borang pengesahan status tesis - fp.utm.my binti mohamed.tp.pdf · infrensi pula digunakan bagi...

39
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak Berkuasa/organasasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini Perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. # Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM) BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL : HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DAN IKLIM SEKOLAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN ZON BATU ANAM SEGAMAT SESI PENGAJIAN : 2011/2013 Saya NILAM BINTI MOHAMED . (HURUF BESAR) Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafal)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **sila tandakan ( 4 ) SULIT TERHAD TIDAK TERHAD Disahkan oleh ________________________________ ___________________________________ ( TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PEYELIA) LOT 122, JALAN LAWSON, HAJI HASSAN BIN HUSHIN BATU ANAM, 85100 SEGAMAT, JOHOR. Tarikh : ____________________________ Tarikh : _____________________ 9

Upload: phamque

Post on 04-Jun-2019

221 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA                       

  

  

   

                 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan. ** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak Berkuasa/organasasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini Perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. # Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara

Penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DAN IKLIM SEKOLAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN ZON BATU ANAM SEGAMAT

SESI PENGAJIAN : 2011/2013

Saya NILAM BINTI MOHAMED . (HURUF BESAR)

Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafal)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **sila tandakan ( 4 )

SULIT TERHAD

TIDAK TERHAD Disahkan oleh

________________________________ ___________________________________ ( TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PEYELIA) LOT 122, JALAN LAWSON, HAJI HASSAN BIN HUSHIN BATU ANAM, 85100 SEGAMAT, JOHOR. Tarikh : ____________________________ Tarikh : _____________________

Page 2: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa
Page 3: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

  

HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DAN IKLIM SEKOLAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN ZON BATU ANAM SEGAMAT

NILAM BINTI MOHAMED

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2013

Page 4: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

  

HUBUNGAN ANTARA KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL DAN IKLIM SEKOLAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN ZON BATU ANAM SEGAMAT

NILAM BINTI MOHAMED

Laporan kajian ini dikemukakan sebagai memenuhi Sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)

Penyelia

TN HJ HASSAN BIN HUSHIN

FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

2013

Page 5: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

  

Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah

Sarjana Pendidikan ( Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan )

Tandatangan : ……………………………...................

Nama Penuh : TUAN HAJI HASSAN BIN HUSHIN

Tarikh : ………………………………………..

Page 6: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

  

“ Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya “

Tandatangan : ………………………………

Nama Penulis : NILAM BINTI MOHAMED

Tarikh :………………………………….

Page 7: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

  

PENGHARGAAN

Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnianya kajian ini

telah berjaya disiapkan. Jutaan terima kasih dan sekalung budi diucapkan kepada

penyelia saya iaitu Tuan Haji Hassan Hushin kerana kesungguhan beliau memberi

tunjuk ajar, nasihat dan panduan sepanjang saya menyiapkan kajian ini. Semoga

rantaian jasa dan baktimu akan mendapat rahmat Allah hendaknya. Ucapan terima

kasih juga ditujukan kepada semua pensyarah di Fakulti Pendidikan yang telah

memberikan ilmu yang amat berguna kepada saya.

Istimewa buat suamiku yang tersayang Azni bin Haji Adnan yang banyak

memberikan semangat dan dorongan kepadaku, anak-anakku Nur Amirah Batrisyia,

Muhammad Arif, Aiman Syahmi dan Humaira Az Zahra yang bersabar mengharungi

liku-liku ini bersama. Sekalung penghargaan dan terima kasih ku ucapkan buat

kalian yang kusayangi.

Buat kedua ibubapa yang tercinta, terima kasih di atas doa dan semangat yang

tidak pernah putus dari kalian berdua. Semoga Allah jua yang dapat memberi rahmat

kepada kedua ibubapaku yang tercinta. Akan ku hadiahkan kejayaan ini buat kalian

berdua.

Istimewa buat sahabat seperjuangan, terutama sekali pada Norsilah Maskan,

kerana dorongan dan semangatmu aku berada di sini. Tidak lupa pada sahabat yang

lain, Anu Surya, Nurul Jalilah, Hatif, Raja Rozita, Kharni dan Ustaz Nasir yang

banyak membantu. Terima kasih yang tak terhingga ku ucapkan.

Akhirnya, ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara

langsung atau tidak langsung sehingga kajian ini dapat disiapkan. Semoga Allah

S.W.T akan membalas setiap sumbangan baik yang kalian berikan. Harapan dan

doaku agar kalian berjaya di dunia dan di akhirat. Amin….

NILAM BINTI MOHAMED

Page 8: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

  

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan antara kepimpinan instruksional guru

besar dengan profil iklim sekolah yang dipimpinnya. Hubungan ini dikaji

berdasarkan persepsi guru-guru terhadap kekerapan pengetua mereka dalam

melaksanakan fungsi-fungsi kepimpinan instruksional dan persepsi mereka terhadap

kewujudan faktor-faktor penentu pembentukan iklim sekolah yang kondusif di

sekolah masing-masing. Sampel terdiri daripada 130 orang guru dari lapan buah

sekolah kebangsaan Zon Batu Anam, Segamat yang dipilih secara rawak. Kajian ini

menggunakan soal selidik Principal Instructional Management Rating Scale dan

CFK Ltd School Climate Profile. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS (

Statistical Packages for the Social Sciences) versi 18.00. Kaedah statistik deskriftif

digunakan bagi melihat frekuensi, peratusan, min dan sisihan piawai. Statistik

infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu

hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa para guru besar kerap melaksanakan fungsi-

fungsi beliau sebagai pemimpin instruksi. Kekerapan hanya pada tahap sederhana.

