bab 7 pearson

34
BAB 7 PENUBUHAN MALAYSIA Rohani Hj. Ab Ghani Pengenalan Penubuhan Malaysia merupakan satu sejarah yang penting dalam perkembangan pembinaan bangsa dan negara. Sekali imbas penubuhan Malaysia menampakkan kepada kita mengenai kewujudan konsep federalisme sebagaimana yang ditakrifkan oleh Wheare (1964), iaitu terdapat dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang mempunyai bidang kuasa masing masing yang terhad. Manakala Finer (1949) pula menyatakan bahawa kerajaan persekutuan merupakan susunan kuasa yang terbahagi kepada dua peringkat iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kedua-dua kerajaan ini tidak boleh mengambil hak yang telah diberikan di antara satu sama lain. Ini jelas jika ditelitikan pandangan Shaikh Mohd Noor Alam (1988) yang berpandangan meskipun begitu kerajaan pusat mempunyai kuasa kuasa tertentu terhadap kerajaan negeri namun secara keseluruhannya ia merupakan satu bentuk sistem pemerintahan dan pentadbiran yang tidak melibatkan campurtangan dalam beberapa perkara yang telah dipersetujui bersama antara kedua dua kerajaan tersebut. Oleh yang demikian, kewujudan konsep federalisme lebih menjurus kepada pembentukan sistem urus tadbir yang lebih baik dalam sesebuah negara. Dalam konteks negara kita sistem federasi yang wujud melalui penubuhan Malaysia telah memberikan ruang dan masa depan untuk bernegara secara demokrasi bagi seluruh rakyat. Latarbelakang Sebenarnya penggabungan Tanah Melayu (Malaysia) dengan wilayah-wilayah sekitar bukan merupakan suatu perkara yang 1

Upload: ian-wolfe

Post on 31-Oct-2014

126 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 7 Pearson

BAB 7

PENUBUHAN MALAYSIARohani Hj. Ab Ghani

Pengenalan

Penubuhan Malaysia merupakan satu sejarah yang penting dalam perkembangan pembinaan bangsa dan negara. Sekali imbas penubuhan Malaysia menampakkan kepada kita mengenai kewujudan konsep federalisme sebagaimana yang ditakrifkan oleh Wheare (1964), iaitu terdapat dua peringkat kerajaan iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri yang mempunyai bidang kuasa masing masing yang terhad. Manakala Finer (1949) pula menyatakan bahawa kerajaan persekutuan merupakan susunan kuasa yang terbahagi kepada dua peringkat iaitu kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Kedua-dua kerajaan ini tidak boleh mengambil hak yang telah diberikan di antara satu sama lain. Ini jelas jika ditelitikan pandangan Shaikh Mohd Noor Alam (1988) yang berpandangan meskipun begitu kerajaan pusat mempunyai kuasa kuasa tertentu terhadap kerajaan negeri namun secara keseluruhannya ia merupakan satu bentuk sistem pemerintahan dan pentadbiran yang tidak melibatkan campurtangan dalam beberapa perkara yang telah dipersetujui bersama antara kedua dua kerajaan tersebut. Oleh yang demikian, kewujudan konsep federalisme lebih menjurus kepada pembentukan sistem urus tadbir yang lebih baik dalam sesebuah negara. Dalam konteks negara kita sistem federasi yang wujud melalui penubuhan Malaysia telah memberikan ruang dan masa depan untuk bernegara secara demokrasi bagi seluruh rakyat.

Latarbelakang

Sebenarnya penggabungan Tanah Melayu (Malaysia) dengan wilayah-wilayah sekitar bukan merupakan suatu perkara yang baru. Ia merupakan satu nation of intent atau bangsa idaman yang diperjuangkan oleh ramai tokoh nasionalis Nusantara seperti Ibrahim Yaakub, Sukarno, Jose Rizal dan lain-lain lagi. Walaupun kesatuan wilayah yang dicita-citakan itu yang meliputi Tanah Melayu, Indonesia dan Filipina dikenali dengan nama yang berbeza iaitu ”Malaysia Irrendenta” di Filipina, ”Indonesia Raya” di Indonesia dan ”Melayu Raya” di Malaysia, kesemuanya mempunyai satu maksud iaitu gagasan bagi pembentukan kelompok-kelompok dalam rumpun Melayu dengan matlamat untuk menjadi sebuah negara-bangsa besar di Nusantara (Abdul Rahman, 2000). Malah jika ditinjau dari segi sejarah kerajaan-kerajaan Melayu di Nusantara ini, kerajaan-kerajaan seperti Seriwijaya, Majapahit dan kerajaan Melayu Melaka merupakan kerajaan-kerajaan agung yang mempunyai jajahan takluk yang luas yang merangkumi sebahagian besar dari kawasan Kepulauan Melayu atau Malay Archipelago. Namun begitu penggabungan ini akhirnya telah terpecah berikutan dengan keruntuhan kerajaan-kerajaan Melayu seperti kejatuhan kerajaan Melayu Melaka. Malaysia dan Indonesia kemudiannya terbahagi kepada dua entiti politik yang berbeza apabila termetrainya Perjanjian Inggeris

1

Page 2: Bab 7 Pearson

Belanda pada tahun 1824. Perjanjian ini secara rasminya memperakukan bahawa kuasa British diberikan hak untuk menguasai Tanah Melayu manakala Belanda menguasai Indonesia.

Sebelum penubuhan Malaysia, Sabah, Sarawak dan Singapura serta Tanah Melayu berada dalam sistem pentadbiran yang berbeza. Melayu merupakan wilayah yang paling awal mencapai kemerdekaan iaitu pada tahun 1957. Manakala Singapura pula sejak tahun 1955 telah dibenarkan untuk menjalankan pemerintahan sendiri tetapi masih belum mencapai kemerdekaan. Sementara itu bagi Sabah, bermula pada tahun 1881 wilayah ini menjadi unit politik yang tersendiri dan berada di bawah naungan British dan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British atau The British North Borneo Chartered Company (Sabihah, 1985). Syarikat ini telah diberikan kuasa untuk mentadbir wilayah ini. Selepas Perang Dunia Kedua (PD II), Borneo Utara telah menjadi Tanah Jajahan British (British Crown Colony) secara langsung apabila Syarikat Berpiagam Borneo Utara tidak mampu untuk memulihkan kemusnahan akibat PD II di wilayah itu. Bagi Sarawak pula, wilayah itu dikuasai oleh Raja Brooke yang telah berjaya mendapatkan jajahan tersebut dari Kesultanan Brunei. Raja Brooke berkuasa dalam hal ehwal dalaman dan menerima nasihat Inggeris dalam hal ehwal luar negara. Selepas PD II, ia telah ditadbir oleh British Borneo Civil Affairs Unit yang dikawal selia oleh tentera Australia. Pada tahun 1946, Brooke telah menyerahkan kedaulatan takhta pemerintahan Brooke kepada British. Manakala Brunei merupakan sebuah negeri Melayu yang tersendiri tetapi bersetuju menerima nasihat-nasihat dari Residen British kecuali dalam soal-soal agama dan adat istiadat dan raja Brunei mempunyai kuasa kawalan secara langsung dalam pemerintahan negara itu.

Idea ke arah penggabungan wilayah-wilayah jajahan British di sekitar Tanah Melayu sebenarnya telah lama muncul. Pada tahun 1892, Lord Brasey iaitu Pengarah Syarikat Berpiagam Borneo Utara pada masa itu mencadangkan percantuman wilayah Borneo Utara dengan Tanah Melayu atas kepentingan ekonomi dan pentadbiran penjajah British. Baginya penyatuan wilayah-wilayah Borneo dengan Tanah Melayu yang pada masa itu lebih dikenali dengan nama Negeri-Negeri Selat dan beberapa buah negeri naungan yang lain seperti Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan juga Pahang akan dapat mempermudahkan pentadbiran dan menjimatkan perbelanjaan pengurusan. Namun, cadangan beliau telah tidak direstui oleh para pemegang saham syarikat tersebut pada tahun 1894 (Milne dan Mauzy, 1992).

Selepas PD II, wujud keinginan pihak British untuk mencantumkan wilayah-wilayah di Tanah Melayu di bawah skim Malayan Union tetapi telah telah gagal kerana ia ditolak oleh penduduk Melayu di Tanah Melayu. Keinginan tersebut menjadi lebih besar menjelang tahun-tahun 1949 dan 1950. Hasrat ini disuarakan oleh Pesuruh-Jaya Jeneral British di Asia Tenggara yang menggelarkan idea pencantuman ini sebagai Grand Design. Menurut beliau pencantuman tersebut perlu meliputi British Malayan dan wilayah Borneo. (FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970). Mac Donald yang menggesa London supaya bersetuju dengan cadangannya menyatakan bahawa Grand Design merupakan projek utama bagi British di rantau Asia Tenggara. Namun cadangan tersebut dianggap oleh pihak Pejabat Jajahan (Colonial Office) sebagai terlalu awal kerana Tanah

2

Page 3: Bab 7 Pearson

Melayu masih sibuk dengan persoalan pembentukan perlembagaan menjelang kemerdekaan manakala Sabah dan Sarawak pula memerlukan masa yang lebih lama untuk mencapai kemajuan politik, ekonomi dan pendidikan sebelum wilayah-wilayah tersebut bersedia untuk bergabung dengan Tanah Melayu (Easter, 2004).

