cenderung ke arah kerja Realistik, Investigatif, Artistik, Sosial,

Enterprising dan juga Conventional. Inventori yang digunakan ialah Vocational

Preference Inventory (VPI), sebanyak 160 item di dalamnya yang terdiri daripada

beberapa jenis kerjaya. Inventori ini tidak diubah keadaan asalnya.

Keputusan kajian menunjukkan hanya terdapat satu hubungan positif yang

signifikan, iaitu di antara personaliti hijau dengan minat kerjaya Investigatif. Manakala

lima hipotesis lain masing-masing menunjukkan hubungan negatif yang signifikan.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 49: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

49

Analisis keputusan yang diperolehi bagi setiap hipotesis dalam kajian ini telah

dijelas dan dihuraikan melalui statistik inferensi sebagaimana yang telah dikemukakan

dalam bab 3 dan dilanjutkan dalam perbincangan di bab 4. Penghuraian melalui statistik

inferensi digunakan bagi memerihalkan hasil keputusan menggunakan kaedah analisis

korelasi Pearson serta ujian t.

5.2 Limitasi Kajian

Semasa menjalankan kajian ini, penyelidik tidak dapat mengelak daripada berhadapan

dengan aspek-aspek limitasi dalam menjalankan penyelidikan. Diharapkan aspek-aspek

limitasi yang akan dibincagkan ini akan dapat membantu pengkaji-pengkaji pada masa

akan datang dalam menentukan aspek-aspek penting yang perlu dititikberatkan dalam

kajian mereka di samping menjadi garis panduan dalam melaksanakan kajian yang lebih

berkesan.

Dari segi sampel kajian, saiz subjek kajian boleh dikatakan agak besar, namun

dapat dilihat terdapat beberapa ketidakseimbangan pada penyelidik dari segi jumlah

subjek kajian mengikut fakulti. Subjek kajian dari fakulti FPKI seramai 148 orang, FPPP

seramai 35 orang manakala FUHA hanya seramai 31 orang. Adalah diharapkan pengkaji

seterusnya dapat mencari dan seimbangkan di antara saiz subjek kajian.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 50: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

50

Pengkaji turut berhadapan dengan karenah subjek kajian yang menjawab soal

selidik dengan sambil lewa. Kesan daripada ini, beberapa soal selidik tidak dapat diterima

pakai sebagai data dan dianggap rosak. Hal ini mungkin disebabkan oleh dua keadaan

iaitu di sebabkan subjek kajian sudah terlalu biasa menjawab soal selidik bagi kajian-

kajian yang dilakukan sebelumnya.

Manakala sebab kedua ialah berkemungkinan disebabkan oleh sikap subjek

sendiri yang menganggap bahawa menjawab soal selidik sebegini hanya membuang masa

dan tidak menguntungkan mereka.

Meskipun demikian, secara keseluruhannya subjek kajian didapati telah

memberikan kerjasama serta komitmen yang baik untuk menjawab dan menyudahkan

borang soal selidik yang diedarkan kepada mereka di dalam masa yang telah ditetapkan.

Ini berkemungkinan kerana, soalan-soalan yang terdapat di dalam soal selidik agak

mudah dan tidak memerlukan subjek berfikir lama.

Secara keseluruhannya penyelidik masih boleh berpuas hati dengan kerjasama

yang diberikan oleh semua subjek dan pihak yang terlibat semasa kajian ini dijalankan.

5.3 Saranan-saranan

http://halimlading21.wordpress.com

Page 51: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

51

Berikut akan dikemukakan beberapa saranan yang perlu diambil kira oleh penyelidik

akan datang. Saranan-saranan ini diharap akan dapat membantu penyelidik seterusnya

dalam usaha untuk menjelaskan dan memahami personaliti warna dengan minat kerjaya

tidak hanya di Unisza malahan di pusat-pusat pengajian tinggi yang lain.

Penyelidik mengharapkan penyelidik seterusnya agar menambah tetapi

seimbangkan saiz subjek kajian di antara jumlah dan juga jantina. Penyelidik seterusnya

juga diharap dapat membuat satu kajian baru mengenai personaliti warna dan kepuasan

kerjaya. Hal ini adalah kerana kajian sebegini terlalu amat sedikit dijalankan. Dengan ini

kajian yang bakal dilakukan nanti boleh memperkukuhkan atau memperbaiki hasil-hasil

penemuan yang terdahulu.

Adalah diharapkan dan disarankan juga penyelidik akan datang menitik beratkan

soal pemilihan lokasi kajian. Dalam kajian ini penyelidik telah menjalankan soal selidik

hanya di Unisza sahaja. Lokasi kajian seterusnya mestilah mengambil kira soal sejauh

manakah ianya terdedah dengan kajian-kajian sebelum ini.

Langkah ini difikirkan penting bagi mengelakkan subjek kajian berasa bosan

untuk menjawab soal selidik yang bakal diedarkan nanti. Meskipun demikian, saranan ini

tidak bermaksud agar penyelidik akan datang perlu mencari lokasi-lokasi kajian yang

tidak pernah dikaji oleh mana-mana pihak. Memadailah dengan melihat atau meninjau

keadaan lokasi kajian secara umum bagi menentukan keberkesanan soal selidik yang

bakal ditadbirkan nanti.

http://halimlading21.wordpress.com

Page 52: Web view... kefahaman dan kemahiran asas yang diperlukan oleh indudtri ... subjek kajian dan pemilihan ... yang mana menggunakan analisis korelasi pearson ujian

52

Kesimpulan

Melalui kajian ini dapat dikatakan bahawa faktor personaliti warna tidak dapat dijadikan

sebagai penyumbang utama kepada kecenderungan seseorang memilih bidang kerjaya

yang diminati. Ini dapat dilihat pada dapatan kajian yang menunjukkan bahawa lima

hipotesis mempunyai hubungan negatif yang signifikan dan hanya satu sahaja yang

mempunyai hubungan positif yang signifikan.

Pada pandangan penyelidik berkemungkinan subjek kajian yang digunakan sudah

tidak lagi mengutamakan personaliti warna diri sebagai faktor pengaruh pemilihan

kerjaya memandangkan keperluan mencari pekerjaan yang semakin meningkat tidak

seiring dengan keperluan tenaga kerja negara.

http://halimlading21.wordpress.com