guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1

6
Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka Guru dan Cabaran Semasa | 1 1.1 Konsep Isu dan Cabaran Semasa Isu: Perkara pokok / persoalan yang dibincangkan Cabaran: Sesuatu unsur / faktor yang menguji kemampuan / ketabahan sesuatu organisasi PIPP (2006-2010) bermatlamat melahirkan modal insan yang cemerlang dengan minda kelas pertama melalui pendidikan berkualiti. 1.2 INTEGRASI NASIONAL Cara paling berkesan untuk tangani isu integrasi nasional adalah melalui peranan guru di sekolah. Integrasi nasional: Proses penyatuan antara manusia yang berbeza laar belakang, status sosial dan budaya untuk membentuk suatu entiti yang mempunyai pegangan bersama. Integrasi nasioal (konteks dalam Malaysia): Proses dinamik untuk merapatkan masyarakat di setiap negeri di Malaysia yang bertujuan membentuk satu bangsa Malaysia yang mempunyai identiti sendiri berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Selepas merdeka, masalah perkauman menjadi isu yang serius seperti peristiwa 13 Mei 1969 dan peristiwa Kampung Medan 12 Mac 2001. Wujud prasangka dan sikap prejudis dalam kalangan kumpulan etnik yang mencetuskan rasa tidak senang dalam kumpulan etnik lain. Menjelang tahun 2020, Malaysia harus menjadi negara yang bersatu padu, mempunyai masyarakat yang berkeyakinan, nilai moral, hidup secara demokratik dan mempunyai penguasaan sepenuhnya terhadap ekonomi yang berdaya saing. Keupayaan membina negara bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat petriotisme dalam kalangan rakyat. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kerajaan telah merangka dasar-dasar untuk mengurangkan tindak-tanduk yang boleh memecahbelahkan rakyat o Dasar Pendidikan Kebangsaan o Dasar Kebudayaan Kebangsaan o Dasar Ekonomi Baru (DEB) o Rukun Negara (ideologi kebangsaan) PIPP teras pertama > Membina negara bangsa Isu-isu yang berkaitan perpaduan dan integrasi nasional: Tindakan kerajaan membantu kaum Bumiputera dalam bidang sosioekonomi dilihat sebagai diskriminasi kepada kaum lain. Kurangnya toleransi dan sensitiviti terhadap kaum lain. Kurangnya semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. Peningkatan kes-kes gejala sosial yang menjejaskan proses integrasi. Pembangunan ekonomi yang tidak seimbang. 1.2.1 Sekolah Wawasan Usaha pemimpin negara untuk lahirkan anak bangsa Malaysia yang lebih besifat cintakan negara. Konsep Sekolah Wawasan (1997): Gabungkan 3 buah sekolah berlainan aliran dalam satu kompleks. Pelajar berkongsi kemudahan seperti padang dan kantin bagi membolehkan BAB 1 : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN SEMASA

Upload: zulfadhli-zulpress

Post on 27-Jul-2015

494 views

Category:

Education


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 1

1.1 Konsep Isu dan Cabaran Semasa

Isu: Perkara pokok / persoalan yang

dibincangkan

Cabaran: Sesuatu unsur / faktor yang

menguji kemampuan / ketabahan

sesuatu organisasi

PIPP (2006-2010) bermatlamat

melahirkan modal insan yang

cemerlang dengan minda kelas

pertama melalui pendidikan berkualiti.

1.2 INTEGRASI NASIONAL

Cara paling berkesan untuk tangani

isu integrasi nasional adalah melalui

peranan guru di sekolah.

Integrasi nasional: Proses penyatuan

antara manusia yang berbeza laar

belakang, status sosial dan budaya

untuk membentuk suatu entiti yang

mempunyai pegangan bersama.

Integrasi nasioal (konteks dalam

Malaysia): Proses dinamik untuk

merapatkan masyarakat di setiap

negeri di Malaysia yang bertujuan

membentuk satu bangsa Malaysia

yang mempunyai identiti sendiri

berteraskan Perlembagaan

Persekutuan dan Rukun Negara.

Selepas merdeka, masalah

perkauman menjadi isu yang serius

seperti peristiwa 13 Mei 1969 dan

peristiwa Kampung Medan 12 Mac

2001.

