kesinambungan subjek matematik dengan subjek lain.docx

6
Kesinambungan subjek Matematik dengan bidang lain 1) Kemahiran Hidup Di dalam bab 10 Matematik tingkatan 5, pelan dan dongakan telah dikenalpasti mempunyai kesinambungan dengan subjek Kemahiran Hidup dalam bab 2 tingkatan 1 iaitu Reka Bentuk Penghasilan projek. Dalam bab ini, pelajar perlu membuat lukisan isometrik lakaran 2D bagi menunjukkan bentuk objek yang sebenar dalam dua atau tiga pandangan. Contoh lakaran 2D ialah lukisan ortografik yang menunjukkan bentuk projek tiga pandangan iaitu pandangan atas(pelan), pandangan hadapan dan pandangan sisi. Lukisan ini amat penting bagi pelajar sebelum membuat projek kayu yang sebenar. Contohnya :

Upload: izara05012

Post on 17-Dec-2015

93 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Kesinambungan subjek Matematik dengan bidang lain1) Kemahiran Hidup Di dalam bab 10 Matematik tingkatan 5, pelan dan dongakan telah dikenalpasti mempunyai kesinambungan dengan subjek Kemahiran Hidup dalam bab 2 tingkatan 1 iaitu Reka Bentuk Penghasilan projek. Dalam bab ini, pelajar perlu membuat lukisan isometrik lakaran 2D bagi menunjukkan bentuk objek yang sebenar dalam dua atau tiga pandangan. Contoh lakaran 2D ialah lukisan ortografik yang menunjukkan bentuk projek tiga pandangan iaitu pandangan atas(pelan), pandangan hadapan dan pandangan sisi. Lukisan ini amat penting bagi pelajar sebelum membuat projek kayu yang sebenar.

Contohnya :

2) Fizik Fizik adalah satu bidang yang amat berkait rapat dengan Matematik. Kebanyakkan prinsip-prinsip yang digunakan di dalam Fizik adalah daripada Matematik. Konsep geometri di dalam Matematik telah diaplikasikan di dalam Fizik. Sebagai contoh pertama, di dalam konsep keseimbangan daya, konsep vektor, sudut dan garis serta trigonometri daripada Matematik telah di aplikasikan bagi prinsip paduan daya. Ia ditunjukkan dalam penyelesaian situasi berikut :

Rajah disebelah menunjukkan seorang pekerja sedang

menolak sebuah penggelek konkrit di atas padang dengan daya 120N. Hitungkan komponen mengufuk dan komponen menegak bagi daya itu. Apakah fungsi setiap komponen itu?

Penyelesaian : ialah komponen mengufuk manakala ialah komponen menegak.

Matematik telah juga telah diaplikasikan dalam fizik dalam konsep kerja dibawah tajuk keseimbangan daya.

Rajah di atas menunjukkan satu daya , F yang condong pada sudut , kepada garis mengufuk menggerakkan suatu objek melalui sesaran mengufuk , s. Dalam kes ini, kerja yang dilakukan ialah

Dalam konsep kerja, prinsip trigonometri serta garis dan sudut telah digunakan bagi menyelesaikan masalah. Konsep garis dan sudut juga telah diaplikasikan di dalam prinsip pantulan cahaya dan pembiasan

Hukum pantulan menyatakan apabila cahaya dipantulkan, sudut tuju, i adalah sama dengan sudut pantulan, r. Jika sudut tuju adalah 30 maka sudut pantulannya juga adalah 30 . Hukum ini diilustrasikan dalam rajah di atas.

Manakala bagi hukum pembiasan, selain garis dan sudut, konsep triginometri telah diaplikasikan seperti dalam rajah di atas. Hukum pembiasan dikenal sebagai Hukum Snell. Hukum Snell menyatakan sinar cahaya yang merembat dari medium yang kurang tumpat ke medium yang lebih tumpat, indeks biasan medium, n ditentukan dengan persamaan :

3) Geografi

Dalam bidang Geografi, konsep bearing dalam Matematik turut digunakan dalam georafi dibawah tajuk Arah. Lapan arah mata angin yang juga arah utama kompas di mana setiap arah mata angin mempunyai nilai sudut tertentu.

Selain itu, tajuk bumi sebagai sfera dalam Matematik tingkatan 5 mempunyai kesinambungan dengan Geografi dalam menentukan latitud dan longitud.

Rujukan Koo. S.H., Chong. G. C, Lam.Y. S., Heng. S. K., & Rahimah Jantan. (2012). Matematik Tingkatan 2. Selangor : Pekan Ilmu Publications. Lim.P .C.,Lim. C. C. & Toh. K. K .(2003). Fizik SPM. Selangor:Sasbadi Badariah Hamzah, Cham.Y., Chang. S. L., Koay.K .C., & Yew.K L. (2011). Fizik Tingkatan 4. Johor: Zeti Enterprise.Khaw. A. S., & Mohammad Ismail (2007). Success Geografi PMR. Selangor : Oxford Fajar Bakti.Ooi. K. L. (2014). Matematik Tingkatan 5. Selangor: Cemerlang PublicationsHajah Zainab Hj. Abd. Kadir, Kamaros Zaman Mohd Affendi, Samsudin Yasin, Rohani Abdul Majid & Sivakkumar a/l Balakrishnan. (2003). Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 1. Kuala Lumpur : Hypersurf CorporationChong. C. S.,& Ng. S. H. (2012). Fizik Tingkatan 5. Selangor : UG Press