Sebenarnya idea penggabungan ini bukan sahaja lahir dari kalangan pentadbir British sahaja kerana pada tahun 1954, seorang anak tempatan iaitu Ghazali Shafie telah mengemukakan idea yang hampir sama. Dalam memoir beliau, Ghazali Shafie (1998) menyatakan; ”It was while as a student of law at the University College of Wales, Aberystwyth that I began to think of a greater union comprising the States of the Federation of Malaya, Singapore, Sarawak, Brunei and North Borneo”. Di kalangan pemimpin politik tempatan, cadangan penggabungan ini telah juga dikemukakan. Misalnya Tunku Abdul Rahman Putra telah memperkatakan tentang percantuman Persekutuan Tanah Melayu dengan Pulau Singapura. Perkara ini telah disebut dalam Perhimpunan Agung Tahunan UMNO pada tahun 1955. Namun pada masa ini Tunku tidak menunjukkan minat ke arah penggabungan Tanah Melayu dan Singapura kerana bimbangkan soal imbangan kaum di antara bangsa Melayu dan Cina. Malah idea untuk menggabungkan Singapura dengan Tanah Melayu pada masa ini begitu ditentang oleh tokoh-tokoh UMNO yang disifatkan oleh Tunku sebagai ultras. Mereka menolak sebarang keadaan yang akan membolehkan kedudukan masyarakat Cina di Tanah Melayu menjadi semakin kuat termasuklah melalui penggabungan Tanah Melayu dan Singapura. Namun begitu dalam satu perbincangan antara Tunku dengan Malcolm MacDonald pada tahun 1958, beliau menyatakan kesediaan untuk bergabung dengan Singapura sekiranya dalam masa yang sama tiga wilayah Borneo Utara bergabung dengan Tanah Melayu. Perkara ini juga dinyatakan oleh Tunku kepada Pesuruh Jaya Tinggi British pada masa itu iaitu Sir Geofroy Tory (FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970). Soal penggabungan Sabah dan Sarawak menjadi sangat penting bagi mengimbangi komposisi penduduk Melayu dan pribumi dengan penduduk berbangsa Cina.

Situasi Sebelum Percantuman

Sebenarnya telah wujud beberapa keadaan di Singapura dan wilayah Borneo serta Brunei yang boleh dijadikan gambaran awal terhadap minat mereka dalam soal federasi dengan Tanah Melayu. Bagi Singapura bermula pada tahun 1960, negara itu telah mengalami peningkatan masalah ekonomi kerana peningkatan populasi penduduk yang mendadak. Dalam masa yang sama perdagangan entrepot tradisional mereka menghadapi penurunan apabila Indonesia dan Malaysia mula mengurangkan pergantungan urusan perdagangan mereka dengan negara itu. Keadaan ini telah mempengaruhi minat pelabur-pelabur ke atas Singapura. Selain dari itu, bagi pemimpin Singapura, penggabungan Singapura dengan Malaysia dilihat akan berjaya mengalihkan perhatian perdagangan Borneo Utara yang sebelum ini tertumpu kepada Hong Kong ke Singapura (FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970).

Bagi wilayah Borneo pula, tidak dapat dinafikan bahawa dalam sekitar tahun 1960-an pencapaian ekonomi dan politik mereka masih ketinggalan. Walaupun wilayah ini mempunyai beberapa hasil galian yang berharga namun soal kekurangan tenaga buruh

3

Page 4: Bab 7 Pearson

menjadi masalah utama untuk meningkatkan pengeluaran. Sementara itu kesedaran politik di wilayah Borneo juga lebih lambat berkembang berbanding dengan wilayah-wilayah jiran. Walau bagaimanapun beberapa pertubuhan yang bersifat politik yang telah muncul seperti Clandestine Communist Organization (CCO) dan pada tahun 1959, Parti Bersatu Rakyat Sarawak atau Sarawak United People’s Party (SUPP) telah ditubuhkan dicurigai oleh British. Ini kerana pihak British mendakwa sebahagian dari anggota SUPP mempunyai hubungan dengan CCO. Ia telah mewujudkan satu ancaman keselamatan terhadap wilayah itu dan kawasan-kawasan sekitar walaupun pada masa itu CCO masih belum berjaya menyusup ke Borneo Utara (FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970). Oleh demikian, soal ancaman komunis ini menjadi persoalan besar bagi keselamatan Sarawak dan turut dibimbangi oleh pihak British.

Manakala di Brunei pula pada 29 September 1959, Sultan Brunei telah menandatangani satu perjanjian baru dengan British yang memberikan hak kepada British untuk mengawal hal ehwal luar dan pertahanan serta perkara-perkara yang berkaitan dengan keselamatan dalaman negara itu. Selain dari itu Pesuruh Jaya Tinggi British juga diberikan kuasa dalam menentukan sesuatu perlantikan jawatan tertinggi dalam kerajaan Brunei. Dalam masa yang sama Sultan Brunei akan menerima nasihat dari Pesuruh Jaya Tinggi British dalam kebanyakan hal ehwal pentadbiran kecuali perkara-perkara yang berkaitan dengan agama dan adat istiadat Melayu. Pada masa itu juga terdapat sebahagian dari pegawai-pegawai dari Tanah Melayu yang bertugas di negeri itu walaupun perkara ini menimbulkan rasa tidak senang di kalangan rakyat Brunei yang mendakwa pegawai-pegawai yang dihantar merupakan mereka yang kurang cekap. Soal percantuman dengan wilayah jiran juga turut menjadi satu agenda bagi Parti Ra’ayat Brunei iaitu parti yang paling dominan di negara itu. Pada April 1957, pemimpin parti tersebut iaitu Sheikh A.M. Azahari telah mengadakan satu kongres yang dihadiri oleh wakil-wakil dari SUPP dan Parti Islam Se Malaysia (PAS). Perwakilan yang menghadiri kongres ini secara dasarnya bersetuju dengan cadangan bagi ”penyatuan Borneo” dan diikuti oleh ”persekutuan seluruh Malaya” dan PAS bersetuju supaya persekutuan tersebut turut meliputi Indonesia (FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970).

Walaupun terdapat beberapa kecenderungan yang wujud di wilayah Borneo terhadap penyatuan wilayah dengan Tanah Melayu namun pada masa ini ia bukan merupakan satu perkara yang popular. Menurut Tunku (1977) pada peringkat awal, Sultan Sir Omar Ali Saifuddin begitu beriya-iya mahukan percantuman ini. Kesungguhan baginda ditunjukkan dengan kekerapan datang untuk berbincang dengan Tunku. Di samping itu juga baginda telah membina sebuah istana persinggahan di Kuala Lumpur. Kadangkala kesungguhan baginda itu kelihatan begitu mendesak-desak agar baginda dapat turut serta bersama Raja-Raja Melayu lain dalam Persekutuan. Di Borneo Utara dan Sarawak pula sebilangan rakyat tempatan beranggapan bahawa sekiranya berlaku penyatuan, peluang-peluang mereka untuk memegang jawatan-jawatan dalam kerajaan akan berkurangan berbanding dengan tempoh sebelum wujudnya penyatuan dengan Tanah Melayu (FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970).

Sementara itu bagi British pula mereka memikirkan untuk perlahan-lahan keluar

dari tanggungjawab politik dan pertahanan di tanah jajahan mereka di seluruh dunia dan

4

Page 5: Bab 7 Pearson

dalam masa yang sama mengekalkan world role atau peranan sejagat yang dimainkan oleh kuasa itu dalam dunia antarabangsa. Perubahan dasar luar British disebabkan oleh beban kewangan yang ditanggung oleh kuasa itu di samping gerakan dekolonisasi yang sedang melanda seluruh dunia pada masa itu. Dalam masa yang sama Persidangan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1960 meluluskan Perkara 1514 (XV) yang menyarankan pemberian hak kemerdekaan dan peluang untuk menentukan masa depan dan ekonomi bagi setiap negara yang masih dijajah oleh rakyat negara itu sendiri.

Faktor-Faktor yang Mendorong Percantuman

Bagi negeri-negeri di sekitar Tanah Melayu, kejayaan negara ini mencapai kemerdekaan telah memberikan inspirasi kepada pemimpin-pemimpin Sabah, Sarawak dan Singapura. Mengimbas mengenai perkara ini Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1977) menyatakan; “So I was not suprised at all when leaders from these areas should come to Kuala Lumpur and want to talk with me about how to become free like Malaya ”. Dalam tahun-tahun awal kemerdekaan Tanah Melayu sebilangan pemimpin Sabah dan Sarawak telah melawat Kuala Lumpur. Contohnya pada tahun 1958, Datu Mustapha Datu Harun bersama-sama rombongannya telah datang menemui Tunku bagi menyampaikan hasrat untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu. Mereka telah datang ke Kuala Lumpur sempena dengan Persidangan Suruhanjaya Ekonomi bagi Negara Asia dan Timur Jauh (ECAFE). Datu Mustapha begitu bersungguh-sungguh mahukan percantuman ini menjadi kenyataan (Tunku Abdul Rahman, 1980). Sepanjang lawatan tersebut mereka telah ditunjukkan dan diberikan taklimat mengenai kemajuan-kemajuan yang telah dicapai oleh Tanah Melayu sepanjang mencapai kemerdekaan.

