guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-2

5

Click here to load reader

Upload: zulfadhli-zulpress

Post on 29-Jul-2015

254 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-2

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 1

BAB 2 : GURU DAN PERUNDANGAN

2.1 PERATURAN TATAKELAKUAN

DAN TATAERTIB

Guru perlu patuh peraturan-

peraturan yang termaktub dalam

Peraturan Kelakuan dan Tatatertib

1993 (Pindaan 2002).

Guru akan bertingkah laku seperti

yang dikehendaki.

Guru perlu bertindak dengan

perlakuan yang melambangkan

profesion keguruan – perlu

amalkan nilai dan etika dalam

perkhidmatan awam.

Matlamat tatatertib:

o Supaya pegawai awam

melaksanakan tugas dengan

cekap, amanah dan

bertanggungjawab.

o Supaya pegawai awam

meletakkan kepentingan awam

lebih daripada kepentingan

mereka sendiri.

o Supaya pegawai awam

menjaga imej perkhidmatan

awam.

o Menghukum pegawai yang

melakukan kesalahan atau

melanggar peraturan.

Peraturan-peraturan Pegawai

Awam Kelakuan & Tatatertib 1993

(Pindaan 2002) merangkumi

aspek:

o Peraturan mengenai

tatakelakuan dan larangan

o Tanggungjawab serta tugas

kawalan

o Prosedur dan tatacara tindakan

tatatertib

o Hukuman tatatertib

o Peruntukan pelbagai yang

berkaitan

2.2 PERATURAN-PERATURAN

TATAKELAKUAN DAN

TATATERTIB SECARA UMUM

2.2.1 Peraturan 4(1)

Penjawat awam guru hendaklah

sentiasa memberikan kesetiaan

kepada Yang Dipertuan Agong,

negara dan kerajaan.

o Perlu menjaga dan

mempertahankan kedaulatan

dan maruah negara, patuh

kepada undang-undang dan

berbakti kepada negara.

o Menjadi kesalahan apabila

seseorang itu bersubahat

dengan musuh negara,

bocorkan rahsia negara dan

memperkecilkan dasar negara.

2.2.2 Peraturan 4(2)

Penjawat awam tidak boleh

membelakangkan tugas demi

kepentingan peribadi.

Tidak boleh berkelakuan yang

memungkinkan kepentingan

peribadinya bercanggah dengan

kepentingan awam – perlu

bertanggungjawab ke atas

tugasnya di dalam / luar bilik

darjah.

Tidak boleh menggunakan

kedudukan bagi kepentingan diri

sendiri.

Penjawat awam perlu menjaga

nama baik profesion – tidak boleh

cemarkan nama baik perkhidmatan

awam.

Perlu cekap dan sentiasa

berusaha – ada inisiatif untuk

selesaikan masalahnya dengan

segera.

Page 2: Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-2

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 2

Mesti jujur, amanah dan

bertanggungjawab – dilarang

menghasut rakan dalam

menjalankan tugas / mengambil

cuti pada saat perkhidmatan

diperlukan.

Penjawat awam tidak boleh guna

pengaruh / beri tekanan dalam

menyokong / memajukan sebarang

tuntutan.

Penjawat awam juga mesti

sentiasa melaksanakan apa yang

disuruh (tidak ingkar perintah) dan

tekun (tidak cuai) dalam

melaksanakan tanggungjawab.

2.3 TATAKELAKUAN YANG

DITEGAH SAMA SEKALI ATAU

BOLEH DIBUAT DENGAN

KEBENARAN

2.3.1 Peraturan 4A (Gangguan

Seksual)

Penjawat awam tidak boleh

lakukan gangguan seksual

terhadap orang lain.

Jenis gangguan seksual:

o Mengambil kira keadaan yang

menyebabkan seseorang yang

waras tersinggung, terhina dan

terugut.

o Gangguan seksual tidak terhad

kepada perlakuan di tempat

kerja / dalam waktu kerja.

o Gangguan seksual termasuk

perbuatan yang menyatakan

sesuatu yang bersifat seksual

kepada / terhadap orang lain.

o Tidak kira sama ada dilakukan

secara lisan, bertulis atau apa

sahaja yang bersifat seksual

kepada orang lain.

Guru perlu berhemah sewaktu

berkomunikasi / berinteraksi

dengan pelajar / rakan supaya

perlakuan mereka tidak disalah

tafsir sebagai gangguan seksual.

2.3.2 Peraturan 5 (Pekerjaan Luar)

Penjawat awam tidak boleh

mengambil bahagian dalam apa

jua urusan berkaitan kerja luar.