Begitu juga dengan profil iklim sekolah, guru-guru mempunyai persepsi yang baik

terhadap kewujudan profil iklim sekolah mereka. Hasil kajian juga menunjukkan

bahawa terdapat hubungan positif yang signifikan pada kadar sederhana antara

kepimpinan instruksional dan iklim sekolah dengan nilai r=0.457.

Page 9: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

  

ABSTRACT

This study aims to examine the relationship between teachers instructional leadership with school climate profile leads. This relationship is studied based on the perceptions of teachers on the frequency of their principals in performing the functions of instructional leadership and their perceptions of the determinants of the existence of the school climate that is conducive in their respective schools. The sample consists of 130 teachers from eight primary school at Zon Batu Anam, Segamat randomly selected. This study used questionnaires Principal Instructional Management Rating Scale and CFK Ltd. School Climate Profile. Data were analyzed using SPSS (Statistical Packages for the Social Sciences) version 18.00. Descriptive statistical methods used for the frequency, percentage, mean and standard deviation. Multivariate statistics are used to perform Pearson correlation test and one-way ANOVA. The results showed that the teachers frequently perform his functions as instructional leaders. Frequency only at a moderate level. Similarly, the profile of the school climate, teachers have a good perception of the existence of their school climate profile. The results also showed that there is a significant positive relationship between moderate to instructional leadership and school climate with r = 0.457. 

 

Page 10: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

  

SENARAI JADUAL

JADUAL TAJUK MUKASURAT

Jadual 3.1 Jadual Krejcie, R.V.Morgan yang MenunjukkanKadar menentukan jumlah sampel daripada Populasi 49

Jadual 3.2 Taburan Populasi Kajian 50

Jadual 3.3 Taburan Sampel Kajian 51

Jadual 3.4 Taburan item soal selidik mengikut Dimensi Kepimpinan Instruksional 53 Jadual 3.5 Taburan skor untuk setiap pilihan jawapan Responden soal selidik kepimpinan Instruksional 54 Jadual 3.6 Taburan item soal selidik mengikut faktor iklim sekolah 55 Jadual 3.7 Taburan skor untuk setiap pilihan jawapan Responden soal selidik iklim sekolah 55 Jadual 3.8 Jadual ringkasan pengujian statistik objektif Kajian 59 Jadual 3.9 Guilford’s Rule Of Thumbs 61

Jadual 4.1 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Jantina 63

Jadual 4.2 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Umur 64

Jadual 4.3 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 64

Jadual 4.4 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Jawatan 65

Page 11: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

  

Jadual 4.5 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden

Mengikut Tempoh Berkhidmat Dengan Guru Besar. 66

Jadual 4.6 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Taraf Akademik Tertinggi 66

Jadual 4.7 Taburan Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Kelulusan Ikhtisas 67

Jadual 4.8 Taburan responden mengikut Frekuensi, Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru-

Guru Terhadap Amalan Kepimpinan Instruksional Bagi Dimensi Pentakrifan Matlamat Sekolah.                    69

       Jadual 4.9 Taburan responden mengikut Frekuensi, Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru-

Guru Terhadap Amalan Kepimpinan Instruksional Bagi Dimensi Pengurusan Program Pengajaran.                   71

Jadual 4.10 Taburan responden mengikut Frekuensi, Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru-

Guru Terhadap Amalan Kepimpinan Instruksional Bagi Dimensi Pemupukan Iklim Pengajaran dan Pembelajaran Yang Kondusif.          73

Jadual 4.11 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus,

Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru-Guru Terhadap Profil Iklim Sekolah Bagi Faktor Rasa Hormat.                     75

Jadual 4.12 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus,

Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru-Guru Terhadap Profil Iklim Sekolah Bagi Faktor Kepercayaan. 76

Jadual 4.13 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus,

Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru-Guru Terhadap Profil Iklim Sekolah Bagi Faktor Semangat kerja/Belajar 77

Page 12: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

  

Jadual 4.14 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus,

Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru-Guru Terhadap Profil Iklim Sekolah Bagi Faktor Peluang Turut Serta 78

Jadual 4.15 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus,

Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru-Guru Terhadap Profil Iklim Sekolah Bagi Faktor Budaya Penyayang 79

Jadual 4.16 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus,

Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru-Guru Terhadap Profil Iklim Sekolah Bagi Faktor Kejeleketan 80

Jadual 4.17 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus,

Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru-Guru Terhadap Profil Iklim Sekolah Bagi Faktor Usaha Pembaharuan 81

Jadual 4.18 Taburan Responden Mengikut Frekuensi, Peratus, Min dan Sisihan Piawai Bagi Persepsi Guru-Guru Terhadap Profil Iklim Sekolah Bagi Faktor Peningkatan Akademik dan Sosial 82

Jadual 4.19    Pengkelasan Persepsi Guru-guru Terhadap

Amalan Kepimpinan Instruksional Berdasarkan Skor Min. 83

Jadual 4.20 Persepsi Guru-guru Terhadap Amalan Kepimpinan

Instruksional Mengikut Frekuensi dan Peratus Bagi Dimensi-dimensi Dalam Kepimpinan Instruksional. 84

Jadual 4.21  Persepsi Guru-guru Terhadap Amalan

Kepimpinan Instruksional Mengikut Min dan Sisihan PiawaI Bagi Dimensi-dimensi Dalam Kepimpinan Instruksional. 86