Dalam masa yang sama, beberapa tokoh bumiputera yang telah menjadi pemimpin seperti Tuanku Haji Bujang, Abdul Rahman Yaakob, Datok Bandar Abang Openg dan Temenggung Jugah turut menyatakan hasrat bagi mengadakan perhubungan yang lebih erat dengan Tanah Melayu (Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, 1980). Sementara itu Perdana Menteri Singapura, Lim Yew Hock pula pernah mengemukakan hasrat untuk bercantum dan merdeka bersama Tanah Melayu sejak tahun 1956 lagi. Namun idea ini ditolak oleh Tunku Abdul Rahman Putra kerana Tanah Melayu sedang dalam proses kemerdekaan. Idea yang sama telah muncul kembali setelah Lee Kuan Yew memimpin Singapura apabila partinya Parti Tindakan Rakyat atau PETIR (Peoples Action Party-PAP) mencapai kejayaan dalam pilihanraya Parlimen. PAP telah berjaya memenangi 43 dari 51 kerusi pada tahun 1959. Beliau telah melahirkan pandangannya bahawa adalah mustahil bagi Singapura untuk mencapai kemerdekaan tanpa Tanah Melayu. Sehubungan dengan itu beliau melahirkan hasrat untuk bersatu dengan Persekutuan secepat mungkin.

Bagi Tunku sendiri, idea mengenai pencantuman adalah merupakan satu perkara yang menarik. Dalam satu memorandum beliau yang telah dihantar kepada Mac Millan pada Jun 1961, Tunku mengariskan idea mengenai Grand Design yang mencadangkan Borneo terlebih dahulu perlu muncul sebagai satu negeri dalam federasi dan hanya selepas itu baru dapat diwujudkan federasi yang lebih besar iaitu memasukkan Singapura

5

Page 6: Bab 7 Pearson

ke dalam federasi tersebut. Mc Millan membalas memorandum Tunku dan berpandangan bahawa perkara tersebut merupakan langkah yang baik bagi mewujudkan kestabilan politik di Asia Tenggara (FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970). Bagi Tunku juga, soal memasukkan Singapura dalam federasi Malaysia mungkin menimbulkan beberapa masalah terutama dari segi imbangan kaum Melayu dan Cina. Mengulas mengenai perkara ini Tunku (1977) menyatakan;

Take Singapore, for instance with its predominantly Chinese population; any desicion in that direction would not be easy. If some kind of ”merger” took place, the new Malayan nation would be thrown off balance with a Chinese mojority. Question on ”Why this? Or ”Why not that” would come up, especially in respect of Malay rights and other special guarentees under the Constitution.

Sehingga akhir tahun 1960-an Tunku masih belum menunjukkan minat terhadap sebarang rancangan penyatuan dengan Singapura. Bagi Tunku, perbezaan politik Singapura yang dikuasai oleh pihak kiri berbanding dengan Tanah Melayu yang dikuasai oleh sayap kanan tidak memungkin sebarang penyatuan dengan Singapura kerana Tanah Melayu merupakan sebuah kerajaan yang anti-komunis kerana mempunyai pengalaman dengan Parti Komunis Malaya (PKM) semasa tempoh Darurat 1948-1960.

Namun begitu pada Jun 1959, sebaik sahaja PAP yang diketuai oleh Lee Kuan Yew berjaya menubuhkan kerajaan, pemimpin Singapura itu berpendapat bahawa percantuman dengan Kuala Lumpur merupakan satu perkara yang penting bagi negara itu mencapai kemerdekaan penuh dengan lebih cepat. Penyatuan tersebut juga akan mampu menumpulkan pengaruh kumpulan sayap kiri dalam politik Singapura iaitu Barisan Sosialis yang menjadi saingan utama kepada PAP. Bagi beliau, dengan kemasukan dalam Malaysia yang anti-komunis, kerajaan Tanah Melayu akan lebih mampu melaksanakan dasar dan tindakan yang lebih tegas bagi melumpuhkan fahaman komunis. Lee juga mendakwa sekiranya sayap kiri berjaya memerintah Singapura maka pangkalan tentera British yang terdapat di negara itu yang merupakan antara penyumbang utama terhadap ekonomi negara juga akan terjejas (FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970).

Perkembangan dalam PAP sebenarnya banyak mempengaruhi minat Lee Kuan Yew untuk bergabung dengan Malaysia. Tahun-tahun 1959 hingga 1963 memperlihatkan konflik dalam parti itu akibat dari krisis dalaman di antara kumpulan sederhana dan kumpulan radikal yang dipimpin dalam PAP. Ia mencetuskan perpecahan yang besar dalam parti pemerintah Singapura. Kumpulan yang keluar dari PAP yang diketuai oleh Ong Eng Guan dan diikuti oleh ramai ahli PAP yang lain telah bertanding di kawasan-kawasan ini. Kumpulan serpihan ini telah dibantu oleh golongan kiri dan bertanding dalam beberapa pilihanraya kecil seperti di kawasan Anson dan kawasan Hong Lim. Dalam kedua-dua pilihanraya, PAP telah mengalami kekalahan di tangan Barisan Sosialis. Kekalahan ini merupakan satu tamparan hebat kepada PAP kerana kedua-dua kawasan sebelum ini merupakan kubu kuat PAP (Baker, 2005).

Perkembangan ini meresahkan Tunku dan menyifatkan sekiranya Singapura jatuh ke tangan komunis maka akan wujud ”Cuba 3 ¼ batu dari Malaysia” (Abdullah, 1987).

6

Page 7: Bab 7 Pearson

Namun begitu Tunku masih merasakan kemasukan Singapura ke dalam persekutuan nanti adalah sesuatu yang merbahaya jika dinilai dari sudut nisbah penduduk Melayu dan bukan Melayu pada ketika itu (lihat Jadual 1).

Jadual 1Jumlah Penduduk Di Semenanjung Tanah Melayu, Sabah, Sarawak Dan

Singapura Bagi Tahun 1961

Melayu dan Bumiputra

Cina India Lain-lain

Tanah Melayu 3,461,000 2,552,000 773,000 123,000Singapura 238,000 1,279,000 142,000 41,000Borneo 1,316,305 333,696 5,535 44,073Jumlah 5,015,305 4,164,696 920,535 208,073

Sumber : (Mohd Noor bin Abdullah, 1979).

Dalam masa yang sama Lee Kuan Yew memujuk Tunku dengan memberikan alasan bahawasanya adalah lebih merbahaya sekiranya Singapura berada di luar Malaysia dan dikuasai oleh komunis. Oleh yang demikian menurut pemimpin Singapura itu, penyatuan antara kedua-dua negara adalah perlu bagi mengawal keselamatan Singapura dan demi kepentingan ekonomi bersama. Dalam soal komunis, Lee Kuan Yew dan Tunku sama-sama bersetuju bahawa sekiranya tidak ada sebarang langkah yang drastik diambil di Singapura maka ancaman komunis boleh memberikan kesan yang buruk ke atas Malaysia (Ghazali, 1996). Namun begitu mengikut Tunku, bagi mengimbangi nisbah penduduk Melayu dan bukan Melayu maka Sabah dan Sarawak perlu dimasukkan ke dalam penubuhan Malaysia. Selain dari itu Malaysia berpegang kepada prinsip dasar luar yang ingin menolong negara-negara yang sedang dijajah untuk mencapai kenmerdekaan. Dalam pada itu juga Tunku berpandangan bahawa sekiranya kedua-dua wilayah Borneo dimasukkan ke dalam penubuhan Malaysia, penduduk-penduduk Melayu dan Bumiputra di wilayah itu akan mendapat jaminan melalui perlembagaan sebagaimana penduduk-penduduk Melayu dan Bumiputra di Tanah Melayu yang mendapat peruntukan dalam Perlembagaan Tanah Melayu 1957. Bagi Tunku juga, percantuman wilayah juga akan memperkukuhkan kerjasama yang telah sedia ada di antara Semenanjung Tanah Melayu dengan Sabah dan Sarawak yang selama ini telah menggunakan matawang yang sama di samping telah menjalani proses pertukaran dan latihan pegawai tadbir dan hakim. Di samping itu pelatih-pelatih perguruan Sabah dan Sarawak turut mendapat latihan perguruan di Semenanjung Tanah Melayu. Selain dari itu gabungan wilayah Borneo ke dalam Malaysia dilihat sebagai antara usaha yang mampu memajukan wilayah tersebut yang masih mundur dan menghadapi masalah kekurangan buruh yang serius dalam sektor pertanian dan perladangan (FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970).

Rancangan penubuhan Malaysia kemudiannya telah mendapat liputan media antarabangsa apabila pada 27 Mei 1961 Tunku telah membuat satu ucapan semasa

7

Page 8: Bab 7 Pearson

jamuan makan tengahari dengan wakil-wakil akhbar asing di Asia Tenggara yang berlangsung di Hotel Adelphi, Singapura. Ucapan tersebut antara lain menyatakan:

Tanah Melayu sebagai sebuah negara sedar bahawa ia tidak boleh hidup berasingan dan menyedari bahawa politik luar negeri penting, lambat laun Malaya akan mengadakan hubungan dengan Singapura, Borneo, iaitu satu bentuk kerjasama yang lebih dari segi ekonomi dan politik (Tunku, 1980).

