tokoh karl pearson

Upload: farahshazwani

Post on 31-Oct-2015

348 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

statistik

TRANSCRIPT

Statistik

TUGASAN 2:LAPORAN PENYELIDIKAN TENTANG SUMBANGAN AHLI STATISTIKMTE 3105 STATISTIK1MATEMATIK KEPUTUSAN (MTE 3104)

STATISTIK

PENGENALANPerkataanstatistiksebenarnya adalah terbitan daripada perkataan Latinstatusbermaksud state atau negeri ataupun negara.Penggunaan awal statistik adalah melibatkan pengumpulan data atau maklumat yang menerangkan tentang beberapa aspek berkaitan dengan sesebuah negeri ataupun negara semenjak zaman Mesir, Greek dan Rom lagi.Apakah yang diamksudkan dengan statistik?

Ketika itu data yang dikumpul hanyalah untuk tujuan memudahkan pengutipan cukai dan kerahan tenaga.Statistik ini kemungkinannya berkaitan denganbidang-bidangseperti sukan, pasaran saham, kesihatan, pengeluaran pertanian negara, pencemaran udara, maklumat tentang perindustrian dan sebagainya.

Statistik sebagai salah satu bidang ilmu adalah merujuk kepada kaedah-kaedah mengumpul, menyusun, mempersembah dan mentafsir data untuk membantu kita membuat keputusan yang lebih efektif. Websters Third New International Dictionary memberikan definasi statistik yang komprehensif sebagai sains yang berurusan dengan pungutan, analisis, tafsiran dan persembahan data numerik.

Menurut ahli-ahli statistik, statistik merupakan satu bidang matematik yang menghasilkan teori dan kaedah untuk menganalisis data. Kesimpulannya, statistik bererti satu set teori dan kaedah yang boleh digunakan untuk memahami data.

KEGUNAAN STATISTIKPenggunaan statistik semakin meluas dalam kehidupan seharian dalam pelbagai bidang.

Bidang PendidikanStatistik boleh diguna untuk menunjukkan taburan pelajar mengikut pencapaianMaklumat ini boleh dibentangkan dengan menggunakan jadual atau grafik seperti histogram/carta pai.Statistik juga boleh digunakan untuk menguji hipotesis tertentu, misalnya menguji sama ada wujud hubungan antara lama masa belajar dengan pencapaian.Selain menguji hubungan, kaedah statistik boleh digunakan untuk menguji perbezaan antara dua min atau lebih, iaitu dengan menggunakan ujian-t atau ANOVA.

Bidang EkonomiHarga barangan di pasaraya, harga jualan rumah, tukaran wang, pengeluaran industri danlain-lainlagi adalah antara petunjuk ekonomi yang selalu dinilai bagi membuat keputusan berkaitan tahap kawalan terhadap penawaran wang oleh Bank Negara.Bidang Perubatan statistik digunakan dalam menentukan diagnosis sesuatu penyakitteori kebarangkalian digunakan dalam menentukan penyakit bagi seseorang pesakit. Anslisis sampel darah.

Bidang PertanianPengeluaran tanaman bahan makanan Statistik nilai import dan exportPenghasilan baka cilim merah dan anggaran hasil keluaran cili merah baru. Bidang PenyelidikanJabatan Kaji Cuaca, misalnya, memberikan statistik hujan/ ramalan hujan setiap bulanStatistik kemalangan jalan raya .

KEPENTINGAN-KEPENTINGAN STATISTIKAda 2 sebab utama kenapa perlunya belajar statistik.Perkembangan pengumpulan data berkaitan dengan operasi dalam perniagaan dan kerajaan adalah begitu pesat sekali. Oleh itu kita perlu tahu bagaimana menilai fakta-fakta yang bersifat angka ini yang begitu kerap diterbitkan sama ada ianya berkaitan dengan politik, ekonomi atau kajian sosial.

Membuat keputusan yang lebih berkesan Contohnya dalam bidang perniagaan, dimana data dikumpul untuk meramalkan jualan dan keuntungan. Dalam bidang kejuruteraan dan proses pembuatan dalam mengawasi mutu sesuatu produk.

TOKOH STATISTIKKARL PEARSON1857-1936

The mathematician, carried along on his flood of symbols, dealing apparently with purely formal truths, may still reach results of endless importance for our description of the physical universe

BIOGRAFI KEHIDUPAN KARL PEARSONKarl Pearson, seorang British.Dilahirkan pada 27 March 1857 merupakan anak kepada William Pearson, seorang peguam yang berjaya dari Inner Temple.Ibunya, Fanny Smith dan bapanya berasal dari keluarga Yorkshire. Mendapat pendidikan awal di rumah, bapanya mempengaruhinya supaya ia menumpukan pendidikannya dalam bidang undang-undang.