Jadual 4.22 Pengkelasan Persepsi Guru-guru Terhadap

Faktor-Faktor Profil Iklim Sekolah Berdasarkan Skor Min. 87

Page 13: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

  

Jadual 4.23 Persepsi Guru-guru Terhadap Faktor-Faktor Profil Iklim Sekolah Mengikut Frekuensi dan Peratus. 88

Jadual 4.24 Persepsi Guru-guru Terhadap Faktor-faktor Profil

Iklim Sekolah Mengikut Min dan Sisihan Piawai. 88 Jadual 4.25    Dimensi Kepimpinan Instruksional Yang Paling

Dominan Dilihat Oleh Guru-Guru di Sekolah Kebangsaan Zon Batu Anam. 89 Jadual 4.26 Hubungan Signifikan Antara Amalan Kepimpinan Instruksional Dengan Iklim sekolah. 90 Jadual 4.27 Ringkasan ANOVA satu hala perbezaan

persepsi guru-guru terhadap Kepimpinan Instruksional. 91

Jadual 4.28    Ringkasan ANOVA satu hala perbezaan

persepsi guru-guru terhadap profil iklim sekolah. 92 Jadual 4.29 Ringkasan ANOVA satu hala perbezaan persepsi

guru-guru terhadap Dimensi Pentakrifan Matlamat Sekolah. 93

Jadual 4.30    Ringkasan ANOVA satu hala perbezaan persepsi

guru-guru terhadap dimensi Pengurusan Program Pengajaran. 94

Jadual 4.31 Ringkasan ANOVA satu hala perbezaan persepsi guru-guru terhadap dimensi pemupukan iklim pembelajaran. 95

Jadual 4.32 Ringkasan Korelasi antara Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar Dengan Iklim Sekolah. 96

Jadual 4.33 Ringkasan Korelasi antara Dimensi Pentakrifan

Matlamat Sekolah dalam Kepimpinan Instruksional dengan Iklim Sekolah. 97

Jadual 4.34 Ringkasan Korelasi antara Dimensi Pengurusan

Program Pengajaran Dalam Kepimpinan Instruksional dengan Iklim Sekolah. 98

Page 14: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

  

Jadual 4.35 Ringkasan Korelasi antara Dimensi Pemupukan Iklim Pembelajaran dan Pengajaran Yang

Kondusif Dalam Kepimpinan Instruksional dengan Iklim Sekolah. 99

Jadual 4.36 Keseluruhan Analisis Data Persoalan Kajian 100

Page 15: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

  

SENARAI RAJAH

RAJAH TAJUK MUKASURAT

Rajah 1.1 Kerangka konsep kepimpinan instruksional dan iklim sekolah              12 Rajah 2.1 Model Teori Hubungan Kepimpinan Instruksional-Iklim Sekolah Menurut Bossert et.al 30 Rajah 2.2 Model Teori Kepimpinan Instruksional-Iklim Sekolah Dwyer (1986)             31  Rajah 2.3 Sintesis Model-model Teori oleh Hussien (1993) 33

Rajah 2.4 Model Interaktif Iklim Sekolah (1998) 41

Rajah 2.5 Model Iklim Sekolah Fox et.al 44

Page 16: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

  

ISI KANDUNGAN

BAB TAJUK MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

DEKLARASI

DEDIKASI ii

PENGHARGAAN iii

ABSTRAK iv

ABSTRACT v

SENARAI JADUAL vi

SENARAI RAJAH vii

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar belakang masalah 3

1.3 Penyataan masalah 5

1.4 Objektif kajian 7

1.5 Persoalan kajian 8

1.6 Hipotesis kajian 9

Page 17: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

  

1.7 Kepentingan kajian 10

1.8 Kerangka konsep 12

1.9 Skop kajian 13

1.10Batasan kajian 13

1.11Definisi operasional 15

1.11.1 Kepimpinan instruksional 15

1.11.2 Iklim sekolah 16

1.12 Penutup 17

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 18

2.2 Kajian-kajian lampau 18

2.3 Model-model kepimpinan 26

2.3.1 Teori kepimpinan artribusi 26

2.3.2 Teori kepimpinan karismatik 26

2.3.3 Kepimpinan jenis pelaksanaan 27

2.3.4 Kepimpinan jenis transformasi 28

2.3.5 Kepimpinan berwawasan 28

2.4 Model teori kepimpinan instruksional 29

2.4.1 Model Teori Bossert et.al 29

2.4.2 Model Teori Dwyer 31

Page 18: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

  

2.4.3 Model Teori Hussein 32

2.5 Kepimpinan Instruksional 34

2.5.1 Merangka matlamat sekolah 35

2.5.2 Pengurusan program-program pengajaran 37

2.5.3 Pemupukan iklim pengajaran dan pembelajaran yang positif 38

2.6 Iklim sekolah 39

2.7 Hubungan antara kepimpinan instruksional dengan iklim sekolah 44

2.8 Penutup 45

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 47

3.2 Reka bentuk kajian 47

3.3 Populasi dan sampel 48

3.4 Instrumen kajian 51

3.4.1 Persepsi guru-guru terhadap kepimpinan Instruksional guru besar 53                   3.4.2 Persepsi guru-guru terhadap profil iklim sekolah 54

3.5 Prosedur kajian 56

3.6 Keesahan dan kebolehpercayaan 57

3.7 Kaedah pengumpulan data 58

Page 19: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

  