Ucapan tersebut dilihat oleh banyak pihak sebagai isyarat terhadap penggabungan Malaysia dengan wilayah-wilayah sekitarnya. Perkembangan seterusnya memperlihatkan reaksi awal yang berbeza dari pelbagai pihak. Di Tanah Melayu, parti-parti pembangkang iaitu Parti Rakyat dan Parti Islam Se Malaysia (PAS) meminta Tunku agar berunding dengan parti-parti politik dan mendapatkan sokongan dari media massa. Di Singapura, Parti Rakyat telah menentang gagasan ini dan menuduh ia sebagai satu projek ”neo-kolonialisme”. Manakala di Sabah pula Donald Stephen yang pada masa itu merupakan pengarang Borneo Times telah mengecam Tunku. Sementara itu di Sarawak, semua parti politik telah menentang cadangan ini dan ia diketuai oleh Stephen Yong. Kebanyakan tokoh-tokoh politik di Sarawak dan Sabah merupakan tokoh-tokoh yang baru muncul dan memimpin barisan politik di negeri itu. Mereka antara lain seperti Donald Stephen dan Tun Datu Mustapha bin Datu Harun. Di Sarawak selain daripada Stephen Yong, tokoh-tokoh lain ialah Ong Kei Hui iaitu pengerusi (Sarawak United People’s Party (SUPP) dan Temenggung Jugah anak Barieng iaitu seorang pemimpin Dayak yang juga merupakan Yang Dipertua Parti Negara Sarawak (PANAS) (Mohd. Noor Abdullah, 1979).

Kebanyakan dari mereka turut mempunyai kesedaran politik dan ingin membebaskan negeri masing-masing dari cengkaman penjajahan British. Apabila Tunku mengemukakan cadangan penubuhan Malaysia, sebahagian dari mereka menyangka bahawa rancangan tersebut lebih merupakan satu rancangan penjajahan semula bagi menggantikan kuasa British. Perkara yang sama juga berlaku di Brunei apabila pemimpin Parti Rakyat negeri itu iatu A.M. Azahari juga menentang penubuhan Malaysia. Manakala pemimpin Parti Buruh Brunei iaitu Hapidz Laksamana menyatakan, “We are not in favour of becoming another state within the Federationof Malaysia, we favour a patnership of equal” (Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, 1977). Sehubungan dengan itu pemimpin-pemimpin ini telah bekerjasama bagi membentuk Barisan Bersatu atau United Front pada Julai 1961 bagi mencabar rancangan penubuhan Malaysia.

Sementara itu di Singapura pula Parti Rakyat menentang gagasan ini dan mendakwa ianya sebagai bersifat ”neo-kolonialisme”. Manakala beberapa parti lain seperti PAP sendiri menyatakan sokongan terhadap perkara. Ini kerana bagi Lee Kuan Yew (pemimpin PAP), rancangan penubuhan Malaysia akan mempercepatkan kemerdekaan Singapura. Perkara yang sama turut mempengaruhi sokongan dari Parti Liberal dan Parti Buruh. Kerajaan Singapura akhirnya mengeluarkan satu Kertas Putih atau White Paper iaitu Surat Perintah No. 33, 1961 iaitu persetujuan terhadap

8

Page 9: Bab 7 Pearson

penggabungan dalam Malaysia dan diluluskan oleh Majlis Undangan Singapura pada Disember 1961 (FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970).

Usaha Usaha Ke Arah Penubuhan

Walaupun pada peringkat awal Sabah, Sarawak dan setengah pihak di Singapura menentang penubuhan Malaysia namun sikap tersebut agak berubah apabila wakil Tanah Melayu yang telah hadir di Persidangan Parlimen Komanwel yang diadakan di Singapura pada Julai 1961. Perwakilan Malaysia diketuai oleh Abdul Hamid Khan dan Zainal Abidin Sulong. Kesempatan ini digunakan oleh mereka untuk menerangkan tujuan penubuhan Malaysia. Ia telah memberikan pemahaman yang lebih baik di kalangan wakil-wakil dari Sabah, Sarawak dan Singapura. Selain dari itu Ghazali Shafie juga telah turut mengadakan perbincangan dengan tokoh-tokoh dari Singapura, Sabah dan Sarawak dan mencadangkan penubuhan sebuah jawatankuasa yang akan dikendalikan oleh Donald Stephen. Hasil daripada perbincangan di kalangan mereka, satu persetujuan telah dicapai untuk menubuhkan JawatanKuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) atau Malaysian Solidarity Council Committee (MSCC) (Ghazali Shafie, 1998).

Dalam pada itu juga pada Jun 1961 Tunku telah melawat Sarawak dan Borneo Utara. Ia diikuti oleh satu lawatan lain ke Brunei pada awal Julai. Ia merupakan satu lawatan muhibbah dan bertujuan memberi penjelasan bahawa penubuhan Malaysia bukannya untuk membesarkan wilayah Tanah Melayu dan menambahkan penguasaan orang Melayu terhadap Malaysia. Hasil dari lawatan dan penerangan ini telah berjaya mengurangkan kekeliruan dan kebimbangan di kalangan pemimpin dan rakyat di Sarawak dengan Borneo Utara. Walaupun Tunku berjaya menyakinkan rakyat Sabah dan Sarawak, beliau gagal dalam mendapatkan kepercayaan rakyat Brunei. Malah Tunku telah dikecam oleh A.M. Azahari dan menganggap ia cubaan menjatuhkan maruah kerajaan Brunei (Sabihah, 1995).

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia

JPPM telah ditubuhkan pada 23 Julai 1961 dan dipengerusikan oleh Donald Stephen. Ia berfungsi bagi mendapatkan persetujuan daripada pemimpin-pemimpin Singapura, Sabah dan Sarawak. JPPM juga berperanan memberikan penerangan yang berkesan mengenai penubuhan Malaysia kepada para pemimpin Sabah, Sarawak dan Singapura serta Brunei.. Pembentukan jawatankuasa ini memberikan kesan yang besar kerana ia telah membuka jalan kepada perundingan-perundingan seterusnya yang diadakan di bandar-bandar berikut iaitu:

1. Jesselton pada 21 Ogos 19612. Kuching pada 18 Disember 1961

9

Page 10: Bab 7 Pearson

3. Kuala Lumpur pada 6 Januari 19624. Singapura pada 1 Februari 1962

Wakil Persekutuan Tanah Melayu ialah Mohamed Ismail Mohd. Yusof dan Ong Yoke Ling manakala Singapura diwakili oleh Lee Kuan Yew. Dalam rundingan yang pertama Brunei tidak menghantar wakil kerana kesuntukan masa. Seterusnya dalam rundingan-rundingan berikutnya perwakilan negeri itu diketuai oleh Datuk Setia Pengiran Ali. Walaupun demikian mereka menyatakan tidak mempunyai minat untuk menyertai Malaysia.

Penubuhan JPPM ini memberikan kesan yang positif kepada penubuhan Malaysia. Di kalangan para pemimpin utama dari Borneo Utara dan Sarawak telah terdapat pertambahan bilangan yang memberikan sokongan. Begitu juga dengan para pemimpin suku kaum dan pemimpin tempatan berpeluang melawat Semenanjung Tanah Melayu. Mereka amat berpuas hati dengan pencapaian pembangunan negeri di Semenanjung setelah mencapai kemerdekaan berbanding dengan apa yang ada di negeri mereka. Namun terdapat sesetengah pihak yang masih menentang rancangan ini dan menyebarkan propaganda seperti di Sabah, Parti Bersatu (UP) dan Parti Liberal yang bersifat perkauman dan berusaha menggagalkan rancangan ini. Di Sarawak pula, SUPP mengadakan penentangan bersama-sama dengan puak pelampau Cina dari kumpulan CCO. Mereka bertindak menghasut dan menampal poster anti Tunku (Malaysia) sewaktu JPPM mengadakan perbincangan di Kuching.

Setelah mengadakan empat kali pertemuan, JPPM telah berjaya membentuk satu memorandum persetujuan iaitu:

a. Satu suruhanjaya dibentuk bagi meninjau pandangan rakyat Borneo Utara dan Sarawak terhadap cadangan penubuhan Malaysia.

b. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dijadikan asas kepada perlembagaan Malaysia.

c. Mempunyai sebuah kerajaan persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam bidang perhubungan luar, pertahanan serta keselamatan.

d. Perwakilan dalam parlimen tidak berasaskan ramainya penduduk di dalam sesebuah kawasan tetapi luas kawasan yang diambil kira.

e. Pembahagian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajan negeri dipersetujui tetapi Borneo Utara dan Sarawak diberi beberapa keistimewaan termasuk dalam bidang imigresen.

f. Islam dijadikan agama rasmi.g. Bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmih. Kedudukan istimewa bumiputera Borneo Utara dan Sarawak

dikekalkan.

10

Page 11: Bab 7 Pearson

Serentak dengan perkembangan JPPM ini, kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Singapura dan British terus bertindak dalam bidang dan peringkat bersama atau masing-masing. Misalnya pada 23 Ogos 1961, Tunku dan Lee Kuan Yew telah bersetuju pada dasarnya untuk mencantumkan Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura. Di Kuala Lumpur pula Tunku telah membentangkan cadangan penubuhan Malaysia di Parlimen pada 16 Oktober 1961. Cadangan ini mendapat sokongan majoriti daripada ahli dewan. Demikian juga dengan Sultan Brunei yang telah bertitah dalam Majlis Mesyuarat Negeri pada 5 Disember 1961 yang kemudiannya telah ditubuhkan satu Jawatankuasa Suruhanjaya bagi mendengar dan mengumpul pandangan dan pendapat rakyat tentang rancangan Melayu Raya. Manakala di peringkat kerajaan negeri Borneo Utara dan Sarawak pula telah mengeluarkan Kertas Putih yang bertajuk Borneo Utara dan Malaysia pada 31 Januari 1962 dan Malaysia dan Sarawak pada 4 Januari 1962 yang bertujuan memberi penerangan kepada rakyat tentang buruk-baiknya penubuhan Malaysia. Mereka diminta supaya tampil memberi buah fikiran dan pendapat kepada suruhanjaya penyiasat nanti. Pendek kata persiapan dan persediaan bagi membolehkan Suruhanjaya Penyiasat melakukan pertemuan dengan seramai mungkin rakyat telah juga dipersiapkan.