Dibolehkan unuk jalankan mana-

mana perkhidmatan dengan

kebenaran ketua jabatan

(pengetua/guru besar).

Ketua jabatan perlu pastikan akiviti

/ perkhidmatan itu tidak boleh

dilakukan:

o Dalam waktu pejabat / ketika

menjalankan tugas rasmi.

o Tidak menjejaskan

kebergunaannya sebagai

pegawai awam.

o Tidak bercanggah dengan

kepentingan perkhidmatan

awam.

Guru besar / pengetua boleh

luluskan jika tugas-tugas luar tidak

menjejaskan tugas dan

tanggungjawab utamanya di

sekolah.

2.3.3 Peraturan 23 (Ketidakhadiran

Tanpa Cuti)

Maksud: Pegawai tidak hadir untuk

apa-apa tempoh masa dan di

tempat sepatutnya beliau hadir

untuk tugas rasminya.

Ketidakhadiran bertugas tanpa cuti

/ terlebih dahulu mendapat

kebenaran ketua jabatan / tanpa

sebab yang munasabah boleh

menyebabkan pegawai itu

dikenakan tindakan tatatertib.

Page 3: Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-2

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 3

2.3.4 Peraturan 23 (Peraturan-

Peraturan Lain yang Berkaitan)

Perlu patuhi etiket berpakaian

seperti yang ditetapkan.

Tidak boleh menggunakan /

mengambil apa-apa dadah

berbahaya kecuali yang

didekripsikan oleh pegawai

perubatan.

Tidak boleh menerima / memberi

orang lain apa-apa bentuk hadiah,

daripada / kepada mana-mana

individu / persatuan yang

mempunyai kaitan secara

langsung / tidak langsung dengan

tugas rasmi.

Perlu membuat pengisytiharan

harta secara bertulis.

Tidak boleh terlibat dengan

perhutangan kewangan yang

serius.

Tidak boleh meminjamkan wang

dengan faedah, sama ada dengan

atau tanpa cagaran.

Tidak boleh membuat pernyataan

awam secara lisan / bertulis di

media massa atau elektronik –

pernyataan berkaitan apa-apa

yang memudaratkan apa-apa

dasar, rancangan atau keputusan

kerajaan.

Tidak dibenarkan terlibat dengan

kegiatan politik – perlu dapatkan

kebenaran,

2.4 TINDAKAN TATATERTIB

Pegawai awam akan dikenakan

tindakan bergantung kepada

keseriusan kesalahannya.

Satu jawatankuasa penyiasat

terdiri daripada tidak kurang

daripada dua anggota.

Jenis-jenis hukuman:

1) Amaran

o Dikeluarkan jika guru tidak

mematuhi peraturan tatakelakuan

dan tatatertib.

o Diberi oleh Ketua Jabatan secara

lisan atau bertulis.

2) Denda / Lucut Hak Emolumen

o Emolumen: Tidak kerja tiada gaji

o Tidak hadir tanpa cuti / kebenaran

/ sebab munasabah.

o Digantung kerja kerana kes

jenayah berat.

o Denda yang dikenakan pada satu-

satu masa tidak melebihi amaun

yang sama banyak dengan

emolument 7 hari pegawai

berkaitan.

o Emolument dipotong daripada

emolument bulanan pegawai dan

masuk dalam hasil kerajaan.

3) Tangguh pergerakan gaji

o Pegawai yang dikenakan tangguh

pergerakan gaji tidak berhak

menerima apa-apa pergerakan gaji

bagi dan dalam tempoh hukuman

berkuat kuasa.

4) Turun gaji

o Pihak Berkuasa Tatatertib boleh

kenakan hukuman terhadap

pegawai mengikut peruntukan

berikut:

- Gaji hanya diturunkan secara

mendatar dalam peringkat gaji

yang sama.

- Penurunan gaji tidak lebih 3

pergerakn gaji.

- Tempoh hukuman tidak boleh

kurang daripada 12 bulan tapi tidak

boleh lebih 30 bulan.

o Pegawai ini tidak berhak terima

pergerakan gaji selama hukuman

berkuat kuasa.

Page 4: Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-2

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 4

5) Turun pangkat

o Pihak Berkuasa Tatatertib boleh

kenakan hukuman turun pangkat

ikut cara turunkan pangkat keg red

lebih rendah dalam skim

perkhidmatan yang sama.

2.5 AKTA PENDIDIKAN 1996

Misi negara untuk hasilkan satu

sistem pendidikan yang bertaraf

dunia.