3.8 Proses penganalisaan data 59

3.8.1 Statistik Deskriptif 60

3.8.2 Statistik Inferensi 60

3.9 Penutup 61

4 ANALISIS DATA

4.1 Pendahuluan 62

4.2 Huraian Latar Belakang Responden 62

4.3 Analisis Data Item-item Persoalan Kajian 68

4.3.1 Persoalan kajian 1 68

4.3.2 Persoalan kajian 2 75

4.3.3 Persoalan kajian 3 83

4.3.4 Persoalan kajian 4 86

4.3.5 Persoalan kajian 5 89

4.3.6 Persoalan kajian 6 90

4.4 Analisis Inferensi 91

4.4.1 Hipotesis 1 91

4.4.2 Hipotesis 2 92

4.4.3 Hipotesis 3 93

4.4.4 Hipotesis 4 94

Page 20: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

  

4.4.5 Hipotesis 5 95

4.4.6 Hipotesis 6 96

4.4.7 Hipotesis 7 97

4.4.8 Hipotesis 8 98

4.4.9 Hipotesis 9 99

4.5 Ringkasan Keseluruhan Analisis Data Persoalan Kajian 100

4.6 Kesimpulan 101

5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pendahuluan 103

5.2 Rumusan 104

5.3 Perbincangan 105

              5.3.1 Amalan Kepimpinan Instruksional Guru Besar 106

5.3.2 Amalan Profil Iklim Sekolah 108

              5.3.3 Dimensi Kepimpinan Instruksional Yang Paling Dominan. 110    

             5.3.4 Hubungan Antara Kepimpinan Instruksional Guru Besar Dengan Iklim Sekolah 111

5.4 Implikasi Dapatan Kajian 113

5.5 Cadangan Untuk Kajian Lanjutan 116

Page 21: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

  

5.6 Penutup 117

RUJUKAN 118

SENARAI LAMPIRAN

A SOAL SELIDIK

B SURAT KEBENARAN

C KEBOLEHPERCAYAAN SOAL SELIDIK

D HASIL ANALISIS DATA

Page 22: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

  

Page 23: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

  

  

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan

Dunia pendidikan sentiasa mengalami perubahan selari dengan peredaran

zaman dan tuntutan keperluan negara. Era teknologi maklumat telah menjanjikan

pelbagai perubahan drastik kepada dunia pendidikan dan perubahan ini sekaligus

mencabar para pendidik, para pelajar dan masyarakat secara keseluruhannya. Oleh

itu, untuk menghadapi perubahan dunia pendidikan ini, sesebuah institusi pendidikan

adalah memerlukan kepimpinan yang berkesan.

Kepimpinan instruksional mendapat perhatian sejak 25 tahun yang lalu

bermula dengan kajian sekolah berkesan oleh Edmonds (1979). Model kepimpinan

instruksional telah dibangunkan sejak 1980an oleh pengkaji barat seperti Hallinger

dan Murphy (1985,1987),Bossert (1988), Murphy (1990), Weber (1996), Sourthworth

(2002) dan Hallinger (2000). Model Hallinger dan Murphy (1985) paling kerap

digunakan dalam kajian-kajian mengenai kepimpinan instruksional. Halllinger

(2011) menyatakan bahawa bermula tahun 1980an sehingga 2010, sebanyak 130

kajian telah dijalankan menggunakan model Hallinger (1985).

Di Malaysia kepimpinan instruksional mula mendapat tempat dalam kalangan

pengetua sekolah kerana ia amat signifikan dalam melahirkan sekolah berkesan

Page 24: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

2  

(Sazali, Rusmini, Abang Hut & Zamri 2007). Dalam abad ke-21 amalam kepimpinan

instruksional masih relevan dan dapat menyumbang kepada kecemerlangan sekolah

(Hallinger 2005:Jabatan Perdana Menteri 2010). Keberkesanan amalan kepimpinan

instruksional turut dinyatakan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (KPM

2007) dan Jabatan Perdana Menteri (2010).

Alimuddin (2010) menjelaskan seorang pemimpin instruksional yang menjadi

egen perubahan dan mewujudkan persekitaran di sekolah yang kondusif dapat

memberi impak yang signifikan dalam kecemerlangan pelajar. Menurut beliau lagi,

tanggungjawab pengetua dan guru besar sebagai pemimpin instruksional adalah

memastikan pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti akademik dirancang dan

dilaksanakan dengan baik serta teratur agar guru dapat mengajar dengan berkesan.

Ramai pengkaji yang telah mengkaji tentang perkara ini, sebagai contoh

kajian yang dilakukan oleh (Brookover & Lezotte, 1982), Duke (1983), Edmonds

(1979) dan Kroeze (1984) menekankan tentang kepentingan peranan pengetua dan

guru besar sebagai pemimpin instruksional. Walaubagaimanapun, tinjauan literature

berkaitan isu ini mendapati kepimpinan instruksional jarang dipraktikkan (Flath

1989). Stronge (1988) mendapati pengetua dan guru besar menumpukan 62.2%

daripada masa mereka kepada isu-isu pengurusan sekolah, dan hanya 6.2% daripada

masa mereka difokuskan kepada isu-isu yan berkaitan program pendidikan di

sekolah. Stronge juga mendapati bahawa walaupun seorang pengetua atau guru

besar melaksanakan pelbagai tugas setiap hari, hanya 11% daripada tugas-tugas

tersebut berkait rapat dengan kepimpinan instruksional. Hallinger (1989)

berpendapat bahawa keadaan ini berlaku kerana kurang dan tiada persediaan untuk

meningkat dan menyokong kemahiran-kemahiran yang diperlukan dalam bidang

kepimpinan instruksional. Justeru imej kepimpinan instruksional wujud hanya

sebagai retorik professional dan seringkali tidak dipraktikkan.