Suruhanjaya Cobbold

Bagi mendapatkan persetujuan dan pandangan dari pihak rakyat pula. kerajaan British dan Tunku telah mengadakan satu perundingan di London bagi membentuk satu suruhanjaya bebas bagi mendapatkan cadangan-cadangan bagi kedudukan Sabah dan Sarawak dalam penubuhan Malaysia nanti. Pada 16 Januari 1962, Tunku dan Sir Harold Mac Millan bersetuju untuk menubuhkan Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara dan Sarawak yang dikenali dengan nama Suruhanjaya Cobbold. Lord Cobbold iaitu bekas Gabenor Bank of England telah dilantik menjadi pengerusi dengan ahli-ahlinya terdiri daripada Sir David Watherston iaitu bekas Ketua Setiausaha Persekutuan Tanah Melayu dan Sir Anthony Abell iaitu bekas gabenor Sarawak) bagi pihak kerajaan Inggeris dan Ghazali Shafie yang pada masa itu merupakan Setiausaha Tetap Kementerian Luar negeri serta Datuk Wong Pow Nee yang merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang bagi pihak kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Manakala Setiausaha suruhanjaya ini ialah seorang pegawai dari Pejabat Jajahan London iaitu J.H. Harris. Tugas-tugas suruhanjaya ialah memastikan pandangan-pandangan rakyat Borneo Utara dan Sarawak mengenai penubuhan Malaysia dan membuat cadangan-cadangan berasaskan kepada syor-syor yang telah diberikan. Kumpulan suruhanjaya ini telah tiba di Kuching pada 19 Februari 1962 untuk memulakan tugas mereka (Ghazali Shafie, 1998).

Hasil dari lawatan dan siasatan tersebut, Suruhanjaya Cobbold telah dapat mengadakan lima puluh kali perjumpaan di tiga puluh lima tempat (dua puluh tempat di Sarawak dan lima belas di Borneo Utara). Seramai lebih dari 4,000 orang yang terdiri dari 690 kumpulan besar dan kecil telah hadir mengadakan pertemuan dengan suruhanjaya. Semasa dalam siasatan juga, suruhanjaya telah mempelawa orang ramai untuk menghantar surat atau memorandum. Hasilnya sejumlah hampir 600 pucuk surat diterima di Borneo Utara dan lebih 1600 pucuk surat dan memorandum diterima di Sarawak. Surat-surat dan memorandum-memorandum ini dihantar oleh lembaga-lembaga bandaran, majlis daerah, parti politik, persatuan dan pertubuhan, dewan perniagaan dan

11

Page 12: Bab 7 Pearson

perdagangan, pemimpin agama, ketua kaum dan sebagainya. Sesuatu yang menarik dari memorandum Parti Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) ialah nama bagi Borneo Utara hendaklah dikenali dengan nama Sabah. Pihak suruhanjaya juga mendapati tugas mereka berjalan dengan baik kerana penerangan dari kedua-dua Kertas Putih (mengenai penubuhan Malaysia) yang telah disiarkan terlebih dahulu yang telah membantu pemahaman rakyat umum mengenai perkara tersebut.

Seterusnya hasil dari siasatan yang telah dijalankan oleh pihak suruhanjaya, 1/3 dari penduduk Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia dengan segera tanpa syarat. Manakala 1/3 lagi kebanyakannya menyokong penubuhan dengan meminta diadakan berbagai syarat dan jaminan supaya percantuman nanti akan memberi faedah kepada negeri dan kerajaan persekutuan bertambah kuat. Kelompok 1/3 lagi terbahagi kepada dua iaitu satu kelompok mahukan kemerdekaan terlebih dahulu dan satu kelompok lagi mahukan kerajaan British terus mengekalkan pemerintahan untuk beberapa tahun akan datang. Pihak ini disifatkan sebagai kumpulan minoriti dalam jumlah rakyat iaitu kira-kira 20 peratus dari keseluruhan penduduk yang memberikan pandangan mereka. Suruhanjaya Cobbold telah menamatkan tugas penyiasatan mereka pada akhir April 1962. Laporan ini dibawa ke London untuk disiapkan dengan diiringi oleh beberapa orang pegawai Malaysia seperti Ghazali Shafie, Wong Pow Nee dan seorang pegawai di Kementerian Luar Negeri (Malaysia) iaitu Zain Azraai (Ghazali Shafie, 1998). Laporan tersebut siap sepenuhnya pada Jun dan diserahkan kepada kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu pada Julai 1962. Antara hasil siasatan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan cadangan yang telah diutarakan oleh suruhanjaya ini ialah:

a. Menyokong penubuhan Malaysia.b. Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu boleh dijadikan asas kepada

perlembagaan negara persekutuan yang baru.c. Negeri Borneo Utara dan Sarawak diberi kuasa autonomi dan jaminan khas yang

tidak diberikan kepada negeri-negeri lain umpamanya hal imigrasi, bahasa rasmi, agama, warganegara, kewangan, cukai dan perdagangan, perwakilan dalam parlimen dan sebagainya.

d. Jaminan-jaminan khas bagi Borneo Utara dan Sarawak ini hendaklah dimuatkan ke dalam Perlembagaan dan tidak boleh dipinda atau ditarik balik tanpa persetujuan kerajaan negeri tersebut.

e. Ditubuhkan badan perunding termasuk Jawatankuasa Kerja Bersama dengan segera bagi menyusun perkara dan butir-butir kemasukan kedua-dua negeri ke dalam persekutuan (Mohd. Noor, 1979).

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan British telah membuat pertimbangan yang teliti tentang laporan dan syor dari suruhanjaya tersebut. Tunku, Tun Abdul Razak dan Tun Tan Siew Sin bekerja keras dalam perundingan itu bagi menjayakan penubuhan Malaysia berasaskan syor suruhanjaya yang terdapatnya beberapa perbezaan kecil dari perakuan tersebut. Satu kata sepakat telah dicapai dan perjanjian mengenai pembentukan Malaysia telah ditandatangani oleh Tunku, Tun Abdul Razak dan Tun Tan Siew Sin bagi pihak Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Manakala Sir Harold MacMillan, Earl of

12

Page 13: Bab 7 Pearson

Landsdowne, Lord Duncan Sandys, Sir William Goode dan Sir Alex Waddell menandatangani bagi pihak Kerajaan Inggeris pada 1 Ogos 1962. Persetujuan ini akan memindahkan kedaulatan negeri Borneo Utara, Sarawak dan Singapura oleh Kerajaan Inggeris kepada Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Tarikh rasmi yang dipilih ialah 31 Ogos 1963 iaitu serentak dengan sambutan hari kemerdekaan Malaysia (Tunku Abdul Rahman, 1980).

Jawatankuasa Antara Kerajaan

Seterusnya bagi merangka syarat-syarat pembentukan sebuah negara persekutuan secara terperinci, satu persetujuan telah dicapai bagi membentuk sebuah jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Antara Kerajaan (Inter-Governmental Committee). Pengerusi jawatankuasa ini ialah Lord Lansdowne yang juga merupakan Menteri Hal Ehwal Bagi Tanah Jajahan dan Tun Abdul Razak yang berperanan sebagai timbalan pengerusi telah berangkat ke Borneo untuk mengendalikan perbincangan bersama-sama para ekspatriat dari wilayah tersebut untuk merangka perlembagaan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan pertahanan (FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970). Wakil-wakil dari Borneo Utara dalam jawatankuasa ini terdiri dari Ketua Setiausaha, Peguam Negara, Setiausaha Kewangan, Datu Mustapha Datu Harun, Khoo Siak Chew dan Donald Stephens. Sarawak pula diwakili oleh tiga penjawat jawatan yang utama iaitu dari Borneo Utara, Temenggung Jugah anak Bareing, Pengarah Montegrai anak Tugang, Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, Lim Beng Siew dan Chia Chin Shin. Manakala tokoh utama dari Persekutuan Tanah Melayu, selain dari Tun Abdul Razak ialah Ghazali Shafie.

Objektif utama jawatankuasa ini ialah untuk merangka dan meneliti Perlembagaan terutama yang berkaitan dengan hak dan kepentingan penduduk dari Borneo. Sebanyak lima jawatankuasa kecil telah ditubuhkan bagi meneliti hal ehwal perlembagaan, kewangan, perundangan dan kehakiman, perkhidmatan awam dan penyusunan organisasi jabatan. Sebanyak dua puluh empat kali mesyuarat (termasuk dua belas kali mesyuarat jawatankuasa kecil) telah diadakan bagi penyelarasan tugas ini dari 30 Ogos sehingga 20 Disember 1962. Mesyuarat persediaan dan yang pertama telah diadakan di Jesselton manakala mesyuarat terakhir berlangsung di Kuala Lumpur. Antara perkara yang telah dipersetujui yang terkandung dalam 20 Perkara bagi Borneo Utara dan Sarawak adalah perkara yang berkaitan dengan agama, pendidikan, bahasa, imigresen, kerakyatan, perwakilan negeri ke Parlimen, Perlembagaan Negeri, kuasa membuat undang-undang, tanah, Majlis Negara bagi kerajaan tempatan, pilihanraya, kehakiman, perkhidmatan awam, bahasa Kebangsaan, Hak-hak Istimewa Bumiputera dan sebagainya.