Wujud prasangka dan sikap prejudis

dalam kalangan kumpulan etnik yang

mencetuskan rasa tidak senang

dalam kumpulan etnik lain.

Menjelang tahun 2020, Malaysia

harus menjadi negara yang bersatu

padu, mempunyai masyarakat yang

berkeyakinan, nilai moral, hidup

secara demokratik dan mempunyai

penguasaan sepenuhnya terhadap

ekonomi yang berdaya saing.

Keupayaan membina negara bangsa

bergantung kepada perkongsian nilai

serta semangat petriotisme dalam

kalangan rakyat.

Selepas peristiwa 13 Mei 1969,

kerajaan telah merangka dasar-dasar

untuk mengurangkan tindak-tanduk

yang boleh memecahbelahkan rakyat

o Dasar Pendidikan

Kebangsaan

o Dasar Kebudayaan

Kebangsaan

o Dasar Ekonomi Baru (DEB)

o Rukun Negara (ideologi

kebangsaan)

PIPP teras pertama > Membina

negara bangsa

Isu-isu yang berkaitan perpaduan dan

integrasi nasional:

Tindakan kerajaan membantu kaum

Bumiputera dalam bidang

sosioekonomi dilihat sebagai

diskriminasi kepada kaum lain.

Kurangnya toleransi dan sensitiviti

terhadap kaum lain.

Kurangnya semangat patriotisme

dalam kalangan masyarakat.

Peningkatan kes-kes gejala sosial

yang menjejaskan proses integrasi.

Pembangunan ekonomi yang tidak

seimbang.

1.2.1 Sekolah Wawasan

Usaha pemimpin negara untuk

lahirkan anak bangsa Malaysia yang

lebih besifat cintakan negara.

Konsep Sekolah Wawasan (1997):

Gabungkan 3 buah sekolah berlainan

aliran dalam satu kompleks.

Pelajar berkongsi kemudahan seperti

padang dan kantin bagi membolehkan

BAB 1 : ISU DAN CABARAN PENDIDIKAN

SEMASA

Page 2: Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 2

mereka berinteraksi antara satu sama

lain.

Tujuan Sekolah Wawasan: Untuk

mengeratkan perpaduan dalam

kalangan pelajar berbilang kaum.

Selaras dengan tujuan Penyata

Razak 1956 – ingin menyatupadukan

murid dari semua kaum dengan

menggunakan satu kurikulum yang

sama walaupun semua kaum masih

menggunakan bahasa ibunda dalam

pelajaran masing-masing.

Murid dapat memahami budaya,

bahasa dan pemikiran kaum lain.

Beri peluang kepada ketiga-tiga

sekolah jalankan aktiviti kokurikulum

secara berintegrasi dan

memantapkan semangat dan amalan

muhibbah dalam kalangan murid.

Peranan guru dalam menangani isu integrasi

nasional:

Memperkasakan bahasa kebangsaan

o Guru harus galakkan penggunaan

bahasa kebangsaan sebagai

bahasa pengantar

o Jadikan ia bahasa perpaduan

o Adakan program seperti Wacana

Ilmu, Minggu Bahasa Kebangsaan,

Pertandingan Menulis & Pidato

Memantapkan perpaduan negara dan

integrasi nasional

o KPM perkenalkan RIMUP – untuk

menggalakkan penyertaan

masyarakat setempat, guru, murid

dan warga sekolah dalam aktiviti

sekolah

o Wujudkan sikap kerjasama, tolong-

menolong dan suasana muhibbah

Memupuk kecintaan terhadap seni,

warisan dan budaya bangsa

o Lakukan aktiviti yang dapat

menanamkan semangat

patriotisme – aktiviti perbarisan,

menyanyi lagu kebangsaan,

sambutan Bulan Kemerdekaan

(libatkan pelbagai jenis aktiviti

bahasa dan budaya yang ada di

sekolah)

o Bertujuan menanam rasa cinta

kepada negara, pupuk semangat

patriotisme dan sensitiviti

masyarakat lain.

1.2.2 Konsep 1 Malaysia

Konsep 1 Malaysia membawa

aspirasi dan harapan untuk

mengeratkan hubungan antara kaum

bagi memastikan rakyat Malaysia

dapat menjalin perpaduan yang erat.