Page 25: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

3  

1.2 Latar belakang masalah

Kepimpinan merupakan satu proses mengembleng tenaga insan ke arah

pencapaian matlamat organisasi. Gaya kepimpinan seseorang pengurus amat penting

bagi menentukan dan menjamin keberkesanan sesebuah organisasi. Di samping itu,

sikap pemimpin berkenaan dalam menjalankan kegiatan mentoring dan minatnya

mencari jalan untuk membangunkan kerjaya pekerjanya membawa petanda

pemimpin tersebut berorientasikan pencapaian tinggi serta memiliki bakat sebagai

seorang pengurus yang cemerlang (Abas Haji Awang, 2006). Dalam konteks institusi

pendidkan, pengetua dan guru besar menjadi mentor utama dalam menggerakkan

aktiviti instruksional atau pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

Kepimpinan instruksional dilihat dapat mempengaruhi perkembangan bidang

pedagogi, iaitu sains pengajaran dan pembelajaran yang sentiasa mengalami

perubahan yang dinamik, positif dan relevan dalam menghadapi cabaran-cabaran

hasil daripada dunia yang sentiasa berubah bagi menghasilkan outcome sejajar

dengan kehendak target clientele dalam sistem pendidikan untuk melahirkan murid

yang berdaya saing dan berkualiti serta dapat menempa sejarah yang unggul serta

mampu mencapai kejayaan cemerlang ke tahap terbilang.

Dalam usaha mewujudkan kepimpinan instruksional yang berkesan, pengetua

atau guru besar seharusnya mampu mewujudkan iklim pengajaran dan pembelajaran

yang kondusif, mengutamakan aktiviti peningkatan profesionalisme untuk semua

tenaga pengajar secara berterusan di samping menggalakkan aktiviti penyelidikan dan

pembangunan dalam kalangan guru agar standard dan kualiti pengajaran guru sentiasa

berada di tahap yang tinggi. Kita harus mempertingkat kualiti dalam bidang

pendidikan kerana pendidikan merupakan sumber utama dan daya penggerak penting

dalam pencapaian matlamat Wawasan 2020.

Page 26: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

4  

Pemimpin sekolah yang berkualiti sudah tentu menjadi teraju utama di

sekolah yang terbilang. Sebagai pemimpin, seharusnya dapat mengatur strategi

berdasarkan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Wawasan 2020. Dalam

konteks inilah kepimpinan instruksional yang melibatkan unsur keilmuan dan proses

penyampaian ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran, penterjemahan dan

pengoperasian kurikulum dan pembangunan staf, proses pencerapan dan penyeliaan,

pembangunan kurikulum dan pembangunan kumpulan, seharusnya difahami dan

sekaligus diamalkan oleh semua pihak dan peringkat kepimpinan di sekolah.

Selain itu, guru berkualiti sewajarnya mampu memiliki kemahiran sosial dan

interpersonal yang baik, berjaya menjalin kerjasama dengan ibu bapa murid dan ahli

masyarakat serta mampu menyumbang ilmu demi pembangunan dan kemajuan

sekolah. Adalah menjadi tugas pengetua dan guru besar untuk memastikan setiap

guru mempunyai ilmu dan kemahiran dalam aspek komunikasi dan ia boleh

direalisasikan melalui program perkembangan staf.

Sebagai contoh, pengetua atau guru besar memainkan peranan yang penting

sebagai pemimpin instruksional yang efektif bagi merealisasikan pelaksanaan latihan

secara school-based seperti saranan oleh Hanny (1987). Pengetua/Guru Besar

haruslah melaksanakan perkara-perkara berikut sebelum latihan school-based dapat

dilaksanakan iaitu menubuhkan jawatankuasa latihan school-based peringkat sekolah,

mengadakan kajian keperluan latihan bagi guru-guru, memuat turun modul latihan,

membuat rujukan dari pelbagai sumber, melaksanakan school based kepada guru-

guru, mengkaji keberkesanan latihan yang dijalankan dan melaksanakan kajian impak

keberkesanan latihan.

Page 27: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

5  

Justeru itu, amalan kepimpinan instruksional yang cekap dan berkesan serta

amalan iklim yang positif dalam semua dimensi kepimpinan dan pengurusan amat

penting sebagai penggerak warga sekolah bagi menunaikan amanah dan

tanggungjawab secara kolektif untuk membangunkan modal insan melalui program

dan aktiviti pendidikan berkualiti serta holistik di sesebuah sekolah.

1.3 Penyataan masalah

Dalam suasana yang mencabar dan kompleks hari ini, peranan guru besar

menjadi semakin penting dalam menjayakan matlamat sekolah. Pengetua atau guru

besar harus bijak menyesuaikan kepimpinannya bagi membawa sekolah ke arah yang

lebih berkesan dan cemerlang. Menurut Sergiovanni (1995) tugas menjadikan

sekolah yang berkesan dapat dilaksanakan sekiranya pengetua dapat melaksanakan

segala aktiviti pendidikan serta mengurus segala bentuk sumber di bawah jagaannya.

