guru cemerlang 3

4
 REFLEKSI Disediakan oleh : Rahayu Binti Rasli No kad pengenalan : 911122 – 03 – 6464 Pada 3 Oktoe! 2013 yang lalu" saya e!sa#a – sa#a !akan – !akan gu! u pel atih P$%&P &ate#atik 'an ua!i 2011 tel ah #en gad akan P!o g!a # (a)a tan Penand a *!as ata u +Ben,h#a!kin g- .u!u /e#e !lang ke seua h sekolah yang #e!upakan tugasan yang )ai dilalui oleh gu!u pelatih P$%&P %e#este! 6 di a)ah P!og!a# Bina $nsan .u!u B$. asa 5 'uste!u" ka#i telah #enuuhkan satu o!ganisasi untuk #engu!uskan p!og!a# ini5 Bee!apa si!i #esyua!a t telah diadakan dala# usah a untuk #eli,inkan p!og !a# ini5 %etelah #endapat kata putus" ka#i telah #e#ilih untuk #e#uat p!og!a# la)atan penanda a!as di %ekolah Be!p!estasi tinggi %ek5 e 7angga Batu" &elaka5 a#i telah #ene#uu al seo!ang .u!u /e#e!la ng &ate#ati k di sekolah te!seut iaitu Puan &a!yanti t &uha!!a#5 Beliau dilahi!kan pada 30 Ogos 19865 Beliau #enadapat pendidikan di $P. a#pus ota Bha!u dna #elan utkan pelaa!a n pada pe!ingka t #aste! di nie!siti Put!a &alaysia dala# id ang pen didik an #ate#a tik5 Belia u telah #ena di seo!an g gu!u paka! #ate#atik dan gu!u ,e#e!lang #ate#atik seak tahun 20105 *nta!a p!o g!a # yang tel ah eliau al ank an ialah ;&a th is un< dan ;.i ant Boa!d .a#e<5 =asil da!i usaha yang gigih da!i eliau" pen,apaian &ate#atik P%R telah #eningkat dengan #endadak5 &elalui sesi e!sa#a gu!u ,e#e!lang ini saya #endapat anyak input a!u #engenai p!oses – p!oses untuk #endapatkan gela!an gu!u ,e#e!lang5  *nta!a p!oses yang pe!lu dipelaa!i ialah seseo!ang gu!u te!seut #estilah e! khi d#at sek u!a ng –ku!an gny a li#a tah un dan telah dis ahk an a) ata n seagai gu !u5 e#udian" gu!u oleh #e#ohon ke pada e#ente!ian Pel a a!an &al aysia unt uk #en gis i o! ang gu!u ,e#e!l ang dal a# tal ian 5 %ete! usny a" gu!u #estilah #endoku#entasikan kaia n tindakan" le#a!an ke!a" !e>leksi pe#elaa!an" sena!ai pelaa!" #a!kah dan pen,apaian pelaa! akade#ik ataupun koku!ikulu# untuk #e#udahkan p!oses apaila dinilai oleh e#aah na?i! nanti5 %eo !an g gu! u ,e#e!l ang #estil ah #en yu#ang

Upload: ernesto-cruz

Post on 06-Oct-2015

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

REFLEKSI

Disediakan oleh : Rahayu Binti Rasli

No kad pengenalan : 911122 03 6464

Pada 3 Oktober 2013 yang lalu, saya bersama sama rakan rakan guru pelatih PISMP Matematik Januari 2011 telah mengadakan Program Lawatan Penanda Aras atau Benchmarking Guru Cemerlang ke sebuah sekolah yang merupakan tugasan yang wajib dilalui oleh guru pelatih PISMP Semester 6 di bawah Program Bina Insan Guru (BIG) Fasa 5. Justeru, kami telah menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan program ini. Beberapa siri mesyuarat telah diadakan dalam usaha untuk melicinkan program ini. Setelah mendapat kata putus, kami telah memilih untuk membuat program lawatan penanda aras di Sekolah Berprestasi tinggi Sek. Keb Tangga Batu, Melaka.