Untuk mewujudkan dan membina

sebuah negara bangsa yang

mempunyai sikap kesamaan dan

kekitaan dalam kalangan rakyat

Malaysia.

Rakyat pelbagai kaum dan agama

harus berfikir melepasi sempadan

kaum masing-masing dan bukan

bertindak atas kepentingan kaum

sendiri.

Lapan nilai murni Konsep 1 Malaysia

1) Kecemerlangan

o Amalan budaya cemerlang perlu

dilaksana sepanjang masa untuk

mencapai prestasi berkualiti.

2) Ketabahan

o Rakyat perlu tabah hadapi perubahan,

isu dan cabaran demi kejayaan.

3) Rendah hati

o Amalkan sikap rendah diri tapi

mempunyai pendirian yang teguh.

4) Penerimaan

o Semua rakyat dapat menerima semua

perkara baik dan dapat persetujuan

bersama.

5) Kesetiaan

o Setia kepada raja dan negara (Rukun

Negara kedua) yang perlu dipatuhi.

Page 3: Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 3

6) Meritokrasi

o Beri peluang setiap individu layak

serta berhak untuk dipilih.

o Menekankan persaingan terbuka.

7) Pendidikan

o Rakyat Malaysia harus berpendidikan

dan nilai murni ditanam dalam

kurikulum.

8) Integriti

o Penting untuk rakyat menaruh

kepercayaan terhadap pemimpin.

o Perlu diamalkan oleh semua lapisan

masyarakat.

1.3 PENDEMOKRASIAN PENDIDIKAN

Dewey (1966): Pendemokrasian

pendidikan ialah penyediaan peluang

yang teruka untuk setiap orang bagi

memperoleh kejayaan dalam

pendidikan dan menjadikan

pendidikan sebagai agen bagi

meningkatkan kejayaan dan kualiti

hidup mereka.

Pendemokrasian pendidikan >

pendidikan untuk semua.

Beri peluang kepada setiap individu

untuk dapat pendidikan yang

berkualiti.

Cabaran dalam merealisasikan

pendemokrasian pendidikan >

memastikan sistem pendidikan yang

berkualiti kepada semua pelajar tanpa

mengira latar belakang, status

sosioekonomi, lokasi, etnik dan ekuiti.

Dasar penting yang dibentuk untuk

pendemokrasian pendidikan:

o Dasar untuk pelaksanaan

pendidikan wajib peringkat asas

o Dasar untuk melaksanakan

pendidikan sekolah vernacular

(Sekolah Tamil & Cina)

o Pendidikan selama 13 tahun

o Sekolah Teknikal

o Sekolah Asrama Penuh

o Sekolah Pendidikan Khas

o Sekolah Swasta

o Sekolah Agama

o Program PJJ untuk peringkat tinggi

dan Sekolah Kurang Murid (SKM)

di pedalaman

Peruntukan yang seimbang untuk

mengimbangi sistem pendidikan di

Malaysia.

Cabaran:

o Sediakan kemudahan infrastruktur

yang mencukupi – untuk tangani

masalah kesesakan bilik darjah

terutama di sekolah bandar.

o Bilangan bilik darjah, buku teks

o Bilangan guru siswazah dan bukan

siswazah perlu diambil kira –

program pensiswazahan guru

untuk tingkatkan kualiti pendidikan

Program pembangunan pendidikan

untuk bantu pelajar kurang mampu:

o Skim Bantuan Pendidikan

o SPBT

o RMT

o Skim Baucer Tuisyen

Cabaran boleh diatasi dengan cara:

o Tubuhkan pusat kegiatan guru –

guru-guru boleh berinteraksi antara

satu sama lain, kenal pasti

kelemahan dalam P&P dan

berkongsi idea untuk atasinya.

o Guru perlu bersikap adil kepada

murid tanpa mengira gender.

o Tidak ada sikap pilih kasih

terhadap jantina tertentu.

1.4 TONGGAK PENDIDIKAN UNESCO

1) Belajar untuk menguasai ilmu

o Manusia perlu belajar untuk fahami

dunia sekeliling mereka supaya dapat

memperkembangkan kemahiran

kerjaya dan komunikasi dengan orang

lain.

o Guru perlu ikut trend perubahan

dalam cara penyampaian ilmu.