Sehubungan itu, pengetua atau guru besar disarankan supaya berperanan

sebagai pemimpin pengajaran (Ibrahim 2001). Rosenblum et al dalam Azizah (2001)

mengatakan sekolah yang berjaya , inovatif, tempat tumpuan murid-murid terkenal

kerana kecemerlangan dalam pembelajaran dan terdapat murid yang gigih mengikut

kebolehan masing-masing kerana kepimpinan pengetua atau guru besar.

Di samping itu, kewujudan dan kecemerlangan sesebuah sekolah berkait

rapat dengan iklim positif yang diterapkan oleh seseorang pemimpin sekolah. Iklim

sesebuah sekolah dapat dilihat dengan menilai kewujudan faktor-faktor yang

mempengaruhi proses pembentukannya. Apa jua program untuk memperbaiki iklim

sekolah yang ingin dilaksanakan perlulah menumpukan perhatian kepada aspek

Page 28: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

6  

kemanusiaan. Perlunya aspek ini diberi perhatian kerana semua aktiviti pendidikan

yang dijalankan sebenarnya adalah untuk mengatasi masalah di atas tidak lain dan

tidak bukan adalah peranan yang dimainkan oleh pengetua atau guru besar. Pengetua

atau guru besar haruslah memainkan peranannya sebagai seorang pemimpin

organisasi sekolah di samping menampilkan kemahiran dalam membuat keputusan

secara berkumpulan.

Para guru besar sebenarnya menghadapi dilema kerana adanya konflik

peranan. Pada hakikatnya, mereka perlu menjalankan dua tugas utama iaitu

mengurus atau mentadbir dan memimpin (Hussein,1993). Melalui kajian semula

terhadap penyelidikan yang relevan dengan topik pengalaman sebagai guru yang

terbaik, Greenfield & rakan-rakannya (1986) telah membuat kesimpulan bahawa

orientasi pengetua terhadap peranan yang lebih menekankan fungsi kepimpinan

instruksional telah melahirkan ‘ a dysfunctional socialization outcome ‘.

Persoalannya kini, bagaimanakah senario amalan kepimpinan instruksional

dan kondisi iklim sekolah yang wujud di sekolah- sekolah kebangsaan.

Sejauhmanakah pula hubungan kepimpinan instruksional sebagai salah satu peranan

utama guru besar dengan iklim organisasi sekolah yang mereka pimpin. Masalah

inilah yang menjadi fokus kepada kajian ini.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini telah menentukan tujuh objektif utama berdasarkan kepada

pernyataan masalah yang telah dinyatakan seperti di atas :

Page 29: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

7  

i) Mengenal pasti persepsi guru-guru terhadap amalan kepimpinan

instruksional guru besar mereka di Sekolah Kebangsaan Zon Batu Anam.

ii) Mengenalpasti persepsi guru-guru terhadap profil iklim sekolah di tempat

mereka bertugas.

iii) Mengenalpasti perbezaan persepsi guru-guru terhadap amalan dimensi-

dimensi dalam kepimpinan instruksional guru besar mereka di Sekolah

Kebangsaan Zon Batu Anam.

iv) Mengenalpasti perbezaan persepsi guru-guru terhadap faktor-faktor yang

mempengaruhi profil iklim sekolah tempat mereka bertugas di Sekolah

Kebangsaan Zon Batu Anam.

v) Mengenalpasti dimensi kepimpinan instruksional yang paling dominan

dilihat oleh guru-guru di Sekolah Kebangsaan Zon Batu Anam.

vi) Mengenalpasti kekuatan hubungan antara amalan kepimpinan

instruksional guru besar dengan profil iklim sekolah di Sekolah

Kebangsaan Zon Batu Anam.

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kepada objektif kajian yang disenaraikan, tujuh persoalan kajian

yang telah dibentuk iaitu:

Page 30: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

8  

i) Apakah persepsi guru, terhadap amalan kepimpinan instruksional guru

besar mereka di Sekolah Kebangsaan Zon Batu Anam Segamat?

ii) Apakah persepsi guru, terhadap profil iklim sekolah tempat mereka

bertugas di Sekolah Kebangsaan Zon Batu Anam Segamat?

iii) Apakah terdapat perbezaan persepsi guru-guru terhadap amalan

kepimpinan instruksional guru besar mereka di Sekolah Kebangsaan Zon

Batu Anam Segamat?

iv) Apakah terdapat perbezaan persepsi guru-guru terhadap profil iklim

sekolah tempat mereka bertugas di Sekolah Kebangsaan Zon Batu Anam

Segamat?

v) Apakah dimensi kepimpinan instruksional yang paling dominan dilihat

oleh guru-guru di Sekolah Kebangsaan Zon Batu Anam ?

vi) Apakah terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan

instruksional guru besar dengan profil iklim sekolah?

1.6 Hipotesis Kajian

Bagi mencari jawapan kepada persoalan-persoalan kajian di atas, hipotesis-

hipotesis kajian berikut diuji pada aras kesignifikan 0.05. Hipotesis diterima jika

hasil ujian adalah signifikan pada aras yang lebih besar dari yang ditetapkan. 

Page 31: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

9  

i) Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan di kalangan guru-guru

terhadap amalan kepimpinan instruksional guru besar mereka.

ii) Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan di kalangan guru-guru

terhadap profil iklim sekolah mereka.

iii) Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan di kalangan guru-guru

terhadap dimensi pentakrifan matlamat sekolah dalam kepimpinan

instruksional.

iv) Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan di kalangan guru-guru

terhadap dimensi pengurusan program pengajaran dan kepimpinan

instruksional.

v) Tidak terdapat perbezaan persepsi yang signifikan di kalangan guru-guru

terhadap dimensi pemupukan iklim pembelajaran dalam kepimpinan

instruksional.

vi) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara amalan kepimpinan

instruksional guru besar dengan profil iklim sekolah yang dipimpinnya.

vii) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi pentakrifan

matlamat sekolah dan kepimpinan instruksional guru besar dengan iklim

sekolah yang dipimpinnya.

viii) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara pengurusan program

pengajaran dalam kepimpinan instruksional guru besar dengan iklim

sekolah yang dipimpinnya.