Laporan ini kemudiannya telah menjadi asas kepada pembentukan perlembagaan negeri Borneo Utara dan Sarawak. Jawatankuasa Antara Kerajaan telah berjaya menyelesaikan tugas dan mengemukakan laporan kepada kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Britain, Borneo Utara dan Sarawak. Kedua-dua Majlis Undangan Negeri Sarawak dan Borneo Utara telah menerima dan meluluskan laporan jawatankuasa ini pada 8 dan 13 Mac 1963. Ia kemudiannya menjadi asas kepada Perjanjian Malaysia yang ditandatangani di London pada 9 Julai 1963.

13

Page 14: Bab 7 Pearson

Referendum di Singapura

Berbalik pula kepada perbincangan mengenai Singapura, sebagai sebuah negeri yang telah mencapai taraf berkerajaan sendiri, ia tidak terlibat dalam siasatan Suruhanjaya Penyiasat dan juga dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan. Singapura telah memutuskan untuk bersama dalam penubuhan Malaysia melalui Kertas Putih iaitu Perintah 33, 1961 dan diluluskan oleh Majlis Undangan Singapura pada bulan Disember 1961. Meskipun begitu, pihak pembangkang terus membuat kempen menentang dan mendakwa penubuhan Malaysia akan mewujudkan penjajahan baru dan rakyat Singapura akan menjadi “rakyat kelas kedua”. Sebagai satu tindak balas, kerajaan telah menetapkan satu refrendum atau pemilihan yang dibuat oleh rakyat berasaskan satu dari tiga ketetapan iaitu:

a. Pilihan Pertama: Bercantum dengan syarat yang telah dipersetujui oleh kerajaan pada November 1961.

b. Pilihan Kedua: Bercantum dengan tidak bersyarat seperti sebelas buah negeri Melayu dalam Persekutuan

c. Pilihan Ketiga: Bercantum dengan syarat yang tidak kurang dari yang diberikan kepada wilayah Borneo.

Tindakan kerajaan Singapura ini telah menyebabkan parti pembangkang yang terdiri dari Barisan Sosialis yang pro-komunis telah membuat bantahan dan menuduh kerajaan tidak memberi peluang kepada rakyat untuk memutuskan penerimaan rangka Perlembagaan baru itu. Mereka juga telah membuat aduan kepada United Nation Committee on Colonialism. Sehubungan dengan tindakan ini Lee Kuan Yew berlepas ke New York bagi membuat penjelasan pada 27 Julai 1962. Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menerima penjelasan pemimpin Singapura itu dengan sepuluh lawan dua dan lima berkecuali. Apabila diadakan pungutan suara pada 1 September kemudiannya, ternyata 71 peratus pengundi menyokong pilihan pertama. Pihak pembangkang menentang referendum ini dengan cara mereka sendiri sebagaimana yang dicatatkan dalam rekod British yang antara lain adalah seperti berikut; “The Opposition however, apart from the Alliance, called on their supporters not to mark their ballot papers and 26 per cent of the ballots cast were blank”( FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970).

Perundingan dengan Brunei

Sejak awal lagi kerajaan Brunei menunjukkan pendirian yang tidak tetap mengenai minat mereka terhadap penubuhan Malaysia walaupun Sultan Brunei menyatakan sokongan terhadap rancangan tersebut. Namun begitu, kerajaan negara itu turut berusaha dalam mendapat pandangan rakyat melalui penubuhan Suruhanjaya Penyiasat yang diketuai oleh Menteri Besar Dato’ Marsal bin Maun. Ahli-ahli lain dalam suruhanjaya ini ialah:

a. Hashim bin Tahir.

14

Page 15: Bab 7 Pearson

b. Orang Kaya Pekerma Dewa Awang Lukan bin Uking.c. A.M. Azahari bin Sheikh Mahmud.d. Pehin Bendahari Cina Hong Hok Tin.e. Orang Kaya Gimang anak Perait.

Suruhanjaya ini telah membuat tinjauan mengenai pandangan rakyat tetapi ia tidak dapat dibuat secara menyeluruh dengan menemui setiap individu di segenap tempat dan kawasan pendalaman. Perjumpaan yang dianjurkan oleh suruhanjaya ini kurang mendapat sambutan rakyat dan hanya dihadiri oleh penghulu sahaja. Laporan menyatakan bahawa hanya empat puluh dua orang telah mengemukakan pandangan mereka secara perseorangan dan mewakili kampung-kampung yang membawa jumlah penduduk seramai 83 ribu orang. Hasil siasatan suruhanjaya ini yang dinamakan Penyataan Suruhanjaya Melayu Raya Negara Brunei telah dipersembahkan kepada Sultan Brunei pada 3 Februari 1962 (Sabihah,1995).

Melihatkan kepada kedudukan majoriti rakyat yang tidak berapa jelas tentang penubuhan Malaysia, Sultan Brunei mengambil sikap tidak membuat keputusan untuk menyertai Malaysia. Pada Jun 1963, Sultan Brunei sekali lagi melawat Kuala Lumpur dan berpeluang meneliti perkara-perkara penting yang melibatkan masa depan Brunei dalam penubuhan Malaysia nanti. Baginda masih tidak berpuashati dengan perkara tersebut. Sementara itu pada 19 Jun 1963, satu kenyataan dari kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyatakan bahawa Brunei perlu memberikan jawapan sama ada bersetuju atau sebaliknya untuk menyertai Persekutuan Malaysia dalam tempoh 48 jam. Sultan Brunei beranggapan bahawa perkara tersebut sebagai satu ultimatum atau kata dua terhadap Brunei. Baginda kemudiannya telah berangkat kembali ke Brunei pada 21 Jun 1963. Pihak British sekali lagi telah menjemput Sultan Brunei untuk ke London bagi menyertai perbincangan bersama-sama dengan Tunku. Sultan Brunei telah menyatakan pendiriannya bahawa beliau tidak akan hadir melainkan mendapat jaminan mengenai hak dan masa depan Brunei terlebih dahulu sebagaimana yang dituntut oleh negara itu dan bukan sebagaimana yang dituntut oleh Persekutuan Tanah Melayu yang melibatkan soal pembayaran cukai kerajaan Persekutuan yang bersabit dengan hasil minyak dan lain-lain lagi. Perkembangan selanjutnya memperlihatkan Sultan Brunei tidak mengambil bahagian dalam perbincangan-perbincangan yang diadakan dan akhirnya memberikan kata putus untuk menolak untuk menyertai Malaysia. Sumber British menyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi keputusan tersebut antara lain ialah; ... There were several reasons for this reaction. Amongst the general population there was a fear that merger would in effect mean becoming a vassal state of Malaya and losing the existing welfare advantages, while owing to higher tariffs, prices would rise.” Selanjut rekod British menyatakan, “There was also a naive popular belief that refusal to enter Malaysia might preserve from Indonesia threat to Malaysia.”(FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970).

Banyak pihak mendakwa bahawa keengganan Brunei untuk menyertai penubuhan Malaysia lebih disebabkan oleh penentangan rakyat negara itu terhadap perkara yang telah dinyatakan sebelum ini dan ia telah dibincangkan dan didebatkan oleh Majlis Brunei yang bersidang pada 18 Disember 1962. Penolakan rakyat Brunei terhadap penggabungan dengan Malaysia telah dijadikan kesempatan oleh A.M. Azahari untuk

15

Page 16: Bab 7 Pearson

melancarkan pemberontakan yang meletus pada 8 Disember 1962. Namun ia telah berjaya ditamatkan oleh pihak kerajaan dengan bantuan tentera-tentera British yang tiba dari Singapura kira-kira 12 jam kemudiannya. Menurut pihak British, A.M. Azahari yang juga merupakan pemimpin Parti Rakyat Brunei bercita-cita untuk menyatukan Brunei, Sabah dan Sarawak dalam satu negara dan menjadikan dirinya sebagai Perdana Menteri (CO 1030/1417, 21 Disember 1962). Selain dari itu menurut Pesuruhjaya Tinggi British di Kuala Lumpur iaitu Leslie Fry, banyak pihak yang terlibat dalam pemberontakan ini termasuklah Indonesia yang dikatakan telah membantu A.M. Azahari keliru dengan status Brunei yang didakwa sebagai jajahan British sedangkan negara itu merupakan sebuah negara yang mempunyai hak berkerajaan sendiri dan mempunyai raja (CO 1030/1417, 21 Disember 1962). Malah cita-cita A.M. Azahari untuk menggabungkan Sarawak, Brunei dan Borneo Utara dalam satu negara serta menamakan dirinya sebagai Perdana Menteri ditolak oleh Sultan Brunei sendiri. Perkara ini juga turut ditentang oleh kebanyakan parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan awam di Sarawak dan Borneo Utara.