Page 4: Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 4

2) Belajar untuk menguasai kemahiran

o Pendidikan dapat melengkapkan

pelajar dengan kemahiran untuk

diaplikasikan dalam alam kerja kelak.

o Perlu asah pelajar supaya boleh jadi

agen perubahan.

o Kemahiran yang penting seperti

berkomunikasi, berpasukan dan

menyelesaikan masalah.

3) Belajar untuk menjadi insan berguna

o Pendidikan harus menyumbang

kepada pembentukan insan secara

menyeluruh dari segi fizikal, intelek,

rohani, emosi dan estetika.

o Perlu terima pendidikan dari awal

agar dapat berfikir secara kritis,

berdikari dan buat keputusan tehadap

tindakan dalam hidupnya.

4) Belajar untuk harmoni dan kerjasama

o Pendidikan di semua negara

memainkan peranan dalam

menjalinkan hubungan baik antara

satu sama lain supaya rakyat dapat

hidup aman dan harmoni.

o Cabaran ini agak sukar kerana setiap

individu / kelompok sentiasa berasa

mereka lebih berkuasa sehingga

sehingga timbul syak wasangka

terhadap orang lain.

o Pelajar perlu didedahkan dengan

kepelbagaian budaya rakyat negara

lain dan kesedaran tentang saling

memahami dan memerlukan.

1.5 GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Globalisasi menuntut semua negara

dan penduduk berada pada landasan

yang sama tanpa mengira bangsa,

warna kulit, agama, dan status untuk

bersing secara adil dalam apa jua

bidang.

Kesan globalisasi amat dirasai oleh

negara sedang membangun dan

mudur > negara maju akan

berkembang dengan lebih pesat dan

negara lain belum bersedia untuk

bersaing secara adil dengan mereka.

Impak globalisasi:

o Penggunaan BI sebagai bahasa

ilmu dan bahasa pengantara-

bangsaan.

o Pendidikan negara terbuka kepada

dunia luar.

o Pertambahan cawangan universiti

luar dalam negara.

o Peluang pendidikan semakin

banyak (adanya universiti swasta)

o Pentingnya pengajaran Sains dan

Teknologi.

Kesan positif globalisasi:

o Wujud persaingan yang sihat

antara IPT untuk tingkatkan mutu

pendidikan.

o Perkembangan TMK sediakan

peluang pendidikan kepada

sesiapa sahaja.

o Pembelajaran sepanjang hayat

berlaku tanpa mengira masa,

tempat dan pelajar boleh akses

kendiri.

Kesan-kesan lain:

o Aliran tenaga buruh / sumber

manusia dari negara kuar ke

negara kita.

o Peningkatan pelajar yang

berkelayakan meningkatkan kadar

pengangguran.

o Kemahiran berbahasa dalam

pelbagai bahasa dapat atasi

batasan untuk berkhidmat di mana-

mana : menyebabkan aliran keluar

sumber manusia yang

berkepakaran ke luar negara

kerana negara maju beri

kemudahan dan ganjaran lebih

lumayan.

Pelajar perlu diberi peluang berfikir

aras tinggi dan meneroka idea serta

mereka cipta inovasi dalam

pendidikan agar pelajar ada autonomi

terhadap pembelajaran dan berdaya

saing demi kejayaan.

Guru perlu tingkatkan profesionalisme

– kemaskini maklumat agar sentiasa

Page 5: Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 5

setanding dengan arus

perkembangan maklumat yang pesat.

1.6 KEPELBAGAIAN BUDAYA

Budaya: cara hidup manusia dari segi

pemikiran, kepercayaan, dan

perlakuan dalam sesuatu masyarakat

yang diterima oleh ahli secara turun-

temurun.

Kepelbagaian budaya di Malaysia >

Masyarakat yang terdiri daripada

pelbagai kaum seperti Melayu, India,

Cina, Kadazan, Iban dan Murut.

Setiap kaum ada budaya masing-

masing yng berbeza dari segi agama,

bahasa, kepercayaan, dan sistem

nilai.

Pupuk perpaduan melalui Dasar

Ekonomi Baru, Wawasan 2020 dan

Konsep 1 Malaysia.

Cabaran dalam sistem pendidikan:

maklumat mengenai perubahan harus

dijelaskan kepada semua agar

maklumat tentang konsep pelbagai

budaya tidak diputar belit dan disalah

faham oleh masyarakat.