Page 32: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

10  

ix) Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara dimensi pemupukan

iklim pembelajaran dalam kepimpinan instruksional guru besar dengan

iklim sekolah yang dipimpinnya.

1.7 Kepentingan Kajian

Kajian ini memberikan beberapa kepentingan kepada pihak-pihak yang

tertentu. Sebagaimana yang dikemukakan di atas, kajian ini bertujuan untuk

mengetahui samaada wujudnya hubungan antara kepimpinan instruksional guru besar

dengan kondisi iklim organisasi di sesebuah sekolah. Jika terdapat hubungan yang

signifikan antara kedua-dua variable, berapa besarkah pula pengaruh kepimpinan

tersebut terhadap pembentukan iklim yang kondusif untuk berlakunya proses

pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Dapatan kajian ini dapat memberikan

maklumat kepada pihak-pihak yang berkaitan tentang tindakan yang perlu di ambil

kira dalam usaha mereka untuk melahirkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan

seterusnya menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan ilmu pengetahuan.

Cita-cita yang tinggi ini menuntut adanya anjakan paradigma dalam

memberikan ruang lingkup peranan dan tanggungjawab guru besar agar sesuai

dengan persaingan dalam era globalisasi pada masa akan datang. Bagi Kementrian

Pelajaran Malaysia (KPM), dapatan ini dapat dijadikan panduan dalam penggubalan

dasar dan perancangan bentuk latihan dalam program kepengetuaan yang sering

dijalankan. Ia juga boleh dijadikan rujukan oleh Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)

dalam merancang program peningkatan tahap profesionalisme guru besar agar sesuai

dengan tuntutan para ibubapa dan masyarakat pada masa akan datang.

Page 33: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

11  

1.8 Kerangka konsep

Rajah 1.1 di bawah menunjukkan kerangka konsep yang dijadikan panduan

dalam kajian ini. Berdasarkan rajah ini, kajian ini melibatkan dua variabel yang akan

diuji darjah korelasi antara keduanya. Variabel bebas dalam kajian ini ialah

kepimpinan instruksional yang difokuskan kepada 3 dimensi utama iaitu :

(i)Pentakrifan Matlamat Sekolah (ii) Pengurusan Program-program Pengajaran dan

(iii)Pembentukan Iklim Sekolah yang kondusif.

Variabel bersandar ialah iklim sekolah yang diwakili oleh lapan faktor

penyumbang pembentukan iklim yang positif iaitu rasa hormat dan dihormati, saling

percaya-mempercayai, semangat yang tinggi, kejeleketan di kalangan anggota,

peluang untuk menyumbang idea dan melibatkan diri, terbuka terhadap perubahan

dan penambahbaikan, budaya penyayang yang menjadi amalan dan peningkatan

terhadap akademik dan hubungan sosial yang berterusan.

Page 34: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

12  

               

Rajah 1.1 : Kerangka Konsep Kepimpinan Instruksional dan Iklim Sekolah

 K E P I M P I N A N  I N S T R U K S I O N A L  

Takrif  Matlamat 

Urus Program 

Pupuk Iklim 

• Rasa hormat

• Saling percaya

• Semangat tinggi

• Kejeleketan

• Peluang terlibat

• Pembaharuan

• Penyayang

• Peningkatan tahap akademik dan hubungan sosial 

Pembolehubah Bersandar

Pembolehubah Tidak Bersandar

IKLIM SEKOLAH 

Page 35: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

13  

1.9 Skop Kajian

Oleh kerana kajian ini hanya melibatkan dua variabel sahaja sebagaimana

yang telah dijelaskan dalam kerangka konsep di atas, maka skopnya adalah seperti

berikut :

i) Kajian hanya memberi tumpuan kepada hubungan antara amalan

kepimpinan instruksional guru besar dengan profil iklim sekolah yang

dipimpinnya. Faktor-faktor lain juga mempunyai hubungan dengan profil

sekolah, sebagai contoh kepimpinan pentadbir adalah diabaikan.

ii) Kajiaan ini hanya melibatkan persepsi guru-guru terhadap amalan

kepimpinan instruksional guru besar mereka dan profil iklim sekolah

tempat di mana mereka bertugas sahaja. Persepsi dan pendapat daripada

pihak-pihak lain misalnya pelajar dan ibu bapa tidak di ambil kira.

iii) Kajian ini hanya berfokus kepada amalan kepimpinan terhadap guru besar

berdasarkan dimensi dan fungsi yang dikemukakan oleh Hallinger &

Murphy (1987) sahaja.

iv) Kajian ini hanya melihat profil iklim sekolah berdasarkan faktor-faktor

yang dicadangkan oleh Howard et al 1987 sahaja.

1.10 Batasan Kajian

Berpandukan kepada variabel-variabel yang dikaji, kajian ini menjadikan

kepimpinan guru besar dan profil sekolah sebagai fokus melalui persepsi guru-guru.