Perjanjian dan Pengisytiharan Malaysia

Perjanjian penubuhan Malaysia telah ditandatangani di antara kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura pada 9 Julai 1963 di Malborough House London (FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970). Pihak Kerajaan Britain diwakili oleh Sir Harold MacMillan, Sir Duncan Sandys dan Sir Landsdowne. Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Haji Abdul Razak Hussain, Tun Tan Siew Sin, Tun V.T. Sambanthan. Tan Sri Omar Yoke Lin dan S.A. Lim. Borneo Utara diwakili oleh Datu Mustapha Datu Harun, Donald A. Stephens, W.K.H. Jones, Khoo Siak Choo, W.S. Holley dan G.S. Sundang. Sarawak pula diwakili oleh P.E.H. Pike, Temenggong Jugah anak Barieng, Dato’ Bandar Abang Haji Mustapha, Ling Beng Siew dan Dato’ Abang Haji Openg. Akhir sekali ialah Singapura yang diwakili oleh Lee Kuan Yew dan Goh Keng Swee. Perjanjian ini mengesahkan peralihan kuasa negeri jajahan dan naungan British kepada Persekutuan Malaysia pada 31 Ogos 1963. Ia telah disahkan oleh Parlimen British pada 31 Julai, Dewan Undangan Singapura pada 2 Ogos, Majlis Undangan Sabah pada Ogos dan Majlis Undangan Sarawak pada bulan yang sama. Parlimen Persekutuan Tanah Melayu telah meluluskan Akta Malaysia untuk pindaan Perlembagaan pada 26 Ogos untuk diguna pakai pada 31 Ogos 1963.

Penubuhan Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963 serentak di seluruh negara iaitu di Kuala Lumpur, Singapura, Kuching dan Jesselton. Di Kuala Lumpur, pengisytiharan Malaysia telah dilakukan di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dengan dihadiri oleh Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Putra Ibni Al-Marhum Syed Hassan Jamalullail dan Raja-Raja Melayu. Sementara itu di Sabah dilakukan oleh Ketua Menteri iaitu Donald Stephen. Ia turut disaksikan oleh Yang Dipertua Negeri iaitu Datu Mustapha Datu Harun dan wakil kerajaan Persekutuan iaitu Dato’ Abdul Razak bin Dato’ Hussein dan di Sarawak pula pengisytiharan dibuat oleh wakil kerajaan Persekutuan iaitu Khir Johari dan dihadiri oleh para kenamaan negeri

16

Page 17: Bab 7 Pearson

tersebut. Di Singapura Lee Kuan Yew menjalankan pemasyhuran dengan mengumumkan;

Sekarang, saya Lee Kuan Yew, Perdana Menteri Singapura, dengan ini mengumumkan dan mengistiharkan bagi pihak rakyat Singapura, bahawa mulai hari ini 16 September 1963, Singapura akan selama-lamanya menjadi sebahagian daripada Negara Malaysia yang berdaulat lagi merdeka, yang didirikan atas prinsip-prinsip kebebasan dan keadilan, yang sentiasa berusaha demi kesejahteraan dan kebahagian rakyatnya dalam masyarakat yang lebih adil dan saksama (Tunku Abdul Rahman, 1980).

Reaksi Terhadap Penubuhan Malaysia

Dalam Negeri dan Pihak Antarabangsa

Di Semenanjung Malaysia, dua buah parti pembangkang yang menentang keras cadangan penubuhan Malaysia sejak dari awal lagi ialah Parti Rakyat Malaya dan Parti Pertubuhan Islam SeMalaya (PAS). Parti Rakyat melihat penubuhan ini merugikan dan mahu gabungan yang lebih besar iaitu mengikut konsep Melayu Raya sebagaimana yang pernah disarankan oleh Parti Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan Sukarno. PAS pula melihat percantuman ini lebih banyak merugikan orang Melayu dan dan memlih konsep gabungan yang lebih besar lagi iaitu Maphilindo yang merupakan gabungan Malaysia, Filipina dan Indonesia. Kemuncak penentangan mereka ialah tindakan PAS di Kelantan membawa kes ini ke mahkamah pada 10 September 1963 supaya pengisytiharan penubuhan Malaysia tidak melibatkan sama negeri Kelantan namun usaha ini gagal.

Sementara itu di peringkat antarabangsa pula, pada peringkat awal cadangan penubuhan Malaysia, hanya Australia sahaja yang menyokong pembentukan sebuah negara Persekutuan tersebut. Manakala Britain dan Amerika tidak menyatakan pendirian secara terbuka untuk mengelakkan dakwaan bahawa penubuhan Malaysia merupakan rancangan pihak kolonial dan berbentuk “neo-kolonialisme”. Walau bagaimanapun Perdana Menteri British menyatakan bahawa penubuhan Malaysia penting bagi kestabilan politik rantau Asia Tenggara.

Konfrontasi Malaysia-Indonesia dan Konflik dengan Filipina

Penubuhan Malaysia telah memberikan implikasi besar terhadap hubungan Malaysia dengan negara jiran apabila ia telah menyebabkan tercetus konflik yang terbuka iaitu secara ketenteraan antara Malaysia dengan Indonesia. Dalam yang sama perkara ini juga turut mencetuskan pertelingkahan yang berpanjangan antara Malaysia dengan Filipina. Sebenarnya sejak awal rancangan penubuhan Malaysia, Indonesia sememangnya telah menunjukkan sikap tidak senang terhadap perkara ini dan mendakwa rakyat Borneo secara geografi sebenarnya lebih rapat dengan Indonesia. Namun Menteri Luar Indonesia iaitu Dr. Subandrio mengucapkan “selamat” kepada penubuhan tersebut dan berharap rakyat akan hidup aman dan bahagia dalam penyatuan wilayah yang akan datang (New

17

Page 18: Bab 7 Pearson

York Times, 13 November 1961). Pengisytiharan oleh Dr. Subandrio pada 20 Januari 1963 terhadap dasar konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia antara lain mendakwa bahawa konfrontasi menentang Malaysia adalah kerana Malaysia merupakan ‘pengikut setia’ kepada neo-kolonialisme dan neo-imperialisme. Dalam tempoh ini Indonesia hanya melancarkan konfrontasi ekonomi sahaja. Selanjutnya apabila pengisytiharan penubuhan Malaysia dibuat pada 16 September 1963, Indonesia bertindak membakar bangunan Kedutaan Malaysia di Jakarta dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia dan memanggil balik duta Malaysia di negara itu. Malaysia kemudiannya telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Indonesia dan Filipina pada 17 September 1963 (The Malay Mail, 17 September 1963). Menurut British, Presiden Indonesia iaitu Sukarno yang menentang keras gagasan pembentukan Malaysia akan menggunakan setiap peluang yang ada bagi menggagalkan rancangan tersebut. Beliau merasa cemburu dengan kejayaan ekonomi Tanah Melayu dan tidak mahu melihat pengaruh kejayaan tersebut terus meningkat. Menurut British lagi, asas kepada penentangan Sukarno ialah impiannya untuk menguasai Tanah Melayu dan menjadikannya sebagai sebahagian dari Indonesia Malaysia Raya (Greater Indonesian Malaysia) (CO 1030/1471, 9 Januari 1963). Dasar konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia juga sebenarnya merupakan sebahagian dari kesan pengaruh Partai Komunis Indonesia (PKI) dalam pemerintahan Presiden Sukarno.

Melalui kempen “Ganyang Malaysia” Indonesia bertindak menghantar tentera ke wilayah sempadan di Kalimantan dan Johor. Walaupun Indonesia sering mendakwa tindakan mereka mendapat sokongan dari penduduk-penduduk Borneo Utara namun ia menimbulkan ketakutan dan kebimbangan di kalangan pemimpin wilayah tersebut. Philippines Herald yang bertarikh 7 Januari 1963 memetik kebimbangan Donald Stephen yang menyatakan bahawa mereka takut dengan kemunculan kuasa ketenteraan Indonesia dan juga pengaruh komunis ke atas negara itu. Manakala pemimpin-pemimpin politik yang lain di wilayah itu pula berpandangan bahawa hanya dengan menyertai Malaysia mereka berharap akan dapat menghindarkan penguasaan Indonesia terhadap Borneo Utara (CO 1030/1471, 7 Januari 1963).

Malaysia telah mengemukakan aduan kepada U-Thant pada 27 Mac tentang kejadian-kejadian serangan Indonesia terhadap Malaysia sejak 16 Januari sehingga 27 Mac yang berjumlah sebanyak 50 serangan. Malaysia juga telah mendesak Setiausaha Agung PBB itu agar mengambil langkah selanjutnya bagi menyekat kegiatan Indonesia. Indonesia terus melancarkan sabotaj terhadap wilayah-wilayah Malaysia khususnya di Sabah dan Sarawak. Namun pada 17 Ogos 1964 iaitu bersamaan dengan ulang tahun ke 19 kemerdekaan Indonesia, sukarelawan-sukarelawan mereka telah mula mendarat di Semenanjung Malaysia iaitu di Labis, Johor (DO 169/519, 26 September 1964). Sebelum itu pada 12 Julai, Singapura menjadi tumpuan terhadap serangan-serangan bom. Nelayan-nelayan Malaysia juga telah menjadi mangsa serangan Indonesia di Selat Melaka. Wakil Tetap Malaysia di PBB sekali lagi memaklumkan kepada Majlis Keselamatan tentang pendaratan gerila-gerila Indonesia di Johor dan sebagaimana biasa wakil Indonesia membantah aduan Malaysia dan mendakwa Malaysia cuba mendapat perhatian antarabangsa.