Kami telah menemubual seorang Guru Cemerlang Matematik di sekolah tersebut iaitu Puan Maryanti bt Muharram. Beliau dilahirkan pada 30 Ogos 1976. Beliau menadapat pendidikan di IPG Kampus Kota Bharu dna melanjutkan pelajaran pada peringkat master di Universiti Putra Malaysia dalam bidang pendidikan matematik. Beliau telah menjadi seorang guru pakar matematik dan guru cemerlang matematik sejak tahun 2010. Antara program yang telah beliau jalankan ialah Math is Fun dan Giant Board Game. Hasil dari usaha yang gigih dari beliau, pencapaian Matematik UPSR telah meningkat dengan mendadak.

Melalui sesi bersama guru cemerlang ini saya mendapat banyak input baru mengenai proses proses untuk mendapatkan gelaran guru cemerlang. Antara proses yang perlu dipelajari ialah seseorang guru tersebut mestilah berkhidmat sekurang kurangnya lima tahun dan telah disahkan jawatan sebagai guru. Kemudian, guru boleh memohon kepada Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengisi borang guru cemerlang dalam talian. Seterusnya, guru mestilah mendokumentasikan kajian tindakan, lembaran kerja, refleksi pembelajaran, senarai pelajar, markah dan pencapaian pelajar ( akademik ataupun kokurikulum ) untuk memudahkan proses apabila dinilai oleh jemaah nazir nanti. Seorang guru cemerlang mestilah menyumbang kepada pihak sekolah dalam bidang yang ingin dimohon dan juga memberi sumbangan kepada pihak luar sekolah bagi kecemerlangan subjek tersebut.

Saya secara jujurnya telah mendapat banyak input input yang berguna daripada Puan Maryanti tentang pembinaan seorang guru yang cemerlang dan seimbang, memerlukan beberapa perkara yang penting. Guru merupakan satu pekerjaan yang mulia. Bukan semua orang boleh menjadi seorang guryang baik dan cemerlang. Apa yang penting, keikhlasan dalam menjalankan tugas mendidik anak-anak murid itu sendiri.Puan Maryanti menjelaskan bahawa kualiti dan sikap profesional seorang guru adalah sangat penting untuk ditonjolkan. Bukan sahaja semasa waktu sekolah, masyarakat akan sentiasa memandang tinggi guru-guru. Pembelajaran yang berlangsung itu, bukan hanya di dalam kelas, sebailknya, ia juga boleh terjadi secara tidak langsung di luar kelas. Buktinya, murid akan melihat gaya seorang guru itu di dalam kehidupan bermasyarakat, bagaimana pertuturan mereka, personaliti, dan kesantunan mereka. Ia akan sentiasa mejadi contoh. Ini secara tidak langsung, akan menjadi ejen kepada perubahan di kalangan masyarakat

Selain itu juga, dalam perjalanan menjadi seorang guru yang cemerlang, pengalaman memainkan peranan yang sangat penting. Ia bermula dari dalam diri guru itu sediri dan dipersekitaran dirinya. Kerohanian dan akhlak keguruan itu menjadi titik permulaan untuk perkara tersebut. Apa yang penting, seseorang yang melalui proses menjadi guru hendaklah memahami domain pembangunan diri yang seimbang, seperti yang dinyatakan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, memahami konsep, nilai dan etika keguruan, memahami citra diri sebagai seorang insan guru dan membina pemikiran yang positif dan motivasi yang tinggi terhadap profesion keguruan itu sendiri.

Tambahan lagi, seorang guru itu juga adalah sangat perlu untuk memahami konsep akuantabiliti professional keguruan itu sendiri, sentiasa membina komitmen dalam proses pengajaran dan pembelajaran, dalam pelaksanaan peranan guru sebagai seorang pendidik, pembimbing dan pembina akhlak anak-anak muridnya.