Page 36: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

14  

Untuk menjadikan agar kajian ini dapat dijalankan dengan lebih terarah dan tidak

terpesong dari ruang lingkup masalah dan objektif yang telah digariskan sebelum ini,

beberapa batasan telah ditetapkan seperti berikut :

(a) Kajian ini hanya menilai amalan kepimpinan instruksional lapan orang guru

besar sekolah kebangsaan di Zon Batu Anam sahaja. Kepimpinan

instruksional guru besar di sekolah-sekolah jenis kebangsaan atau sekolah

agama kerajaan negeri tidak dinilai.

(b) Kajian ini hanya menilai profil iklim sekolah bagi lapan buah sekolah di Zon

Batu Anam sahaja. Profil bagi ikilim bagi sekolah-sekolah jenis kebangsaan

dan sekolah agama kerajaan negeri tidak diambil kira.

(c) Kajian ini dijalankan secara tinjauan dan terbatas kepada penggunaan item-

item yang terdapat di dalam soal selidik:

• Principal Instructional Management Rating Scale untuk mengukur

persepsi guru-guru tentang amalan kepimpinan instruksional guru

besar ; dan

• The CFK Ltd.School Climate Profile untuk mengukur persepsi guru-

guru tentang profil iklim sekolah tempat mereka bertugas.

Instrumen-instrumen tersebut telah diubah suai mengikut kesesuaian

penggunaannya di Malaysia dan telah digunakan oleh beberapa orang

pengkaji sebelum ini.

(d) Oleh kerana responden kajian hanya melibatkan guru-guru sekolah

kebangsaan dari lapan buah sekolah Zon Batu Anam maka dapatan kajian

mungkin tidak sesuai untuk dibuat generalisasi bagi tempat-tempat lain.

Page 37: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

15  

1.11 Definisi Operasional

Kajian ini menggunakan kedua-dua variabel dan diberikan definisi yang khusus

untuk kegunaan kajian ini sebagaimana berikut :

1.11.1 Kepimpinan Instruksional

Kajian ini menggunakan definisi kepimpinan instruksional yang dikemukakan

oleh Hallinger & Murphy 1987. Dalam konteks ini kepimpinan instruksional merujuk

kepada tiga dimensi dalam aktiviti kepimpinan pengetua. Aktiviti in telah

dikelompokkan dengan meliputi 11 fungsi kepimpinan instruksional menurut persepsi

guru-guru seperti berikut :

(a) Pentakrifan matlamat sekolah

• Penetapan matlamat sekolah

• Penyebaran matlamat sekolah

• Penguatkuasaan dasar akademik pelajar

(b) Pengurusan program pengajaran

• Pencerapan dan penilaian pengajaran

• Penyelarasan kurikulum

• Pengawasan kemajuan pelajar

• Penjagaan waktu pengajaran

(c) Pemupukan iklim pengajaran dan pembelajaran

• Pengukuhan usaha guru

• Sokongan dalam aktiviti pengajaran

• Pemberian insentif untuk pembelajaran

• Penggalakkan perkembangan professional

Page 38: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

16  

1.11.2 Iklim sekolah

Iklim sekolah ialah istilah yang digunakan untuk menggambarkan perasaan

seseorang terhadap sekolah tempat ia belajar dan bekerja (Sweeny,1988), (Howard et

al, 1987) telah menggariskan lapan faktor utama yang turut memberikan sumbangan

dalam usaha untuk mewujudkan iklim sekolah positif iaitu :

• Hormat-menghormati – menghormati idea dan pandangan guru.

• Saling mempercayai – memberikan kepercayaan kepada individu di sekolah

untuk melakukan sesuatu yang dapat meningkatkan bakat dan keyakinan

mereka.

• Semangat yang tinggi – memberikan sokongan moral yang tinggi dalam

melakukan sesuatu perkara.

• Kejeleketan – memastikan setiap individu di sekolah merasakan bahawa

mereka adalah sebahagian daripada sekolah.

• Peluang untuk turut serta – melibatkan individu sekolah bersama-sama dalam

proses pembuatan keputusan yang tertentu bagi meningkatkan nilai kendiri

mereka.

• Pembaharuan – melakukan pembaharuan yang tidak menjadi ancaman tetapi

merupakan sesuatu yang menarik dan seronok untuk dilakukan.

• Budaya penyayang – membuatkan individu sekolah merasakan bahawa

mereka sentiasa di sayangi.

• Peningkatan – peningkatan akademik dan hubungan sosial yang berterusan.

Memberikan peluang yang berterusan kepada individu sekolah untuk

meningkatkan pencapaian akademik dan kemahiran sosial.

Page 39: BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS - fp.utm.my Binti Mohamed.TP.pdf · infrensi pula digunakan bagi melakukan ujian korelasi Pearson dan ANOVA satu hala. Hasil kajian menunjukkan bahawa

17  

1.12 Penutup

Sekolah sebagai institusi pendidikan paling dasar perlu membuktikan bahawa

proses dan produknya berkualiti dan sempurna. Oleh itu, budaya kerja semua pihak

wajar menjadi sorotan dan kajian secara berterusan, agar sekolah dilihat sebagai

tempat yang menarik dan menyeronokkan maka ia perlu diperkasa dan diperkaya

dengan sebaik mungkin.

Amalan kepimpinan instruksional yang cekap dan berkesan dalam semua dimensi

kepimpinan dan pengurusan amat penting sebagai penggerak warga sekolah bagi

menunaikan amanah dan tanggungjawab secara kolektif untuk membangunkan modal

insan melalui program dan aktiviti pendidikan berkualiti serta holistik di sesebuah

sekolah.