18

Page 19: Bab 7 Pearson

Sementara itu Filipina turut menentang penubuhan Malaysia dan mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayah kesultanan Sulu. Wilayah Sabah sebenarnya telah diserahkan secara pajakan oleh Sultan Jamal ul-Azam iaitu Sultan Sulu dengan Baron de Over Beck iaitu seorang pedagang Austria dalam satu perjanjian yang diadakan pada 22 Januari 1878. Over Back yang sebelum itu sedang mencari satu tapak tanah di Sabah telah berjaya mendapatkan wilayah tersebut dari dan telah bekerjasama dengan Alfred Dunn iaitu seorang pedagang yang berpengkalan di Hong Kong. Mereka membayar sebanyak $5000 (matawang Sepanyol) sebagai bayaran serahan pajakan kepada Sultan Sulu (Nik Anuar Nik Mahmud, 2001). Dalam perjanjian ini baginda diiktiraf sebagai sultan yang berdaulat ke atas Sabah dan Sultan Sulu bersetuju untuk memberikan serahan pajakan wilayah itu lama mana tempoh yang dikehendaki oleh pihak pemajak. Seterusnya pada tahun 1881, Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (BNBC) telah mengambil alih konsesi dan meneruskan pembayaran pajakan kepada waris kesultanan Sulu. Selepas pendudukan Jepun di Borneo Utara, pihak BNBC tidak mampu untuk memulihkan ekonomi wilayah tersebut dan menyerahkan haknya kepada pihak British.

Apabila gagasan penubuhan Malaysia mula diutarakan, Presiden Indonesia iaitu Diosdado Macapagal mula membangkitkan soal tuntutan ke atas Sabah pada tahun 1961. Tuntutan ini tidak diiktiraf oleh Britain kerana dalam perjanjiannya dengan jelas menyatakan penyerahan dan bukannya pajakan dan dalam perjanjian tersebut dengan jelas menyatakan bahawa pajakan tersebut akan berlangsung selama-lamanya selagi ia dikehendaki oleh Over Beck dan Alfred Dunn. Perkara yang sama juga turut menjadi pendirian Malaysia. Ia terkandung dalam rekod British yang antara lain adalah seperti berikut;

... the Malayans had modified their position on their claim and the basis of British sovereignty. They had at first said that they would only take the territories on a ”clean slate” and had accepted the simple view that the 1878 Sulu document was a lease in perpetuity which clearly involved transfer of sovereignty to the British ((FCO 51/154, RR7/1, 10 Julai 1970).

Isu kewilayahan Sabah telah menjadi duri dalam daging dalam hubungan Malaysia dengan Filipina. Walaupun kedua-dua negara berjaya memulihkan hubungan baik namun soal tuntutan ke atas Sabah tidak pernah digugurkan oleh negara itu hingga ke hari ini.

Penamatan Konfrontasi

Kerajaan Malaysia cuba menggunakan pendekatan diplomatik dalam menyelesaikan masalah dengan Indonesia dan Filipina.Tunku cuba berunding dengan Presiden Sukarno dan Presiden Machapagal di Persidangan Manila pada April 1963 dan di Tokyo pada Jun 1964 tetapi gagal. Selain dari itu usaha-usaha penyatuan wilayah di bawah satu persefahaman dan kerjasama yang menggabungkan Malaysia, Filipina dan Indonesia dalam pertubuhan Maphilindo juga gagal. Selain dari British dan Amerika Syarikat,

19

Page 20: Bab 7 Pearson

usaha damai juga turut dijalankan oleh negara-negara yang berkecuali dalam konflik ini seperti Thailand dan Jepun juga menemui kegagalan.

Namun begitu menjelang pertengahan tahun 1965, senario politik Indonesia telah berubah berikutan tercetus satu peristiwa cubaan rampasan kuasa iaitu Gerakan 30 September 1965 atau lebih dikenali sebagai G30S/PKI. Peristiwa ini didakwa oleh setengah pihak di Indonesia sebagai percubaan pihak yang dipengaruhi oleh PKI untuk merampas kuasa di Indonesia. Ia bagaimanapun telah berjaya digagalkan oleh pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang anti-komunis. Peristiwa ini telah menamatkan pengaruh komunis dalam pemerintahan Sukarno yang juga turut didakwa sebagai dalang terhadap dasar konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia. Ia selanjutnya telah membuka jalan ke arah penamatan konfrontasi dengan lebih cepat. Berikutan dengan itu beberapa usaha yang lebih giat telah dilaksanakan termasuklah perbincangan-perbincangan secara sulit di kalangan pemimpin-pemimpin tentera Indonesia yang merupakan utusan damai negara itu dengan para pemimpin Malaysia. Akhirnya pada 11 Ogos 1966 Perjanjian Pemulihan Persahabatan telah di meterai di Bangkok. Malaysia diwakili oleh Tun Abdul Razak bin Dato Hussein manakala pihak Indonesia pula diwakili oleh Tun Adam Malik. Pemulihan hubungan di antara kedua-dua buah negara disambut dengan gembira oleh rakyat Malaysia dan Indonesia.

Penutup dan Penilaian

Penubuhan Malaysia merupakan satu pencantuman wilayah yang sebenarnya pernah berada di bawah satu sejarah yang kemudiannya telah terpisah oleh arus kuasa kolonial yang melanda rantau Asia Tenggara pada abad ke 18 dan ke 19. Oleh yang demikian gagasan penubuhan Malaysia lebih merupakan satu usaha untuk mengembalikan kewajaran penyatuan wilayah Melayu yang pernah wujud sebelum dan pada zaman kesultanan Melayu Melaka di wilayah Nusantara. Ia diasaskan kepada kepentingan politik dan masa depan rakyat Sabah, Sarawak dan Singapura. Penubuhan Malaysia merupakan satu usaha diplomatik yang mengambil kira pandangan semua pihak yang terlibat dari segenap lapisan iaitu peringkat pemimpin, rakyat dan pemantauannya dijalankan oleh pihak antarabangsa. Usaha-usaha perundingan yang memakan masa sepanjang tempoh lebih dari dua tahun memperlihatkan ketelitian dan kesungguhan pemimpin-pemimpin yang terlibat. Pendekatan demokrasi yang digunakan sepanjang tempoh penubuhan membuktikan bahawa penubuhan Malaysia bukan merupakan satu paksaan malah ia adalah satu tawaran untuk hidup bersama secara aman, perkongsian kemakmuran bersama dan adil di bawah satu bumbung sistem pentadbiran dan pemerintahan. Ia juga berasaskan kepada jaminan-jaminan khusus terhadap kepentingan dan masa depan rakyat di Singapura, Sabah dan Sarawak sebagaimana yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia. Persetujuan rakyat di wilayah-wilayah yang terlibat yang dicapai secara demokrasi untuk menyertai Malaysia juga merupakan benteng yang telah menggagalkan usaha Indonesia untuk menghalang penubuhan Malaysia. Konfrontasi Indonesia ke atas Malaysia telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia menolak sebarang dasar kekerasan dan campurtangan asing dalam hal ehwal Malaysia.

20

Page 21: Bab 7 Pearson

Apa yang jelas, teras dalam penubuhan Malaysia ialah perundingan, tolak ansur dan perpaduan oleh semua pihak yang terlibat. Oleh yang demikian, apabila Singapura memperlihatkan sikap memberontak, mengapi-apikan sentimen perkauman dan menjejaskan perpaduan, Tunku telah mengambil langkah memisahkan wilayah itu dari Malaysia meskipun pemisahan Singapura merupakan satu kerugian besar bagi bangsa Melayu sama ada di negara itu mahupun di Malaysia. Sejarah penubuhan Malaysia menunjukkan kesungguhan Singapura untuk menyertai Malaysia hanya merupakan sebagai jalan keluar yang lebih mudah bagi negara itu untuk mencapai kemerdekaan dari penjajahan British dalam tempoh yang lebih singkat. Natijahnya, peristiwa tersebut memberikan kesan yang besar dalam momentum hubungan dua hala Malaysia-Singapura dalam era pasca 1965. Namun selepas pemisahan Singapura, Malaysia tetap kekal dengan tiga wilayah dan maju bersama-sama dengan aspirasi seluruh rakyat negara ini.

RUJUKAN

21

Page 22: Bab 7 Pearson

Abdul Rahman Embong (2000). Negara Bangsa Proses dan Perbahasan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Abdullah Ahmad (1987). Tunku Abdul Rahman dan Dasar Luar Malaysia 1963-1970. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn.Bhd.

Baker, J. (2005). Crossroads A Popular History of Malaysia Singapore. Singapore: MC Times Editions.

CO 1030/1417 (1962). Surat dari Leslie Fry ke Jabatan Asia Tenggara. Pejabat Luar London. 21 Disember.

CO 1030/1471 (1963). Surat dari Harold Caccia kepada Sir David Ormsby Gore. 9 Januari.

CO 1030/1471 (1963). Telegram no. 23. 7 Januari.

DO 169/519 (1964). Surat dari Singapura ke Pejabat Luar. No. 582. 26 September. Easter, D. (2004). Britain and the Confrontation with Indonesia 1960-66. London: Tauris Academic Studies.

FCO 51/154 (1970). Research Department Memorandum, The origin and formation of Malaysia. RR7/1. 23990. 10 Julai.

Finer, H (1949). Theory and Practice of Modern Government. Rivised Edition. Connecticut: Greenwood Press Publisher.

Milne R. S dan D.K. Mauzy (1992). Politik dan Kerajaan Malaysia. (Terj.) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Noor bin Abdullah (1979). Kemasukan Sabah dan Sarawak ke Dalam Persekutuan Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia.

New York Times (1961). 13 November.

Nik Anuar bin Nik Mahmud (2001). Tuntutan Filipina Ke Atas Borneo Utara. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Shaikh Mohd Noor Alam bin S.M. Hussain (1988). Federalisme Malaysia. Cetakan Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

The Malay Mail(1963). 17 September.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1977). Looking Back: Monday Musings and Memoirs, Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

22

Page 23: Bab 7 Pearson

Wheare, K.C. (1964). Federal Government. 4th Edition. New York: Oxford University Press.

23