2.5.1 Sistem Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan Prasekolah

o 4 – 6 tahun

Pendidikan Rendah

o 6 tahun tapi boleh ditamatkan

dalam tempoh 5 – 7 tahun

Pendidikan Menengah

o Pendidikan Menengah Rendah

(3 tahun)

o Pendidikan Menengah Tinggi

selepas tamat pendidikan

menengah rendah

Pendidikan Lepas Menengah

o Selepas tamat pendidikan

menengah tinggi tapi tidak

termasuk pendidikan tinggi

Pendidikan Tinggi

o Disediakan oleh IPT untuk

diploma dan ijazah

2.5.2 Sekolah

Sekolah Kerajaan

o Ditubuhkan dan diselenggara

sepenuhnya oleh kerajaan

Sekolah Bantuan Kerajaan

o Sekolah yang menerima

sumbangan modal dan bantuan

penuh

o Sumbangan modal: bayaran

daripada wang awam untuk

bangunan, ubah suai dan

tambah premis

o Bantuan: selain sumbangan

modal

Sekolah Swasta

o Pembiayaan sepenuhnya oleh

pihak persendirian

2 Jenis Sekolah:

Sekolah Kebangsaan

o Sekolah rendah kerajaan

o Guna bahasa kebangsaan

sebagai pengantar utama

o BI dan BM matapelajaran wajib

o Bahasa Cina dan Tamil diajar

jika ada permintaan dan murid

lebih 15 orang.

Sekolah Jenis Kebangsaan

o Bahasa Cina dan tamil sebagai

bahasa pengantar.

o Bahasa kebangssan dan BI

sebagai matapelajaran wajib

2.5.3 Pendidikan Khas

Tempohnya mesti tidak boleh

kurang daripada tempoh minimum

pendidikan rendah dan menengah.

Kurikulum mematuhi kehendak

kurikulum kebangsaan dan setakat

yang munasabah dari segi

praktikalnya.

2.5.4 Pengajaran Agama Islam

Sekiranya terdapat 5 atau lebih

murid yang menganut agama

Islam, murid-murid hendaklah

diberi pengajaran Agama Islam.

Page 5: Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-2

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 5

2.5.5 Pengajaran Agama Selain

Agama Islam

Sekolah boleh laksanakan tapi

peruntukan tidak dibiayai oleh

kerajaan.

Murid tidak boleh ikuti pengajaran

agama selain agama yang

dianutinya kecuali dengan keizinan

ibu bapana secara bertulis.

2.5.6 Bahasa Kebangsaan sebagai

Bahasa Pengantar Utama

Bahasa pengantar di semua

institusi pendidikan dalam sistem

pendidikan kebangsaan kecuali

sekolah jenis kebangsaan yang

ditubuhkan di bawah Seksyen 28.

Jika bahasa pengantar si sesuatu

institusi adalah selain bahasa

kebangsaan, maka bahasa

kebangsaan perlu diajar sebagai

matapelajaran wajib.

2.5.7 Kurikulum Kebangsaan untuk

Semua Sekolah

Kurikulum kebangsaan diguna oleh

semua sekolah dalam sistem

pendidikan kebangsaan.

2.6 PERATURAN-PERATURAN

PENDIDIKAN

Kurikulum Kebangsaan 1997

o Menggariskan matapelajaran

wajib, teras dan elektif untuk

kelas peralihan dan Tingkatan 6

o Menggariskan GERKO

o Ketua pendaftar berkuasa

meminda jadual waktu dan

sukatan pelajaran

Pendidikan Khas 1997

o Untuk pelajar kecacatan

penglihatan, pendengaran dan

masalah pembelajaran.

Penilaian dan Peperiksaan 1997

o Fungsi Lembaga Peperiksaan:

- Pantau, nasihat dan buat

analisis tentang PBS

- Kendalikan semua

peperiksaan awam

Majalah Sekolah dan Bahan

Multimedia 1998

Persatuan Sekolah 1998

o Perlu kelulusan Guru Besar /

Pengetua

Penerimaan Masuk Murid ke

Sekolah Penyimpanan Daftar

o Diguna di sekolah kerajaan /

bukan kerajaan

o Anak warganegara / bukan

o Pertukaran sekolah dengan

kelulusan pengarah pendidikan

2.7 IMPLIKASI AKTA PENDIDIKAN

1996

Kedudukan bahasa kebangsaan

diperkukuhkan

Kurikulum diselaraskan

Peperiksaan yang sama

Pendidikan Islam dan Prasekolah

diperluas

Pendidikan Khas diberi tumpuan

Pendidikan Guru diperkukuh

Pendidikan Teknik dipertingkat di

sekolah menengah

Rujukan:

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.