Meneruskan pengajian di University College School, London dalam jurusan undang-undang.Kemudian, setelah beliau menamatkan pengajian dalam bidang perundangan, barulah Pearson telah melangkah ke arah program disiplin matematik yang ditawarkan di Kings College, Cambridge dari tahun 1879- 1980.Selama dua tahun tersebut beliau berjaya meraih tahap kepujian dalam bidang ini.

Di satu sisi kehidupannya yang lain, beliau berkahwin dengan Maria Sharpe pada tahun 1890 ini dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu dua anak perempuan, Sigrid dan Helga dan seorang anak lelaki, Egon.Namun begitu, pada tahun 1928, Maria pergi dahulu buat selama-lamanya, sebelum beberapa tahun kemudian, barulah beliau berkahwin dengan Margaret Child, seorang pelajar di University College.

Pada tahun 1884, hierarki intelektual Pearson kian melonjak naik apabila beliau telah dilantik sebagai Professor Goldsmid bagi Matematik Gunaan & Mekanik di University College, London, yang mana 23 tahun kemudian beliau akhirnya memimpin jabatan ini.Sebenarnya, dalam tempoh tahun 1891 hingga 1894, Pearson secara konsisten turut menyampaikan kuliah tentang geometri di Grisham College.

Pearson turut menjadi Professor pertama dalam bidang Eugenik sehinggalah beliau bersara sepenuhnya dalam dunia akademia pada tahun 1933.Pencapaian:Beliau telah dianugerahi oleh Kings College, Cambridge satu geran pembiayaan kewangan di antara 1880 hingga 1886, tanpa sebarang obligasi 1898: Darwin Medal1911: Honorary degree of LLD daripadaUniversity of St Andrews1911: DSc daripada University of London1920: Ditawarkan Order of the British Empire tetapi menolak.1932: Dianugerahkan the Rudolf Virchow medal oleh the Berliner Anthropologische Gesellschaft1935: Ditawarkan aknighthood tetapi menolak.

Pada 27 April 1936, dunia telah kehilangan seorang tokoh yang telah banyak memberi sumbangan besar terhadap dunia matematik dan statistik serta menjadi sumber inspirasi kepada ramai ilmuan statistik .Beliau meninggal dunia di Coldharbour, Surrey, England

Dari kiri: Egon Sharpe Pearson; Karl Pearson; Maria Pearson, Sigrid Letitia Sharpe Pearson

PERANAN DALAM PERKEMBANGAN STATISTIK

Pearson telah mencipta banyak penemuan dan rumusan-rumusan baru termasuklah kaedah statistik yang klasik melalui pemikirannya banyak digunakan sehingga ke hari ini.Antara contoh sumbangan beliau adalah:Pekali Korelasi Pearson (Correlation coefficient) yang diilhamkan oleh Francis Galton yang ditakrifkan sebagai kajian product-moment dan hubungannya dengan regresi linear.Memperkenalkan method of moment iaitu satu konsep yang ditemui melalui fizik seperti statistik deskriptif.

Pearson's system of continuous curves iaitu satu sistem taburan kebarangkalian yang berterusan secara konvesional.Jarak Khi ialah kes yang melibatkan Jarak Mahalanobis.Nilai-P ditakrifkan sebagai kebarangkalian ukuran sebuah bola dengan nilai hipotesis sebagai titik pusat dan jarak khi sebagai jejari.Ujian khi-kuasa dua Pearson iaitu satu ujian hipotesis yang menggunakan anggaran normal untuk data diskret.

Mengembangkan serta mengaplikasi statistik dengan luas dalam bidang biologi, ubat-ubatan dan sejarah sosial.Beliau bersama-sama Weldon dan Francis Galton, iaitu pengasas Sekolah Eugenik di University College London mengembangkan teori statistik dengan menghasilkan jurnalBiometrika

Mewujudkan Jabatan Statistik Gunaan yang menggabungkan Makmal Biometrik dan Galton Laboratory, University College London. Tahun 1922 hingga 1934, beliau telah berjaya memperkemaskan jadual Statistian dan Biometrian serta jadual Ketidaklengkapan Fungsi Beta dan Fungsi Gamma.

Dua bukunya yang pertama ialah hasil kumpulan syarahan-syarahannya yang dibukukan dibawah tajuk iaitu The Chances of Death and Other Studies in Evolution (dua Jilid, 1897) manakala yang satu lagi ialah The Ethics of Freethought and Other Aaddresses and Essay (1901). Buku-bukunya ini telah dipuji oleh Eisenhart (1974) sebagai antara bahan yang terawal dalam bidang statistik serta merangkumi penerangan bagaimana untuk menilai populasi dengan menggunakan sukatan saintifik.

Karya terawal yang dibukukan dalam bidang statistik

JurnalBiometrika yang dihasilkan bersama Weldon dan Galton

University College London