Langkah ke arah pembinaan negara

bangsa:

o Penghayatan prinsip Rukun

Negara – untuk memupuk rasa

hormat dan cinta kepada negara,

membentuk kepercayaan diri.

o Beri pendedahan tentang aspek

kewarganegaraan dan Pendidikan

Moral.

o Pengajaran subjek Kajian

Tempatan di sekolah rendah dan

Sejarah di sekolah menengah –

pelajar akan lebih sedar tentang

budaya dan agama yang berbeza

serta rasa hormat terhadap

perbezaan budaya.

Bagaimana guru dapat menangani

cabaran kepelbagaian budaya?

o Guru perlu mempunyai

pemahaman yang mendalam

mengenai budaya pelajarnya.

o Guru wujudkan peluang untuk

kumpulkan maklumat tentang

kepelbagaian budaya dalam

perbincangan pelajar.

o Guna bahan kurikulum yang

mewakili kumpulan etnik secara

positif – Contoh: pakaian

tradisional

o Sekolah pelajar homogeny – guru

boleh wujudkan peluang untuk

mereka fahami budaya lain.

1.7 PENGARUH PERKEMBANGAN TMK

TMK digunakan sebagai alat dalam

proses pendidikan:

o Alat menyebarkan maklumat –

audio, video, dokumen, internet

o TMK wujudkan situasi untuk pelajar

mengalami kehidupan sebenar

dalam bentuk simulasi maya

o TMK diguna untuk manipulasi dan

menganalisis data serta bantu

dalam mewujudkan komunikasi

tanpa sempadan dan masa.

Faedah TMK:

o Membolehkan pembentukan resos

digital dan perpustakaan digital –

pelajar dan guru boleh akses

bahan tanpa mengira masa dan

tempat

o Beri peluang kepada jaringan

antara pendidik dan penyelidik

serta perkongsian bahan akademik

o Pelbagai laman berbentuk

pembelajaran dan pendidikan

boleh diperoleh di internet

Cabaran guru / masyarakat:

o Mendidik generasi muda dalam

penggunaan internet secara

berkesan untuk pendidikan bukan

sebaliknya.

o Guru beri pendidikan tentang

kebaikan dan keburukan internet

dari awal.

o Ibu bapa perlu awasi anak-anak

ketika melayari internet.

Page 6: Guru-dan-cabaran-semasa-edu-3093-bab-1

Ina Rosyaida Yahya_IPGK Perempuan Melayu, Melaka

Guru dan Cabaran Semasa | 6

1.8 GEJALA SOSIAL

Pengaruh media yang memaparkan

budaya yang berbeza dengan

masyarakat tempatan menyebabkan

pelajar membentuk sistem nilai

tersendiri – nilai-nilai tradisi

berdasarkan budaya dan agama

semakin terhakis.

Golongan sering terdedah dengan

masalah sosial.

Ibu bapa sibuk cari pendapatan untuk

sara keluarga hingga mengabaikan

anak-anak.

Cabaran masa kini:

o Kemunculan telefon bimbit

berteknologi tinggi – pencerobohan

hak individu, gambar dan aksi

lucah mudah diperoleh.

o Antara gejala sosial ialah merokok,

menonton video lucah, mencuri,

lari dari rumah, menagih dadah.

Akibat pengaruh luar dan perubahan

yang berlaku dalam masyarakat.

Faktor penyebab:

o Peranan ibu bapa

o Diri sendiri

o Pengaruh media massa

o Iklim bilik darjah

Ibu bapa terlalu manjakan anak dan

abaikan tanggungjawab dalam

mendidik anak dengan betul.

Pengajaran guru yang bosan dan

iklim bilik darjah yang tidak

menyeronokkan turut menyebabkan

pelajar berasa bosan.

Guru perlu pupuk nilai-nilai bagi

membentuk modal insan yang

seimbang dan menyeluruh.

Sesi kaunseling untuk bantu pelajar

yang bermasalah.

Gejala sosial yang berat perlu diambil

tindakan pihak berkuasa.

Guru perlu guna pelbagai strategi

untuk tarik perhatian pelajar.

Rujukan:

Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, Sharifah Fakhriah Syed Ahmad & Zuraidah A. Majid. (2010). Guru dan Cabaran Semasa. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.