Seorang guru yang cemerlang juga dapat mengenali dan menilai diri sendiri dengan baik. Merefleksi semua perkara dan akitiviti yang telah dilakukan agar boleh mencari sebarang kelemahan untuk dibaik pulih. Guru juga dapat mengenali potensi diri yang ada pada mereka agar guru dapat merebut semua peluang yang ada dalam meningkatkan potensi yang baik dan cemerlang dalam kerjaya mereka dibidang pendidikan itu sendiri. Ini secara tidak langsung dapat membantu melahirkan guru yang seimbang dari semua bidang, dan seterusnya dapat memberikan yang terbaik kepada anak-anak murid mereka.

Namun begitu, apa yang penting, guru dapat menunjukkan kepekaan mereka terhadap segala aktiviti yang berlaku di persekitaran mereka, dan memberikan tidak balas yang rasional. Juga, menunjukkan kemahiran yang baik dan tinggi dalam bidang pengurusan hubungan dengan masyarakat sekolah dan luar, juga kepada semua pihak yang berkaitan seperti komuniti pendidikan yang ada di Malaysia, sama ada peringkat rendah, menengah, mahupun peringkat tinggi. Selain itu, komitmen yang penting semasa menjalankan tugas sebagai seorang guru, ataupun tugas-tugas lain seperti jurulatih, guru bertugas, atau guru disiplin hendaklah ditunjukkan dengan baik dan cemerlang agar dapat melaksanakan peranan tersebut dengan ikhlas.Guru sentiasa perlu menjadikan diri mereka fleksibel semasa menjalankan tugas. Ini kerana guru perlu percaya, bahawa tugas mereka kini bukan sahaja sebagai penyampai ilmu, tetapi terdapat beberapa tugas sampingan yang boleh membebankan diri sendiri jika tidak diurus dengan baik dan sempurna. Ini bermakna, seorang guru itu perlu tahu mengurus perubahan diri yang berlaku ke atas diri mereka, organisasi yang ada disekolah dalam bidang kurikulum ataupun ko-kurikulum juga persekitaran sektor pendidikan itu sendiri.

Guru yang baik boleh membina pemikiran yang positif dan rasional serta dapat memotivasikan diri mereka dalam profesion guru itu sendiri. Guru hendaklah sentiasa mengetahui tugas mereka dan mengambil berat atas semua perkara yang mereka lakukan. Guru juga mesti menghayati konsep kerjaya mereka ini adalah salah satu kerja ibadat dan sungguh berjasa.

Pengalaman yang saya perolehi sepanjang proses sesi yang singkat ini sangat berguna dan perlulah saya aplikasikan kelak semasa menjadi guru sebenar kelak. Potensi yang ada pada saya hendaklah saya huraikannya dengan cara dan kaedah yang betul, mengikut tertib agar dapat dikembangkan dengan baik. Begitu juga personaliti yang ada pada saya, hendaklah saya menjaga nama baik kerjaya dalam bidang pendidikan ini sebagai seorang guru agar tidak memberikan kesan buruk kepada saya, dan bidang keguruan itu khasnya.

Berikutnya, kelemahan yang dilihat sepanjang Bina Insan Guru adalah semua guru pelatih pada awalnya kelihatan segan dengan PuanMaryanti. Semua guru pelatih kelihatan malu malu untuk bertanya soalan semasa sesi soal jawab dijalankan. Namun, selepas itu, semua guru pelatih bersemangat untuk bertanyakan soalan. Masing masing tidak mahu melepaskan peluang untuk mendapatkan tips dan info berkenaan dengan guru cemerlang ini. Selain itu, kelemahan lain ialah guru pelatih dilihat kurang memberikan perhatian semasa guru cemerlang sedang menyampaikan ucapan. Masing masing asyik bersembang sehingga kadangn kala menyebabkan bunyi bising. Namun begitu, mereka mula fokus dan komited dengan pengajaran guru cemerlang selepas sedar akan keadaan tersebut.Oleh itu, program Bina Insan Guru pada semester ini banyak membantu saya meningkatkan pengetahuan berkenaan dengan profesion keguruan dan juga memberi pendedahan kepada kami untuk melengkapkan diri dengan semaksimum mungkin untuk memberi kepuasan semasa bekerja sebagai guru.